Wednesday, June 30, 2010

My New Company - GENIUS BABY RESOURCES.

Alhamdulillah, pada 25 June 2010 yang lalu, bersamaan dengan hari Jumaat yang sungguh berkat, aku telah pun menubuhkan satu syarikat baru iaitu GENIUS BABY RESOURCES yang akan menumpukan kepada perkhidmatan perundingan @ consultation services on early education serta menjual produk pendidikan dan permainan bayi dan kanak-kanak.

Dah lama sebenarnya niat di hati untuk menubuhkan satu syarikat khas yang akan menumpukan tentang ECE ini, cuma seringkali tertangguh kerana terlalu banyak komitmen yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Alhamdulillah, kini masanya telah tiba dan dengan tertubuhnya syarikat ini, ia menandakan bahawa aku telah bersedia untuk berkongsi pengalaman dan belajar segala-galanya tentang ECE ini. Bukan setakat menjual produk, tetapi yang lebih penting adalah perkhidmatan perundingan yang bakal diberikan kepada bakal-bakal pelanggan. Kalau beli produk tapi tak tahu guna dan tak tahu apsal kita beli pun tak guna gak kan. Tengok mak orang beli, kita pun beli sebab takmo ketinggalan kononnya, tapi kita tak tahu sebab apa kita beli dan hanya ikut-ikutan.


Genius Baby Resouces akan menumpukan perhatian dalam perkhidmatan perundingan ECE dengan mengadakan seminar, workshop dan bengkel-bengkel berkenaan ECE kepada bakal-bakal ibu & bapa, 1st time parents & serta ibu bapa yang mempunyai ramai anak tetapi masih mencari-cari cara terbaik mendidik anak-anak yang masih kecil. Kami menumpukan kepada usaha pendidikan dan stimulasi khas untuk bayi dan kanak-kanak yang berusia 0-4 tahun. Ini kerana melalui pengalaman kami, kebanyakan ibu bapa sangat berminat untuk mendidik anak dirumah sedari kecil tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Kekurangan bahan pembelajaran dan alat bantu pendidikan menjadi salah satu kekangan yang sering menyebabkan usaha mengajar bayi terbantut. Jadi, di harap dengan tertubuhnya Genius Baby Resources ini, dapatlah kami membantu para ibu bapa cara terbaik dalam menstimulasikan bayi dan kanak-kanak secara lebih profesional dan teratur.

Genius Baby Resources juga akan menjual produk-produk pembelajaran, pendidikan dan permainan untuk bayi dan kanak-kanak antara 0-4 tahun yang mana aku sendiri telah menggunakannya dan melihat keberkesanannya. Untuk pengetahuan, pihak Genius Baby Resources adalah syarikat persendirian dan bukanlah syarikat yang terikat dengan mana-mana syarikat lain. Ini memberikan kelebihan kepada syarikat kami dalam mempromosikan pelbagai produk dari mana-mana syarikat pengeluar produk bayi & kanak-kanak yang terbukti berkesan dengan lebih bebas dan tanpa rasa terikat. Apa yang penting bagi kami, pelanggan mendapat maklumat yang sewajarnya tentang sesuatu produk itu, yang sesuai dengan usia bayi @ kanak-kanak ketika membuat pembelian dan dapat menimbangkan faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh mereka jika anda membelinya.


As Freelance Consultant, I will consult my future customers on the products, what are the best tools to use for ur babies & kids within your budget & after that, its up to my client. No paksa-paksa huh ... coz all my clients are my frends too..:) Malulah aku kalau nanti customer tak puas hati atau kata me like a typical sales person ...opss... no no no .I'm not that kind of person nehhhh... Aku berpegang pd kata-kata ini :

It takes 20 years to build a reputation and five minutes to ruin it. If you think about that, you'll do things differently.

So, I'm not going to jeopardise my reputation for the sake of sales yg tak berapa sen tuh ..:) Tak berbaloi noksss....Hu hu ...

Permata hati yg memberi inspirasi..:)

Dan, sebagai aktiviti pertama yang akan dilakukan oleh Genius Baby Resources adalah mini seminar yg bakal di adakan pada 17 July 2010 @ Wisma Bling Lustre, Puchong. Alhamdulillah, few hours selepas dilancarkan, 4 seat telah terjual dan cuma ada 26 seat sahaja yang tinggal (setakat entry ini ditulis pada 28 June 2010, 2.34 pm) . Jadi, pada parents & preggy Mommy yg berminat, grab this opportunity to learn something valuable for you & your baby!!! I'm eager & happy to share the information with uols especially the beginner level & new to early childhood education..:)

* updates on 30 June 2010 - 13 seated confirm, Alhamdulillah, suprisingly, byk hubby yg support wife!!!! they come together. Ada yg siap nk bwk adik yg blum kawin tau!!! Bagus sgt they all ni kan!!

Semoga apa yang bakal dikongsikan akan mendatangkan manfaat bersama. Insya Allah ..:)

Lot's Of LOVE,

Saturday, June 26, 2010

Updates On My Perang With PRUBSN

Hi Friends ..

Kalau korang ada baca entry sebelum ni, ada aku citer yg aku nak perang ngan PRUBSN kan? Hhehehe.. Ok ni updates dia..walaupun masih belum berjaya dalam peperangan, but I've done all the necessary part. Alhamdulillah .. dan semua berjalan lancar & sangat senang ...:)

Aku borak ngan staff dia pun ok, so this is what they advised me to do & I'm willing to do it coz it make sense and this is the best way to fight.

* Aku kena mintak laporan perubatan dari pakar yg tgk Zayra & isi borang insurans yang diberi oleh agen insuran aku. So aku ke Hospital Putrajaya, isi borang, buat payment RM 80 ( RM 40 untuk isi borang insuran, RM 40 adalah untuk laporan perubatan dari Pakar Kanak-kanak yg cek Zayra) . Then aku ke Hospital Selayang, untuk dapatkan jugak mender yg sama dari Doktor Pakar Tangan yang cek Zayra but they dont have laporan perubatan biasa, if nak, kena buat laporan perubatan terperinci yg kosnya antara 200-1000 bergantung pada kompleksiti laporan. But in Zayra case, nothing much to say sebab as i said, its one off punya problem & its to early to tell whether the reconstructive surgery might help @ needed. So, instead of isi borang insuran 2 kali (Putrajaya & Selayang), pakar kat Selayang bg Memo jer. Its like a surat telling in detail apa nama condition tangan Zayra tuh .. and say that "other than her right hand, my baby is perfectly healthy child". Alhamdulillah... proses to get both letter from both Hospital is so easy & fast! Congrats all the Government staff yg sgt dedikasi. I really appreciate it! . Yang lebih best, instead of paying RM 120 in total, aku cuma bayar RM 80 sahaja sebab Doc kat Selayang tak jadi isi borang insurans coz Putrajaya dah isi dan the memo is FREE. Best kan ..?

Now, the 2nd step is writing "surat cinta berbunga-bunga" to Pru BSN. Insya Allah, by this week aku akan buat dan terus hantar to my agen. Aku berdoa & berharap agar perjuangan aku nih akan berakhir dengan kemenangan untuk anak kesayangan aku - si Quzayra yg dah makin gemok dan semangat (lenguh aku dukung) dan dah pandai demand nih ..Nak bau tetek aku jer .. hahahhaa... Bau org lain dia takmo...Wakakaka... Aku juga berharap agar kengkawan dapat mendoakan agar terbukak pintu hari pihak insuran tuh lepas tgk all the laporan untuk membenarkan aku beli insuran anak aku nih. Thanks in advance yerk frens...Muahhsss:)

Aku harap this experience dapat juga membantu ibu-bapa yang senasib ngan aku, if ada special case camni, how to do the neccessary action. At least they can do the same, for the sake of their kids kan ..:) Its gud that I can blog about this .. hehhehe ..:)

Ok guys ..thanks & see you on my latest updates pasal seminar kay. Terkocoh- kacah aku minggu ni sebab this today is Q's 2nd B'day!!! dah besar anak omakkkk! Kejap jer masa berlalu kan! Hehheh.. Kali ni we all buat kat Kiz Sport Bangsar Village II. How i wish i can invite uols semua tau .. Tapi, tempat tuh tak lah besar & both family pun besar2 belaka. Hahhaha..Dapat jemput sana sikit, sini sket, kira2 cam dah 60 - 80 orang kat tempat tuh. Tak dapat aku bayangkan crowd dia nanti. Belasah jer la, janji semua happy! Kalau masa Q 1st B'day dulu, buat kat umah, semua orang aku jemput ..seronok kumpul ramai2 .. hu hu .. tapi skang Q dah besar sket ..dah leh panjat2 ..so mesti dia happy kalau dapat memanjat kat KizSport tuh ..:) Insya Allah nanti ada rezeki lebey, aku buat B'day Zayra pula kat umah tahun depan, aku jemput semua kayyyyy!!! Love uolsss.....

Thanks Allah kerana memudahkan urusanku,

Wednesday, June 23, 2010

Mini Seminar - Borak Santai Pasal Early Education

Lama rasanya tak update blog ni. Banyak mender nak buat at 1 time, mmg sungguhlah terkocoh-kacah. Banyak story nak bgtau tapi me so tide up dengan anak-anak, homeschool a.k.a stimulations at home, my e-book & now mini seminar. Perghh...mmg sungguh mencabar but alhamdulillah, aku still can catch up. Terpaksa stop kejap penulisan e-book sebab nak fokus on mini seminar yang bakal di buat dalam waktu terdekat nih.. Insya Allah.

Mesti ada kengkawan blogger yang tertanya-tanya - apa mini seminar si Watie nak buat nih? Hheheh.. Ok, to cut long story short (tapi, my terms of short is "still long").. hahahhaa..me plan nak buat a seminar pasal early childhood education. Alhamdulillah, sejak berblog, me dapat banyak feedback from parents- mothers terutamanya on how they really love to see me teaching my baby, my passion towards early education and ramai yang mintak tips dan pandangan. They even want to pay me to consult them! :) For the last 2 years, banyak jugak aku kongsikan cerita bgmn aku mendidik Qarissa..& now Zayra pulak. They want me to do some sort of seminar, cerita everything pasal ECE dan tips2 mengajar anak. So, hampir 2 tahun aku "belajar dengan Qarissa", rasanya aku dah sedia nak share my experience dengan semua. Isnt that GREAT?? The time has come....!!!

But, instead of doing full seminar & bengkel, aku start dengan mini seminar dulu. I call it -Borak Santai. Ini bertujuan sebagai sessi "pemanas badan" sebelum seminar & bengkel dimulakan. Maklumlah, sebelum seminar yang betul diadakan, adalah sangat penting & sangat penting (sengaja tulis 2 x) untuk kita paham kenapa ECE is very important. In fact, istilah ECE pada aku sendiri adalah sejak baby, bukan 4 tahun masa masuk Taska tu. Its too late for me..:) Lama sungguhlah rasa nak tengok anak aku pandai asas-asas yang penting macam membaca kalau amik masa sampai 4 tahun. Jadi, bila kita dah faham kenapa ECE tuh penting dimulakan sejak awal lagi, we can set our mind - apa target kita dalam tempoh 3- 5 tahun akan datang. Taklah kita terkapai-kapai tak tahu arah tuju atau rasa its a waste of time to learn all this sebab anak kita masih kecil. They dont know anything ..anyway .. (wooohoo..silap besarrr tuh ..:)


I'm getting excited about all this, tak sabar nak jumpa mak-mak yang sama passionnya seperti aku dan berkongsi pendapat dan pengalaman. Mesti seronok kan! :) Me skarang tengah deal & dlm proses akhir untuk menentukan tempat, tarikh & bayaran yang akan dikenakan. Once dah confirm everything, i will surely post it here! Yang pasti, harga untuk mini seminar ni jauh, sangat jauh lebih murah dari harga seminar dan bengkel yang bakal diadakan nanti. It's a 2 hour talk & i will post the topic on my next entry kay..:) Memang rugi siapa yang tak datang this mini seminar, sebab rasanya this is THE ONLY ONE & ONLY MINI SEMINAR ak.a BORAK SANTAI yang akan dibuat. Sebab lepas nih, me plan nak terus buat seminar & bengkel yang full- whole day punya seminar with hands on activity. As i said earlier - ni sessi pemanas badan. Nak hidupkan enjin jer .. hhahaha..tetiba teringat plak kereta racing kat pusat mainan Sogo tuh -"Gentleman, START YOUR ENGINE!!!!" :)

Sapa yang sesuai datang this mini seminar yerk? Well, for me - SEMUA YANG RASA NAK ANAK DIA PINTAR!! Bakal-bakal ibu @ wanita mengandung, 1st time parents, yang ada few children tapi masih mencari teknik terbaik dalam menstimulasikan anak menjadi pintar dan yang ada anak di bawah 5 tahun. Kalau dapat datang suami isteri lagi bagus. Jadi both of u dapat rasa aura keterujaannya dalam mendidik anak-anak. 2 brains is better than 1 kan ..:) Mungkin ada family yang salah sorang (husband atau wife) yang against to ECE ni, sebab mungkin they tot that baby should be baby, tak yah sibuk2 nak dera baby tu belajar, sampai masanya, pandailah baby tu nanti. Tapi, pasangannya pulak ada pendapat lain which suka sgt early education. So, this seminar mmglah sgt sesuai utk uols... As i said ealier, pemahaman tentang ECE tuh sgt penting dan bila dah paham kenapa kita kena start ASAP, then no doubt da..terus pecut on doing whatever we can to stimulate our babies giler-giler for her 1st 3 - 5 years of life ...:)

So my friends .. wait for my next entry about this mini seminar a.k.a Borak Santai kay ..:) Cant wait to meet uols in that seminar!! Sapa yang dah rasanya tak sabar sgt ... leh ah tinggalkan komen, bg nama & emel. Nanti dah confirm semua, i akan update yer. If nak tinggalkan hp lagi bagus, senang Watie nak contact nanti. Leh emel i kat geniusqarissa[at]gmail.com & give ur particular (if takmo reveal hp at my comment area). C u soon brilliant Mummy & Daddy!!!!



Getting Excited,
5.13 am

Tuesday, June 15, 2010

Q Dah Pandai Tantrum. Apa Nak Buat??

Hadoi budak bijak nih. Makin usia nak menginjak 2 tahun, dah pandai tantrum tau! Memang mencabar kesabaran aku sungguh! Lately ni Q suka buat perangai pelik-pelik. Sakit jiwa aku menengoknya ....Ni antara "perangai" molek yang dia suka buat...

  • * Suka lari-lari pastu eksen jatuh terus meniarap kat lantai. Pastu bangun balik, sambung lari, dan jatuh tertiarap lagi. Muka tak bersalah langsung! Buat muka DIVA plak tuh. Ala-ala tuan puteri jatuh, so sila tolong angkat yerk....! Kalau kat umah takperlah, ada laminate flooring. Ni kat shopping kompleks pun dia buat gak. Aku mmg hangin btol lah .. dah lah kotor lantai tuh, sejuk pulak. Segan jer ngan mak bapak lain tau .. geramnyyyyaaaa!!
  • * Ni pun aku berangin tau - Dia suka sangat melembik-lembikkan badan dia setiap kali me & Saiful nak dukung. Dah macam belut gamaknya! Susah giler dowh aku nak dukung dia bila dia wat perangai camtu, rasa nak cubit2 jer .. Hahhaha..sib baik aku ibu mithali, aku tak cubit, aku lempang jer! Hahhahah... (gilo per nak lempang anak ..) Mana ader, aku peluk jer dia kuat-kuat jadi dia tak leh menggelinjang lagi dalam pelukan aku.. hahah...terus jadi keras..
  • * Dah pandai demand nak tengok DVD yang dia suka jer. Kalau bukak DVD yang dia tak suka, dia akan merenegek2, tarik tangan aku @ Saiful, pergi kat DVD player, sambil tunjuk2. Selagi tak jumpa cerita yang berkenan di hati, selagi tuh lah dia akan membebel. Nasib baiklah aku dah latih tengok video education dari kecik. So, semua DVD yang dia mintak tukar tuh hanya berkisar pada DVD education saja lah. Taklah aku marah sgt, cuma penat bila dia asyik takmo, asyik nak mintak tukar jer. Tu lah pentingnya kita ajar dan latih anak dari kecik, kalau tak, bila dia dah pandai cakap "NO", mmg susah sket nak melayannya . Si Q yang asyik mintak tukar DVD pun sudah buat "my blood go upstairs", apatah lagi kalau anak nak mintak tengok citer yang bukan-bukan, atau cakap takmo belajar, nak main, nak tgk kartun, bla, bla bla .. susah nak handle gak ooo...
  • * Suka sangat memanjat katil dan turun tanpa sebab yang munasabah. Dia panjat dari kiri, then turun kat kanan, pastu panjat lagi, turun balik. Hangin ker tak hangin? Nak-nak time tengah malam, tgh netekkan Zayra, habis di pijak2 nya kaki aku!
  • *Itu aku leh sabar lagi. Yang lagi aku geram, dia naik katil dan terus lompat-lompat pastu terus meniarap. Melantun-lantun badan dia! Siap gelak kesukaan tu! Dia ingat MegaKidz ker hapa?? Aku cuak btol kalau dia jatuh katil. Dah lah katil tinggi. Sia-sia jer patah riuk. Nak sambut dia, aku plak ngah dukung Zayra. Dah tu camnooo?
  • *Pastu skang nih, susah giler nak tidur bila malam. Selalunya dah bg susu, terus tergolek, mata pun lelap, ni tak..habis susu, turun balik katil, tawaf satu bilik, panjat katil, turun balik, panjat lagi..memang mencabar btol lah nak layan kan ..Sampai we all kena pretend to sleep tau! Tu pun lum tentu jalan! Smalam member leh siap tidur celah kelangkang aku lagik!!! Bila Daddy dia amik nak letak tengah, dia merengek2 takmo. Then, dia patah balik kat aku, tidur balik celah kelangkang ni. Aku ngah netekkan si Zayra. Just imagine lah kan..buruk tak buruk rupanya menetek sambil mengangkang?? Perghhhh! Dia cemburu ker ngan Zayra ker erk? Tapi tak mo tunjuk..kata DIVA kan ... egolah konon .. hmmm..
  • *Time tengah hari pun sama. Nak tidur bukan main susah. Siap nangis2 tak hengat dunia. Aku memang paling menyampah kalau budak nangis tak tentu pasal nih. Syukur sangat anak aku tak cam tuh kan ..Tapi Q ni ada plak tanda2 nak mula buat perangai camni. 2 tahun hidup dia ok jer .. Semalam kan, bila dia nangis tgh hari tu, aku buat tak paham jer . Aku buat2 tidur. Dia tarik tgn aku suh bukak DVD dia, aku tak layan. Aku amik buku citer dia, pastu aku ajak dia baca! Hahha.. boleh gitu?? Member berangin jer lah..Dia amik buku pastu campak buku tuh. Aku amik lagi buku lain, buat mender yg sama, dia amik lagi dan letak balik kat rak. Hahhaa. Aku amik lagi, sudahnya dia pun duduk dan baca ngan aku! Wakakakak... Siap sebut-sebut- food, food dan point to the word. Habis di beleknya satu buku. Berjaya jugak akhirnya aku nak alih perhatian dia dari menangis. Cayalah Watie!
Tu lah antara perangai2 pelik yang dia buat lately. Aku tak tahulah sampai bila kan..Memang kalau pikirkan, aku takut bila malam menjelma! Hahah..Sebab dah tau mesti Q akan buat perangai punya..tapi apa nak buat...agaknya dia nak beralih bulan tak? Wakakak.. "Period" time kot ..hmmm..

Korang ada idea tak, kalau anak tantrum kan, tak kesahlah sebab apa pun, dan apa jenis tantrum, camner korang handle yerk? Meh share sket ngan aku. Leh aku aplikasikan kat si Qarissa ni ha ...tq in advance yerk my frends ..

Telinga kuar asapppp,

Friday, June 11, 2010

Baby Zayra Dah Pandai Demand!!

Aiyoo...ini baby sudah pandai demand ooo.. i notice it masa dia umur sebulan setengah tapi ni dah masuk 2 bulan 4 hari umur dia, ke"demanding" an baby Zayra semakin ketara noksss...! Ho ho .. ni sudah lagi advance dari kakak Q dia dulu..Hhehe.. Seingat aku, Q masa 3 months pertama hidup dia, dia biasa2 jer lah ..sebab Mummy tak pandai nak stimulate sangat time tu, masuk Gymboree pun masa umur Q 4 bulan. After that is history lah kan ..Hhehehe.. Tapi sejak ada baby Zayra nih, aku mmg mengaktifkan diri untuk stimulate Zayra on daily basis. Tak kesahlah time bila pun, janji ada free time, mmg both of us bercengkarama di atas katil. Hahhaha..

Zayra love massage time!

Dan, mmg aku observe yang Zayra ni mmg nampak advance sket dari Qarissa. Bila aku baca-baca balik buku parenting, katanya budak umur 3 bulan mmg dah nampak clear dan start to cooing & gooing, tapi Zaya ni bukan main becok dah ah. Baru dua bulan! Kuat membebel leh tahan nokss.. ni aku rasa gene aku kuat lah. Hahhaha.. Zayra suka senyum, buat muka, then ajak aku berborak! Dan aku pun rajin melayan dia berborak. Suka sgt tgk dia balas apa aku cakap sambil senyum. Macam paham jer org cakap apa. Hehhe..

Antara sessi-sessi stimulation yang dibuat ke atas Zayra.

Hari Selasa lepas, aku sibuk sket update ebook early education aku tu. Kalau tak merajinkan diri, ntah bila nak siap aku pun tak tahu lah.. Hu hu.. So, aku layan Zayra ala kadar jer lah kan..Member pun dapat nenen, tidur dan bangun bebel-bebel, rengek-rengek pastu tidur lagi. Bila dia merengek2 sket, aku mmg tak angkat dan tak layan sangat, takmo dia manja. Tau-tau jer, dia tak tertidur balik. Kesian lah pulak...tapi kena keraskan hati sket lah kan..

Peek A Boo Zayra Darling!!!

Bila hari dah petang & me masih sibuk depan lappy..aku tengok Zayra membebel & merengek lama sangat. Aku nak bagi nenen, tapi dia pandang muka aku sambil bebel-bebel lagi. Penat aku sumbat nenen, memang tak jalan pun...! Dia takmo! Tolak-tolak nenen aku yg cun tuh! Hahah.. Siap aku baring sama-sama atas katil, dia tetap tak nak. Duk pandang muka aku sambil merengek-rengek cam nak cakap something. Then, my instinct terus kata, "Ntah-ntah dia nak ajak aku main tak?" Then terus aku realise yang aku tak buat pun stimulation routine untuk Zayra hari ni! Setakat layan dia ala kadar je. Kesiannya anak aku! Teruslah aku stop apa aku buat dan start to play with her.

Enjoying the time we spent together!

Bila aku nyanyi jer lagu permulaan yang biasa aku amalkan sebelum start any routine, terus dia senyum lebar dan senyappppp! Mak aiiii..terkejutnya aku! Memang betul rupanya Zayra nak ajak main. Hadoi...bersalahnya rasa sebab lambat wat stimulation ngan Zayra today! Sorry sayang..Mummy tak sengaja kay...:( Terus aku ajak dia main macam-macam aktiviti dan sepanjang permainan tu, dia suka sangat!! Asyik senyum, sambil ajak aku borak. Aku paling suka bila tengok dan dengar Zayra "bercakap". Sangat kiut dan comel serta nampak bijak! Selain dari nyanyian dan massage2 sket sambil nyanyi, sempat jugaklah lah aku bacakan Zayra buku cerita, bagi dia pegang "Feel & Touch" Book dan buat reading session. Memang nampak sangat Zayra happy & fokus degan semua aktiviti. Mata bukan main besau tengok flash card tu...
Mirror time tak leh lupa ..Wajib!!

Dah puas main, aku pun biarkan dia atas katil dan terus sambung kerja aku yang tertangguh tadi. Wow, Zayra memang baik tau ..dia senyap jer lepas tuh, mata terbukak tapi mulut diam jer..tau tau jer tidur balik!!! Dah penat main lah tuh..dan dah puas sebab Mummy dah wat stimulation routine kat dia. Bijaknya anak Mummy nih! Dah pandai demand yer! Tapi takper sayang..Mummy suka anak Mummy demand camni, jadi Mummy tak lupa tanggungjawab Mummy. Bz camner sekalipun, sehari sekali mesti kita main & berborak sama2 kay sayang...Nanti Zayra ingatkan Mummy kalau Mummy lupa lagi ok...! I Love u my honey pie...!



Really suka saat stimulation with my Q's.

Thursday, June 10, 2010

Aku Nak Pergi BERPERANG Today!!!

Hishhh...aku tengah hangin nih! Memang nak gi perang today!! Geramnya aku ..Alasan tak logik langsung! Kalau tak tahu apa makna "Amniotic Band Syndrome" tuh gi lah buat research! Tak pun tanya org yg expert ker, tanya doktor ker...ni sesuka hati jer terus reject! Tak patut sungguh! Tapi dalam marah-marah tuh ..nak gak aku tergelak baca statement dia ... Sebab kelakauuuuuu!

Ada ke patut, bila aku nak beli insuran PRUBSN untuk Zayra, dorang reject dan bg alasan yang tak masuk dek akal...aku punya agent insuran message aku dan tulis cam ni, (ni ayat dr PRUBSN lah ni ..dia copy paste balik..) -

"Permohonan ditolak sementara waktu sehingga 'amniotic band syndrome is treated and child attaine age 3'. "

Apa korang rasa bila baca statement tuh? Kelakar tak???? (untuk org yang tau apa tuh ambiotic band syndrome sahaja. Yang tak tahu, gi wat research dulu yer... hahha) . Aku memula hangin jer baca, pastu aku tergelak. Dorang ingat ABS ni penyakit ker hapa nak treated-treated dulu, dah baik sakit baru apply insuran balik? Lawak sungguh!!

Actually, aku dah tahu dan faham sangat kalau tangan kanan Zayra tuh tak dapat insurans nak cover sebab ia berlaku sejak dari dalam perut, so memang aku tak harap apa2 coverage pun in terms of reconstructive surgery tuh, Aku tau, kalau aku nak "mekap" tgn si Zayra tuh, mmg kena pakai duit sendiri, so I'm 100% ok with it. Tapi, yang aku hangin tuh, takkan sebab tangan Zayra comey lote gitu, sampai dia takleh beli insurans nyawa? Tak ke kejam namanya tuh!! Tak berperi ke"insuran"an sungguh! Aku expect dorang akan bagi aku beli insurans tuh with certain2 conditions. Cthnya, ada clause- Mana yang melibatkan tangan kanan Zayra, for any reconstructive surgery yang bakal dibuat untuk memperbaiki tangan tuh, dorang takkan cover. Barulah adil dan patut. Cam contohlah kan, ada baby lahir jarinya bercantum, so Doc akan buat pembedahan untuk pisahkan jari jemari tuh berperingkat-peringkat, so kos untuk pembedahan tuh insurans company takkan cover sebab ia adalah ketidaknormalan yang berlaku sejak azali, sejak dari dalam perut. So, memang patut pun dorang tak cover. Ataupun mungkin untuk kes Zayra, dorang leh wat conditions on pembelian tangan palsu. Dorang takkan cover @ bg aku claim kalau Zayra nak beli tangan palsu untuk tangan kanan dia for whole life. Tapi, untuk menidakkan hak seseorang individu membeli insuran nyawa & kemalangan hanya disebabkan anggota badannya tidak senormal orang lain adalah sungguh tidak adil & tidak masuk akal!. Betul tak kengkawan?? Ni persoalan yang berlegar2 kat paler otak aku:

  • * Just because of her hand, dia tak leh beli insurans nyawa. Kalau dia sakit sebab 36 kritikal illness contohnya, ada kena mengena ker penyakit tuh ngan tangan dia ? Adil ker?
  • * Kalau dia eksiden contohnya, dan kemudian meninggal atau mengalami kecacatan kekal, ada kena mengena gak ker ngan tangan kanan dia tuh? Adil ker?
  • *Kalau baby lahir tanpa mana-mana anggota badan, memang dia tak leh beli insurans nyawa ker? Ada kena mengena ker yerk?
Cuma, persoalan yang aku timbulkan kat agent aku adalah camni:

  • *Zayra ada tangan, tapi dari segi fungsinya, ia mungkin tak boleh berfungsi seperti tangan yang normal. Katakan dia eksiden dan tangan kanan dia putus (tak kisahlah sampai paras mana pun) , adakah insuran akan cover 100% atau ada percentage2 yang lain @ tak cover langsung memandangkan tangan kanan dia tu tak berfungsi seperti yang normal sejak lahir?? (But, bear in mind yang dia eksiden dan tangan dah putus, lahir2 ada tangan tau ..walaupun takleh pakai..but still ada hokayyyyy) . So, tulah persoalan aku. Cover atau tidak? If yes, 100% atau ada percentage2 nya?
  • *Katakan tangan kanannya tercedera teruk akibat kemalangan, luka yang besar dan memerlukan surgery, adakah insuran company tuh akan bayar the surgery expenses? Atau tak cover langsung? (Tapi, cam tak adil kalau tak cover just because tangan dia ABS, sebab dia cedera akibat kemalangan, so pada pendapat aku, it shud be treated as per normal case. Takkan sebab tgn dia dah dr azali cam tuh, bila eksiden dan kena wat surgery utk tutup luka, pihak insurans tak cover kan? Tak logik ah pulak..bukan aku nak wat plastik surgery nak cantikkan tgn pun kan .....)
Ni lah soalan2 yang aku tanya pada agent aku masa nak beli insuran tu dulu. Tapi dia pun tak leh jawab, sebab dia lum pernah berhadapan dengan kes camni. So, aku pun paham lah kan ..aku suh dia refer ngan PRUBSN dulu. Tapi aku tak sangkalah dorang reject terus application aku!. Kata agent aku, sebab dalam referral letter to Selayang Hospital yang aku bg salinannya tuh, ada tulis pasal treatment (sebab tuh PRUBSN suruh "treat" dulu kononnya, kelakauuuuu!!). Padahal, tu adalah surat dr Hospital Putrajaya yang refer kes Zayra ke Selayang Hospital sebab Selayang is the best hospital for hand & microsurgery. Mestilah doktor Putrajaya akan explain keadaan tangan Zayra dlm surat tu dan mintak doktor bg rawatan a.k.a "treatment" yang sebaiknya mengikut kemampuan hospital.

Anyway, aku dah pergi pun last 3 weeks dan pakar pun dah tengok xray tgn kanan Zayra tuh. There is nothing much that Doc can do sekarang sebab tapak tangan dia takder tulang. So, Doc kena tunggu pertumbuhan tulang dia for another 3 months, and dari situ barulah leh pikir untuk "mekap" tgn dia. But, kalau nak kata ia boleh berfungsi seperti biasa, aku personally rasa pun tak boleh, sebab tulang tangan kita kan very kompleks, so kalau ikut logik, memang tulang tak boleh tumbuh sekompleks itu selepas baby lahir kan. Tapi, nak cakap lebih-lebih pun, aku bukan Pakar Tangan. So, biarlah Pakar yg bgtau bila masanya tiba. As I said, walaupun resultnya tak memberangsangkan (tulang tak tumbuh as we hope & Doc takleh wat apa-apa), Insya Allah, I can deal with it & triple sure that Zayra also can deal with it!!! Takyah citer pasal sedih @ kesian ahhh..aku tak harapkan simpati tuh pun, kalau Doc bgtau the worst part pun, sebagai ibu, mungkin bergenang air mata dan meleleh sikit, sebab naluri keibuan aku yang tinggi (yang mengharapkan the best utk anak dia), tapi secara batinnya (batin tak tahannn.hahaha), tu jugak yg aku rasa (there's nothing much that Doc can do), walaupun aku bukan Doc. Hehheh..

Cuma, setiap kali lepas sembayang, aku berdoa agar Allah menumbuhkan dan memanjangkan tulang tangan kanan Zayra. Walaupun tak selengkap dan sekompleks yang normal, tapi sekurang-kurangnya ia memanjang dan Doc dapat lakukan sesuatu. Walaupun nampak cam impossible, tapi kuasa Tuhan sapa pun tak boleh halang. Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan keajaiban itu dan sebagai hambaNya, aku bebas nak mintak apa yang aku nak walaupun nampak cam tak logik. Kun Faya Kun...remember that always..(kan best kalau tetiba bangun pagi, tangan kanan Zayra sebijik cam tangan kiri dia! Huiyooooo....nazar botak kepala aku weiiii!!) Hahahhahaha...

Dan, yang aku tak puas hati jugak, dorang siap tulis "and child attaine age 3'. " Ada beza ker amik skang ngan bila umur dia 3 tahun? Adakah bila umur dia 3 tahun, dorang akan bg aku beli insurans tuh dan bg full coverage to Zayra? Adakah dorang akan cover all the reconstructive surgery yang bakal dilakukan kelak (kalau ada lah kan ..). Kalau STILL TAK COVER, then apa bezanya amik sekarang atau akan datang? Kelakar kan??? Sedangkan, kemalangan atau penyakit kritikal tuh boleh datang bila2 masa sahaja. It doesnt make sense at all!!!!

So, kesimpulannya, hari ni memang aku nak call dan "berperang" ngan PRUBSN tuh, nak tanya napa baby Zayra aku takleh beli insuran tuh. Sebab, alasan yang diberi sungguh tak logik dan nampak sangat dorang tak tau apa itu ABS. Mentang2 ada tulis "Syndrome" kat situ, ko ingat semua "Syndrome" tu maksudnya "penyakit" ke hapa??? Lawak sungguh..So my frends, korang doakan aku berjaya mendapatkan hak anak aku okeh!!! Lawan tetap lawannnnnn! Iyaahhhhhh.......Abooooo Gggittttttt!!!!! Siap ko PRUBSNNNNNNN!!!!! Hihihiiii...

Zayra: Huaaaaaaaa! Ini TIDAK ADILLLLL! I WANT JUSTICEEEEEE!!!
Kak Ros: Iya Zayra Sayangg...nanti mak ko jadi Incredible Hulk gi "lawan" kat PRUBSN kay yang oi...
Suara latar Qarissa kat belakang: "ACCA..ACCA...ACCRRRYYYYY" (Maksudnya - Adik, dont cry!!! ) Hhehee...comey jer bila dengar Q cakap camtuh!

Zayra: Aunty2 & Uncle2 suma doakan Zayra dapat beli insuran + tulang tangan kanan Zayra bertambah panjang okehhh.. I Love Uolssss! Simpan senyuman Zayra ni dalam hati tau..:) ~Mummy kata "Dalam hati ada tamannnnn". Teeheee~


Aci aciiii...aciii mettttttt!!!

Wednesday, June 9, 2010

Anakku Ketagih Sejak Dulu Rupanya!

Ngee!! 2 gigi, tak tau cakap lagi..but adicted dy....teheeee!

Hmmm..aku ni skang tengah nak compile kan semua gambar2 yang ada dalam drive D. Punyalah besar file gambar..sampai lebih dr 60 GB yerk! Gilos sungguh! Pastu plak, bersepah2 gambarnya sampai pening aku dibuatnya. Ada gambar yg sempat aku masuk dalam folder & name it, ada yang bercampur aduk gambarnya dlm satu folder & to make thing worst, ada pulak yang 2 @ 3 kali save gambar yg sama dalam few folders. Adeiii... mmg kena bukak satu-satu file untuk betulkan semua kedudukan gambar2 dan tajuk2 folder mengikut situasi dan peristiwa yg berlaku.

@ Kamdar - ada pulak jual buku dalam tuh! Takmo lepas buku kat tgn, sudahnya aku belikan..:)
With Puss In Boots Before Sleep
Buku Mummy Pun Sebok Nak Kacoooo! Padahal tgh belek2 buku Princess dia!
Q With Gogo Book

Tengah-tengah aku melayan gambar2 dan nostalgia2 lama time Q kecik dulu, aku jumpa few pictures yang berbeza tempat dan waktu, tapi semuanya sama jenis ... semuanya Q tengah membaca! Hhehehe..so chumel tgk aksi dia tau ..sebab kan baru2 ni aku wat entry dia ngah "eksen" baca paper, so bila aku terbukak gambar2 lama, barulah aku perasan si budak kenit nih telah dilatih sejak baby lagi rupanya .. untuk memegang buku, "membaca" buku, melihat buku dan membelek buku dengan penuh rasa khusyuk dan ketagih! Hahaha.. How i did that eh? Aku pun tak perasan lah ..wakkaka.. Harus anak aku menang kategori baby yg "pegang" banyak buku dalam exhibition Read M'sia yang sedang di adakan kat Mines sekarang. Ingat nak ajak hubby gi, tapi cam jauh jer. Plus both of my baby cam tak berapa sihat ..i dont dare to take the riskkk...nak-nak H1 N1 tgh mengganas sekali lagi pulak ni .. Cool lah dulu kat umah, tunggu ada next exhibition @ similar exhibition, baru nak gi kot. Tak lah rasa ralat sgt sebab learning material Q & Zayra dah cukup. In fact, terlebey cukup dah .. hahah..so kalau tak gi pun tak rugi rasanya ..:)

PEMINAT "KECIK" MASTIKA...







So, me rasa sgt happy bila tgk gambar2 lama Q. Selain nampak comel, dia nampak bijak dengan buku di tangan walaupun setakat "eksen" sahaja .. Hheheh.. Its a good sign & gud start too! Harap-harap pasni aku dapat capture lebey banyak gambar Q & Zayra sedang membaca ..leh tunjuk dorang bila besar nanti! Membesar bagai johannnn.....bersama buku !!!Hehehe...

Ketagih buku lagi afdal dari ketagih dadah!!

Tuesday, June 8, 2010

Stimulations For Q Even Before She Sleep!!

Hmm..lamanya rasa tak update blog. Nak buat schedule entry pun tak sempat. Hubby punya sepupu kawin Sabtu lepas so, me & family bz lah sket .. datang bertandang ke rumah pengantin, tolong apa yang patut. Hhehe..tak ah tolong sgt ponnnn..tolong sebok2 jer ..happy2 sama2 family ..:) Hari Ahad pulak, baby Zayra dah menunjukkan tanda2 tak sihat. Batuk berkahak & muntah lendir. Pity her. Then, Monday lepas Subuh, dia kena attack batuk again. Siannya my baby, seksanya tgk dia batuk sampai mengalir2 air mata! Pandai betul dia batuk dah macam org tua hokayy! Si Q dulu pun tak gitu . Q banyak selsema, batuk kurang masa dia baby dulu. Me & hubby dah cuak tgk Zayra camtuh, teruslah ke SMC untuk cek ngan pakar. Dr Yasmin kata ada kahak sikit kat dada dia..so tadi amik nebulizer & now Zayra's on medication. So far nampak ok lah ..:) Hopefully dia cepat baik. Amin....

Muka cheeky Qarissa sebelum main ngan Daddy!

Tu lah antara sebab2 aku tak sempat nak wat apa2 entry kebelakangan nih. Hatta nak balas komen2 kengkawan pun tak sempat. Lamanya tak balas komen. Hampeh lah aku nih..Nanti aku balas kay kengkawan sayang...! Hehheh..Satu lagi, ni antara sebab penting jgk napa aku tak sempat nak update blog! Aku kini kembali mengaktifkan diri untuk menghabiskan ebook early education yang tertangguh sejak bersalinkan baby Zayra. So, bila aku dah fokus, mmg suma yag lain tinggal lah gamaknya . Tak terkejar aku..nak-nak ada baby kecik yang asyik nak menempel jer. Kena tunggu dia tidur barulah dapat aku fokus on my ebook. Tu yang tak dapat nak berblog sakan. Ni pun baby Zayra ngah tidur, aku cepat2 taip entry nih..hopefully dapat lah wat few schedule entry sebelum aku update ebook pulak...(kul bapa nak tidur ni ..skang dah pukul 1.13 pagi dah ..hu hu..)

Ready to play Dady!!

Iskkk banyaknya bebel. Ok ok...dah stop! Now aku nak share pasal stimulation @ activity yang selalu Daddy Q buat setiap kali malam sebelum anak dia tidur. I called it stimulation coz yeah ... ia telah berjaya menstimulasikan adrenalin si Q setiap malam..in fact, she's waiting, looking forward & eager for it!! Sampaikan..bila Daddy dia kena kerja shift malam last week, aku mintak tolong my maid tidurkan Q (sebab aku ngah tidurkan baby Zayra), Q sampai sebut.."Daddy.." sambil peluk Nor! Sedih pulak aku dengar, sebab aku tahu, Q nak main2 ngan Daddy dia as usual tapi Daddy takder! Patutnya aku yg buat bila Daddy takder, tapi malam tuh tak dapat buat coz baby Zayra tidur lambat plak...cian dia ..


Hi hi hi hi...geli daddy! Geliiii!
No Daddy! No! Pleaseee! (tapi masih gelak2 gatal kesukaan!)

Actually, stimulation ni simple & senang jer. It's a routine for us. Mmg tu lah kerja Daddy dia malam2 sampai si Q batuk2 kepenatan sebab gelakkkkk! Lepas puas main2 dalam bilik, bila time menyusu, Daddy akan kata "QARISSAAAA, SUSU TIMEEEEEE!!" Pastu Daddy akan eja "SU - Su, SU- Su, SUSU!!!". Dengar jer cam tuh, Q akan mula eksen takut dan lari sana sini dalam bilik. Sebab dia dah tahu apa Daddy akan buat seterusnya dan dia terlebey excited!! Daddy akan angkat dia atas katil, dan buat mimik muka nak terkam, then mintak cium sambil borak-borak, pastu cium muka dan pipi Q. Masa ni Q dah mengekek-ngekek kesukaaan sampai terbatuk-batuk!! Aku pulak yang tegur Daddy jgn lebey2 sgt, sian Q sampai batuk-batuk! Aku takut dia muntah pulak... lepas habis sessi cium mencium tuh, Daddy akan bagi Q minum susu dan dia akan minum dengan senang hatinya! Then Daddy end the session by kissing her sweet genius little Princess! Senang kan! Hheheh..

Daddy: Huargghhhh! Ini Daddy datangggg! Mana dia ...mana diaaaa!
Q: No daddy...nooooo!
Mummy helpppppp! Kakak geliiiii niiiii!

Pastu, bila habis susu, kalau dulu Q terus tidur, tapi now dah pandai demand ini budak, dia mintak Saiful nyanyikan pulak. Macam-macam lagu dia mintak. Yang terhangat lagu di pasaran adalah lagu Twinkle Twinkle Little Star, ABC dan Saya Muslim, Ana Muslim. Asyiklah duk suruh Daddy ulang lagu yg sama! If Daddy tukar lagu lain, mulut dia becok marah2 ..Ntah hapa2 lah dia bebel suruh tukar lagu! Ingat mesin MP3 agaknya!! Hahhaha.. Yang latest lagi lawak. Dia eksen jadi Princess. Lepas habis susu, dia baring dengan meluruskan kaki, pastu buat muka diva (tuh yg paling aku tak tahan tgkk...gerammmmm!), dan expect Daddy selimutkan dia! Kalau Daddy wat tak tahu, againnnn...dia bebel2 ntah hapa2 lah kan .. selagi tak tarik selimut, selagi tuh dia bising! Dah tarik selimut, barulah dia senyum kerek & eksen sampai telinga hokayyy!! DIVA SUNGGUHHHH! Dan sessi nyanyian harus diteruskan sampailah member tidur yerrrr...!

Try to push Daddy away but failed...hehehe
Ok lah...kakak surrender ah Daddy! Pleaseeee...I want my susu now...!

Memang seronok tgk aksi dua beranak nih malam2 sambil netekkan Zayra. Kengkadang aku plak kena elak2 kan si Zayra tuh takut Q terlebey excited, dok jump-jump atas katil sampai langgar adiknya pulak. Happy jugak sebab my hubby took part in stimulating Q in his own way & Q love it so much! It's a daily routine every nite so Q dah paham dan tahu that session well. Memang setiap malam adrenalin si Q akan mencanak-canak naik. Hehhee. Aku tahu bila adrenalin kita tinggi, our brain will work more & whatever we teach our baby after that, it will be easier! So i hope, with this stimulation setiap malam, Q akan lebih mudah mempelajari sesuatu yang baru, yang bakal aku ajarkan kelak. Insya Allah...

Then, Daddy pun sumbatkan susu kat mulut kakak..
Thats the end of our stimulation for the nite..... hehehhe!


Boost my Q's adrenalin!


Wednesday, June 2, 2010

Zayra The Baby Bear Yang Tonggek??

Hmm..tomeinya tgk Zayra tidur time nih ..Mengerengkot kesedapan nampaknya .. dah macam baby bear pun ada .. hehhee..

Dan bila Mummy nampak pose nih, dengan segera Mummy amik gambar untuk jadikan kenangan..anak Mummy sgt comey bila tidur ..like a baby bear!!!

My baby Zayra a.k.a baby bear yg comeyyyy!
Seronoknya dia tidurrrr..!

Dan, ada satu time tuh, baby Zayra siap menonggek dengan penuh eksen, Mummy plak yag geram tgk! Hahhaha...

Zayra sexy pose!
Peha gebushh...tonggek tak tahannnn..!
My precious Princess!

My Zayra's getting gemoookk!

Tuesday, June 1, 2010

Perginya Hafiy Menyentak Perasaan Keibuanku..

Hari Ahad yang baru saja berlalu membawa khabar duka buat diriku sekeluarga. Kami menghabiskan cuti hari Wesak di PD, seterusnya meraikan perkahwinan sepupu hubby @ Melaka dengan penuh kegembiraan. Pulang pada hari Sabtu, tertidur kepenatan dan bangun lambat pada hari Ahad.

Niat dihati ingin melepak saja dirumah pada hari Ahad. Tapi hubby mengajak aku menemaninya ke Little India @ Kelang untuk membeli shawl bagi dipasangkan dengan baju ala Bolywood yang bakal digunakan pada hari perkahwinan sebelah lelaki hari Sabtu ini. Sempat jg aku membeli & menempah sepasang baju Punjabi berwarna oren garang.

Usai membeli, kami terus pulang ke rumah kerana Zayra telah mula berak dan pampersnya bocor. Silap aku kerana lupa menukarkan pampers mahal buatnya. Aku pakaikan pampers murah jer while at home, tapi terlupa nak tukar masa keluar.

Dalam perjalanan balik, hubby dapat panggilan dan mukanya berubah serta merta. Aku tahu sesuatu yg tidak baik telah berlaku dan tambah manakutkan apabila aku terdengar hubby berkata, "Anak dalam perut ker?". Aku terus bertanya hubby bertalu-talu, "Siapa??? Kenapa bangg??". Hubby kemudian memberitahu aku khabar duka yang mana anak sahabatku a.k.a jiran setaman di AP ini telah meninggal dunia. Bukan yang di dalam perut, tetapi adik Hafiy yang berusia 3 tahun. Aku tersentak dan terus menangis sambil memeluk Zayra. Ya Allah.. Hafiy ker??

Serta merta senyuman manja nya terbayang ditubir mata. Wajah yg comel dan hensem, pipi yang gebu dengan kedua-dua lesung pipitnya di kiri dan kanan, rambut yang perang dan terpacak ketika usianya bawah setahun dan kulit yang putih gebu. Memang pakej yg lengkap serba serbi. Tambah menyedihkan kerana baru seminggu yang lepas dia dan ibunya datang ke rumah melawat baby Zayra. Ibunya, Alina hanya membawa Hafiy bersama dan meninggalkan 4 anak yang lain dirumah. Qarissa begitu seronok bermain bersama Hafiy. Bukan main semangat Qarissa mengejar Hafiy keliling rumah dan mereka tergelak-gelak dan bermain bersama. Kami duduk berborak lebih kurang 3 jam lamanya. Dari satu cerita ke satu cerita kami bualkan. Sempat juga Alina mengajar aku cara menggunakan steamer AVENT (yang aku beli zaman Q lahir tapi tak pernah guna. Yer, aku mmg hampeh!) . Dia jugalah yang mengesyorkan aku menggunakan Milk Shell Collector Medela di bhg breast yg tak diberi susu (ketika sebelah breast lagi tengah menyusu). Mmg aku tak tahu pun wujudnya Milk Shell Collector nih. Selalu aku pakai breast pad BEBE jer, tapi sayang sebab susu banyak melimpah. Segan jer kan, anak dah 2 tapi tak tahu pun pasal Collector tu. Hu hu.. Tengah seronok-seronok bercerita dan melihat kedua-dua anak kami saling bermain bersama, arwah Hafiy asyik tersenyum dan menayang lesung pipitnya hingga aku berulang kali memberitahu Alina betapa geramnya aku melihat Hafiy tersenyum sambil menjeling ke arahku bila aku mengusik dia. Now, ia seakan layar lebar yang asyik diulang tayang dalam kotak fikiranku...so fresh like yesterday!

Dan, aku tabik juga dengan Alina kerana dia seorang yang berani. Apabila mendapat tahu berkenaan dengan tangan Zayra, balik jer rumah, dia terus buat research pasal amniotic band dan kami menyambung perbualan kami di FB chat. Aku terkejut kerana Alina memberikan link FB Group berkaitan dengan Amniotic Band ini. Aku pun tak tahu adanya group ini di FB. Kalau di laman web lain, mmg aku tahu ada. Sayu dan terharu bila Alina kata, bila balik, dia asyik teringatkan Zayra dan terbayangkan tangan Zayra. Dia tumpang sedih dan simpati dengan takdir Zayra dan dalam masa yang sama, kami berkongsi cerita anak-anak. Alina pula sedang pregnant 7 bulan ketika ini dan aku terus menegurnya apabila dia dengan selamba berkata, "Ada macam-macam jenis amniotic band ni yer Watie..". Aku terkejut! Rupanya Alina meneliti satu persatu gambar di FB Group tersebut. Beraninya dia! Aku terus menegurnya, maklumlah dia mengandung sekarang, aku takmolah dia tgk gambar-gambar yang ada kat group tu. But, she was very open minded and say, "Everything's in God hand Darling". Yer, memang aku setuju. Just like me, sepanjang mengandung rasanya both of us takder pun buat mender2 pelik, semuanya normal, tapi kalau Tuhan nak bagi sesuatu, tak perlu kita nak tgk atau buat mender yg diluar kebiasaan, kita tetap dapat juga bahagiannya. Keistimewaan yang diberikan untuk melihat sejauh mana kita beriman padaNya. (but, me still takut tgk gambar pelik-pelik like gambar hantu, setan, jenglot binatang pelik-pelik atau apa2 jer lah yg lain dr lain.. huhu). Tuh yg membuatkan aku tabik kat Alina. Dia mmg kuat semangat!

Dan kini, aku pula yang terbayang-bayangkan Hafiy apabila dia pergi meninggalkan kami semua dlm keadaan mengejut! Tersentak dan terpaku seketika. Memeluk Q dan Zayra sambil terbayangkan Hafiy. Jujur aku katakan, tidurku tidak lena di malam pemergian Hafiy. Terbayang dan termimpikan Hafiy, Alina dan keluarga. Bila bangun pagi, otak aku rasa penat. Kepenatan "otak" yang aku rasa, walaupun tidaklah sehebat kepenatan "otak" ketika malam pertama melahirkan baby Zayra di Putrajaya, tapi ia tetap terkesan. Aku risaukan Alina, maklumlah dia sedang mengandung anak ke 6 sekarang. Memang ujian yang sangat hebat sekarang buat dia dan keluarga. Begitu cepatnya Hafiy dijemput pulang. Aku tahu kini Hafiy di syurga tetapi kehilangannya sememangnya dirasai. Naluri keibuanku begitu tersentuh. Memang semenjak menjadi ibu aku agak sensitif mengenai anak-anak ini. Sedangkan aku yang sekali sekala bertemu Hafiy tidak bersedia menerima berita mengejut ini, apatah lagi ibu dan bapanya.

Ya Allah, ko kuatkan lah sahabatku Haslina, semoga dia tabah menerima ketentuanmu Ya Allah... semoga dia redha dengan pemergian Hafiy, semoga dia sihat selalu sehingga tiba waktu melahirkan. Kau kurniakan sahabatku Alina dengan anak yang sihat dan sempurna tubuh badan dan akal fikirannya Ya Allah. Mudahkanlah urusannya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui dan Berkuasa ... Amin ...

Wajah comel Hafiy yg masih terbayang2 di tubir mata. Beginilah comelnya Hafiy tatkala kali pertama aku membuat unofficial open house di rumah baru @ 2008. Masa tuh Hafiy still small & yet so hensem, chubby, rambut pacak dan gebushhh ya amat! In fact, dia yg paling semangat antara all the siblings masa lahir. (gambar ihsan FB Alina)

Hanya kenangan yg tinggal. Arwah Hafiy yang keseronokan ketika1st B'day Celebration Qarissa yang lalu. Masa nih, umur Hafiy dalam 2 tahun ++. Yang baju oren tuh kakak sulungnya, Hasya. So caring..jaga adik main slide .. hu hu..


Masih sedih dan sayu sampai mood nak tulis ayat berbunga2 pun takder..:(


We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading