Showing posts with label Playgroup. Show all posts
Showing posts with label Playgroup. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Playgroup @ GBOB JB: Eid Mubarak Celebration Theme!!

post signaturePada 2 September 2012 yang lalu, GBOB JB telah mengadakan Special Playgroup Class yang bertemakan Eid Mubarak Celebration sempena Hari Raya Aidilfitri. Melalui gambar2 yang dikirimkan, memang nampak sangat meriah dan semua parents dan anak-anak enjoy sangat. Watie tgk pun rasa seronok dan dalam masa yang sama jeles jugak sebab masa tuh Watie tak berkesempatan lagi nak buat Playgroup Class. Memang semangat rasa nak buat jugak pada minggu hadapannya, tapi sayangnya, terbantut sebab kesihatan tak mengizinkan masa tu..:( sampailah Teacher Watie tersadai kat hopsital dan akhirnya, dapat juga merealisasikan impian nak buat kelas last week..:) Alhamdulillah. 

Di GBOB JB, bukan hanya buat Playgroup Special Theme tetapi juga sambutan Hari Lahir anak-anak syurga iaitu Airys dan Aleesya Raihana selepas habis kelas. :) Cantiklah sangat kek dia tau .. dan makanan yang di bawa secara Pot Luck juga sangatlah meriah .. Memang sangat best! 

Untuk pengetahuan anda semua, GBOB juga ada blognya yang tersendiri. Teacher Aida yang merekabentuk dan mengemaskini segala maklumat terkini tentang aktiviti-aktiviti di Johor Bharu. Anda boleh melayari laman blog GBOB JB di http://www.gbob-jb.blogspot.com/ dan follow blog tersebut untuk lihat maklumat terkini tentang aktiviti yang dijalankan di sana okeh! 

Bagi mereka yang ingin menyertai kelas Trial @ GBOB JB, bolehlah menghubungi Teacher Aida di talian  010-669 4699. Kelas di JB diadakan pada setiap hari Ahad pukul 10 untuk Level 4 (18 bulan - 4 tahun). Dan sekiranya anda berminat untuk menghadiri kelas Trial bg Level 2 (6-12 bulan) dan Level 3 ( 13-18 bulan), bolehlah maklumkan pada Teacher Aida supaya Teacher Aida dapat buat arragement untuk mengadakan kelas ini. Level 2 dan Level 3 ini kena ada sekurang-kurang 2-3 students baru boleh buat kelas, kalau tak, objektifnya tak tercapai nanti ..:) 

Ok, Watie copy pastekan info mengenai sambutan Eid Mubarak Celebration ini yang Watie ambil dari blog Teacher Aida.. :) Jom baca...

******************************************************

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca. Rasanya masih belum terlambat untuk Aida sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Macam mana sambutan raya tahun ni? Mesti meriah kan. Bagi Aida pula, rasanya so & so kot. Bukan sebab apa pun, kesihatan yang tidak memberangsangkan. Pada pertengahan puasa lepas, dengan secara tiba2nya Aida diserang Asthma (yg tak pernah kena pun sblm ni), selsema & batuk yg agak teruk (sampai sekarang pun tak baik lagi). Sampai malam raya tu dah takde suara yg kedengaran. Tapi alhamdulillah pagi raya dah ok sket suara, jadi dapatlah Aida bermaaf-maafan bersama keluarga tersayang. 

Cerita dalam entry kali ni ialah Majlis Sambutan Hari Raya Serta Majlis Hari Lahir Aleesya kuasa 2 (Airys Aleesya & Aleesya Raihana) yang berlangsung di GBOB JB pada 2hb September 2012 yang lepas. Ni merupakan pengalaman kedua Aida dalam menjadi tuan rumah selepas majlis perasmian GBOB JB pada bln 3 aritu. Kat bawah ni Aida sertakan serba-sedikit gambar semasa majlis berlangsung. Jutaan terima kasih kepada semua tetamu yg hadir, mama kesayangan Aida yg tolong masak & mommies yg memberi sokongan serta membawa potluck seperti yang disarankan. Hanya ALLAH SWT yg dapat membalas jasa kalian semua. Aida memohon kemaafan yang tidak terkira sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Sesungguhnya yg baik datang daripada ALLAH SWT & yg buruk daripada Aida sendiri hendaknya. =)

Antara genius students yang hadir
Balloon Balance Boogie games
Musical chair games
Spoon & Egg games
It's bubbles time
Parachute time
Happy Birthday darls
Hidangan yang tersedia
Cake for Airys Aleesya  & Aleesya Raihana
Birthday girls
Birthday girls again
Antara tetamu yang hadir
Blow the candles dear
4 siblings
Airys Aleesya's family
Aleesya Raihana's family

Aida harap anda semua terhibur dan turut merasai kemeriahan sambutan kedua-dua majlis ini. Semoga kita berjumpa lagi di entry seterusnya, insya'ALLAH.

******************************************************
post signature

post signature

Tuesday, February 14, 2012

GBOB JB 1st Trial Class: Havoc & Meriah Nampaknya!

Saya baru sahaja menerima emel dari Teacher Aida yang disertakan gambar2 sewaktu kelas Trial kali pertama diadakan hari Sabtu lepas. Ohhh!!! Saya tersenyum kambing sendirian, kesukaan di depan Lappy melihat anak-anak & ibu-ibu yang ada begitu leka dan seronok dengan aktiviti yang dilakukan. Semacam tidak percaya, GBOB kini mempunyai cawangan di Johor Bharu, dan orang-orang Johor dapat sama-sama menikmati dan merasai bagaimana terujanya para ibu bapa di KL/Selangor (err..Seremban & Nilai juga!!) untuk datang ke kelas Playgroup @ GBOB setiap minggu. Bukan anak jer yang excited, Mommy & Daddy turut sama excited nak bermain dengan anak-anak mereka. Memang betul-betul "balas dendam" selepas puas mengadap kerja-kerja pejabat sepanjang minggu. Release tension kan Mommy2 semua? Hehhehe.. 



Saya menerima feedback yang memberangsangkan dari para ibu bapa yang hadir hari itu, memuji cara Teacher Aida mengendalikan kelas. Begitu bersemangat sampai masuk kelas yang kedua, terus asyik terbatuk-batuk dan hilang suara. Hehehe.. Memang nak jadi Teacher Playgroup bukan sesuatu yang mudah, saya baru sahaja mengakui hakikat itu ketika memberikan latihan "ala mafia" (hahahahha..jahatnya aku nih..) pada Teacher Aida sebulan yang lepas. Yer lah, kadang-kadang, perkara yang kita rasa mudah, pada org lain terlalu sukar dan saya harus mengakui hakikat itu apabila salah seorang Mommy yg datang ke kelas Playgroup ketika saya masih melatih Teacher Aida, memberitahu saya, "Susah rupanya nak jadi Teacher Playgroup ni yer Watie..I tengok you handle kelas senang jer ..Pup pap pup pap...dah setel..Susah rupanya.." Dan pada saat itu, saya tahu yang kerjaya sebagai seorang guru, apatah lagi guru kepada bayi dan anak-anak kecil, adalah sesuatu yang bukan mudah. Ia tidak sukar, tetapi tidak mudah juga. Walaupun kita minat, suka, dan sayang pada kanak-kanak, belum tentu lagi kita boleh mengawal situasi seisi kelas, memastikan kelas riuh & happening, dalam masa yang sama pastikan anak-anak itu mendengar arahan kita tanpa dipaksa dan mempelajari sesuatu dalam setiap kelas yang mereka hadiri. Minat, suka & sayang pada kanak-kanak itu adalah langkah pertama itu kita menceburkan diri dalam bidang ECE ini, ia akan membantu, tapi sekiranya tanpa skill, tanpa latihan yang berterusan, tanpa teknik yang betul, kelas akan jadi hambar. Menghilangkan rasa malu dan segan dalam diri ketika kelas berlangsung adalah cabaran yang paling besar, selain dari interaksi dengan anak-anak yang semuanya aktif dan bijak ini. Ohhh...itu juga agak sukar...Anak-anak ini sangat bijak dan sangat aktif, mereka TIDAK akan tunggu kita, kalau hang terkial-kial..hang tinggal lahhh Teacher oiiii...hhahahhaa.. dan kerana itu, saya harus nyatakan secara terbuka - SAYA RESPECT TEACHER PLAYGROUP @ PLAYSKOOL YANG BERJAYA MENJADIKAN KELAS ANDA HAPPENING, HAVOC & MERIAH...KUDOSSS TO U!!




Saya masih ingat bagaimana kali pertama saya meminta Teacher Aida mengendalikan kelas di KL. Habis sahaja kelas, semua student dah balik, soalan pertama yang saya tanyakan, "How do you feel dear? Come on, share with me.. I want to know..." Heehehehe.. sememangnya melihat saya mengendalikan kelas dan melakukan sendiri perkara tersebut adalah sesuatu yang sangat berbeza..Perasaannya & cuaknya jauh berbeza! Dan saya tergelak bila Teacher Aida kata lebih kurang macam ni, "Ohhhh...(sambil menutup muka dan tergelak juga ..)..I rasa nak stop semua... nak tarik diri jer! I rasa I tak leh buattttt!" Hhahahahaa... besar sungguh gelak saya waktu tuh bila Teacher Aida kata she feel like giving up everything sebab dia rasa susah sangat nak handle situasi. Yeah..I know its not easy ..when 10 genius babies & kids  are in front of you.. and another 10 Mommies are judging you, belum masuk lagi Daddy dan sedara mara yang datang sama2 nak tengok bagaimana kelas dijalankan. :) I have to admit, its not easy. Dan, saya habiskan seluruh petang melatih Teacher Aida, memberikan semangat & motivasi (dalam erti kata lain ..membebel lah tuh..hahahha), untuk memastikan semangat & keyakinannya kembali pulih. Its' ok to feel down, anyway, its your 1st class..dan saya mahu Teacher Aida jadikan ianya satu pencetus semangat untuk buat yang lebih baik di minggu seterusnya. Dan, saya mula meletakkan sedikit tekanan, di mana saya tidak membenarkan beliau membuat kelas sendiri selagi saya tidak puas hati dengan pencapaiannya di KL. She must prove to me she is capable to run the class alone, without me at all, then only I akan benarkan dia buat kelas di JB. Dalam masa yang sama, orang JB sudah ramai yang ingin menghadiri kelas Trial yang sudah saya warwarkan di FB dan Teacher Aida sudah menerima banyak tempahan slot untuk menghadiri kelas Trial. Sudah tentu ini menambahkan tekanan pada beliau. :) 



Alhamdulillah, Teacher Aida menjadikan kata-kata semangat & motivasi saya sebagai satu cabaran dan mengambil berat setiap latihan yang saya berikan. Ternyata tekanan yang diberikan tidak membuatkan beliau jatuh tetapi tekanan itu yang menyebabkan beliau bangkit dan membuktikan beliau mampu melakukannya. Beliau pulang ke Johor dan menggunakan hari Isnin- Khamis sehabis baik untuk berlatih dan kemudian kembali ke KL pada hujung minggu untuk melakukan kelas bagi membuktikan pada saya yang beliau sememangnya boleh melakukannya. Sekali lagi saya tergelak apabila selepas kelas di minggu seterusnya, soalan pertama yang saya tanyakan, "How's your weekdays last week?? You felt like in HELL??" Dan beliau juga tergelak sambil menceritakan bagaimana setiap hari dan "pantang ada masa terluang", beliau akan berlatih buat kelas di pejabat, menghafal lagu, menyanyi dengan anak-anak sampai dalam bas masa nak datang KL pun, beliau masih berlatih! Sampai mak Teacher Aida sound, "Ko jgn nak nyanyi2 kuat2 dalam bas plak yerk!!!" Hhahahaha.. Adoilahhh ...sakit perut saya gelak...Dan kemudian, saya tersenyum lebar sambil berkata lebih kurang begini, "Kerana itu, you dapat lihat hasil seperti mana yang you lihat tadi! Kelas tadi membuktikan, that you're taking my advice & training seriously, you feel responsible towards your job & apa yang you lakukan bukan hanya kerana you rasa you want to take advantage of being our Licensee and using our name to get the students joining you, but you really want to do the best for the sake of the children's development. Congratulations to you!"



Secara jujur, saya berbangga melihat kesungguhan Teacher Aida berlatih bersungguh-sungguh tanpa jemu, sentiasa cuba melakukan yang terbaik, merubah diri dan menajamkan skill beliau demi untuk memastikan GBOB  JB mendapat tempat di hati pelanggan. Saya akui, mungkin nama GBOB itu dekat di hati pelanggan, mereka excited dan teruja untuk datang kelas, tetapi jika kelas yang dilaksanakan "not up to their expectation", ia tidak akan menjadi juga. GBOB telah menyediakan platform yang baik untuk nama mereka dikenali, tetapi ia haruslah disertai dengan semangat dan usaha ingin melakukan yang terbaik, sehabis mungkin agar pelanggan tidak mengatakan, "Kelas @ GBOB hanya indah khabar dari rupa". Kerana itu, saya sangat memberikan penekanan pada latihan untuk memastikan Licensee & bakal-bakal Licensee akan datang bersedia dari segi mental, fizikal (* dan duit juga .. hehehehe..) sebelum merancang membuka cawangan GBOB di mana-mana. Saya percaya, dari masa ke semasa, selepas beberapa minggu kelas dijalankan, Teacher Aida akan semakin serasi dengan kerjaya baru beliau, dan skill serta interaksi sosialnya akan bertambah baik dengan anak-anak yang hadir. :) Insya Allah.. Saya yakin dengan kebolehnnya beliau mengendalikan kelas. 


Melihatkan gambar2 yang beliau kirimkan, saya yakin anak-anak ini seronok dan teruja menimba pengalaman baru, berjumpa kawan-kawan baru dan suasana baru yang kondusif dan sesuai untuk perkembangan mental & fizikal mereka. Ada ibu-ibu di Johor yang bertanya, adakah kelasnya sama setiap minggu? Sudah tentu tidak.. :) Kami mempunyai 7 modul, lebih kurang 68 minggu dan temanya berbeza setiap minggu, aktiviti yang dilakukan juga berbeza. Program yang dilaksanakan ini berstruktur dan ada bahagian-bahagian tertentu yang diklasifikasikan sebagai ritual untuk memastikan anak-anak ini belajar mendisiplinkan diri tanpa mereka sedari, tanpa tekanan malah menyeronokkan. Anda harus mendaftar dan menyertai kelas Playgroup @ GBOB JB untuk merasai dan melihat sendiri perubahan anak anak minggu demi minggu. :) 



Kami kini masih melaksanakan Sessi Trial untuk minggu kedua pada 18 Feb 2012 ini, dan sekiranya anda berminat untuk menghadirinya, anda boleh hubungi Teacher Aida di talian 010-7103155 untuk mendaftar di GBOB @ JB. Bagi mereka yang telah menghadiri Sessi Playgroup & ingin membuat pendaftaran, anda boleh membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM 150 ke akaun Maybank GBOB Johor Bharu iaitu Genius Kids Resource (5513 0651 0407) dan sebaik sahaja 5 pelajar mendaftar, kelas official akan dilaksanakan, Insya Allah. :) I strongly suggest you to LIKE the Facebook Fanpage of GBOB JB @ www.facebook.com/gbobjb, agar anda menerima maklumat terkini tentang kelas Playgroup di JB ini. :) 

Saya suka dan tumpang bangga jika ada mana-mana Daddy yang turut sama ingin bermain dan melibatkan diri dengan aktiviti bersama anak mereka. Walaupun tidak seaktif ibu ketika dalam kelas , sekurang-kurangnya kehadiran mereka di sisi anak dapat membantu meningkat keyakinan diri anak tersebut. :)

post signature
post signature

Monday, October 31, 2011

Video: GBOB On Media - GBOB Playgroup @ Rancangan IKS TV1

Waduuhhhh... it took me nearly 8 months to upload this video yo! Hehehehe.. Apa lah Teacher Watie ni kan.. Hu hu.. mmg bz sungguh sampai nak upload pun asyik lupa jer. Memang saya dapat this copy from Aisyah @ RTM pun agak lewat, few months lepas rancangan tu di ke udarakan,  tapi patutnya bila dah dapat tuh, teruslah upload kan.. tapi tu lah, nak upload pun kena tunggu lama, plus asyiklah lupa, kengkadang CD tertinggal kat umah, bila CD ada, DVD Writer plak tinggal. Hadoii... :P

But Alhamdulillah, finally I managed to upload the video untuk tatapan semua, at least parents boleh nampak sedikit sebanyak apa produk dan servis yang kami tawarkan di GBOB. Bila saya tengok semula video ini, rasa terharu pula, dah besar dan bijak dah anak2 saya tu suma sekarang tau. Masa rakaman ni dibuat, dalam Januari 2011, GBOB baru beroperasi dalam 3 bulan, kira baru sangat lah usianya tu. Walaupun sekarang masih dalam tahun 2011, tapi saya nampak perkembangan yang sangat2 positif dalam diri mereka. Kalau anda rasakan semua kanak-kanak dalam video ini comel, bijak dan pandai berinteraksi, ehehhehe.. bolehlah bayangkan keadaan mereka selepas hampir 10 bulan mereka join the Playgroup. :) Tu lah sebab teacher Watie makin hari makin kurus you! Tak yah gi Fitness First, Slim World semua tu, anak-anak Teacher tiap2 minggu dah buatkan Teacher Watie ni berpeluh2 dan sihat + kurus. Ekekekeke...


Cuba teka saya rembat gambar ni dari blog siapa? Eekkeke.. Ni masa majlis Hari Raya Playgroup baru2 nih @ GBOB

Ok, takmo bebel panjang2 lah yerk, meh kita imbas kembali Program IKS @ TV1 ni. Rasanya ramai parents kat luar sana masih  belum berkesempatan untuk tengok Playgroup @ GBOB di Rancangan IKS ketika ia di ke udarakan awal tahun lalu. So, bolehlah jamu mata, tunjuk kat anak dan tanya dorang nak join kelas Teacher watie tak? Eekkekek.. :) Sebelum Watie terlupa, kelas Level 1, Level 2, Level 3 dan Level 4 akan dijalankan seperti biasa, dan sekiranya anda ingin menghadiri sessi Trial Playgroup @ GBOB untuk mana-mana Level, anda boleh hubungi Watie to make the appointment kay! Lately kelas selalu penuh especially level 3 & 4, so it will be based on First Come First Serve. :) Level 1(0-6 bulan) dan Level 2 (6-12 bulan) yang kurang, student Level 2 dah banyak naik ke Level 3, so Level 2 kurang sikit studentnya, sapa yg nak join sekarang memang ada slot kosong. 


Saya rembat dari blog budak bijak bam-bam yang saya tgh peluk tu lah .. heheheheh.. kat SINI

Level 1 memang kurang dapat sambutan dan personally Watie rasa sedih juga sebab Level 1 tu lah yang paling penting dan orang kata asas untuk perkembangan otak bayi. Maybe banyak parents rasa tak perlu untuk join sebab anak kecil lagi, apa dia leh buat kalau join umur 3 bulan (lepas pantang tu kan)..macam tak masuk dek akal jer yerk..:) bukannya leh merangkak pun..heheh..tapi, kalau dorang nak tahu, kelas2 macam ni di oversea tu paling penuh memang Level 1 ni lah, sebab as I always said, the ECE di luar negara  lebih advance & most mother tahu kepentingannya. Di Malaysia ni nampaknya ECE semakin berkembang maju walaupun tak semaju di oversea tu. Dulu kalau anak masuk tadika umur 6 tahun, pastu 5 tahun, sekarang dah ada yg masuk seawal 4 tahun, malah ada juga parents yang sanggup cari Taska @ Early Development Centre yang tawarkan program untuk anak-anak semuda 2 tahun. Program-program di bawah 2 tahun, terutamanya untuk bayi seawal 0-6 bulan ni memang agak sukar kita nak jumpa. Mungkin sebab permintaan kurang, sebab tu Pengusaha tak buat this kind of Program. Kalau ada pun, agak mahal Programnya, dan selalunya kaum kita adalah kaum-kaum yang jarang-jarang ada dalam program tu. Selalu expat & Chinese. Maaf kalau terasa, tapi itu realitinya, jadi jangan pelik jika bayi orang lain lebih bijak @ smart dr bayi kita kalau kita sendiri tidak berusaha memberikan yang terbaik untuk anak sedari bayi. (survey-survey kelas yang ada di tempat anda, cari info, cari bahan pembelajaran utk bayi dan sebagainya sepertimana yang ibu bapa lain buat.) Dan Watie rasa menjadi tanggungjawab watie untuk beritahu pada parents hakikat dan senario ini supaya anda sedar STIMULASI BERMULA SEJAK HARI PERTAMA ANAK ANDA MELIHAT DUNIA! It's TRUE..very TRUE.. :) 

Kenangan terindah dalam hidup saya selaku ibu dan guru. :) Terima kasih IKS, Terima kasih Aisyah. Terima kasih TV1. I Heart Uols!

post signature

post signature

Tuesday, October 25, 2011

Video: Playgroup @ GBOB Using My 1st Activity Book - Montessori Approach

Kalau semalam Watie kongsikan kebaikan buku My 1st Activity Book - Montessori Approach, hari ni Watie nak kongsikan video yang sempat dirakam oleh suami ketika sessi Playgroup @ GBOB Level 3 (12-18 Months) minggu lepas. Lucky me sebab hubby kerja tgh hari, so he managed to capture the moment using my Ipad. Best plak rasanya bila tgk rakaman ni semula. Nak upload terus ke You Tube pun senang, :) Thats y Watie terus buat entry pasal aktiviti ni untuk berkonsi dengan anda semua. Dah lama sangat rasanya tak kongsi cerita pasal my Playgroup kan. Video yang IKS tu, dah lama Watie dapat dr pihak RTM, tapi tak sempat2 nak hapdet kat You Tube. Insya Allah dalam waktu terdekat ni Watie upload lah. My external DVD tertinggal lah plak kat opis. :) Next week Insya Allah kalau sempat. :)


The book that we use in the Playgroup Class @ GBOB

Video yang anda lihat ni adalah sebahagian aktiviti yang kami lakukan dalam kelas Level 3. Memang best sgt tgk all the kids kemain comey bawak buku pergi sekolah kan? Yang paling best, bila Mommy2 bagi komen, anak2 kat umah pun siap amik handbag Mommy pastu pretend to do all the action yang mereka belajar di kelas. So cheeky! Tu lah Watie selalu kata, all babies are genius! They're all GREAT IMITATORS. Ada yang siap jadi "Techer" bila kat umah. Parents plak yang kena jadi anak murid! Kui ku kui.. Tergelak2 lah Watie dgr Mommy2 citer dorang kena berlakon jadi anak murid bila kat umah tu ha. Happy sgt sebab nampaknya kelas Playgroup ini berkesan dalam meransang minda anak masing-masing, menjadikan mereka lebih berdisiplin, berketrampilan, pandai bergaul dan tidak lupa semakin bijak! 

At the same time, Watie rasa kesian jugak untuk mereka yang tinggal jauh dari Klang Valley, sebab selalu terima komen yang they really want to join GBOB kalau dekat. Tanya ada cawangan ke tak, ada plan tak nak bukak cawangan and so on. Well, Insya Allah perancangan ke arah itu ada, that is my next year plan under Licensing Program. Sesiapa yang berminat untuk membuka kelas Playgroup like GBOB di kawasan atau daerah masing-masing, bolehlah menyertai Licensing Program GBOB ini. Watie takmo cerita lebih lanjut sebab segalanya dalam perancangan. Masih terlalu awal, cukuplah Watie katakan perancangan ke arah itu memang ada.:) I have to make sure mereka yang berminat untuk menjadi rakan niaga GBOB adalah mereka yang benar2 ingin menjadikan kerjaya ini sebagai sesuatu kerjaya yang tetap, bukan kerja part time, sebab ia memerlukan kesungguhan, keberanian, dan rasa tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kecil ini. Well, we're teaching the "genius" babes.. hehehehe. Watie nak kena pastikan all the Teachers are capable of creating the fun environment in the class and know why we're doing such activities.

Okeh, enuff said about the Licensing Program.:) Another reason why Watie nak share this video adalah untuk memberi idea kepada para ibu-bapa bagaimana bermain dengan anak mereka di rumah, selain itu, bagi mereka yang telah pun menyertai Playgroup @ GBOB, bolehlah menunjukkan video ini kepada anak, so that they feel excited dan akan cuba meniru gaya-gaya ini di rumah, dan bila sampai di kelas Playgroup, mereka akan lebih teruja. Teringat kata-kata Mommy Aleesya, bila kat rumah, Mommy Aleesya ajak Aleesya main this activity using any bag yg dia sempat grab pada waktu itu dan hasilnya?? Wonderful! Sebab bila di kelas, Aleesya sangat enjoy. 2 minggu sebelum itu, Aleesya  banyak menangis  sewaktu di kelas mungkin kerana baru baik sakit & ada minggu2 yg tak dapat hadir, (sebelum sakit, she was a very happy toddler in class) dan menurut ibunya lagi, selepas baik dari sakit, Aleesya seolah2 berubah dan cepat cengeng bila tak dapat apa yang dia kehendaki. Tumpang gembira bila lihat ada perubahan pada diri Aleesya. Memang gerun juga bila dengar Mommy dia beritahu tentang kekerapan ke hospital dalam tempoh satu bulan sebelum ini, mana tak phobia anak kecil itu, Pity Aleesya. Syukur dia dah sembuh dan harapnya akan kekal sihat. :)

So Mommy, jgn lupa tunjuk anak genius anda video ini okay. And dont forget to put some comments on the feedback after they watch it! :) Another thing, - dont forget to enjoy the moment! :)

Anak-anak genius saya di Playgroup @ Genius Baby On Board. :) Tergelak bila saya tgk they tried to imitate my action - marching sungguh2 yo! :) Hahahahaa.. So cute!


Sebelum Watie terlupa, Pendaftaran dan sessi Trial untuk Level 2 (6-12 months) di buka sekarang. Dah ramai student yang Level 2 naik ke Level 3 (dah graduate you! Hehehhe..) dan student Level 2 dah tak ramai, so pendaftaran baru akan dibuka untuk mereka yang berminat menghantar anak mereka ke kelas Playgroup @ GBOB ini. Kelas akan diadakan pada setiap hari Ahad @ 10 am. :) Jika berminat untuk mendaftar atau menghadiri sessi Trial, bolehlah hubungi Watie dengan kadar segera. Kelas akan bermula selepas hari raya Haji. :)

post signature


post signature


Monday, October 24, 2011

Montessori Approach Cloth Book - My 1st Activity Yang Sangat Best!

Hari ni Watie nak kongsikan satu produk yang sangat bagus untuk meningkatkan motor halus anak anda. Produk ini sebenarnya adalah salah satu dari puluhan produk yang Watie gunakan dalam kelas Playgroup @ GBOB (Level 3:12-18 bulan). Sejak Watie gunakan produk ini, memang ramai ibu bapa yang menyertai kelas tersebut ingin turut sama memilikinya tetapi sayang, stok memang takder, dan memang sangat susah nak dapat. Watie ingat lagi, masa mula2 Watie beli, Watie berbelah bahagi samada nak guna atau tidak this produk untuk kelas Playgroup, sebab harganya taklah murah sangat, kalau satu boleh tahan lagi, tapi kalau dah 10? Hehehehe.. Tak betul2 memang bengkok lah jugak kan …Ekekek..Tapi sebab this produk is hard to get & really good for my student, I decided to invest jugak, kira 1 time investment lah kan .. tutup sebelah mata lah.. Hehehhe..Watie cuma sempat jual 2 sahaja dan yg selebihnya memang tak jual sebab nak pakai untuk kelas.

Buku yang mendapat permintaan hangat tapi stok takder. Now ada but very limited. Hehehe..

Lucky me, finally setelah cuba sedaya upaya dapatkan stok, I managed to get the stok but limited. So, Watie terus mesej pada parents Playgroup GBOB dan buat booking untuk siapa yang nak. Of course Watie kena bagi priority to my Playgroup students kan ..:) Kebanyakan alat mainan dan alat bantu mengajar memang jarang dapat Watie kongsikan, upload atau cerita kat blog sebab belum sempat cerita, barang dah terjual untuk students2 Watie, so I don’t think so its appropriate bila Watie duk citer pung pang pung pang, skali client nak beli barang takder..Its doesn’t sound good & professional. So, that’s y kebanyakan barang tuh memang student Playgroup akan dapat dulu sebab they come every week. Hehehehe.. So, sapa yg nak tgk barang2 @ GBOB, kena rajin2 singgah hujung minggu lah kekdahnya .. hehhehe.. But no worries, kalau stok ada atau akan di restock, Watie akan try to update the info dan kongsikan dengan anda semua tetang kebaikan dan keistimewaannya okeh ..:)

Alrite, produk yang Watie nak kongsikan ini namanya My First Activity Book. Ia merupakan satu buku kain atau “Cloth Book” yang mempunyai pelbagai aktiviti untuk anak anda terokai. Buku nih sangat menarik, first time anak u tengok pun, dia dah suka sebab warnanya sangat terang dan menarik perhatian. Orang kata, “Love at first sight”. I still remember, Watie bg Qarissa pegang buku nih, kemain lagi dia bergelek2 cam pegang handbag sambil dancing2 keliling opis. Ni ada watie attachkan gambar gedix si Qarissa satu ketika dulu. Masa ni Zayra tgh merangkak lagi. Hehehe.. In fact, Qarissa lah yang bg idea untuk Watie jadikan buku tersebut sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam kelas. Bentuknya yang direka seakan2 bag itu sememangnya menarik untuk untuk kanak-kanak pegang dan main play pretend seolah2 dia nak ke sekolah atau berjalan2. Good for traveling too! At least ada benda yang dia boleh main (mainan yang berfaedah dan meningkatkan skill motor halus mereka!) dalam kereta sepanjang perjalanan balik kampung atau bercuti!

 Ni lagi best dari bag Coach hokay Aunty2 semua.. Heheh!
 Angkat tinggi2 nak tayang sket I ada handbag! Hahahaha...
Vavava..Ada gaya model..Siap dgn berus gigi tu yg tak tahan. Ha, yg kat belakang tgh duk bergossip tu, sorang sangattt bagussss, lagi sorang sangaaaatt tak baguss! Haahhaa... 
 Memberus gigi sambil bergaya dengan handbag "ada curlass" nya. Kikiki...
 The Ants Go Marching One By One Hurahhh! Huraahhh!.. Sian anak aku main sorang2 ..hahahha..
Kepit mengepit tak tahannnnn!

Di dalam Cloth Book – My First Activity Book ini pula, terdapat 10 aktiviti yang boleh anak anda terokai dan setiap satunya mempunyai objektif yang berbeza. Setiap aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran motor halus anak anda dengan pengunaan dan latihan yang kerap.Meh kita tgk apa aktiviti-aktiviti yang ada dalam buku ni kay.:)
Anak2 belajar membuka dan menutup butang. Perlukan kemahiran dan latihan yang kerap, in the beginning memang parents kena bantu dengan sama2 bermain dengan mereka. :) Nanti senang bila anak dah pandai, dorang akan bukak butang baju sendiri tau.. I suggestkan nyanyi Nursery Rhyme - Round & Round The Garden sambil bukak button ni.  
Memasang dan membuka seat belt. Dalam masa yg sama, leh ajar anak, kalau naik kereta, mesti pakai seat belt!. Juga perlukan kemahiran dan latihan yang kerap. Kita rasa senang, anak rasa susah tau ..:) jadi kena bantu yer Mommy & Daddy!
Belajar Zip & Unzip. Aktivity ni agak mudah berbanding yang 2 di atas, tapi perlukan kemahiran juga. Yang best tuh, siap ada cloth duck dalam zip tu, dan ianya berbunyi bila kita gesekkan.Bagus untuk stimulasi pendengaran anak dan bayi. Nak gesek pun bukan aktiviti yg mudah bagi abak kecil anda tau! Kita rasa senang, but to them, rasanya mereka lebih suka keronyok berbanding gesek, betul tak? Sebab still berbunyi apa.. hehehe..Jadi, untuk variasi, boleh suruh anak gesek guna ibu jari dan jari telunjuk, bila dah biasa, nanti nak pegang pensil pun senang. :) 
Peek A Boo play with Mr Octopus. Ni pun best sebab Octopus ni punya kaki, ada 3 kaki kita boleh play around. Leh main tarik2 kaki dia. Leh main Peek A Boo dengan menutup mata Octopus, sedia, dan lepaskan and say Peek A Boo Octopus! :) Selain tu, ada juga baby Octopus di bawah salah satu kaki tu. Great way to say Peek A Poo when playing with our kids. :)  Sapa yg dtg Playgroup & tau pasal "Old Orange Octopus", leh ah nyanyi lagu tu jugak :)
Counting Activity - kira kaki Caterpillar dan ada juga finger puppet Butterfly. Finger puppet ni boleh di tarik keluar dan dilekatkan semula dalam buku.  Memang sangat lah disukai anak-anak saya kat Playgroup tu.. Level 3 ( 12-18 months) pun dah pandai masukkan dalam jari so kalau yg 2 thn lebih mmg lah sgt expert kot, siap leh nyanyi dan terbang2 with this Butterfly sambil nyanyi lagu Fly Fly Fly, the Butterfly! Bila time Catterpilar, leh nyanyi  "Caterpillar Coughing!" :) 
Yang ni plak Bee. Pun finger Puppet  with pelekat velcro juga. Kalau student yang datang Playgroup Level 4 last 2 weeks kot, mesti ingat yg kita ada main Bee ni kan..? They love it!. Pasni leh Main ngan Mommy okeh!:) Bunga tu ada macam kocek yang anak leh seluk2 jari dorang yg comel dalam tu. :) Atau maybe simpan Bee dalam tu and say Bee is eating! :) Pastu nyanyi lagu Buzzy Buzzing Bee!
Tie the Shoelace Activity. Agak sukar untuk anak pada mulanya, dan ia akan jadi lebih baik. Mommy can start by encourage them to insert the lace dalam lubang dan tarik dahulu, sebelum ajar buat riben.:) Time ni leh nyanyi lagu, One, Two Buckle My Shoe!:)
Ni button activity. Anak kena button belon2 dan bumbung rumah Cat tu di tempat yg betul. Material for both ballon and roof pun berbeza, so its good for their touch stimulation also. Sebab dia button, ada tendency anak untuk pakai button jer, dan tak ikut the shape. No worries, sebab bila dia wat camtu, kita leh bgtau yang dia mesti ikut shape just like the picture above. :) Time ni, kalau nak nyanyi lagu Happy Birthday pun ok sebab ada ballon tapi last week we all nyanyi lagu Mister Sun! hehehe..
Ni pulak hand puppet bear. Anak boleh masukkan tangan dari bawah, seluk dan bermain dengannya. :) Jangan lupa bagi nama for this bear okeh!
Dan, yang akhir sekali adalah button Activity & Tell the time. Anak boleh belajar nombor dan waktu.  Ia boleh dipusingkan 360* tapi sayangnya penunjuk jam dan minit tu tak leh dipisahkan. So, hanya leh tunjuk kat setengah2 nombor jer lah. :) Jangan lupa nyanyi lagu Hickory Dickory Dock masa main this Activiti dengan anak okeh..:)

Harga buku ni cuma RM 79.90 sahaja tidak termasuk penghantaran. Penghantaran ke Semenanjung cuma RM 6 dan ke Sabah/Sarawak cuma RM 10. Terus terang, stok yang Watie ada cuma 140 sahaja, Watie cuma boleh jual 100 sahaja sebab lagi 40 nak simpan untuk my branch akan datang. Branch? Opps...Heheh.. Insya Allah ..ada rezeki kita akan bukak di Johor tahun depan, sekarang tgh gigih nak siapkan program dan produk untuk branch sana, under our Licensing Program. Another sebab yg kukuh kenapa blog ni jarang update lately. Hehehe..Pening mak noks..pening giler skang.Ahaks..But i love it. Dan, daripada 100 buku tuh, 20 buku dah terjual untuk student2 Watie yg Level 3. Yang Level 4 baru dapat message, dan ada yang dah book, ada yang nak tengok by this week (sebab Level 4 belum berkesempatan guna that book masa Playgroup, cuma sempat guna Bee Finger Puppet jer), so that have no idea about the cloth book. Jadi, cuma tinggal 80 buku sahaja yg boleh Watie buka untuk jualan. Again, first come first serve basis dan siapa yang buat payment dalam akaun GBOB, htr info dan bukti pembelian, Watie akan terus courier.  Boleh sms atau mesej Watie selepas transfer. :) 

To those customer yg dah booking, no worries, Watie dah siap tagging dan stapler nama kat bag lagi, heheheh,,seram betul kalau tak buat camtu, kang aku pakai jual jer, tetiba dorang nak claim barang, stok dah takder. Huhu ..haru ooo.. :) Ok kengkawan, jumpa lagi di entry akan datang kay. Nanti sempat, Watie kongsi lagi produk2 yang bagus untuk meningkatkan pelbagai skill dalam diri anak anda yang genius tuh..:) Salam sayang semua ...:)

post signature
post signature

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading