Thursday, July 23, 2009

Aktiviti: Balancing For Babies

Hari ni, aku nak share activity yang dibuat dekat Gymboree untuk Level 2 iaitu antara 6-10 bulan. Aktivity ni khas untuk balancekan tubuh badan anak kita. Selalunya umur 6-10 months ni anak dah pandai merangkak jadi kita nak polish dia supaya dia boleh balancekan seluruh tubuh badan dia supaya bersedia untuk berjalan pula.

Kali ni, kena gunakan peralatan Gymboree, jadi if korang takder peralatan camni kat umah, mungkin kena jadi kreatif sket. Maybe korang leh beli similar produk cam pelampung (tapi bukan yang berlubang tuh, cari yang panjang sket cam bentuk aelop nih ker ..) atau bola yang besar. Aku tak beli pun sebab aku just guna Gymboree punya. Membazir plak rasanya nak beli mender tuh kan. Hhehehe..

Tapi kat umah, aku perasan si Qarissa ni belajar "balancing" melalui baby cot dia & katil aku. Bagus kan? FREE JER!! Hahhah..Sebab setiap kali dia tgk DVD Education @ my room, dia akan berdiri untuk dapatkan pandangan yang lebih jelas. Katil kan lembut, so kaki dia tenggelam sikit. Jadi, dia kena balancekan diri dia kalau dia nak berdiri tanpa jatuh. Walaupun dia pegang kayu katil @ baby cot, but she still have to balance her body. Kengkadang kalau tak betul balance, dia terlentang gak dalam katil. Hehhehe..Kalau kat atas katil aku, dia akan berdiri dan cuba balance sendiri. Kalau nak jatuh, dia pegang bantal atau dia terus baring kat katil.

"Arms Up!!" Berjoget atas katil sambil mengimbangi diri. Kemain lagi yerk!

From time to time, aku tgk skill balancing dia makin baik. Sebab, Qarissa ni boleh berdiri (tanpa berjalan) dalam tempoh yang lama sebelum dia mula berjalan dulu. Dia takut-takut nak melangkah, jadi dia akan stay dengan berdiri dalam tempoh yang lama. Yang cute tuh, bila dah lama, mestilah nak jatuh kan. Tapi si Q ni boleh balancekan badan dia macam kita jalan atas kayu yang direntang atas sungai. Tangan Qarissa cam berbuai-buai seolah-olah dia tgh balancekan badan dia supaya tak jatuh. Suprisingly, memang berkesan tau!! Dia jarang jatuh sebab dia dapat balance badan dia. Dah dapat balance 2-3 kali, baru dia jatuh. Lama jugak dia macam tu sebelum dia betul-betul berjalan right after 1st b'day dia. Tapi la ni, asyiklah nak buat tour kat umah dengan tak sabarnya, asyik lah jatuh jer. Kelam kabut sangat, berjalan sampai menyenget-nyenget, gelak aku tgk. Bukan main laju jalan tapi dia lum boleh kontrol the whole movement. Tak sabar-sabar btol anak Mummy nih!!

Q: Eh eh ...maintain-maintain, jgn jatuh, nak join Dizzy Bird joget nih!!

Alat yang digunakan @ Gymboree tu tak silap aku namanya "aelop" Aku pun tak tahulah betul eja ker tak. Wakakak...tapi aku dengar teacher Q panggil mender tuh aelop. Kita letakkan anak kita atas aelop dalam keadaan meniarap tuh, dan push dia ke depan dan ke belakang. Secara tak langsung, dorang akan balancekan badan dorang atas aelop tu. Kalau korang tgk dalam video ni, Qarissa bukan main poyo duk tendang-tendang kaki dia. Dah lah mengangkang tak hengattt, tendang sana sini lak tuh. Siap jelir-jelir lidah, tunjuk sana sini, dan asyik nak try to jatuhkan badan dia dari aelop jer!! Anak-anak org lain maintain jer, tapi Q, punyalah aktif Ya Rabbi, sampai aku terpaksa tukar kedudukan dia dari meniarap ke duduk pulak, takper lah, at least dia dapat rasa 2 jenis balancing type. Cara meniarap dan cara duduk.

Lagu pulak, bila dimainkan, baru kita push anak kita, then ada part lagu akan stop, kita akan freeze semua pergerakan dan buat riak muka "Shhhhh". Secara tak langsung, anak kita akan faham yang pergerakan tu maksudnya Stop & Freeze whatever action dan word "Shhhh" tu maksudnya semua kena berdiam diri. After a second, bila lagu tu sambung balik, baru kita start push semula. Qarissa memang suka sangat, siap tepuk-tepuk tangan & mem"bounce" kan diri sendiri atas aelop tu. Aku terkejut gak tgk dia buat aksi "bounce" tu sendiri, terus aku plak yg excited tolong bouncekan dia! Wakakaka...

Memang anak akan have fun especially bila kita buat mimik muka masa main game ni. Kat Gymboree ni, ada Playtime dia sendiri. Maknanya, kita boleh bawak anak kita main semua peralatan tu masa takder kelas. So, that time mungkin ada few kanak-kanak sahaja atau takde langsung. Tengoklah if ada mak bapak yang nak hantar anak main kat sana sambil dorang shopping, so just tinggalkan maid jer utk main ngan anak kat situ. Its a gud idea gak lah, tak lah anak boring tak buat apa-apa kan. Orang luar pun boleh gunakan peralatan ni tau! Just bayar few ringgit jer kot untuk Playtime ni. Kalau member, murah sket rasanya harga during Playtime.

Berpaut pada kayu baby cot untuk mengimbangkan badan.

Hmm, untuk mak bapak yang ada plan nak htr anak ke kelas Gymboree tapi nak try dulu kelasnya, bolehlah call aku @ 019-2371229 untuk dapatkan the free trial pass. We can meet up tapi if tak dapat jumpa, aku leh poskan pakai pos kuning tuh tapi uols just bayar the cost of the pos kuning tu. Aku pun dah lupa berapa, tapi kalau tak silap RM 2.50 kot. Free trial dia @ Tropicana City Mall. Aku dulu sebelum join pun masuk trial class sebab nak tgk how it works tapi memang awal2 dah set nak masuk. Wakakaka..saja jer gi class FREE sebab nak FREE gak!! Hahhahha...

Kaylah, aku nak ke Maybank Treats Fair ni. Maybe aku akan bukak booth PFA-Perfume For All kat sana tapi under akak aku punya booth - PRESTIGE PLATINUM VACATION. Sapa beli holiday package kat sini dalam tempoh 3 hari ni akan dapat FREE Perfume tau!! Akak aku bg gifts pada client-client dia. So, apa kata korang gi serbu booth PPV @ number 75, Hall 1, sebab banyak pakej yang dia offer murah-murah wei... Aku pun tak pasti nak tukar point ke tak nak..Tgklah camner ..Yang penting gi dulu ..leh singgah MPH nanti ..hahahahaha..Meh layan video balance-balance nih!


Aku tak mandi lagi nih!!!

10 comments:

Ummi Salsabila said...

yang, thanks for sharing.ui,bestnye aktiviti kat gymboree tu..mcm2 ek.look fun je.kite pun le jd excited!
i le je aja balancing atas katil la.best gak men stop & freeze tu kan.

sblh u tu mcm mat saleh je.hehe.

p/s: rupe2 hp rosak.i ingatkan napela u ni.senyap.xsehat ke ape ke.hehe

Intan said...

Seronok nyer Q "tour" de house ye...kalo jatuh pon tak de lah sakit sangat kan watie coz lantai rumah u laminate already.

So takde lah kes anak pipi or dahi nyo "lobam"...ekeke

Watie Aziz said...

US, aah, mmg banyak aktiviti yg sumthime kita tak tau pun actually apa usagenya baerang2 kat situ, bila teacher dia ajar, baru kita tahu ..ahhahaha...

u boleh ajar aufa balance atas katil cam Q .. hehehe..mana tau berkesan ngan dia kan?

sebelah dia mmg anak mat salleh campur, bapak mat salleh, mak cina, tuh anak lawa tuh ..kat Gymboree tuh mmg banyak anak mat saleh yg join... i rasa semua expat kot .. that y they send to Gymboree sebab Gymboree nih pun asal dr US... :)

p/s, if my hp ok ...sure i dah balas there n then ..ahhaha...nak kena baling anjing liar hp tuh ..hahahah...

Watie Aziz said...

Intan, tu lah pasal...letihnya i mengejar wei ..kengkadang dia siap main kejar2 lagi tau ..mula2 i kena kejar dia, pastu dia plak kejar i ..wakakkaa..lawak jer rasa ..

setakat ni mm laminate flooring tuh membantu lah yang ..Q belum sampai tahap benjol2 lagik... touch wood la..jgn ah dia sampai berbenjol...i risau gak kalau dia ke dapur..sebab dapur mmg tak laminate .. heheheh...

littlemama said...

watie, izzah pun mem-balancing kan diri atas tilam..dulu selalu terduduk.. sekarang dah pro u! siap boleh joget2 lagi tu... bangga mak noks! eh.. bukan bangga sebab joget, tapi sebab balancing..ha..hahh

Watie Aziz said...

Ros, wow, mesti seronok kan tgk dia tergedik-gedik atas tilam ..hehhe...tapi bangga bila nampak dia leh balance kan badan dia ...gud job izzah!! heheheh.. cograts ..penat tak u kejar dia satu rumah?? hehehe

Hanz said...

Watie, sronok tgk Qarissa buat balancing tu...rasa me yg dah 'senior' ni pun nk buat..err..reminds me of my beloved bolster kat umah. LOL :P

Watie Aziz said...

Hanz, hahahhaa... tub lah kan ...aelop tuh mmg mak bapak pun suka,kalau takder baby duk atas tuh, nak bapak yang duduk sambul bounce bounce, hahaha..best kan dapat jadik budak kecik balik!! ahhaha

defina said...

watie,
tak per penat, maintainnn, tak yah g gym...hihihi

kalu utk sorang beli bola beso tu pn blh tak?

Watie Aziz said...

boleh kot...dia mmg ada satu bla besar yg kita leh roll anak kita utk balancing gak ...kengkadang dorang pakai yg tuh @ gymboree..

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading