Showing posts with label Advertorial. Show all posts
Showing posts with label Advertorial. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Parenting Seminar & Motivation Talk by Genius Baby On Board: 1 Mei 2013

post signaturePARENTING & MOTIVATION SEMINAR: 
KUASA OTAK ANAK: BAGAIMANA MENINGKATKAN KEPINTARAN MEREKA TANPA TEKANAN? 



Antara Topik Utama Yang Akan Dibincangkan: 

 # Psikologi Bayi & Kanak-Kanak
 # Bila Seharusnya Bermula Untuk Mengajar Anak?
 # Mengapa Mesti Bermula Seawal Usia? 
# Anatomi Otak & Kaitannya Dengan Fasa Perkembangan Anak 
# Bagaimana Otak Anak Berkembang? 
# Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Anak Dengan Mudah? 
# Kuasa Otak Anak & Potensinya 
# Pengendalian anak-anak yang mempunyai isu tingkah laku 

Objektif UTAMA Seminar & Motivasi ini: 

1: MENGUBAH secara TOTAL pandangan Ibu Bapa tentang Pendidikan Awal Bayi & Kanak-Kanak dan betapa PENTINGNYA STIMULASI dalam 6 tahun PERTAMA hidup seseorang anak itu. 

2: Memberi kesedaran Ibu Bapa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak bukan setakat Alif Ba Ta, 123 dan ABC sahaja, ia lebih besar dari apa yang kita semua sangkakan. 

Output Seminar: 

1: Peserta yang hadir akan melihat "PENDIDIKAN AWAL" ini dengan dimensi yang berbeza dari apa yang mereka fahami selama ini dan Insya Allah, mengubah diri menjadi Ibu Bapa yang lebih bersemangat dan bermotivasi dalam menggunakan masa yang "sedikit", yang masih ada, untuk menstimulasi anak syurga masing-masing. 

2: Tidak menjadikan alasan "sibuk bekerja" untuk tidak menunaikan HAK anak dalam menerima pendidikan di rumah kerana telah mengetahui teknik-teknik yang boleh diaplikasikan serta merta untuk meningkatkan kepintaran anak dengan cara yang mudah, menyeronokkan dan berkesan. 

3: Setelah memahami fungsi otak & psikologi anak dlm seminar ini, para peserta akan menginsafi bahawa: Untuk melihat perubahan berlaku pada diri anak, Ibu Bapa yang WAJIB BERUBAH DAHULU! Insya Allah, melalui penerangan yang detail, para Ibu Bapa akan lebih menghormati anak, sabar dan merendah diri setiap kali bermain dengan anak kerana sudah memahami fitrah sebenar anak mereka. 

Tarikh & Lokasi: 1 Mei 2013 (Rabu), 9 pg - 5pm, Dewan Kuliah KISMEC (Kedah Industrial Skills & Management Development Centre), Sungai Petani, KEDAH. 

Harga: 
RM 170 seorang (Harga Early Bird sblm 30 Mac 2013) 
RM 199 seorang (Harga bermula 1 April 2013) 
RM 350 (harga suami isteri /psgn bermula 1 April 2013) 

*untuk harga suami isteri / psgn sebelum 30 Mac 2013, sila gunakan harga Early Bird RM 170 untuk pendaftaran. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Watie 016-2033340 atau emel ke geniusbabyonboard@gmail.com. Sila isikan borang di bawah selepas pendaftaran dibuat bagi memudahkan semakan.

https://docs.google.com/forms/d/1_6KtOF_JmcA0g9OgRupQmiC978hea7_ayAxsMs1c4E4/viewform

Kongsikan maklumat di atas jika anda rasa ia dapat mengubah hidup para Ibu Bapa yang anda kenali, Insya Allah. :)

post signature
post signature

Wednesday, August 29, 2012

Seminar ECE 17 September 2012: Pendaftaran Di Buka Sekarang!

Seperti yang saya beritahu siang tadi di Fanpage Genius Baby On Board, saya dengan ini membuka pendaftaran untuk Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk bulan September, seminar yang ketiga yang di adakan pada tahun 2012 ini. Seminar yang bertajuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Pertumbuhan Otak Bayi ini akan dijalankan pada 17 September 2012, iaitu pada hari Isnin, sempena cuti ganti Hari Malaysia yang jatuh pada hari Ahad 16 Sept 2012.

Seperti Seminar yang lepas, kali ini juga saya akan mengadakan Seminar ini pada waktu pagi. Saya rasa jika saya lakukan Seminar ini pada waktu pagi, saya ada banyak masa untuk melayani pertanyaan dari para peserta saya. Harus saya ingatkan pada bakal peserta yang kemungkinan besar Seminar ini akan tamat lebih lewat dari yang dijadualkan kerana ia bergantung kepada sessi Q & A dan sharing dari para peserta yang hadir. Saya harap agar sesiapa yang berniat untuk menghadirkan diri di Seminar ini agar tidak membuat sebarang appointment dengan pihak lain di sebelah petang bg mengelakkan anda kelam kabut pada hari tersebut. Make sure every penny you spend to come to this Seminar worth okeh! So all of us akan puas hati, Insya Allah ..:)

Di bawah ini adalah maklumat tentang Seminar yang bakal diadakan:

Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh: 17 September 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pg - 3 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
Alamat: Genius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 5 September 2012 (Rabu), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *
Pakej Suami Isteri: RM 350 / couple. (Jika anda mendaftar awal @ Early Bird, sila gunakan harga RM 170/pax di atas. )

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387

Sila emelkan bukti pembayaran anda ke geniusbabyonboard@gmail.com dan pihak kami akan mengemelkan borang penyertaan kepada anda untuk di sini bagi proses penyediaan Sijil Kehadiran. Siapa yang patut hadir di Seminar ini?


  • Ibu & Bapa @ Penjaga Anak-anak Syurga:)
  • Guru-guru Taska @ Tadika
  • Ibu Mengandung & Bakal Ayah
  • Mereka yang berminat dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Semua yang terlibat dalam tumbesaran bayi & anak-anak anak sehingga usia 6 tahun.


Semoga anda mengambil kesempatan dan sisa-sisa masa yang masih ada untuk menambah ilmu dalam membesarkan anak-anak syurga anda. Memandangkan Watie begitu sibuk di hujung minggu dengan kelas Playgroup, Watie menggunakan sepenuhnya masa cuti ganti pada hari biasa untuk menjalankan Seminar ini agar ilmu & pengalaman yang saya ada dapat dikongsi dengan anda semua, semoga Allah SWT memberkati usaha ini dan kita semua diberi kesihatan dan kelapangan masa untuk sama-sama menambah dan berkongsi pengetahuan, Insya Allah.

Jumpa anda di GBOB!

post signature

Friday, March 30, 2012

Seminar ECE 1 Mei 2012: Pendaftaran Di Buka Sekarang!!


Seperti yang saya beritahu siang tadi,  saya dengan ini membuka pendaftaran untuk Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk bulan Mei, seminar yang kedua yang di adakan pada tahun 2012 ini. Seminar yang bertajuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Pertumbuhan Otak Bayi ini akan dijalankan pada 1 Mei 2012, bersamaan dengan cuti umum yang jatuh pada hari Selasa.. Sengaja saya memberitahu anda pada akhir bulan Mac supaya mereka yang berminat mempunyai masa untuk mengumpul wang bagi menghadiri Seminar ini.:) Kalau nak jimat lagi, register sebagai Early Birds dan boleh jimat lebih lagi!

Seperti Seminar yang lepas, kali ini juga saya akan mengadakan Seminar ini pada waktu pagi. Saya rasa jika saya lakukan Seminar ini pada waktu pagi, saya ada banyak masa untuk melayani pertanyaan dari para peserta saya. Harus saya ingatkan pada bakal peserta yang kemungkinan besar Seminar ini akan tamat lebih lewat dari yang dijadualkan kerana ia bergantung kepada sessi Q & A dan sharing dari para peserta yang hadir. Saya harap agar sesiapa yang berniat untuk menghadirkan diri di Seminar ini agar tidak membuat sebarang appointment dengan pihak lain di sebelah petang bg mengelakkan anda kelam kabut pada hari tersebut. Make sure every penny you spend to come to this Seminar worth okeh! So all of us akan puas hati, Insya Allah ..:) 

Di bawah ini adalah maklumat tentang Seminar yang bakal diadakan:



Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi 
Tarikh:  1 Mei 2012 (Selasa)
Masa: 10.00 pg - 3 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
AlamatGenius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 15 April 2012 (Ahad), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *
Pakej Suami IsteriRM 350 / couple. (Jika anda mendaftar awal @ Early Bird, sila gunakan harga RM 170/pax di atas. )

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387

Saya melihat kembali entry yang saya tulis sebelum ini dan membacanya bait demi bait. Tentang betapa pentingnya ECE itu, dan ia bukan lagi sesuatu yang OPTIONAL tetapi adalah satu HAK yang wajib kita tunaikan sebagai ibu bapa dalam  menjaga amanah Allah SWT. Dan sungguh! Saya rasa terkesan dengan  penulisan itu, dan saya suka sekali ingin berkongsi bersama anda sekali lagi. Mungkin kali ini dan juga pada masa akan datang. Kerana kita ini mudah LUPA, dan seringkali tersasar. Dengan pembacaan yang berulang-ulang, berkali-kali, Insya Allah, kita akan ingat apa tujuan kita memberikan pendidikan awal ini kepada anak-anak. Apa nawaitu kita, dan bagaimana kita bertindak mengatasi cabaran-cabaran yang mungkin berlaku di sepanjang proses perkembangan anak-anak kita. So here we go ...let us remind ourself again & again ...:)

***************************************************************

Berkenaan Seminar ECE pula, Watie memang agak teruja dan berdebar juga, almaklumlah, dah lama juga tak buat Seminar kan.. ehhehe.. teruja sgt sebab ada banyak mender nak kongsi dengan para ibu bapa ni semua, kerana pengalaman Watie pun dah bertambah seiring dengan pertambahan usia (tua dah aku ni noksss..), pengalaman sendiri dan pengalaman org lain, ujikaji dan research serta penemuan sendiri melalui anak-anak dan pelajar-pelajar Watie membuatkan Watie rasa ECE ini bukan lagi sesuatu yang optional atau pilihan pada ibu bapa, bukan lagi sesuatu yang "kita buat kerana org lain buat", bukan lagi sesuatu yang "kalau ada masa buat baru nak buat", bukan lagi "tunggu dia besar lah baru htr sekolah, kesian nak pressure anak-anak kecil" dan 1001 lagi ALASAN yang diberikan semata-mata untuk menutup kelemahan diri kerana tidak berjaya mengaplikasikan ECE pada anak-anak. Pendidikan awal kanak-kanak adalah satu HAK, HAK dan HAK anak-anak kita yang TIDAK BOLEH KITA ABAIKAN SAMA SEKALI walau sesibuk mana pun kita, walau sebesar @ sekecil mana pun pangkat kita, walau sebesar @ sekecil mana pun gaji yg kita terima setiap bulan! Ini adalah HAK yang WAJIB kita tunaikan pada setiap anak-anak kita, tidak kira apa saja kelebihan dan kekurangan yang ada pada anak kita. Jangan sebab anak kita ada sedikit kekurangan dari segi fizikal, percakapan, perbuatan, perangai atau apa sahaja yg kita rasakan "memberi masalah", kita abaikan HAK anak kita dan kemudian menyalahkan takdir. Lepas tuh, dengan nada merendah diri (kononnya..) kita kata "Saya redha!". Gunalah bahasa dengan betul. Jgn cakap "Saya redha" selagi kita belum berusaha sehabis baik merubah keadaan. Dalam bahasa direct yg saya nak guna *maaf kalau ada yg tak suka, sila baca dengan gaya kerek, hehhee* "DEAL WITH IT!!!" Itulah warna warni kehidupan kita. Itulah yg harus kita hadapi dalam membesarkan anak-anak. Apabila kita sudah lakukan sehabis baik, sepenuh daya dan adanya perubahan *walaupun sedikit* dalam diri anak kita, ia adalah satu ganjaran yang lebih besar daripada wang berjuta! It's priceless, believe me!


Kenapa Watie cakap macam ni? Kerana Watie dah melaluinya dan masih berusaha membantu anak Watie dealing with her deficiency, sebab tu Watie berani cakap. Kalau sapa masih ingat, Watie ada ceritakan dalam entry INI bagaimana perlakuan @ behaviour Qarissa berubah selepas ketiadaan maid, dia tantrum dengan  sangat teruk secara tiba-tiba, ditambah pula dia agak lambat bercakap dan tidak sesosial seperti mana yang Watie inginkan walaupun dari usia seawal 3 bulan, Watie dah bawa dia ke Gymboree untuk bersosial. She's ok with friends but most of the time she like to be alone. Then, bila campur dengan anak-anak my eldest sister masa awal2 Watie takder maid dulu, baru nampak yg Q needs help in social & interaction skills, lebih lagi dari apa yang Watie lakukan selama ini. Straight away Watie bawak Qarissa to diagnose her sebab nampak ada tanda-tanda ASD (Autistic Symptom Disorder) dalam dirinya. First diagnosed, Doktor kata its a mild one on behaviour and speech dan ada banyak faktor luaran yang mungkin menjadi penyebab berlakunya keadaan sedemikian, lagipun its too early to tell sebab Q baru 2 tahun 9 bulan masa tu. Then the 2nd appnt & diagnosed at 3 years 3 months, Dr kata she's not an ASD and very normal for children to act & behave like that *kena bebel summore sebab dia kata I anxious  sgt*. Apa pun istilah, label atau komen yang Doktor berikan, hanya satu yang bermain di kepala Watie ketika itu, "HOW I CAN HELP MY DAUGHTER  TO OVERCOME THIS & BECOME BETTER?" Seriously, itu sahaja yang Watie fikirkan ketika itu. Yang lain tolak tepi! Of course, as a mother, ada sedikit rasa terkilan kerana perkembangan sosial & komunikasi anak kita agak kurang berbanding anak orang lain walaupun kelebihannya yg sangat ketara adalah her reading skills, tapi dah namanya pun manusia, kita tidak akan pernah puas! But again...Watie tidak sekali-kali membenarkan perasaan terkilan itu menghalang Watie dari melakukan apa yang sepatutnya Watie lakukan as a mother. Bersyukur juga kerana Watie bergiat dalam bidang ECE consultation & motivation, Watie dapat merubah keadaan negatif kepada positif  dengan cepat dan back on track as soon as I know my daughter needs help. Kerana apa?? Kerana Watie tahu itu adalah HAK anak Watie untuk dapat rawatan yang terbaik dalam mengatasi kekurangan dirinya. Hingga kini, Watie masih lagi membantu bukan sahaja Qarissa, tetapi juga Zayra dalam melayari kehidupan kanak-kanak mereka dengan penuh gembira dan penuh dgn ilmu serta skill kehidupan tanpa mereka sedari - kerana semuanya dalam bentuk PERMAINAN dan TANPA TEKANAN! Ia tidak akan terhenti setakat ini, ia akan berterusan sehinggalah mereka boleh berdikari sendiri, tidak kira berapa lama masa yang mereka perlukan untuk berdikari sendiri. Dan apabila perubahan positif dalam diri Qarissa berlaku hari demi hari dengan penuh kejaiban, ia adalah satu momen indah yang tidak dapat diganti dengan segunung  @ selautan wang, intan mahupun berlian! Its totally priceless that I can't describe in words!! Itulah kepuasan hakiki yang Watie rasakan sebagai seorang ibu. From time to time, pasti akan ada sahaja kerenah anak kita yang kita sendiri tidak dapat gambarkan atau bayangkan apa yang akan berlaku di masa akan datang, tetapi kita pasti akan mengharungi dengan penuh gigih tanpa mengeluh sedikitpun kerana kita tahu, kita sudah pun menunaikan HAK anak kita untuk mendapat yang TERBAIK dalam hidupnya!

Mesti pembaca semua pelik kan, kenapa si Watie ni membebel bukan main panjang mukadimahnya, dan ianya hampir tiada kaitan dengan Seminar yang bakal dilakukan? Hehehe.. If you think that this whole story  is not related at all,  let me tell you that you're TOTALLY WRONG!! my dear readers. Yesss!! This Seminar is NOT ABOUT YOUR GENIUS CHILD! It's ABOUT YOU!!! It's ALL ABOUT YOU! Anda tidak perlu risaukan anak anda di rumah, mereka baik-baik sahaja, mereka memang genius! Apa yang sepatutnya anda risaukan adalah DIRI ANDA SENDIRI!!! How you change your mindset towards the ECE that counts! Itu yang sepatutnya perlu anda risaukan sekarang! Bagaimana anda melihat betapa pentingnya ECE dalam kehidupan awal anak anda sehingga anda sanggup mengenepikan masa anda, wang ringgit anda dan tenaga anda hanya untuk  "belajar menjadi bayi dan kanak-kanak semula??" Selepas anda faham betul-betul tentang perkara ini, percayalah cakap saya, "YOU WILL DO ANYTHING WITHIN YOUR POWER & WHATEVER IT TAKES TO GIVE THE BEST FOR YOUR CHILD!!!"

Saya terpanggil untuk menulis entry dengan gaya begini kerana saya dapati sgt ramai, terlalu ramai ibu bapa yang inginkan anak mereka menjadi pandai, bijak, cerdik, smart, genius dan pelbagai istilah lagi sehingga mereka terlupa bahawa ANAK ITU SEMEMANGNYA DILAHIRKAN GENIUS!!! Mereka terlupa bahawa MEREKALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENJADIKAN ANAK MEREKA TIDAK GENIUS LAGI! Apa yang terakam dalam otak dan minda kita selama ini sebagai ibu bapa adalah - "25 A1 adalah GENIUS!" atau "Masuk OXFORD di usia 10 tahun adalah GENIUS!" atau "Membaca di usia 1 tahun adalah GENIUS!!" *erkkk..macam perli diri sendiri jer..?ekkekek..and the list goes on...Biarlah saya berterus-terang di sini. Anda TIDAK AKAN DAPAT ITU di SEMINAR saya. Apa yang anda akan dapat adalah satu kesedaran dan keinsafan betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, betapa singkatnya masa yang kita ada dalam menunaikan HAK anak-anak kita dan mengapa kita harus melakukan semua ini di awal-awal kehidupan mereka. Its a TURNING POINT for all of you, I can say that. Ia akan merubah pandangan anda 100% terhadap pendidikan awal itu sendiri. Dan, Insya Allah, anda akan jadi org yg berbeza selepas anda melangkah keluar dari pejabat GENIUS BABY ON BOARD nanti. Anda adalah ibu bapa yang baru, yang mengerti kenapa anda harus  memberi pendidikan awal kepada anak-anak, anda tidak lagi memandang enteng atau memandang rendah pada ECE atau lebih teruk lagi, mengutuk atau memperlekehkan mereka yang mengaplikasikan ECE pada anak masing-masing. Kerana anda sudah betul-betul mengerti apa ECE itu sebenarnya. Ia lebih besar dari 25A1 yang anda harapkan dari anak anda, lebih penting dari masuk Oxford di usia 10 tahun yang anda impikan akan berlaku dalam kehidupan anak anda malah lebih bermakna dari membaca di usia 1 tahun yang anda inginkan dari anak anda. Ia sememangnya lebih dari itu pembaca yang tersayang. Percayalah, ia lebih dari itu..Sebab itu saya katakan -  It's NOT About Your GENIUS Child, It's All About YOU! 


Something to think about before I end the entry:

  • Jika saya tidak mengubah diri saya menjadi lebih POSITIF tatkala mendengar khabar yang anak kedua kesayangan saya cacat di tangan kanan ketika kelahirannya, adakah anda rasa saya akan kembali berblog? Mewarwarkan dan memberitahu kepada dunia seolah-olah bangga bahawa anak kedua saya dilahirkan kekurangan dari segi fizikal, yang mana ketika itu nama saya sudah agak dikenali ramai dikalangan para bloggers yang mengikuti kisah anak sulung saya?? 
  • Jika saya rasa saya ini sudah CUKUP BAGUS dan PAKAR dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, adakah anda rasa saya akan berterus terang pada anda semua, hakikat yang saya juga ada melakukan kesilapan yg saya akui dalam entry "Mencacatkan Anak Sendiri", yang dibaca ribuan orang hujung tahun lepas? Bukankah ia seperti "membuka pekung di dada" kepada seluruh dunia, yang mana artikel tersebut turut di kongsi bersama rakan-rakan & keluarga terdekat, sedangkan ketika itu saya sudah mempunyai follower tegar, samada secara nyata dan silent reader, saya juga ada pelanggan tetap dan perniagaan yang berkaitan dengan ECE seperti Playgroup, Seminar & Bengkel? Mengapa harus saya berbuat begitu?
  • Jika saya ambil mudah, ego dan berada dalam "in denial" state tatkala saya menyedari yang anak sulung saya memerlukan bantuan dari segi social dan interaction, adakah anda rasa saya akan segera berjumpa Doktor di PPUM utk mendiagnosis anak saya, dan demand pada Doktor Kanak-Kanak di sana yang saya inginkan Sessi Occupational Therapy untuk saya dan anak hadiri bersama bagi membantu mengatasi kekurangan tersebut? Bukan itu sahaja, walaupun pertemuan kali kedua dengan Doktor mengatakan yang anak sulung saya ok-ok sahaja, nothing to worried about, saya masih tetap mahu hadir ke Sessi Therapy tersebut dan melakukan aktiviti-aktiviti permainan dengan lebih fokus yg khusus untuk meningkatkan skill anak saya di rumah. Kenapa harus bersusah payah selepas diberitahu berita gembira itu? 
Hanya SATU SAHAJA jawapan untuk semua soalan di atas  iaitu : It's ALL ABOUT ME!! Saya yang menentukan apa yang saya ingin lakukan terhadap kehidupan saya dan kehidupan anak-anak kecil saya! Saya mengambil sikap - Sebelum saya mengubah anak-anak saya, keluarga saya, mengubah anda semua dan mengubah orang lain, saya MESTI mengubah diri saya sendiri! Saya mesti melawan rasa takut saya, rasa malu saya, saya negatif dalam diri saya dan segala macam perasaan berbaur yang timbul ketika berada dalam situasi-situasi yang boleh dikatakan "sukar" seperti di atas. Sememangnya ia sgt mencabar, dan seperti yang saya tulis dalam rangkap kelima di atas, itulah yang saya katakan pada diri saya sendiri setiap kali saya berhadapan dengan situasi seperti ini - "DEAL WITH IT! DEAL WITH IT WATIE!", dan secara perlahan-lahan, saya berjaya mengusai akal dan fikiran saya untuk melakukan perkara yang harus saya lakukan sebagai seorang ibu, kerana saya cuba sedaya upaya saya untuk meletakkan HAK anak-anak saya ditempat yang sepatutnya ia diletakkan. 

Melalui cerita-cerita dalam entry saya selama ini, anda boleh lihat yang saya lebih suka gunakan pengalaman saya sendiri kerana secara peribadi, itu lebih berkesan kerana saya bercerita dari hati. Lagipun, saya berpendapat yang blog ini juga adalah diari kehidupan saya dengan keluarga dan anak-anak, bila mereka besar nanti, saya ingin mereka baca apa yang telah saya lalui sepanjang membesarkan mereka dan saya ingin mereka tahu yang saya bangga menjadi ibu mereka walau siapa pun mereka, walau bagaimana pun keadaan dan tingkah laku mereka ketika kecil. Di samping itu juga, saya ingin semua pembaca saya tahu yang saya ini juga ibu biasa, sama seperti anda semua, yang mungkin melakukan kesilapan dengan anak-anak tanpa saya sedari, yang kadangkala saya gagal mengawal emosi marah saya ketika anak-anak saya buat perangai, dan kemudian saya melakukan perkara yang membuatkan saya menyesal ketika emosi saya kembali stabil. Kita semua manusia biasa, kesilapan itu sering saja melingkari hidup kita, walaupun betapa bagusnya kita, walaupun betapa hebatnya kita di mata orang. Saya ingin anda tahu yang tiada sesiapa pun yang sempurna di sini, saya buat silap, anda juga buat silap. Apa yang lebih penting, adalah MENYEDARI KESILAPAN itu dan BERUSAHA MEMPERBAIKINYA secepat mungkin. Ia bukannya mudah, itu saya akui, kita semua ada ego masing-masing, bagaimana kita mengawal ego dalam kembara mencari satu ilmu yang sebelum ini tidak pernah @ kurang kita ambil tahu, bukanlah sesuatu yang mudah. Terus terang saya katakan, satu ketika dahulu, saya bukanlah WATIE seperti yang anda kenal sekarang dr segi "tahap kesabaran" dengan anak-anak kecil. :)   Siapa sangka, kini saya dikelilingi bayi dan kanak-kanak hampir setiap hari. Dan saya percaya, ianya kerana frasa "It's All About ME!". Saya yang inginkan ianya berlaku, saya sedia berubah demi untuk memastikan ianya berlaku dan saya sanggup menghadapi cabarannya kerana sayalah yang menentukan, membenarkan dan merelakan ianya berlaku dalam hidup saya. Anda bagaimana? Bersediakah anda berubah demi anak anda???


***************************************************************
Jika  YA, jumpa saya di Seminar ini pada 1 Mei 2012 - Selasa @ 10 am. Cuti hari pekerja, dan kita bekerja untuk membahagiakan anak & keluarga, maka ambillah kesempatan hari cuti ini untuk mendapatkan satu ilmu yang sangat berguna, sebagai pelaburan untuk anda gunakan bukan hanya untuk anak yang ada, tapi juga untuk anak yang bakal tiba di masa akan datang, Insya Allah ..:) Jumpa anda 1 Mei ini..Salam sayang..

post signature

post signature

Friday, March 9, 2012

Jemputan Untuk Semua: Majlis Perasmian GBOB JB, Ahad 11 Mac 2012.

Diam tak diam, dah nak masuk hari Sabtu dah kan? Sekejap betul masa berlalu. Sekarang ni, Watie rasa memang 5 hari dari Isnin - Jumaat tuh, sangatlah cepat, rasa banyak btol mender yang tak siap, tapi dah hari Jumaat, nak masuk weekend dan Sabtu / Ahad memang hari kerja saya. Tu baru anak dua, kalau anak masuk 3-4 orang, tak tahulah bagaimana hari saya agaknya yer? Hheheheh...mau "makan tanah" jugak lah kot .. tak cukup kaki tangan nak buat semua. Baru anak dua yerk...dah kelam kabut, mak saya anak 7 ok jer relax..ehhehe.. manalah saya tak repect family yg ada lebih dr 3 anak nih ..mmg salute lah ..nak-nak ibu yang jaga sendiri anaknya tanpa bantuan maid, memang really deserve a respect! 

Minggu ni, Watie terpaksa batalkan kelas di HQ sebab Watie akan ke Johor Bharu bagi merasmikan pembukaan cawangan baru GBOB di sana pada hari esok, iaitu  Ahad, 11 Mac 2012 ini. Bukan tiada Teacher yang boleh handle kelas, tapi kalau Watie tiada dalam kelas, rasa tak sedap pula, lagipun Watie juga perlukan rehat sebelum ke JB. Nanti sampai JB muka toya dan penat pun tak best kan Hehhehe...Alhamdulillah, setakat entry ini ditulis, partner Watie Teacher Aida sudahpun memulakan kelas pertama untuk Module 1 bermula 4 Mac yang lalu. Dah ada lebih kurang 5 orang students yang mendaftar dan slot kosong masih ada 5 lagi sebelu kita tutup pendaftaran untuk Session pertama ini. Syukur saya kerana sambutan di JB juga agak menggalakkan. Banyak juga feedback dan testimoni yang diterima memberitahu yang mereka sukakan kelas Playgroup @ GBOB dan anak-anak mereka ingin datang lagi. Happy rasa. Pada parents yang baru datang Trial for the 1st time, anda boleh datang sekali lagi kerana kami membenarkan anda untuk menghadiri 2 sessi Trial sebelum membuat keputusan untuk mendaftarkan diri. Macam di Lembah Klang, GBOB HQ khasnya,, ada juga parents yang tak mahukan kelas Trial kerana mereka dah set in mind yang mereka nak join terus kelas di GBOB. Memang saya rasa terharu sekali kerana begitu tinggi kepercayaan yang diletakkan di bahu kami, mereka percaya dengan kebolehan dan pihak kami mengendalikan kelas sebegini sehingga tidak perlu untuk melihatnya terlebih dahulu walaupun saya menggalakkannya. Terus datang dan enroll. Semudah itu! Memang saya rasa sangat bangga dan dalam masa yang sama berazam untuk membuktikan yang pelaburan ibu bapa ini PASTI AKAN BERBALOI. Insya Allah.


Watie ingin mengambil kesempatan di laman blog ini untuk menjemput anda semua, terutamanya bagi mereka yang tinggal di Skudai, Johor Bharu untuk sama-sama memeriahkan majlis perasmian yang akan diadakan secara santai dan mesra ini. Watie memang orangnya jenis yang tak pandai berprotokol secara keterlaluan, Saya dah terbiasa buat program secara santai tanpa terikat dengan protokol tertentu kerana saya rasa lebih dekat dengan pengunjung yang hadir. Pada saya, beramah mesra dengan pengunjung ketika majlis saya sedang diadakan adalah sangat penting, tidak kira itu majlis peribadi atau majlis pejabat. Saya lebih suka jadi diri sendiri, yang penting, pengunjung selesa dan suka bila datang tempat saya. :) Sebab itu saya cadangkan pada Teacher Aida, agar kita buat secara santai juga, aturcara harus ada, mesti tersusun tapi santai. :) Pening jugalah Teacher Aida sekarang saya rasa, mana nak menyiapkan kelas dan menyiapkan program pada hari tersebut. Tapi saya yakin beliau mampu melakukannya, Insya Allah. 


Pada pagi Ahad tersebut, @ 10 am, Teacher Aida masih lagi membuat kelas Playgroup seperti biasa, hanya selepas kelas habis dalam tengahari, barulah majlis akan dimulakan. Insya Allah, by that time, Watie pun baru jer sampai dari KL. Just nice lah kan. semua aktiviti leh buat sblm kita mulakan majlis perasmian. Sesiapa yang nak join Playgroup pada hari Ahad ini, masih ada kekosongan untuk anak anda. Bolehlah anda menghubungi Teacher Aida untuk mendaftar for this coming Sunday Class di talian 010 - 7103155.


Berikut adalah data & alamat majlis yang akan diadakan pada hari Ahad ini nanti. Bagi orang-orang JB yang belum ada plan hari Ahad ini, bolehlah singgah ke GBOB JB untuk melihat apakah Program yang kami tawarkan ut anak genius anda. Saya & Teacher Aida akan berikan SPECIAL GIFTS pada setiap kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut & sempena pembukaan cawangan Johor ini, GBOB HQ akan memberikan SPECIAL PROMO khas untuk mereka yang mendaftarkan anak ke Playgroup GBOB ON THAT DAY SAHAJA. Hhehee..As special gifts, GBOB JB akan memberikan kupon diskaun kepada setiap kanak-kanak yang hadir (antara NB - 4 tahun sahaja) agar mereka boleh menghadiri kelas Trial Playgroup sekali lagi dengan harga promo.  Another extra benefit, walaupun anak anda telah datang Trial 2 kali sebelum ini, dengan adanya kupon ini, anda masih boleh datang lagi buat kali ketiga  for the Trial Class sebelum anda decide whether you want to enroll in GBOB Playgroup or not. :)  Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk MENDAFTAR KE PLAYGROUP @ GBOB pada HARI TERSEBUT, GBOB HQ juga akan berikan anda semua hadiah istimewa iaitu kupon diskaun untuk para ibu atau bapa menghadiri Seminar ECE, samada di JB, atau di KL! A flat rate of RM 100 only for the Seminar! U save RM 99 tau! Best kan!! ONLY IF YOUR CHILD  REGISTER AS PLAYGROUP STUDENT on that particular day sahaja. So, jangan lupa datang Majlis dan daftarkan diri anda  terus yer..:) Anda juga boleh menghubungi Teacher Aida untuk memaklumkan kehadiran anda di talian 010 - 7103155.. Mungkin ada beberapa lagi priviledge atau pun hadiah for kids, yang akan saya berikan pada hari itu.. TUNGUUUU!:)

Di bawah ini adalah alamat penuh Genius Baby On Board Cawangan Johor Bharu. Anda juga boleh LIKE Fanpage GBOB JB untuk mendapat makluma lanjut tentang kelas dan majlis perasmian tersebut. :)

GENIUS KIDS RESOURCES,
NO: 58A, JALAN UTAMA 45,
MUTIARA SQUARE, TAMAN MUTIARA RINI, 
SKUDAI, JOHOR. 
PIC: TEACHER AIDA ( 010 - 7103155)


post signature
post signature

Monday, February 20, 2012

Faris: Seindah Namamu, Sekuat Itulah Dirimu!!




Satu wajah yang bisa membuatkan mana-mana wanita samada bergelar ibu @ tidak berkata secara spontan "Alahai...comelnya si kecil nih...pandainya bergaya.. so cute!!!" . Itulah bait-bait kata yang terluah dari mulut saya apabila melihat wajah mulus ini. Rasanya, mungkin anda juga kenal akan wajah ini, wajah yang kini hebat diperkatakan di mana2 sahaja seluruk pelusuk Malaysia, dan mungkin juga seluruh dunia. 

Wajah yang anda saksikan ini, yang anda puji & suka lihat ini, kini sedang bertarung nyawa, sedang menghadapi ujian yang maha hebat, sedang bersusaha sekuat yang mampu untuk melawan penyakitnya dan kini sedang terlantar di SDMC, tanpa daya, tanpa suara. Hanya mata yang bisa berkata-kata. Hanya air mata yang mampu meluahkan rasa. 



Saya menulis kisah ini di blog dengan perasaan dan takungan air mata, mencuba sedaya mampu untuk menahan ia dari mengalir, setelah pagi tadi saya gagal, dan sambil bercakap dengan suami di dalam kereta, suara dan air mata saya  mengalir tanpa mampu di tahan lagi. Selain rasa simpati yang menggunung, saya juga rasa bersalah kerana tidak sempat membuat entri di blog minggu lepas selepas mendapat tahu berita ini akibat kesibukan yang melampau.. Hurghhh!! Alasan yang tak boleh nak pakai langsung! Kalau betul nak tolong tulis... mestilah cari masa, looser jer yang akan cari alasan! Yer ..dan saya rasa saya sungguh looser dalam hal ini! Cepat2 saya bagitahu hubby, saya nak balik rumah dan buat entry untuk adik Faris.. and here I am .. writing with all my broken heart ..merayu simpati anda untuk sama-sama menyebarkan berita ini, agar wang dapat dikumpul untuk membantu keluarga Faris menyelesaikan bil di hospital yang khabarnya sudah pun mencecah RM 75,000. 



Tak perlulah saya ulas dan saya harap tak perlulah ada yang bertanya lagi mengapa tak dihantar ke Hospital Kerajaan, ayah Faris sudah pun membuat penjelasan, dan kalau saya berada dalam situasi yang sama, saya juga akan berbuat demikian, malah saya percaya semua ibu bapa juga akan berbuat demikian. Bukan menidakkan  kebolehan Hospital Kerajaan, malah saya juga puji perkhidmatan mereka yang semakin baik, saya rasa adalah sesuatu yang normal bagi ibu bapa yang bekerja swasta menghantar anak mereka ke hospital swasta yang ditanggung bil medicalnya oleh syarikat. Immunisasi yang percuma kita boleh dapat di hospital kerajaan juga kita ambil di hospital swasta kerana syarikat yang cover, apatah lagi kalau anak demam, sakit dan perlukan rawatan khusus. Keluarga Faris juga tidak sangka, disebalik demam dan sawan yang Faris hadapi itu, tersembunyi satu penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam nyawanya, dalam bahasa mudahnya, barah darah atau HLH. Adalah sgt berisiko untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan sekarang kerana kondisinya yang kritikal kini. 



Selain doa yang boleh kita titipkan untuk keluarga yang sedang diuji Allah SWT ini, saya sgt berharap agar kita boleh sumbangkan sedikit wang untuk mereka, bagi meringankan beban mereka. Insaf sungguh saya melihat anak kecil ini bertarung nyawa, rasa pecah hati ini dan saya sungguh-sungguh berdoa agar keluarga Encik Shamrulismawi akan tabah menerima dugaan ini. Mengambil Zayra & Qarissa di sekolah tadi, melihat mereka berlari dan memeluk saya, masuk ke dalam kereta dengan gembira sambil Zayra terus mencari nenennya, saya langsung teringatkan adik Faris yang sedang kesakitan di hospital. Dengan usia yang sudah mencecah 6 tahun, sudah tentu berjuta-juta kenangan indah telah dicipta oleh keluarga tersebut ketika Faris masih sihat dan aktif, dan saya dapat rasakan yang ia bukan mudah untuk ibu dan bapa Faris melihat kesengsaraan Faris yang kini berselirat dengan wayar seluruh tubuh. Besar sungguh dugaanMu Ya Allah, semoga adik Faris sentiasa berada di bawa lindunganMu selamanya....Amin..

Kawan-kawan tersayang, sekiranya ada rasa simpati anda melihat anak kecil ini, saya mohon, bantulah mereka. Tidak kira berapa sen sekalipun anda menderma, ia cukup besar maknanya buat keluarga ini. Saya lampirkan di sini maklumat ayah Faris & akaun Maybanknya untuk kita sama-sama menambah saham akhirat kita. Semoga Allah SWT akan merahmati anda dan keluarga dengan sumbangan ikhlas ini. Amin. 

Maybank 1628-5200-2738 @1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail)
Facebook Ayah Faris: http://www.facebook.com/Abahko


Saya sertakan juga surat dari Hospital SDMC untuk tatapan anda semua. Terima kasih kepada saudara Mazidul Akmal yang sentiasa mengemaskini berita tentang adik Faris agar kita sama-sama tahu perkembangan terkini anak comel ini. Gambar2 yang saya sertakan di sini semuanya ihsan dari blog saudara Mazidul Akmal. 




Di saat saya bergembira dengan anak-anak murid saya seawal usia 4-5 bulan sehingga 4 tahun di dalam kelas, ada anak-anak yang tidak dapat berbuat demikian dengan ibu bapa mereka walaupun sebelum ini, itulah aktiviti yang sering mereka lakukan. Insafnya saya, sedihnya saya, sebaknya rasa hati saya. Saya pasti ada hikmahnya semua kejadian ini berlaku, bukan hanya untuk keluarga beliau, tetapi juga untuk kita supaya  menginsafi hakikat satu kehidupan. Saya mohon satu keajaiban berlaku untuk keluarga adik Faris. Hanya Allah SWT yang mempunyai kuasa itu. Amin Ya Rabbal Alamin...

post signature
post signature

Wednesday, January 25, 2012

Sneak Preview: GBOB @ JB: Bermulanya Sebuah Perjalanan...

 Salam buat semua pembaca blog ini. Mesti puas dan seronok dapat cuti panjang sejak hari Sabtu lepas kan? :) Ntah-ntah masih ramai ada kat kampung bila baca entry ni..Semua pakat-pakat balik lambat atau extend cuti sebab tak mau tersangkut dalam kesesakan yang maha hebat! Adoilaaa... dengar citer nak jalan 70 km pun sampai 4 jam? Boleh lebam punggung dibuatnya!! Tapi semua sanggup kita redah .. mak & ayah punya pasal, anak-anak punya pasal ... semua sanggup kan..? Janji dapat berkumpul satu keluarga ..So sweet of uols..:) 

Rasanya tak lambat lagi Watie nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada semua rakan-rakan yang menyambutnya, hmmm..tahun ni tahun Naga kan..? Semoga ada "ONG" untuk anda semua okeh ..:) Tahun Baru Cina kali ini adalah tahun yg agak istimewa buat Watie kerana buat pertama kalinya dalam hidup, Watie tak cuti pun! Hehehe.. Selalunya, memang cuti tetiap tahun. Walaupun tak balik kampung, tak gi jalan,  hanya lepak-lepak layan anak-anak & family di rumah, tapi maksudnya Watie tak kerja lah ..but this year .. Watie kerja 4 hari terus menerus! Dari hari Sabtu lepas untuk kelas Playgroup Level 4, kemudian hari Ahad untuk kelas Playgroup Level 2 dan 3, dan terus amik kesempatan cuti umum untuk buat Training for my Licensee @ JB pada hari Isnin & Selasa. Hambek ko...4 hari berturut2 saya bercakap non-stop! 


Langkah pertama ketika saya membuat Site Visit dahulu ..:) Tgk gambar last untuk lihat gambar terkini.:)

Dan yang lebih "manis", keempat-empat hari yang Watie lalui itu, ada satu ulser yang semakin membesar di dalam mulut ni haa! Memang sakit lah jugak, dah sampai bercakap pun accent pelik2 dan rasa pedih juga. Tapi Watie tahankan lah..dan cuba untuk tidak tunjukkan kesakitan untuk depan anak murid Watie. Alhamdulillah, bukan anak murid jer, mak-mak pun tak perasan that I am actually in pain ..Hehehhe...Kalau dah memang betul2 tak larat, mungkin kena cancel kelas jugak, tapi Alhamdulillah, Watie masih mampu buat kelas, so takleh nak ngengada suka-suki nak cancel kelas :). Lagipun, Watie nak kena lah tunjuk contoh yang baik pada Licensee & bakal-bakal Licensee yg akan datang kan? Watie nak latih Licensee Watie ada rasa bertanggungjawab pada bisnes mereka. Walaupun pakai nama GBOB, itu masih bisnes mereka dan sebab mereka pakai nama GBOB lah, Watie kena pastikan Licensee Watie betul-betul serius dalam perniagaan dan bukan setakat nak guna nama GBOB supaya cawangan mereka dapat dikenali dengan mudah, lepas tuh, bg servis yang 'hado' pada client, yang akhirnya akan memberikan kesan buruk juga pada  syarikat.  Itu lah yg paling Watie risaukan. GBOB lahir dari kecintaan Watie terhadap dunia pendidikan bayi & kanak-kanak, ia hasil keringat dan air mata sepanjang Watie menjalankan perniagaan ini, dan Watie akan pertahankan sehabis-habisnya, sebab tuh lah Watie kena pastikan yang Licensee Watie juga "sama arah tujunya" dengan Watie. I dont mind to teach, give consultation and do extra service to make sure they achieve my standard & expectation, asalkan mereka ingin belajar dan sudi terima nasihat dan kata-kata Watie dan sama-sama berusaha, bekerja bersama-sama Watie (uiksss..awat dah macam Pak Lah punya statement masa menang Pilihanraya neh? Hadoilah Watie oiii!) untuk meningkat dan menaikkankan nama GBOB. Sebab tu Watie akan pantau my Licensee closely from time to time to make sure mereka benar-benar serius dalam bidang ini. 

Perbincangan semasa Site Visit yg Watie lakukan 2 minggu lepas.

Alhamdulillah, my first Licensee dari Johor - Aida menepati ciri-ciri yang yg Watie inginkan. Jujurnya, Aida lah yang bertanggungjawab untuk "push me to the max"  supaya Watie mempercepatkan program Licensing ini. Semasa Aida menghubungi Watie pertengahan tahun lepas dan menyatakan hajatnya untuk membuka cawangan GBOB di JB, Watie masih belum bersedia. Lagipun, program Playgroup @ GBOB juga masih  belum pun setahun. Watie bgtau Aida, objektif utama Watie adalah untuk mengukuhkan jenama GBOB dahulu, barulah Watie akan fikirkan mengenai Licensing. My target is to start the Licensing on 2012. Kira tahun ni baru lah nak buat all the preparation. I want to take my "own sweet time" membuat program Playgroup itu, sebab tuh memang takder plan pun nak promo apa-apa pasal Licensing. Sebab tuh anda semua tak nampak apa2 pun perkhabaran atau promo Watie pasal nak buat Licensing kan? Hehehe..Tau-tau jer dah ada satu kat Johor. Ni suma Aida punya pasal lah nih! Ahaks! Aida begitu menunjukkan kesungguhannya dan betul-betul serius dalam perkara ini hingga sanggup datang KL jumpa Watie, call Watie selalu bertanyakan pasal Licensing ni, bila dia boleh start, dia mmg minat *walaupun Watie kata tak ready nak promo pasal Licensing lagi walaupun dah ada perancangan ke arah itu* dan sebagainya ..hingga Watie rasa, "Ayoyo this lady aaaa...very persistence ooooo!!". Hahahaha... *selalunya org persistence memang akan dapat "masa" mereka dengan Watie akhirnya, sebab I value their enthusiasm, walaupun susah dorang nak wat appnt ngan Watie in the beginning..:)*.


Inilah Aida, my GBOB Partner in JB. Wanita perkasa inilah yang akan tersemat di hati anak-anak anda tidak lama lagi. Hehehee..

Masa tuh Aida kerja lagi, tapi dia dah plan nak berhenti dan buka bisnes berkaitan dengan kanak-kanak selepas she bumped into my FB last year. Of course lah Watie ada interview dia kan..hehe..tanya camner dia tau GBOB, apa yang buatkan dia rasa dia nak sgt amik Licensing ngan GBOB ni dan sebagainya ..*aku kan wartawan pencen!! Hahahah*. Aida kata, dia pun tak tahu macam mana, tengah-tengah dia blog hopping, masuk sana-sini, tau-tau jer dah sampai kat FB page GBOB, pastu dia pun google lah blog Watie, fall in love with me *yer ker?? hahahhaa*  and my GBOB dan terus bercita-cita nak jadi macam Watie juga. Memang all this while sejak mula dia  kata dia berminat nak jadi my Licensee, Aida yang banyak call Watie dan Watie lebih banyak ambil sikap "Wait & See". Dari situ juga, Watie nak menilai sejauh mana dia betul-betul serius dalam bidang ini. Jujur Watie katakan, masa mula-mula tuh, Watie manalah kenal Aida kan..she's completely a stranger to me, so of course Watie kena berhati-hati juga tapi dari hari ke hari selepas kenal dia, melihat kesungguhan dia dalam bidang ini, sikap ingin belajar yang sangat tinggi, sanggup belajar dari ZERO, dari asas, apa yang Watie minta dia buat segera, jujur mengakui yang Englishnya agak lemah tetapi selepas Watie kata yang English itu WAJIB digunakan walaupun bukan 100% dalam kelas, I can see her improvement dan dia sedaya upaya memperbaiki dan meningkatkan penggunaan Bahasa Inggerisnya, malah kini dengan anak-anaknya, Aida dah banyak gunakan bahasa tersebut sebagai latihan. Watie bgtau terus terang dengan Aida - TIADA CARA LAIN AIDA..IF YOU WANT TO BE GOOD IN ENGLISH..YOU HAVE TO SPEAK OUT LOUD! KENA CAKAP SELALU !!And I'm happy to see her improvement & enthusiasm.Watie kata, dalam kelas, sometimes bila kita guna English, anak-anak tak bg feedback, besar kemungkinan mereka tak tahu how to reply back to us, mungkin di rumah jarang guna bahasa itu, tapi itu bukan alasan untuk kita tak guna bahasa tersebut. Watie masih ingat, my 1st class, I use English all the way tapi the kids tak berapa enjoy, maybe because of Language barrier, tapi lepas Watie ubah cara Watie sedikit di minggu-minggu seterusnya,  baru ada feedback yang sangat baik. Bila anak-anak konsisten datang kelas, when we always communicate in class, baru lah mereka pandai berinteraksi dalam bahasa itu. That is why it's very important for us to continue using English in our class. Bukan hanya murid, tapi kita sebagai guru pun dapat rasa perbezaannya. Grammar Watie pun kengkadang berterabur dulu, sebab kita nih belajar "by rules" tapi kalau kita dedah anak English dari awal, mereka belajar by heart, secara natural. So, from time to time, kita juga akan meningkatkan penggunaan bahasa, vocab dan grammar kita. :) 


Asalnya PUSAT TUISYEN, tak lama lagi bertukarlah Signboard.. ambek ko..kemain besar Signboard GBOB kat sini kang ..kekekek.. Kalau tak jumpa juga, tak tahulah saya ..hehehe..

Apa yang Watie happy dengar dari Aida, beliau mengakui yang kehidupannya banyak berubah sejak dia ambil keputusan berhenti kerja dan ingin menceburi bisnes ECE ini. Aida pun ada 2 anak perempuan lebih kurang sebaya anak Watie, so when she applied apa yang Watie cakap, kongsi, nasihat dan motivate semasa perjumpaan-perjumpaan kami, Aida kata she can see that her life change malah anak-anak dia pun suka sangat dengan perubahan ibu mereka. Tumpang terharu juga bila Aida cerita yang dia jarang betul ada masa dengan anak sulung dia masa dia kerja dulu. Kerja sampai lewat malam, balik-balik anak dah tidur, susah betul nak luangkan masa dengan anak, her child belajar banyak perkara pun dari Tadika tapi anak dia sikit pun tak mengeluh atau komplen. She felt gulity tapi ternyata Aida beruntung sgt sebab anak sulung dia memang bijak dan petah berkata-kata. Sebab tu Watie kata kat Aida, Allah knows best. Allah tahu you sibuk cari rezeki sampai kadang-kadang masa dengan anak terabai, sebab tuh dari Allah bantu dari segi lain pula. Melihatkan apa yang telah Aida lakukan dan laburkan sepanjang kami berurusan ini, kesungguhan beliau, keazaman, dan semangat Aida dalam bidang ni, Watie rasa she's capable of being my partner dalam mengukuhkan jenama GBOB di Johor Bharu. Dan Watie pun dengan sukarelanya "memaksa diri sendiri" untuk mempercepatkan program Licensing ini. Watie pandang dari sudut positif, kerana dengan adanya "tekanan" ini, Watie lebih berdispilin dalam mengatur jadual harian agar Watie dapat menyediakan program Licensing itu dalam tempoh masa yang telah dipersetujui bersama. Kira projek dengan Aida ini adalah sebagai batu tanda  & our baby project dalam memastikan Program Licensing ini berkembang  dalam tahun 2012 ini. Insya Allah. Sebab tuh Watie nak kena make sure yang Aida dah run the class smoothly, bisnes dah betul2 berjalan, barulah Watie nak fikirkan pasal permohonan-permohonan Licensing yang Watie terima kebelakangan ini. Bagi Watie sedikit masa yer.. Watie tak mahu terburu-buru sangat, biar Watie settlekan JB Branch dulu, sebab adalah tidak adil jika anda melaburkan wang anda, dan Watie tidak dapat fokus untuk bantu anda sebab bz dan tak cukup masa. Insya Allah, kalau Watie dah betul-betul bersedia memperkenalkan Program Licensing Watie, Watie akan beritahu secara rasmi dalam blog dan FB, dan sesiapa yang berminat boleh hubungi Watie for us to discuss more. :) 


Sudah bertukar rupa ... Oh i likee....! Laminate flooring lagi yoooo!

Watie telah pun melawat pejabat Aida di Taman Mutiara Rini, Skudai, 2 minggu lalu, dan berpuas hati dengan persekitaran kelasnya. Masa tu masih kosong lagi, Aida tak design apa lagi sebab nak Watie tgk the whole kedai dulu dan bg opinion. Lepas dah tgk dan approve, barulah Aida dan suaminya bekerja keras menghias dan mencantikkan pejabat mereka. Tergelak Watie dengar Aida kata, bila dah nampak kemas dan selesa sekarang, hubby dia pulak yang excited "terlebey sudaa" nak cantikkan lagi...dan lagi...dan lagi... hahahah! Tu lah Watie kata kat Aida, sebijik lah macam me & hubby dulu...semangat btol nak cantikkan opis, biar selesa untuk kita anak beranak dan selesa untuk pelanggan juga. Tu yg paling penting..:) Kalau landlord ni pedajal aku naikkan sewa sampai tak mampu bayar, habislah aku nangis sebab opis dah santekkkkk... nak kena buat semua baru , pengsanlah wei! Hahahha...


Ruang menunggu yang disediakan khas untuk ibu bapa & anak. Sgt lah selesaaaa!

Dan, Insya Allah, Watie bercadang untuk untuk melawat beliau sekali lagi dalam tempoh terdekat bg meninjau pejabatnya yang sudahpun siap hampir 70% itu. Melalui gambar yang beliau kirimkan, nampak sgt kemas dan cozy..:) Excited nya nak pergi tengok yo!! Orang-orang Johor pun rasanya tak sabar nak join dah kan?? Semua tanya bila nak start. Insya Allah, dalam waktu terdekat ni, kami akan umumkan, bilakah kelas Trial @ GBOB JB akan bermula. Kami akan memulakan sessi Trial sehinggalah terdapat sekurang-kurannya 3-5 peserta yang mendaftar di Playgroup @ GBOBJB, barulah kelas secara rasmi akan dibuka. So, we estimate paling lewat dalam bulan Mac, kelas rasmi akan dibuka. Jadi, Februari adalah masa di mana kelas Trial akan dilakukan. Tunggu entry Watie dalam waktu terdekat untuk kami umumkan masa & waktu untuk anda menyertai kelas Trial @ GBOBJB ini. :) 


Pintu masuk ke ruangan menunggu.

Setakat ini perkongsian Watie, jumpa lagi di entry akan datang, peluk cium untuk anak GENIUS anda okehh!


Tangga-tangga kejayaan bermula ...Amin ..:) Dan berubah rupa juga dari gambar sebelum ini kan? Hehehe..

post signature
post signature

Tuesday, August 16, 2011

Kek Lapis Sarawak: Meh Borong Reramai!



Diam tak diam, dah sampai pun pertengahan Ramadhan kan? Cepat betul masa berlalu, tau-tau dah nak raya jer nanti. Hu hu..sedihnya nak tinggalkan Ramadhan kali ini. Macam yg saya katakan dalam entry yg lalu, Ramadhan kali ini memberi pengertian yg tersendiri buat diri saya. Banyak memberikan saya kesedaran tentang keagungan, kekuasaanNya serta hidayah Allah pada hambaNya. I will definately miss this year Ramadhan..:)

Macam mana dengan sambutan Raya uols yerk? Dah semangat beli kuih muih ker? Rasanya tahun ni saya buat ala kadar jer kot. Hehehe.. Dulu ada si Nor leh ah tolong masak2 if ada org dtg rumah, tapi kali nih, silap2 beli jer kot semua lauk-pauk! Hahahhaa.. Sorry yerk kengkawan yg selalu bertandang umah aku time raya, tahun ni korang makan nasi bungkus jer nokss! Tak pun, aku hidang satay, agak2 korang suka tak? Jangan tak datang pulak yerk! Wakakakakaka...

Tahun ni agak istimewa jugak bagi family saya, sebab 1st time kakak saya jual kek lapis Sarawak. Memang sedap kek lapis tuh, saya dah rasa dah. Mulanya kakak saya kenal dgn kek lapis ni, masa our family hantar adik saya yang bongsu ke UiTM Samarahan, Sarawak bulan June yang lalu. Semangat satu family turun Sarawak utk htr adik saya, tapi saya tak dapat hantar, takder sapa nak jaga anak plus saya ada kelas Playgroup hujung minggu. Balik dari Sarawak, hambek ko.. Berkotak-kotak dorang borong kek lapis! Macam-macam jenis ada, sampai tak tahu nak makan mana satu! Hahahahhaa.. Tapi serius memang sedap tau! Dah makan susah nak behenti! Hahahhaa...Kakak saya kata kek lapis ni paling terkenal di Sarawak. Dan disebabkan rasa yg sedap dan terkenal tuh la, kakak saya buat keputusan untuk jual kek lapis Sarawak tuh untuk Raya tahun ni. Tak mahal pun, untuk saiz 8 x 3, harga dia cuma RM 25 sahaja. Ada kek lapis special iaitu Idola, Dragon Cheese, Cadbury, Lapis India dan Hati Pari, harganya cuma RM 35 sahaja.

Senarai nama kek lapis dan gambarnya :) Picture 1 

The best part is, jangan risau pasal status HALAL tu yer! Sebab kek lapis nih memang diyakini Halal. Syarikat ni tak pernah guna pun mentega Golden Churn tu, dorang pakai mentega Bakels. Kesian akak saya, masa kuar paper pasal kek lapis Sarawak tak halal tuh, panggilan masuk bertalu-talu kat hp dia sebab semua customer dia nak dapatkan kepastian pasal status halal tu, yerlah, kalau saya pun mestilah risau kan..Jadi darah daging tuh beb! But, uols dont worry kay, kek lapis nih memang Halal..tu pun satu petanda bagus, maknanya bisnes dia kencang lah raya ni, alhamdulillah, boleh bagi duit raya lebih sket kat anak aku! Hahahahaa....

So, kalau kengkawan rasa nak tempah kek lapis Sarawak untuk raya kali ni, bolehlah tempah ngan Watie jugak, nanti Watie tolong orderkan jer ngan kakak Watie, kalau nak call dia direct pun ok jugak, sebab if kumpul kawan2 untuk beli, kalau ada 10 tempahan ke atas, penghantaran ke pejabat sekitar KL /Selangor dorang tak charge. Ni info akak Watie (Ayu: 012-3690356). Uols boleh tgk gambar2 dalam katalog yg Watie attach kat sini, jangan pening yer, sebab serius memang banyak jenis! Semuanya sedap2 belaka! Sampai tak tahu nak pilih mana satu! Kalau tanya Watie, Watie suka Kek Lapis Idola..serius sedap weiiiii! Dan Raya kali nih, buat pertama kalinya lah jugak akan ada kek lapis Sarawak atas meja umah Watie. Heheheh. Aku pun borong sama...kasik penuh meja...hihihi...Suka betul tgk kek lapis yg bewarna - warni tuh kan.. Very stylo jer...hehhee..

Senarai nama kek lapis dan gambarnya :) Picture 2

Dari segi tempahan pula, my sis kata tempahan dibuka sampai 20 August 2011, so before that day, if rasa nak beli, leh order jer terus kay, nanti leh reconfirm bila nak htr kat uols, kat umah atau opis yerk! Kaylah, sampai sini dulu entry pasal kek lapis Sarawak nih.. Nanti kita jumpa di entry yg lain kay...:)




post signature

post signature

Friday, August 5, 2011

Alhamdulillah, Suami Sahabat Saya Telah Di Temui!

Saya terjaga pukul 4 pagi tadi secara mengejut kerana merasakan yang sahur telah pun berlalu. Hubby lupa kunci jam dan saya terkocoh kacah amik hp nak tgk pukul berapa. Rupanya pukul 4 pagi. Dah alang-alang tgk hp, saya terus baca msg yang ada.Ada satu mesej dari Kak Siti @ Harian Metro yang bertanyakan tentang perkembangan terkini suami Salwa di samping memberi nombor telefon seorang pakcik untuk Salwa hubungi sebagai salah satu usaha untuk mencari beliau. 

Saya terus forwardkan maklumat tersebut pada Salwa disamping bertanya khabar tentang suaminya. Hanya selepas SMS tersebut di hantar, barulah saya buka FB @ BB dan alangkah terharu dan seronoknya saya apabila Salwa mengemaskini wall FB beliau dan memberitahu suaminya telah dijumpai selepas genap 3 hari hilang. Saya salinkan semula apa yang Salwa tulis untuk iktibar dan tatapan kita bersama:

"Alhamdulillah, syukur to ALLAH..genap 3 hari akhirnya suami saya ditemui oleh seorang sahabat di sebuah masjid yang terdahulunya sudah saya dan sahabat2 terdekat periksa untuk mencari, tapi tak berjumpa...suami saya sihat alhamdulillah, cuma dalam keadaan keliru sedikit (keliru dari sudut masa)...terima kasih kalian....saya mohon ALLAH ganjarkan anda dengan jutaan khayr wa ajrun kabir..

terima kasih atas ukhuwwah dan sokongan dari kalian....inshaALLAH akan saya memorikan secara terperinci pada saluran yang tepat...terbukti, bila kita bergantung harap hanya pada ALLAH....DIA akan cabut segala keresahan dan duka dalam sekelip mata...saya bersujud syukur atas kurniaan ini...Ramadhan ini adalah Ramadhan yang benar2 mentarbiyyah saya..."

Syukur Alhamdulillah, betapa saya dan semua rakan-rakan lega mendengar perkhabaran gembira ini. Saya setulus hati ingin ucapkan terima kasih pada semua yang turut membantu dari apa sahaja segi terutama dalam menyebarkan berita kehilangan Ithnin Ngadiman dan berdoa serta melakukan Yassin Mubin sebagai usaha mencari beliau. Ternyata banyak iktibar yang boleh kita perolehi di bulan yang mulia ini. Jumaat penghulu segala hari dan berkat doa dan usaha semua, Allah SWT telah memperkenankan doa kita. Suingguh saya terkesan dengan peristiwa ini dan membuatkan saya lebih insaf tentang keagungan Allah Yang Maha Esa. terima kasih Tuhan, terima kasih rakan, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

Khas untuk Salwa dan keluarga, rasanya inilah Ramadhan yang paling memberi makna dan menginsafkan kita ka? Pasti ada hikmah dan keajaiban yang Allah SWT mau kita lihat sendiri dengan mata kepala kita, DIA boleh menghilangkan orang yang kita sayang dengan sekelip mata, dan mengembalikannya dengan sekelip mata juga. Sungguh Watie terkesan, sampai hantar satu mesej pada jiran rumah yg bertanya khabar Salwa, "Allah tu hebat lah kak ..!" padahal memang dah tahu Allah yg paling HEBAT! Bila baca balik ..rasa bongok pun ada, tapi itulah kata hati yang terbit penuh keinsafan bila Watie tulis msg tu. Rasa insaf sangat dengan keajaibanNYA. Semoga kasih sayang antara Salwa dan suami akan bertambah dalam selepas ini di tambah pula dengan kehadiran anak-anak yang comel dan bijak manja. :) Salwa rehat puas-puas yer, selamat berpuasa dan berbuka. Semoga ukhwah antara kita akan berkekalan. Amin... :)

post signature

post signature

Thursday, August 4, 2011

Suami Rakan Saya Hilang! Minta Tolong Sebarkan Maklumat Ini..

Saya mendapat berita sedih ini semalam apabila membaca status rakan saya -Siti Salwa mengenai suaminya yang hilang sejak 2 August yang lalu. Terperanjat sungguh dibuatnya. Beliau adalah rakan blogger dan juga pembaca blog Genius Baby On Board. Kami pernah berjumpa buat pertama kali sewaktu majlis hari lahir Eiyman, anak lelaki Ecar Nazrin yang diadakan di Wisma Bling Lustre beberapa bulan yang lepas. Saya masih ingat dalam pertemuan tersebut, kami berborak panjang dan ternyata Salwa @ Wa seorang yg sangat baik dan peramah. Suaminya tidak berborak dengan saya tapi nampak sungguh orangnya baik dan sayangkan anak-anak, rajin melayan kerenah 3 org anak2 yg masih kecil.

Apabila mendapat khabar ini, saya cukup sedih dan tekejut apatah lagi ia berlaku di awal Ramadhan. Tak terkata di buatnya. Saya tahu ia bukan mudah buat beliau yang kebetulan, masa kejadian tersebut dan hingga kini agak tidak sihat seluruh badan akibat demam. Saya cuba membantu semampu yang terdaya, saya memang tidak kenal dengan sesiapa yang pandai mencari orang hilang, tetapi saya ada meminta bantuan jiran saya yang mengamalkan perubatan Islam untuk membantu saya dalam pencarian ini. Saya menghubungi Wa utk memberikan nombor telefon yang mungkin boleh beliau hubungi sebagai usaha mencari suaminya itu. Melalui perbualan kami serba sedikit, dapatlah saya sedikit gambaran tentang kejadian pada pagi 2 August 2011.

Menurut Wa, suaminya keluar menjenguk kereta (yg kemudiannya saya dapat tahu beliau keluar untuk mengambil tafsir Quran dalam kereta) pada pukul 3 pagi, 2 August 2011 dan selepas kira- kira 10 minit, suaminya masih tidak masuk, dan apabila beliau mencari suaminya, beliau tiada di depan rumah. Tanpa membawa sebarang dokumen, hp dan wang, suaminya lenyap tiba-tiba sampai hari ini. Laporan polis sudah pun dilakukan, dan rasanya di facebook juga sudah banyak yg berkongsi maklumat ini di wall masing2 walaupun tidak saling mengenali.

Saya juga amat berharap dan memohon agar semua pembaca blog ini dapat membantu saya dan Salwa untuk menyebarkan berita serta maklumat ini. Semoga suaminya akan pulang ke rumah dengan selamat di bulan yang mulia ini. Saya tumpang simpati dengan Wa, menurut beliau, kehilangan suaminya memang tidak disangka kerana sebelum kejadian, semuanya baik sahaja, mereka sangat gembira malah hari pertama berbuka puasa juga suaminya sgt happy bertanyakan tentang sambutan dan kuih Raya, tiada langsung tanda dan petunjuk yg pelik, malah sebelum keluar menjenguk kereta pagi itu, suaminya sempat mengurut kaki Wa untuk melegakan kesakitan akibat demam dan sekit seluruh sendi yg Wa alami. Sungguh saya tumpang sedih bila Wa cerita. Dan bertambah sedih bila Wa kata anak bongsu beliau yg berusia 6 bulan seolah-olah mengerti yg bapanya tidak pulang lagi, mula menunjukkan rasa risau dan tidak selesa bila asyik merengek2 seolah mencari ayahnya..huwaaaaa...sedih sgt!!!! Ya Allah, bantulah sahabatku ini, semoga suaminya akan kembali dengan selamat. Amin..

Di sini saya sertakan gambaran serta butiran peribadi dan maklumat yg boleh rakan-rakan kongsikan samada di blog, twitter @ FB masing-masing, serta siapa yang boleh anda hubungi jika terserempak atau mempunyai maklumat tentang suami beliau. Saya merayu dan memohon kerjasama semua pembaca untuk menyebarkan berita ini, dan semoga Allah SWT memberkati usaha kita. Amin..

Kepada Wa, semoga Wa tabah menghadapi cabaran di awal Ramadhan ini. Watie dan kawan-kawan semua akan membantu selagi terdaya dan kami mengharapkan yg terbaik untuk Wa dan keluarga. Semoga Wa cepat sembuh dan Wa diberikan kekuatan oleh Allah SWT yer yang....Insya Allah, semuanya akan selamat. Doa kami bersama Wa dan keluarga. Amin...



Nama: Ithnin Ngadiman
Hilang pada: 2 August 2011, kira-kira pukul 3 pagi
Maklumat: Keluar tanpa ic. wang, dan hp, memakai baju merah dan seluar hitam. 
Nombor uk dihubungi sekiranya anda mempunyai maklumat: Sarjan Radha - 012-6059997, Salwa - 0133101221 atau ibu Salwa 0163743248 



Gambar diberikan oleh Siti Aisyah Abdullah (thanks dear) . Baju biru itu diambil sewaktu majlis hari lahir anak Ecar Nazrin di Wisma Bling Lustre. Sedih hati saya bila tgk, nampak sgt yg hubbynya caring dan sayangkan anak kan ..manja sungguh anak yang bongsu dengan ayahnya ..

Marilah kita sama-sama membaca Yassin Mubin (terima kasih Nurul Husna Hj Ani di atas maklumat ini), semoga Encik Itnin akan kembali ke rumah dengan selamat. Kita baca Surah Yassin dan setiap kali kita jumpa perkatan mubin, niatkan di hati kita agar Encik Ihtnin akan pulang kerumah dengan selamatnya. Insya Allah mujarab lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Insya Allah. 




post signature

post signature

Tuesday, August 2, 2011

Kulit Anak Kering & Ekzema? Meh Cuba Guna Sorbolene Moisturiser!



Hari nih saya nak berkongsi tentang produk yang saya rasa bagus dan berkualiti. Saya dah gunakan dalam sebulan lebih, memang bagus produknya walaupun sebelum ni saya tak tahu pun kewujudannya. :) Sebab all this while beli brand lain @ selalunya doktor yg bagi. 

Ceritanya camni. My Q's ni punya kaki, jenis kaki "orang kaya". Hahahha..Nak kena pakai losyen sokmo..kalau tak pakai, ia akan bersisik halus dan kering. Memang tak serius pun, tapi saya lemas menengoknya! Dah lama saya perasan, sejak kecil lagi, kalau tak pakaikan losyen, kaki Qarissa senang nak jadi kering. Lebih lama dibiarkan, akan jadi lebih kering dan sudahnya dia akan rasa gatal dan jadi ekzema tapi di bahagian-bahagian pelipat seperti pelipat tangan dan kaki sahaja. Losyen pulak, ada yang ok ngan kaki dia..ada yang membuatkan ia lebih kering dan gatal. All this while pakai losyen biasa jer ..bukan spesific untuk dry skin. So, bila baru-baru nih kaki Q dah mula kering dan bersisik halus semula, di tambah pula dia dah pandai menggaru dan pelipat siku dia dah mula luka dan merah, THAT's IT lah! ..I need to do something. So, selain dari amik ubat Doktor untuk sapu kat luka, me & hubby gi cari body shampoo dan  body lotion yang leh sapu satu badan setiap kali lepas dia mandi.

We went to Tesco Puchong dan saya habiskan masa nak dekat setengah jam duk belek2 mana lotion yang saya nak beli. Ada banyak range from Ego, Cetaphil, Rosken, Eubos dan macam-macam nama lagi lah kan .. mana tak saya pening nak pilih satu. Puas duk belek2 info kat belakang botol tu ..nak cari yang ok dan sesuai dengan condition Q sebab dia toddler kan. Sudahnya, sebab nak dapatkan info yang tepat, saya panggil Pharmacist yang ada kat situ. Lepas bgtau dia yang saya nak cari lotion, dia tanya saya nak lotion yg macam mana. Saya bgtau lah, lotion for babies and toddlers, yang boleh sapu satu badan, bagus untuk dry & eczema skin dan harganya berpatutan dan tak mahal sgt. Then, this lady pun recommendkan product Sorbolen Moisturizer ni. Memula memang terkejut gak, sebab saya dah nampak kat rak tu, tapi tengok2 gitu jer, sebab harga dia murah sgt berbanding lotion lain - RM 19.90 for 500 ml, siap dapat free 100 ml travel kit lotion lagi!. Takutlah gak tak bagus, tapi lady tu kata lotion nih memang bagus dan tak mahal, maybe because of branding, tak femes pun this brand saya rasa. Hahaha.. ker sebab saya tak tahu? Ekeke..Cetaphil dan Eubos serta Rosken lagi femes kot? Since that lady kata ok, saya  pun belilah utk try. Memang kat belakang botol lotion tuh ada tulis suitable for kids, so berani lah jugak nak pakai. :)

Ni lah Redwin Sorbolene Moisturiser. Harga dia cuma RM 19.90 jer. Berbaloi dan berkualiti.

Suprisingly, memang bagus sgt lotion ni. Kulit Q jadi lembut dan licin. Sisik memang takder langsung dah. Yang tinggal cuma parut-parut nyamuk gigit (kulit mengada-ngada, kena gigit nyamuk sikit jer kulit jadi hitam dan bertanda..huhuhu...) tapi pelipat kaki dan tangan semuanya clear. Sampai petang pulak tuh boleh rasa kelembutan kaki dia. Lotion dia saya guna sikit jer tau, lepas letak kat tapak tgn, saya spread over the lotion kat tangan, then baru saya sapu kat badan Qarissa. Bestnya lotion nih, the thickness tu menyebabkan kita hanya perlu guna sikit jer dan boleh spread all over the body part. Start with left leg, then right leg, pastu left arm & right arm. Memang agak lama gak lah proses menyapu lotion tuh, but I enjoyed it so much! Yang tak sangka tuh, bila jumpa Therapist Qarissa for the first time, dia kata bagus saya urut badan Qarissa sebab it helps to reduce her tantrum dan bagi dia cool sedikit.

Therapist dia ajar bagaimana nak buat massage & deep joint compression. Before this, apa yang saya tahu, in fact the Chinese Lady yang datang rumah ajar saya baby massage masa Zayra baru lahir tuh pun cakap, baby massage sesuai dilakukan sehingga bayi berusia setahun. Tak sangka pula bila dah 3 tahun pun, ada special massage for kids untuk bantu mereka calm down dan dan reduce the tantrum. Maknanya, lagi lamalah proses massage tuh sebab selain dari menyapu lotion and normal massage, ada tambahan sedikit iaitu deep join compression. Yang best dan suprising jugak, Q suka giler saya massage dia! Nyesal plak saya tak continue massage after dia setahun dulu. Skang kaki dia kemain panjang lagi kaki dia, tapi memang best ah. Q suka sampai gelak2. Especially bila saya buat sikit activiti sambil-sambil saya massage tu. Saya ajak Q kira berapa toes dia ada dan berapa fingers dia ada. So setiap kali sapu lotion, memang both of us akan kira sama-sama. Sampai Q dah naik hafal dah. Bila saya lambat jer cakap, "How many toes do you have?" Dia yang cakap dulu "How many toes?", pastu dia plak cakap, "Count!" Hahahhaa.. .Lawak jer. Memang best bila Q boleh tunggu sampai habis seluruh badan dia saya massage, then pakai baju pastu baru sambung main. Dulu saya ingat dia mesti tak sabar nak pakai baju dan tak suka massage tapi ternyata Q sangat suka. Dan, saya buat juga this activity dengan Zayra. :) Lepas dah pakai lotion, baru sapu all the ubat, samada ubat ekzema atau ubat gatal sebab kena gigit nyamuk tu. :)


Ni botol kecik - Dapat free bila beli yg besar. Tapi kat Tesco Puchong jer. Hari tu gi Guardian, dia jual this bottle dalam 9.90. 


Sekarang, ekzema Q dah hampir tiada tapi proses massage tu masih berterusan selagi anak-anak saya suka, saya akan buat. :) Zayra punya ekzema taklah macam Qarissa, Zayra more to dry skin, yang mana kalau tak di ambil perhatian, boleh jadi ekzema. Yang bestnya, ekzema Q nih cepat baik sebab setiap kali nak menggaru, dia akan ingat apa Daddy dia pesan. Masa mula-mula nampak Q menggaru, Daddy dia tegur, "Kakak, dont scratch. Kakak sapu jer luka nih.." sambil hubby tunjukkan caranya. The next time she feels like scratching, suddenly dia sendiri yang cakap sorang-sorang, "Dont scratch!!" pastu dia sapu-sapu bahagian gatal tu! Heheehe.. Macam tak caya jer Q leh ingat dan ikut pesan tu, it really helps ah ..sebab bila dia tak menggaru, kita letak ubat, memang cepat baik.Sekarang bahagian siku tuh tinggal tanda jer lah. Dah tak merah dan luka macam dulu. 

Dari segi mandian pula, saya pakai Bath Oil from Ego.Mula2 pakai pelik gak lah, sebab dia oil based kan. Tak biasa sgt, tapi lama-lama dah biasa, best gak lah pakai nih sebab badan anak jadi licin. Tapi tak lah melampau sampai susah nak dukung..Heheh.. Ok ok jer tahap kelicinannya..bila pakai, nampak badan anak jadi lembap, soft dan licin. Harga pun ok lah kot, dalam RM 26.90 kalau tak silap, tapi botol kecik. Dan baru-baru nih, kat Caring Pharmacy ada buat warehouse, size besar Cetaphil Body Wash cuma RM 35 sahaja instead of 47.90, so saya grab lah 2 botol. :) Nampaknya memang kena continue jugak pakai this  kind of produk, sebab katalah kalau kulit anak dah ok, then kita tukar ke normal body wash, lama kelamaan dia akan jadi balik. So, kenalah cari produk yg harganya berpatutan dan kualitinya baik. Thats y Watie sharekan info ni kat blog. Bolehlah try both product - Sorbolene Moisturizer  dan Bath Oil Ego ni untuk mana-mana Mommy yang anaknya kulit kering atau ada ekzema. Cetaphil tak yah citer kot, mmmg femes dah..in fact masa gi cek up Zayra kat SMC, selamba aku mintak satu kat Dato' Dr Zul. Hahaha.. Kalau klinik susah nak dapat, hospital atau pakar kulit baru ada this kind of product :)

QV Bath Oil. 

Ok, sampai sini dulu perkongsian saya today. Jumpa lagi di entry akan datang. Selamat berpuasa! See ya!

post signature

post signature

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading