Showing posts with label GBOB. Show all posts
Showing posts with label GBOB. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

GBOB On Media: Deko Pilihan @ Majalah Nur Mac 2012.



Alhamdulillah, sekali lagi saya mendapat kepercayaan dari pihak Karangkraf iaitu Majalah Nur untuk berkongsi kisah saya dan anak-anak melalui ruangan DEKO Pilihan di majalah tersebut. Saya menerima panggilan dari wartawan Nur, Kak Azza tidak lama selepas Kak Ita menemuramah saya untuk majalah PaMa di ruangan Kisah Mama. Kak Azza ternampak gambar-gambar yang Kak Ita dan jurugambarnya ambil dan terus berminat untuk menemuramah saya bagi Ruangan Deko Pilihan. Saya sgt terharu dan berterima kasih pada Kak Azza yang sudi menemuramah saya, jujur saya rasakan ada banyak lagi bilik @ ruangan yang cantik yang boleh diketengahkan, tapi mungkin konsep yang saya ketengahkan dalam menghias bilik anak-anak menarik perhatian beliau. Pada saya, sekiranya konsep bilik ini dapat memberi panduan dan semangat untuk para ibu bapa mengjias bilik anak mereka, apa salahnya. :) 

Majalah Nur @ Mac 2012

Dalam entry saya sebelum ini juga, saya ada kongsikan tentang bilik anak-anak saya dan apa yang terdapat dalam Montessori Tray mereka. saya harap sedikit sebanyak ia dapat membantu para ibu di luar sana, Insya Allah. :) Sesiapa yang masih belum membaca entry tersebut, bolehlah klik entry ini dan ini, kerana saya ada menceritakan dengan lebih detail mengenainya. 

Yang membuatkan saya rasa besar hati dan sekali lagi berterima kasih pada Kak Azza adalah kerana, beliau telah memilih kisah saya ini untuk edisi Bumper bulan Mac 2012 walaupun sebenarnya, kisah ini sepatutnya dimuatkan dalam Majalah Nur bulan Fenruari 2012. Bila Kak Azza called saya beritahu pasal penukaran edisi ini, saya rasa sgt terharu, segan pun ya, tak sabar pun ya ..hahahah *sebab dah excited tunggu bulan 2 katakan... ahaks!* . But anyhow, Alhamdulillah, dah selamat pun keluar di edisi bulan Mac 2012. 


Bila dah keluar keluaran Bumper ini, Kak Azza hubungi saya dan dengan segera saya cari tapi memang kawasan saya ni lambat sikit sehari dua, ada kawan2 yang dah beli tapi saya masih takder stoknya. :( Sabar menunggu, nasib baiklah kat area opis tuh dah sampai, ada satu jer pulak! Hahahha.. Oklah ka, dari takder langsung. Few days after that, barulah saya dapat beli another 4 copies, memang saya nak frame dan buat kenangan. Mesti seronok bila kita dah tua, anak-anak dah besar, mereka dapat lihat bagaimana mereka dibesarkan dan boleh mengimbas kembali nostalgia ketika kecil. Mana tau nanti, bila anak2 dah kahwin, ada rumah sendiri, bilik cucu-cucu saya lagi cantik dari yang ni kan? Amin...Va va va .. dah verangan dapat cucu, hover giler noksss! Hahahhahaa...


First time saya selak page Deko Pilihan, saya punya impression was like, "Perghhhh..mak aiii..canteknyaaaa!" Hahhahaha.. serius saya rasa nampak cantik sgt, memang betullah kalau pakai camera mahal nih, nampak cantik sahaja kan?? Hahhaha.. Nak-nak the 1st page tuh memang besar dan nampak hampir keselurihan ruang bilik. Dengan bantuan cahaya matahari dan lampu bilik, memang nampak cerah sungguh, malah langsir Princess tu pun nampak pink! Kalau anda semua nak tahu, langsir tuh sebenarnya warna putih, tapi lining kat belakang tuh saya pilih color pink. Memang sengaja saya pilih lining pink sebab asalnya saya nak beli langsir pink, tapi watak Princessnya sarat sangat, takut nanti nampak tak cantik sebab saya hanya guna 2 panel, dan bilik taklah besar sgt, so saya pilih warna putih, yang karakter Princessnya tak banyak, tapi saya combinekan dengan lining pink, so dia nampak macam bebayang pink lah kan...:) Yang jadi best tuh, bila we all letak kat tingkap tuh, bangun pagi, masuk bilik anak, memang nampak jelas the pink color, apatah lagi memang sinar matahari menembus masuk ke bilik anak-anak dahulu, jadi reflectionnya sangat nyata. Di tambah pula dengan penggunaan kamera berteknologi tinggi, memang saya rasa nampak naik sgt bahagian langsir dan katil itu. Personal thanks to Laurea Furnishing sebab merealisasikan impian saya ini.:)


Nak dijadikan cerita, masa saya beli langsir ni di Laurea tuh, saya tak kenal owner dia. My sister yang rekomen, disebabkan saya memang nak pakai cepat untuk pengambaran Majalah PaMa, saya terus pergi dan  pilih langsir, yang best tuh, mereka dapat siapkan langsir nih dengan cepat, dalam 3-4 hari dah siap dan koleksinya memang banyak dan rambang mata. Kualiti dan jahitan juga bagus. Memang saya puji dan puas hati lah kan. Dapat tau pulak, orang kita yang punya bisnes. :) Sekali tuh, bila saya join Rootwommers, Word Of Mouth Mktg Team, an Entrepreneurs Group, saya berjumpa dengan kak Siti ni. Lagi bestlah sembang. Heheh.. Memang ramah dan baik orangnya. So, skang we all jadi geng lah .. Kecik kan dunia nih?? Hehhehe.. Kira kalau saya nak rekomen Kak Siti nih pada anda semua memang tak segan lah, sebab memang hasil kerja dia so far so good, personally saya puas hati. Baru-baru ni, saya pergi sekali lagi ke pejabat Laurea, sebab Kak Siti nak beli LR, sempat jugalah saya tengok2 koleksi cadar kanak-kanak. memamng rambang mata tau! Serius! Saya suka sebab ianya complete. Tak macam yang saya beli sebelum ini, cuma ada bed spread @ comforter sahaja. Kalau anda tgk cadar Princess anak saya tuh, nampak comforter kan? Saya hanya beli comforter dan 2 bantal sebab hanya itu sahaja  setnya yang dijual. Untuk bed sheetnya, saya kena beli  lain, beli asing2, nak cari bed sheet yang plain warnanya bukan senang. dah lah mahal juga, end up totalnya quite pricey. Tu belum citer pasal thread count lagi. Watie memang agak particular dengan thread count bila beli comforter atau bedsheet. Watie suka thread count yang tinggi, lebih tinggi lebih best sebab kualitinya memang sedap laaa sungguh kalau tidur. Tapi makin tinggi thread count, makin mahal lah, sebab tuh kena tunggu MEGA SALE baru borong. Wakakakak.. So, the 1st question yang Watie tanya kat Kak Siti masa tgk bedsheet for kids tuh adalah thread count, sebab sebelum ni, kebanyakan yang watie beli thread count dia 280, nak kata best tak lah sgt, so and so jer lah, kebanyakannya memang 280 pun, unless kalau untuk bilik utama, memang dapatlah thread count tinggi stok kain macam bed sheet hotel! Hahhaha..Kak Siti kata 350, dan bila beliau bentangkan Comforter Strawberry Shortcakes, memang sedaplah bila Watie pegang kan, rasa puas hati sangat, bukan tu jer, set dia complete ada bed sheet, comforter dan sarung bantal siap ada 4 lagik! Memang tak yah pening pikir mana nak cari bed sheet untuk matchingkan ngan comforter like what I did before. Color character kartunnya pun memang sangat cantik dan "hidup". Ada lah gak rasa rugi sebab lambat tau pasal Laurea nih, sebab saya dah beli few set carton character untuk bilik anak saya sebelum ni, but Insya Allah, ada plan nak beli lagi, memang nak amik kat Laurea. Harga dia pun taklah mahal sgt, taklah murah sgt, pada Watie ia berbaloi dan value for your money.:) 

Kay, sampai sini dulu perkongsian Watie kali ini, Insya Allah kita jumpa lagi di entry akan datang ..:) Sapa yang masih belum mendapatkan Majalah Nur edisi Bumper bulan Mac 2012, cepat2 gi kedai kay, sebelum kehabisan! Hehhehe.. Salam sayang buat semua. :)

post signature
post signature

Tuesday, January 17, 2012

1st ECE Seminar For 2012 @ GBOB: It's NOT About Your GENIUS Child, It's All About YOU!

Alhamdulillah, setelah puas menilik, membelek dan mencongak-congak tarikh yang paling sesuai untuk Watie adakan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini, Watie akhirnya memilih 6 Februari 2012 sebagai tarikh keramat untuk Watie mulakan Sessi Seminar buat pertama kalinya di tahun 2012 ini. Tarikh 6 Feb 2012 tuh memang bukan weekend pun, ia adalah cuti umum gantian sempena Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Ahad, dan hari Isnin tu cuti ganti. memang sengaja Watie pilih tarikh tuh sebab jadual Watie tersangat padat. Terus-terang Watie katakan, Watie hampir tiada masa yg sesuai untuk buat Seminar @ Bengkel kerana sibuk dgn kelas Playgroup every weekends, Sabtu dan Ahad pula tu, tambahan lagi GBOB Johor nak bukak tak lama lagi, jadi memang terkejar2 Watie dibuatnya. Jemputan mengadakan Seminar di pejabat rakan-rakan niaga juga tidak dapat Watie penuhi buat masa ini. Mungkin sehingga Watie dapat seorang Teacher yang berdedikasi & can run the class dengan baik, pelan-pelan Watie lepaskan kelas tuh pada Teacher dan ada banyak masa untuk fokus on other things like Seminar, Bengkel dan jemputan-jemputan ini, Insya Allah ..:)



Kalau ikut perkiraan dan jadual Watie sepanjang tahun 2012 nih, hanya 4 kali sahaja Seminar ECE yang bakal Watie lakukan tahun ini, SEMUANYA BUKAN HUJUNG MINGGU, dan kalau tiada aral melintang. Tarikh yang Watie pilih semuanya cuti umum dan jatuh on weekdays. Berikut adalah perancangan Watie untuk mengadakan Seminar di tahun 2012 ini, Insya Allah:

6 Februari 2012 (Isnin) - Cuti Ganti Sempena Maulidur Rasul 
1 Mei 2012 (Selasa) - Cuti Hari Pekerja
17 September 2012 ( Isnin) - Cuti Ganti Sempena Hari Malaysia 
13 November 2012 (Selasa) - Cuti Perayaan Deepavali. 

Jadi, para ibu bapa sekalian, sekiranya anda berminat untuk menghadiri Seminar ECE ini, mungkin anda kena korbankan salah satu hari cuti anda untuk datang ke GBOB dan menghadiri Sessi Seminar ini. :) Kalau ada sebarang perubahan, Watie akan bgtau from time to time, di blog dan FB Genius Baby On Board ye.. :) Dan berikut adalah informasi tentang Seminar yang bakal di adakan pada 6 Februari 2012 ini.


Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh:  6 February 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pg - 2 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
AlamatGenius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 22 Januari 2012 (Ahad), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387

Berkenaan Seminar ECE pula, Watie memang agak teruja dan berdebar juga, almaklumlah, dah lama juga tak buat Seminar kan.. ehhehe.. teruja sgt sebab ada banyak mender nak kongsi dengan para ibu bapa ni semua, kerana pengalaman Watie pun dah bertambah seiring dengan pertambahan usia (tua dah aku ni noksss..), pengalaman sendiri dan pengalaman org lain, ujikaji dan research serta penemuan sendiri melalui anak-anak dan pelajar-pelajar Watie membuatkan Watie rasa ECE ini bukan lagi sesuatu yang optional atau pilihan pada ibu bapa, bukan lagi sesuatu yang "kita buat kerana org lain buat", bukan lagi sesuatu yang "kalau ada masa buat baru nak buat", bukan lagi "tunggu dia besar lah baru htr sekolah, kesian nak pressure anak-anak kecil" dan 1001 lagi ALASAN yang diberikan semata-mata untuk menutup kelemahan diri kerana tidak berjaya mengaplikasikan ECE pada anak-anak. Pendidikan awal kanak-kanak adalah satu HAK, HAK dan HAK anak-anak kita yang TIDAK BOLEH KITA ABAIKAN SAMA SEKALI walau sesibuk mana pun kita, walau sebesar @ sekecil mana pun pangkat kita, walau sebesar @ sekecil mana pun gaji yg kita terima setiap bulan! Ini adalah HAK yang WAJIB kita tunaikan pada setiap anak-anak kita, tidak kira apa saja kelebihan dan kekurangan yang ada pada anak kita. Jangan sebab anak kita ada sedikit kekurangan dari segi fizikal, percakapan, perbuatan, perangai atau apa sahaja yg kita rasakan "memberi masalah", kita abaikan HAK anak kita dan kemudian menyalahkan takdir. Lepas tuh, dengan nada merendah diri (kononnya..) kita kata "Saya redha!". Gunalah bahasa dengan betul. Jgn cakap "Saya redha" selagi kita belum berusaha sehabis baik merubah keadaan. Dalam bahasa direct yg saya nak guna *maaf kalau ada yg tak suka, sila baca dengan gaya kerek, hehhee* "DEAL WITH IT!!!" Itulah warna warni kehidupan kita. Itulah yg harus kita hadapi dalam membesarkan anak-anak. Apabila kita sudah lakukan sehabis baik, sepenuh daya dan adanya perubahan *walaupun sedikit* dalam diri anak kita, ia adalah satu ganjaran yang lebih besar daripada wang berjuta! It's priceless, believe me!


Kenapa Watie cakap macam ni? Kerana Watie dah melaluinya dan masih berusaha membantu anak Watie dealing with her deficiency, sebab tu Watie berani cakap. Kalau sapa masih ingat, Watie ada ceritakan dalam entry INI bagaimana perlakuan @ behaviour Qarissa berubah selepas ketiadaan maid, dia tantrum dengan  sangat teruk secara tiba-tiba, ditambah pula dia agak lambat bercakap dan tidak sesosial seperti mana yang Watie inginkan walaupun dari usia seawal 3 bulan, Watie dah bawa dia ke Gymboree untuk bersosial. She's ok with friends but most of the time she like to be alone. Then, bila campur dengan anak-anak my eldest sister masa awal2 Watie takder maid dulu, baru nampak yg Q needs help in social & interaction skills, lebih lagi dari apa yang Watie lakukan selama ini. Straight away Watie bawak Qarissa to diagnose her sebab nampak ada tanda-tanda ASD (Autistic Symptom Disorder) dalam dirinya. First diagnosed, Doktor kata its a mild one on behaviour and speech dan ada banyak faktor luaran yang mungkin menjadi penyebab berlakunya keadaan sedemikian, lagipun its too early to tell sebab Q baru 2 tahun 9 bulan masa tu. Then the 2nd appnt & diagnosed at 3 years 3 months, Dr kata she's not an ASD and very normal for children to act & behave like that *kena bebel summore sebab dia kata I anxious  sgt*. Apa pun istilah, label atau komen yang Doktor berikan, hanya satu yang bermain di kepala Watie ketika itu, "HOW I CAN HELP MY DAUGHTER  TO OVERCOME THIS & BECOME BETTER?" Seriously, itu sahaja yang Watie fikirkan ketika itu. Yang lain tolak tepi! Of course, as a mother, ada sedikit rasa terkilan kerana perkembangan sosial & komunikasi anak kita agak kurang berbanding anak orang lain walaupun kelebihannya yg sangat ketara adalah her reading skills, tapi dah namanya pun manusia, kita tidak akan pernah puas! But again...Watie tidak sekali-kali membenarkan perasaan terkilan itu menghalang Watie dari melakukan apa yang sepatutnya Watie lakukan as a mother. Bersyukur juga kerana Watie bergiat dalam bidang ECE consultation & motivation, Watie dapat merubah keadaan negatif kepada positif  dengan cepat dan back on track as soon as I know my daughter needs help. Kerana apa?? Kerana Watie tahu itu adalah HAK anak Watie untuk dapat rawatan yang terbaik dalam mengatasi kekurangan dirinya. Hingga kini, Watie masih lagi membantu bukan sahaja Qarissa, tetapi juga Zayra dalam melayari kehidupan kanak-kanak mereka dengan penuh gembira dan penuh dgn ilmu serta skill kehidupan tanpa mereka sedari - kerana semuanya dalam bentuk PERMAINAN dan TANPA TEKANAN! Ia tidak akan terhenti setakat ini, ia akan berterusan sehinggalah mereka boleh berdikari sendiri, tidak kira berapa lama masa yang mereka perlukan untuk berdikari sendiri. Dan apabila perubahan positif dalam diri Qarissa berlaku hari demi hari dengan penuh kejaiban, ia adalah satu momen indah yang tidak dapat diganti dengan segunung  @ selautan wang, intan mahupun berlian! Its totally priceless that I can't describe in words!! Itulah kepuasan hakiki yang Watie rasakan sebagai seorang ibu. From time to time, pasti akan ada sahaja kerenah anak kita yang kita sendiri tidak dapat gambarkan atau bayangkan apa yang akan berlaku di masa akan datang, tetapi kita pasti akan mengharungi dengan penuh gigih tanpa mengeluh sedikitpun kerana kita tahu, kita sudah pun menunaikan HAK anak kita untuk mendapat yang TERBAIK dalam hidupnya!

Mesti pembaca semua pelik kan, kenapa si Watie ni membebel bukan main panjang mukadimahnya, dan ianya hampir tiada kaitan dengan Seminar yang bakal dilakukan? Hehehe.. If you think that this whole story  is not related at all,  let me tell you that you're TOTALLY WRONG!! my dear readers. Yesss!! This Seminar is NOT ABOUT YOUR GENIUS CHILD! It's ABOUT YOU!!! It's ALL ABOUT YOU! Anda tidak perlu risaukan anak anda di rumah, mereka baik-baik sahaja, mereka memang genius! Apa yang sepatutnya anda risaukan adalah DIRI ANDA SENDIRI!!! How you change your mindset towards the ECE that counts! Itu yang sepatutnya perlu anda risaukan sekarang! Bagaimana anda melihat betapa pentingnya ECE dalam kehidupan awal anak anda sehingga anda sanggup mengenepikan masa anda, wang ringgit anda dan tenaga anda hanya untuk  "belajar menjadi bayi dan kanak-kanak semula??" Selepas anda faham betul-betul tentang perkara ini, percayalah cakap saya, "YOU WILL DO ANYTHING WITHIN YOUR POWER & WHATEVER IT TAKES TO GIVE THE BEST FOR YOUR CHILD!!!"

Saya terpanggil untuk menulis entry dengan gaya begini kerana saya dapati sgt ramai, terlalu ramai ibu bapa yang inginkan anak mereka menjadi pandai, bijak, cerdik, smart, genius dan pelbagai istilah lagi sehingga mereka terlupa bahawa ANAK ITU SEMEMANGNYA DILAHIRKAN GENIUS!!! Mereka terlupa bahawa MEREKALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENJADIKAN ANAK MEREKA TIDAK GENIUS LAGI! Apa yang terakam dalam otak dan minda kita selama ini sebagai ibu bapa adalah - "25 A1 adalah GENIUS!" atau "Masuk OXFORD di usia 10 tahun adalah GENIUS!" atau "Membaca di usia 1 tahun adalah GENIUS!!" *erkkk..macam perli diri sendiri jer..?ekkekek..and the list goes on...Biarlah saya berterus-terang di sini. Anda TIDAK AKAN DAPAT ITU di SEMINAR saya. Apa yang anda akan dapat adalah satu kesedaran dan keinsafan betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, betapa singkatnya masa yang kita ada dalam menunaikan HAK anak-anak kita dan mengapa kita harus melakukan semua ini di awal-awal kehidupan mereka. Its a TURNING POINT for all of you, I can say that. Ia akan merubah pandangan anda 100% terhadap pendidikan awal itu sendiri. Dan, Insya Allah, anda akan jadi org yg berbeza selepas anda melangkah keluar dari pejabat GENIUS BABY ON BOARD nanti. Anda adalah ibu bapa yang baru, yang mengerti kenapa anda harus  memberi pendidikan awal kepada anak-anak, anda tidak lagi memandang enteng atau memandang rendah pada ECE atau lebih teruk lagi, mengutuk atau memperlekehkan mereka yang mengaplikasikan ECE pada anak masing-masing. Kerana anda sudah betul-betul mengerti apa ECE itu sebenarnya. Ia lebih besar dari 25A1 yang anda harapkan dari anak anda, lebih penting dari masuk Oxford di usia 10 tahun yang anda impikan akan berlaku dalam kehidupan anak anda malah lebih bermakna dari membaca di usia 1 tahun yang anda inginkan dari anak anda. Ia sememangnya lebih dari itu pembaca yang tersayang. Percayalah, ia lebih dari itu..Sebab itu saya katakan -  It's NOT About Your GENIUS Child, It's All About YOU! 


Something to think about before I end the entry:
  • Jika saya tidak mengubah diri saya menjadi lebih POSITIF tatkala mendengar khabar yang anak kedua kesayangan saya cacat di tangan kanan ketika kelahirannya, adakah anda rasa saya akan kembali berblog? Mewarwarkan dan memberitahu kepada dunia seolah-olah bangga bahawa anak kedua saya dilahirkan kekurangan dari segi fizikal, yang mana ketika itu nama saya sudah agak dikenali ramai dikalangan para bloggers yang mengikuti kisah anak sulung saya?? 
  • Jika saya rasa saya ini sudah CUKUP BAGUS dan PAKAR dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, adakah anda rasa saya akan berterus terang pada anda semua, hakikat yang saya juga ada melakukan kesilapan yg saya akui dalam entry "Mencacatkan Anak Sendiri", yang dibaca ribuan orang hujung tahun lepas? Bukankah ia seperti "membuka pekung di dada" kepada seluruh dunia, yang mana artikel tersebut turut di kongsi bersama rakan-rakan & keluarga terdekat, sedangkan ketika itu saya sudah mempunyai follower tegar, samada secara nyata dan silent reader, saya juga ada pelanggan tetap dan perniagaan yang berkaitan dengan ECE seperti Playgroup, Seminar & Bengkel? Mengapa harus saya berbuat begitu?
  • Jika saya ambil mudah, ego dan berada dalam "in denial" state tatkala saya menyedari yang anak sulung saya memerlukan bantuan dari segi social dan interaction, adakah anda rasa saya akan segera berjumpa Doktor di PPUM utk mendiagnosis anak saya, dan demand pada Doktor Kanak-Kanak di sana yang saya inginkan Sessi Occupational Therapy untuk saya dan anak hadiri bersama bagi membantu mengatasi kekurangan tersebut? Bukan itu sahaja, walaupun pertemuan kali kedua dengan Doktor mengatakan yang anak sulung saya ok-ok sahaja, nothing to worried about, saya masih tetap mahu hadir ke Sessi Therapy tersebut dan melakukan aktiviti-aktiviti permainan dengan lebih fokus yg khusus untuk meningkatkan skill anak saya di rumah. Kenapa harus bersusah payah selepas diberitahu berita gembira itu? 
Hanya SATU SAHAJA jawapan untuk semua soalan di atas  iaitu : It's ALL ABOUT ME!! Saya yang menentukan apa yang saya ingin lakukan terhadap kehidupan saya dan kehidupan anak-anak kecil saya! Saya mengambil sikap - Sebelum saya mengubah anak-anak saya, keluarga saya, mengubah anda semua dan mengubah orang lain, saya MESTI mengubah diri saya sendiri! Saya mesti melawan rasa takut saya, rasa malu saya, saya negatif dalam diri saya dan segala macam perasaan berbaur yang timbul ketika berada dalam situasi-situasi yang boleh dikatakan "sukar" seperti di atas. Sememangnya ia sgt mencabar, dan seperti yang saya tulis dalam rangkap kelima di atas, itulah yang saya katakan pada diri saya sendiri setiap kali saya berhadapan dengan situasi seperti ini - "DEAL WITH IT! DEAL WITH IT WATIE!", dan secara perlahan-lahan, saya berjaya mengusai akal dan fikiran saya untuk melakukan perkara yang harus saya lakukan sebagai seorang ibu, kerana saya cuba sedaya upaya saya untuk meletakkan HAK anak-anak saya ditempat yang sepatutnya ia diletakkan. 

Melalui cerita-cerita dalam entry saya selama ini, anda boleh lihat yang saya lebih suka gunakan pengalaman saya sendiri kerana secara peribadi, itu lebih berkesan kerana saya bercerita dari hati. Lagipun, saya berpendapat yang blog ini juga adalah diari kehidupan saya dengan keluarga dan anak-anak, bila mereka besar nanti, saya ingin mereka baca apa yang telah saya lalui sepanjang membesarkan mereka dan saya ingin mereka tahu yang saya bangga menjadi ibu mereka walau siapa pun mereka, walau bagaimana pun keadaan dan tingkah laku mereka ketika kecil. Di samping itu juga, saya ingin semua pembaca saya tahu yang saya ini juga ibu biasa, sama seperti anda semua, yang mungkin melakukan kesilapan dengan anak-anak tanpa saya sedari, yang kadangkala saya gagal mengawal emosi marah saya ketika anak-anak saya buat perangai, dan kemudian saya melakukan perkara yang membuatkan saya menyesal ketika emosi saya kembali stabil. Kita semua manusia biasa, kesilapan itu sering saja melingkari hidup kita, walaupun betapa bagusnya kita, walaupun betapa hebatnya kita di mata orang. Saya ingin anda tahu yang tiada sesiapa pun yang sempurna di sini, saya buat silap, anda juga buat silap. Apa yang lebih penting, adalah MENYEDARI KESILAPAN itu dan BERUSAHA MEMPERBAIKINYA secepat mungkin. Ia bukannya mudah, itu saya akui, kita semua ada ego masing-masing, bagaimana kita mengawal ego dalam kembara mencari satu ilmu yang sebelum ini tidak pernah @ kurang kita ambil tahu, bukanlah sesuatu yang mudah. Terus terang saya katakan, satu ketika dahulu, saya bukanlah WATIE seperti yang anda kenal sekarang dr segi "tahap kesabaran" dengan anak-anak kecil. :)   Siapa sangka, kini saya dikelilingi bayi dan kanak-kanak hampir setiap hari. Dan saya percaya, ianya kerana frasa "It's All About ME!". Saya yang inginkan ianya berlaku, saya sedia berubah demi untuk memastikan ianya berlaku dan saya sanggup menghadapi cabarannya kerana sayalah yang menentukan, membenarkan dan merelakan ianya berlaku dalam hidup saya. Anda bagaimana? Bersediakah anda berubah demi anak anda???

Kepada mereka yang telah membuat pembayaran Seminar, saya teruja untuk bertemu anda semua! :) 


post signature

post signature

Thursday, July 28, 2011

2nd Charity Bazaar @TTFC Jumaat ini!



Alhamdullilah, menjelang Ramadhan ini, pihak GBOB dijemput sekali lagi untuk memeriahkan Charity Bazaar buat kali kedua. Saya menerima panggilan dari Ro, staff Petronas yg sebelum ini berurusan dengan saya semasa Charity Bazaar yg pertama, di mana beliau menjemput saya sekali lagi untuk bersama-sama memeriahkan acara ini. Tambah terharu kerana menurut Ro, ada staff Petronas yang bertanya kepada organizer samada pihak GBOB menyertai Bazaar kali ini atau tidak. Terima kasih kerana masih mengingati kami, saya sangat menghargainya. :)




Selepas berbincang dengan my partner, Mommy Lyna, kami bersetuju untuk membuka booth untuk kali kedua, malah rasa teruja dan tak sabar pun ada. Saya akui, mungkin agak penat sedikit memandangkan dah hampir nak puasa, dan hari Sabtu, saya ada kelas Playgroup, hari Ahad juga, jadi masa saya memang agak tight sedikit tapi Insya Allah, Watie akan turut serta hari Jumaat ini dibantu oleh my assistant- Atfina. Hopefully semua berjalan lancar. Amin. Dah siap packing semua barang, berat giler oooo.. Hehehe..Di kesempatan ini juga, Watie nak jemput semua pembaca blog ini untuk hadir dan singgah ke booth kami nanti yer. Hari Jumaat lunch kan panjang sket, leh ah dtg sekejap cuci mata. Kali ni Watie bawa lebih byk buku, stimulation toys dan VCD Education. Little Reader package Watie tak bwk, sbb Watie perlukan masa utk explain bgmn the software dan hardware boleh membantu anak kita membaca dgn lebih cepat, so mmg kena buat appnt if nak tau pasal LR, kalau kat booth tak sempat nak citer sgt, tapi brochure ada lah, utk dapat sedikit gambaran mengenainya.

Di sini Watie sertakan maklumat tentang Charity Bazaar tu kay. Sesiapa yg berdekatan dgn KLCC tu, boleh ah dtg singgah, if ada apa-apa produk yang uols nak order dan nak ambik hari Jumaat ni, boleh jugak sms Watie @ 016-2033340, Insya Allah Watie akan bawak ke TTFC nanti, leh amik terus kat booth, jimat lah sket duit courier kan. hehehe..

Berikut adalah maklumat tentang Charity Baazar tersebut:


Date: 29th July 2011 (Friday)
Time: 9:00 am until 6:00 pm
Venue: Twin Towers Fitness Centre ( at Concourse level, nearby Tower 1 lobby) – opposite to Mesra Shoppe and CIMB Preferred
Market: All Petronas staff from both Tower 1 + Tower 2, public who comes to Suria KLCC, and staff from buildings around KLCC


Ok kengkawan, hope to meet uols this Friday kay! See you soon!



post signature

post signature

Saturday, May 14, 2011

Pelancaran FAMEKids @ 1st Year Anniversary Bling Lustre MERIAH!


Alhamdulillah, berakhir sudah Majlis Ulangtahun Pertama Bling Lustre & Pelancaran FAMEKids Ahad lalu. Bersyukur saya sebab semuanya berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Risau juga kalau-kalau ada yang kurang sana sini tapi from the feedbacks yang I dapat, rasanya semua ok. Saya risau kalau food tak cukup tapi alhamdulillah, semua cukup malah ramai yg kata food tu sedap. Yup, saya akui memang sedap sebab tu dah 2 kali saya amik dengan Kak Rozie, sebab mmg mabeles Nasi Beriani dia. Hheheeh... Cuma, cuaca panas sgt hari tuh, kesian juga pada para tetamu dan peniaga yg terpaksa berpanas. Kami  pun tak terpikir masa nak pasang khemah yg cuaca panas akan menerjah bhg tuh dengan sangat lama. Maaf atas kekhilafan kami yer semua tetamu & peniaga. Next time mamang takkan bukak khemah kat area tuh lagi. Harus semuanya diletak betul2 depan opis barulah tk panas sangat ..:)

Me & Lyna with Kak Najla & Nawar
Kak Najlah & Nabila & Noina ..:)
Kak Najlah & Hasya & Alina

Saya rasa sangat penat hanya selepas Majlis berakhir, sampai skang masih rasa letihnya, tu lah lambat update blog. Hehehhee.. Nak menaip pun tak larat. Rasa cam nak rehat sampai minggu depan tapi tak boleh. Minggu nih saya ada kelas dan Seminar, so kena cepat2 siapkan semuanya. Sebab tuh saya gagahkan diri juga untuk menulis entry ini. :)  Saya secara peribadi ingin ucapkan terima kasih setulus hati pada semua yang hadir, baik peniaga mahupun saudara mara, rakan -taulan serta kenalan perniagaan. Terima kasih kerana menyokong kami. Begitu juga dengan FAME Parents yang hadir bersama FAMEKids mereka, sesungguhnya saya rasa sangat seronok dapat berjumpa dengan anda buat pertama kalinya. Ada juga yang saya  jumpa for the 2nd time like Put & Lope serta Obiyanya, Alina & Hasya memang jiran saya & Lyna and Fahry partner saya ..:) Tapi most of them memang 1st time jumpa. Saya secara jujur sangat kagum dengan mereka dan terus terang, saya rasa sangat "kecil" bila berhadapan dengan para ibu yang hebat ini. Sungguh! Ketabahan mereka membesarkan anak seistimewa Lope, Habib, Nabila Amjad, Aisya & Hasya buatkan saya rasa apalah sangat "keistimewaan" Zayra jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan seangkatannya. Memang patut saya malu besar kalau saya rasa sedih atau berduka disebabkan apa yang berlaku terhadap Zayra yg telah ditetapkan Allah SWT sejak azali lagi. Memang betul kata orang, sebelum kita bersedih dan menangisi nasib diri, cuma lihat keliling kita, kita akan rasa malu bila kita beria-ia sedih sedangkan orang lain yang anaknya lebih istimewa berbanding anak kita itu redha tanpa mengeluh sedikit pun dia atas apa yang telah berlaku. Sungguh saya kagum dengan semua FAME Parents ini. Andalah yang menjadi isnpirasi kami sebenarnya .:) Terima kasih. 

Hambek ko...! Glamer sungguh parents FAMEKids hari tuh! Dah macam artis kekdahnya kan? Hehehe
Habib yang manis tersenyum selalu. :) 
Nawar bersama Put & Idris a.k.a Lope yang sungguh maccho hari tuh!

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih pada para celebriti, media dan wartawan yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis ini. Antaranya ialah Wartawan dari Harian Metro, Sinar Harian & RTM melalui Rancangan Chiki Boomnya. Saya dapat SMS dari Farrah Deeba pd malam sebelum majlis, ketika beliau berada di Emergency Room @ SJMC, beliau tidak dapat hadir kerana kornea matanya tertusuk kuku anak ketika beliau nak tidurkan anak lelakinya. Matanya dah berbungkus dan dpt 3 hari MC. Terkejut sungguh saya dengar dan saya berdoa agar beliau cepat pulih. Pada keesokan harinya pula, saya terima SMS dari Salina Saibi, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM ke 22 yang beliau akan menghadiri Majlis ini. Gembira dan terharu saya kerana dalam kesibukan dan jadual Salina yang penuh dengan shooting, beliau cuba sedaya upaya memenuhi jemputan saya ke Majlis Amal ini. Begitu juga dengan celebriti dan model iaitu Kak Najlah bersama keluarga serta Nawar Anisah yang kini menjadi duta JAKEL. Saya sangat berterima kasih kerana dalam sibuk bekerja dan menjalankan urusan harian, mereka masih sempat meluangkan masa untuk menggembirakan para ibu bapa FAMEKids ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya. :) 
Nawar Anisah & Salina Saibi 
Kak Rara & Afiqah - Ahli my Chiki Boom bersama Quzayra
Sessi pemotongan riben sebagai simbolik pelancaran FAMEKids.
Dah potong riben, kita potong kek pulak. Kek di taja oleh Cik Ecar kita. Thanks dear ..:)
 
Abang Jack Dzull - sore sedap oooooo!

Semoga selepas ini, FAMEKids makin dikenali ramai seterusnya menjadi wadah kepada ibu-bapa yang mempunyai anak istimewa. Di sinilah tempatnya kita berkumpul, saling berkenalan, bertukar pendapat dan informasi serta cerita. Insya Allah, saya dan Lyna serta rakan-rakan FAMEKids yang lain ada plan few activities untuk para ibu bapa FAMEKids. Kami nak jadikan FAMEKids ni satu pertubuhan atau persatuan yang sah di sisi undang-undang, me & Lyna is working on it. Ini memudahkan kami untuk bergerak atas nama persatuan, kerana ada juga beberapa pihak yang suka dan seronok serta ingin bekerjasama dengan kami, syukur ke hadrat Allah kerana memudahkan perjalanan saya dan Lyna untuk berbakti dengan cara kami sendiri kepada masyarakat. Seperti yg saya katakan, we may be small but we're always strong and be together. Insya Allah. :) 

Best daddy lepakkkkk!
Me & Zayra bersama Salina Saibi
Kumpulan Mirwana

Dikesempatan ini juga, saya nak ucapkan personal thanks kepada penaja-penaja kami, diantaranya Lensa Gua yang bertindak sebagai Official Photographer, Ecar Cupcakes sebagai penaja Cake FAMEKids & Percetakan Alfa Gemilang sebagai penaja banner. Begitu juga mereka yang sama-sama menjadi penaja untuk goody bag yang diberikan kepada artis, wartawan dan para ibu bapa FAMEKids. Terima Kasih sekalung budi dari kami di Bling Lustre. :) 

Nawar bersama Amjad & Mommy. Budak bam bam yg hensem! 
Nawar bersama Ayue @ Mommy Aisya 
  Me & Zayra dengan Kak Najlah. Pipi gebush dan lembut jer kak Najlah nih. Hehhe

Kepada pelayar-pelayar laman blog ini, saya harap anda boleh membantu saya menyebarkan tentang pertubuhan FAMEKids ini kerana kuasa penyebaran ini ada dihujung jari anda. Saya gembira apabila dalam masa yang singkat selepas launching hari Ahad lepas, mereka yang mengenali dan "LIKE" FanPage FAMEKids telah pun hampir mencecah 200 orang. FanPage ini terbuka kepada semua, samada mereka yang ada anak istimewa mahupun tidak. Sokonglah kami dengan mencadangkan page ini kepada kawan-kawan sebagai tanda setiakawan dan semangat untuk sama-sama membantu dengan cara masing-masing. Setiap apa yang kita lakukan, jika yang baik, pasti mendapat balasan Allah SWT, itu lebih best dan berkekalan kan? :) Thanks in advance yerk kengkawan. 

Menerima penanda buku dr pihak Chiki Boom! Happy!
Comel btol tarian Chiki Boom ni dan sekarang- Qarissa sudah addicted to it!.
Bersama seluruh warga kerja Chiki Boom & Pengasas FAMEKids.
  
Till then, nantikan entry istimewa saya mengenai my one & only FAMEKid - Quzayra - hari Isnin ini ..:)


post signature

post signature

Thursday, May 5, 2011

Updates: 1st Year Anniversary & FAMEKids Launching Ahad Ini.

Saya mencuri-curi masa anak tidur untuk updates sedikit mengenai majlis besar yang akan kami adakan hujung minggu ini. Selagi tak habis, tak tenang saya rasa. Risau kalau ada yang tak cukup, terkurang, tak puas hati dan sebagainya. Sampai saya terpaksa (yer ..memang terpaksa...pity anak muridku yg genius!) batalkan kelas Level 4 saya hari Sabtu ini semata-mata untuk pastikan  majlis di hari Ahad berjalan lancar. Almaklumlah, kalau kira-kira, ada 4 celebration yang akan dibuat - 1st Year Anniversary, FAMEKids Launching, Birthday Combo Zayra, Aisy & Airy serta Mothers Day Celebration! Hambek ko! Semput dibuatnya. Memang tak cukup kaki tangan rasanya nak bergerak nih ha. Saya nak pastikan para  ibu bapa FAMEKids a.k.a our VIP's for that day rasa selesa dan gembira datang ke Majlis kami. Ni kiranya 1st time juga saya akan bertemu mereka dan anak-anak yang bukan sahaja genius tapi comel sungguh! Tak sabar rasanya menantikan detik pertemuan ini(Janganlah ko emo lebih sampai nangis Watie oii.. adoiii... pelik lah saya nih skang, kalau pasal baby & kanak-kanak atau ibu-ibu kan ..saya senang nak mengalir air mata tau .. tak yah nak paksa-paksa, baca entry Ben Ashaari pasal FAMEKids pun dah meleleh dah .. apa sajaaaaaa si Watie nih kan? ) Wakakakaka... 

Letih? Pergh..memang letih, di saat tiada helper dan hanya saya & suami yang saling membantu antara satu sama lain mengemas opis dan rumah, memang mencabar. Tak pernah-pernah htr baju dobi, dah hantar pun! Tak larat dah nak terkejar2 dengan anak dan rumah dan pejabat, macam nomad pun ada! Hhehehe.. Insya Allah, ada rezeki, dapatlah maid pasni ..:) So, apa saya nak update pada GBOB fan yer? 

Majlis akan dimulakan pukul 11 am- 4 pm, rasanya semua dah tau kan. :) Very santai, datang makan, sambil shopping-mopping di booth2 yang ada , ada 12 booth semuanya .. :) dan bergembira bersama CLOWN yang akan datang around 1 pm - 3.30 pm. Dalam pukul 12.30, celebriti jemputan & para wartawan serta media akan hadir dan selepas makan, mereka akan naik ke GBOB untuk bertemu para ibu dan anak-anak FAMEKids untuk sessi chit -chat dan ramah mesra. Selepas itu, mereka semua akan turun ke Scriptory Box untuk sessi perasmian FAMEKids- potong riben dan kek. Selepas sessi pemberian cenderahati dilakukan, semua akan turun ke bawah dan melawat booth-booth yang ada. Pejabat GBOB dan Scriptory Box akan ditutup dari pagi hingga pukul 2.30 pm, hanya AJK dan para ibu bapa FAMEKids sahaja yang dibenarkan untuk naik ke atas. Ini bagi memastikan mereka selesa anak-beranak di tempat yang disediakan khas untuk mereka. Nama pun VIP kami kan? Haruslah layan seperti VIP yer dak? :) 

Selepas artis dan celebriti berangkat pulang (atau mungkin masih ada bersantai-santai di majlis ini..), pada anggaran pukul 2.20 pm, Majlis Sambutan Hari Lahir Quzayra, Aisy & Airy akan dilakukan bersama Uncle Beyond, our Clown for the day. Bukan itu sahaja, ada games dan banyak hadiah untuk dimenangi anak-anak semua. Kalau sempat dan tak bz, Insya Allah Teacher Watie try to do few games utk semua kanak-kanak turut serta, kaalau tak sempat, nampaknya Uncle Beyond sorang jer lah turun padang yer. :)  

Siapa celebriti, artis @ media yang datang? Alhamdulillah, setelah berusaha mendapatkan few celebrities dan artis serta model untuk datang ke Majlis Pelancaran FAMEKids ini, inilah antara-antara wajah-wajah yang akan turut serta menjayakan Majlis ini. Sangat berterima kasih pada mereka kerana secara peribadi telah pun mengesahkan kehadiran ke Majlis ini dengan Watie. Harap tiada aral melintang pada hari tersebut yang mungkin akan menyebabkan mereka tidak hadir di saat akhir. Harap-harap semua dapat hadir. :) Ada juga few artis macam Salina Saibi, Irma Hasmie dan Fahrin Ahmad yang Watie hubungi untuk menjemput mereka datang tapi mereka tidak dapat mengesahkan kehadiran buat masa ini kerana nak cek jadual dulu. Kata mereka, jika di hari tersebut, tiada shooting, Insya Allah mereka akan sampai. Dan, yang memang tak dapat hadir kerana komitmen tugas seperti Pak Nil, Erra, Wardina, David Teo, Kak Engku & Isma AF (yang baru saja keguguran anak ke 6), Insya Allah, kalau ada rezeki, mungkin lain kali kita boleh berjumpa mereka. :) 

Farrah Deeba - Pengacara Nasi Lemak Kopi O & Pemilik Butik Pakaian Muslimah Najjah

Najlah Ishak - mantan Pengacara Wanita Hari Ini  (gambar ihsan FB Kak Najlah)

Nawar Anisah - pemenang Anugerah Aura Seri Dian - NUR , Semi Finalist- Gadis Jelita (Majalah Jelita), tempat kedua Pesona De Wajah Harmoni (Majalah Harmoni), tempat ketiga, Wanita Pilihan Berita Harian, Mantan Model Tudung Fareeda & yang terkini Duta Tudung Hajra keluaran terbaru JAKEL. (gambar ihsan kalerkita)
Jack Dzull - Penyanyi 80-an yang kini kembali mewarnai industri seni tanahair selepas merantau menimba pengalaman di Indonesia. Insya Allah, Abang Jack akan buat persembahan untuk menghiburkan kita semua pada hari tersebut. :) Thanks a lot Abang Jack & Kak Afiza. 

Hasnida Hanim (gambar ihsan FB Hasnida). Kalau majlis di pagi harinya cepat habis, Insya Alllah Hasnida juga akan menyertai kita bersama rakan-rakan personaliti  TV3 beliau. 

Dan, kelmarin Watie dapat panggilan dari pihak RTM melalui Rancangan Chiki Boom di mana mereka akan membawa kelima-lima Pengacara nya iaitu Kak Rara, Kristal, Mamat, Fiqah & Izaac ke Majlis ini untuk memeriahkan suasana selain membuat rakaman untuk slot Chiki Boom itu nanti. Terima Kasih khas Watie tujukan pada Produsernya Farah Syahnaz kerana sudi bertandang ke Majlis ini & buat coverage berkenaan dengan FAMEKids, semoga makin ramai para ibu bapa yang tahu akan kewujudan FAMEkids ini nanti Insya Allah ..:) Begitu juga dengan pihak akhbar Harian Metro yang akan datang membuat liputan tentang Pelancaran ini nanti. :) Kami ada juga memanggil media-media cetak yang lain serta para blogger yang berpengaruh untuk turut sama hadir dan memberikan sokongan dan lebih penting lagi, mewarwarkan tentang kewujudan FAMEKids ini di akhbar, majalah dan blog mereka, Insya Allah, mungkin ada yang akan hadir. :) 

Chiki Boom @ RTM. 

Begitulah serba sedikit updates berkenaan dengan majlis hujung minggu ini. Dan di sini juga Watie nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi menaja Majlis ini seperti PAG- Percetakan Alaf Gemilang yang menaja Backdrop dan Banner pada hari tersebut, Lensa Gua yang Jurugambar Rasmi pada hari tersebut dan CupcakeCaR yang menaja kek Anniversary & FAMEKids.Tidak lupa juga kepada penaja-penaja hadiah & souvenier pack kepada para artis, wartawan dan kanak-kanak pada hari tersebut. Watie belum dapat the whole list lagi. Insya Allah, bila barang dah sampai ke tangan, dah tahu nama syarikat @ orang perseorangan yang menaja, Watie akan update senarai yang ada. Apa pun, kami sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang bertungkus lumus memastikan acara pada hari Ahad ini berjalan lancar, kawan-kawan doakan semuanya smooth ok. Mode berdebar ni ..:) 

Sampai sini dulu my updates. Lots of things to finalise, so memang mengejar masa. :) Cant wait to meet uols this Sunday. Siapa yang belum register @ RSVP untuk dtg majlis ini, boleh register kat sini ok.



Jumpa anda hari Ahad ini! :) Temanya biru + pink okeh!. Saya attach sekali brochure untuk tatapan anda semua. 


post signature
post signature

Saturday, February 12, 2011

Our Next ECE Seminar Is On February!

Seperti yang dijanjikan semalam, saya dengan ini membuka pendaftaran untuk Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Genius Baby On Board. Seminar yang bertajuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Pertumbuhan Otak Bayi ini akan dijalankan pada akhir bulan February 2011. Sengaja saya buat akhir bulan February dan memberitahu anda pada akhir bulan January supaya mereka yang berminat mempunyai masa untuk mengumpul wang menghadiri Seminar ini.:) Kalau nak jimat lagi, register sebagai Early Birds dan boleh jimat banyak!

Seperti Seminar yang lepas, kali ini juga saya akan mengadakan Seminar ini pada hari Ahad di waktu pagi. Saya rasa jika saya lakukan Seminar ini pada waktu pagi, saya ada banyak masa untuk melayani pertanyaan dari para peserta saya. Harus saya ingatkan pada bakal peserta yang kemungkinan besar Seminar ini akan tamat lebih lewat dari yang dijadualkan kerana ia bergantung kepada sessi Q & A dan sharing dari para peserta yang hadir. Saya harap agar sesiapa yang berniat untuk menghadirkan diri di Seminar ini agar tidak membuat sebarang appointment dengan pihak lain di sebelah petang bg mengelakkan anda kelam kabut pada hari tersebut. Make sure every penny you spend to come to this Seminar worth okeh! So both of us akan puas hati, Insya Allah ..:) 

Kepada para Education Consultants @ Affiliates GBOB, anda bolehlah mula mempromosikan Seminar dan Bengkel yang akan kami adakan ini untuk mula menjana pendapatan dengan GBOB. Bengkel akan di adakan pada 6 February 2011 dan Seminar pada 27 February 2011. Siapa yang masih belum tahu, selain dari mengadakan program-program untuk ibu bapa, bayi dan kanak-kanak, kami juga mengadakan program untuk mereka yang ingin menambah pendapatan sampingan melalui GBOB. Cuma mempromosikan program dan servis serta produk di GBOB dan anda akan menerima ganjarannya. Its a win-win situation for both party, Insya Allah. I can't thank you more for sharing the benefits of our products and services to the public. :) Untuk maklumat lanjut, bolehlah emel ke geniusbabyonboard[a]gmail.com .

Ok.seperti biasa yang Watie tempel dalam entry berkenaan Seminar, berikut adalah maklumat yang akan dikongsikan ketika seminar:



  • Apakah Maksud Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Education @ ECE) 
    • Apa yang Anda Faham tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak 
    • Definasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Negara 
    • Bila Kita Seharusnya Bermula Untuk Mengajar Anak?
    • Apakah Pendapat & Pilihan Yang Ada?
    • Mengapa Mesti Bermula Seawal Usia?
    • Anatomi Otak & Kaitannya Dengan Fasa Perkembangan Anak Anda
    • Kuasa Otak Bayi & Sambungannya 
    • Apakah Maksud "Windows Of Opportunity". 
    • Mitos & Fakta Tentang Otak Bayi 
    • Stimulasi Ketika Mengandung 
    • Bagaimana Otak Anak Anda Berkembang?
    • Bagaimana Memaksimumkan Potensi Bayi Anda
    Di bawah ini adalah maklumat tentang Seminar yang bakal diadakan:


    Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
    Tarikh:  27 February 011 (Ahad)
    Masa: 9.30 pg - 3 pm (bergantung pada sessi Q & A)
    Maximum Participant: 10 pax (first come first serve basis-with full payment)
    Price: RM 199 /pax
    * untuk mereka yang membayar sebelum 30 Januari 2011, diskaun sebanyak RM 49 akan diberikan. Anda hanya perlu membayar RM 150 sahaja. *

    GBOB juga menyediakan mempunyai pakej-pakej menarik untuk anda. Anda boleh memilih satu pakej seperti di bawah dan sekiranya anda berada di bawah kategori Husband & Wife dan ingin mendaftar sebagai Early Birds, maka sila gunakan harga Early Birds di atas dan anda akan jimat lagi RM 50. :) Menarik kan..:)

    Pakej Early Bird
    Pakej Keluarga
    Pakej Member Get Member 
    (Affiliates GBOB tidak boleh menggunakan Pakej di atas kerana anda telah menerima komisen hasil recommendation anda.  ) 

    Bagi yang berminat untuk menghadiri seminar ini, anda boleh membuat pembayaran ke dalam akaun Genius Baby On Board samada melalui Maybank atau CIMB. Selepas pembayaran dibuat, sila emelkan bukti pembayaran kepada pihak kami di geniusbabyonboard@gmail.com. Pihak kami akan memberikan anda borang pendaftaran untuk di isi sebagai rujukan pihak kami. Berikut adalah maklumat akaun pihak GBOB:

    Nama: Genius Baby Resources
    CIMB: 1290 000 1364 059
    MAYBANK: 5628 4310 1387

    Sekiranya anda mempunyai soalan yang ingin ditanyakan, bolehlah anda isikan borang pertanyaan di bawah ini   dan pihak kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin. 





    *

    *

    *

    *
    *
    contact form faq
    verification image

    Contact form powered by 123ContactForm

    Kami akhiri entry kali ini dengan Testimoni yang kami rakam khas dari peserta Mini Seminar kami yang pertama, Puan Nini dari www.adrinis.com.  

    Puan Nini dari Adrinis - www.adrinis.com

    Anda juga boleh membaca maklumat lanjut mengenai Seminar yang pernah Watie tulis entrynya di bawah:





    Di bawah ini pula adalah Testimoni & Feedback Form dari peserta-peserta kami yang hadir sebelum ini ke Seminar ECE @ GBOB :




    Sekian dulu entry Watie kali ini, jumpa lagi di entry akan datang. Nak bersiap sedia untuk Charity Bazaar esok nih. Jangan lupa singgah booth kami tau kengkawan. Kat Twin Tower Fitness Centre, KLCC. Booth number 3. Dah masuk Lobi Petronas tuh, turun jer bawah ..mesti jumpa TTFC tuh, tapi kena masuk dan turun bawah lagi, baru jumpa Basketball courtnya dan baazarnya. :) Pastu ada kelas pula Playgroup pula hari Sabtu dan Ahad. Petang Sabtu ada Moms Day Out juga dan pagi Ahad ada Felt Craft di Scriptory Box. Wahhhhh..memang penuh jadual saya nih oiiii! Pening ahcik nokss.. tapi alhamdulillah ..masih boleh control diri. Insya Allah..  Hehehhee...Saya rasa saya banyak betul hutang entry dalam blog ni tau ..Adoi..masa begitu mencemburui saya lah.. How I wish masa lambat berlalu atau saya ada 56 jam sehari. Hehehhee..(Jangan bersungut Watie oi... ur time mgmt tuh betulkan dulu ..ekekkekek)

    post signature



    post signature

    We're Meant To Be Together..

    My Baby Can Read!

    early reading