Tuesday, October 27, 2009

Learning & Reading Session For Q Is Fun & Exciting!

Aku actually dah lama nak belikan Q satu set table & chair yang khas untuk Qarissa duduk dan buat Reading & Learning Session dengan seronoknya tapi selalu tertangguh. Lagipun, umah aku tuh dah hampir bertukar menjadi Montessori, dengan slide & buaian dia, dengan tent & tunnelnya lagi, segala mak - apak mainan dia...aku pun cuak nak tambah apa2 "mainan" lagi dah ..nanti dia dah besar dan nak ada bilik sendiri, mana pulak aku nak campaknya selagi selagan tok nenek mainan dia tuh?? Aduii..pening aku...raya baru nih, bila balik dr Singapore, aku dah kemas living room aku, slide & buaian dia aku letak kat luar rumah, tent & tunnel dia aku letak kat bilik Q, so nampaklah kemas sikit living room aku. Taklah macam Montessori dah kelihatannya ..Hu hu ..

Tapi, lepas dah cantik living room aku, si tonet nih pulak alahai...sukalah pulak duk tekan-tekan soket letrik yang ada kat dinding. Suis tuh mmg kat bhg bawah, so dia suka lah sangat pergi dan tekan suis-suis tuh. Dulu buaian dia tuh halang dia dr pergi ke suis tuh, but now buaian dah takder, jadi Raja lah dia..Geram aku! Kita takutlah gak walaupun taklah merbahaya sgt kan, yang aku geram tuh, bila kita kata, "NO", dia boleh buat action NO, tapi pastu tgn tetap jalan. Yang lagi hangin, kadang-kadang sebelum dia tekan suis, dia boleh berpaling kat aku & hubby, then buat senyum paling "JAHAT" dengan mata yang penuh "NOTTY" and then tekan-tekan that suis!! Kadang-kadang siap guna kaki lagi masa tekan suis tuh! (ha, kalau nak tau, gaya tekan suis pakai kaki nih dia tiru Daddy dia, sebab suis tuh kat bawah, so Daddy malas nak tunduk, gunakan kaki jer lah ...hahaha...hambek ko..anak tiru tau!!) Aku sampai nak tergelak tgk kelakuan si Q nih, lawak giler bila dia duduk tapi dia angkat-angkat kaki dia dan tekan suis guna kaki.
Ni masa tgh nak carik marker pen for kids @ IKEA. Ada tempat play for kids, aku testkan Q duduk kat kerusi tuh. Nampak best & selesa, thats y beli jugak kerusinya.
Qarissa leka main-main kat that area. Aku leka tgk si kenit tu. Tulah latest gambar aku. Nampak kurus yerk! Cam tak cukup zat jer! Hahahhaa

So, aku dah tak leh tahan lagi, aku terus terfikir nak carik something yg boleh buatkan Q lupa suis tuh ada kat situ. Thats y aku lagi semangat nak belikan dia meja study tu, biarlah living room aku cam tadika balik, janji Q tak sibuk main suis dan dalam masa yang sama, dia ada special spot utk study & having fun reading & learning everyday.

So, we all gi lah few places, tapi tak jumpa yang menarik. Ada yang tak berkualiti langsung tapi harga mahal gilos sampai 60 hengget. Plastik murah jer! Tak nak lah aku. Aku kalau boleh nak meja kosong supaya masa wat reading sesssion tuh, perhatian Q tak terganggu time baca buku. Kalau kat meja ada lukisan atau tulisan, aku takut dia sibuk duk tgk that thing dan tak fokus on books. Aku budget nak ke IKEA tapi sebelum tuh, aku call Along aku dulu utk confirm samada IKEA ada jual tak kids table yang cun & tak berapa mahal. Rupanya, memang ada dan harga pun dah turun! Aku pun apa lagi, terus aja hubby ke sana, dan we all pun shopping lah meja utk Q. Along aku siap tempah satu lagi meja & 2 kerusi sebab harga dah murah. Masa dia beli dulu quite mahal.
Q suka nak main sampai takmo balik. hehhe..Nasib baik lum pandai mintak barang!

Actually, meja yang aku beli nih considered side table tapi boleh dijadikan kids table jugak sebab warnanya yang pelbagai & memang nampak cam kids table. Kira macam mix & match lah kan. Harga pun boleh tahan. Oklah dengan kualiti dia. Table tuh aku pilih warna merah darah, harga RM 39 jer, then kerusi pulak aku pilih warna pink & harga dia RM 45. Mula-mula ingat takmo beli kerusi, tapi aku berkenan color ngan design dia, lagipun bila Q duduk kat kerusi tuh, nampak just nice utk dia membaca dengan selesa, so we decided to buy it jugak. Then untuk aku, aku beli stool color light pink, RM 15 jer. Senang aku join dia masa reading session nanti. Nak beli 2 kerusi cam mahal sangat pulak, lagipun, the day before aku dah beli kerusi kecik yang murah punya, RM 7.90 satu, hehehe...so, bettter aku beli stool jer.

Korang tgklah mimik muka dia tuh! Poyo kan? Dia memang ratu mimik muka skang!

Balik jer umah, we all dengan penuh semangat terus bukak dan pasang meja & kerusi tu. Terus aku letak meja tuh kat area suis tu. Hahhaha..nampaknya memang berjaya taktik aku. Sejak adanya meja tuh, Q tak pernah lagi main suis kat situ, dia begitu teruja untuk duduk atas kerusi dan buat reading session dia everyday. Leka giler dia dengan buku-buku dia. Setiap hari, turun jer dari bilik lepas mandi, spot tuh lah dia akan tuju dulu. Sekarang ni, dia dah pandai duduk sendiri kat kerusi walaupun kerusi tuh tinggi sikit. Dia jengket-jengket, then tolak-tolak sket punggung, dah cun dah! Hahahhaa. Skang aku banyak buat reading & learning session ngan dia lah. Layan dia baca macam-macam buku tapi yang paling dia suka adalah buku Peter & Jane. Sampai lunyai buku tuh dia kerjakan. Bukan setakat kat reading corner jer dia nak baca, kat tempat lepak dia @ living room tuh pun dia hangkut buku tuh dan tunjuk kat aku suh baca jugak untuk dia!!!

Sampai umah terus pasang table. Excited terus lepak kat situ!Baju aku pun tak sempat tukar!
Nampak jer words "ARM", terus angkat tgn. Hhehehe..Pandai anak Mummy!
Teruja nak baca word dalam flip flap card tuh!

Ni nak citer sket, everytime aku wat reading session, aku memang akan point to every words supaya Qarissa tahu apa yang aku baca. Ada aku share my opinion dalam blog education Qarissa. Klik sini kalau korang nak tgk the entry. Qarissa sejak aku buat that action, dia pun akan ikut sama! Dengan poyosnya, dia akan point to the words everytime lepas habis aku tunjuk words tuh dan dia pun akan membebel bahasa German. Hahahaha..Yang aku dengar cuma perkataan "Jane" jer. Memang nampak bijak & cheeky sangat. Semalam, aku letih sikit, tapi dia nak suruh jugak aku baca buku tuh untuk dia, so aku bacakanlah few pages, then aku terlelap, so aku pun senyap jer lah kan .. tetiba aku dengar dia membebel sorang-sorang! Rupanya dia amik buku tuh dari tangan aku, dia bukak page by page, dia tunjuk-tunjuk words dalam buku tuh dan membebel-bebel sorang-sorang seolah-olah dia tgh membaca!! So cute lah this girl...Aku control jer gelak sambil buat-buat tidur. Mesti dia tensen kan ..Orang tua nih aku suh baca buku untuk aku dia tidur pulak....Aku baca sendiri lah senang!! Hahahhahaaa....

Memang dia suka bukak-bukak sendiri the flip flap card.
Excited nampak??
Daddy punya semangat sampai amik kat mcm2 angel. Hehhehe

Memang sejak ada reading corner nih, aku rasa seronok & I can feel that Qarissa pun seronok sgt, sebab ada tempat khas untuk dia main-main (ya, dia memang ingat membaca adalah satu permainan ..hehehehe). Aku pun suka layan dia & join dia kat table tuh, so I can see that she had so much fun! Tak payah aku suruh, dia sendiri akan pergi dan duduk kat corner tuh, amik buku and open page by page. Happy sungguh aku tgk telatahnya ...TAPIIIII....

Dah ada pulak perangai baru!!! Yang buat aku & Daddy dia hangin + risau... DIA SUKA BERDIRI ATAS KERUSI & BERJOGET SAKAN!!!!!! Tak caya korang tgklah video yang aku sempat rakam kelmarin! Geramnya aku...Tak takut langsung! Pernah jugak jatuh, nangislah sikit, aku padankan muka jer..hahaha... tak pujuk lebih-lebih pun, orang cakap bahaya tak paham kan ..dah jatuh biar dia rasa. Hehhehe..Kejam sungguh Mummy Q nih! Nasib baik laminate flooring, so tak lah sakit sgt. Sometimes, bila dah geram dia asyik nak berdiri dan berjoget atas kerusi jer, aku amik kerusi tuh letak atas meja makan! Hhahahaa...Hangin jer member tak dapat joget dah ..Yang lawak tuh, sessi membaca tetap diteruskan yer...baca tetap baca hokay!! Tapi sambil berdiri lah! Wakakakakaa...Kesian anak Mummy!

Video aksi Qarissa berjoget atas kerusi! Nak nak tgh tgk Sehati Berdansa, lagilah hover sampai nak naik meja! Isk iskk..tak senonoh sungguh!

Macam mana pun, I really enjoyed myself with Qarissa while watching her tremendous development. Aku nak gunakan masa ni untuk melihat sepuas-puasnya perkembangan anak kesayangan aku nih, manalah tahu satu hari nanti aku kerja balik ker kan...sekurang-kurangnya, aku tak regret sebab aku tahu aku dah melakukan yang terbaik untuk memberi asas pendidikan yang kukuh untuk Qarissa. Dan aku harap, dia boleh ajar adik dia nanti. Wakakak..Tu tujuan utama dia ..Kurang sket ah kerja aku kan! Hahhahaa..Siut jer Mummy Q nih!! So, to all my friends yang lum ada special reading & learning corner, apa kata korang wat satu? Mesti best tau ..dapat study sesama ngan anak... galakan yang berterusan for sure akan menghasilkan output yang best!!!! Meh lah try...hehehehe

Seronok layan Qarissa..
Wah..garangnya mak Q nih..serius muka yerk? Wakakak.. tuh lah stool pink utk aku. Kaki Q masih terjuntai, lum sampai lantai! hehehe... Ha..korang nampak tak suis kat bawah meja merah tuh! Tuh lah yang Q suka tekan!!!


Best Dah Ada Reading Corner Sendiri,

Friday, October 23, 2009

Ustazah Garang Oooo....

Yer, dengan bangganya aku nak bgtau kengkawan, kalau ada sesapa nak guna khidmat "Ustazah" Kenit untuk ajar anak-anak korang, bolehlah call aku yerk, aku pinjam jap anak aku untuk sessi tusyen! Hahaha..Tapi kalau si kenit ni membebel, kena tahan lah sket, sebab dia nih memang kuat membebel lately, cam mak dia gak! Wakakakaa..Tak caya korang tgk gambar nih...garang ooo ini Ustazah!!!!

Lihatlah betapa "seriusnya" anak aku menjadi Ustazah! Dengan aksi-aksi "sombong" dan "dont play-play" with me aahhhhh...sapa jadi anak murid mesti takut kan! Hahaaha...mesti suma pandai ah kalau belajar ngan Q nanti. Ahaks...Opsss..sila abaikan lengan anak aku yg terbuka sedikit tuh yer ... anggaplah ianya camera trick semata-mata, takder kena mengena dengan aurat @ tidak. Wakakaka...

Para ibu bapa sekalian, anda hanya fokuskan kepada corak tudung yang berlainan warna, memek muka yang sungguh poyossss dan garang .. muka yg serius masa baca buku sembahyang sunat, tangan yg ada ala-ala nak bg syarahan agama, jeling-menjeling anak murid yg duk sibuk berborak bila cikgu tgh baca khutbah dan aksi macam nak azan tuh... hehehhe..Tu fokus kita hari ni yer para ibu bapa sekalian ... apa yang penting??? Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun....
KERBERKATAN......!!!! Aminnn.....

Q: Ok Children, today we will learn about Solat Sunat Dhuha ok....Open page 7 please...
Q: Alamak, mana satu page 7 nih, erkk...cam dah terlebih jer? Takper, kontrol, kontrol....
Q: Ok Children, we start with Takbiratul Ihram. Angkat tgn semuaaaa!!!
Q: Anak2 murid i ni semua bijak pandai! Lagi advance dr i pulak tuh! Hishh...tak leh jadi nih...
Q: Ha yang kat belakang tuh wat apa ha? Ingat saya tak nampak korang berborak? Ngumpat saya ker ha????
Time nih member sibuk duk point2 kat sinopsis buku panduan tuh, comey jer tgn..hehehe
Q: Isk, udah-udah lah amik gambar ustazah! Saya nak mulakan sessi ceramah ni!!...
Q: "Dan, sesungguhnya Islam tuh adalah sebenar-benar agama wahai anak muridku.."

So, anybody want to hire Ustazah Qarissa?? Make appointment yer, sebab dia memang bz sepanjang hari. Heheheehhehe...

Proud Mummy of Ustazah Kenit,

Thursday, October 22, 2009

My Pregnancy Journey: Bermulanya Trimester Kedua..

Alhamdulillah, akhirnya, trimester pertama yang memenatkan sudah pun sampai ke penghujungnya. Zaman uwek-uwek hanya tinggal sisa-sisa jer, kalau aku lambat makan sampai perut masuk angin, maka, akan muntah anginlah aku .. Hu hu ..Tapi sekurang-kurangya, perut aku tak sakit & kejang lagi macam dulu ..(sebab dah ganti ngan penyakit baru ..huaaaaaaa!!!)

Baby kali nih, apa yang aku perasan, nak masuk akhir bulan ketiga, dah kurang banyak muntah-muntah aku. Sikit-sikit loya dan kadang-kadang terkeluar sket tuh aku rasa biasalah kot..Kalau Qarissa dulu, sampai bulan ke empat aku masih muntah-muntah sampai rasa pelik- Bila nak habis morning sickness nih? Kata 3 bulan jer? Wakakakaka... Satu lagi aku perasan, aku boleh makan nasi di awal bulan ketiga pregnant. Kalau dulu, sampai 4 bulan aku tak leh amik nasi. Asyiklah makan ROJAK KARIM kat belakang DEMC tuh..Wakakaka..sedap oo ROJAK KARIM tuh... Tapi sayangnya, muka Qarissa tak macam Aiswarya Rai pun ..Hahahhaaa... Aku perasan kunun-kunun kalau makan ROJAK KARIM banyak-banyak, manalah tau muka anak aku ikut muka Shah Rukh Khan ker, Shilpa Shetty ker ..hahaha..maklumlah, KARIM tuh India Muslim, adalah cam Hindustan sket ..Hahahha..Perasan mak ni noks... Tak koserr KARIM nak layannnsss...

Dan, akhir bulan ketiga juga aku dapati, perut aku membesar dengan melampaunya, tak macam masa ngandung Q dulu, mungkin sebab dah ada kantung baby, tak macam anak dara dulu..hu huhu...masa Q dulu, 4 bulan pun masih tak nampak perut...dan aku makan pun lebih banyak. Warghh..seram jugak kalau gemok nanti . Hu huu... 21/10/2009 yang lepas, aku wat check up kat SMC. Baby in Womb dah masuk 16 minggu, dah 4 bulan anak Mummy! And guess what??? Aku dah mula rasa my baby's kicking!!! Aku dah rasa sejak 3 bulan ++ lagi. Tapi macam ragu-ragu sebab aku rasa terlalu awal. First time aku rasa tuh memang terkejut beruk sebab rasa cam perut aku kena kejutan elektrik!! Pelik sungguh sampai aku cam terdiam jap & start thinking.. - mender tuh??? Then aku ignore jer..Pastu happended for 2nd time. Pun rasa cam kejutan letrik gak. Hahahah.. pelik sungguh.. tapi dah masuk 4 bulan nih, aku confident lah, memang dia kick!! Aktif sungguh macam Qarissa jugak. (huwaaaa..masih aku terasa penangan Qarissa 40 minggu 2 hari dalam perut, sampai ke pinggang aku dia tendang!! Makcik aku ingat aku create stories sebab dia tak percaya Qarissa aktif giler sampai camtuh, sekali aku bg dia pegang perut aku for 1/2 jam, hambekkk ko, Qarissa gerak non stop, terkejut beruk dia tgk perut aku beroleng-oleng, manalah orang tak ingat Qarissa tuh BOY!!! Sempatlah arwah mak mertua aku rasa ke"ganasan" cucu dia dalam perut!!)

As usual, aku malas nak copy gambar yg Doktor scan, tapi ala-ala ginilah my Baby In Womb now!! 16 weeks..

Alhamdulillah, setakat nih, semuanya berjalan lancar, baby sihat & yang paling both of us tak sangka, buat pertama kalinya, aku nampak my Baby In Womb boleh gerak-gerak kaki, kepala & tangan masa tgh check up!! Masa Qarissa dulu, tak jelas sgt, maybe sebab we all eager nak tgk jantina + Qarissa aktif melampau sampai Doktor tgh cek pun dia tendang, so gambar tak jelas (atau maybe the machine hampeh!!!) Hahahahaa...Memang teruja sungguh bila tgk 1st time...macam anak pertama plak rasanya. Cek up pertama kat PUTRAJAYA on 8/10. Tgh-tgh my friend cek my tummy, aku nampak baby aku berada dalam posisi berenang, then aku nampak kaki dia bergerak-gerak cam dia tgh berenang sambil kepala dia terangkat-angkat. Sebijik cm org tengah berenang!! Aku blur jap, then ask my friend -"Sumi, my baby punya kaki tgh bergerak ker tuh?". And she said, "YES!! Dia tgh bergerak lah tuh!". Wow!!!! TERUJANYA aku tgk!!!! My hubby pun sama. Excited giler! Then cek up kedua kat SMC ni lah, kali nih, posisi baby dah terlentang pulak. This time, aku nampak tangan dia terangkat-angkat macam tgh angkat berat tuh! Hahahhaa..So cute & tiny! Tapi sayangnya, dia masih mengikuti jejak langkah kakaknya dengan MENGEPIT JANTINA NYA - tak mau tunjuk .. hu hu ... Harap-harap Boy lah yerk... :) Tapi kalau rezeki dapat girl lagik, mak tak kesah noks.. janji sihat dan sempurna akal & sifatnya, mak dah cukup bersyukur & gembira!!!

Hmmm..terbeliak jugak bijik mata laki aku time nak bayar bil. Hambek ko...bil SMC tuh sampai RM 170.30 aku kena!! Ganaz sungguh! Dulu cek kat DEMC time Qarissa tak pernah lebih RM 60. Cek kat SMC ni memang mahal lah ..Consultation doktor jer dah RM 64. Ubat, Lab, Machine semua dah RM 100++. Hmmm.. takperlah, apa nak buat, swipe jer lah kad ... Hu hu .. Doktor bg aku makan Obimin Pluz. Thanks to Hanie jugak coz ada rekomen this Obomin Pluz. Mula-mula Doktor nak bg Obimin, tapi bila aku cakap pasal Obimin Pluz, dia kata memang ada & terus bg that supplement. Aku ingat nak beli yang Yaya dok promote tapi sebab dah dapat Obimin Pluz, tak jadilah, sebab aku rasa kandungan dia sama, lagipun Doktor kata jangan makan terlalu banyak supplement. Makan yang essential for the baby dah cukup. So, setakat nih, aku makan Asid Folik, Obimin Pluz, Vit B Co & Calcium jer...:)

Tentang "Ganti Penyakit Baru" yang aku tulis kat atas tuh - hu hu hu ...adalah penyakit MALAS & Asyik nak tidur jer + RESDUNG yang tetiba jadik melampau teruk! ...Adoi....Nak buat apa pun malas. Nasib baik sisa-sisa kerajinan melayan dan mengajar Qarissa masih ada, kengkadang aku pun rasa bersalah ngan Q sebab dah lama tak bukakkan LR dia. Memang aku malas bukak laptop. Banyak buat flash card, reading session & DVD Education jer. Syukur sangat sebab anak aku nih pandai sungguh bawak diri, pandai amik hati aku. Bila aku penat, dia akan tekedek-kedek datang, senyum, dan kemudian hug aku sekuat-kuat hati, then kiss-kiss pipi aku. Siap bunyi-bunyi "Muahh...muahh.." lagi... memang sayu jer rasa..Bangga pun yer sebab anak kita nampak sangat sayang kat kita. Nak berkepit jer. Bila malam pulak, setiap kali lepas habis minum susu, dia akan merangkak cari aku dah terus peluk aku. Kaki siap letak atas peha aku lagik!! Tangan pulak, kengkadang letak kat dada aku, kengkadang letak kat perut. Memang aku jadi bantal peluk Qarissa setiap malam!! Sampai Daddy dia kata - Manjanya anak u ..Macam mana nak pisah bilik nih???

Pasal RESDUNG tuh, aku pun pelik, apsal lah anak kedua nih melampau-lampau teruknya? Aku nih dah lama tak kena RESDUNG. Tetiba anak kedua nih, naik plak RESDUNG aku. Every morning mesti nak bersin-bersin dan gatal gilos hidung den. Mesti nak bersihkan hidung sampai sakit-sakit dan selsema selalu. Mula-mula aku takut selsema aku berjangkit ke Qarissa & My Hubby tapi rasanya tidak sebab sejak aku kena RESDUNG ni, sekalipun dorang tak selsema!! Nampak sangat bukan selsema, tapi RESDUNG yang sungguh JAHAT!!! Apakan daya, nak makan ubat aku tak berani, tahan jer lah ..ada tak der, aku guna bedak sejuk RESDUNG brand PERMATA HIJRAH. Kurang lah sikit gatal. Nak pakai titis hidung Permata Hijrah pun aku takut. Aku terguna SEKALI jer, tu pun sebab lupa. Doktor kata kalau sikit-sikit takper, sebab dia local, bukan terus ke baby. Tapi takperlah, selagi aku leh tahan, aku tahan jer lah ..:) Cuma sakitlah hidung dan perut sebab asyik menghembus jer!! Aku takut Baby In Womb akan effect but thank God, Doktor kata tak der apa-apa, unless kalau Batuk, dia kata maybe ada effect .

Aku harap sangat dah masuk bulan ke 4 ni, aku akan rajin semula dan boleh update blog selalu. Kesian pulak rasanya bila ada yg mesej nak mintak aku kongsi info pasal baby's education. Dah lama aku tak update blog education Q. Nak ambil gambar produk pun malas weh ..Semua MALAS lah senang citer! Hahahhaa... Hampeh sungguh!! Really hope this penyakit will get off sooner.. Hu hu ..Amiiinnn.....

Till then, jumpa lagi di masa aku rajin menulis blog kay! hhehehee..

Rajinkan dirimu!!
Watie Aziz

Sunday, October 11, 2009

Jumpa "Mahsuri" di Pagi Syawal!

Lamanya tak berupdate blog Qarissa nih..mesej kengkawan tersayang pun masih tak berbalas. Aku pelik betul lah dengan my attitude lately ..Malas Ya Ampunnnn! Nak bukak Lappy pun bercinta betul tau! Aku pun tak tahu sindrom MALAS ni akan berakhir bila. Bukannya aku buat apa pun kat umah ..Melepak, layan Qarissa tgk DVD Education dia..(Ya Allah .. bosan mmg tahap cipan ah ..kalau satu hari dah duk ulang 10 kali mender yang sama, tapi apakan daya...) but bila tgk gelagat dia meniru aksi dari DVD tuh, terhibur lah jugak hati aku. Selebihnya, aku tidur, makan bila lapar, muntah bila banyak angin, masuk toilet satu hari nak dekat 20- 25 kali..rasa cam nak pakai pampers jer!! Hu hu... Ada takder, aku update kat FB jer ala kadar. Tu pun kengkawan dah bising gambar terbaru tak diupload..hahhaa..aku amik jer gambar tapi tak upload pun... Simpan wat pekasam..Semuanya sebab penangan MALASSSS... Hadoii....

Aku ingat nak update pasal my pregnancy journey tapi laterlah kot, aku masukkan gambar raya dulu, memandangkan masih time raya lagi nih. Kang basi plak.. Hehhehe... Kalau korang nak tau, gambar ni pun aku cilok dari FB sepupu hubby aku sebab dia dah upload.. hahaha.. Punyalah malas aku nih, gambar raya pun curik org punya ..Wakakaka... Oklah raya tahun nih, tak lah seseronok tahun lepas, almaklumlah, ni pertama kali we all raya tanpa arwah Mama a.k.a my MIL, so tak lah beria sangat sebagai menghormati pemergian Mama, lagipun aku tengah mabuk2 kan, so banyak yang tak larat nak buat. Even open house pun aku tak dapat buat cam last year. Aku memang tak larat, my hubby ada tanya jugak, tapi aku surrender. That day pun, ada 4 family datang berturut2, aku dah flat melayan tetamu. Hu hu ..rasa bersalah plak kalau tak melayan tetamu yg datang dengan baik, so better aku buat on weekly basis. Layan tetamu yg datang sikit-sikit, bukan sekaligus bebanyak. :)

Satu kelainan yang aku rasa tahun nih, ramai saudara dan kengkawan yang datang beraya kat umah aku berbanding tahun lepas. Maybe tahun lepas aku baru pindah ke Aman Perdana nih, lagipun we all cuti raya lama @ Singapore & Melaka, tapi tahun nih, memang boleh kata every week ada org datang singgah beraya, jiran, saudara & kengkawan datang. Memang seronok jugak, menu utama we all selalunya Spaghetti Malaysia & Soto Ayam. Hehheh.. Chef nya plak, my hubby for Spaghetti& my maid for Soto Ayam.. Aku jadi tukang sorak jer lah .. Nak tolong tak larat + tak di beri. Aku buat kerja-kerja ringan jer...Hehhehe...Happy jugak sebab sejak kahwin, jarang we all rasa org datang rumah untuk beraya, i mean umah sendiri, sampai nak tempah kuih pun malas, tak tahu sapa nak makan kang. Wakakakak... But this year & i believe tahun2 seterusnya, mesti meriah umah we all setiap kali raya kan ..:) Anak aku pun seronok bangat sebab ramai rakan sebaya dia datang. Dia happy betul kalau ada ramai org dtg umah ..:)

Kaylah, aku dah mula lapar dan letih nih, sebelum aku muntah lagi, baik aku attach gambar raya yg sempat aku cilok nih, semua gambar nihh aku suka especially gambar si "Mahsuri" sorang nih... I love this picture so much!! Hehhehe..meh kita layan gambar raya di Pagi Syawal Pertama ....

"Mahsuri" ku sayang di pagi Syawal!
Happy giler dapat raya ngan baju baru!!
One happy family @ Grammy's House
Seronok bermimpikan Oni kesayangannya...
Tahun pertama beraya tanpa Mama. Aktiviti wajib di pagi Syawal mulai tahun ini.


Malas Menjadi-jadi,

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading