Pages

Saturday, August 22, 2009

Maafkan Aku Sahabat & Keluarga...


Alhamdullillah, bersyukur aku ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi peluang menyambut Ramadhan tahun ini. Begitu cepatnya masa berlalu, tanpa di sedari, tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambutnya bersama Qarissa. Agak sedih & sayu kerana tahun ini juga merupakan tahun pertama kami sekeluarga menyambutnya tanpa arwah Mama. :(

Di sini, sebelum bermulanya Ramadhan, aku dengan rasa rendah hatinya ingin meminta ampun & maaf kepada semua keluarga, rakan-rakan & pembaca blog ini sekiranya sejak aku berblog, ada antara tulisan, kata-kata dan komen yang aku berikan di sini mengguris hati mana-mana pihak. Marilah kita mulakan bulan yang mulia ini dengan bermaafan antara satu sama lain supaya segala ibadah yang kita lakukan mendapat keredhaan dari-Nya. Amin..

Semoga dengan kedatangan Ramadhan, ia akan memberi seribu rahmat pada kita sekeluarga, Tuhan mengurniakan limpahan rezeki & kurniaan-Nya yang tidak berbelah bahagi, dan semoga kita beroleh rahmat & keampunan dari-Nya. Semoga tahun ini, kita dapat bertemu dengan malam seribu rahmat - Malam Lailatul Qadar, Insya Allah ...


Salam Ramadhan buat semua...dari kami sekeluarga,

18 comments:

  1. wah, im d 1st..... :)
    slmat berpose gak kat hang...aku pn nak mntak maaf kalo ade salah n silap...dlm duk gurau2 tu mana tau kot2 trasa.... ya ampun...

    ReplyDelete
  2. me da 2nd ....ekeke
    selamat menyambut bulan Ramadhan juga diucapkan buat u sekeluarga..semoga sama2 mendapat keberkatan bulan mulia ni ye..

    ReplyDelete
  3. huhu I'm d 3rd...
    Sesama la watie. mommamia & family pun nk mohon ampun & maap andai ada terkasar bahasa sepanjnang kite jumpa2 kat blog & tuka2 comment. Semoga posa kita sefamily thn nih diberkati.

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa to watie and family :)

    ReplyDelete
  5. Naimah, hehhe..sesamalah kita kay ..0-0 ..tapi rasanya hang memang 0 kot .. wakakak.. mana ada salah apa2 .. :)

    ReplyDelete
  6. Haiza, tq Darling, samalah kita kay ..:)

    ReplyDelete
  7. Momma Mia, amin .:) sesamalah kita bermafan kay ..hehehe

    ReplyDelete
  8. Intan, tq dear .. u too & family kay ..:)

    ReplyDelete
  9. hip hip hooray watie darling menang romantic getaway contest dari ummikhayra...rezeki lagi

    ReplyDelete
  10. salam ramadhan dan selamat berpuasa watie!

    ReplyDelete
  11. Slmat berpose watie.mintak maaf gak ok.tahniah mmg romantic contest.mmg bertuahla u.murah rezki ni.tokey perfume dpt hadiah purfume lg.tahniah yang..

    ReplyDelete
  12. slmt menyambut ramadhan and selamat berpuasa watie!

    ReplyDelete
  13. salam ramadan & selamat berpuasa to watie & family..

    ReplyDelete
  14. Haiza, tq so much for informing me dear ..tekejut beruk i ... hehehhe... tq again yang ..:)rezeki Ramadhan nih..hehee

    ReplyDelete
  15. Farah. tq so much dear ..u too kay!!

    ReplyDelete
  16. US, tq so much dear ..rezeki anak nih kot! hehhehe..i pun tk sangka lah ..serius u ..:) hehehe..

    ReplyDelete
  17. Shyad,
    tq so mcuh dear! sameto u & family kay!

    ReplyDelete
  18. Alycia, tq so much yang ..salam Ramdhan gak to u & family kay!

    ReplyDelete