Tuesday, August 31, 2010

I Vote For 3 IDIOTS!

Aku menghabiskan waktu malam bersama suami dan anak-anak menonton movie Hindustan bertajuk - 3 IDIOTS malam tadi, setelah sekian lama both of us tak tgk movie. Jangan kata movie, ASTRO pun dah jarang sangat tgk. Hu hu ..sedih jer yerk.. :)

Aku rasa dalam banyak2 citer Hindustan, this is the BEST Movie yang patut di tonton oleh semua orang tak kira bangsa atau agama. Ia bukan seperti cerita tipikal Hindustan yang penuh dengan drama dan kita boleh agak the story line, tapi cerita 3 IDIOTS ni telah membuka mata hati dan fikiran aku tentang sesuatu- tentang cita-cita dan masa depan kita, apa yang kita lakukan, adakah ianya suatu yg kita impikan, yang kita inginkan sejak dulu atau kita hanya menurut sahaja arus yang datang, yang menolak kita ke mana sahaja kita pergi tanpa kita mampu merubah apa-apa tentangnya. It really inspires me .. dan aku menulis di blog ini untuk mengajak kawan-kawan semua melihat this movie & relate it to ourself.

3 jam berlalu tanpa aku sedari kerana cerita ini sedari mula langsung tidak membosankan, ia penuh dan sarat dengan gelak ketawa, gembira, sedih, kadangkala marah dan ada ketika menginsafkan serta menaikkan semangat. Orang kata, rencah dan resepi yang cukup. As usual, citer Hindustan memang tak sah kalau takder lagu kan.. for sure ada lagu, tapi lagunya pun sedap2 dan langsung tak mengaanggu jalan cerita dan tak meleret-leret. Walaupun hero & heroinnya - Amir Khan & Kareena Kapoor jer yg aku kenal, kebanyakan pelakon aku tak berapa kenal, tapi they give 5 star punya lakonan, so aku tak kesah sapa pun berlakon, yang penting mesej tuh sampai dengan berkesan.

Secara ringkasnya, 3 IDIOTS ni menceritakan tentang kehidupan kampus 3 orang sahabat dari mula mereka masuk kolej sampailah dorang graduate. Dari dorang tak kenal each other sampai dorang jadi sahabat baik yang digelar 3 idiots oleh pensyarah dorang. Cerita ni sarat dengan mesej persahabatan abadi, yang jujur dan ikhlas dan sanggup lakukan apa sahaja demi kawan. Cerita ni juga secara sinis mengutuk sistem pembelajaran yang berdasarkan gred, yang mana student2 suma asyik duk hafal subjek semata-mata utk lulus exam tapi bukannya memanfaatkan atau mengaplikasikan apa yang dipelajari. Memang terkena betul lah kalau student2 tengok kan. In fact, aku pun terasa sebab dulu, kita nak lulus, hafal subjek macam nak giler..paham tak paham lain citer, apatah lagi nak aplikasikannya, janji lulus. Tapi bila kerja, yang ado!! Semua tak reti nak aplikasikan. Kantoi kat situ. Sebab tuh sometimes student yg grednya power giloss, kendong gred A sampai berpuluh-puluh, tapi bila kerja, hampeh!


Tapi, bila kita buat sesuatu dengan penuh passion dan rasa suka, semuanya jadi mudah dan kita rasa happy. Dalam citer ni jugak, diceritakan bagaimana kawan si Rancho ni, Farhan dan Raju ada masalah masing2 dengan keluarga dorang. Yang sorang tuh, nak sangat jd Photographer, tapi mak bapak tak bg, paksa amik Engineering.Yang sorang lagik, suka Engineering tapi selalu kantoi time exam, mesti dapat result last-last. Si Rancho ni, dah lah cam bodoh-bodoh alang, selalu kena halau dari kelas, selalu menyelinap masuk kelas-kelas lain, tapi punyalah genius, sampai lecturer dia asyik nak pedajal dia jer sebab dia selalu kantoikan pensyarah dia, hari pertama masuk dah kantoikan pensyarah...Hehehe.. Y Farhan & Raju jadi macam tuh? Yang sorang tuh, sebab Engineering bukan bidang dia, dia tak suka, dia buat sebab mak ayah paksa, jadi semua tak menjadi. Dia tak jadi diri sendiri sebab dia cuba jadi orang lain seperti acuan yang mak bapak dia nak. Yang sorang lagi pulak, walaupun suka Engineering tapi selalu dalam ketakutan. Takutkan apa? Takutkan gred, sebab dulu dia best student masa kecik, jadi tekanan masa masa universiti, untuk capai gred yang bagus dan bersaing dengan kawan-kawan membuatkan dia jadi pressure yang amat, so it affect result dia. Dalam masa yang sama juga, lecturer dorang cuba nak pisahkan dorang bertiga sebab they are so close dan kononnya so Rancho ni bawak contoh yang tak baik pada kawan-kawan dia. Persahabatan dorang teruji, tapi sampai sudah, ia tetap teguh dan kuat. Really inspiring tau ... :)

Dan yang bestnya, Rancho yang dorang kenal tuh bukanlah Rancho yang sebenarnya. Semuanya terbongkar masa dorang pergi rumah Rancho after graduate dan 5 years tak jumpa kot, ada kematian di rumah tu. Bapak Rancho meninggal. Bila dorang jumpa Rancho, muka Rancho dah lain, tapi certificate, nama, gambar semua sama, tapi gambar yg diambil masa graduate tuh dah berubah muka. FYI, Rancho ni jadi top student masa final year, dapat nombor 1 okeh... superb lah kiranya .. Jadi...siapa Rancho sebenarnya? Mana Rancho yang dorang kenal selama nih? Haaaa..yang tuh korang kena tgk sendiri lah ..kang aku citer tak thrill plak.. hehehe..

Sebenarnya, panjang citer dia, tapi kesimpulannya, kita hidup hanya sekali, buatlah apa yang kita suka dan yang kita inginkan. Ikut hati kita, asalkan ia mendatangkan manfaat dan memberi kebaikan dan membuatkan kita riang gembira, kita buat dan teruskan. Jadi diri sendiri, jangan kita terpaksa buat sesuatu kerja tapi sebenarnya kita tak suka. Apa yang kita buat mungkin mendatangkan keuntungan yang sedikit, contohnya, mungkin jadi Photographer gaji tak banyak berbanding Engineer tapi yang penting, kita happy dan itu passion kita. Kita buat dengan sesungguh hati dan belajar banyak perkara. Dari situ kita akan berkembang dan duit akan datang dengan sendiri. Kalau kita hidup selamanya hendak memuaskan hati orang lain sedangkan kita sendiri tak suka dan terpaksa, ia satu kerugian yang maha besar. Kita kena berani berubah dan menongkah arus. See what will happend & if we fail, thats not the end of our life pun kan ..:) At least will try dan bukan takut nak melangkah ..

Aku bersyukur jugak sebab all this while, aku buat semua kerja yang aku suka, walaupun berbeza bidang antara satu job dan satu job lain, but i love the job, so its not an issue, cuma ia sememangnya lari dari bidang komputer yang aku amik dulu. Aku memang tak suka programming tapi bersyukur sebab aku amik computer, at least i can relate dgn adapt with latest technology dengan mudah, taklah terkapai2 dan terpinga2 bila org citer pasal computer terms kan..

And now, since 2006, aku dah jumpa apa yang aku nak. Aku suka perfume, aku buat business perfume. I did it whole hearted, i love it & until now, still love it walaupun ada banyak pesaing kat luar sana. Sejak 2008 pula, aku jatuh cinta dengan ECE, dan aku buat sepenuh hati, tanpa berbelah bahagi, time tuh tak pikir pun pasal business, it just my passion and I do it solely for my Q's, tapi Allah membuka jalan untuk aku venture dalam business ECE pulak. Siapa sangka kan, dari passion terus jadi business. Tiada apa yang lebih menyeronokkan apabila kita dapat buat apa yang kita suka, dan apa yg kita buat tu pula memberikan pendapatan pada kita. Its double celebration aku rasa...

Dan satu yang aku belajar dari movie nih- JANGAN PAKSA ANAK UNTUK JADI APA YANG KITA NAK DIA JADI. Berikan anak kita kebebasan memilih bidang apa yang dia suka, yang dia nak, dan galakkan dia meneroka sepenuhnya bidang tu. Asalkan bidang yg dipilih itu baik dan tidak menyelahi agama dan undang-undang, kita seharusnya memberi galakan. Its their lives, not our's. Ingatan utk aku jugak neh ...:)

So, to my friends semua - APAKAH YANG ANDA LAKUKAN SEKARANG, BAIK KERJA ATAU BUSINESS, sesuatu yang anda suka lakukan atau terpaksa?? Renung-renungkan.. jika suka, alhamdulillah, teruskan tapi jika tidak, maybe masanya utk "Cinta Beralih Arah?" Hehhehe.. jadikan cerita 3 IDIOTS ni sebagai inspirasi untuk memulakan langkah baru anda. Siapa tahu, dunia anda akan berubah .. Insya Allah .:)

So, for the best movie this year - I VOTE 3 IDIOTS!

Aall Izz Well,

Monday, August 30, 2010

Buang Baby @ Section 13 Shah Alam!

Serius aku sungguh marah dan kecewa today!! Ni manusia hapa time2 Ramadhan suka suki buang anak tepi jalan nih??? Dah takder akal ker hapa..? Time ko kongkek sedapppp sedapppp, ko tak pikir, kalau yer pun dah mengongkek, dah terpregnant, dah tak sompek ko nak buang awal2..ko letak lah kat baby hatch yg gomen dah sediakan, tak pun ko htr lah kat mana2 pusat penjagaan..susah2 ko iklan jer kat tenet ..."SAPA NAK ANAK, AKU TAKMO BABY NIH .. AKU BG FREE JER.." Mesti ada ramai yg nak ...Mangkuk punya mak!!! Hishhhh..hanginnya aku ..habislah pahala poser aku nih ..

Lokasi kejadian
Macam ni jer dia buang, anak kucing pun dapat kotak tau..dia gantung jer pakai paper bag, sangkut kat papan tanda "BERI LALUAN"

Sebenarnya, aku tak suka nak tulis mender2 gini kat blog aku tau ... call me paranoid, kolot or whatever words lah ..aku tak kesah ..mmg aku admit aku "kiasu in my own way" kan..yer lah, aku ada anak .. nanti dah besar anak aku akan baca blog nih, dan kalau mender2 camnih ada dalam blog, aku rasa cam ia 'merosakkan' blog aku yg penuh dengan kasih sayang, ilmu dan aktiviti we all satu family. Apa aku nak jawab kalau anak aku tanya, "Mummy, napa baby tuh berbungkus ngan surat khabar? Dah takder selimut??"Napa tepi jalan?? Napa mak dia buang??" dan macam2 soalan yg keluar dari mulut mongel anak2 aku. Aku rasa malu sangat kalau budak2 kecik tanya soalan cam tuh pada org dewasa, sebab kita dah dewasa, memalukan kalau anak2 kita tanya soalan2 provokasi yg kita sendiri tak mampu nak jawab yg sudahnya akan menunjukkan bahawa org dewasa ni "tak berakal" sampai sanggup buang anak TEPI JALAN! Dah macam buang anak kucing kat tepi pasar dah okeh.... Dah lah dalam bulan Ramadhan. Ya Allah...tak dapat aku nak bayang lah manusia kejam camni!
Forensik tgh cek baby

Aku jadi sedih dan sebak, dan terus buat entry nih bila aku tgk FB member, ada share & tag pasal kejadian ni from man called Jidin Giding (thanks for the picture Jidin), aku tak kenal Jidin ni, tapi dia sempat amik gambar kejadian sebab dia antara yg terawal sampai. Aku jadi sebak dan sedih sgt sebab baby tuh bukan setakat ada tali pusat lagi, tapi masih ADA URINYA! Di letakkan sekali dengan bungkusan tu! Darah masih fresh, maknanya kejadian tuh sangat2 baru berlaku! Memang Allah nak tunjuk kekejaman manusia berhati binatang camni! Syukur budak tu selamat..sangat baik dan tak menangis pun..sikit jer dia nangis masa forensic tukarkan selimut baby.

Pity u dear baby. Nak jadi kawan Q & Zayra tak?

Dan, yang paling aku sedih & sebak, baby tuh lelaki (i always wanted a baby boy, hubby pun sama, insya allah ada rezeki pasni try lagik..tunggu pas puasa...wakakakak..sempat lagik nak buat lawak neh..), sangat hensem okeh... putih & cerah dan yang paling sayu - SEMPURNA! Takder sikit pun kecacatan pada baby tu. I have to admit, sejak Zayra lahir, aku suka tgk tangan dia, dan tgk tangan baby lain. Harus aku akui, aku semakin menghargai kurniaan Allah SWT pada hambanya. Semakin aku tgk tgn Zayra, semakin aku rasa its a normal hand. Maybe sebab dah setiap hari tengok. Tapi macam semalam, dia nampak aku makan kuih, dia nak capai, aku bg dia capai dan dia cuba gunakan tangan kanan utk sentuh, tapi tak dapatlah dia pegang kan. Aku jadi sayu dan feel sorry for her. Then, dia gunakan tangan kiri pula dan dia pegang kuih tu. As a mother, mestilah terdetik rasa sayu kat hati aku, bila dia besar, maybe she can use the right hand to eat, maybe not, maybe pakai sudu dan suap atau paling best, ada org yg sayang sangat kat dia, baik keluarga mahupun suami dia nanti yg akan sentiasa manjakan dia dengan menyuapkan dia, tak yah dia susah2 nak suap sendiri kan. Hheheh.. Apa yg pasti, bila kita kekurangan sesuatu, kita akan semakin menghargai kesempurnaan. Tapi, bayi yg dibuang ni sangat SEMPURNA. Kenapalah ko buang bayi sehansem dan secomel tu lahanat??? Geramnya akuuuu!
Sayu dan sebak tgk gambar nih. Cantik kan tangan dia. Nak bg Zayyra sebelah tak? Hehhehe
Cantik & hensemnya kamu sayang....

Takperlah, biarlah entry ni menjadi bukti pada Qarissa & Quzayra betapa bertuahnya mereka terpilih dan dipilih oleh Allah SWT menjadi anak kepada Norhidawati & Saiful Rizal. Secantik mana pun, seburuk mana pun, sesempurna mana pun, secacat manapun kamu berdua, kamu adalah anugerah Allah yang tidak terhingga pada Mummy & Daddy. Percayalah sayang, Mummy & Daddy takkan mensia2kan anugerah ini, kami akan cuba sebaik mungkin mendidik kamu menjadi insan yang berguna. Tiada bezanya antara kakak dan adik. Masing-masing istimewa di mata dan hati kami. As i always said .. "Qarissa nyawa Mummy, Zayra nyawa Mummy".


Baru nak potong tali pusat & tukar selimut baru.
Kat sinilah lahanat tuh sangkut baby ni.

Kalau mereka bertanya tentang bayi ini, aku akan mengatakan, "Inilah kawan yang hampir sebaya dengan kamu, tetapi nasibnya tidak sebaik kamu sayang....dan sebabnya mender nih jadi....". Arghhhh...its really hard to explain to them why this thing happened ketika M'sia dikatakan kononnya maju dan ke depan! Memalukan!. Tunggulah dorang tanya baru aku leh pikir ayat yg terbaek nak jawab ..skang aku tak leh nak pikir, sebab aku rasa cam nak gi penggal kepala & gi menyula mak ngan ayah baby comel nih! Hushhhhh!

I love ur hands sayang.. Semoga kamu selamat selamanya. Jadi manusia berguna yer sayang...Aunty doakan...

Hangennnnn,


Me with the LR Founder @ Parenthood Expo.

Parenthood Expo baru jer berlalu last week. Aku sempat ke sana 2 hari - Sabtu & Ahad. My sister along bukak booth Brillkids kat sana, selling Little Reader & Little Math software. Aku takder kat booth tapi datang utk bg sokongan dan jumpa dengan the founder KL Wong. :) Sibuk dengan opening my new shop, kakak aku pulak last minute dapat booth, memang kelam kabut sikit but they manage to handle it ..:)

Me with the founder of Brillkids - Mr KL Wong

This is our 2nd time meeting since our last meeting few months ago masa bincang nak bawak masuk LR & LM ke Malaysia. Alhamdulillah, segalanya menjadi kenyataan. Me & my sister akhirnya berjaya membawa masuk the software & the hardware of LR & LM ni. Puas sungguh rasanya dapat bawak masuk produk yang bagus dan berkesan untuk diperkenalkan pada ibu bapa seluruh Malaysia.

Sempat lagi discussion tuh! Hehhehe

During the 3 days exhibition, sales yang berjaya di buat agak memberansangkan terutamanya untuk syarikat yg baru ditubuhkan. Alhamdulillah, the awareness tuh yang penting. Sempat jugaklah aku tolong akak aku buat sales kat sana. Niat di hati nak jalan-jalan dulu baru singgah booth dia (sebab aku tau kalau singgah dulu confirm sangkut sejam dua punya ..), tapi masuk2 jer ..booth ketiga dah booth dia .. adoii.. memanglah sangkut for at least 2 hours tau .. hehehe..sian anak2 aku tidur semuanya kepenatan. :) nasib baik takder yang meragam..:) The next day aku datang tapi tak bawak Qarissa, aku bawak Zayra jer ..sebab hari pertama tuh tak semmpat nak shopping habis .. aku kena bukak poser kat umah member @ Bukit Mahkota Bangi, so rushing sket ..:)

Tingginya KL Wong nih.. aku nampak pendek dan selekeh okeh!

Memang happy dapat jumpa KL for the 2nd time .. dia pun eager nak jumpa aku, actually dia nak singgah opis aku, tapi last minute ada dinner appointment pulak kan .. so tak jadi lah nampaknya ..:) Insya Allah, for his next visit here, aku akan bawak dia ke opis aku ..:)

A03 is our booth

Parenthood Expo best!!

Sunday, August 29, 2010

Perkembangan Terkini My Baby Zayra

Alhamdulillah, diam tak diam, dah 4 bulan usia si themok nih. Dah makin sihat anak aku...:) Happy sgt tgk perkembangan dia. Semuanya perkembangan yg positif setakat ni. Ahamdulillah...

Tengah nak pakaikan baju after mandi pun nak roll jugak!

Aku perhatikan baby Zayra ni advance sket dari Qarissa. Setiap anak mempunyai kebolehan yg berbeza-beza dan their development pun tak sama antara satu sama lain. But, I tend to compare both of my babies.. Yer lah ..kata pun ada 2 anak jer kan.. nak compare ngan sapa plak kan? Hhahaha.. Macam Zayra, masa mula2 dia start to roll, aku terkejut badak! Apa taknya, masa tuh umur dia 3 bulan jer! Aku cam ..'Erk..biar btol ko nak... takkan 3 bulan dah nak berpusing dah?'. Q dulu pun around 5-6 month rasanya baru dia bergolek..ni macam cepat na??
Pandai buat muka manja!

Then, aku pun rujuklah kitab-kitab baby yg aku simpan & see whether its normal or not baby rolling at 3 months age.. rupanya, memang ada baby yg can roll at 3 months age tapi its considered as an advanced baby. Advance tuh maksudnya dalam ketogori yang memang ada baby can roll, tapi tak ramai. Oooo..padanlah aku rasa pelik.. takperlah kalau dia ada tulis kat column advance tuh .. kalau takder tulis, mesti aku ingat Zayra ni "sesuatu". Hahahha.. silap2 aku panggil TV 3 suh rakam ..sungguh gila glamer mak Zayra! Wakakakak..


Push up time.. Tak padan tangan comel tapi kuat okeh!
Makan tangan!!

Dan, bukan tuh jer, masuk umur 4 bulan, dah siap jatuh dah! Giler kan mak Zayra nih! Sungguh aku rasa bersalah sebab lambat tangkap, tapi tu lah..dia jatuh dalam sekelip mata.. Tak sempat aku nak kejar, tau-tau dah hilang dah! Dia jatuh dari sofa masa kat opis tuh. Nasib baik lah ada tilam memory foam yg sangat lembut dan gebu kat bawah tu, langsung tak menangis si Zayra ! Cuma terkejut sikit jer. Cuak giler aku! Q dulu aku jaga betul2 sampai 1 tahun lebih baru jatuh katil, ni Zayra baru 4 bulan! Aku rasa cam ibu tak guna jer time tuh tau! Hu hu .. Padahal aku dah pastikan Zayra baring kat bahagian tengah, bukan senang2 dia nak jatuh..tapi bila aku amik barang dan nak patah balik, entah macam mana, dia dah tergolek ke bawah.. Adoii..memang pengajaran sungguhlah..tak berani dah aku nak biar dia sorang-sorang. Kalau biar pun, aku pastikan ada kubu keliling dia. Tak leh caya budak themok nih..melampau aktifnya!
Siap nak mendongak tengok kakak dia!

Dan aku sangat kagum dengan kekuatan tangan kanan Zayra tuh okeh! Sangat kuat , tak padan takder tulang! Dia bukan setakat boleh roll, tapi boleh push up her body & neck with that hand! Amazing kan! Tapi hubby aku takut tengok! Hahhaha.. Dia kata, seramnya yang .. yerlah, bhg pergelangan tangan tuh kan, cam leh pusing 360*, hahahaha.. serius beb.. korang kena tengok tangan dia, dia kejap depan, kejap belakang! Tapi minah themok nih sangat relax & cool with her hand! Aku pun berlagak cool depan hubby, sebab aku dah tanam tekad dalam hati, walau apa pun Zayra buat dengan tangan tu, aku akan sokong dan tahu dia boleh! So, no takut-takut okeh..malah aku bangga dengan Zayra & proud to tell people - INILAH ANAK MUMMY!!! Kuasa Allah kan, siapa sangka, Zayra yg boleh kata sebelah tangan tuh mampu rolling & push up her neck and body using both hands at 3 months of age, sungguh aku kagum dengan kebolehan yang Allah bg pada anak seistimewa Zayra! Alhamdulillah... Tu belum masuk cerita dia makan tangan kanan sampai habis satu penumbuk masuk mulut, dia tarik2 tgn tuh sampai hubby takut tangan tuh tercabut, habis merah2 tangan tuh kena gigit dek Qarissa dan macam-macam lagi... hehehhe..

Iyah..iyah... 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8... 8 lagi!

Dan, si kenit ni jugak, tak padan baru 4 bulan, dah pandai gunakan gusi dia untuk mengigit nenen aku!!!! Sakit giler weiiii, sungguh melampau rasanya. Dan sebab sakit sangatlah, aku meluahkan perasaan dalam blog nih! Terus aku amik lappy & blog about my baby Zayra. Memang aku dah rasa lately si Zayra nih macam suka gigit2 nenen aku time nyusu, tapi sebab takder gigi, so taklah rasa sakit. Cuma aku risau kalau aku tak control, nanti dia jadi mua. Time ada gigi kang, habislah aku kena gigit sokmo. Adoi... tapi kan, hari nih paling aku hangin sebab tengah2 sedap dia melekakan diri, tahu-tahu jer dia gigit dan tarik dengan sangat kuat guna gusi! Sampai aku mengaduh dibuatnya! Aku yg lasak nih pun jadi tak tahan. Bukan main lagi ko yer Zayra ..Please realise that you're only 4 months bebeh.. Jgn eksen macam dah besar boleh? Kakak awak gigit Mummy punya nenen time umur setahun lebih bila dah ada gigi tau!!! Biasa tuh....haippp!

Ni gambar peberet kawan2 FB sebab Zayra comey sgt - buat muka tak puas hati bila aku bg dia kat Nor, dan ambil Q duduk depan masa dalam keta! Dia punya jelingan - memang maut! Hahaha..

In terms of awareness, rasanya aku dah pernah bgtau yg Zayra nih sgt alert dan dah mula bg perhatian pada apa jer yg lalu depan dia. Dia dah kenal Daddy & Nor, cuma dia sgt manja ngan aku sampai Nor pun tak pandai nak handle dia especially bila dia marah. Zayra ni advance sebab dia tgk Q tau. Bila Q tantrum, nangis atau buat anything, dia akan observe lama2 then dia ikut. Aku mmg tak tahan tgk kalau Zayra nangis, hover okay! Kuat lak tu! Padahal masa baru lahir tak macam tuh! Memang sah dia tgk Q nangis neh. Pastu kan, bila Q lompat2 sambil joget2 time tgk TV, aku perhatikan si Zayra tgk dengan penuh perasaan tak puas hati.. Hahhaha.. agaknya dia kata, "Kenapa aku tak leh lompat neh? Nangis dah sama dah tekniknya, tapi nak lompat2 dan joget2 tak boleh pulak?" Hahahhaaha...Satu lagi kan, dia skang cukup suka tarik rambut sesiapa sahaja yang dia sempat tarik. Tu lah aku kata - tak padan tangan satu! Hahaha... hand bang aku pun ditariknya! Kuat pulak tuh, sampai bergerak jugaklah aku bila rasa ada tangan menarik handbang! Ingat pencopet ker apa kan! Hahha.. rupanya pencopet comey!! Yang mana sempat lah org kata. Selalu jadi mangsa kakak dia lah ..sebab Q suka cium adik. Setiap kali cium, mesti Zayra akan amik kesempatan tarik rambut Q. Bagus jugak lah aku rasa, sebab Zayra akan bergantung pada tangan kiri sepenuhnya, biar dia belajar cepat how to use the hand... tangan kanan bantu sikit-sikit ..:) Tapi tangan kanan pun ototnya dah kuat tau, jari2 pun dah membesar, manalah tahu kan, dengan otot2 tanpa tulang pun dia masih boleh berfungsi, tak banyak, sikit pun jadilah, kuasa Allah kan.. perkembangan Zayra sekarang pun dah cukup buat aku gembira.. :)


Makan tangan lagik.. yang belah kiri pulak..

Everyday is our stimulation day. Round the clock orang kata. Asal sempat, memang LR dan YBCR jadi peneman setia, serta buku2 cerita yg aku bacakan utk dia. Sekarang dia suka baca buku LR yg tajuk SMILE. Bila aku bacakan utk dia, dia suka sangat, pandai pulak SMILE bila sampai part SMILE tuh.. tak sabar nak tunggu dia pandai wat action, nak test dia pandai baca ker tak.. Hhehehe.. (Jahat Mummy nih ..suka naaa test anakkkkk...dia memang pandai lah Watie!!!) Hhahahahaha..


Everyday is play & learn time. LR morning session with kakak.
Nampak tak 'kepoyoan" tangan dia? Hahahhaha....

Nanti aku update stimulation aktiviti yg aku buat kay. Asyik lupa jer .. siap leh pikir "Apa aku nak tulis kat blog?" Padahal ada banyak mender yg menunggu nak ditulis.. Aku jer takder masa..Bunguks jer Watie .. hahaha.. tu namanya dah weng ..banyak mender nak ingat at 1 time ..sudahnya suma lupa! Hahahha..

Love My Baby Zayra!!!



My Life After Ada New Offices..

Well, well well, senang citer, bak kata aku kat Kay - TAK KETENTUAN HIDUP AKU NEH! Hahhaha...I have to admit mmg my life 360* berubah bila dah ada new office. Seriously! memang tak ketentuan. Mana nak kemas opis, mana nak kemas umah, sudahnya, dua-dua tak berkemas, bersepah lagik ada! Hahhaha.. my new office tu tak lah bersepah sangat, buat still need few touch up kan... then kat umah pulak, my SOHO office for my perfume mmg sangat bersepah - macam kapal karam!

Its quite hard to adapt with this new lifestyle. Dengan anak-anak dan kerenah masing-masing, dengan hubby, umah & new office, mmg memerlukan kecekapan dan ketahanan diri yang tinggi! Berulang alik dari opis ke rumah, hangkut anak-anak ke hulu kehilir, mmg letih. Our new office is just like our 2nd home. Selalunya hujung minggu we all akan lepak dan tidur opis. Bila anak-anak tidur, barulah aku ada masa untuk buat my work, or else memang selalu tertangguh. Sikit-sikit nak buat boleh ah while Zayra is on my lap, tapi most of my works memerlukan my brain to work hard & smart, coz aku kena buat content for my seminar, so aku nak pastikan aku deliver yg terbaik, thats y kalau ada anak-anak merengek, nangis atau nak my attention, I will stop my job and focus to my baby pulak. :) Tu yang agak letih. Bila nak habis kerja mak neh.. Hu hu ..

Dr tengah malam sampai subuh adalah waktu yg paling mendamaikan- tak kira rumah atau opis coz masa tuh, aku boleh pulun kaw-kaw nak sediakan slide presentation atau update info kat GBB Fanpage, blog atau apa saja. Lucky me coz Zayra jenis yg tidur sampai pagi, so dia tak kacau aku time tgh malam, cuma dia nak aku jaga dia time siang jer. Ngada2 kan! Hhehehe..Tapi bila dah berjaga malam, memang mata acik rabak time siang dek non!

Now, I'm super duper bz nak siapkan content of my ECE seminar yang akan dibuat selepas Hari Raya, insya allah. Aku dah pun decide untuk bahagi kan seminar dan workhop pada few tajuk supaya aku boleh fokus on the tajuk dan all my participants. Mula-mula aku ingat nak gabungkan semua in 1 day, tapi aku rasa tak praktikal sebab ada banyak mender aku nak kongsi dengan parents, so if aku buat in 1 day mmg tak cukup,as i said, nanti sana sikit, sini sikit, so semua dapat sikit-sikit. Lebih baik aku pecah pada tajuk-tajuk penting, buat seminar atau bengkel berdasarkan tajuk, and we can discuss & have Q& A session spesifically on the tajuk so that the parents yg datang akan faham sedalam-dalamnya pasal the tittles yg diberikan. In terms of workshop plak, they know how to do it correctly and feel confident in doing it. Tuh yg aku titik beratkan. Thats y, aku dah decide, utk seminar, max participants i can cater is 30 pax, but for my bengkel atau workshop, 10 is the max. Quality matters ..:) Buat masa nih, ada 1 seminar dan satu bengkel yang aku akan perkenalkan. Few tittles on other seminar & bengkel will be coming soon. One by one okeh ..:)

In terms of prices, I can say that it will be cheaper that any other course yang ditawarkan oleh syarikat lain ( yang ada kena mengena atau tidak dengan ECE, based on my personal research on the net) . Not to say i undervalued my seminar @ workshop, but for a start, I want to make it fair to everybody, baik yang berduit atau tidak. Kiranya, harga mampu bayar lah kan. Taklah mahal sangat, tak lah murah sangat. Bak kata Iwan - Yang sedang-sedang sajaaaaaa.. Hehhehehe..Akan datang? Hanya Allah yang tahu ..:)

Ada banyak mender yang aku plan, yang berlegar2 kat kepala otak nih, tapi biarlah aku simpan dulu, sebab aku tak suka nak hebah tapi at the end..yang ado! Biarlah aku siapkan apa yang aku rancangkan, dah siap, barulah hebah satu dunia kan..:) Sebab tuh lah korang nampak blog ni jarang berupdate, sebab nak carik masa update pun susah skang nih. terkejar2 aku ..:) Ni pun lepas Subuh baru aku dapat menaip, time anak2 tidur ..:)

Insya Allah, aku akan bgtau semua bilakan my next seminar & bengkel akan dibuat di GBOB Office ..:) Aku suggetskan kawan-kawan semua LIKE the Fan Page Of GBOB .. supaya senang utk dapat maklumat terkini tentang aktiviti GBOB.. :)


Till then, meet u at my next entry pals..

Loves,



Friday, August 20, 2010

Interior Decoration @ GBOB Office- Seminar Area

Alhamdulillah, akhirnya pihak GBOB telah pun selamat menjalankan kerja-kerja renovasi di pejabat baru kami @ Wisma Bling Lustre dan secara rasminya telah mula beroperasi pada 16 August 2010 yang lalu, selepas membuat kejutan kepada kedua-dua ibu bapa saya (pada 15 August 2010), sebagai tanda meminta restu memulakan perniagaan ini. J

Pihak GBOB sedaya upaya menyediakan persekitaran yang selesa dan mempunyai banyak kemudahan, bukan sahaja untuk bakal-bakal peserta GBOB tetapi juga anak-anak mereka yang hadir bersama ketika sessi seminar di jalankan. Kami seboleh mungkin menjadikan suasana pejabat kami seperti dirumah supaya ibu bapa dan anak-anak ini gembira dan seronok setiap kali aktiviti di jalankan di sini.




Kami telah memisahkan pejabat ini kepada 2 bahagian iaitu Seminar Area & Kids Zone. Ketika ibu bapa tekun mendengar seminar dan menjalani bengkel @ workshop yang diadakan, anak-anak boleh bermain dengan gembira di Kids Zone atau menonton DVD Education di bahagian tersebut. Nantikan gambar Kids Zone di album akan datang!


Di bahagian seminar pula, ia dilengkapi dengan 2 buah aircond 1.5 horse power untuk keselesaan maksimum para peserta. Kami juga menyediakan 2 set sofa untuk ibu bapa bersantai sambil mendengar seminar yang akan diadakan. Kami mengambil pendekatan “mesra pelanggan” dan tidak mahu sessi seminar kami menjadi terlalu serius. It’s about parenting & it should be fun & happy rite? Kami menggunakan teknologi terkini di mana projector tidak digunakan, tetapi semua presentation akan dimainkan terus di LCD TV HDMI 42 inci yang terkini. Bukan itu sahaja, kami juga melengkapi sessi seminar & bengkel kami dengan sistem audio yang lengkap dengan amplifier, speaker dan microphone untuk memastikan sessi seminar ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mempunyai kelas tersendiri.




Kami juga menyediakan meja untuk 4 orang , khas untuk ibu bapa yang datang dan inginkan consultation dari pihak kami. Sessi perbincangan pasti menjadi selesa di sini. Kami juga mempamirkan ptoduk-produk yang dijual oleh pihak GBOB di mana kami telah memisahkan antara produk permainan dan produk pendidikan kepada 2 bahagian agar mudah untuk pelanggan melihat & memilihnya. Setiap produk ini mempunyai kebaikan yang tersendiri dan pihak GBOB akan memberi khidmat rundingan PERCUMA bagaimana anda boleh memaksimumkan penggunakan produk pendidikan dan permainan ini apabila pelanggan kami membeli produk-produk ini melalui GBOB.



Antara kemudahan yang disediakan untuk ibu bapa yang datang ke GBOB ialah:

  1. * Private Breastfeeding Area
  2. * Changing Area
  3. * Playpen
  4. * Peti Ais (untuk anda menyimpan susu EBM)
  5. * Kettle
  6. * Besen Mandian Bayi
  7. * Water Heater (jika anda ingin memandikan anak anda)
  8. * Telekung & Sejadah

Seperti yang kami katakan, keselesaan anda menjadi keutamaan kami. Seboleh mungkin kami ingin anda merasakan suasana harmoni, cozy seperti berada dirumah sendiri. Nantikan gambar di Kids Zone di album akan datang!

Loves,

Thursday, August 19, 2010

Stimulasi Di Mana-Mana!

Yer betul! That's me...Asal sempat jer ..aku tak kesah lah kat mana pun, dah mandi ke belum, depan sesapa sahaja, aku tetap akan amik kesempatan untuk stimulate my babies. Hahhaha.. Buruk perangai yerk! Agaknya sebab dah terbiasa buat, jadi aku tak rasa segan pun bila ada kat kelompok orang ramai, tempat awam atau mana2 jer, aku akan tetap buat kepala aku gak..selamba jer aku neh .. ahhaha.. Ada jugak parents pandang2 dan tumpang suka tgk aku yg gila2 nih .. tapi aku dah terbiasa, so its quite hard to change the attitude .. Now aku paling suka angkat Zayra tinggi2 dan kemudian bawak dekat dengan my face. Memang dah semangat sgt Zayra tuh, more than 6 kg dah .. tapi aku still buat gak .. tuh lah agaknya sakit2 badan kot? Aderghh...

Muka tak mandi pagi, tapi Zayra tetap kiut kan? Aku jer selebet!
Zayra, sapa tuh nak?
Nyanyi..nyanyi...

Gambar2 ni adalah kenangan masa aku tgh sibuk reno ofis baru2 nih. Aku belum sempat pun pasang mirror tuh ha .. tapi tetap bersemangat bawak Zayra depan cermin for her stimulation activites. Zayra mmg sangat suka dengan cermin, just like Q dulu. Boleh ah dorang lawan bergaya depan cermin nanti. Hhehehe..
Pandainya pandang Mummy! Chubby girl!
Iks isk...gemoknya ko Zayra .. geram plak Mummy tgk..hahhaa
Bukan main lagi mata tetap menengok2 Mummy yg excited amik gambar adik..:)

Tengah Zayra layan perasaan dia, datanglah si diva dengan penuh kepoyoan dan rasa tak pueh hati sebab aku tak ajak dia join sama. Hhehehe..Dia pun semangat lah terus menyelit-nyelit dicelah2 bedah ..janji dapat gak tgk cermin tuh .. Hhehehe..Cian adik tau. Aku kengkadang selalu kesian kat Zayra sebab dia sgt tulus dan suci murni. Kakak dia senyum2 notty, ada agenda lain nak gigit ker ..nak hempap ker ..) tapi dia tetap senyum dan suka serta tergelak bila kakak dia duduk sebelah dia.. Sian anak aku tuh asyik kena buli ngan ahkak diva .. Hhehehhe..

Dah mula nak menyelit...
Adik, mirror nih akak punya tau. Jgn lebey-lebey ahhh...
Q: Akulah diva sejati yg sedang praktis menjuih bibir untuk sessi fotografi!
Zayra: Nyampah aku!

Sekarang bila dah siap semuanya, cermin tuh jadi tempat Q melawa la.. Asyiklah ngadap cermin sambil membuat macam2 aksi dan memek muka. Kelakar pun ada bila aku tgk. Dia nyanyi pun tgk cermin, joget pun bercermin, cakap pun bercermin, semuanya lah mesti tgk cermin ..memang minah cermin btol.. hehhehe..

Q:Tengoklah mulut akak nih dik!
Zayra: Tak koser mak nyah!
Q: Tak nak tgk dok tepi...sibuk jer .. gi main jejauh...takmo kawan!
Zayra (dengan muka & mata yg boring) : Aderghhh..merajuk plak diva poyo nih...
Zayra: Dah dah ...baik aku blah ..kang tak pasal2 kena side kick kang ...
Q: This is my feet...
Zayra: Aku kata dahhhh....!

Well, cermin is one of the good tools to stimulate ur babies tau! Nanti aku wat satu entry khas pasal cermin nih ..:) Dah lama nak wat asyik tertangguh jer. Gambar dah ada banyak, dari Zayra kecik lagi sampai dah masuk 4 bulan dah ..adeii..lemau lah Watie neh .. :P

PEACE Anak-anak ku sayang! Apa2 hal..maintain SENYUMMMMM!

Aku pun suka melawa kecik2 depan cermin! Hahahhah Add Image


We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading