Thursday, January 9, 2014

Pengalaman Pertama ke Stimulatheraphy @ Alam Impian


Nampaknya, ramai betul kawan-kawan yang nak tahu pasal Stimulatheraphy lepas aku sharekan di FB aku semalam. Baiklah, untuk jawap semua pertanyaan korang, aku buat satu entry kat sini, kalau rasa sesuai di kongi, bolehlah korang kongsi okay ..:) 

Aku dah tahu pasal Stimulatheraphy rasanya dr last year. Sebab nampak kawan-kawan yang ada anak istimewa pergi berurut. Dengar citer dorang dan baca kat FB macam bagus jer kaedahnya .. tapi aku mmg tak tahu yg sebenarnya Stimulatheraphy ni UNTUK SEMUA, bukan hanya anak istimewa macam CP atau GDD etc. Cuma baru-baru ni aku ada nampak kat wall, ada kawan aku yg pergi sana, lupa plak siapa, ada few friends awak anak ke sana, tapi dlm entry tu dia bgtau yang dia nak urut untuk diri sendiri dan hubby. I was like…”Ohh…laaa...stimulatheraphy ni kalau tak istimewa orangnya (haaa..kasik sedar diri yg aku ni tak istimewa pun ! Hahhah) pun boleh gi ker? Cissss..kalau aku tau lama dah aku gi!” Sebab, aku mmg suka berurut. Kadang-kadang badan ni suka sakit-sakit dan lenguh2, maklumlah usia pun dah 3 series kekdahnya! 

 Dan, baru-baru ni jugak, bila nampak Jiey tulis nak bawak Rifa ke sana untuk urutan minda through stimulatheraphy, lagilah aku teruja. Boleh bawak anak-anak aku sekali jalan dengan aku gi massage sesama ngan aku. Then, semalam pagi, aku terus call Kak Ija nak buat appnt kononnya today lah (Khamis). Nak dijadikan cerita, kelas anak aku dibatalkan semalam, jadi aku dengan segeranya terus ajak hubby ke Alam Impian untuk jumpa Kak Ija. Ye, korang semua tahu aku mmg KONSISTEN & PERSISTENCE orangnya kan? Kalau aku NAK tu, aku NAK gak. So, ada je masa terluang semalam, aku takmo tunggu today. Semalam gak aku redah bawak anak-anak. 


Bila urut, baru aku tahu rupanya selama nih,issue Q dari kecik sampai 5 tahun ni ada kena mengena ngan saraf, paru-paru dan usus besar dia!! Serius menyesal tak datang last year okay! Huwaaaaa…rasa bersalah sangat! Masa Kak Ija urut Q, ni antara yang di beritahu aku: 

Masalah Poo Poo: Siapa ikuti cerita aku mesti tahu punyalah betapa Q sangat susah nak Poo Poo satu ketika dulu. Sampailah aku tukar ke Susu Afeef barulah dia boleh buang air besar sendiri dan terus dapat ajar potty training. Kalau tak mmg sumbat ubat air je sokmo setiap kali nak meneran. Rupa2nya, Q ada masalah dalam usus besar. Tersumbat sana sini, Toksin tak dapat keluar habis, terperap dalam usus dan kalau korang rajin baca makalah, journal dan info-info kesihatan, mesti tahu kalau usus problem, toksin tak keluar, macam-macam issue lain akan timbul termasuklah yang related brain function macam anak tak focus, eye contact kurang, dreamy dan macam-macam lagi lah yang senang cerita, symptom2 mild autism yang ada. Sebab tu, mana-mana anak Autis memang dorang akan jaga diet anak, dan ada yg buat Chelation Theraphy dan macam-macam Theraphy to get rid of all the toxin from the body. Gi google if nak tahu lebih lajut..:)

Tonsil: Paru-paru Q pun tak berapa bagus saraf-sarafnya di situ. Kalau tak di rawat, boleh membawa kepada Asthma. Aku tak bgtau pun pasal pernafasan Q (lupa sebenarnya) tapi bila Kak Ija tanya Q ada masalah pernafasan tak? Baru aku teringat yang Q mmg kalau tidur, sometimes berbunyi. Dulu lagi teruk, lepas bagi supplement berkoyan-koyan, dah takder lagi tapi kalau demam, tonsil naik, confirm bunyi lagi. Memang risau sangat sebab tu aku kena pastikan Q tak demam. Hasil health food dan supplement makanan sunnah yang KONSISTEN, Alhamdulillah, Q getting better tapi yerlah, kalau laluan tu tersumbat sana sini, masalah tu kan masih ada? Jadi skang, Kak Ija nak bukak semua saluran yg tersumbat tu. Semua ni related antara satu sama lain. Kalau korang belajar Sains mesti tahu, sistem tubuh kita kan related antara satu sama lain? 

Language Issue: Memang aku sgt bersyukur, hasil dari OT & ST yang KONSISTEN tanpa culas setiap minggu menampakkan impak yg sangat besar pada Q. In fact, Cikgu-cikgu pun impress sebab dalam tempoh setahun aku bg semua terapi serentak (walaupun Pakar kata tak yah gi OT, mak Q ni degil noks.. aku nak gi gak sebab nak all out utk anak), memang Q dah becok sekarang. Dah banyak tanya, banyak bercakap, berborak dengan adik dan sedara-mara pasal movie yg dia suka cam FROZEN tu, dia boleh sustain 2 way communications, boleh buat lawak dan faham lawak. Mula-mula macam anak Mat Salleh baru balik UK bunyi dia cakap BM tu ..(hahha..ni Dr Rajini cakap) tapi sekarang dah lebih spontan dan macam orang tempatan (pun Dr Rajini cakap baru-baru ni). Fokus dia pun dah ok, kalau main education games tu mmg dia boleh sustain, cuma sekarang kelas-kelas yang di hadiri makin sukar, yang perlukan dia betul-betul focus, cthnya macam Mental Arithmetic (only numbers, rapat-rapat, abacus pun rapat jugak), writing short story (copy from book around 30-35 words with few lines) dan copy from white board 2 -3 lines. So skills ni yang tengah aku dan Cikgu-cikgu Q tengah latih. Table task yang dia kena buat makin mencabar dan perlukan konsentrasi tinggi. Aku bersyukur lah jugak dapat jumpa Kak Ija semalam, baru aku tahu di bahagian muka, kepala hingga ke leher Q (belakang telinga) mmg ada issue especially bahagian leher, yang mana saraf-sarafnya bersambung dengan otak. Kak Ija kata, kat situ banyak tersumbat dan sebab tu oksigen tak sampai habis ke otak dan menyebabkan issue yang berlaku selama ini. Semua info ada kat otak tapi tak sampai ke mulut untuk deliver. Sometimes cepat letih, dan tak sabar nak habiskan kerja-kerja especially kerja yang memerlukan konsentrasi tinggi . Kat bahagian dahi pun ada saluran yang tersumbat, no wonder Q nak focus task yang perlukan high concentration, dia tak leh tahan lama, boleh tahan tapi kena selalu prompt to focus, kalau tak prompt, sekejap focus, sekejap melayang. Frontal Lobe tak cukup oksigen rupanya! Kesian anak aku! 

Ekzema: Q ada sikit jer eczema kat lengan yg dah bertahun tak baik. Dia kejap ada kejap takder dan memang kalau tgk dari luar, mmg takder apa lah. Kalau gatal, dia garuk, aku letak ubat bukan steroid, baiklah. Then, if gatal sikit, dia tergaru dan darah sikit je, letak ubat ..baik. So pada aku tu taklah issue besar sangat sebab tak mengganggu hidup dia pun. Rupa-rupanya tu symptom yang ada kaitan dengan paru-paru Q . Masalah yang sama. Tersumbat salurannya, jadi eczema adalah symptom luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar yang menunjukkan dalaman ada issue. Sepandai-pandai mak Q, bangak gak tak dapat detect. Takper aku bukan Doktor so alasan tak tahu boleh diterima lah gak yerk? Hehhehe.. Memang bila Kak Ija urut kedua-dua tangan Q, Q kata sakit. Kat bhg kepala, muka, belakang telinga dan leher lagilah Q mengaduh sakit. Siap suruh “SLOW DOWN” lagi.. hahahha… Good thing that Q can complain, so dia beritahu Mak Ija apa dia rasa, sakit kat mana, so memudahkan lagi kerja Kak Ija nak rawat dia. 

Ni contoh gambar Kak Ija tgh ururt Ian yg aku rembat dari blog Jiey tanpa bgtau dia. Maaf Jiey ..kikiki..minta halal. Korang kena khatam baca blog dia baru korang faham betapa Allah SWT itu Maha Kuasa dan betapa aku sgt menghargai kebolehan Ian walaupun hanya mengangkat satu jari! Baca kat sini: www.kernakasihkita.blogspot.com


Ok untuk Yaya plak: 

Belakang badan: Bila di urut macam renggang katanya, baru perasan tangan Yaya kan comey.. hehe..sebab tu lah dia renggang sikit kat belikat kot. Kurang digunakan berbanding tangan kiri kata kak Ija. Exercise tak banyak jadi ada issue sikit jer lah kat belakang tu. Bagusnya Yaya, dia diam jer sepanjang Kak Ija urut dia kecuali masa urutan minda. 

Concentration: Memandangkan Yaya tak banyak issue macam Q, Kak Ija terus buat urutan minda untuk bukak saluran-saluran dia bhg kepala Yaya. Masa ni memang Yaya mengaduh sikit. Tujuannya sama, untuk Yaya lebih focus dan boleh concentrate dalam apa jua task yang bakal diberikan di sekolah, Insya Allah.

Ekzema: Yaya pun ada sikit gak eczema kat tangan macam Q gak, so issuenya pun sama, sedikit tersumbat di paru-paru dan akan di pulihkan melalui Stimulatheraphy Insya Allah.

Ok, tu lah serba sedikit aku boleh share pengalaman aku semalam bawa anak ke Stimulatheraphy. Untuk aku? Heheh..Belum ada rezeki nak buat sebab semalam ada Mommy nama Ika bawak anak juga, Kawan FB juga katanya..:) Dia kenal aku, tq so much dear .. comel anak dia 3 orang pun 1st time nak berurut juga. Aku kata bglah anak-anak dulu. Tu lagi penting. Aku boleh dtg lain hari .. 

So today aku akan bawa lagi anak aku sekejap lagi. Aku akan pergi 3 hari berturut2 dan kemudian akan buat seminggu sekali seperti yang disarankan Kak Ija. Yeayyy.. penuh lagi schedule Q & Z.. hehehe.. 

Ada yg tanya harga kan? 

Untuk Kanak-kanak RM 30 satu rawatan selama lebih kurang 20 minit, untuk orang dewasa RM 60 sekali rawatan lebih kurang 1 jam. 

Alamat dan hp Kak Ija? Salin nih: 012-9137266 (Kak Ija @ Mak Ija). Alamat: No: 29, Jalan Tun Teja 35/25, Canting Alam Impian.

FB: https://www.facebook.com/pages/Pusat-Kesihatan-Stimulatherapy-Klang/147203522094860?hc_location=timeline 

Aku sangat mengesyorkan semua kawan-kawan buat Stimulatheraphy nih. Jangan kata takder sakit naaaa… gi cek dulu kot-kot lagi teruk dari anaknya! Hhahahaa. 

 Semoga perkongsian ini bermanfaat. Amin.

post signature
post signature

Monday, March 18, 2013

Parenting Seminar & Motivation Talk by Genius Baby On Board: 1 Mei 2013

post signaturePARENTING & MOTIVATION SEMINAR: 
KUASA OTAK ANAK: BAGAIMANA MENINGKATKAN KEPINTARAN MEREKA TANPA TEKANAN? 



Antara Topik Utama Yang Akan Dibincangkan: 

 # Psikologi Bayi & Kanak-Kanak
 # Bila Seharusnya Bermula Untuk Mengajar Anak?
 # Mengapa Mesti Bermula Seawal Usia? 
# Anatomi Otak & Kaitannya Dengan Fasa Perkembangan Anak 
# Bagaimana Otak Anak Berkembang? 
# Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Anak Dengan Mudah? 
# Kuasa Otak Anak & Potensinya 
# Pengendalian anak-anak yang mempunyai isu tingkah laku 

Objektif UTAMA Seminar & Motivasi ini: 

1: MENGUBAH secara TOTAL pandangan Ibu Bapa tentang Pendidikan Awal Bayi & Kanak-Kanak dan betapa PENTINGNYA STIMULASI dalam 6 tahun PERTAMA hidup seseorang anak itu. 

2: Memberi kesedaran Ibu Bapa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak bukan setakat Alif Ba Ta, 123 dan ABC sahaja, ia lebih besar dari apa yang kita semua sangkakan. 

Output Seminar: 

1: Peserta yang hadir akan melihat "PENDIDIKAN AWAL" ini dengan dimensi yang berbeza dari apa yang mereka fahami selama ini dan Insya Allah, mengubah diri menjadi Ibu Bapa yang lebih bersemangat dan bermotivasi dalam menggunakan masa yang "sedikit", yang masih ada, untuk menstimulasi anak syurga masing-masing. 

2: Tidak menjadikan alasan "sibuk bekerja" untuk tidak menunaikan HAK anak dalam menerima pendidikan di rumah kerana telah mengetahui teknik-teknik yang boleh diaplikasikan serta merta untuk meningkatkan kepintaran anak dengan cara yang mudah, menyeronokkan dan berkesan. 

3: Setelah memahami fungsi otak & psikologi anak dlm seminar ini, para peserta akan menginsafi bahawa: Untuk melihat perubahan berlaku pada diri anak, Ibu Bapa yang WAJIB BERUBAH DAHULU! Insya Allah, melalui penerangan yang detail, para Ibu Bapa akan lebih menghormati anak, sabar dan merendah diri setiap kali bermain dengan anak kerana sudah memahami fitrah sebenar anak mereka. 

Tarikh & Lokasi: 1 Mei 2013 (Rabu), 9 pg - 5pm, Dewan Kuliah KISMEC (Kedah Industrial Skills & Management Development Centre), Sungai Petani, KEDAH. 

Harga: 
RM 170 seorang (Harga Early Bird sblm 30 Mac 2013) 
RM 199 seorang (Harga bermula 1 April 2013) 
RM 350 (harga suami isteri /psgn bermula 1 April 2013) 

*untuk harga suami isteri / psgn sebelum 30 Mac 2013, sila gunakan harga Early Bird RM 170 untuk pendaftaran. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Watie 016-2033340 atau emel ke geniusbabyonboard@gmail.com. Sila isikan borang di bawah selepas pendaftaran dibuat bagi memudahkan semakan.

https://docs.google.com/forms/d/1_6KtOF_JmcA0g9OgRupQmiC978hea7_ayAxsMs1c4E4/viewform

Kongsikan maklumat di atas jika anda rasa ia dapat mengubah hidup para Ibu Bapa yang anda kenali, Insya Allah. :)

post signature
post signature

Tuesday, November 6, 2012

Quzayra: Kiriman Allah Yang Menjadikan Aku Manusia Bermanfaat!

Lama sungguh rasanya saya tak update blog ni ..:) Sibuk dengan anak-anak dan kelas Playgroup, kerja 7 hari seminggu membuatkan masa saya begitu singkat untuk menulis. Syukur juga ada Fanpage FB GBOB dan kebelakangan ini saya sememangnya menggunakan medium tersebut 100% untuk berkomunikasi dan berkongsi ilmu serta pengetahuan dengan pelanggan serta Fans GBOB. Siapa yang belum LIKE Facebook GBOB, cepat-cepat LIKE yer, dan cadangkan juga page tersebut pada rakan-rakan dan saudara mara, mungkin ianya berguna untuk mereka, Insya Allah ..:) 

Saya menulis entry ini pada pukul 2.40 am, ketika anak-anak sedang enak dibuai mimpi. :) Saya ingin berkongsi rasa dengan anda semua, pembaca setia blog saya. Sesuatu berlaku dalam hidup saya kelmarin, dan saya sudahpun berkongsi rasa sayu dan sedih itu dengan rakan-rakan saya di FB semalam, kini saya ingin abadikan kisah itu di blog pula, agar saya akan dapat membacanya selagi hayat dikandung badan, malah mungkin Zayra juga dapat menatap dan menghayati isi hati ibunya ini apabila beliau dewasa kelak..


Saya salinkan kembali apa yang saya tulis di Facebook saya semalam.

***Kengkawan..nak share citer sayu pasal Yaya smalam..balik2 jer aku terus cek apa barang aku dah beli utk anak2 aku for this coming holiday. Aku shopping sikit2 from the past few months so aku dah lupa apa benda yg dah beli dan apa yg belum. Bila cek2..rupanya aku dah beli glove for the kids.. Aku suruh lah Yaya cuba..excited giler Yaya sebab glove dia color purple.. Cepat2 dia mintak pakai.

Yg sedih tu kan.. Bila tgk muka Yaya happy sebab both hands dia ada 'jari-jari' yg complete..jadi Yaya macam excited lah jari tgn kanan tu panjang2..aku sayu jer tgk tambahan pula bila hubby kata "Cantik pulak Yaya pakai glove tu nampak cam semua jari ada. ".. 

Dan yang paling sedih..memang terganggu gak lah emosi aku.. Meleleh gak air mata dan hampir rasa bersalah sebab macam aku yg menyebabkan tangan dia lahir camtu...bila Yaya tak mo pakai mitten yang aku belikan utk dia. Aku beli wool mitten nak kasik panas tgn tu tapi Yaya tak nak pakai.. Pecah hati aku bila Yaya cakap, "Taknaklah pakai ni Mommy.."..bila aku tanya kenapa...jawapan dia buat aku sedih sangattttt...Yaya kata "Taknak..ni ada 1 jer finger..ni takder!!" *sambil tunjuk kat mitten tu. Mitten tu hanya ada sarung 'jari' kat thumb dan yg lain takder..*

Memang aku terus terdiam dan kitaorang laki bini cam tersenyap jap dgr Yaya cakap macam tu.. Terus bergenang air mata aku dan aku peluk Yaya kuat2...:'(((

Yaya sayang..kalaulah Mommy ada kuasa utk buat tangan Yaya normal semula....Mommy akan buat saayanggggg...huwaaaaa!!! *tetiba emo plak hujan2 ni haaaaa***


Itulah luahan hati seorang ibu apabila berhadapan dengan situasi yang tak terduga seperti ini. Walaupun Yaya bercakap seolah-olah tiada apa yang berlaku, tetapi sebagai ibu, naluri keibuan saya cukup tersentuh dan sekuat-kuat ..setabah-tabah saya ini pun, akhirnya lemah juga hanya dengan kata-kata seperti itu. Apatah lagi ianya datang dari anak sekecil Yaya yang baru menginjak usia 2 tahun 7 bulan. Saya dapat lihat mata Yaya bersinar-sinar kesukaan tatkala melihat tangannya yang kelihatan sungguh sempurna apabila dia memakai glove itu dan kalaulah saya ada kuasa magis, ingin saja saya letakkan tongkat sakti ke tangannya dan pastikan ia normal sama seperti kanak-kanak lain..

Ya, seorang ibu dan ayah akan melakukan apa sahaja yang mampu untuk memastikan anaknya dapat yang terbaik dalam hidupnya, tetapi apabila datangnya satu hakikat dan takdir yang tidak mampu kita tolak, hanya doa sahaja yang dapat kita panjatkan semoga Allah SWT membantu kita dalam membesarkan amanahNya ini. Benarlah kata rakan baik saya yang juga mempunyai anak OKU, setiap ibu bapa itu cabarannya lain, anak beliau mungkin tidak pandai berkata-kata dan mempersoalkan mengapa dan kenapa dia menjadi OKU kerana dilahirkan dengan hampir tiada sel otak, dan untuk berkata-kata adalah sesuatu yang hampir mustahil, jadi dia tidak perlu bersusah payah dan pening2 nak berfikir jawapan apa yang patut diberikan pada anaknya itu. Berbeza dengan saya, anak saya kelainannya di tangan kanan, alhamdulillah otaknya berfungsi normal dan sudah tentu saya harus bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi situasi-situasi seperti ini yang kadangkala saya tidak bersedia sepenuhnya .. :(

Semasa rakan saya itu memberikan hujahnya, sungguh saya rasa kagum melihat beliau. Saya tahu yang cabaran beliau bukan kecil anak, bukan calang-calang, besar sungguh cabaran yang beliau hadapi, boleh dikatakan hampir setiap masa dalam keadaan berjaga-jaga dengan kondisi kesihatan anaknya yang pasang surut tidak henti-henti, tetapi beliau masih lagi melihat "saya ini bertuah berbanding dirinya" dengan mengemukakan hujah seperti di atas, sedangkan kalau kita lihat secara luaran dan secara logik, patutnya sayalah yang rasa bertuah dan bersyukur kerana anak saya cuma kekurangan dari segi fizikal sahaja. Zayra masih boleh melakukan apa yang anak-anak lain lakukan, cuma mungkin ada sedikit limitasi yang saya rasa tidak akan menjejaskan langsung kualiti hidupnya. Benarlah kata ahli falsafah, "Kita adalah apa yang kita fikirkan". Bagaimana kita melihat diri kita, bagaimana kita melihat dunia ini dan isinya serta bertindak balas dengannya, membezakan antara kita dengan orang lain.


Begitulah kita ini sebagai hamba Allah SWT yang tidak pernah sempurna. Melihat diri kita, nasib kita dan mula merungut serta kecewa dengan takdir yang telah ditetapkan hanya akan membuatkan kita semakin lemah. Mempersoalkan kerja Allah SWT yang kita rasa tidak adil, tidak siap, tidak cantik, tidak seperti yang lain yang DIA ciptakan kebiasaannya hanya akan membuatkan kita mudah dikuasai emosi dan syaitan. Satu petua yang saya amalkan dan saya rasa ia cukup berkesan dalam menaikkan kembali motivasi diri tatkala rasa sedih menyerang *untuk apa jenis situasi yang melanda* adalah dengan MEMBUKA MATA saya luas-luas, dan melihat sekeliling saya. Instead of looking at myself and my fate, I'm looking around at the people. Berapa ramai lagi orang yang situasinya lebih dasyat dari saya? Kenapa saya begitu lemah dengan ujian menguji keimanan yang begitu sedikit dari Allah SWT ini? Dan saya dengan bangga mengaku saya Islam?? Tetapi rukun iman pun tak lepas!!! Saya tak percaya pada Qada' dan Qadar Allah?? Dan..cukup setakat itu, saya akan angkat tangan dan surrender. Malu saya pada Allah. Takut saya untuk terus mencari sebab mengapa saya harus rasa tidak puas hati dengan apa yang telah DIA berikan pada saya. Terus saya tidak lagi memikirkan kesedihan yg saya alami itu. Dengan sekelip mata hati saya yg gundah terubat dan saya tahu malah percaya sungguh-sungguh, Allah tidak memberikan saya sesuatu yang saya rasakan "masalah" itu tanpa ada sebab musababnya. Janji Allah itu pasti, hanya saya yang perlu mengerti. Saya yakin sesungguhnya yang Allah tidak beri Zayra pada saya untuk suka-suka, Allah mahu saya lakukan sesuatu, Allah mahu saya menjadi manusia yang lebih baik, manusia yang dapat memberikan manfaat pada manusia lain dan ianya memang benar..sungguh benar!!

Lihatlah saya sekarang, memberikan konsultasi, motivasi dan semangat pada semua ibu bapa dan anak-anak, baik yang sempurna ataupun istimewa. Tanpa mengenal saya sepenuhnya, tidak pernah berjumpa, hanya melalui tulisan, dengan izin Allah saya berjaya menyentuh hati dan memberikan inspirasi pada mereka yang membaca blog ini. Padahal, saya ini bukan siapa-siapa sebelum Quzayra hadir dalam hidup saya. Saya ibu biasa, sama seperti anda semua, tetapi selepas kehadiran anak bertuah ini, hidup saya berubah, harus saya mengakui yang saya menjadi insan yang lebih baik selepas kehadiran  Zayra. Alangkah cantiknya percaturan Allah itu, mengamanahkan Zayra kepada saya suami isteri kerana DIA tahu saya mampu membantu orang lain dengan tulisan dan pemikiran saya. DIA berikan saya fikiran yang pantas, suara yang jelas, hati yang kuat dan bersemangat, otak yang tajam untuk saya belajar ilmu-ilmuNYA dan kemudian menyampaikannya kepada masyarakat. Tanpa Zayra yang istimewa, saya mungkin asyik berblog dan bercerita tentang apa yang saya lakukan sehari-hari dengan Qarissa dan Quzayra yang normal tanpa memahami isi hati ibu-ibu lain yang mempunyai anak istimewa, mengeluarkan idea dan berkongsi rasa disamping memberikan motivasi dan semangat kepada ibu bapa lain. Allah ingin saya mengumpul pahala sebanyak mungkin melalui perkongsian saya. Dengan adanya Zayra, Allah beri saya peluang. Peluang menambah pahala. Peluang untuk saya kongsikan dengan masyarakat yang akhirnya membawa manfaat pada banyak pihak. Subhanallah.. hanya dengan mengirimkan Zayra yang istimewa, banyak sungguh hikmahnya yang saya dapat lihat .. Cuma, apa yang harus kita semua ingat, hikmah itu HANYA DAPAT DILIHAT, DIRASAI & DINIKMATI HANYA JIKA KITA MEMBUKA MATA HATI...:)


Jangan sesekali kita bersangka buruk pada Allah SWT. Saya ingin berkongsi satu huraian yang saya dengar di TV9 baru-baru ini. Saya lupa nama Ustaznya, tetapi beliau bukan Melayu. Ceramahnya dalam bahasa Inggeris. Agak terkenal juga, cuma saya tidak pernah berkesempatan mendengar ceramah beliau di TV. Kebetulan hari itu saya di meja makan di rumah kakak dan  rancangan Ustaz itu ke udara, dan saya mendengar penuh minat. Beliau menghuraikan tentang ayat ini yang saya rasakan huraiannya cukup menarik dan memberikan satu persepsi yang berbeza terhadap apa yang selama ini kita kurang peduli. Ayatnya seperti di bawah:

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Selalu sangat kita dengar kan? Dah boleh hafal pun! Tapi apa yang kita faham dari ayat ini? Apa yang boleh kita huraikan?Apa yang boleh kita simpulkan? Kata Ustaz tersebut yang masih saya ingat dan terkesan sehingga kini tentang ayat di atas ialah: Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya melainkan kita ini telah dibekalkan dengan kelengkapan yang cukup, peralatan yang ada dalam diri kita sendiri untuk kita gunakan dalam menangani dan mengatasi ujian itu dengan bijaksana. Allah takkan biarkan kita terkapai-kapai sendirian menangkis masalah dan ujian itu, kita sebenarnya sudah pun dibekalkan dengan alat bantu sebelum kita diuji supaya kita ini terdaya menongkah ujian yang diberikan itu dengan jayanya. Beliau turut memberikan contoh Nabi Musa ketika dikejar askar Firaun.  Bila Nabi Musa dikejar askar Firaun, Nabi Musa lari sehingga sampai ke Laut Merah dan beliau terhenti disitu. Nabi Musa berdoa pada Allah, dan Allah tanya Nabi Musa apa yang dipegangnya, Nabi Musa jawab, takder apa, ni ranting kayu buat aku halau-halau kambing petang-petang, tiada apa yang istimewa. Tetapi Allah Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkatnya ke laut untuk menyelamatkan diri dari tentera tersebut dan dengan izin Allah dan mukjizat Nabi Musa yang dikurniakan Allah, Laut Merah terbelah dan selamatlah Nabi Musa. Tanya Ustaz itu sewaktu menghuraikan situasi ini, kenapa tongkat Nabi Musa yang ada ditangannya itu yang Allah suruh ketuk, kenapa Allah tak suruh guna ranting-ranting kayu yang ada dikelilingnya tuh? Itulah menunjukkan yang Allah tidak memberikan pada kita sesuatu itu dengan sia-sia. Tongkat kayu yang buruk dan seolah-olah tiada gunanya itulah yang menjadi penyelamat di saat-saat yang amat kritikal dan amat berguna. Hmmm..menarik kan huraian ini? Sungguh saya terkesan bila mendengar penjelasan dan huraian Ustaz ini dalam topik UJIAN Allah ini. Kawan-kawan sayang, ambil pengajaran dari kisah ini. Jangan lupakan kata-kata ini - "Kita adalah APA YANG KITA FIKIRKAN". Jika baik dan lurus serta ikhlas pemikiran kita terhadap segala ujian yang Allah berikan, maka kita akan dapat lihat hikmahnya, kita dapat lihat apakah "tools @ alat bantu" yang Allah telah kirimkan dan berikan pada kita dengan segera dan kita akan jumpa penyelesaian terhadap ujian itu secepat mungkin.


Saya rasa tidak salah untuk kita rasa sedih dan terharu serta sayu untuk setengah-setengah ujian yang Allah beri dan situasi yang kita lalui, kerana itulah juga emosi yang Allah berikan pada kita hambanya ini. Allah yang bagi kita sekeping hati untuk merasai pelbagai gelojak rasa dalam kehidupan sehari-hari. Tidak salah untuk mempunyai rasa itu tetapi biarlah berpada. Biarlah ada hadnya. Jika perlu menangis dan meraung untuk 5-10 minit, lakukan jika itu mampu melepaskan bebanan di dada yang berat dan sarat. Selepas puas menangis dalam tempoh 10 minit itu, lap lah air mata kita, bangkit kembali dan melangkahlah dengan berani,  yakin dan pasti yang Allah SWT sentiasa ada bersama kita, Allah akan bantu kita mengharungi ujian ini.  itulah yang saya lakukan setiap kali perasaan dan gelojak rasa saya condong ke kiri. Di saat saya sedih, terharu, kecewa, risau, dan pelbagai rasa lagi, saya tidak akan sekali-kali membenar perasaan itu menguasai akal saya. Tidak!! Hanya saya yang berhak menguasai akal saya sendiri dan bertindak selari dengan tuntuan agama, dengan bantuan dan alat bantu yang telah pun Allah berikan sebelum saya diuji, Insya Allah. Bila saya rasa perlu, saya akan berkongsi rasa dengan rakan-rakan FB tentang perasaan saya di saat itu sebagai salah satu cara mendapatkan kekuatan dan sokongan dari orang-orang keliling saya yang saya sayangi, yang pasti akan memberikan kata-kata semangat yang menenangkan, kerana saya tahu, saya takkan pernah keseorangan. :)

Saya tahu ada dikalangan pembaca blog ini juga mempunyai anak istimewa. Dan saya tahu situasi anak istimewa setiap dari kita ini berbeza-beza. Cabaran kita berbeza tetapi naluri keibuan kita sama. Saya juga ada menerima mesej peribadi dari ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa, dan ada juga yang baru mendapat khabar bakal melahirkan anak istimewa, di mana mereka sukar menerima hakikat itu pada awalnya dan setelah membaca blog ini, mereka kembali bersemangat dan tahu mereka tidak keseorangan. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Semuanya dengan izin Allah juga. Ingatlah, anda sememangnya tidak keseorangan. Dan percayalah yang sesungguhnya hidup anda akan jadi lebih baik selepas di uji Allah SWT. Saya akhiri coretan ini dengan nukilan hati,

"JANJI ALLAH ITU PASTI, HANYA KITA YANG PERLU MENGERTI" 

post signature

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading