Who Is Rania Qarissa?
Permata hati kami yang pertama.Hadirnya dia menamatkan penantian hampir 2 tahun kami berdua.
Kehadirannya penuh bermakna, penuh kegembiraan. Sejak kehadirannya, aku semakin mencintai Pendidikan Awal Kanak-Kanak, aku cintakan stimulasi dan dia adalah "bahan ujikaji" yang sangat aku sayang. Ketika usianya 1 tahun, dia sudah pandai "membaca".Ketika usianya 17 bulan, dia sudah mula membaca dengan suara yang kuat. Padanya tercurah segala cinta dan pengorbanan. Semoga dia menjadi anak; kakak yang bertanggungjawab dunia & akhirat. Insya Allah

Who Is Rania Quzayra?
Cinta Hati kami yang kedua. Lahirnya menyemarakkan kasih sayang kami sekeluarga. Anak yang bertuah dan terpilih, dilahirkan sebagai bayi tanpa tulang di tangan kanan, yang berlaku dalam 1 : 32,000 kelahiran. Nama saintifiknya Symbrachydactyly. Keyakinanku terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak semakin tinggi dan aku tidak menunggu lama untuk menstimulasi Quzayra. Sejurus selepas kelahirannya, stimulasi dilakukan sehingga kini. Hasil stimulasi yg berterusan, Quzayra pandai "membaca" seawal usia 5 bulan. Sangat aktif dan bijak berbanding dengan kakaknya ketika usia yang sama. Kelahirannya membawa seribu erti, selautan kasih sayang dan segunung barakah. Dengan rezeki yang diberikan Allah SWT, kami kini menceburi satu lagi bidang perniagaan & menubuhkan Genius Baby On Board, iaitu pusat sehenti & aktiviti serta pendidikan untuk bayi & kanak-kanak.