Wednesday, March 31, 2010

Mummy Qarissa Bakal Menulis Ebook?

Hmmm..rasanya, dah 2 3 hari tak wat posting kan ..? Lately nih aku memang selalu mengah dan penat ..maybe sebab dah 39 minggu usia kandungan tetapi baby yg sungguh bijak di dalam perut ini masih belum mahu melihat dunia agaknya. Dia lebih seronok di dalam perut, tendang sana dan sini serta bermain hide & seek dengan Mummy! Aku pegang punggung tonggek dia, dia tolak kaki, aku pegang kaki dia, dia tarik tangan. Hadoiii...Tulang dia dah kuat, sakit betul rasanya! Sampai kadang-kadang aku rasa ngilu yg teramat sgt .. Nak bangun pergi toilet malam2 pun rasa seksa sebab berat perut + sakit pinggang yg melampau .. Memang different dengan Q. I guess this baby mmg akan bigger than kakaknya lah..:)

Dan, secara tiba-tiba, dalam 3 hari lepas aku rasa, setelah sekian lama "memalaskan" diri, aku mula menulis e-book. Hmmm..sebenarnya, dah lama terdetik di hati aku untuk berkongsi idea & ilmu yang aku ada selama membesarkan Qarissa ni ke dalam bentuk e-book. Aku nak fokus on pendidikan awal bayi dan kanak-kanak. Aku tahu, agak sukar nak dapat bahan bacaan yang baik dan praktikal di pasaran terutamanya dalam Bahasa Melayu. Tapi, masa tuh, aku belum bersedia sebab aku rasa aku perlu membuktikan bahawa teknik yang aku gunakan selama ini berkesan di samping menambah ilmu dan membuat kajian serta pembacaan yang lebih mendalam sebagai persediaan. So, all this while, memang itulah yang aku buat..:) Alhamdulillah, kini rasanya aku dah bersedia untuk menghasilkan e-book yang dapat membantu para ibu bapa di luar sana.

Tetapi, bila dah sedia nak buat e-book, masalah utama aku adalah - OVERLOADED INFORMATION! Hhahaha.. banyak info pun susah, takder info lagi susah! Wakakaka.. Terlalu banyak yg ingin aku katakan dan kongsikan sampai aku tak tahu mana nak mula. Semua ada dalam kepala dan nak luahkan dalam bentuk penulisan..perghhh..banyaknya nak kena inform..! Mana nak start nih??? Hhahaha.. Sudahnya .. aku biarkan ianya berlalu ..konon nak try rilek lagipun tengah preggy, takmo lah tensen- tensen kan ..sudahnya aku jadi malas nak menulis..tapi aku tahu aku kena buat sebab aku dapat sokongan dari ramai kawan-kawan jugak. Ada beberapa plan yang aku nak buat selepas bersalin. Jadi, memang aku kena paksa diri untuk mula menulis tapi aura menulis tak datang-datang lehhhhh...susahnya .. hahahha..

3 hari lepas, aku degilkan diri untuk tulis jugak. Aku buat sket mind mapping, buat isi kandungan & start writing. Alhamdulillah, memang menjadi. Nak mula tuh yang malas, dah mula cam susah lak nak stop. Hahahha... Tuh yang sampai berhari-hari tak update blog tuh. Sibuk menulis mak buyung sorang nih. Tak padan perut dah boyot menunggu masa nak "meletup". Wakakaka...aku risau jugak, nanti bila dah bersalin, mesti akan terhenti sekejap penulisan tuh kan .nak start balik tuh yang lotih.....hadoii..harap2 aku dapatlah semangat dan sokongan untuk mula menulis kembali dalam pantang nanti. Kalau lah aku nih fokus dan rajin, aku rasa dah lama siap dah e-book aku tuh..9 bulan tuh lama oooo.. Hahhaha.. Padan muka aku ..mim alif lam sin lagik!!!

But, buat e-book hanyalah satu permulaan. Ada banyak lagi dan rasanya terlalu banyak untuk aku belajar pasal e-book ni. Insya Allah, dah sihat lepas pantang nanti, aku nak masuk kelas-kelas yang berkaitan on how to create e-book dan pasang semua mender2 teknikal tuh ha .. Banyaknya mender nak kena buat. Kalau fikir, memang rasa susah dan leceh sgt ..Tapi Insya Allah aku akan gagahkan diri jugak (cuma tuh lah ..bila BF, I'm quite worried, walaupun dah habis pantang, camner nak gi kursus sehari tuh? susah nak tinggal anak... Hmmm..kena start bg susu dalam botol lah .. kena usaha sungguh2 nih .. kalau tak, alamat aku tersadai jer kat umah macam Q dulu ... ) Harap-harap semuanya berjalan lancar.

So, to all my friends out there, aku harap korang dapat lah beri semangat pada aku untuk meneruskan penulisan kalau aura "malas" aku tuh datang masa dalam pantang erk ...? Hhehehe.. Pada pendapat korang, bila patutnya aku launch this e-book? Hmmm..skang belum ada dateline, tapi of course lah kalau boleh aku nak buat secepat mungkin kan ..Ahaks... can uols help me by giving me the idea- bila patut aku launch! Ada dateline, semangat lah sket nak kena siapkan yerk... Hahhaa..At this moment ..everyday mmg aku pulun habis ..menulis selagi terdaya ..sementara masih menunggu hari bersalin. Ahaks ...!

Ok friends, waiting & hunger for ur support!!!!!

Love,

Thursday, March 25, 2010

Happynya! Q Dah Mula Baca Jawi!!!

Seronoknya aku tak tahu nak kata ...rasa lebih seronok berbanding bila Qarissa pandai baca English hokay!!! Terus aku buat schedule entry untuk meluahkan rasa hati! Heheh.. Sukanya Mummy! Anak Mummy memang bijak kan sayangggg!!!

Actually, aku dah lama gak beli flash card Al-Furqan untuk Qarissa, keluaran Read Network. Aku dapat tau pasal this flash card melalui blog Aida (thanks to u dear ..) & aku suka sgt sebab mmg dah lama aku cari. Bila dapat tahu, aku terus call sales person dia suruh datang umah dan brief aku sebab aku nak tahu pakej apa yang dia ada & how to use the flash card. Ada banyak buku & VCD keluaran Read Network ni dan aku nak beli ikut kesesuaian umur Qarissa. Tapi, memang rezeki belum menyebelahi aku sebab sales staff dia busy sgt dan pertemuan asyik tertangguh. Sampailah aku ke MPH Sunway, aku ternampak kad Al-Furqan ni. Terus aku rembat seketul. Susah gak nak dapat this flash card seab aku tak tahu mana nak beli. Rupanya kat MPH ada tp cuma ada kat certain2 MPH jer ..

Bila dah beli, aku tak reti sgt nak guna sebab flash card dia bercampur aduk. Aku cam blur tak tahu nak start dari mana, sebab aku tgk huruf Alif ke Ya cam tak complete, tapi yang baris atas bawah ada semuanya. So, aku cam tak tahu nak mula camner. Sudahnya, aku try buat 2-3 kali, then aku simpan jer sebab aku nak jumpa jugak dengan sales staff dia utk mintak consultation on how to use the flash card correctly. Yerla, takkan aku nak belasah jer kan ..sebab ni Al-Furqan ..

Dalam masa yg sama, aku still jugak cari flash card Jawi so that aku leh ajar dia Alif - Ya tapi mmg susah sket nak jumpa lah. Sampailah aku ke PWTC punya Pesta Buku baru-baru ni, aku dapatlah jugak beli few products on Al-Furqan & Jawi. Sebab tuh korang nampak apa yg aku beli hari tu more on this material, sebab aku mmg kurang sket material on teaching this Languange. Kalau ada pun, tak berapa menarik (like VCD nasyid tuh kan.. tak berapa menarik perhatian sgt, but lucky me coz Qarissa still suka....) Sempatlah jugak aku dapatkan sedikit tips dari staff Read Network tuh. Walaupun dia secara terus-terang mengaku yg dia pun tak berapa pandai nak explain tapi sekurang-kurangnya aku dapatlah jugak idea camner nak teach Qarissa. Aku lebih yakin lah kan ...:)

Dia tanya aku ajar Q more on English @ Malay, bila aku kata English, dia suruh aku pulun habis-habis ajar English, jgn campur adukkan dengan Malay, dan bila ajar English, aku leh combine dengan Jawi @ Al-Furqan, sebab its different accent. Kalau aku ajar Malay dulu, staff tuh kata susah utk aku ajar Jawi, coz the accent is similar tapi ada gak yg tak sama antara Jawi & Malay, so takut budak terkeliru. Bila dgr camtuh, aku rasa lega lah kan . Tak sabar gak nak start to teach Q. Sampai jer rumah, aku terus bukakkan DVD Nasyid Al-Furqan tuh. Memang best dan menarik, walaupun cuma ada 4 lagu, tapi complete Alif - Ya dan ada semua baris atas, bawah dan depan. Aku pun dah terikut-ikut lagunya coz dia banyak gak repetition. Nor kata, Q terkaku tgk video tuh for the first time. Hahahah.. Sukalah tuh maknanya. Since that day, memang video tuh aku akan bukak at least 2 kali sehari, selang-seli dengan DVD lain.

Sampai jer umah malam tuh, aku pun teruslah godek-godek apa buku yg aku dah beli, termasuklah Flash Card Jawi Mind To Mind tuh. Aku keluarkan 10 keping kad, and start to read & flash it at Q. Memang nampak dia excited coz she keep looking at the cards, aku rasa dia excited sebab tuh tulisan & huruf yg baru utk dia. Bagus gak flash card tuh, sebab bhg depan dia ada huruf Jawi, huruf rumi, gambar dan nama gambar tuh dalam bahasa Jawi. Kat belakang pulak, cuma ada huruf Jawi yang besar dan huruf rumi yg kecik. So, buat masa nih, aku cuma gunakan bahagian yang belakang jer, sebab aku nak kenalkan Q huruf Jawi dulu. Dapatlah aku ulang 2-3 round session mlm tuh. Cuma 10 card jer, so memang tak lama. Then aku simpan balik.

Esoknya, bila free, aku tunjuk pulak kad Al-Furqan Read Network tapi kali nih ada baris atas, bawah dan depan dalam satu kad. Aku pakai tunjuk jer kad-kad tuh, tak ikut turutan pun, sebab dah konfiden kan. Just like ABC, kalau tak ikut turutan pun takper, yang penting anak kita tahu apakah hurufnya.

Malam Selasa pulak, secara tak sengaja aku tunjuk kad Jawi tuh kat Q. Actually, aku nak bawak kad tu ke bawah, simpan dalam box buku-buku dia, tapi aku terlupa, so adalah aku letak flash kad tuh atas meja cermin aku. Bila Q naik atas, dia sibuk nak join aku atas katil. Bila aku bawak naik, dia plak sibuk nak turun katil jalan2 plak dah. Dua tiga kali dia main camtuh, aku dah penat, aku nak larikan perhatian dia, aku pun tunjukkan lah kad tu kat dia. Bila dia leka, aku plan nak sambung balik mentenet. Dapatlah satu session aku bacakan card tuh kat dia tapi dia pun taklah fokus sgt sebab masa tuh dia pun tgh pandang-pandang cerita DVD dia. Then, aku saja je tayang kad tuh depan muka dia tanpa berkata apa-apa. Memang aku selalu buat camtuh utk mana-mana flash card pun, dengan harapan dia akan baca. If dalam 5 second dia tak baca, aku akan bacakan untuk dia kuat-kuat so dia leh dengar. Memang tu ah teknik yg aku buat all this while. Aku tak kesah pun if dia tak baca kad tuh, coz sometimes ada mood, dia sendiri baca tanpa aku suruh, datang malas dia, aku tayang depan mata pun dia wat bodo jer .. hahahah...

Sekali tuh, tanpa aku duga langsung (mmg tak expect pun beb, sebab kalau nak ikutkan, termasuk malam Selasa nih, baru 2 kali aku tunjuk kad Jawi tuh kat dia ...), Q sebut huruf-huruf Jawi yang aku tunjuk kat dia!!! Terkejut mak enon aku! Dia baca huruf Kho, Dzal, Ro, Jim & Alif bila aku tunjuk kad tuh kat dia!!! Masya Allah, Tuhan jer tahu betapa sukanya hati aku time tuh! Rasa nak lompat-lompat jer beb!!! Hubby aku yg baru kuar toilet pun dapatlah dengar certain words yg dia sebut. Dengan pelat-pelat dia, alahai, longlai aku dengar, memang lah sebelum nih aku pernah dengar dia sebut dan ikut aku cakap - Kho, Kho bila aku bacakan huruf tuh kat dia, tapi aku tak expect lah dia 'kenal' huruf tuh dan sebut that huruf bila aku tunjuk that flash card!! Unsangkarable betul la kan ...

Syukur sgt aku rasa sebab Q cepat paham apa yg aku ajar. Maybe aku silap sebab underestimate dia sebelum nih. Aku takut dia terkeliru kalau aku ajar 2/3 things at one time, dan aku tak yakin nak ajar dia lebih awal. Aku ajar dia Jawi tapi taklah begitu fokus sgt, maybe sebab kurang material, tapi ternyata aku silap. Sorrylah sayang, dah macam2 Mummy baca buku & wat research pasal baby brain & their tremendous potential tapi sometimes, Mummy terkhilaf jugak, selalu underestimate kebolehan Q kan ... Sorry kay Sayang ....:) Lepas ni, Mummy janji Mummy akan lebih gigih ajar Q lagik okeh ...:)

Walaupun cuma 5 perkataan Jawi yang Q sebut, itu dah cukup menggembirakan aku sepanjang malam! Sejuk perut aku ngandungkan dia... seronoknya rasa Tuhan jer tau, memang lebih seronok dari masa Q baca English tuh! Alhamdulillah, harap-harap Tuhan terangkanlah hati anak aku utk terima ilmu dengan cepat. Lain erk rasanya kalau anak pandai baca huruh Al-Quran dengan anak pandai baca baca other Languange. Yerlah kan, asas agama tuh penting. Tu lah bekalan utk dia nanti, dan sebagai ibu bapa, anak tuh lah harta kita atau saham kita kat akhirat nanti. Dialah yg akan doakan mak & ayah dia nanti. Aku nih taklah alim sgt kan... tapi Insya Allah, asas agama tuh akan aku bg kat anak-anak aku supaya dapat menjadi panduan hidup dia sepanjang masa. Insya Allah ...

Tq sayang, semoga Q jadi anak yang baik, solehah dan terang hati menerima segala ilmu nanti okeh . Insya Allah, Mummy akan temankan & ajar Q sampai Q pandai yer Darling ...Pastu nanti, Q leh jadi cikgu ajar adik pulak tau! Tapi jgn garang sgt ...nanti adik takut! Hehhehehe..



Alhamdulillah, syukur sgt,


(tetiba teringat lagu VCD Al-Furqan - Apabila bunga kembang berseri..Adik-adikku masuk mengaji ....heeheheh)

Wednesday, March 24, 2010

Burung Mengajar Aku Erti Kasih Sayang Sejati Seorang Ibu!!

Kelmarin (Isnin) adalah hari yang menginsafkan buat aku selaku manusia bergelar ibu. Petang Isnin yang lepas, agak-agak dalam pukul 5 pm, hujan + ribut turun mencurah-curah di kediaman aku @ Aman Perdana ni. Masa tuh aku tgh tidur kat couch living room tuh .. menemankan Qarissa tidur gak. Bila hujan dan ribut kuat sgt, aku terjaga dan terus pandang ke luar. Dari tempat aku tidur tuh, aku boleh nampak sarang burung yang ada kat luar rumah tuh. Sapa yang pernah baca pasal Sarang Burung kat umah aku, mesti tahu yg ada burung buat sarang kat area lampu raya umah aku tuh. Sapa yg lum baca tuh, rerajin lah klik sini utk tgk gamba sebab aku takder amik gambar semalam ...:)

FYI, sarang burung tuh makin lama makin ke bawah, macam dah nak jatuh. Aku rasa setiap kali hujan, dia akan jatuh sedikit demi sedikit, lama-lama makin ke bawah. Memang aku risau sgt dia jatuh terus, tapi sampai semalam masih bertahan. Kuat sungguh sarang burung tuh! Ada gak maid aku tolong ikatkan balik kasi kuat, tapi bila hujan, memang susah nak duga kekuatan angin lintangnya tuh! Dan, yang paing merisaukan, ada 2 ekor anak burung yang sangat tiny, baru menetas dalam sarang burung tuh! Last 2 weeks, hubby nampak ada sebiji telur & seekor anak burung, tapi smalam rupanya satu lagi telur dah menetas!

Bila aku tgk angin sgt kuat dan nampak wayar lampu tuh beralun-alun kuat tak hengat..aku gabra dan terus terbayangkan sarang burung tuh akan terpelanting! Aku terus call hubby nak bgtau pasal tuh! Tengah-tengah aku bercerita & hubby pun dah risau, tak sempat aku habiskan ayat "I takut sarang burung tuh terpelanting kena tiup angin...", aku nampak depan mata aku yg sarang burung tuh terus tercampak dari wayar tuh!!!!! Terus aku menjerit kat phone bgtau kat hubby! Then, aku terus suruh Nor keluar dan kutip balik sarang burung tuh! Tuhan jer tahu menggelabahnya aku time tuh sebab aku tahu ada anak burung dalam tuh & aku tahu mak burung tuh mesti risau giler baban cari anak dia!!!

Nor terus keluar dan cari sarang burung tuh! Ya Allah, kesiannya, rupanya anak burung tuh dah terkeluar dr sarangnya dan jatuh kat lantai serta nampak kesejukan! Sarang burungnya pulak tercampak ke taman rumah aku! Nasib baik aku nampak cepat dan terus suruh Nor kutip, kalau tak, mesti lebih sejuk anak burung tuh! Terus Nor bawak masuk dalam rumah & tunjukkan aku 2 ekor anak burung tuh. Nor tanya kat aku, "Kita nak simpan ker kak? Nanti maknya datang cari?". Aku pun jawap dengan konfidennya, "Kita letak dalam rumah dulu. Kat luar ribut. Nanti terbang lagi sarang nih. Lagipun hujan lebat. Tak mungkin mak burung ni datang tgk anak dia. Tah mana-mana mak dia skarang." Aku mmg budget mak burung tuh takkan datang sebab aku membayangkan mak burung tuh pun tgh selamatkan diri dia dr hujan ribut tuh. Aku berharap sgt hujan cepat berhenti supaya aku boleh letak sarang dia balik kat luar dan biar mak burung tuh tau anak dia selamat!

Kuasa Tuhan, tengah-tengah aku cakap ngan Nor, bila dia berpusing pandang kat luar tempat sarang burung tuh, terus ternampak mak burung tuh bergayut kat wayar-wayar2 tuh dalam keadaan kepaknya terkibas-kibas!! Seolah-olah lemah giler bila nampak sarang burung anaknya dah takder lagik!!!! Just imagine, hujan masih lagi lebat, siap ribut,angin lintang semua ada tapi mak burung tuh tetap datang tgk anak dia! Masya Allah, sesungguhnya aku tergamam dan rasa malu sgt pada diri sendiri sebab beranggapan yg mak dia takkan datang dalam keadaan ribut macam tuh! Sesungguhnya aku telah terkhilaf!! We all terus keluar, kononnya nak tunjuk sarang burung tuh kat mak dia, tapi bila we all keluar, nak datang dekat, mak burung tu terus terbang. Aku tak pasti dia terbang sebab takut atau sebab angin kuar sangat. Bila we all nak masuk balik, sekali lagi aku nampak mak dia terbang berdekatan dengan sarang tuh! Sedihnya aku rasa. Aku dapat rasa yg mak burung tuh tengah kesedihan, gabra, cuak dan risau akan anak-anaknya. Mesti dia terbang keliling rumah carik anak dia padahal anak dia selamat dalam rumah aku! Iskkk.. sedihnya aku rasa...Aku doa cepat2lah hujan berhenti so that aku leh letak balik anak dia kat luar. Aku terus call hubby cerita apa yg jadi & my hubby also so sad ....hu hu...

Hubby masa tuh otw nak balik umah dari opis, terus dia singgah ke Tesco untuk beli satu sarang burung baru. Dia budget nak gantung sarang burung tuh supaya lebih kuat dan teguh. Aku kat umah dah terbayang nak bagi susu Pediasure Q tuh kat burung sebab takut dia lapar sebab nampak anak burung tu tercungap-cungap, tapi aku tak reti camner & boleh ker bagi susu baby?Hahahhaa..Lawak jer bila pikir balik...Anak burung tuh tiny giler ..aku rasa setitik air susu tuh lagi besar dr mulut dia .. Hehhehe...Bila hubby sampai umah, hujan dah berhenti, dan aku tgk hubby beli sarang burung yg dibuat dari kelapa. Tapi lubang dia cam kecik sgt. Aku tak pasti ok ker tak .. Sudahnya, hubby jadi kreatif, dia tanggalkan besi penyangkut, dan gunakan sarang burung yang asli dan ikatkan penyangkut tuh, jadi nampaklah cantik & sama seperti yg asli. Mmg aku yakin mak burung tuh takkan terkeliru dengan sarang tuh coz its the same sarang, cuma ada besi penyangkut. Hubby terus gantungkan balik sarang burung tuh & we pray hard that the mother will come again tgk anak dia.

Sepanjang malam semalam, hubby duk terjenguk2 kat luar mengharap mak burung tuh datang. Even sebelum naik tidur pun, dia still tgk2 dan 3- 4 kali duk tanya aku..."Kalau mak dia tak datang macam mana yang?". Aku dengan konfiden pun jawab, "Dont worry sayang, I yakin mak dia akan datang. I dah tgk sendiri, mesti mak dia datang..I ni kan Mak jugak, i tahulah .." Hehhehe.. konfiden jer aku! Yerlah, naluri seorang ibu kan, katalah kalau mmg hakikatnya anak dia takder sekalipun, dia mesti akan terbang jugak untuk tengok again & again dengan harapan anak dia akan ada kat situ. Aku mmg yakin mak dia akan datang balik walaupun sebelum tuh mak dia dah terbang 2 kali utk tgk anak dia dalam keadaan ribut tuh..

Esok paginya, aku terus tanya Nor, ada tak Mak Burung tuh datang tgk anak dia, dan seperti yg aku duga, memang ada mak burung tuh jenguk, tapi bila dia nampak Nor, dia terbang dan hinggap kat pokok lain. Mungkin dia segan dan tunggu Nor masuk rumah, baru dia berani nak masuk ke sarang burung anak dia. Hubby punyalah concern, siap message aku tanya whether mak burung tuh ada datang tak. Baguslah hubby nih, penuh sifat kasih sayang! Hheheheh... Aku rasa lega sgt bila dapat tahu mak burung tuh tahu yg anak dia selamat, & now I can hear bunyi burung tuh kat luar tingkap bilik aku! Happy jer aku dengar sebab aku tau mak burung tuh sgt gembira & bersyukur yang anak dia selamat dalam kejadian "puting beliung" semalam.

Sesungguhnya, keluarga burung ini telah mengajar aku sesuatu yang sangat berharga! Bersyukurnya aku dapat melihat "drama sebabak" ni dengan mata kepala sendiri dan ia sesungguhnya menambahkan lagi kasih sayang aku terhadap keluarga. Bayangkanlah, dalam keadaan ribut yang sgt kuat, sanggup Mak Burung tuh terbang dan mencari anaknya. Mak Burung tuh sangat kecik ok, bukan besar pun, besar lagi tapak tangan aku, tapi semangat waja dia yang sanggup meredah ribut taufan untuk menyelamatkan anak dia menyebabkan aku insaf sgt...malu pun ada sebab aku ingat dia takkan datang dalam keadaan ribut camtuh, memang aku silap besar!!!! Maafkan aku wahai burung....!

Dan, sebagai manusia & ibu, aku sedih dan malu bila setiap hari aku bukak paper, ada jer cerita bayi di buang dengan macam-macam cara. Malunya aku, pada aku, baiklah mak dia buang masa dapat tau preggy sebulan @ 2 bulan, dan tentu bayi tuh belum bernyawa, hanya seketul darah, daripada anak tuh dah bernyawa pastu dia buang merata-rata. Orang nak dapat anak bukan main susah, ada pulak yang lahir tak cukup sifat, tapi ni semua anak lahir tuh cantik-cantik dan sihat walafiat, tapi di buang cam tuh jer!! Dorang ni lebih hina dari binatang lah kalau macam tuh..kita patutnya malu ngan burung nih ha ...Adoiiii.... Entahlah yerk, dah terlanjur tuh satu hal, tapi tak ke bodoh bila dah bawak perut hampir 10 bulan, bila baby kuar, ko pergi buang?? Penat jer bawak perut ke hulu ke hilir. Bukannya kejap. kalau taknak sekalipun, bagi lah kat org yang nak. Ramai org yang nak, yg ko nak buang, apa halnya.. Iskkk iskkk...

Apa pun, I've learn something today..dan semoga ia memberi pengajaran yang sangat beharga pada diri ini...terima kasih wahai burung tersayang ...Semoga ko akan suka tinggal dirumah aku nih yer!!!:)

Insafnya dengan dosa-dosa lalu,

Monday, March 22, 2010

Hansemnya Dia..Cair Mak Buyung @ PWTC!

Yer, nampaknya mak buyung seorang nih masih gagah untuk menghabiskan hari Sabtu di Pesta Buku PWTC hokay! Hari Jumaat ke Motherhood Expo, dan hari Sabtu ke Pesta Buku! Gigih kan aku nih! Wakakakakaka...As i said, selagi boleh & terdaya ..akan aku redah! Hheheh..Pesta Buku tuh mmg wajib gi tetiap tahun, sebab tuh aku takmo miss...

Memula ingat nak pakai wheel chair gak, aku tanyalah nenek aku punya wheel chair, rupanya nenek tak bawak pulak, dia tinggalkan kat Singapore ..sudahnya aku terpaksalah gigihkan diri jalan pelan2 kat PWTC tuh .. Hheheheh.. Alhamdulillah, masih gagah rupanya aku jalan walaupun pinggang sakit dan penat .. :) Qarissa aku tak bawak sebab aku tau ramai org, so aku suh Angah aku bawak anak aku jalan2, Angah bawak Q jalan ke The Curve sementara me & hubby jalan ke Pesta Buku!!!

Boleh tahan gak Pesta Buku kali nih ..banyak jugak gerai dan kedai. Mmg rambang mata aku kat sana! Yang paling best & tak disangka-sangka, aku bertemu dengan lelaki kacak a.k.a angkasawan negara - Dr Sheikh Muszaphar!! Memang aku ada dengar pengumuman bgtau yg Dr Sheikh tuh ada kat PWTC, tapi tak sangkalah boleh terserempak. Kan besar tempat tuh! Rupanya, memang aku langkah kanan! Tengah-tengah aku jalan terkengkang2 tuh, aku nampak ramai org duk kerumun satu tempat nih. Pelik gak aku, sekali bila aku sampai (memang aku nak jalan kat area tuh pun ..bukannya nak tgk apa jadi .. hahahah), aku ternampak Dr Sheikh ...mak aiii...hensem giler siut mamat nih!! Bukanlah nak puji kan, tapi dia memang charming dan sangatlah baik...peramah dan selalu tersenyum ..dah lah bila senyum sgt manis mukanya ... mmg tak kedekut senyuman! & the best part is ..bila dia nampak jer aku diri depan dia ..(masa tuh ramai org sebelah dia sibuk nak amik gambar ... ) tapi dia leh pandang aku and say .."Ha... tu anak lelaki tuh ..anak lelaki ..". Wah ..bangga giler aku .. aku pun balas ah .."Tak lah .. dah cek 2 kali, Dr kata anak perempuan!!" . Then dia sambung lagi.."Tak ..anak lelaki tuh ..anak lelaki .." Hehhehee...(mesti hangin jer org yg tgh nak amik gambar dia sebab dia tak pandang camera dorang coz tgh bercakap ngan aku! Wakakaaka..). Kalau masin lah mulut Dr Sheikh ..harap2 anak aku jadi lah gak Angkasawan yg encem macam Dr Sheikh tuh! Hehhehee.....

Hensem a.k.a kacak kan Dr Sheikh nih...asyik senyum jer ..plus tak sombong walaupun hubby cuma pakai camera phone..still pandang!

Memang bersepah-sepah camera & phone camera terjah kat dia, tapi bila aku cek camera hubby, aku tgk semua gambar dia tgh tgk camera phone hubby aku! Hahhahaa.. bangganya aku! Tapi memang aku respect lah dia . Walaupun org setakat pakai camera phone, dia still pandang dan bg senyuman menawan dia tuh .. he will look right at the camera (tak kesahlah sesapa punya) and smile ... Memang kita akan rasa happy & bangga lah dapat jumpa dia .. taklah macam sesetengah personaliti yg pandang camera pun ala-ala diva - nak tak nak jer kan .. hehehe.. hubby aku pun puji dia punya personaliti & sikap yang very friendly dan tak eksen tuh ..! Dan aku asyiklah kata .."Hensemnya dia yang .. cair i nih ....jom lah kita jalan ... untung yerk Dr Halina tuh ..mesti dia risau jer tunang dia jadi perhatian org!" Hahaahhaa...Nasib baik hubby aku sporting, tak jeles pun aku kata hensem & cair tgk Dr Sheikh tuh .. Nak jeles apa kan .. Dr Sheikh dah tgk bini dia yang buyung nih ...

Cian mamat dua org nih Dr Sheikh still pandang camera hubby aku .. hahahha...

Dan, hubby aku punya bangga dapat amik gambar bini dia (kesian hubby aku tak amik pun gambar ngan Dr Sheikh tuh..), siap htr MMS kat family aku ngan kawan2 dia! Hahahha.. Along aku siap balas msg tak puas hati lagik bila tgk gambar tuh! Wakakakka.. Tinggi lah Dr Sheikh nih sampai bila bergambar ngan aku, dia siap tundukkan sket badan dia .. terasa ke "caring" an dia tuh bila dia dekat ngan aku nak bergambar .. Perghhhh.....hehehhe...

Mak buyung bergambar dengan tunang org yg encem .... hehehhee..

Pas amik gambar tuh, we all berjalan lah lagi dan aku beli lah apa2 yang patut untuk diri sendiri, Qarissa & my baby yg bakal keluar nih .. aku tak sempat nak amik gambar2 apa yg aku beli .. ntah mana ntah aku letak camera aku .. asyik salah letak jer ..menci sungguh .. Tapi kat bawah nih adalah antara yg aku beli kat Pesta Buku ..

* Buku Azizi Ali - Jalan Pintas Kekayaan
* Buku Parenting - Ibu Bapa Bijak Anak Hebat
* Doa-Doa Pilihan Rasulullah SAW
* Set Buku Mewarna & VCD Al Furqan untuk Qarissa (bagus tau yg ni ..RM 10 jer tapi nasyid dia best, Q suka sgt dgr, dari Alif sampai Ya)
* Siri Cepat Membaca Al-Quran 1-4 untuk Qarissa + Tape nasyid (sesuai untuk 3 thn ke atas tapi aku beli gak sebab murah, lebih murah dr diskaun yg company Read Network bg kat Pesta Buku tuh)
* Set Buku Read Easy With Phonics 1-8 untuk Qarissa + Audio CD (pun sgt murah berbanding Read Network jual. Sebab tuh aku beli. Diskaun more than 50%!)
* Padded Board Book ABC's, numbers, shape & colours - Mind To Mind (Q suka sgt book series dr Mind To Mind ni. Dia dah boleh "baca' the word, so walaupun ada gambar, she will still look at the words & read it. Sebab tuh aku dah mula bg dia banyak buku-buku camni, sebab aku tahu dia akan baca jugak word tuh instead of just looking at the picture. Tak bergerak-gerak dia tgk buku tuh dan membebel sorang-sorang sambil tunjuk2 words and read it!Hehhehe... )
* Flash Card Mind To Mind - Jawi, Opposites & Malay Languange (mmg aku nak cari Jawi punya Flash Card. Flash Card yg lain dah berlambak2 kat umah, tapi sebab dia punya promo RM 20 dapat 3 box, aku rembat ah gak.. Hheheh.. Yang Malay baru lah ada satu Flash card ni ha ..hehhehe)
* Wall Card - Jawi Alif - Ya
* Puzzle Alif - Ya dalam Bahasa Arab (jenis kayu punya, aku beli sebab ada 40% diskaun, lagipun susah gak nak jumpa produk Bahasa Arab untuk kanak-kanak, kalau ada pun, harga dia mahal sket berbanding yg lain. Lambat lagi lah kot Q boleh main tapi takperlah, masanya akan tiba gak...:)
* Peter & Jane Book - 2C for Qarissa
* A Beatrix Potter Cloth Book - For MBoldy Baby In Womb
* Book For Smart Babies - Baby Says - For My Baby In Womb (untuk dia pegang-pegang dan main2 sambil belajar. Ada gambar & words sesuai for 6- 12 months)
* Majalah Al- Islam + terus buat langganan setahun untuk Mastika & Al Islam bermula bulan June nih ..:)
* 2 Novel Ahadiat Akashah - aku beli sebab dia jual RM 5 satu. Hhehehe...

See!!! Dia still pandang camera hubby tau! Jgn memainnnn.... hahahaha...

Hmmmm..nampak cam tak banyak kan? Tapi aku kuar RM 400, tau-tau tinggal RM 50 jer beb! Hadoi....duit skang macam air lah ... Sabar jer lah ... Lepas puas membeli, aku pun dah sakit-sakit pinggang, we all pun balik ah .. Hambek ko..parking kat Jockey Pan Pacific (sebab parking lot dah penuh ..hu hu ..) kena RM 35 just for 2 hours tak silap aku! Gilossss.....


This is the only picture yg Dr Sheikh tak pandang camera hubby! Hehehhe..Mmg best ah dia nih!

Sampai umah dah malam, sekali tuh aku rasa tetiba pinggang aku sakit dowh .. cuak mak enon aku ..rasa cam contraction gitu, menggelabah gak aku ..sampai aku suruh hubby get ready if tetiba aku rasa nak ke spital. Muka hubby pun cam dah cuak. Aku suruh dia urut pinggang dan badan aku sebab sakit sgt. Thanks to "Minyak Abah" sebab banyak membantu lately. Harus aku promote minyak angin bapak aku tuh! Nanti lah pas bersalin aku nak promo sket kat blog & website PFA. Aku kena pastikan botol dah sampai sebab skang semua out of stock. Laku sungguh minyak angin bapak aku tuh! Hahahhaa..Nasib baik lah lepas dah sapu minyak dan urut, aku rasa lega dan tidur pun lena. Pelan-pelan rasa lenguh hilang dan aku pun dah tak cuak dah .. hu hu ..jgn lah ko kuar dulu nak oi... Tunggu Mummy jumpa pakar Gyne tuh dulu yerk.. Mummy nak bgtau pasal Stem Life tuh dulu sayang oi...Mummy lum pernah jumpa Dr Hamidah tuh lagik..lepas Mummy jumpa dia sekali, kalau ko nak kuar ... Mummy redha nak ..Hehhehehe...:) Sayang anak Mummy!!!


Penat Tapi Puassss,

Berkerusi Roda di Motherhood Expo!

Wah ...hover sungguh aku selaku mak buyung yg tunggu masa nak bersalin jer nih! Sempat lagi nak menghabiskan hujung minggu di Motherhood Expo lak tuh! Bukan apa, selagi aku lum bersalin, baiklah aku gi memana yg patut. Nanti dah bersalin, kena duduk umah 44 hari, mak aiii...buhsan giler hokay! Harap2 dengan adanya 2 anak disisi, taklah aku rasa bosan tahap dewa! Hahahhaa...

Mmg kalau nak ikutkan ..aku tak larat giler dah nih. Aku dah mula rasa penat Ya Rabbi..jalan sikit jer dah mengah ..pinggang dah sakit dan rasa cam nak duduk jer selalu. Lately nih, aku selalu rasa pelik kat my private part... aku boleh rasa otot-otot di sekitar vagina tuh cam mengembang dan menguncup seolah-olah tgh bersedia utk "menyelesakan" dirinya bagi menanti keluarnya satu hamba Allah di muka bumi ini! Waaa....seram tau bila aku dapat rasa otot-otot tuh menegang. Memang cuak cam baby dah nak terkeluar sgt dah! Tapi yang pelik, aku tak rasa lagi kepala baby tuh dah masuk ke "soketnya". Dulu masa Qarissa, tak plak aku rasa otot-otot tuh berfungsi masa nak dekat2 lahir. So, aku macam blur-blur skang ni .. Aku tak tahu, dah tiba ker masanya ..ker belum ..? Iskkk.. cuak lah ..macam nak lahir anak pertama plak nih! Hhahahaa...

Goshh....So ugly lah me!!!! Nampak tuanya haku nih!! 37 weeks beb!

Masa kat Motherhood Expo tuh, aku pergi dengan family Along. Jadi, bawak semua anak-anak dia skali. Q ngan sepupu-sepupu dia semua aku letakkan kat MegaKidz tuh. Memang sengaja aku nak bg Q main kat situ, takmo ajak dia skali ramai-ramai kat expo tuh. Hehhehee.. Biar dia main puas-puas ..! Jemnya kat Mid Valley Ya Tuhan .. tak sanggup aku. Padahal hari Jumaat! Sudahnya hubby turunkan aku kat South Wing, aku jalanlah naik ke atas. Bila sampai atas, rupanya aku dah sampai Cinema. Nak ke MegaKidz, kena jalan sampailah hujung! Jauh giler aku rasa ... hu hu... Then, bila dah settlekan anak-anak aku tuh semua ..dorang dah syok main2 dalam tuh, hubby pun sampai dan we all terus lah "memulakan perjuangan" kat Expo tuh. Sempatlah hubby aku sewa kerusi roda kat Mid Valley tuh sebab mmg aku tak larat nak jalan sgt. Mula-mula mmg rasa segan jer tau ..hahaha..tak pernah-pernah aku pakai wheel chair, bila pakai rasa cam pelik giler..Semua org pandang wokey! Bak kata laki aku, "Orang tolak stroller, kita tolak wheel chair!" Hahahhaha... Mmg kelakar tgk muka-muka org kat situ bila dorang tgk aku naik wheel chair, skali tuh bila sampai kedai dorang, aku turun dengan selamba sambil membeli belah! Wakakakak....

Hubby aku semangat suruh si Nor amik gambar dia ngan aku kat wheel chair nak wat kenangan. Sabar jer lah ...!

Sampai-sampai jer, terus aku dengar seminar Tweedle Wink pasal Right Brain Education. Memang tuh lah tujuan utama aku sebenarnya. Hhehhe.. Sanggup aku tukar plan dr ke Pesta Buku terus ke Motherhood Expo sebab seminar nih. Best jugaklah information pasal Right Brain tuh. Most of the technique mmg aku dah amalkan cuma aku mmg suka dengar the sharing from the family yg amalkan this technique. Semangat giler beb, aku duduk depan sekali betul-betul depan Lappy dia walaupun masa aku masuk tuh, dia dah start dalam 5 minit kot .. Wakakaka... hover mak nya ..Duduk belakang nanti tak dengar .. Aku tak suka .. :) Aku sempat gak beli buku pasal Right Brain nih, saja nak tambah ilmu & praktik kan kat Q & newborn baby.

Sempat lah jugak aku meregisterkan diri kat Stem Life yang ada bukak booth kat expo tuh. Memang aku sejak dari zaman Qarissa lagi dah bercadang nak amik Stem Life tuh punya pakej, tapi sebab aku bersalin kat Putrajaya a.k.a gomen spital, dorang tak benarkan prosedure tuh dilakukan, so tak dapatlah aku amik pakej tuh. Aku pun tak tahu napa kat spital kerajaan tak boleh, padahal sebelum nih ok jer. Sudahnya, aku rekomenkan akak aku suruh amik pakej tuh memandangkan dia bersalin kat PMC. Untuk anak kedua aku nih, memang aku bercadang untuk ke Putrajaya jugak, cuma kali nih aku akan amik pakej FPP (Full Paying Patient) sebab kawan aku yg Gyne tuh tengah cuti, dan aku takut nanti takder katil dan kena htr plak aku kat Serdang (leceh giler), sudahnya me & hubby decide nak amik FPP punya pakej, dia cam private gak, ada private wing sendiri dan aku leh pilih pakar yang aku nak. Staff kat Stem Life tuh pulak kata, ada customer yg bersalin di Putrajaya under FPP ni amik this plan, maybe sebab dia dah consider cam swasta, so pakar tu benarkan kot. Thats y aku terus amik plan Stem Life tuh. Next week aku akan bgtau pakar aku yg aku dah amik the pakej dan nak dia buat the necessary procedure masa aku bersalin nanti. Harap2 dia benarkan lah. Tapi kalau tak boleh sekalipun, Stem Life ni akan fully refund duit aku, so I've got nothing to loose cuma rugi sebab tak dapat simpan stem cell baby.

The company. Entah bila2 lah hubby aku snap gambar nih guna phone camera. Sempat lagik tuh!

Sesapa yang tak tahu stem cell tuh apa, atau apa yg aku "bebelkan" kat atas, hehehe... actually mender ni pada aku adalah satu "keperluan di masa akan datang", something like insurans lah, sebab kita tak tahu apa yg akan jadi pada kita dan keluarga in the future kan. Bila kita bersalin, doktor akan ambil darah dari tali pusat anak kita, dan simpan di "bank" stem cell. Stem Life ni adalah satu syarikat yang menyimpan stem cell ni. First in M'sia, dah jadi Berhad company dan dah ada 8 kes atau "testimoni" di mana pelanggan-pelanggan dorang guna stem cell of their baby utk curekan macam-macam penyakit. Sekarang, ada banyak dah syarikat yg buat this servis, tapi aku pilih Stem Life because of the company profile & testimoni. Kebanyakan syarikat lain masih baru dan belum ada testimoni lagi..:) so better lah aku amik ngan Stem Life ni.

Gambar ni pun entah bila dia snap, tau-tau dia dah transfer kat my Lappy. Hahahha... Seingat aku, dia ada kat sebelah aku all the while! Wakakaka...

Stem cell ni adalah cell yang boleh regenerate dengan sendiri dan dengan adanya stem cell nih, banyak penyakit terutamanya berkaitan dengan darah dapat dipulihkan. Macam contoh, sakit leukimia, atau thalasemia, diabetes @ kanser ...and the list go on. Touch wood, tapi katakanlah anak sulung kita sakit lekimia contohnya, dan kita ada simpan stem cell nih masa kita bersalinkan anak kedua, dan jenis darah nya match dengan darah anak sulung (potensi kebarangkalian dalam 25% untuk adik-beradik), maka kita leh gunakan stem cell anak kedua kita tuh utk bantu pulihkan penyakit leukimia anak pertama. Procedure transplan akan dilakukan dengan mengambil stem cell adik tersebut. Stem cell ni kalau digunakan untuk diri sendiri, ia akan match 100%, kalau untuk ibu bapa, kebarangkalian dalam 50% dan kalau adik beradik dalam 25%. Sebab tuh aku rasa, its very important for me to save the stem cell for my 2nd baby memandangkan masa Q dulu, aku tak berkesempatan buat cam tuh. I really hope my gyne akan benarkan procedure tuh dibuat. tak susah pun, less than 5 minutes & it painless.

Sakan shopping mak buyung...Penuh plastik bag sampai "perut" pun hilang! Hahahha.

Bila aku baca testimoni parents yang anaknya cure 100% hasil dari transplan stem cell nih, aku rasa terharu sgt... ada satu kes kat Thailand tuh, penyakit cereberal palsy pun dapat dipulihkan. Harga untuk kita buat this procedure & simpan stem cell nih pun tak lah begitu mahal, lebih-lebih lagi kita boleh buat interest free dengan mana-mana bank for 12 months. Memang tak terasa sgt berbanding kita bayar lumpsum. Stem cell ni akan disimpan sampai 21 tahun umur anak kita dan lepas tuh, terpulang pada dia nak continue simpan atau tak. FYI, memang susah nak cari jenis darah atau stem cell yang match antara orang perseorangan yg lain, kalau ada pun, harga dia sgtlah mahal, boleh mencecah RM 100, 000! Sebab tuh aku rasa lebih baik, kita simpan sendiri stem cell anak kita, manalah tahu bila dia dewasa @ remaja, tetiba dia didapati sakit yg memerlukan transplan, dia boleh gunakan stem cell dia sendiri utk memulihkan dirinya. Taklah kita risau kan ...:)

Mmg aku suggestkan lah, kengkawan yang mana belum amik this pakej, bolehlah think about it..for our baby's & family future jugak. Aku nih taklah pandai nak explain in details (bukan aku yang jual servis nih ..ahhaha.. tapi aku tau sikit-sikit dari pembacaan dan aku tgk kepentingannya... mmg rasa ralat sebab tak dapat amik time Q dulu, yerlah, mmg dah plan awal-awal nak ke Putrajaya ... lagipun gyne aku tuh my friend, mmg aku percaya kat dia .. but this time, since dia dah takder, i really hope pakar gyne yg baru tuh akan benarkan aku buat procedure nih..) If kengkawan nak tahu lebih lanjut, leh ah aku rekomenkan ngan si Sophia, aweks yang terangkan all the details to me masa kat expo tu. Puas hatilah jugak penerangan dia coz she's know what she's talking about ..:)

My lovely baby ...suka dia dapat jalan2..

Lepas puas shopping, aku & Along turun ke bawah, jalan-jalan, sempat lah amik gambar kat Alice In Wonderland punya "arca" tuh ha ..tapi aku tak larat bangun dah, hubby amik gambar Q jer ..then we all ke Aussino punya promotion. Murah beb Aussino wat promo. Aku rembat ah satu set baby comforter utk baby cot set, dapat 60% diskaun, after less jadi RM 91 jer ...murah aku rasa, sebab dulu aku beli yang brand Mom's Care dalam RM 122 rasanya .. Design dah lah cantik, kain dia sedap lak tuh, 100% cotton. Normal price is RM 299. Puas jer rasa sebab dapat belikan something new for my baby. Or else asyik bg yang "turun temurun" jer dari kakak Q tu. Cian anak aku ..Hahhaha..Mmg anak kedua nih, aku taklah ghairah sgt nak membeli. Sebab kemungkinan besar aku akan dapat baby girl jugak, so mmg jimat banyak ah ..Banyak baju Q berlambak-lambak leh bukak kedai wei... Hahhahaa...

Nor kata dia suka main kat Mega Kidz tuh - kat bahagian cermin..Sengih sorang2 buat muka gatal! Hahahhaa...

We all balik dalam kul 8 pm, aku dah kepenatan giler babassss tak hengat ... terus balik umah, tak sempat nak singgah umah mak sebab aku tak larat dah nak turun keta .. Hheeheh...


Shopping selagi terdaya,

Sunday, March 21, 2010

Untuk Suami Yang Tak Reti Bersyukur ..!

Wakakaka....tuh lah nyer ..man is still a man ...hambek koo...!

***********************************************************************

A married couple in their early 60s was celebrating their 40th wedding anniversary in a quiet, romantic little restaurant. Suddenly, a tiny yet beautiful fairy appeared on their table.


She said,
"For being such an exemplary married couple and for being lovingto each other for all this time, I will grant you each a wish." The wife answered, "Oh, I want to travel around the world with my darling husband!" the fairy waved her magic wand and - poof! - Two tickets for the Queen Mary II appeared in her hands.


The husband thought for a moment: "Well, this is all very romantic, but an opportunity like this will never come again. I'm sorry my love, but my wish is to have a wife 30 years younger than me." The wife, and the fairy, were deeply disappointed, but a wish is a wish. So the fairy waved her magic wand and poof the husband became 92 years old.



The moral of this story: Men who are ungrateful bastards should remember - fairies are female.


Lawak hari minggu,

Thursday, March 18, 2010

Minggu-Minggu Yang Mendebarkan ...

Minggu ni adalah minggu yang 37 untuk kandungan aku yang kedua. Memang nak dekat sangat dah nih ..Hu hu ...cuaknya rasa ... Orang kata, menunggu masa anakku nak melihat dunia ..:) Cepat sungguh masa berlalu yerk? Rasa cam baru jer smalam aku muntah kat Bandung..tau- tau dah nak bersalin lagik! Hahhahaha..

Kalau ikut sejarah Qarissa, maknanya memang lagi 3 minggu baby ni kuar.Almaklumlah, si Q ni lahir bulan penuh, siap terlebey 2 hari lagik, tapi ramai org kata anak kedua akan cepat sket ..so aku kena lebih berhati-hati lah .. Seriously, lately nih aku rasa macam dah tak larat sgt nak bawak perut. Aku penat sgt sebab baby ni terlalu lasak, kalau dia gerak2, tertonggeng2 bontot dia kat perut aku, Masya Allah, sakitnya Tuhan jer tahu ..sampai nak terkencing2 dibuatnya! Pelik jugak sebab berat badan aku tak lah naik sgt ..dalam tempoh 2 minggu cuma naik 100 gram jer! Minggu ke 35 berat aku 66.7 kg, minggu yang ke 37, berat aku cuma 66.8 kg!! Aku siap check dua tiga kali lagi tapi the result is still the same. Cuma baby aku naik banyak. Dari 2.4 kg, dah naik 2.7 kg. Doktor kata ok, sebab maknanya baby yg dapat all my berat tuh .. :) Aku mmg plan nak baby aku atas dari 2.5 tapi bawah dari 3kg, tak lah seksa sgt aku nak meneran. Q yang 2.8 pun aku dah sesak napas nak meneran .. Ahhahahaa...

Belakang badan aku selalu sakit-sakit lately. Asyik nak baring jer ..Duduk lama sakit, jalan lama sakit, berdiri lama pun tak tahan. Sekarang hubby asyik kena urut jer belakang aku ..Sedap btol bila diurut walaupun hubby bukan pakar urut .Wakakaka..Nak urut guna massage chair aku mmg tak berani sejak preggy. Berhabuk massage chair kat umah ni ha. Lepas preggy nanti baru lah aku akan guna kot ..:) Skang nak tidur pun tak best. Kiri tak kena, kanan tak kena, terlentang tak kena, sebab bila baby keep on gerak. Sakit gilosss coz dia dah sgt strong...memang tak selesa tau ..tapi itulah pengorbanan seorang ibu....:)

Kebelakangan ni pulak, aku dah start to think and recall the situation masa kat labour room. Aduhai..rasanya cam tak sanggup lagi nak hadapi sekali lagi beb. Masalahnya, ingatan aku masih kuat lagi. I can still recall step by step apa yang Doktor buat kat aku. Just imagine lah, dulu Mak aku kata, masa Doktor potong sikit nak bg laluan baby tuh kan, kita takkan rasa langsung sebab masa tuh sakit sangat....lebih sakit dr kena gunting, tapi masa Q ..hmm..tolonglah kata, aku leh tau Doktor tgh potong hokay!! Siap leh cakap dalam hati .."Hmmmm..dia dah potong sket dah nih ..nak wat laluan .." Wakakakak..giler kentang tul! Apa tidaknya .. memang aku dah tahu mender tuh akan terjadi, so my mind dah set & secara psychologynya, I'm waiting for that moment padahal aku takmo ingat sebenarnya!

Skang ni bila dah ada pengalaman, lagi lah aku ingat semuanya satu demi satu. Camner sakitnya, camner Doktor "korek" nak tengok bukaannya, macam mana dia tolak ke labour room, camner dia pecahkan air ketuban, pastu cek lagi berapa bukaan, pastu jerit-jerit suruh push baby, dan lagi..dan lagi ..dan lagi...dengan hubby pun yg tolong sibuk sama pegang bahu aku, suruh push jugak, bgtau dah nampak kepala, kasik lepaskan bahu pulak... sampailah baby kuar ..pastu Doktor tolak pulak uri keluar ..then dia nak jahit pulak, siap suntik peha aku so aku leh tertidur ..pastu dalam lalok2 tuh, aku leh nampak Doktor tgh "jahit baju" dengan lekanya .. mak aiii....memang jelas sgt di tubir mata nih haa ..... Risaunya aku nak kena lalui semua tuh sekali lagik! Huaaaaaaaa...tolong Makkkkkkk!

Bila aku citer ngan hubby, dia pun dah cuak sebab aku leh ingat satu-satu apa yg jadi .. dia siap pesan ..u jgnlah ingat2 sgt .. hahahaha...ingat senang ker nak erase memory cam u erase data kat komputer yang oi!!! Hahahha..Tu lah yg wat aku cuak sgt tuh ... nak menulis dalam blog pun takder mood dah nih .. Sebab rasa takut .. tapi ni aku beranikan diri jugak sebab anyway ..i still have to face it .. hu hu ... Memang sekarang aku cuma tunggu signal dari baby jer. Aku harap dia akan bg signal macam Q bagi signal. Q dulu satu signal pun takder .. cuma aku rasa pelik bila rasa ada mender bulat cam kepala baby betul2 kat ari2 aku. Selama ni takder rasa pelik camtuh. So, kali nih, kalau baby bg signal macam tuh, aku dah tahu lah its time for her to see the world ..:) Dan, bermulalah episod yg mendebarkan seperti yg tertulis di atas sekali lagik... hu hu....

Aku pun skang cam nak cepat marah especially bila rasa sakit @ penat tuh datang. Sometimes aku leh control, sometimes tak leh. So, hubby lah jadi mangsa. Dia mmg jarang kena marah so kengkadang dia hangin lah gak tetiba aku jadi "kepala hangin". Hahahhaa.. Bila dah hangin, aku buaat kepala aku sendiri jer ..rasa nak jerit atau marah ..aku marah jer .. hahahaha.. sian sgt kat hubby .. mula2 dia cam susah nak accept, pastu bila aku dah ok, aku bgtau dia ..aku tak leh control, aku tensen sgt ..aku nak marah jer ..kalau dia kena marah ..aku suruh dia sabar jer .. buat tak paham jer .. pastu maafkan aku cepat2 .. hahahahaa.. nanti aku jadi isteri derhaka plak..Wakakaka..hubby aku ni pun satu, sebab bini dia tak pernah wat dia gitu, tapi dia selalu dengar kengkawan lelaki dia yg lain macam2 kerenah bini time preggy, so bila dia cerita kat aku, dia ingat kalau aku pun wat gitu, its like aku sengaja nak buat perangai utk uji dia ...Ntah hapa2 ntah kan ..hahahhaa..dia ingat suka2 aku nak buat gitu, nak ngada2..tak kuasa aku tau! Tu yg kengkadang bila aku hangin aku bgtau dia ..i baru marah sket camni ...u dah ingat i ngada2 .. nanti i jadi lagi teruk baru u tau ..I ni ngandung tau!!!! Hua ..marah betul tuh! Wakakakaka...

Di kesempatan ni jugak, aku nak mintak ampun dan maaf pada semua kengkawan yang baca blog nih, yang kenal aku tru online atau dah pernah jumpa atau memang dah kenal dr dulu lagik.. Aku dengan rasa rendah dirinya, nak mintak maaf kalau selama kita kawan nih, ada salah silap aku yg aku tak sedari... I'm so sorry kay ..:) Dulu, masa bersalinkan Q, aku takder blog agi, tapi nak dekat2 bersalin tuh, aku amalkan mintak maaf pada hubby & family, semoga dipermudahkan aku bersalin. Alhamdulillah, memang senang aku bersalinkan Q. Bak kata akak nurse kat Putrajaya tuh, aku nih kiranya "Intan Terpilih" lah sebab anak pertama dah senang cam tuh! Hhehehe... So, this time bila dah ada blog, lebih senang aku nak berkomunikasi dengan kengkawan semua.. :)

Kengkawan doakanlah yang proses bersalin ni akan jadi sama mudah atau lebih mudah dari aku bersalinkan Qarissa yerk! Tapi jgnlah sampai aku bersalin dalam keta pulak! Wakakakakak...Mau pengsan hubby aku tgk darah ..Hubby aku nih takleh panik..nanti dia tak leh berfungsi sgt dalam keadaan panik. Ahaks! Nak-nak dia tgh drive ..mesti dia menggelabah puyuh nanti! Hahahha..Jadi bidan terjun plak dah ...terima kasih aku dahulukan atas semua doa kalian ..Love uols...

Hmmm..Pesta Buku akan bermula esok kan? Agak2 masih sempat tak aku jalan bawak Q ke sana? Aku teringin sgt nak pergi, tapi cam tak larat nak jalan bawak perut ..Err..naik kerusi roda ok tak? Hhehehehe..Hmmm..hospital terdekat ngan PWTC tuh kat Pantai Medical kan? Atau PPUM? Sempat ker laki aku htr dalam keadaan jem2 tuh? Perghhhh..banyaknya pikir Watie ...Nak pergi tu pergi jer lah!!!!! Hahahahhahaa... kalau dah nak terkeluar sgt, ko jerit jer "Sapa Doktor Gyne kat sini ...aku nak terberanak dah nih ..TOLONGGGG!!!" Mesti ramai yg nak tolong kan? Wakakakka... Pastu nanti mesti anak aku nih dapat buku PERCUMA seumur hidup dari semua syarikat yg join Pesta Buku tu..plus dapat masuk paper..hari ini dalam sejarah ada org beranak di tgh2 Pesta Buku! Hahhahha...


Gelak dalam Cuak...,

Wednesday, March 17, 2010

Kisah Kejayaan My Lovely Sista @ Metro Ahad!

This entry adalah kenangan & pengalaman aku ketika sama-sama membangunkan perniagaan my lovely eldest sister - Azean..:) May she's doing well - more & more in her business after this. Amin ...:)
**************************************************************

Aku nak kongsi kegembiraan ngan kengkawan semua sebab Along - akak baru-baru ni masuk paper Metro Ahad bahagian Karisma. :) Dia ada bgtau yg ada org interview dia kat opis, siap pesan suh beli paper tuh lagik.. Hehhee.. Aku pun dengan semangat nya, pepagi dah kuar umah ajak hubby gi sarapan (tak pernah-pernah sarapan kat luar, selalu breakfast kat umah jer ..) dan terus beli paper. Bila bukak jer page Karisma tuh, mak aiii...besaunya gambar ko Long .. heheehhe..terbangga lah jap ..(walaupun muka aku takder ...wakkakaka..)

Bila baca artikel dia, tetiba rasa sayu & terharu pun ada, teruslah terbayang-bayang camner we all start the business kan. Its not easy... banyak sungguh rintangannya. Aku ingat lagi, time tuh Along ada problem dengan company yg dia kerja. Ada yang dengki & tak puas hati coz she's doing very well kat company lama. So, they trap her, buat rancangan between them, ada komplot dan tak pasal2 dorang nak tukarkan dia kat bhg HR. Memang politik kotor betul. Akak aku hanginlah, sebab tuh bukan bidang dia. Memang takder kena mengena langsung Marketing nak ke HR. So, dia complain kat authority, masuk mahkamah dan dia menang. Dia dapat pampasan, and she decided to start her own business...dari situlah segala-galanya bermula....

Masa tuh, aku kerja kat Maxis, masih terbayang-bayang camner we all plan to start the business. Aku ingat lagi, kat umah lama @ Gombak, aku ngan Along lepak atas katil dia, dan we all berbincang macam-macam on the business plan. Semua tulis on paper. Dari nama company, the strategi & all the related things lah kan. Yang kelakar tuh, aku punyalah semangat nya bercakap sambil tulis, yang Along ni hangukk-hangguk dan cakap-cakap gak, mula-mula bukan main semangat, lama-lama aku tgk makin senyap...makin senyap.... bila aku pusing ... Mak aiiiii.... ko tidor ke Long!!!..Aku cakap sorang-sorang rupanya! Hampeh sungguh .. Hahhahaa.. Sudahnya, sambung esok jer lah "perbincangan katil empat segi tuh ..". Kelakar jer bila ingat balik.. Hahhaa...

Then, awal-awal nak set up tuh, Along sewa pejabat kat Setiawangsa. Aku nak resign dan tolong dia tapi tak boleh coz masa tuh aku pun baru habis belajar dan dapat offer dr Maxis. Rugi jugak nak resign sebab Maxis big company & Along baru nak start. Of course lah she cant offer me like Maxis offer (walaupun bukan banyak mana pun Maxis bagi kan ..ehhehe). So, what I did, lepas habis jer kerja Maxis waktu petang, dr Maxis KL, terus aku naik LRT sampai Setiawangsa, dan kerja ngan dia dari petang sampai malam. Pastu, malam balik umah naik LRT sampailah ke Gombak tu ha. Tu lah yang aku buat setiap hari. Tak silap aku, Along bg upah RM 500 sebulan tolong dia handle semua kerja-kerja berkaitan. Macam-macam kerjalah aku buat. Aku pun dah lupa apa sebab dah lama sgt .. Hahahhaa...



Semangat aku scan paper ni tau! nak masuk dalam blog katakan..Hehehe

Alhamdulillah, bisnes dia main berkembang dan staff pun dah ramai sket. So, i stop helping her (sebab dah ada yg leh handle kerja aku) dan aku fokus kerja kat Maxis. Then, bila kontrak habis, aku terus kerja dengan Singapore company - Goodrich Global kat Damansara. Masa tuh, da tunang ngan Saiful, aku masih dalam probation dengan company baru tuh, tetiba one day Along bgtau aku, dia ada masalah besar giler kat opis. One of the Director cum best friend dia ngan hubby betrayed dia. Blah dari company, bukan tuh jer, siap bawak a.k.a curi staf-staf dia yg berpotensi dan tubuhkan new company!! Hina giler siul perangaii.... She really need somebody at that time, tambah pulak Director lama tuh yang control server & info pelanggan. So, of course my sis risau if all the customer info kena bawak lari gak..(memang pun..tak banyak sket, info customer plus all the documents like phone pitch & training module yang we all dah reka masa latihan semua kena rembat..). So, she really need me at that time. Memang aku serba salah sgt time tu, sebab aku baru kerja & still under probation, tapi mengenangkan Along yg tengah susah dan kebetulan pulak mmg bidang aku ada related dgn komputer, so maybe aku leh tolong apa yg patut in terms of server plus amik alih semua tugas yang tertunggak tu. So, aku buat pengorbanan terbesar time tuh, AKU RESIGNED 24 JAM DARI COMPANY BARU TUH! Dan, bermulalah hidup baru aku di company Along... :)

Mak aiii..banyak betul kerja-kerja tertunggak yang ditinggalkan "orang lama", aku ingat lagik, aku amik masa jugak nak "memahamkan" perjalanan syarikat sebab dah lama jugak aku tinggalkan company masa mula2 dia setup tu. Memang berserabut giler baban tak hengat wei...filing dia, struktur dia, gaji budak, customer info, iskkk...banyak giler ah yg tak betul.. memang kalau aku ingat balik, rasanya tak sanggup aku kerja lagik dah kat situ! Wakakakkaka...Boleh katakan aku kat situ "MULTIPURPOSE LADY". Hahaha.. semua aku kena buat, kena handle. Dari HR (tolong ah kata aku mana ada background HR, but still kena buat, lucky jugak aku jenis cepat belajar, so dapatlah handle jugak), Administration, Sales sampailah ke IT, semua aku kena handle. Dari gaji budak sampailah ke PC rosak, semua aku kena buat. Masa tuh aku belum kawin, anak pun takder, memang hidup aku kerja, kerja, kerja jer..Balik pun selalu lambat especially time awal-awal masuk, sebab terlalu banyak yg nak dibuat. Bila pikir balik, aku pun tak tahu camner aku leh buat semua tu. Hahahha... nasib baiklah tunang aku tuh Saiful, aku rasa kalau orang lain, dah kena "talak" agaknya aku nih! Hahhahaa.. Asyik kerja jer takder masa nak dating-dating. Nasib baik my hubby sgt memahami walaupun sometimes dia komplen aku kerja kuat sangat, asyik balik lambat, dia risau. Masa tuh family aku dah pindah Sungai Buloh, jauhlah dr Setiawangsa, so hubby aku risau bila aku balik malam2. Bahaya kan ...

Dalam tempoh 2 tahun aku kerja ngan Along, aku rasakan macam dah 10 tahun aku kerja! Memang stress tak hengat tapi dari situlah aku banyak belajar dan jadikan aku lebih kuat dan powerful dari biasa. Memang kerja ngan family lain sket bila kerja ngan orang ni. Of course you kena buat yg terbaik dengan company family sebab jatuh bangunnya syarikat semua bergantung pada you. Gaduh jgn cakaplah, mestilah ada kan ..hehehhe...Company pun bukannya besar sgt, so, semua kena pandai-pandai nak handle sendiri, memang aku all out time tu. Bangga jugaklah dapat kurangkan perbelanjaan syarikat yg membazir selama ni especially on phone calls. Instead of 50K per months bill dia, jatuh sampai 30K per months. Staff pun tak berani nak main giler, buat personal calls sesuka hati sebab aku cek sebutir-sebutir bil telephone yang beribu-ribu pages tuh! (giler tak giler aku time tuh.. ahhaha... sapa yg buat personal calls memang kena ngan aku, bayar balik tolak gaji hokay ...) so, dorang memang takut & respect the way I work. Kawan tetap kawan, but when it comes to work, aku memang tegas lah kan ..:) Disebabkan nak jimat jugak, aku tak pakai supplier utk barang-barang pejabat, semua supplier aku tamatkan khidmat dorang, aku sendiri pergi beli kat Mydin setiap bulan! Memang jimat giler dan rasa puas hati sebab dapat harga borong yg lebih berbaloi. Beribu-ribu jugaklah aku dapat jimat sebulan. Hahahahha.. giler btol masa tuh ...tak pernah dibuat orang Director gi Mydin shopping barang pejabat opis just to save the company money!. Kalau bukan company akak aku, takkan nya aku buat gitu...nak jimat punya pasal katakan... Wakakakaka....

Her story...Her family ...:)
Then, bila company dah stabil balik, dah ok dan semua department dah boleh jalankan tugas masing-masing mengikut apa yg telah digariskan dan disediakan, aku pun resign dan kerja dengan CRONY- MLM company yang aku langsung tak sangka aku akan kerja kat situ! Hahhaa..memang lari bidang giler-giler punya tapi aku suka sebab aku belajar sesuatu yang baru. Disebabkan "terlalu banyak kerja" yang aku buat at 1 time masa kerja kat opis Along dulu, aku macam dah immune dan "tak heran" dengan apa-apa kerja yang diberi kat aku sekali pun. Aku rasa semuanya "senang" sebab dulu masa kerja aku dah "rasa susah" tahap dewa so kalau setakat susah-susah sket nih, memang takder hal org kata. Hahahhaa.. bagus jugak lah kan ..:) Masa kat company Along dulu, antara kerja aku kena bg training dan motivation pada semua staff especially sales staff. Memang kena ada semangat setiap hari kalau tak, camner nak motivate staff. So, bila kerja kat CRONY, aku pun bg training kat dealer & leader, so aku rasa oklah kan..mender yang sama cuma produk yang berbeza. So, training & development dah jadi darah daging aku orang kata. Hheehee... Sebab tuh lah kot mulut aku nih tak berhenti-henti bercakap. Ni lepas beranak, dah semangat plak nak buat seminar utk ibu-ibu yg ada anak 0-3 years old on how to boost their brain & be genius in their own way. Hahahha.. Semangat giler plak dah (memandangkan ada mak-mak yg dah tanya-tanya formula yg aku guna utk ajar Q..)

Aku rasa terharu bila Along masih ingat apa Abah kata kat kami adik-beradik. Memang betul apa yg Along kata tu. Ayat Abah tuh pun masih terngiang-ngiang kat kepala aku sampai skang. Sungguh bermakna - "Abah nak bg korang harta Abah takder duit, Abah bg korang pelajaran, lepas tuh pandai-pandailah korang cari harta sendiri." Ayat tu lah yg buatkan aku menjadi semakin kuat dan berazam utk ubah hidup keluarga dan hidup sendiri. Aku langsung tak "down" atau kecewa bila Abah tak leh bg kehidupan yang mewah macam mak bapak orang lain, aku tahu family aku susah, dah dapat masuk universiti pun dah cukup bagus. Pandai-pandailah aku nak cari duit dengan cara halal sepanjang belajar di UTM. Kalau nak ikutkan bebudak zaman skang yg carik duit dengan cara mudah - tekel Dato' sana sini guna muka cantik, jadi pompuan simpanan, aku pun boleh buat. Hahaha..bukan aku tak lawa kan...(cait perasan lah pulak...hahah) tapi aku malu dan rasa hina giler buat kerja macam tuh. Memang ego aku tinggi, tak mainlah nak mintak tolong cara "murahan" cam tuh. Kalau aku berjaya dalam hidup sekalipun, biarlah tuh hasil dari susah payah aku serta titik peluh aku cari rezeki halal (bukan titik peluh atas katil yer... wakakaka... giler kentang sungguh!)

Pernah aku rasa pelik tengok kengkawan UTM aku yg macam takder masalah duit sgt, bila cuti, dorang pun cuti, tapi aku, setiap kali cuti UTM, aku akan kerja, kumpul 3-4 ribu kat TANCO dan bawak balik ke UTM utk tanggung pelajaran aku. Tapi, lama-lama aku paham, mak bapak dorang ada bg dorang duit & support the expenses kat universiti tuh, jadi kerja time cuti belajar bukanlah sesuatu yang "perlu" buat masa tu. Tapi, aku bersyukur, disebabkan pengalaman itulah, aku jadi "apa yang aku jadi sekarang". Aku bangga utk bgtau yang sepanjang aku belajar kat UTM, semuanya duit aku, dibantu dengan loan JPA (yang dah pun habis aku bayar setahun yang lepas), malah duit utk majlis kahwin aku juga menggunakan duit sendiri. Thanks a lot to my parents yang dah menjadikan aku "seorang yang kuat dan berdikari di jalan yang betul". Love Mak & Abah a lot. :)

Aku berdoa semoga perniagaan kakak aku ni akan berjalan dengan lebih maju lagi. Memang bila dah berjaya nih, ramai yg nak rapat tanpa kita tahu niat sebenar dia. Memang akak aku selalu kena tipu dengan orang yang suka ambil kesempatan pada dia dan suami, tapi Tuhan akan selalu melindungi hambanya yang ikhlas bekerja dan memajukan diri menjadi anak bangsa yang berjaya. Aku tahu, Along know where to find her best CONSULTANT (chewahhh..perasannya ..hahah) yang TAKKAN MENIPU dia dan berikan pandangan yang jujur tanpa perlu mengampu dan membodek semata-mata nak nampak baik di matanya (tapi belakang jadi pengkhianat!) Walaupun aku dah tak kerja dengan Along lagi, tapi aku ikuti perjalanan bisnes dia dan dia pun akan kongsi dengan aku apa-apa yg boleh dikongsi jika ada apa-apa hal yang berlaku dalam syarikat. Pada aku, senang hidup akak aku, senanglah hidup aku. Bukan hidup aku jer, hidup adik beradik dan mak bapak aku pun akan senang jugak. Hehhehe.. So, of course lah aku nak yg terbaik utk dia. Walaupun we all adakalanya bergaduh sampai menangis2 (especially time aku kerja ngan dia dulu), tapi dia tetap darah daging aku, anak dia tetap anak buah aku dan air di cincang takkan putus. :) Semoga dia bertambah sukses selepas ni dan makin banyak lembu yg akan dia pelihara. Hehehhehe...


Along with lembu-lembu kesayangan. Hahahhaha

To Along, I'm very proud of you! I know you can be better & better....Bila dah di atas, sekali sekala, mesti pandang bawah juga and be careful on people yang suka mengambil kesempatan ke atas u & your hubby. Aku dah penat membebel pasal nih. Hahahahhaha...

Gambar yg aku rembat dr FB adik aku - Tom a.k.a Syamsul. Ni lah antara staf-staf Along aku. Sebelah Along tuh adik aku - Tom. Sebelah Tom tuh lah Abah aku, encem & kacak bergaya aku rasa! Hahahah...
Dan, dalam entry ni jugak, aku nak rakamkan penghargaan & terima kasih yg tak terhingga pada staff lama aku yang masih setia dengan syarikat sampailah sekarang. Barisan belakang, nombor 3, 10, dan 11 iaitu Fian, Aina & Zubaidah. Ni lah antara staf2 pioneer kat PPV & HBNC dulu. They are under my supervision & kerja pun bagus sgt. Zubaidah as HR merangkap my secretary yg sangat dedikasi dan bagus, Aina handle kuar masuk PPV packaging & Fian wat akaun. Walaupun pada mulanya banyak yg tak kena (hasil peninggalan Pak Mat Tongko yg tak bertanggungjawab tuh..) tapi akhirnya, we managed to settle all the problem, work as a team & jadikan the department very smooth & easy to managed. Hope they will keep on loyal to the company. Bravo guys!!!


Love,
Watie

Monday, March 8, 2010

Mummy Berak Pun Nak Ikut Ker Q????

* entry ini mengandungi unsur-unsur ketidak senonohan yang taklah berapa melampau..kalau anda tak suka baca mender tak senonoh, anda dinasihatkan tidak membacanya! Wakakakakkak*
**************************************************************

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya cabaran di saat aku nak masuk 36 minggu ini sungguh mencabar keimanan!! Semoga aku dapat menempuhinya sampai lah baby baru ni keluar meilhat dunia! Chaiyokkk Watie!!!!

Fuiyoooo geng, barulah aku dapat merasakan betapa "seksanya" bila kita dah tak larat bawak perut, pinggang dah senget-benget, jalan pun dah tak betul, nak naik tangga pun terkial-kial dan di saat itu jugak anak kita mahukan perhatian dan kasih sayang serta kemanjaan tahap dewa - HANYA DENGAN KITA IBUNYA! TAKMO ORANG LAIN HATTA DADDY @ MAID SEKALIPUN!!!! I can really feel the tense now!! Oh Qarissa, anak Mummy ni betul2 mencabar kesabaran Mummy lah sayangggggggg!!!

Since 4 hari lepas, aku tak tahulah apa hanginnya si Q nih, dia macam tau-tau jer yang adik dia bakal keluar tak lama lagi dan of course kasih sayang akan terbagi dua, dia betul-betul mengambil kesempatan yang ada untuk bermanja habis-habisan dengan aku! Memang sometimes aku surrrender beb! Just imaginelah, semua org dia tak nak! Tak pernah-pernah dia wat perangai camtuh ok! Selalunya, salah sorang dr 3 org ni yg dia paling nak, dia tak kesah sgt, its quite easy to take care of Q all this while, sebab tu aku dapat rasa she really want me to pay full attention to her now! Selagi adiknya belum keluar! Bila malam time tidur dah tentulah berpeluk sakan, tak boleh langsung aku nak tidur membelakangkan dia, memang dia akan duduk sebelah aku dan tarik aku supaya mengadap muka dia! & aku mesti cuddle dia kuat2 sepanjang malam!.

Bila siang pulak, kena main banyak-banyak ngan dia bila aku ada kat bawah, bila dukung pulak, kena dukung lama-lama dan bila aku penat, aku nak letak bawah, dia akan angkat kaki dia tinggi-tinggi dalam dukungan aku so that susah aku nak letak dia kat lantai! Bijak sungguh!. Time makan, kena letak dia kat my lap, makan sesama bersuap, kalau aku wat tak paham, dia akan menyelit tgh-tgh in between me & hubby atau panjat-panjat kerusi aku!

Setiap kali aku bukak Lappy, dia pun akan panjat badan aku, sebelum ni dia tak kesah sgt sebab ada DVD utk dia tgk, skang tak leh, ada DVD pun, dia tetap nak lepak ngan aku depan Lappy, tak kesahlah wat apa pun, janji aku peluk dia! Perghhhh... Bila jalan mana-mana, when maid @ hubby nak dukung dia, dia takmo, she keep on crying dan nak aku yg dukung dia! Meleleh-leleh air mata kesedihan nih! Punyalah drama queennn.....

Aku ingat lagik, baru-baru ni masa tuh kat Restoran SAGAR @ Bangsar One, ada birthday member anak jiran, sampai jer sana, si Q dah merengek-rengek cam tak suka dan nak aku peluk dia jer, aku dah penat giler, aku pass kat Daddy dia, dia takmo! Pas kat Nor, pun dia takmo! Maak aiii.. pengsan lah Mummy nak kena dukung all nite kalau camni! . Bila orang nak amik, dia nangis bukan main sedih. Then, dia rangkul leher aku kuat-kuat sampai aku rasa nak tercekik! Punya takut kalau ada org nak ambik dia! Sampai aku nak ke toilet pun dia nak ikut! Masa tuh aku dah tak tahan sgt, aku paksa si Nor terus "rampas" dia dan aku terus ke toilet. Hambek ko...dia nangis bukan main sedih sampai aku dalam toilet pun leh dengar! Tak senang aku nak wat kerja! Hahahhaha...Cepat2 aku kuar balik dan dukung dia semula, baru dia senyap. Then, Daddy dia pulak try nak amik coz aku dah letih sgt dah. Dia takmo gak, tapi Daddy paksa then terus hubby aku bawak Q turun bawah. Sampai bawah aku leh dengar Q nangis! Hubby pun kata, Q nangis teresak-esak sampailah dia nampak kolam kat bawah barulah dia berhenti nangis! Nampak fish dia lah tuh.. hahahaha... hubby bawak dia jalan2 nak lekakan dia sampai terlepas nyanyi lagu B'day hokayyyy! Sungguhlah manjanya...Then after that, bila naik atas balik barulah anak aku ni ok sket, dia nak kat Nor dan Nor pun bawak dia jauh-jauh dari aku. Tapi yang sedihnya tuh, bila aku jeling2 dari jauh tgk dia, aku leh nampak Q pun pandang jer aku dari jauh sambil jeling-jeling. Alahai syahdunya rasa ... Dia tak nangis, tapi pandangan mata dia wat aku serba salah .. :)

Dan yang terbaru, masa aku tgh duk ngadap Lappy, as usual Q on my lap, tetiba aku rasa sakit perut, maid aku kat bawah tengah siapkan sarapan Q, DVD aku dah bukak, so bila aku nak masuk toilet, aku dukunglah Q utk aku letak kat lantai, biar dia layan DVD dia! Mak aiiiii..member takmo hokay! As usual, dia angkat kaki tinggi2 so that aku takleh letak dia kat lantai elok-elok. Aku dah lah tak tahan nak memberut, dengan perut boyot aku dukung Q, buat pasal plak si bijak nih, sudahnya, aku baringkan jer dia atas lantai sebab dia takmo letak kaki kat lantai! Tapi she keep on merengek dan lepas tuh bangun & lari ikut aku nak masuk toilet gak! Penat aku cakap, "Mummy nak gi toilet lah, nak yak yak... nak yak yak...!" Member buat derk jer .. Lantai toilet tuh baru lepas cuci, licinlah sket kan. Aku takut dia jatuh kalau aku ajak dia masuk sekali tapi ini anak sungguh susahlah mau cakap skang ....kena ikut cakap dia jer skang nih..hadoiiii..lemah Mummy camni!

Sudahnya geng, buat pertama kali dalam hidup aku, aku membuang hajat bertemankan seseorang di dalam bilik air! Wakakakakaka..nak gelak pun ada! Nasib ko lah nak, ko nak berkepit jer ngan Mummy kan, aku berak pun ko nak ikut sama, ikut hang lah, malas Mummy nak fikir dah! Hahahhaa..Disebabkan lantai licin, aku letaklah anak aku tuh kat peha aku, sambil aku melepaskan hajat. Sib baik tandas jenis duduk, kalau tak, tak tahulah aku nak bayangkan camner aksinya aku dengan tandas cangkung! Wakakaka..Sungguh tak senonoh aku rasa ok! Dan ini kenit kan, sungguh happy yer kengkawan, dapat duduk kat peha Mummy walaupun Mummy tgh berak! Yang lawak tuh, member leh kuarkan intonasi suara memerli @ mengeluh @ sebagai tanda kemenangan mutlak (aku tak pasti mana satu tapi panjang gak intonasi dia), sambil dia senyum2 gatal, dia kata "Hmmmmmmmmmmm...." then pastu siap nyanyi-nyanyi lagik! (sebab dari bilik air aku tuh masih leh dengar lagu-lagu DVD dia). Sabar jer lah mak noks....dengan kerenah si Q nih ha ....

Aku ingatkan, bila dah habis buang hajat, dia pun nampak dah ok, bila aku nak jirus air, aku nak lah htr dia keluar dengar lagu kan...mak aiii... dia takmo wei..buat lagi perangai angkat2 kaki tuh! Sakitnya jiwa aku! Camner aku nak jirus air nih!! Hish Q nih kan ..Gilosss sungguh lah nak oiii!!! Dua tiga kali aku cuba letak dia kat bawah but still fail, sudahnya, jadilah aku Superwoman, buat 3 kerja at one time! Iskk..isk iskk..i never imagine I could do that hokay!!!! Then, tetiba aku terdengar si Nor bukak pintu (nak amik Q sebab sarapan dah siap), terus aku jerit nama Nor, suh amik Q kat toilet, Nor pun kelam-kabut datang & terkejut tgk si Q wat perangai nak masuk toilet ngan Mummy! Aku terus bg Q kat Nor & guess what!!!! This little brat a.k.a my lovely angel nih dengan muka selamba + muka nakal sambil tersenyum leh pandang aku dan kata "BAIIIIIIIIIII" sambil lambai tangan bila Nor dukung dia bawak turun bawah! Sakit jiwa mak noks....! Hahhahahaha...(dia memang suka sebut BAIIII, bukan BYEEEE bila nak bye-bye, aku rasa dia nak kawin ngan anak BAI kot....hahahah) .

Pergh, sungguhlah aku merasa tercabar, mencabar dan dicabar oleh anakku sendiri! Memang tak sangka anak sekecil tuh boleh buatkan seorang ibu jadi lemah dan mengikut sahaja apa yang anak nak yerk! Tak pernah lah aku fikir mender ni akan happend kat aku! Nak gelak ada, nak suko pun ada, nak nangis pun ada! Memang pengalaman baru melihat betapa cemburunya Q dan cara dia menarik perhatian aku untuk selalu dekat pada dia di saat-saat dia nak dapat adik baru. Selagi aku larat, aku layankan jer lah, sebab aku tahu dia nak bermanja, sebab obvious sgt, sebelum nih tak pernah camtuh, aku harap, semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh 4 minggu akan datang dengan kerenah Q yang manja dan perut aku yg semakin sakit lately. Aku tahu simptom Q ni takkan lama, once adik dia dah keluar, i believe that everything will be ok back, harap2 semuanya ok lah kan..So skang, memang aku terpaksalah melayan segala macam kerenah pelik Q. She will suprise me everyday with her new perangai yg pelik2 tuh! Hmmm.. kena ready lah nih.....


Mehlah Q masuk dalam kain Mummy nih senang!!!

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading