Showing posts with label Nukilan Rasa Hatiku. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Rasa Hatiku. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Quzayra: Kiriman Allah Yang Menjadikan Aku Manusia Bermanfaat!

Lama sungguh rasanya saya tak update blog ni ..:) Sibuk dengan anak-anak dan kelas Playgroup, kerja 7 hari seminggu membuatkan masa saya begitu singkat untuk menulis. Syukur juga ada Fanpage FB GBOB dan kebelakangan ini saya sememangnya menggunakan medium tersebut 100% untuk berkomunikasi dan berkongsi ilmu serta pengetahuan dengan pelanggan serta Fans GBOB. Siapa yang belum LIKE Facebook GBOB, cepat-cepat LIKE yer, dan cadangkan juga page tersebut pada rakan-rakan dan saudara mara, mungkin ianya berguna untuk mereka, Insya Allah ..:) 

Saya menulis entry ini pada pukul 2.40 am, ketika anak-anak sedang enak dibuai mimpi. :) Saya ingin berkongsi rasa dengan anda semua, pembaca setia blog saya. Sesuatu berlaku dalam hidup saya kelmarin, dan saya sudahpun berkongsi rasa sayu dan sedih itu dengan rakan-rakan saya di FB semalam, kini saya ingin abadikan kisah itu di blog pula, agar saya akan dapat membacanya selagi hayat dikandung badan, malah mungkin Zayra juga dapat menatap dan menghayati isi hati ibunya ini apabila beliau dewasa kelak..


Saya salinkan kembali apa yang saya tulis di Facebook saya semalam.

***Kengkawan..nak share citer sayu pasal Yaya smalam..balik2 jer aku terus cek apa barang aku dah beli utk anak2 aku for this coming holiday. Aku shopping sikit2 from the past few months so aku dah lupa apa benda yg dah beli dan apa yg belum. Bila cek2..rupanya aku dah beli glove for the kids.. Aku suruh lah Yaya cuba..excited giler Yaya sebab glove dia color purple.. Cepat2 dia mintak pakai.

Yg sedih tu kan.. Bila tgk muka Yaya happy sebab both hands dia ada 'jari-jari' yg complete..jadi Yaya macam excited lah jari tgn kanan tu panjang2..aku sayu jer tgk tambahan pula bila hubby kata "Cantik pulak Yaya pakai glove tu nampak cam semua jari ada. ".. 

Dan yang paling sedih..memang terganggu gak lah emosi aku.. Meleleh gak air mata dan hampir rasa bersalah sebab macam aku yg menyebabkan tangan dia lahir camtu...bila Yaya tak mo pakai mitten yang aku belikan utk dia. Aku beli wool mitten nak kasik panas tgn tu tapi Yaya tak nak pakai.. Pecah hati aku bila Yaya cakap, "Taknaklah pakai ni Mommy.."..bila aku tanya kenapa...jawapan dia buat aku sedih sangattttt...Yaya kata "Taknak..ni ada 1 jer finger..ni takder!!" *sambil tunjuk kat mitten tu. Mitten tu hanya ada sarung 'jari' kat thumb dan yg lain takder..*

Memang aku terus terdiam dan kitaorang laki bini cam tersenyap jap dgr Yaya cakap macam tu.. Terus bergenang air mata aku dan aku peluk Yaya kuat2...:'(((

Yaya sayang..kalaulah Mommy ada kuasa utk buat tangan Yaya normal semula....Mommy akan buat saayanggggg...huwaaaaa!!! *tetiba emo plak hujan2 ni haaaaa***


Itulah luahan hati seorang ibu apabila berhadapan dengan situasi yang tak terduga seperti ini. Walaupun Yaya bercakap seolah-olah tiada apa yang berlaku, tetapi sebagai ibu, naluri keibuan saya cukup tersentuh dan sekuat-kuat ..setabah-tabah saya ini pun, akhirnya lemah juga hanya dengan kata-kata seperti itu. Apatah lagi ianya datang dari anak sekecil Yaya yang baru menginjak usia 2 tahun 7 bulan. Saya dapat lihat mata Yaya bersinar-sinar kesukaan tatkala melihat tangannya yang kelihatan sungguh sempurna apabila dia memakai glove itu dan kalaulah saya ada kuasa magis, ingin saja saya letakkan tongkat sakti ke tangannya dan pastikan ia normal sama seperti kanak-kanak lain..

Ya, seorang ibu dan ayah akan melakukan apa sahaja yang mampu untuk memastikan anaknya dapat yang terbaik dalam hidupnya, tetapi apabila datangnya satu hakikat dan takdir yang tidak mampu kita tolak, hanya doa sahaja yang dapat kita panjatkan semoga Allah SWT membantu kita dalam membesarkan amanahNya ini. Benarlah kata rakan baik saya yang juga mempunyai anak OKU, setiap ibu bapa itu cabarannya lain, anak beliau mungkin tidak pandai berkata-kata dan mempersoalkan mengapa dan kenapa dia menjadi OKU kerana dilahirkan dengan hampir tiada sel otak, dan untuk berkata-kata adalah sesuatu yang hampir mustahil, jadi dia tidak perlu bersusah payah dan pening2 nak berfikir jawapan apa yang patut diberikan pada anaknya itu. Berbeza dengan saya, anak saya kelainannya di tangan kanan, alhamdulillah otaknya berfungsi normal dan sudah tentu saya harus bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi situasi-situasi seperti ini yang kadangkala saya tidak bersedia sepenuhnya .. :(

Semasa rakan saya itu memberikan hujahnya, sungguh saya rasa kagum melihat beliau. Saya tahu yang cabaran beliau bukan kecil anak, bukan calang-calang, besar sungguh cabaran yang beliau hadapi, boleh dikatakan hampir setiap masa dalam keadaan berjaga-jaga dengan kondisi kesihatan anaknya yang pasang surut tidak henti-henti, tetapi beliau masih lagi melihat "saya ini bertuah berbanding dirinya" dengan mengemukakan hujah seperti di atas, sedangkan kalau kita lihat secara luaran dan secara logik, patutnya sayalah yang rasa bertuah dan bersyukur kerana anak saya cuma kekurangan dari segi fizikal sahaja. Zayra masih boleh melakukan apa yang anak-anak lain lakukan, cuma mungkin ada sedikit limitasi yang saya rasa tidak akan menjejaskan langsung kualiti hidupnya. Benarlah kata ahli falsafah, "Kita adalah apa yang kita fikirkan". Bagaimana kita melihat diri kita, bagaimana kita melihat dunia ini dan isinya serta bertindak balas dengannya, membezakan antara kita dengan orang lain.


Begitulah kita ini sebagai hamba Allah SWT yang tidak pernah sempurna. Melihat diri kita, nasib kita dan mula merungut serta kecewa dengan takdir yang telah ditetapkan hanya akan membuatkan kita semakin lemah. Mempersoalkan kerja Allah SWT yang kita rasa tidak adil, tidak siap, tidak cantik, tidak seperti yang lain yang DIA ciptakan kebiasaannya hanya akan membuatkan kita mudah dikuasai emosi dan syaitan. Satu petua yang saya amalkan dan saya rasa ia cukup berkesan dalam menaikkan kembali motivasi diri tatkala rasa sedih menyerang *untuk apa jenis situasi yang melanda* adalah dengan MEMBUKA MATA saya luas-luas, dan melihat sekeliling saya. Instead of looking at myself and my fate, I'm looking around at the people. Berapa ramai lagi orang yang situasinya lebih dasyat dari saya? Kenapa saya begitu lemah dengan ujian menguji keimanan yang begitu sedikit dari Allah SWT ini? Dan saya dengan bangga mengaku saya Islam?? Tetapi rukun iman pun tak lepas!!! Saya tak percaya pada Qada' dan Qadar Allah?? Dan..cukup setakat itu, saya akan angkat tangan dan surrender. Malu saya pada Allah. Takut saya untuk terus mencari sebab mengapa saya harus rasa tidak puas hati dengan apa yang telah DIA berikan pada saya. Terus saya tidak lagi memikirkan kesedihan yg saya alami itu. Dengan sekelip mata hati saya yg gundah terubat dan saya tahu malah percaya sungguh-sungguh, Allah tidak memberikan saya sesuatu yang saya rasakan "masalah" itu tanpa ada sebab musababnya. Janji Allah itu pasti, hanya saya yang perlu mengerti. Saya yakin sesungguhnya yang Allah tidak beri Zayra pada saya untuk suka-suka, Allah mahu saya lakukan sesuatu, Allah mahu saya menjadi manusia yang lebih baik, manusia yang dapat memberikan manfaat pada manusia lain dan ianya memang benar..sungguh benar!!

Lihatlah saya sekarang, memberikan konsultasi, motivasi dan semangat pada semua ibu bapa dan anak-anak, baik yang sempurna ataupun istimewa. Tanpa mengenal saya sepenuhnya, tidak pernah berjumpa, hanya melalui tulisan, dengan izin Allah saya berjaya menyentuh hati dan memberikan inspirasi pada mereka yang membaca blog ini. Padahal, saya ini bukan siapa-siapa sebelum Quzayra hadir dalam hidup saya. Saya ibu biasa, sama seperti anda semua, tetapi selepas kehadiran anak bertuah ini, hidup saya berubah, harus saya mengakui yang saya menjadi insan yang lebih baik selepas kehadiran  Zayra. Alangkah cantiknya percaturan Allah itu, mengamanahkan Zayra kepada saya suami isteri kerana DIA tahu saya mampu membantu orang lain dengan tulisan dan pemikiran saya. DIA berikan saya fikiran yang pantas, suara yang jelas, hati yang kuat dan bersemangat, otak yang tajam untuk saya belajar ilmu-ilmuNYA dan kemudian menyampaikannya kepada masyarakat. Tanpa Zayra yang istimewa, saya mungkin asyik berblog dan bercerita tentang apa yang saya lakukan sehari-hari dengan Qarissa dan Quzayra yang normal tanpa memahami isi hati ibu-ibu lain yang mempunyai anak istimewa, mengeluarkan idea dan berkongsi rasa disamping memberikan motivasi dan semangat kepada ibu bapa lain. Allah ingin saya mengumpul pahala sebanyak mungkin melalui perkongsian saya. Dengan adanya Zayra, Allah beri saya peluang. Peluang menambah pahala. Peluang untuk saya kongsikan dengan masyarakat yang akhirnya membawa manfaat pada banyak pihak. Subhanallah.. hanya dengan mengirimkan Zayra yang istimewa, banyak sungguh hikmahnya yang saya dapat lihat .. Cuma, apa yang harus kita semua ingat, hikmah itu HANYA DAPAT DILIHAT, DIRASAI & DINIKMATI HANYA JIKA KITA MEMBUKA MATA HATI...:)


Jangan sesekali kita bersangka buruk pada Allah SWT. Saya ingin berkongsi satu huraian yang saya dengar di TV9 baru-baru ini. Saya lupa nama Ustaznya, tetapi beliau bukan Melayu. Ceramahnya dalam bahasa Inggeris. Agak terkenal juga, cuma saya tidak pernah berkesempatan mendengar ceramah beliau di TV. Kebetulan hari itu saya di meja makan di rumah kakak dan  rancangan Ustaz itu ke udara, dan saya mendengar penuh minat. Beliau menghuraikan tentang ayat ini yang saya rasakan huraiannya cukup menarik dan memberikan satu persepsi yang berbeza terhadap apa yang selama ini kita kurang peduli. Ayatnya seperti di bawah:

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Selalu sangat kita dengar kan? Dah boleh hafal pun! Tapi apa yang kita faham dari ayat ini? Apa yang boleh kita huraikan?Apa yang boleh kita simpulkan? Kata Ustaz tersebut yang masih saya ingat dan terkesan sehingga kini tentang ayat di atas ialah: Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya melainkan kita ini telah dibekalkan dengan kelengkapan yang cukup, peralatan yang ada dalam diri kita sendiri untuk kita gunakan dalam menangani dan mengatasi ujian itu dengan bijaksana. Allah takkan biarkan kita terkapai-kapai sendirian menangkis masalah dan ujian itu, kita sebenarnya sudah pun dibekalkan dengan alat bantu sebelum kita diuji supaya kita ini terdaya menongkah ujian yang diberikan itu dengan jayanya. Beliau turut memberikan contoh Nabi Musa ketika dikejar askar Firaun.  Bila Nabi Musa dikejar askar Firaun, Nabi Musa lari sehingga sampai ke Laut Merah dan beliau terhenti disitu. Nabi Musa berdoa pada Allah, dan Allah tanya Nabi Musa apa yang dipegangnya, Nabi Musa jawab, takder apa, ni ranting kayu buat aku halau-halau kambing petang-petang, tiada apa yang istimewa. Tetapi Allah Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkatnya ke laut untuk menyelamatkan diri dari tentera tersebut dan dengan izin Allah dan mukjizat Nabi Musa yang dikurniakan Allah, Laut Merah terbelah dan selamatlah Nabi Musa. Tanya Ustaz itu sewaktu menghuraikan situasi ini, kenapa tongkat Nabi Musa yang ada ditangannya itu yang Allah suruh ketuk, kenapa Allah tak suruh guna ranting-ranting kayu yang ada dikelilingnya tuh? Itulah menunjukkan yang Allah tidak memberikan pada kita sesuatu itu dengan sia-sia. Tongkat kayu yang buruk dan seolah-olah tiada gunanya itulah yang menjadi penyelamat di saat-saat yang amat kritikal dan amat berguna. Hmmm..menarik kan huraian ini? Sungguh saya terkesan bila mendengar penjelasan dan huraian Ustaz ini dalam topik UJIAN Allah ini. Kawan-kawan sayang, ambil pengajaran dari kisah ini. Jangan lupakan kata-kata ini - "Kita adalah APA YANG KITA FIKIRKAN". Jika baik dan lurus serta ikhlas pemikiran kita terhadap segala ujian yang Allah berikan, maka kita akan dapat lihat hikmahnya, kita dapat lihat apakah "tools @ alat bantu" yang Allah telah kirimkan dan berikan pada kita dengan segera dan kita akan jumpa penyelesaian terhadap ujian itu secepat mungkin.


Saya rasa tidak salah untuk kita rasa sedih dan terharu serta sayu untuk setengah-setengah ujian yang Allah beri dan situasi yang kita lalui, kerana itulah juga emosi yang Allah berikan pada kita hambanya ini. Allah yang bagi kita sekeping hati untuk merasai pelbagai gelojak rasa dalam kehidupan sehari-hari. Tidak salah untuk mempunyai rasa itu tetapi biarlah berpada. Biarlah ada hadnya. Jika perlu menangis dan meraung untuk 5-10 minit, lakukan jika itu mampu melepaskan bebanan di dada yang berat dan sarat. Selepas puas menangis dalam tempoh 10 minit itu, lap lah air mata kita, bangkit kembali dan melangkahlah dengan berani,  yakin dan pasti yang Allah SWT sentiasa ada bersama kita, Allah akan bantu kita mengharungi ujian ini.  itulah yang saya lakukan setiap kali perasaan dan gelojak rasa saya condong ke kiri. Di saat saya sedih, terharu, kecewa, risau, dan pelbagai rasa lagi, saya tidak akan sekali-kali membenar perasaan itu menguasai akal saya. Tidak!! Hanya saya yang berhak menguasai akal saya sendiri dan bertindak selari dengan tuntuan agama, dengan bantuan dan alat bantu yang telah pun Allah berikan sebelum saya diuji, Insya Allah. Bila saya rasa perlu, saya akan berkongsi rasa dengan rakan-rakan FB tentang perasaan saya di saat itu sebagai salah satu cara mendapatkan kekuatan dan sokongan dari orang-orang keliling saya yang saya sayangi, yang pasti akan memberikan kata-kata semangat yang menenangkan, kerana saya tahu, saya takkan pernah keseorangan. :)

Saya tahu ada dikalangan pembaca blog ini juga mempunyai anak istimewa. Dan saya tahu situasi anak istimewa setiap dari kita ini berbeza-beza. Cabaran kita berbeza tetapi naluri keibuan kita sama. Saya juga ada menerima mesej peribadi dari ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa, dan ada juga yang baru mendapat khabar bakal melahirkan anak istimewa, di mana mereka sukar menerima hakikat itu pada awalnya dan setelah membaca blog ini, mereka kembali bersemangat dan tahu mereka tidak keseorangan. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Semuanya dengan izin Allah juga. Ingatlah, anda sememangnya tidak keseorangan. Dan percayalah yang sesungguhnya hidup anda akan jadi lebih baik selepas di uji Allah SWT. Saya akhiri coretan ini dengan nukilan hati,

"JANJI ALLAH ITU PASTI, HANYA KITA YANG PERLU MENGERTI" 

post signature

Friday, October 5, 2012

Bajet Bayangan 2013: Harapan Seorang Ibu & Pendidik

Sana sini orang bercerita tentang Bajet 2013. Yang mana dapat faedahnya, akan tersenyum gembira dan bersyukur. Yang mana tak terkena tempiasnya...harus tetap bersyukur kerana kita masih dikurniakan nikmat pendengaran oleh Allah SWT untuk "mendengar" Bajet yang dibentangkan itu. Yer, kita mesti sentiasa ada sebab untuk bersyukur walaupun saya tahu ramai yang kurang berpuas hati dengan Bajet 2013 ini terutama mereka yang bekerja sendiri atau swasta. :) Kalau ditanyakan pendapat peribadi saya terhadap Bajet 2013 ini, cukuplah kalau saya katakan yang saya ingin SEMUA rakyat dpt menikmati segala faedah yg diberikan secara terus, tanpa melalui org tengah atau kerenah birokrasi dan bukan hanya rakyat terpilih seperti dalam kes BR1M. Ketahuilah bahawa rakyat dlm golongan "medium income" baik di luar bandar apatah lagi di bandar besar yang paling tersepit dalam keadaan ekonomi sekarang dengan inflasi yg mencanak-canak naiknya. Nak ke kiri tak layak, nak ke kanan pun tak lepas..Sudahnya..MELEPASSS, lepas tuh SESAK NAFASSS... hehehe..:)

Saya tidak mahu bercerita panjang pasal POLITIK di sini kerana saya ada agenda yang lebih penting. Saya ingin mencatatkan Bajet Bayangan 2013 yang saya harapkan sebagai seorang IBU dan seorang PENDIDIK. Memandangkan saya berkecimpung dalam bidang Pendidikan Awal Bayi & Kanak-Kanak, maka seharuslah Bajet Bayangan yang ingin saya bentangkan ini berkaitan dengan Pendidikan Awal juga. Tetapi, saya yakin..cukup yakin SEMUA IBU BAPA di Malaysia akan mendapat manfaat YANG PALING BESAR sekiranya kerajaan merealisasikan Bajet Bayangan ini. Dari golongan yang berpendapatan rendah, sederhana tinggi atau tinggi akan mendapat manfaatnya.  Bukan hanya ibu bapa, tetapi juga para pelajar dan guru-guru Taska & Tadika, baik swasta mahupun kerajaan akan mendapat manfaatnya secara terus. Insya Allah.

Mari kita lihat Bajet Bayangan 2013 saya. Sebelum saya terus menaip, saya ucapkan - SELAMAT BERANGAN. Yakinlah yang satu REALITI bermula dengan hanya ANGAN-ANGAN. Selepas anda membaca dan melihat sendiri gambar-gambar REALITI yang saya paparkan ini, anda akan merasakan apa yang saya minta sebagai seorang ibu & pendidik adalah sedikit, sangat sedikit dari apa yang kerajaan boleh sediakan sebenarnya. Semoga satu hari nanti PM kita akan dapat melihat sendiri apa yang Ibu & Bapa inginkan. Amin. 

**********************************
1. Sebagai ibu, saya merasakan yg PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK seawal bayi SANGAT PENTING kerana anak-anak inilah yg akan mencorakkan masa depan negara dan ia bermula dari dalam kandungan dan bukannya 5 tahun. Mereka adalah aset negara yang paling berharga. Siapakah orang ORANG LUAR PERTAMA yang akan mengasuh dan mendidik anak-anak ini selepas ibu bapa mereka? Yer, pihak Taska & Tadika lah menjadi pihak yang PERTAMA akan menyentuh hati dan perasaan anak-anak syurga ini dalam proses pembesaran mereka. Kita semua tahu yang 6 tahun PERTAMA usia anak adalah SANGAT KRITIKAL dari segi pembanguan mental, fizikal, rohani, jasmani dan sahsiah diri seorang anak. Maka dengan itu, saya merasakan yang perhatian yang sewajarnya haruslah diberi kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang ini. SEMUA Taska dan Tadika kerajaan harus di naik taraf dari semua segi, baik dari modul pembelajaran, persekitaran dan yg paling penting tenaga kerja yang profesional dan berilmu, bukannya mereka yg menjadikan kerjaya Guru Taska atau Tadika sebagai kerja part-time sementara mendapat tawaran yang lebih baik. Turn over yg tinggi dlm sektor pendidikan awal ini adalah tidak baik untuk perkembangan emosi bayi dan kanak-kanak. Apa yang dapat dilihat, kerja Guru Taska dan Tadika di Malaysia ini dipandang sebelah mata, remeh dan enteng, tidak seperti tadika-tadika di negara luar seperti USA @ Jepun. *sekadar memberi beberapa contoh*

Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan

2. Untuk memastikan tenaga kerja profesional berminat dalam bidang pendidikan awal ini, layanlah mereka dengan profesional juga. Treat them like one. Naikkan gaji dan tetapkan satu tangga gaji untuk guru Taska dan Tadika yang tinggi agar turn over dikalangan guru-guru taska dan tadika ini dpt dikurangkan. Hantar mereka ke pelbagai kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Awal, Psikologi Bayi & Kanak-Kanak, Bagaimana berurusan dengan Special Needs Baby & Toddlers atau yang sewaktu dengannya. Lakukan On Job Training jangka pendek di pelbagai Institusi di dalam dan luar negara untuk menambah dan mengaplikasikan ilmu tersebut, yang mereka dapati melalui pengalaman sebenar dan bukan setakat pembacaan. Kursus ini bolehlah dilakukan 2 bulan sekali agar ilmu mereka semakin bertambah mengikut suasana semasa. Untuk memastikan komitmen mereka dlm kerajaan, mereka yg dihantar berkursus mesti ada menandatangani perjanjian bertulis dgn Kerajaan yg mereka harus bekerja untuk satu tempoh masa yg ditetapkan. Ini bagi mengelakkan mereka berhenti kerja atau mencari kerja baru di tempat lain. *tetapi rasanya, jika gaji telah dinaikkan dan langkah-langkah proaktif dilaksanakan bagi meletakkan profession ini ditempat yang tinggi dan sepatutnya, tidak akan ada masalah turn over yang berlaku, jika ada, mungkin ianya sangat sedikit dan kes-kes yang terpencil sahaja*


Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School In Japan

3. Modul pembelajaran di Tadika yg ada sekarang harus diperhalusi dan dilakukan perubahan mengikut keadaan semasa. Modul ini bolehlah bermula dari anak berusia 4 tahun-6 tahun. Sebarang modul yg tidak sesuai lagi harus dikeluarkan dan digantikan dgn modul atau subjek yg lebih efektif mengikut zaman. Modul yg ada haruslah berasaskan permainan @ belajar sambil bermain dan menggunakan keempat-empat unsur semulajadi iaitu api, air, tanah dan angin. Modul ini pula wajib disemak setahun @ 2 tahun sekali bagi memastikan ianya up to date dan sesuai dgn keadaan semasa.

Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan

4. Modul pembelajaran di Taska harus diperkenalkan di mana setiap bayi baru lahir hingga 2 tahun yg dihantar ke Taska kerajaan harus mempunyai aktiviti-aktiviti yg konsisten dan terancang agar stimulasi untuk memantapkan kelima-lima deria mereka dijalankan dgn sempurna. Sama seperti Tadika, Taska juga perlu mempunyai modul sendiri dan aktiviti yg berasaskan permainan stimulasi dan tidaklah bayi ini hanya makan, minum dan tidur sahaja setiap hari tanpa ada aktiviti khusus utk merangsang otak dan deria mereka. Bagi anak yang berusia 2-4 tahun, mereka juga mempunyai modul khas yang dapat diaplikasikan mengikut tahap umur mereka sebelum mencecah 4 tahun. Fasa 0-4 tahun ini SANGAT KRITIKAL sebelum mereka memasuki Tadika yang sudah tentu modul pembelajarannya lebih sistematik dan terancang. Sekali lagi, modul ini haruslah berasaskan permainan @ belajar sambil bermain dan menggunakan keempat-empat unsur semulajadi iaitu api, air, tanah dan angin.

Leimondo Nursery School by Archivision Hirotani Studio
Leimondo Nursery School In Japan
Kindergarten Design Grows Up: contemporary nursery-school projects
Fagerborg Kindergarten

5. Persekitaran Taska dan Tadika kerajaan harus diubah supaya ianya kelihatan ekslusif, ceria, penuh stimulasi, tahap keselamatan maximum dgn cctv, keselesaan optimum dengan aircond dan ruang yang luas di dalam dan diluar kelas agar anak2 ini dpt meneroka persekitaran mereka dengan baik. Lebih molek lagi jika semua Taska dan Tadika kerajaan ini didirikan dalam satu kawasan khas @ built for purpose atau banglo 2 tingkat yg selesa untuk anak bermain sambil belajar. 

Kindergarten @ Nagaoka Japan.
Kindergarten Kekec, Slovania

7. Kemudahan Taska 1st class dengan ruang tempat tidur khas menggunakan stackable cot dan bagi bayi menggunakan baby cot. Susun atur barang-barang dan reka letak alat bantu mengajar harus selaras dan sama utk semua Taska dan Tadika kerajaan, seolah-olah konsep Francais, jadi setiap Taska dan Tadika Kerajaan rekabentuknya sama dari sekecil-kecil mainan hinggalah sebesar-besar rumah @ bangunan. Dengan ini, sudah pasti Taska dan Tadika kerajaan dipandang tinggi dan meletakkan ianya ke satu tempat yang dihormati dan di kagumi. Secara tidak langsung, ini akan "memaksa" Tadika Swasta bekerja keras bagi memastikan tempat mereka setanding dengan Tadika & Taska Kerajaan bagi menarik perhatian golongan masyarakat kelas tinggi untuk menghantar anak mereka belajar di situ. Sudah pasti ketika ini SEMUA Ibu Bapa berebut-berebut mahu ke TASKA dan TADIKA @ KEMAS milik kerajaan. Bayarannya murah dan mampu bayar dengan fasiliti kelas pertama. Siapa yang mahu menolaknya kan? :)

Timayui Kindergarten, Columbia

8. Ratio guru dengan pelajar yang rendah supaya guru boleh fokus dan memastikan setiap anak murid mendapat perhatian sewajarnya. Satu kelas terhad pd 10 pelajar dengan 2 guru. Jika ruang luas, bolehlah diambil sehingga maximum 50 pelajar dengan 10 guru. Jika ruang tidak begitu luas, paling maksimum 30 pelajar dalam satu Taska @ Tadika dengan 6 guru terlatih dan profesional. Ini bagi memastikan guru dapat memberi perhatian yang lebih kepada setiap pelajar mereka, membuat lebih banyak 1 to 1 session serta mengenalpasti sekiranya terdapat murid-murid mereka yang perlukan perhatian khusus dengan lebih awal seperti simptom Slow Learner, Dislexia, HyperActive, ADHD, Austism (Mild, Middle & Severe) atau lain-lain isu pembelajaran dengan lebih cepat. Ini bagi membolehkan guru memberikan maklum balas kepada ibu bapa anak-anak ini agar mereka dirujuk kepada Pakar Pembangunan Kanak-Kanak dengan segera dan jika perlu, di hantar ke Sekolah Taska @ Tadika Khas (Special Needs) milik Kerajaan yang mempunyai Fasiliti yang lebih canggih dan Guru-guru yang lebih terlatih khas untuk membantu anak-anak syurga ini.

Sarragueimines Nursery, France

9. Adakan subjek tambahan seperti Iqra, Kelas Hafazan, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Mental Aritmetik, Kelas Renang, Kelas Drama, Kelas Piano, Kelas Pengucapan Awam,  dan sebagainya mengikut  kecenderungan dan minat anak dalam modul sedia ada bagi anak-anak berusia 4-6 tahun di Tadika agar pelajar dapat memaksimumkan potensi mereka, menjadi anak-anak yang lebih berwibawa dan berdaya saing serta mampu berhujah dengan fakta sedari kecil lagi. Sudah tentu semuanya ini berasaskan bermain sambil belajar dan bukannya terlalu menekankan akedemik. ITS ALL ABOUT PLAY!

School Barvaux-Condroz, Belgium

10. Dengan semua kemudahan dan modul yang ada untuk Taska, Tadika Kerajaan ini, sudah pasti SEMUA ibu bapa ingin menghantar anak ke tempat-tempat ini. Taska dan Tadika kerajaan harus meletakkan satu aras penanda kepada Tadika swasta yang lain dan membuktikan bahawa kerajaan berada dalam kelasnya yg tersendiri. Bayaran bulanan mengikut kawasan tetapi mestilah mampu dibayar dan tidak membebankan ibu bapa. Sbg cth: Di kawasan bandar, harga mungkin RM 100 - RM 150 sebulan atau lebih rendah mengikut kajian yang harus dilaksanakan dahulu sebelum menetapkan bayaran (mungkin boleh mengikut tangga gaji ibu bapa, yang mana agak mampu bolehlah bayar lebih sedikit tetapi maksimum RM 150, yang mana kurang mampu bolehlah bayar antara RM 30-50 sebulan atau yang mana sangat tidak mampu bolehlah diberikan PERCUMA), tetapi dikawasan pedalaman, harganya mestilah lebih murah dengan fasiliti, kemudahan dan tenaga kerja yg mestilah setaraf sama seperti di bandar. Apabila tadika dan taska kerajaan dipandang tinggi dan berjaya meletakkan diri mereka dalam kelasnya yg tersendiri, sudah pasti Tadika Swasta akan bekerja lebih keras lagi untuk memastikan mereka juga harus sekurang-kurangnya sama standard dgn Taska @ Tadika kerajaan. Mereka juga akan memberi gaji lebih tinggi pada staff, memastikan modul mereka menarik tetapi masih mengikut garis panduan yang diberikan kerajaan, kemudahan dan fasiliti yg lebih baik serta persekitaran yg lebih kondusif untuk perkembangan minda kanak-kanak. Dari segi harga pula, mereka mungkin akan meletakkan harga yg mampu milik dan tidak keterlaluan mahal kerana mereka tahu Taska dan Tadika kerajaan lebih baik serba serbi dgn harga yg jauh lebih murah. Ianya persaingan yg sihat.

Kindergarten, Paris, France
Kindergarten Design Grows Up: contemporary nursery-school projects
The Stockholm Nursery

11. Bagi anak-anak yang memerlukan perhatian khusus @ Special Needs Kids, kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi serta tenaga kerja mahir untuk mengendalikan anak-anak ini.  Pusat Rehabilitasi (Rehab Centre) yang lengkap dengan peralatan perubatan perlu dibina bagi menampung keperluan anak-anak ini. Dalam Rehab Centre ini, perlulah mempunyai sekurang-kurangnya seorang Doktor Pakar Pembangunan Kanak-Kanak dan Paedtrician untuk memantau perkembangan mental dan fizikal anak-anak ini, dibantu dengan pasukan perubatan seperti Physiotherapist (PT), Occupational Therapist (OT), Speech Therapist (ST),  Behaviorial Therapist (BT), Special Needs Teacher & Special Needs Assistant Teacher. Semuanya di dalam satu tempat agar lebih mudah kebajikan anak-anak ini dijaga setiap hari. Beberapa kelas EIP @ Early Intervention Programme harus  dibuka di Pusat Rehab ini dan pisahkan kelas-kelas ini mengikut tahap anak-anak dan jenis perhatian khusus yang mereka perlukan. Sebagai contoh, mana-mana anak syurga yang perlukan rawatan fisio seperti anak Cereberal Palsy (CP) @ Global Delay Developmental (GDD) *sekadar menyebut beberapa contoh*, bolehlah mendaftar di EIP dan datang ke sini setiap hari seolah-olah mereka datang ke kelas biasa. Selain fisio, mereka juga mungkin perlukan bantuan OT, ST @ BT dan ia perlu dilakukan setiap hari. Sama seperti Taska @ Tadika, masa yang diperuntukkan untuk menjalankan semua terapi-terapi ini adalah selama 4 jam setiap hari. Special Needs Teacher serta Assistant boleh membantu anak-anak ini di dalam kelas dengan panduan dan tunjuk ajar dari Doktor, ST & OT. Aktiviti yg mereka lakukan dalam kelas khas ini mestilah mengikut laporan dan arahan dari Doktor Pakar, OT & ST untuk memastikan perkembangan anak-anak ini  mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam tempoh tertentu. Begitu juga jika anak-anak ini disahkan Autisme, Slow Learner, HyperActive, Dislexia @ ADHD *sekadar menyebut beberapa contoh*, @ mereka dirujuk oleh Pakar Kanak-Kanak ke Pusat Rehab ini atas apa-apa isu yang berkaitan, mereka juga di tempatkan di kelas-kelas EIP dan datang setiap hari, sama seperti kanak-kanak di Tadika & Taska. Apabila anak-anak ini sudah pulih dan nampak perkembangannya yang positif, bolehlah mereka dimasukkan semula ke Tadika @ Taska kerajaan dan sekali sekala, mengikut jadual yang ditetapkan, dapatkan rawatan pesakit luar di Pusat Rehab ini agar Doktor Pakar dapat memantau perkembangan anak ini dari masa ke semasa. *nampak macam susah direalisasikan, tapi sebenarnya tidaklah sesusah mana. Itulah perlunya BAJET. Kalau gaji yang ditawarkan setimpal dan faedah yang diterima menarik hati sebagai pekerja kerajaan, ramai yang sanggup belajar dan bekerja dalam bidang ini kerana jawatan itu sentiasa ada dan diperlukan. Tenaga kerja mahir seperti PT, OT & ST rasanya ramai di Malaysia, (tapi kebanyakkannya berkerja dengan pihak swasta kerana gaji yang ditawarkan lebih lumayan berbanding kerajaan), cuma Doktor Pakar Pembangunan Kanak-Kanak sahaja yang kurang. Dibandar besar seperti KL & Selangor pun agak sukar nak jumpa dan senarai menunggunya begitu panjang sehingga bertahun! Apatah lagi di bandar-bandar kecil di Malaysia. Menyedari situasi dan senario ini, maka haruslah kerajaan menggalakkan lebih banyak pelajar-pelajar lepasan SPM yang layak untuk mendalami bidang Pembangunan Kanak-Kanak agar kekosongan jawatan itu di isi di setiap bandar dan negeri di Malaysia ini. *


Tromso Kindergarten


12. Memang benar di Malaysia ada persatuan-persatuan seperti NASOM, KINWANIS, DAM,  SPASTIK atau lain-lain Persatuan untuk anak-anak Istimewa tetapi kebanyakkannya NGO @ Association dan bukannya direct under government. Alangkah indahnya dunia jika kerajaan sendiri mempunyai Pusat Rehabilitasi canggih bertaraf dunia khas untuk bayi dan kanak-kanak ini di setiap negeri di Malaysia. Sudah tentu harga nya lebih murah berbanding swasta dan golongan miskin dan sederhana boleh menghantar anak mereka ke sini setiap hari. Agak mendukacitakan apabila terapi-terapi yang penting seperti Fisio, Occupational dan Speech di hospital kerajaan hanya dapat dilakukan sebulan sekali atau maksimum 2 kali untuk seorang kanak-kanak. Bagaimana mungkin kita dapat melihat perubahan yang signifikan terhadap kanak-kanak itu jika sessi-sessi Terapi yang penting ini dilakukan sekali-sekala? Dan, masa yang kita ada pun tidaklah panjang. 6 TAHUN PERTAMA sahaja atau mungkin lebih sedikit untuk anak-anak istimewa ini  menyerap segala maklumat dengan baik. Stimulasi yang dilakukan secara berterusan sudah pasti akan berlakunya peningkatan ketara terhadap diri anak-anak ini. Saya sudah melihatnya sendiri di depan mata,   bagaimana stimulasi khas yang diberikan setiap hari merubah seluruh kehidupan anak-anak menjadi hampir seperti kanak-kanak normal yang lain, Tetapi jika stimulasi yang wajib ini pun jarang mereka terima kerana pelbagai kekangan yang ada, bagaimana mungkin mereka menjadi lebih baik? Bagi ibu bapa yang kaya raya, tiada masalah untuk mereka pergi ke Pusat Rehab swasta kerana mereka lebih dari mampu, tetapi bagaimana pula dengan golongan pertengahan dan bawahan? Kerana itulah, kita melihat ramai anak-anak istimewa ini terlantar tanpa dirawat dengan sewajarnya :(.

Yuyu-No-Mori Nursery School @ Japan. 
A Large atrium space gets fully utilised in the Yuyu No-Mori Nursery In Japan- where the children may play among the nets above the heads of their classmate.
 Yuyu-No-Mori Nursery School @ Japan. 

13. Bagi ibu bapa yang terdiri dari golongan pertengahan, kerajaan bolehlah memberi pilihan atau Option kepada mereka. Merekalah inilah yang paling tersepit dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.  Untuk lebih memudahkan pemahaman tentang golongan medium income ini, mereka tidaklah miskin sangat dan mereka juga tidaklah kaya sangat. Sebagai contoh, hidup di bandar besar seperti KL & Selangor, dengan pendapatan suami dan isteri jika di campur berjumlah RM 5K - RM 8K sekalipun, belum tentu cukup bagi menampung kehidupan terutama jika mempunyai anak yang ramai. Orang kata, cukup makan pakai dan tidaklah sampai meminta bantuan tetapi untuk bermewah-mewah jauh sekali. Katakan sebagai contoh, jika OT @ ST di Hospital kerajaan jumlah RM 20 sekali datang, untuk menyediakan sebanyak RM400 sebulan (20 hari, 5 kali seminggu) untuk anak syurga mereka melakukan sessi-sessi Terapi ini tidaklah begitu membebankan, rasanya mereka masih mampu menyediakan wang sebanyak itu tetapi untuk datang setiap hari selama 20 hari sebulan adalah sangat mustahil buat masa sekarang, seperti yg saya katakan di atas, dapat buat Terapi 2 kali sebulan pun dah cukup baik :(. Tetapi, untuk mereka ke Pusat Rehab swasta yang dapat memberikan mereka kemudahan itu, harganya cukup tinggi dan sememangnya membebankan, mencecah beribu-ribu ringgit sebulan! Tapi apa pilihan yang mereka ada? Hendak tak hendak, mereka datang juga Pusat Rehab Swasta kerana ia menawarkan apa yang pihak kerajaan tidak dapat tawarkan. Semua orang inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Ikatlah perut, carilah kerja part time, buatlah 2-3 kerja dalam satu masa, koreklah segala wang simpanan yang ada, demi untuk melunaskan pembayaran setiap bulan di Pusat tersebut. Berbalik kepada Option atau Pilihan tadi, bagi golongan ini, sekiranya mereka memilih untuk ke Pusat Rehab Swasta, kerajaan mungkin boleh membantu dalam bentuk subsidi perubatan, iaitu diskaun seabnyak 40-50% dari jumlah bil yang diterima. Ini dapat membantu meringankan beban para ibu bapa ini, dalam masa yang sama, mereka yang benar-benar kurang mampu dapatlah memenuhi slot Terapi yang ada di Pusat Rehab Kerajaan dengan bayaran yang murah. Walaupun bil bulanan di Pusat Rehab Swasta masih mencecah ribuan ringgit selepas diskaun @ subsidi itu, sekurang-kurangnya ia sangat membantu kewangan keluarga dari golongan berpendapatan sederhana ini. Seperti yang saya katakan, golongan ini tidaklah miskin sangat, mereka bekerjaya, berpelajaran tinggi tetapi mereka juga tidaklah terlalu kaya sehingga memandang wang berjumlah RM 2000 seolah-olah RM 2 ringgit.


Kindergarten Ring Around A Tree- Tachikawan Japan
Kindergarten Ring Around A Tree- Tachikawan Japan

14. Dari segi makanan pula, baik Taska, Tadika @ Pusat Rehab Kerajaan ini, haruslah ada tukang masak khas di sekolah yg akan menyediakan makanan mengikut nutrisi yg diperlukan bayi dan kanak kanak itu. Ini sangat penting kerana apa yang dimakan menjadi darah daging kita selama-lamanya. Pastikan semuanya HALALAN TOYYIBAN. Ini  bagi memastikan anak-anak ini mendapat khasiat yang cukup untuk perkembangan mental dan fizikal, rohani dan jasmani mereka. Mungkin ada anak-anak istimewa yang perlukan diet khusus dalam makanan harian, maka ibu bapa perlulah membekalkan diet tersebut agar perkembangan anak mereka tidak terjejas.

Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.
Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.
Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.

14. Saya tidak tahu apakah yg saya bayangkan ini relevan atau tidak, boleh diaplikasi atau tidak tetapi jauh disudut hati saya, saya rasa ia boleh dilaksanakan jika Bajetnya ada dan tidak tirus @ bocor. Ia sudah pasti mendapat sokongan padu rakyat jelata dari semua golongan. Jika perancangannya betul, telus dgn bajet yg cukup, ia memang sangat relevan. Pasti ibu bapa tidak risau menghantar anak mereka ke Taska atau Tadika kerana mereka tahu anak mereka mendapat yg terbaik dlm hidup mereka. Tidak lagi mereka risau anak mereka meninggal akibat tersedak susu, pagi hantar bercium beserta senyuman, petang balik bercium beserta tangisan *sedihnya tak dapat saya gambarkan..:'(, semoga Allah SWT memelihara anak-anak syurga kita semua..Amin..* Ibu bapa pasti gembira kerana anak mereka mendapat sekolah Taska & Tadika kelas pertama, Guru kelas pertama, Modul kelas pertama, Fasiliti kelas pertama dan segala-galanya kelas pertama dengan HARGA YANG SANGAT MAMPU BAYAR! Secara tidak langsung, ini juga akan meningkatkan emosi para ibu dan bapa ke tahap yg lebih baik kerana tidak perlu risau akan tahap kesihatan dan keselamatan anak mereka kerana semua guru dan tenaga pengajarnya profesional. Ini sudah tentu akan meningkatkan daya saing mereka dalam bekerja, meningkatkan prestasi dan seterusnya dpt membantu negara meningkatkan ekonomi.

Komyodai Kindergarten by y+M design office
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun
Komyodai Kindergarten by y+M design office
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun
Komyodai Kindergarten by y+M design office
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun

Saya rasa setakat ini sahaja Bajet Bayangan 2013 yang ingin saya bentangkan ini. Mungkin ia seolah-olah mustahil buat masa ini, tetapi biarlah ia kekal di blog ini selama-lamanya. Siapa tahu, di masa akan datang, apa yang saya tuliskan ini menjadi kenyataan.:) Mungkin Bajet Bayangan 2013 saya ini ada yang kurang di sana sini, atau perlu diubahsuai mengikut keadaan semasa, tetapi objektif dan matlamatnya sama. Dan siapa tahu, mungkin anda yang membaca entry ini mengenali PM kita & Menteri Pelajaran dengan rapat, geng minum kopi @ open table orang kata, dapatlah mencetak entry ini dan berikan terus kepada mereka untuk di baca. Kerana inilah apa yang kami semua mahukan, yang kami harapkan sebagai rakyat Malaysia. Harapan & pandangan ikhlas dari seorang IBU yang juga seorang PENDIDIK anak-anak syurga baru lahir hinggalah 4 tahun..:)

Jika anda rasa apa yang saya tuliskan di atas adalah sesuatu yang TIDAK MUSTAHIL dan anda juga INGINKAN perkara yang sama, KONGSIKAN artikel ini di blog dan di wall FACEBOOK anda. It can do wonders, Insya Allah ..:) Amin..

post signature

Friday, March 16, 2012

Apalah Nasib: Identiti Saya Di Curi Lagi!


Yer, identiti saya di curi lagi. Kalau dulu, wajah saya digunakan sebagai profile picture di laman sosial TAGGED, Kali ini sebagai testimoni produk kecantikan pula! Saya tidak mahu mendedahkan produk tersebut di sini kerana pemilik perniagaan produk kecantikan itu sudahpun meminta maaf secara peribadi kepada saya di atas insiden yang memalukan ini, dan memenuhi tuntuan saya untuk membuat kenyataan secara terbuka di laman Fanpage beliau selepas saya melempiaskan rasa kecewa saya di laman Facebook mengenai dan membuat satu album mengenainya serta bukti-bukti yang ada. Walaupun saya berasa ralat kerana beliau tidak dapat memberikan bukti dari mana beliau menerima gambar tersebut, kerana menurut beliau, ianya diberi melalui emel di FB tetapi FB nya kini tidak dapat dibuka, saya menghargai permintaan maaf darinya, maka saya rasa tidaklah perlu hal ini diperbesarkan lagi, cuma saya menulis di laman blog ini, hanya untuk memberitahu para pembaca agar tidak mudah terpedaya dengan apa yang anda lihat kerana belum tentu ianya benar.


JANGAN GELAK DULU!! *Hahahaha..saya tahu anda dah gelak sebab saya pun gelak tgk!!*Saya dah edit gambar ni sebab masa ni saya belum bertudung..so saya tunjuk muka jer lah yer ..:) Saya tak reti edit, so pakai belasah jer guna Paint dan conteng mana yang patut! kekke..Inilah gambar saya yang dicuri dan digunakan sebagai testimoni kononnya saya menggunakan PRODUK X .Hambek ko! Sapa yang tak terliur nak beli produk kalau dulu jerawat macam kulit durian banyaknya, tetiba jadi licin kan? Wakakaka..tu belum tgk yang terkini, kalau tak, mau dia ambil gambar yg terkini agaknya..:)

Saya memandang serius perkara ini kerana, ianya sangat bertentangan dengan etika perniagaan, bukan hanya  kerana menggunakan gambar tanpa kebenaran, tetapi juga kerana sememangnya saya tidak pernah menggunakan produk tersebut seumur hidup! Apatah lagi saya kini menjalankan perniagaan yang melibatkan ramai orang awam, yang sering saya jumpa, kalaulah mereka percaya yang saya memang menggunakan produk tersebut, dan mereka membelinya dengan harapan mendapat wajah idaman, tetapi kemudian tidak tercapai, siapa yang harus dipersalahkan? Tak pasal-pasal saya pula dikatakan penipu!. Kerana itu saya cukup kecewa dan marah pada saat saya diberitahu yang wajah saya digunakan sebagai testimoni. Kalau betul saya tak kisah, malah saya memang jenis promote produk yang saya rasa bagus dan berkesan dan saya dah cuba, *sapa kenal saya mesti tahu saya macam mana kan...*  tapi ini memang tak betul, manalah saya tak berangin 2  hari lepas, apatah lagi gambar tuh masa saya belum bertudung, gambar masa saya masih kerja di CRONY tahun 2005, saya baru sahaja mendirikan rumah tangga masa tu, saya tak tahulah apalah yang cantik sgt gambar tuh, sampai asyik kena curi jer. Ni pun memang rasa nak kuarkan suma gambar tuh! Tu suma  gambar peribadi yang saya gunakaan utk testimoni masa saya kerja dan buat laman web untuk syarikat saya bekerja. Dah lama giler saya tak update website tuh, saya bz sgt, takder masa pun yer, lupa camner nak edit pun ya! Huhuhuu... lama gilerr dahhh! Hampir 7 tahun! 


Ni gambar kenangan takleh lupa ..1st time saya pakai tudung, 1 hari sebelum puasa .. saja menggatal beli tudung sementara tunggu hubby htr baju melayu ..:) konon2 nak buat gempak kat my sis yg bukak exhibition kat Mid valley ..memang gempak pun ..suma terkejut beruk saya pakai tudung time nih ..what a sweet moment .. ni TANPA SEABARANG MEKAP... hehehe .. so nanti skroll dan bezakan sendiri lah yer ...:)

Nak dijadikan cerita pula, baru-baru ini, ramai sungguhlah kawan2 tanya saya pakai produk apa, kenapa muka nampak cerah, glowing, cantek, dan macam2 lah lagi komen yang saya terima, sampai sudahnya saya buat satu album pasal ni, sebab tuh bila jadi camni, saya mmg agak risau, sebab memang ada yang percaya saya pakai produk tersebut. Hu hu ..nak bina nama bukannya senang, tapi nak meruntuhkannya, sangatlah senang .. with just few clicks and sharing, everything GONE! Sebab tu saya harus bertegas dalam hal ini, untuk menjaga nama baik saya juga, sebab dah mula terfikir, entah-entah..5 tahun akan datang, album "Magic Me" dalam FB aku pun kena rembat oleh org yg tak bertanggungjawab, dan declare kata itu muka dia, semata-mata nak menang pertandingan online, atau ada yg sengaja nak gunakan gambar tuh untuk lariskan perniagaan dia. Jadi, lebih baik saya declare awal-awal. :) Sebab, saya langsung tak sangka, gambar saya kerja CRONY tuh, kemain ramai lah sgt peminatnya sampai ada yg nak amik tanpa kebenaran, memang pelik lah sgt saya rasa..ada macam2 orang dalam dunia ni rupanya .. hu hu..


Me masa baru2 pakai tudung ..bajet cantek lah jugak nih ..wkakakaka.. perasan giler noks... ni saya pakai mekap juga ...raya katakan ..., lagipun sejak saya mula bertudung, saya suka juga mekap walaupun tipis sahaja sebab takmo nampak pucat dan tak berseri:), Im deaing with people so kena juga pastikan penampilan diri kemas dan segar. :)

So, biarlah saya berterus-terang jer. Sepanjang saya kerja CRONY, memang saya pakai produk tersebut kerana sebagai staff, kami memang sgt digalakkan utk pakai produk company. Dan memang produk tuh bagus. Kulit muka saya  memang bermasalah sejak remaja lagi dan bertambah teruk bila nak kahwin. Tension sgt lah agaknya. Kerja keras cari duit nak kawin katakan..Hhahaha.. So, memang saya guna CRONY dan ada juga combination with Cellnique. Dermologica pun pernah pakai masa anak dara dulu, cakap jer brand hapa noks..mak masa muda memang habis duit beriubu riban beli barang muka tapi cantik tak jugakkk..skang dah kawin, beli susu anak lagik best!! Hhahahaha..Saya masih ingat, ada sorang stokis CRONY bgtau saya, jenis muka saya ni, kalau dah beranak baru cantik dan tak berjerawat. Saya pun iyakan jer lah, sebab memang dah fed up tgk muka sendiri. Malas aku nak panjang citer. Hhahaa.. Iyo kan jer... :P . Sekali memang betul beb! Saya ngandungkan Qarissa, masa tuh saya dah resign, siap beli stok CRONY berlambak2 sblm berhenti sebab nanti dah berhenti harga staff tak dapat lagi..wkakakka * keji giler...* , tak semena-mena, semua jerawat saya macam terkena sumpahan, sikit demi sikit hilang sampailah satu jerawat pun takder! Muka bersih giler tapi saya LANGSUNG TAK PAKAI APA2! Tersimpan jer produk saya kat rumah sebab saya memang tak guna, muka saya dah ok kan ...*malas pun yer ..pembawakan budak katakan, tak kuasa aku nak melawa...* Ramai orang tanya, saya direct jer sound, "Aku nih kalau ko tanya, pencuci muka pun takder! Aku pakai bedak talkum jer kalau nak keluar wei!". Memang 3 tahun++ saya langsung tak pakai apa2 kat muka ni. Jimat giler kos aku, mekap pun ala kadar jer. Sampailah Zayra lahir, pun masih ok muka saya, licin tanpa jerawat cuma saya perasan kulit muka saya ada bulu-bulu halus sebab dia mula nak menjadi kulit kering.


Ni pun gambar raya 2011.. raya pertama saya cam pengantin ..bajet pengantin baru ..perasan giler wei!!. hahahha..mekap itu wajib yer!! :) Tapi skang it's secondary, ada function baru pakai, kalau tak, tak koser.. hehehe


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :)

Then, last year 2011, rasanya time nak dekat puasa kot, my sister suruh I beli produk kecantikan wajah sebab dia kata, kita dah 3 series, nanti start sagging, bla..bla ..bla * macamlah aku tak tahu dah  aku kerja CRONY, bukan tu ker yang aku duk gebang hari-hari? hahahah..* then saya kata oklah, produk apa ko nak rekomen, then masa tuh akak saya baru nak try Apple Stemcell, so saya tak pikir panjang, amik jer lah terus sebab masa tuh ada promo. Produk dia cuma ada krim siang & malam tapi takder pencuci muka and toner, so saya beli pencuci muka Safi Rania (sampai skang ada lagik...hahah) dan toner dia saya beli Miracle Water SKII (pun sampai skang ada lagi..). Memang bagus produk Apple Stemcell tuh, kulit saya jadi lembap dan bersih licin, kawan-kawan ramai juga yang tegur, nampak sihat & serata warna kulit cumanya, kulit saya TAK GLOWY dan TAK CERAH. Saya sempat guna 4 botol, 2 kali pagi dan 2 kali malam. Sampailah satu malam di akhir bulan December 2011 kalau tak silap.....jeng-jeng jeng....:)


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :) With my dear genius baby Zayra on the way balik KL masa kami bercuti di Cherating bulan lepas. 

Kakak ngan adik saya duk sok-sek-sok-sek dalam bilik kat umah Along saya tuh, masa tuh saya baru sampai, every weekend mmg saya berumahtangga kat umah Along saya tuh, dan sebab saya tak puas hati apa lah pompuan dua orang ni duk ngumpat tak nak ajak aku join sama, heheheh.. saya pun terus mencelah tanpa bagi salam, "Apa ni ..apa nih ... apa korang tgh cakap ni tak ajak aku sama, cepat cerita!!!" Dan dorang pun citerlah pasal produk kecantikan yang dorang baru nak try...konon2 banyak artis pakai, *saya tak nak sebut nama terang2an, kang tak pasal2 kena saman* dan berkesan lah ..bla-bla..bla..so saya sound akak saya, "Along, hari tuh ko suh aku beli Stemcell skang ni ko plak tukar lain yerk? sabar jer!!" Pastu saya sambung, "Oh..artis ni pakai yer ..artis tu pun pakai, ah bak mai satu set meh aku try bagus sgt ker .. Apple Stemcell aku pun memang kebetulan dah nak habis nih .." Hahhahaha..kong ajau kan ..? Marah tapi pastu siap order satu. Entahlah apsal saya malam tuh terus jer order tak pikir panjang pun. Saya dapat barang tuh dalam 2 minggu, dan terus pakai sampailah sekarang, dah 3 bulan dah pun. Apa yang leh saya kata, setakat ni, memang produk tuh lah yang terbaik saya pernah try selama ni. Terbaik dan berkesan. Bukan sorang dua tegur muka saya ni ha, ramai na yg tegur tu yg sampai buat album kat FB tuh. Dari sms, emel, msg, semuanya org tanya, agaknya nampak sgt lah kot, kalau tak org tak tanya erk? Yang kelakar tuh, ayat-ayat macam, "Sejak pakai tudung ni makin lawa pulak Teacher Watie nih?" Hahhahaa..tergelak saya, yerlah, kebetulan lah kot, tak lama pas saya pakai tudung, saya bertukar pada produk ni, sebab tu lah saya amik masa juga nak cari kembali gambar2 saya yang bertudung sebelum saya pakai produk ni untuk dijadikan perbandingan. *dan sebab tu juga saya hangin bila tgk org guna  gambar saya yang dulu, masa saya tak bertudung  sebagai testimoni, kalau betul saya ni nak menipu, saya guna jer gambar lama nih, confirm senang jual wei! Sebab memang dulu muka saya banyak bulan!Hahah* 


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :)  Saya rasa sungguh poyo bila tgk gambar nih tau! Wakakaka.. Bajet cantik lah tu konon,tak koser mak nok! Hahahhaa

Dan, biarlah saya bgtau kat sini jer, penat dah nak jawab soalan orang, hehehe..saya bukan artis @ model, nak cover2 cakap tak pakai apa2, atau nak sorok-sorok bila org tanya, atau bg alasan cliche macam jaga pemakanan, senaman setiap hari, minum air cukup dan yang paling tak boleh blah tuh, kesan air smayang! Adoilaaaa...so saya bgtau jer, saya pakai TABITA. Produk from Indonesia, saya beli ngan Adik saya, dia yg jual kat saya, saya takut nak beli kat tempat lain @ dealer lain walaupun ada yang kata leh dapat harga lagi murah sebab katanya TABITA banyak ciplak. Unless saya jumpa dealer yang jual TABITA Original dgn harga yg lg murah dari adik saya jual, maybe saya bertukar dealer lah..eheheh *habis aku kena ketuk ngan adik aku nih kang! Wakakaka*.  Saya beli exclusive pack yang leh tahan 3 bulan, saya baru nak masuk set kedua, dan kesannya saya dapat lihat tak sampai sebulan saya guna, tak habis pun set pertama tuh, hasil dah nampak. Ada yang kata kalau beli direct from Indon dapat murah, saya tak tahulah tu sebab saya pun lum sempat gi Indon lagi. Kekkeke..kalau saya gi, saya jumpa yang ori dan murah harganya berbanding dgn apa yang saya beli skang, saya akan rembat banyak2 buat stok 2-3 tahun! Hahhahahaa.


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :)  This is with my genius Qarissa, pun masa balik dr Cherating bulan  lepas. 

Yang baca ni, mesti nak tanya ada peeling ker tak kan? *Aku dah tau dah soalan korang ..hehheh*. Memang ada but very mild, depends on kulit gak lah, kalau kulit memang tak pernah jaga atau pakai apa2, berkerak gak lah kot dia bersihkan. Hehhehe.. Macam saya, tak teruk pun peeling dia, halus2 jer, macam  kena sunburn, tapi bila kena matahari, tak pedih dan tak panas, biasa-biasa jer, cuma muka rasa tegang giler macam pakai mask. So, bila rasa tegang sgt tuh, saya amik Miracle Water SKII, balance yang saya ada sebelum ni, dan sapu satu muka untuk kurangkan rasa tegang tuh, dan dia akan ok as usual. Cuma untuk 2 minggu - 3 minggu jer, pastu dah takder dah. Walaupun pakai toner yang sama, dia takkan peeling dah, unless kalau lama tak pakai toner, memang bila guna balik, dia akan peeling sikit lah. Macam saya, hari tuh saya nak kuarkan kulit mati sekitar hidung, saya letak lebih2 kat sekitar hidung, cuma hidung jer lah yang keluar kulit mati yang ada bulu2 halus tuh, tempat lain tak efek pun. Dan bagusnya produk ni *sepatutnya produk2 yang claim kata dia punya produk bagus tuh sepatutnya hasil dia begini juga* , walaupun tak pakai sehari dua, atau maybe seminggu, dia takkan ada kesan yang menghodohkan lagi wajah. Macam Watie, memang selalulah lupa, kadang2 buat2 lupa nak guna krim malam, kecuali masa awal-awal lah semangat ..biasalah tuh kan ..wkakaka.. Malas sungguh rasa kalau tak betul-betul, tapi yg bestnya, walaupun tak guna, dia takder efek pun, kulit u nampak ok dan sihat je. tu yg rasa happy bila guna. Saya cukup takut kalau produk2 yang bila kita tak pakai, kulit kita akan jadi lagi teruk dari sebelum ni. Pelik kan, kalau brand yang famous2 tuh, tak kisahlah mahal ke murah, mana pernah ada kesan negatif kalau kita stop pakai atau bertukar ke produk lain. Tu yg cukup takut nak try produk sebarangan tau. Takut nanti bila stop jadi masalah pula kulit kita. ;(. 


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :) Ni masa dalam keta tgh verangan  dan snap picture sorang2..hehehe

Ok, apa yang saya nampak beza sebelum dan selepas pakai TABITA ni? Hmmm..yang paling nyata, setiap kali amik gambar, dan secara live juga, nampak GLOWY dan CERAH, in fact SANGAT CERAH & PUTIH sampai hubby tegur saya masa dia snap gambar terbaru saya kat Launching @ GBOB JB , "Hishhhh...muka kemain putih !!! " Tapi dia tak komen lebih2 sebab dia tahu dalam handbag saya dah takder compact powder. kalau ada pun, saya takkan pakai, sebab warna dah lari jauh dah dari dulu. Dulu saya verangan konon2 nak kulit ala-ala bronze, so saya belilah yang compact khas from Makeup Forever, saja gatal nak try konon2 nak jadi Beyonce, skali tak habis pakai, hubby slalu cakap dulu *sblm saya guna TABITA*, yang muka saya nampak gelap bila pakai compact tuh, *bukan gelap, bronze yer bang ..bronze...wkakkakakka*,  tapi skang, muka dah cerah, memang buruk ah kalau pakai jugak, tu yang saya tak pakai lagik.. Sayang lah jugak, banyak lagi balancenya ..tapi takperlah .. tak pakai lagi best ..ekekkek..:) Ha, mesti ada yang teringin nak tanya, kalau nak beli camner kan? Sapa nak tau lebih lanjut leh ah call adik saya, nama dia Nana kat hp ni - 0102265786, ada gak member2 & client GBOB yang nak order dr saya, boleh jer, nanti saya ambik jer dari adik saya dan bagi atau pos.:)


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :)  Dan ini yang terbaru, masa launching kat GBOB. Sumpah masa ni saya teringin nak mekap tau ..dah lah function rasmi, nak jumpa ramai orang ..tapi ..*korang jangan senyum kambing atau gelak yer kalau saya cakap..* saya cari mekap kit saya TAK JUMPA!!!! Hadoi la...sampai skang tak jumpa ..camno aku nak mekap pasni weiii! *Saya cuma dapat pakai lipgloss jer, tuh pun  free gift dari Pink Rose Beauty sebab sapa buat urutan kat situ baru-baru ni. Teruk kan saya ni ..Belasah jer lah ..sib baik tak nampak selebet jer hari tuh. Hahahaha..Watie oh Watie ..asal boleh jer ko yerk...

So, saya harap semua jelas dan kalau ada nampak gambar saya di mana-mana laman sosial, website yang bukan saya buat sendiri, tolong ah jangan percaya tu saya ..Dan kalau anda nampak gambar2 bertudung (sebelum dan selepas) yang saya letak dalam ni kononnya digunakan untuk testimoni produk kecantikan, mintak tolong bgtau saya dan bgtau kat owner produk tuh, sebelum saya declare kat FB, semua org share kata she's trying to cheat the public, better lah dia remove kan ..Saya dah mula nak rasa letih pasal kecurian identiti ni. Kalau mak artis, mak tak kisah noksss... muka mak bersepah2 dalam Majalah dan Paper, tapi saya ni  bukan artis, saya org berniaga, sebab tuh saya agak kisah dengan hal-hal sebegini. Dan saya harap, baik usahawan lain mahupun pembeli dan orang perseorangan, janganlah ambil jalan mudah untuk melariskan produk atau mendapat perhatian dengan menggunakan identiti orang lain. Berdosa tau! Bukan setakat dosa, bila org dapat tau, dapat malu besar! Saya betul2 harap ia tidak berlaku lagi. :)

*****************************************
PENGUMUMAN TERBUKA
18 October 2012:

Saya ingin memaklumkan bahawa saya TIDAK LAGI memakai produk TABITA setelah begitu banyak rumours mengenai produk ini mengandungi merkuri dan hidrokuinon. Saya merasakan yang saya perlu membuat pengumuman terbuka setelah agak ramai pelanggan serta rakan-rakan maya bertanyakan kepada saya tentang produk ini selepas melihat entry saya. Terus-terang, saya tidak mahu merosakkan perniagaan @ menabur pasir ke dalam periuk nasi kawan-kawan lain (samada saya kenal atau tidak) yang menjual TABITA secara online atau offline, tetapi memandangkan ramai yg ingin membeli dari saya, sedangkan saya tidak menjual lagi bagi pihak adik saya, saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan terbuka ini. 

Ketika mendapat tahu tentang berita ini, saya agak risau kerana ada menjualnya pada saudara mara yang berminat dan juga rakan-rakan. Ketika ini, berita ini belum saya ketahui. Tidak lama selepas itu, ia mula tersebar di online dan rakan saya memberikan link mengenai TABITA di internet, tetapi masih belum dapat diyakini sepenuhnya, jadi saya masih tidak mahu membuat pengumuman ini secara terbuka lagi. Lebih mengelirukan apabila lab test di Indonesia itu seolah-olah telah diubahsuai. Saya menerima beberapa info dari orang yang berbeza, semuanya gambar yg sama, tapi resultnya berbeza. Ketika itu, saya pun telah berhenti memakai Smooth Lotion dan hanya memakai krim siang. Krim malam pun jarang di pakai kerana saya MALAS. *as usual, awal-awal jer gigih*. Dan Matt Finishing Tabita masih saya pakai sekali-sekala sehingga sekarang. 

Apa yang membuatkan saya percaya yang TABITA tidak selamat adalah apabila rakan saya membuat aduan di BFPK dan beliau memberikan mesej melalui FB kepada saya. Saya salinkan semula apa yang beliau berikan pada saya. Sejak dari itu, saya terus berhenti memakai produk ini dan sekali sekala menggunakan Matt Finishing TABITA. (*Matt finishing ni macam BB Cream, saya secara peribadi rasa Matt Finishing ni tidak mengandungi sebarang kandungan yang bahaya). 

Assalamualaikum wbt,

Aduan pihak puan melalui emel berkenaan Produk Tabita Skin Care kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) adalah dirujuk.

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM telah menjalankan analisa makmal forensik terhadap produk Tabita Skincare pada penghujung tahun 2011 dan mendapati salah satu jenis produk ini iaitu Tabita Smooth Lotion dikesan mengandung racun berjadual hydroquinone. Oleh kerana produk ini diimport daripada Indonesia dan terdapat ramai pengedar persendirian di Malaysia, siasatan lanjut ke atas laman web dan blogspot akan dilakukan.

Terima kasih di atas perhatian dan kerjasama pihak puan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Bahagian Aduan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-78413200 

Untuk lebih bersikap adil, saya rasa jika anda khuatir atau memerlukan maklumat lanjut, bolehlah hubungi sendiri nombor yang saya sertakan itu untuk menyemak sendiri. Selain itu, untuk lebih memuaskan hati pada mereka yang telah membeli produk ini dan rasa khuatir mengenai kandungannya, saya syorkan agar anda membawa produk anda ke Jabatan Kimia Malaysia untuk membuat ujian terhadap kandungan produk anda, krana ada juga rumours mengatakan yang Tabita banyak yang tiruan.  Anda boleh menghubungi nombor di bawah dan tanya samada mereka boleh malakukan ujian tersebut atau tidak.

Jabatan Kimia Malaysia,
Jalan Sultan
46661 Petaling Jaya, Selangor
03-7985 3000

Kepada mereka yang menjual Tabita, maafkan saya kerana saya buat Pengumuman Terbuka ini untuk memberitahu mereka yang melayari laman web ini yg saya tidak lagi memakai TABITA dan tidak lagi menjualnya, sebelum ini, setiap kali mereka message, saya balas dan memberitahu perkara yang sama, jadi lebih baik saya buat pegumuman terbuka. Langsung tidak ada niat untuk mensabotaj perniagaan anda. Terpulang lah pada pelanggan yang membaca jika masih ingin membeli, cuma saya tidak lagi menjual produk ini. Harap maklum. 

post signature
post signature

Thursday, January 19, 2012

Tips @ GBOB: Bagaimana Menanamkan Rasa Cinta Anak ke Sekolah?

Wahh..tajuk tak tahan si Watie nih ...Eh?? bukan ker si Watie nih dulu pun ada masalah masa nak htr anak dia skolah? Siap buat entry lagi ngko!!Ni kemain lagi duk nak bg Tips kat orang nih ..cam kepoyo jer dia nih? Anak dia pun tak lepas lagi ada hati nak bg tips? Hhahahahaha...Ada tak agaknya pembaca saya yang komen camtuh yerk? Sadisssnyaa kalau ada..hehehe..tapi saya rasa mungkin takder, sebab saya tau my readers, baik yang nyata mahupun tersembunyi @ silent readers semuanya baik-baik belaka. :) Kan kan kan??? Kan saya selalu cakap, kalau ada perkara yang saya cuba buat terhadap anak-anak saya dan berkesan, saya kongsilah dengan anda semua, anda boleh cuba juga, kalau betul ia juga berkesan dengan anak anda dan anak-anak yg lain, maknanya memang betul itulah cara yg terbaik setakat ini. Mungkin akan datang, ada lagi idea dan cara yg terbaik untuk situasi yang berbeza pula.  Itulah indahnya menjadi ibu. Hari-hari yang kita lalui setiap hari sgt berbeza. Terutamanya bagi ibu yang bekerja sendiri atau suri rumah. Yang menghantar dan mengambil anak setiap hari dari sekolah. Kita boleh nampak perbezaan anak kita hari demi hari, samada mereka enjoy ke sekolah atau tidak. Tapi, bukan bermakna, ibu bapa yang bekerja, yang anaknya ke sekolah dan balik dari sekolah naik van @ bas, kita tak tahu perkembangan mereka, silap tuh, kita masih boleh tahu kalau kita sememangnya prihatin dengan  perkembangan anak. 


Ke mana berdua...dah macam kembar tak seiras dan tak sama tahun dah! Hehehe

Alhamdulillah, zaman sukar saya sewaktu Qarissa mula bersekolah dulu sudah lama berlalu. Saya dah lega, dan saya sudah boleh berbesar hati melihat kejayaan diri sendiri bila Qarissa tidak lagi seperti dulu, waktu mula2 di alam persekolahan bulan November 2011. Ternyata, itulah antara keputusan yang paling tepat yg saya pernah lakukan dalam hidup saya. Tak sesia saya "demand" pada Prinsipal Qarissa, yang saya inginkan Qarissa bersekolah lebih awal, kerana saya tahu dan saya mahu, guru-guru tersebut mempunyai masa yang cukup untuk memahami kerenah dan diri anak saya. Saya dapat bayangkan, bila Sessi persekolahan bermula pd bulan Jan 2012, sudah tentu ramai student baru dan jika saya menghantar Qarissa pada waktu itu, mungkin agak sukar Qarissa adapt dengan persekitaran barunya. As I said, Q punya "attachment disorder" agak kritikal satu waktu dahulu. Terus terang saya katakan, saya sangat risau ketika pertama kali melepaskan Qarissa di tangan gurunya. Walaupun saya tahu Teacher Qarissa especially the Prinsipal know how to handle the situation, tapi sebagai ibu, rasa risau tidak dapat saya elakkan. Nasib baiklah Puan Roslina tuh sgt memahami dan sering beri feedbacks pada saya, malah di awal-awal kemasukan Qarissa, beliau selalu datang awal, so that she can take care of Qarissa, takut-takut Q tantrum bila nampak saya keluar selepas menghantarnya. I really appreciate it, Puan Roslina. *saya tahu  Roslina baca blog nih ..ekekkek*. 


Aktiviti wajib selepas balik kindy setiap hari

Berbeza sungguh bila saya hantar Zayra ke kindy yang sama awal bulan Januari yang lalu. Saya sungguh yakin yang Zayra akan suka dengan kindy, dapat bergaul dengan baik, apatah lagi kakaknya ada bersama, cuma saya risau Zayra rindu nenennya! Hahahha..Dia kan masih menyusu badan, saya risau Zayra rasa kehilangan, tapi saya yakinkan diri yang Zayra memang boleh. Saya minta Trial Class for 1 month, sehingga  akhir bulan ini, tetapi ternyata saya tidak perlu menunggu lama untuk mengesahkan yang memang Zayra sangat serasi di kindy tersebut, so she will be officially in that kindy this February, Insya Allah.  Hari demi hari, sejak Qarissa masuk sekolah, saya melakukan rutin yang sama setiap masa, setiap hari tanpa jemu. Ia seolah-olah menjadi mantra saya setiap kali berbual dan bercakap dengan Qarissa, dan bila Zayra juga mula bersekolah, saya gunakan teknik yang sama, dan hasilnya sangat memberangsangkan! Kedua-dua anak saya  sukakan sekolah, mahu ke sekolah, enjoy di sekolah dan saat yang paling menyeronokkan dan membahagiakan adalah apabila saya sampai ke sekolah tersebut untuk mengambil mereka kembali. Nampak sahaja kereta saya memasuki ruangan parking, saya boleh nampak anak kedua-dua anak saya melompat-lompat kesukaan, saya boleh dengar suara gelak ketawa mereka sambil menjerit-jerit nama "MOMMY!!!MOMMY!!!MOMMYY!!!" dengan penuh excited, lantang, happy dan teruja. Mereka berlari-lari dan menari keliling kelas dengan penuh keseronokan sehingga saya kadang-kadang turut sama menari. Hehehe..Dari situ, saya tahu yg anak saya memang sukakan sekolah. Tidak nampak langsung tanda-tanda kesedihan, tangisan, mata merah dan sebagainya setiap kali saya mengambil mereka pulang. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat melihat situasi ini kerana saya tahu, itu impian setiap ibu, ingin menghantar dan mengambil anak sendiri tapi mungkin kerana kekangan kerja, kita tidak dapat melakukannya. Kerana itu ibu, kalau ada kesempatan, katakan kita MC atau cuti tahunan, gunakan kesempatan itu sebaiknya untuk menghantar dan mengambil anak pulang dari sekolah. Sememangnya, itulah momen-momen indah dalam hidup kita yang akan kita kenang. Sapa yang pernah dengar kisah Wardina Saffiyah yang berkongsi ceritanya pasal persekolahan anak-anak beliau, mesti suka dan teruja kan? Bagus sangat tips yang diberikan. Saya sharekan di sini yer ..:) 



Saya rasa terpanggil dan ingin berkongsi kisah saya kerana sejak awal bulan ini, saya terima agak banyak panggilan dari para ibu bapa yang meminta nasihat dan consultation saya tentang persekolahan anak-anak mereka. Kesemuanya meluahkan rasa risau bila anak tak suka sekolah, asyik menangis, takut kalau seolah-olah mereka terlalu pressure anak, ada yang rasa mereka boleh mengajar anak sendiri secara homeschool tapi bila tgk ramai yg htr ke kindy, rasa berbelah bahagi dan banyak lagi lah luahan hati dan perasaan yg mereka bgtau saya. Nasib baik yg call tuh Mommy2 sahaja, kalau Daddy pun sama mengadu, mesti pelik saya rasa. Hahahhahaa.. memang kes-kes macam ini, selalu mak yg handle kan? Sesuaiiiii lah sgt ..:) Tapi itu bukan bermakna Daddy tak amik tahu. Daddy mesti support dari belakang tau! Cuba buat sama tips2 yang nak kongsikan selepas ini. Insya Allah berkesan dan mujarab!! * mak aiiii...dah macam jual obat si Watie nih haaa! Hahhahha...* 


Ok, straight to the point. Pertama sekali, as parents, sebelum kita hantar anak ke kindy @ playskool, kita mesti jelas akan OBJEKTIF dan MATLAMAT kita menghantar anak ke tempat tersebut, terutamanya jika anak kita di bawah 4 tahun. Kenapa saya kata 4 tahun dan tidak 3 tahun? Sebab, kita WAJIB htr anak sekolah pada usia 5 tahun kan? Kalau di bawah 5 tahun, ia adalah sesuatu yang OPTIONAL. Nak hantar boleh, tak mau pun takper. Sebab tuh saya kata 4 tahun ke bawah.:) Tanya diri kita sendiri, "Kenapa aku nak htr anak aku ke kindy @ ke Playskool? Apa tujuan dia? Saja htr sebab nak ikut orang? Sebab jeles tgk anak kawan upload gambar anak gi skooll kat FB? Nak suka-suka? Nak eksen anak aku dah skolah kat jiran sebelah? Nak senang gi shopping lepas htr anak ke kindy? (*hehehe.. macam saya jer tuh, tapi kat area sini nih ada Tesco jer...tak ghairah langsung nak shopping!Hahhaha*), Nak anak aku bergaul, berkawan, bersosial, atau nak aku pandai ABC,!123? Nak anak aku pandai baca cepat2..atau APA?" Tanya pada diri sendiri TUJUAN SEBENAR kita hantar anak ke kindy @ Playschool. Biar kita jelas dengan diri sendiri tujuan kita htr anak ke kindy @ Playschool dan KITA PASTIKAN OBJEKTIF kita tercapai. Setiap orang ada tujuan dan matlamat masing-masing mengapa mereka buat keputusan untuk hantar anak ke kindy di awal usia kan? Kindy maksud saya di sini, bukan setakat menjaga anak tanpa ada program untuk mereka yer. Kindy yang saya maksudkan di sini adalah satu program khusus yang disediakan oleh pihak Kindy @ Playskool untuk anak anda meneroka persekitaran mereka seawal 2-4 tahun. Cthnya, OBJEKTIF dan MATLAMAT saya masukkan Qarissa ke Kindy adalah untuk dia belajar bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya, berdikari, tidak takut jika saya tiada, skill motor halusnya dapat dikukuhkan dengan pelbagai aktiviti yang bakal dilakukan bersama kawan-kawan, dia dapat melihat suasana yang berbeza dan belajar sesuatu yang baru. Alhamdulillah, saya dapat mencapai hampir kesemua matlamat yang saya inginkan semasa saya menulis entry ini, kecuali dari segi motor halus, ia masih dalam peringkat latihan lagi, sudah nampak perkembangan yg sgt positif tetapi masih harus diasah, dalam tempoh 3 bulan Qarissa ke kindy sejak November lalu, saya cukup puas hati dengan perkembangannya.

Adik-beradik yg sangat suka berpeluk sampai Teacher pun perasan! Hehehe. Nanti sempat saya buat entry pasal kasih-sayang yg saya tanamkan antara Qarissa & Zayra ni yer. 

Ok, sekarang saya nak tanya, anda perasan tak saya takder sentuh pun pasal ABC, 123 atau senang cakap  penekanan tentang "belajar" lah ..Kenapa? Anda nak kata sbb Q dah pandai baca, sebab tuh saya tak kisah? Hehehe..silap tuh, mungkin betul Q pandai baca bahasa Inggeris, tetapi bahasa Melayunya tidak sebaik bahasa Inggerisnya, masih terlalu banyak yg Q perlu pelajari dalam semua aspek pada pendapat saya, tapi kenapa saya tidak tekankan perkara itu buat masa ini? Kerana, pada masa saya masukkan Qarissa dulu, MATLAMAT UTAMA saya adalah perkara-perkara di atas. Bagaimana saya nak pastikan ianya tercapai?? Jawapannya - ANAK SAYA MESTI SUKA PERGI SEKOLAH DULU!!!  Tu yang paling penting. Yang lain tolak tepi. Cuba anda fikirkan, kalau anak anda tak suka pergi sekolah, bolehkah semuanya tercapai? Ia sangat mustahil. Perkara paling mudah - bersosial dgn kawan-kawan pun tak kan tercapai, apatah lagi belajar subjek2 tertentu! Anak menangis-nangis non-stop, takmau bangun pagi, nak mandikan dia macam nak berperang, bila suruh mandi macam kena pukul dan macam-macam yang berlaku setiap pagi. Bila sampai sekolah, keep on menangis, tak peduli kawan-kawan dan asyik nak balik jer. Sebab tuh kita kena kena "pelan-pelan kayuh" Mommy, step by step orang kata. Kerana saya percaya dengan apa yang  saya buat inilah, saya hantar Q awal 2 bulan. Untuk apa? Takkan saja nak habiskan duit RM 300 sebulan sia2 jer kan? Dah lah akhir tahun, bukan belajar sgt pun, semua dah eksaited nak cuti (*nasib baik skolah tuh takder cuti*), tp saya htr juga. Sebab saya nak Q sukakan sekolah, bila dia dah suka ke sekolah, Insya Allah matlamat dan objektif yang lain akan tercapai dengan mudah. Sebab tuh saya tak begitu kisah Q nak masuk kelas dan sama2 buat aktiviti dengan kawan-kawan lain atau tidak dalam tempoh 2 bulan lepas. Saya beritahu cikgunya - Yang penting sekarang, dia suka ke sekolah, itu yg paling penting. Saya bg Q tempoh 2 bulan sahaja, untuk dia menyesuaikan diri dengan sekolah barunya, bermula tahun ini, barulah saya mahu cikgunya fokus pada matlamat-matlamat saya yang masih belum tercapai. Kenapa saya cakap begini? Kerana saya tidak mahu Mommy-Mommy semua pressure memikirkan anak yang tidak suka ke sekolah. Hati pun tak tenteram samada di rumah atau di tempat kerja kan? Sebab matlamat dan objektif anda jauh ke hadapan, nafsu kita nih besar sgt sedangkan perkara yang asas pun anak kita belum lepas lagi. Sebab tu saya kata "step by step". Bila anak dah suka ke sekolah, matlamat pertama kita dah tercapai kan? Sekarang kita pergi ke fasa kedua. Matlamat seterusnya. Macam saya, saya nak kukuhkan motor halus Qarissa. Jadi, saya bgtau Teacher & Prinsipal Qarissa apa matlamat saya dan saya harap mereka boleh fokus perkara itu pada Qarissa. Dalam masa yang sama, saya nak dia bercampur dengan rakan sebaya, masuk kelas dan bermain dalam kumpulan. Baru-baru ni, Teacher Q bg feedback, kata yang Q masih suka join kelas Zayra, kelas 2-4 tahun, dia takmo sgt join kelas 4-6 tahun, tapi bila dia rasa dia nak join, dia akan join tanpa dipaksa. Alhamdulillah, kindy Q juga kan berasaskan Montessori, jadi mereka memang berpegang pada falsafah Montessori itu sendiri. Again, saya tak kisah sgt kelas mana dia suka masuk, janji both class ada kukuhkan her fine motor skills. Sebab itu matlamat saya sekarang. Dan memang pun both class ada buat aktiviti itu mengikut tahap kemampuan anak-anak. Dan, dah dua hari kebelakangan ini, Teacher Zayra bgtau saya, Q dah mula nak masuk kelas yang 4-6 tahun dan bergaul dengan rakan-rakan yg sama umur dan lebih tua darinya. Sudah tentu saya gembira kerana saya tahu, ada few advantages jika Q join rakan-rakan sebaya. Matlamat saya iaitu komunikasi antara rakan-rakan sebaya akan berlaku. Sudah tentu rakan-rakan dlm usia 4-6 tahun becok dan fasih bercakap berbanding rakan-rakan di kelas 2-4 tahun, jadi saya tahu Q akan dapat skill tersebut. Begitulah saya, akan terus mencipta matlamat dan objektif baru yang "rasional" dan "boleh di capai" apabila anak saya sudah berjaya mencapai matlamat yang saya letakkan sebelumnya. Saya tidak mahu menekan diri saya dan diri anak saya dengan meletakkan matlamat yang bukan-bukan, yang terlalu jauh untuk digapai apabila matlamat yang mudah pun masih belum tercapai. Hati saya akan lebih tenang, anak saya akan lebih gembira ke sekolah dan matlamat saya tercapai. Seronok kan? Masalah yang saya lihat sekarang, mungkin kebanyakan para ibu bapa meletakkan satu matlamat yang terlalu sukar digapai oleh anak semuda 2 tahun - 4 tahun. Bila matlamat itu tidak tercapai, mereka menyalahkan cikgu dan sekolah. Mereka pressure. Bila pressure, tanpa sedar, mereka bg pressure tuh pada anak. Anak dapat rasa kita pressure mereka walaupun kita tak tunjuk. Bila anak dah 5-6 tahun, dah pandai bercakap dgn fasih dan pandai memberontak, tak mau ke sekolah, kita bertambah pressure. Sebab dari mula lagi kita dah silap dalam meletakkan matlamat kita. That is why saya bebel panjang2, terangkan pasal matlamat dan objektif nih, khas untuk ibu bapa yang bercadang nak htr anak ke kindy @ Playskool. Dari bebelan dan penerangan saya yang panjang ini, saya harap anda dapat memahami kenapa saya tidak setuju bila ada pendapat yang mengatakan, "Buat apa nak pressure anak htr sekolah awal-awal? Kesian anak kecik2 dah kena belajar ..bla...blaaa..bla!". Pendapat peribadi saya, mungkin mereka belum faham maksud ECE dalam erti kata sebenar. Mungkin pemahaman mereka tentang "belajar" itu adalah setakat ABC, 123, tambah, tolak, darab, bahagi. Oh ...jangan sempitkan fikiran kita dengan istilah "belajar" itu. Kita semua, yang dah tua berkedut nih pun masih belajar perkara baru setiap hari bukan? Betul tak? Saya tidak pernah pressure anak-anak saya untuk belajar. Kerana pada saya, istilah belajar di usia bayi dan kanak-kanak tidak wujud, yang ada dalam diari hidup saya adalah istilah BERMAIN. Apa yang saya MAIN? Yer, apa yang saya MAIN adalah apa yang orang lain tgk sebagai BELAJAR. Hehehehe...tetapi apabila pendekatan yang digunakan adalah sesuatu yang menyeronokkan, percayalah, anak kita LANGSUNG TAK TAHU dia tengah belajar!. Tu yang si Q boleh pandai baca tuh! Dia tak rasa pun saya ajar dia baca, dia ingat saya MAIN ngan dia! Heheheheh..:) Orang luar jer yang ingat saya MENGAJAR anak saya ..kan? Kan? Kan? Hehhehe.. Nak tau lebih lanjut kena datang Seminar nih, dah berjela saya explain, tips tak bagi lagi kan? Perasan tak? Wakakakakaka..Adergh lah Watieeee... *sebab tuh lah aku suka cakap dari menulis oiii..lagi cepat cakap, 2 minit dapat cakap banyaaaakkkkk sgt!* Dah dah dah ...meh saya bg tips, kang sampai esok aku membebel tak habis2 macam Chef Wan! Hehheheh*


Kenangan lalu..Bam bam kan Zayra time nih? Dari kecil saya ajar mereka berpeluk! Tu yg sampai besar pun mereka sentiasa berpeluk!

Ok, antara tips yang ingin saya kongsikan untuk menanam rasa cinta pada sekolah terhadap my both Q's adalah : 

  • Setiap hari sejak mula Qarissa masuk sekolah, sampailah Zayra pulak masuk, saya dengan gigihnya bgtau anak saya, terangkan pada dia, SEBELUM PERGI KELAS satu hari entah berapa kali saya tak ingat sebab banyak kali sangat saya duk ulang-ulang ayat standard yang sama iaitu: - "QARISSA & ZAYRA, MOMMY WILL SEND YOU TO SCHOOL, YOU STAY IN SCHOOL, PLAY WITH YOUR FRIEND- KHADIJAH, ALIA, ARISSA, PLAY WITH TEACHER AZURA, TEACHER SYAZNI, TEACHER HADIRA, THEN MOMMY WILL PICK UP UP OK?? KAKAK TAKMO NANGIS OK, MOMMY WILL DEFINATELY PICK YOU UP OK SAYANG???" Nampak tak tulisan biru yang saya tulis tuh? Kat mana saya letak tulisan biru tuh? Kat akhir perbualan saya kan? Sebabnya? Sebab saya nak ayat tuh masuk dalam otak anak-anak saya, yang SAYA AKAN AMBIL MEREKA KEMBALI! Mereka TAKKAN di tinggalkan keseorangan sampai bila-bila, saya PASTI akan ambil mereka bila tiba masanya. Anda juga boleh cuba lakukan perkara yang sama. Tingkatkan keyakinan dan kepercayaan anak anda terhadap diri anda, yang anda tidak akan tinggalkan dia seorang diri di sekolah. Anda akan ambil dia semula. Kalau kes-kes yang van amik atau bas skolah amik, bgtau benda yg sama, cuma tukarkan ayat. Bgtau anak, yang Makcik Bedah (nama samaran) akan bawak dia balik ke rumah Pengasuh, Makcik Joyah (juga nama samaran) bila tiba masanya. Dan kemudian, anda pula akan amik mereka dari rumah Makcik Joyah. Ulang sekerap mungkin setiap hari tanpa gagal!
  • Bila sampai sekolah, lepas saya htr di masuk ke kelas, saya akan blah slumber buat Taliban Style, berlakon sikit macam tak heran langsung (especially masa awal2 lah, skang dorang dah tak kesah pun saya blah, kengkadang jer nangis ngada-ngada), bgtau yang saya nak pergi kerja. Saya kata, "OK QARISSA, MOMMY IS GOING TO WORK. U STAY IN CLASS YA, MOMMY WILL PICK U UP LATER!". Pastu saya pun jalan dengan takder perasaannya, masuk kereta terus blah! *walaupun dalam hati masa awal2 tuh Allah jer tahu .. hehehhe*  Nampak tak ayat terakhir sekali lagi? Again..saya gunakan perkataan yang sama sebab saya nak instill dalam minda anak saya yang saya akan datang kembali. Apa yang jadi lepas tuh, Teacher akan handle. Kita berdoa dan percaya yang Teacher akan buat sehabis baik untuk anak kita, Insya Allah. 
  • Bila tiba masanya untuk saya ambil anak, sampai sahaja di sekolah anak saya, saya akan dengan muka penuh excited dan teruja, dan penuh dengan rindu dendam,*sila bayangkan muka rindu dendam*, akan mencari anak-anak saya sambil mendepakan tangan bersedia untuk memeluk mereka, dan bila sahaja saya peluk mereka, saya akan kata, "HI SAYANG ..I'M COMING TO PICK YOU UP!! KAN MOMMY DAH KATA MOMMY WILL COME & PICK U UP?? SEE, I COME TO PICK YOU UP NOW!!". Nampak berapa kali saya ulang? Kenapa nak ulang banyak-banyak kali? Sebab saya nak anak saya percaya pada saya. Pagi tadi kan saya dah janji nak amik dia, sekarang saya tunaikan janji saya. Saya nak dia faham yang saya pasti akan amik dia kembali. Saya lakukan 3 langkah ini setiap hari tanpa jemu, seolah-olah mantra saya dan saya lihat ia sangat-sangat berkesan. Qarissa percaya pada saya, yang saya akan ambil dia, pasti akan ambil dia, jadi dia dah tak takut lagi. Walaupun saya ambil lambat setengah jam atau lebih, dia tak kisah, kerana dia tahu saya akan datang untuk ambil dia dan Zayra. Sampai ada ketika, bila Daddy yang ambil kelmarin, anak-anak bising bertanyakan mana Mommy mereka. Hehehe.. sweet sgt bila dgr..:) Bagi mereka yang kesnya berbeza, seperti htr anak guna van atau bas skolah, anda juga boleh gunakan ayat yang sama, cuma ubahsuai sedikit. Bila dah sampai rumah Pengasuh after balik kerja, cepat2 depakan tangan, buat muka rindu dendam, peluk anak dan terus kata, "HI SAYANG, YOU COME BACK FROM SKOOL ALREADY!! KAN MOMMY DAH KATA, NANTI AFTER SKOOL, MAKCIK BEDAH HTR KAKAK KAT RUMAH MAKCIK JOYAH AFTER SKOOL, THEN AFTER MOMMY BALIK KERJA, MOMMY WILL COME & PICK U UP. SEE?? NOW MOMMY DATANG NAK AMIK KAKAK LAH NIH....". Lebih kurang gitulah ayat yang anda semua boleh buat. :) Yang penting, anak anda percaya yang anda akan amik dia kembali walau di mana pun dia berada. 
Kenangan lama juga...Dah macam kembar SIAM erk? Haahhaa...bersimpang siur kaki masing2. Janji dapat rasa antara satu sama lain!Ahaks!
  • Ambil tahu NAMA KAWAN-KAWAN SEKOLAH ANAK ANDA BESERTA CIKGUNYA SEKALI! Mesti jadi kepoh sikit, kalau tak tahu, tanya Teacher dia sapa nama kawan baru anak anda. Lepas tuh HAFAL! Perasan tak, kat point pertama, saya sebut nama kawan2 Q's dan Teacher2 nya sekali? Tuh suma kawan tahun lepas, kawan tahun nih dah bertambah, macam Naufal, Amnina dan Amnani. Macam Qarissa, dulu kawan dia tak ramai, tahun nih ramai sikit, jadi saya memang tanya sapa nama anak-anak tu semua di awal bulan Januari tu. Dan, setiap kali berada di rumah, ketika bermain, ketika dalam kereta, atau ketika di mana-mana sahaja, saya akan ulang-ulang nama kawan-kawan dan Teacher Qarissa. Apa sahaja yg saya lakukan, saya akan kaitkan kawan-kawan Q's dalam "cerita" saya. Cthnya, ketika main lacing bead, saya tanya Qarissa, "Kakak, do you play this with Khadijah ini School? Khadijah pandai main tak? Do you like Khadijah?" dan macam-macam lagi lah yang saya tanya pasal kawan-kawan dia.  Begitu juga yang saya lakukan dengan Zayra. Baik kawan, baik Teacher. Memang saya akan sentiasa ulang dan reka ayat2 saya berkisarkan fugura-figura ini. Walaupun pada hari cuti. Kerana apa? Kerana saya nak anak-anak saya ingat kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah dia. Ingat keseronokan mereka bermain di sekolah bersama-sama, gelak bersama, ketawa bersama, makan bersama, selsema bersama, hingus sememeh pun sama-sama! Hahahaha..Saya dapati cara saya itu sangat berkesan untuk mengembalikan memori anak saya untuk cintakan sekolah. Bila hari cuti, saya bgtau yang hari ni cuti, tak jumpa Khadijah, tak jumpa Teacher Syazni, nanti on Monday kita jumpa lagi. Yang paling saya bangga, cikgu Qarissa juga perasan yang Qarissa dan Zayra saling menyanyi antara satu sama lain dan saling berpeluk.Sikit-sikit peluk, sikit-sikit peluk. Hehehe..Bukan hanya mereka berdua, rasa sayang itu juga dikongsi dengan rakan-rakan. Qarissa sayang sungguh dengan Khadijah! Dia rapat dengan Khadijah sejak Zayra belum masuk lagi dan walaupun dah ada Zayra, Q masih lagi suka dan sayangkan Khadijah bila dia disekolah. Nama Khadijah yang dia sebut dulu bila sampai sekolah. Bila saya ulang2 cerita pasal kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah, time cuti atau on weekdays, anak saya akan teruja. Saya rasa teknik ini juga boleh diamalkan oleh Mommy-Mommy semua. jadi, anak anda sentiasa ingat perkara-perkara indah yg berlaku disekolah. 
  • Kalau boleh, amiklah tahu permainan atau buku apa yang digunakan di kindy anak anda. Kemudian, beli 1 @ 2 permainan yang sama dan letak di rumah anda. Bila bermain dengan anak di rumah, ingatkan mereka yang permainan tersebut @ buku yang mereka sedang lihat tuh, ada juga di sekolah. Katakan pada anak, kalau mereka nak lebih banyak lagi mainan atau buku, mereka kena pergi sekolah, lagi best sebab boleh main dengan kawan-kawan. then, kita createlah story-story yang indah-indah pasal sekolah. :) Mesti anak happy bila bayangkan. Macam cth, kindy Q pun gunakan Buku Ants On The  Apple. And of course Montressori Apparatus. Jadi, bila saya nyanyi lagu Ants On The Apple ataupun main mainan Montessori dia, saya akan ingatkan dia pasal sekolah. Walaupun kat Playgroup saya juga gunakan lagu dan buku yang sama untuk Ants On The Apple, tapi saya tetap cakap, Teacher Syazni ajar huruf apa today? Then saya nyanyi sama-sama. Sebab saya nak dia dapat input yang di belajar tuh disekolah, dan dia seronok untuk pergi lagi. 
  • Setiap kali sebelum naik kereta, masa saya amik anak-anak saya tuh dari sekolah tu, selalunya Khadijah & Naufal akan stay sampai petang. Yang lain selalunya dah balik dah, sebab kengkadang saya datang lewat sikit, so semua dah balik. Mana yang tinggal tuh, saya akan suruh my Q's say Bye-Bye to them dan salam. Sebut nama dorang like, "Bye-Bye Khadijah, Bye-Bye Naufal!! Bye-bye Teacher" sampailaahhhh...kereta saya keluar dari perkarangan sekolah! Kadang-kadang sampai kat Guard pun si Q masih cakap lagi pasal kawan-kawan dia. kengkadang dia cakap, "No more Aunty Syaz!!" dan saya pula sambung, "Yess..no more Aunty Syaz, but tomorrow, its school time, Kakak jumpa lagi Aunty Syaz!" Sebanyak mungkin saya cuba instillkan rasa dekat pada sekolah di hati anak-anak saya supaya mereka suka ke sekolahSebab tuh apa saha yang saya cakap dan lakukan, saya relatekan kembali dengan sekolah. :) Sama jugalah ketika sampai ke sekolah, saya memang akan cakap, "Alhamdulillah, kita dah sampai! Qarissa! Zayra! Look!!! Khadijah is waiting for youuu!" dengan suara teruja dan penuh excited! Qarissa dan Zayra pun jadi excited sama. Hehehhe.. Kena pandai berlakon sikit beb .. *padahal kengkadang Khadijah takder pun depan pintu tuh! Hahahha*. 
Itulah antara perkara-perkara yang saya lakukan setiap hari, dari bulan November 2011 sampailah sekarang! Walaupun anak-anak saya dah okay, suka sekolah, tapi saya tetap meneruskan perkara-perkara di atas tanpa jemu. Alhamdulillah, setakat nih, memang tiada masalah untuk anak-anak saya bangun pagi, cuma kadang-kadang, datang mengada-ngada Qarissa atau Zayra, mulut jer cakap takmo School, tapi bila saya cakap, "Oklah, if you dont want to go, you sleep ok! Mommy nak hantar adik/kakak gi skool!" Pastu saya blah slumber. Kelam-kabut lah dorang bangun walaupun merengek. Hahahhaa.. Pernah juga terjadi keadaan di mana Q mengada-ngada takmo mandi, tapi nak gi skool, pampers kemain kuyup, dia buat perangai, kejap nak Ipad, kejap nak susu, hadoi makk ..memang geram sungguh saya! Hambek ko... kenalah Taliban Style, mandi dengan baju-baju, dengan pampers-pampers skali. Melalak-lalak dia nangis! Hehehhe..kesian gak tgk tapi kena tegas lah jugak, kalau tak, tak jadi orang anak kita kang! Bila dah siap, naik keta, elok jer perangai sampai sekolah. Sabar jer kan?? Then, bila balik umah, saya ingatkan dia, jangan buat perangai macam pagi tadi for tomorrow's school time, Mommy tak suka, Allah tak suka,nanti Allah tak sayang. Alhamdulillah, Qarissa faham nampaknya. Dia tak buat lagi dah perangai camtu. Kalau lenkali dia buat lagi, tak tahulah saya., Taliban Style lagi ah nampaknya. Heheheh..Memang tu lah warna warni hidup saya skang. Kengkadang saya pulak yang malas bangun pagi. Hehehhe.. Tu yg selalu terlajak htr lambat tuh. Ahaks! 

Saya harap dengan perkongsian kali ini, anda akan dapat sedikit panduan yang dapat anda aplikasikan terus kepada anak anda. Insya Allah mungkin ia dapat membantu sedikit sebanyak dalam memberikan rasa seronok dan rasa teruja anak anda pada sekolah :) Setelah anda aplikasikannya, bolehlah anda kongsi dengan saya apakah outcomenya nanti yer! Bagi sesiapa yang ada idea dan tips cara dan kaedah bagaimana anda menanamkan rasa minat dan suka anak anda ke sekolah, mungkin boleh kongsikannya di sini. :) Sharing is caring kan..? Until then, jumpa lagi di entry akan datang, Insya Allah ...

post signature
post signature

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading