Monday, December 28, 2009

Another Video Of Q Tgh Baca Kuat-kuat!

Yehaaa! Happy aku! Dapat capture lagi the moment time buat reading session ngan dia malam 24 December 2009 yang lepas. Aku tgh lepak-lepak depan TV layan Alkisah Raja Lawak, then aku amiklah board dia, & say to her, "Jom kita buat reading session jom Sayang!". Member nampak ghairah lah pulak... hahaha..aku pun bgtau hubby, "Ayang, rekodlah video anak tgh baca nih, mood tgh baik, u duduk belakang kerusi ni, jgn bg dia nampak!". Hahahahhaa...Bukan apa, kalau Q nampak Daddy dia tgh rekod aksi dia, confirm kena rampas. Tak jadilah projek we all nanti! Dia lately memang suka tgk camera, cuma ada certain2 time jer dia tak kisah aku rekod, but most of the time, dia pun nak join sama tgk camera tuh. Sebab tu kena sorok-sorok.

Memandangkan sebelum ni aku dapat capture aksi dia sebut beberapa perkataan, (sapa yang lum tgk, boleh tgk kat SINI kay), so kali nih aku decide nak tulis perkataan yang lain pula. At least adalah kenangan utk aku tunjuk kat dia bila besar nanti, perkataan-perkataan yang berbeza yg Q boleh sebut sebelum umurnya mencecah 18 bulan. Hheheh.. Ada lagi few words yg tak sempat we all rakam, entah bila lah aku leh rakam tuh, harap-harap dalam waktu terdekat sebab aku nak compile semua dalam satu DVD & watch together with her later on. Aku siap senaraikan lagi apa perkataan yang dia dah boleh sebut setiap kali we all buat reading session supaya senang aku nak monitor perkembangan Qarissa. Aku baru-baru nih ada belajar to convert all the video dari camera ke DVD, so aku convert semua video dari zaman Q baby sampailah sekarang. Berjasa sungguh Lumix aku tuh, hehehe..bila aku dapat tgk semua aksi Q kat TV, rasa happy sgt .. adalah kenangan dengan dia sampai tua nanti.

Inilah aktiviti we all setiap hari, & Q love it so much!!!

Once record jer, aku terus semangat transfer ke Lappy utk tgk dengan lebih jelas, tengah-tengah semangat aku tgk, tetiba aku nampak ada "sesuatu" yg tak sepatutnya ternampak dah ternampak pulak..Siut betul lah! Buat malu den jer! Nak cover & edit aku tak reti. Hahaha...arghh..pedulilah ..bukan aku sengaja kan..Paham-paham jer lah, ibu mengandung semua nak longgar-longgar, sampai dah terlebih longgar pun tak perasan makcik ni noks..Wakakaka... Takperlah, korang abaikan apa yg korang nampak tuh yer kengkawan, korang fokus kat board tu jer ..Muka aku pun tak nampak dalam video nih! Wakakkaka... nasib baik noks.. Hahahha..

To My Dear Qarissa, U did it again darling! Happynya Mummy tgk Q dah becok & bijak sekarang. Nanti Mummy ajar lagi ok Sayang!!! Sorrylah geng, kena guna You Tube lagi sebab file lebih dari 100 Mb, sabarlah kalau video ni tersengguk-sengguk kay..Aku rasa, kalau nak clear, korang kena tunggu dia habis buffering dulu, dengar sampai habis yg sengguk-sengguk punya part, then kena ulang balik, baru dia clear kot. Kalau tak jugak...nasib badan lah tu.... Hhehehe

Kali ni punya words, Q sebut - Sit, Mouth,Cat, Bird, Book & Big!
Jgn marah ahh...time belajar kaki silang lagi tau! Hover uuu!Hhaha

It's A "Game" For Her!

Friday, December 25, 2009

My Water Feature - Before & After!

Sukanya rasa hati bila akhirnya me & hubby dapat Water Feature yg "sejuk mata & hati memandang". Sebelum ni, memang sakit hati bila tgk kolam kat umah aku nih. Sepatutnya kolam jadi tempat yg seronok utk kita tgk setiap hari, mendatangkan ketenangan, tapi kolam aku sebelum ni memang HAMPEH!!! Tak hingin aku nak bukak sliding door tuh tgk kolam yg "hidup segan mati tak mahu" tu. Dah lah tak cantik, sistem pengairan dia sangat teruk.. asyik kotor jer air kolam tuh. Kontraktor yg buat kolam aku sebelum ni mmg tak boleh dipuji langsung! Hubby aku hangin jer sebab bila we all utarakan masalah kolam yg airnya asyik keruh, dia bg alasan yg bodoh dan tak masuk akal. Dah tu pulak, tak tahu nak selesaikan masalah tuh sampai hubby aku pulak yg kena cari solution sendiri. Apa punya kontraktor ntah, kerja dia kita pulak yg kena tolong cari penyelesaian. :(

Ni lah dia rupa bentuk kolam lama aku! Hodoh tak? Fake giler kan design dan color dia! Manalah aku tak makan hati!
Kerja - kerja renovation sedang dijalankan. Decking kayu tuh dulu we all buat separuh jer, now dah tutup semua. Tu pun kena tipu jugak jenis kayu! Same kontraktor!

Sampai satu tahap, hubby aku pun dah malas nak ambik tau sebab kolam tuh memang tak dapat diselamatkan dah. Memang sistem pengairan dia out betul. Sudahnya, ikan takder, yang ada katak jer. Jadi penternak katak pulak we all nih. Yusck! Benci lah aku.... Aku malas nak kuar hatta nak menjeling ke kolam tuh pun malas. Dah lah design water feature dia tak cantik. Mula2 dia buat pun aku cam dah tak suka, sebab nampak sangat fake batu dia. Dia pakai cat jer color coklat yg sungguhlah tak natural. Iskkk...menci sgt tapi tak dapat nak cakap apa sebab duit pun dah kuar .. Tu pun ada yg tak siap kerjanya masa kontraktor tu buat. My hubby dah bayar 70%-80% rasanya sedangkan perjanjian cuma 50%, dah siap semua baru bayar habis, tapi bila ada problem, panggil orgnya datang, dia mintak duit lagi. Bila takmo bg, dia takmo datang...kong ajar kan!!! Dahlah org bg extra dr apa yg tertulis kat quotation..just imagine kalau kitaorang bayar habis, then ada masalah...memang confirmlah takkan datang sebab duit dah sapu bersih! Tu yg mulut aku ni ringan jer nak "maki" kontraktor Melayu bila tiba bab-bab construction camni...

Naik batu utk tutup keseluruhan kolam lama. Kolam dalam kolam namanya nih!!
Ng (yg pakai spek) tgh leka buat kerja. Very cute & rajin. Memang bagus dia nih!

Dah lama bertahan, sampai dah tak tahan sgt, laki aku pujuk ajak labur sikit utk ubah balik sistem pengairan kolam tu..dalam masa yg sama tgk if ada mana-mana kontraktor yg boleh ubahsuai sikit our design of the water feature. Bukan apa, Q dah semakin besar, dia suka tgk air terjun kat kolam tuh, tapi dah huduh camtu, ngan ikan takder, camnerlah nak ajak dia kuar? Katak banyak lah ..hu hu.. Pikir punya pikir, aku pun setuju lah walaupun takut sgt hasilnya tak bagus. Hubby aku pun start lah carik kontraktor yg boleh bg harga yg bagus dan tak melampau. Aau terus terang cakap memang paling tak suka bawak kontraktor dtg umah aku. Bukan apa, susah betul nak cari kontraktor yg "TAK PANDANG JENIS RUMAH & LOKASI" masa bg quotation. Banyak kali we all kena, datang jer umah, harga terus mencanak-canak naik. Dorang ingat aku nih "tarik telinga, kuar duit ikut mulut" agaknya!!!! Memang we all dah agak, semua akan ketuk punya, tapi kitaorang takder choice, kontraktor kena dtg tgk apa masalah sistem kolam aku tuh. Semua letak harga 4-5 ribu beb... utk sistem pengairan jer, belum masuk tukar2 design lagi. Giler betul!!

Kalau korang nak tau, kayu ni pun aku kena tipu. Kontraktor kolam tuh kata, fully resak! Kepala hotak dia! Ni resak campur, dah bukak camni baru nampak, reput semua kayu kat dalam dia! Hangin aku! Padahal tak sampai 2 tahun we all buat! Decking yg baru we all pasang nih, aku pastikan memang PURE RESAK, siap sound lagi," If u bg i resak campur, I SEE U IN COURT!!" Hahhahaa...
Ni tempat filter, Ng tuh besarkan sikit, nak sesuaikan dengan sistem baru.

Akhir sekali, dapatlah we all harga yg termurah dan berbaloi, memang baguslah this company, staff dia pun bagus..nama Ng. Dia tahu yg dia cakap & bila tgk sistem pengairan we all, memang dia kata ada masalah dan siap bg solution on how to rectify it. Dia bgtau sekali apa yg akan dia buat. Hubby aku puas hati lah jugak dengan penerangan dia. Harga dia pun boleh tahan murah, siap dengan penukaran water feature yg baru. Kolam we all macam 100% baru tau! Hhahaha..Seronok sgt. Tengah-tengah pembinaan & pembetulan tuh, adalah we all plan nak tambah sikit. Nak naik batu keliling kolam, jadi safety lah sikit utk Q bila dia keluar nanti, itupun that guy tak caj mahal sgt. Kiranya harga dia boleh runding lah..dia boleh nego sikit. Yg bagus, Ng ni bukan sub kan projek ni kat org lain, dia sendiri yg buat dibantu oleh staff dia. Jadi memang betullah dia tahu tentang kolam dan bukan makan untung atas angin. Kira berbaloi lah pelaburan yg we all buat. Bila org tgk dan tanya harga, semua terkejut dan kata, its very reasonable sebab kolam lama "terus hilang" dr pandangan! Hahhaa.. Tak caya korang tgk sendiri ..:) Sebab dia bagus, aku tambah lagi bg business kat dia, suruh dia cabut semua pokok keliling rumah aku yg macam HUTAN tuh, kasi clear semua, tanam luar rumah dan tanam rumput baru kat keliling rumah aku. Aku tukar rumput dari Filipine grass ke Pearl grass. Sebab aku malas nak maintain dan tak suka tgk capuk-capuk kuning setiap kali rumput kena potong! Hahhaha..Puas hati aku tgk keliling rumah aku dah luas mata memandang! Bolehlah Qarissa main kejar-kejar ngan Daddy!

My new Water Feature! Love it! Macam 100% kolam baru kan! Aku naik batu keliling kolam so selamat utk anak kecil like Q, then decking tuh aku tutup keseluruhan sampai kat sliding door. Leh lepak-lepak bila petang. Rumput pun aku suka, nampak hijau & segar, pearl grass yg senang nak maintain utk org malas cam aku!
We all pilih Bali design, terus buat kotak 4 segi senang sikit. Nampak besar dari dulu tapi sebenarnya sama jer.Decking tuh skang jadi tempat Q berjoget petang-petang sambil tgk reflection dia kat sliding door! Sungguh poyos itu kenit!

Air terjun yang membuatkan aku tenang sgt bila tgk dari dalam rumah, memang suka sesangat!!

Then, dah ada kolam baru, semangat plak hubby aku nak tambah awning tepi rumah. Memang pelik laki aku nih, setiap kali aku preggy, setiap kali tuh lah ada jer idea dia nak renovate rumah. Nak ketuk tu lah, ni lah..padahal kan kita ada pantang-pantangnya time bini pregnant! Dulu time mengandungkan Qarissa, dia sibuk dengan interior rumah, now mengandung anak kedua, dia sibuk nak wat exterior pulak. Tak paham betul aku!! Kesian aku tgk, aku layankan jer lah ..tapi dia lah carik semua kontraktor tuh..tak kuasa aku nak campur tgn ..aku cuma bg idea apa yg patut jer...hehehe.. I hate renovation sebenarnya! Bersepah2!!!

Semangat hubby aku amik gambar dr semua arah, tapi sebab dia tak pro & pakai camera Lumix jer, so gambar tak berapalah nak cantik cam pakai DSLR. Hahaha..Dia semangat nak masuk pertandingan tuh! Wakakaka..

Agak-agak cam seram yerk tgk lampu yang ala ala "Jin pakai toncit" atas kolam tuh! Hahhaha..tuh dah lama aku beli, dari rumah lama lagi dah ada, sayang nak buang sebab kalau kat luar mahal ooo..We all beli time sale. Lagipun sesuai dengan keluasan kolam..:)

Kesimpulannya, bila korang nak cari kontraktor, cubalah cari yg bagus walaupun tak mudah sebenarnya. Selalunya, kita akan senang kena "con". Ada yg cakap berdegar-degar macam pakar sgt padahal - YANG ADOOOO !Hampeh! Ada yg cool dan tak eksen tapi bagus, tak suka-suka mark up harga semata-mata tgk rumah korang besar & cantik (padahal bukan cantik @ besar mana pun! Saja jer nak ketuk melampau2!) Bukan aku jer, boleh dikatakan jiran-jiran aku semuanya kena ketuk bila ada kontraktor datang. Dengar harga yg dorang kena bayar, giler sungguh rasanya. Nasib baiklah aku dah lama pindah. Sekarang semua harga dah naik. Nak buat renovation pun pikir dua tiga kali. Hu hu... Apa pun, I'm so happy with the outcome of my water feature now! Plus my new "lepak king" punya place ...laki mak berangan nak letak meja pool kat situ noks! Yokoyo jer cik abang sorang tuh..Dia nak main pool ngan sapa ntah! Hahhahaa...

Tempat "lepak king" we all setiap petang, just imagine ada meja pool kat tgh-tgh tuh. Sesuai ke noks? Sesuka hati jer hubby aku tuh! Hahhahaa...Apa pun, aku suka main buaian tuh.. Hhehehe..Tapi Q takut!


Jangan kena tipu lagi!!!

Thursday, December 24, 2009

Kenangan: Biru Mata Hitam Anakku!

Actually, ni gambar-gambar ni di ambil pada 20/11/2009 yg lalu, dah lebih sebulan pun. Aku tak sempat pun nak sharekan dalam blog, tapi sempatlah aku masukkan dalam FB. Today aku free, barulah sempat aku masukkan dalam blog Qarissa, boleh ah simpan jadi kenangan "terindah" budak kenit ni! Kat bawah ni pulak, aku copy jer entry yg aku share kat FB tuh.. :)
**************************************************************************************************
Q masih mampu tersengih walaupun mata dah bengkak! Ingat lawa ah tuh!

Aduii...dah lama tak jatuh, akhirnya jatuh jugak ko anakku! Geram jugak aku ngan maid aku tuh, dia tgh kemas bilik aku tapi boleh tak perasan si Q buat apa dalam babycot.

Aku masa tuh kat opis SOHO tgh pack perfume tetiba dengar anak aku melalak jer. Kelam kabut aku lompat dan tgk apa jadi kat bilik aku. Nor pun boleh tak pasti camner Q boleh jatuh, tau2 dah mengiring nak bangun jer. Aku assume dia panjat buku-buku yg ada dalam babycot tuh menjenguk ke bawah sebab si Nor tukar cadar katil aku dan anjakkan babycot dia ke tengah sikit, so member cam curious kot, terjenguk-jenguk, terus tertumus!

My dear baby yg matanya dah biru..

Aku menggelabah puyuh lah kejap, terus letak ais dan bagi susu. Member terus tidur. Aku risau sebab tak nampak camner dia jatuh. Few minutes after that, baru nampak telur dah kuar kat dahi. Dahlah dahi anak aku tuh luas, makin obvious lah bila benjol. Biru jer nampak..sian sgt ..

Then, masuk hari kedua, aku nampak mata dia biru sket. Memang confirmlah kepala jatuh dulu then mata pulak tertumus. Nasib baik laminate flooring beb, kalau tak tak tahulah apa jadi. Babycot dia tuh maximum tinggi aku buat, supaya dia tak leh jatuh, even babycot tuh lagi tinggi dari katil aku yg sememangnya sangat tinggi. Just imagine lah bila dia tergolek dog! Cian anak mummy ...:(

Hangin tak dapat camera!

Alhamdulillah, bila jumpa doktor, doktor kata nothing to worry, mata pun tak injured, cuma lebam sket, dia tak demam dan tak muntah, active as usual. Alhamdulillah sgt..

Hari kedua bila mata dah kecik sebelah, barulah aku sempat snap gambar dia. Kelakar pulak aku tgk, buruk benar ngupernya! Hahahah..member leh siap sengih2 lagik ..ada hati nak posing muka dah huduh! Ahahaha... tapi kejap jer ah ..pastu ngamuk nak rampas camera! hahaha...

Nampak tak dahinya yg merah dan matanya yg biru & kecik sebelah? Hu hu..Cian dia!

Pity My Baby,

Wednesday, December 23, 2009

Azam Baru: Bercucuk Tanam Belakang Rumah!

Yer, memang aku semangat sangat nak bercucuk tanam kat belakang umah aku semenjak harga barang dapur naik mencanak-canak nih. Dah tak larat nak kuar duit RM500-600 sebulan beli barang dapur jer! Ada jer yg tak cukup sampai aku tanya maid aku, "Ko ni ada supply kontraktor belakang ni makan ker?" Hahhaha.. Asyik habis jer barang dapur .. tak paham aku!!! Dahlah semua sayur mahal skang, cili padi sampai RM 16 sekilo!! Aku & Saiful dah lah giler cili padi, nak beli mahal, baik aku tanam jer!!

Kalau dulu sebelum Q lahir, masa we all baru pindah umah, kitaorang tak pikir sgt nak kawasan luas2 @ gunakan utk bercucuk tanam. Niat ada tapi sebab tgn aku ni "panas", confirm lah tak jadi tanaman aku tu. So, we all semangat giler suruh landscape kontraktor penuhkan keliling umah dengan pokok2...konon tropika lah .. hahahaa... hambek ko...bila pokok dah besar ..tukang kebun pulak dah pindah, dapat ganti tukang kebun yg hampeh, aku rasa umah aku dah macam HUTAN!!

So, bila Q dah besar dan pandai lari, aku kesian tgk dia nak jalan celah2 batu pun kena tunduk-tunduk. Wakakka..betul hutan tropika taman aku dulu! Then, we decided to move all the trees kat luar pagar. Aku "bin kan" tanah tepi rumah (actually tu taman MPK) dan jadikan macam tanah aku sendiri ..aku tanam semua pokok yg banyak tuh kat situ, aku ganti rumput aku dr Filipine grass ke pearl grass (sebab malas nak maintain selalu..ahahah) dan biarkan seluruh kawasan tanah kat umah aku CLEAR!! Luasnya mata memandang! Puas hati aku!

Semangat akak Indon ni tulis nama pokok, sebab ada pokok yg aku tak tahu bentuknya! Hahhaa

Then, kawasan belakang pulak, we all dah sediakan utk bercucuk tanam. Last week, me & hubby shopping pokok herba & pokok hiasan kecik2 utk menyegarkan mata kat Sungai Buloh...puas hati aku! Gardener baru aku pulak memang pro punya gardener, baru dapat. We all panggil Wak.. memang kreatif & bagus buat kerja ..puas gak lah hati tgk dia hiaskan & tanam semua pokok herba aku. Harap-harap menjadi ..:) Ni antara pokok herba yg aku beli... (aku tulis mana yg aku ingat jer lah ...hahahah)

  • Cili Padi Kampung (semangat sampai beli 2 beg, then rembat lagi kat umah kawan arwah Mama 2 beg!Hahhahaa...)
  • Daun Kesum
  • Daun Kari
  • Limau Nipis
  • Limau Kasturi
  • Limau Purut
  • Pokok Semambu
  • Pokok Parsley
  • Pokok Misai Kucing
  • Pokok Selaseh
  • Daun Kuchai
  • Pokok Belimbing Asam
  • Cili Hijau
  • Pokok Kunyit
  • Pokok Halia
  • Pokok Roselle
  • Daun Pandan
Dan yg ni pulak, memang dah ada kat umah, so tinggal suruh Wak tanam direct kat tanah jer..:)
  • Daun Serai
  • Daun Ketumbar
  • Aloe Vera
  • Daun Bawang
  • Daun Sup
Hmmm...baru puas hati aku!! Harap2 dapatlah aku berjimat at least RM 50 hengget sebulan pasni! Wakakakaka..Errkk..ada sesapa nak beli sayur2an aku? Aku bg diskaun! Wakakakakaa....

Ni kedai pertama we all pergi! Balik umah, penuh satu Myvi!! Berjasa sungguh Myvi tuh!

Mari Bercucuk Tanam!!!

Monday, December 21, 2009

@ 17 months - Mummy Write & Qarissa Read Out Loud!

Aksi manja Qarissa yang paling aku suka! Dia akan hug aku dari belakang kuat-kuat dan aku akan tarik tangan dia macam main encang-encang tuh! Hhehee

Well, well, well.. what can i say more? Thanks to Allah SWT kerana memberikan aku kekuatan, kesabaran, ketabahan, keseronokan sepanjang membesarkan Qarissa. Aku rasa bertuah dikurniakan anak secerdik Qarissa yang mana aku percaya, mana-mana baby sekalipun, kalau kita latih & pupuk minat mereka dari kecil, Insya Allah hasil yg menanti sangat mengagumkan..

Our writing & reading session. Ni lah baru 1st time dapat capture the moments. All this while tak pernah berkesempatan. Hu hu..Simpan semua dlm kepala jer ..

Sepanjang 17 bulan membesarkan Qarissa, aku bertuah kerana mendapat sokongan semua pihak, baik suami, keluarga & rakan-rakan. Walaupun kadang-kala terbabas jugak dalam sessi pembelajaran Qarissa..(yer lah, kengkadang kita penat, letih, banyak kerja tertangguh kan ...sampai kadang-kadang tak dapat fokus pada anak for few days ..) tapi aku masih dapat cover balik mana yg aku dah tertinggal untuk Qarissa. Memang aku akui, sejak aku pregnant ni, aku memang letih dan sometime tak larat nak ajar Qarissa, lebih-lebih lagi masa 4 bulan pertama kandungan. Diri sendiri pun rasa tak terjaga..hu hu ...tapi sekali lagi aku bersyukur sebab dikurniakan seoarang anak yg baik, bijak, cerdik & pandai bawak diri. Sepanjang aku tak sihat, Q banyak layan diri sendiri dan video-video education dia. Aku setakat temankan ala kadar, tu pun kalau larat. Most of the time, aku lepak jer ...asyik muntah jer kan dulu .. huhu ..pity my baby...kadang2 aku sedih tgk Q duduk sorang-sorang depan TV, gelak sorang-sorang, cakap sorang-sorang, baca buku pun sorang-sorang tanpa mengharapkan aku ada kat sisi dia. Tu yg buat aku tak sampai hati dan kadangkala aku tetap gagahkan diri teman dia walaupun sekejap.

My litte genius Qarissa sedang leka memerhatikan apa yg Mummy tulis kat board! Daddy curi-curi ambil video kat belakang!

Alhamdulillah, berkat usaha dan ketekunan "bermain" dengan Q, aku dapat menikmati hasilnya. I really wish I can capture & record more videos during our reading session...tapi bukan senang weii... Qarissa dah pandai tgk video dan setiap kali dia nampak aku pegang camera, dia pun sibuk nak sama... ni pun aku suruh Saiful curi-curi amik dr belakang. Kalau korang tgk, ada satu part tuh, dia toleh kat Saiful, so lucky dia tak sibuk nak rampas that camera, but after that is history lah, siap nangis2 nak tgk balik video yg aku dah rakamkan ..sudahnya ..tergendala lah our recording session tuh..hu hu ...aku rasa pasni memang kena buat senyap2, dia tak boleh tgk the camera or else memang tak dapek lah nak nolong ...hu hu...rasa cam nak cari hidden camera jer...kengkadang bila aku tgk dia baca buku sorang-sorang sambil bebel-bebel, so cute jer aksi dia tapi sayangnya, selalu tak dapat rekod... simpan dalam otak jer semua kenangan tuh..hehehehe..
Q really loves the reading & writing session. Tunjuk je board biru tu, dia akan datang dekat and say "SIT"!!

Insya Allah, lepas ni aku akan cuba jugak rekod sebanyak boleh reading session we all, sebab aku nak tunjuk kat Qarissa bila dia besar nanti .. itulah kenangan paling berharga buat dia .. :) Ada banyak juga words yg dia boleh sebut tapi tak sempat nak rekod...sometimes dia buat perangai takmo baca the words, sometimes dia sibuk rampas kamera...hopefully dapatlah aku record the moment tuh nanti ...:) As usual, Q ni tak suka sgt bila dia dapat rasa aku nak test dia .. dia takkan sebut, setakat sengih, angguk-angguk dan sibuk nak padam the word on the board. Tapi bila buat secara spontaneous, memang laju jer dia sebut, kengkadang word yg aku tak expect dia tau pun dia sebut. Macam contoh, aku tak pernah tulis ayat "BIG" kat board tuh, tapi Q selalu dengar dalam video education dia. Bila we all tgh watch that DVD, aku terdengar Q follow the narrator & sebut "BIG". Then lepas tuh, aku saja tulis kat board tu perkataan "BIG", saja nak test dia tau ker tak nak baca bila aku tulis kat board, terkejut jugak aku bila tgk Q boleh sebut dengan konfiden sekali sedangkan kat DVD tuh takder that letter @ word, cuma dia dengar sahaja, but she still can say the word on the board yg aku tulis tuh. Kagum gak lah aku, camner dia leh tahu yerk? Hheheh...Memanglah baby ni genius & unpredictable lah .. hahahaha....

Korang leh tgk betapa susahnya aku nak rakamkan aksi dia bile dia buat perangai manja dia dalam video kat bawah ni. Dia macam tau-tau jer aku nak test dia .. dia tak suka.. Especially bila time dia nak suruh aku read the books for her. Dia akan ambil buku dan bagi aku suruh baca, jangan haraplah aku boleh buat writing & reading session kat board tuh..memang kena bacakan dia buku sampai habis, then ulanglah selagi dia minat nak dengar.. hu hu hu... sampai aku kena distractkan attention dia pada something else yg dia suka, baru dia akan stop &tak merengek-rengek. Hhehehe.. notty girl kan! But i love it!

Mehhlah kita tgk 2 video kat bawah ni kay. Sorrylah, video pertama, aku terpaksa guna You Tube sebab size dia lebih dr 100Mb, tak leh guna blog. So, maybe dia punya video tersangkut2 sket sebab You Tube kan sokmo tersangkut2 ..Hahhhaa.. Tapi video ni lah yg paling best, sebab Q say all the words yang aku tulis kat board tu..So, kena sabar sket lah kalau korang tgk video tuh sangkut2.. Hheheheh... Video ke dua pulak, aku guna blog video sebab file kecik, tapi video ni untuk tunjuk its not easy utk capture the moments tau! Hahaha.. Q tau aku test dia, dia takmo baca, lari-lari tapi akhirnya baca jugak...suara plak cam tak ikhlas, siap ada intonasi lagi. Hahhaa..Korang dengarlah sendiri ...

Q sebut few words like - GOGO, A Shop, fish, shake, kick & Arms Up!

Aksi manja Q yang takmo baca tapi akhirnya baca jugak...siap buat intonasi yg konon-konon dia nak bgtau ..."Icha tau lah Mummy..tak yah nak test-test Icha ...itu word Dog....Dog...." Hahhaha!


Proud Of My Little Einstein,

Thursday, December 10, 2009

Aksi Terlampau Di Atas Katil!

BERITA GEMPAR!!! Kalau dulu kita dikejutkan dengan video aksi seorang Pramugara Terlampau, kini aku nak kejutkan korang pula dengan aksi rakaman yang tak kurang tahap melampaunya! Yer, inilah dia aksi terlampau yang dilakukan oleh si dot dot dot... tanpa rasa bersalah, malu mahupun takut jika ia dirakamkan oleh sesiapa jua. Malah, si dot dot dot ini juga kebelakangan ini seringkali membuat aksi-aksi terlampau ini setiap kali dia mula "beradu".

Memandangkan si dot dot dot ini masih kategori bawah umur, maka tidaklah aku risau untuk menayangkannya kepada kalian kerana confirm takder mana-mana wartawan yang berminat untuk menayangkannya di akhbar-akhbar Perdana Malaysia. Si dot dot dot ini juga bukan celebriti @ Idola Kecil yang femes yang boleh membuatkan "career" nya terancam kalau aku memasukkan gambarnya di blog ini. Jadi, sesapa yang ada rasa dengki nak pedajal si dot dot dot kesayangan aku dengan menyebarkan gambar "terlampau" ini dinasihatkan agar melupakan hasrat "keji" tersebut kerana ianya pasti tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat, malah anda mungkin akan dikatakan "gila isim" kerana cuba menjatuhkan maruah seorang dot dot dot yang disayangi ramai!! Kalau nak buat jugak, apa yang boleh aku katakan .."I see u In Court!!" Dont play-play ha ....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
AWAS!!! HANYA UNTUK TATAPAN KORANG YG BUKAK BLOG AKU! BUKAN UNTUK DISEBARKAN!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
GAMBAR YG PANAS, JADI KENA LETAK BAWAH-BAWAH SIKIT!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Yehaaaa!! Inilah aksi terlampau seorang dot dot dot ketika beradu!!!!

NAK LAGI?? SCROLLL DOWNNNNN!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
OPSS....TAK SAMPAI LAGI AH ....USAHA LAGI YER NOKS!!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Aha! Ni dia untuk pandangan yang lebih JELAS!!!!!


NAK LAGI? HMMM..SCROLL LAH BAWAH SIKIT....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
WOI!! AGAK-AGAK LAH NOKS, 2 GAMBAR CUKUP AH ..LEBIH-LEBIH PLAK!!

DAH GI SAMBUNG WAT KERJA!! REPORT KAT BOSS KANG!! HAHAHAHHAHA!!


My dot dot dot is my soul!!
Mummy Qarissa

Tuesday, December 8, 2009

2nd B'day Adam-Yaya @ ANW !!!

B'day Boy yg encem & macho hari tuh!
Kek yg cun ooo...Blue colour!

Alamak, aku tak pasti samada aku org terakhir atau tak masukkan entry nih...hehehe..hari ni baru aku sempat transfer gambar masuk ke PC setelah berhari-hari "kehilangan" camera aku. Tak pasti aku letak mana. Semalam baru jumpa balik.Ahaks...sabar jer ..So, dengan bangganya, aku nak wat entry B'day so bijak dan macho Adam yang kedua @ ANW PJ nih...:)

Q yg takder mood baru bgn tidur!
Anak aku nih terkejut tgk bear gemok kot!
Game yg havoc!

First of all, thanks to Yaya & hubby sebab invite aku datang ke majlis nih. Semangat aku nak datang siap wat reminder lagi kat hp. Hahaha..tapi rasanya..pada hari tersebut, aku adalah orang yg paling lambat sampai! Bad me!! Ampun Yaya, bukan sengaja yang, mak & kakak serta anak-anak dia tidur umah aku malam sebelumnya, so pagi tuh dia mintak aku tolong bawak dia & baby yg baru umur sebulan tuh ke doktor. Anak dia batuk dan selsema. Ko paham2 jer lah, hari Ahad susah betul nak cari doktor pakar kanak-kanak. Dah sampai Klinik Pakar, mak aii..ramai giler budak2 sakit sampai aku pulak takut anak akak aku tuh makin sakit...Kena tunggu nak dekat 2 jam..Gilos sungguh. Sudahnya pergi klinik biasa jer dekat ngan umah aku..Sampai umah dah pukul 2.30pm. Kelam kabut aku siap dan terus ke majlis hang...Sampai PJ, hujan mak aiii...lebat sungguh! Sib baik dapat parking, kalau tak, tak tahulah aku camner nak masuk dalam ANW tuh! Hahahha...
Aku yg hanya mampu posing atas kerusi jer! Hahaa
Cuba nak suruh Q menari tapi dia takmo! nak duduk kat lappy gak!
Sudahnya, Q bertepuk tgn dari atas peha aku jer! Aku posing maut! Hahaha

Walaupun aku sampai lambat, tapi aku sempatlah berborak dan tengok all the games yang dibuat kat sana. Nasib baik majlis potong kek belum buat lagi. Sempatlah aku tgk hubby si Yaya menari dengan sexynya! Auwww....tergoda ii...hahahaha... siap menang hadiah utama dari bear tuh! Aku rasa bear tuh tercabar lah dengan hubby ko Yaya ... hahahha..

Me & Q with the cute Bear!
Happy family @ ANW!
Ratu mimik muka memang Q lah juaranya!

Si Q pulak, masa tu baru bangun tidur. As usual, takder mood lah, asyik nak berkepit jer .. time bebudak buat game menari pun dia takmo join padahal kalau kat umah, dialah raja! Cuma dia nak bertepuk-tepuk tangan atas lappy aku jer ..Oklah tuh, dari dia mengamuk kan ..So far, Q ni baik, tak pernah buat perangai pelik-pelik kat majlis orang. Hahahha...

Nampaknya aku sorang jer pandang camera laki mak noks.Hahaha..
Yaya & hubby yg sungguh sporting join all the game. Pakkal aku tak larat..kalau tak, mau kecoh ANW tuh!

Romantic couple of the day! So sporting kan!
Bagus bebudak ni suma! Sporting sgt!

Majlis habis dalam kul 5.30 rasanya, lepas tuh ada majlis orang lain pulak. Sempatlah aku bergambar dengan Yaya tapi yg sedihnya, dah borak-borak dengan kengkawan blogger - with Farah & Mummy Sofia, aku boleh lupa nak amik gambar with them! hampeh btol. Padan muka aku, sapa suh lambat! Orang amik gambar, aku tgh melahap ayam yg panasssss! Wakakakka...

Rupanya, Mummy Sofia akan bersalin lebih kurang tarikhnya dengan aku tahun depan. wah, ada genglah aku meneran sama-sama nih. Selang sehari jer..Silap2 nanti katil sebelah menyebelah. Hahahaha...Jgn hubby tersalah bini jer tgh nak cool downkan wife yg tgh jerit2 kesakitan! Wakakaka.. (seronoknya gelakkk Watie oiii..dalam hati Tuhan jer tahu aku punya gabra nak menghadapi saat tuh lagi sekali..Ayoo..semoga dipermudahkan semuanya ..Aminnn...)

Cutting cake caremony! Getting ready!
Pandai Adam tiup lilin tau!

To Adam yang sungguh encem dan bijak hari tuh, Happy 2nd B'day dear, dan semoga menjadi abang yg baik dan jaga baby elok2 ok cayang...comey jer tgk si Adam ni main-main kek letak kat hidung! habis biru hidung dia. And to Yaya, aku memang salute dan kagum tgk hang n hubby masih boleh menari dengan vougenya dan mendukung Adam! Aku dah tak larat wei!!! Hahahaha...

Majlis dah habis baru nak tergelek2 kat luar ! Poyo jer!
Q suka pulak pakai topi tuh! Hehhee..
Sayang nyawa Mummy nih!

B'ergambar sebelum balik...
Me & Yaya dengan anak masing2. Hehhee..Nanti yg 2nd baby pun sesama lahirkan gak! :)


Happy Happy,
Qarissa & Family....

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading