Showing posts with label Family Gathering. Show all posts
Showing posts with label Family Gathering. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Aktiviti @ Stimulasi Atas Katil Ketika Bercuti!


Hari nih, Wati nak kongsikan satu video yang merupakan salah satu aktiviti yang sering Watie lakukan dengan anak-anak tidak kira di mana kami berada. :) Pada Watie, ia adalah satu aktiviti @ stimulasi yang menyeronokkan bukan sahaja untuk kita tapi juga untuk anak. :) Dan tak susah pun sebenarnya. Especially kalau uols suma suka gi karoke! Bila gi karoke, mesti suka menyanyi kan?  Maknanya pandailah nyanyi kan? Hehehe.. Apa kata uols gunakan suara merdu anugerah Allah SWT tu untuk menghiburkan hati anak, mengajar mereka dengan cara yang paling senang, mudah dan menggembirakan. Banyak pahala tuh! Heheehhe.. :) 


Watie dapati isu sebenar kebanyakan para ibu bapa bukanlah "tak pandai nyanyi", sebenarnya suma pandai nyanyi, tapi tak tahu nak nyanyi lagu apa kan? Hehehe..Kalau lagu sendu, lagu rock atau lagu cinta mungkin taulah, dah selalu dengar kat radio setiap kali nak pergi atau balik kerja, so automatik dah terhafal. Tapi lagu kanak-kanak? Nursery Rhyme? Nasyid anak2? Hmmm.. banyak yg kantoi di situ kan? Heheehe.. Kenapa Watie tekan Nursery Rhyme & Nasyid Kanak-Kanak dan bukan lagu2 biasa? Sekali lagi Watie tegaskan, ia adalah cara yang paling mudah untuk mengajar anak! Jadi, anda sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan, malah tak keterlaluan Watie katakan, ANDA TIADA PILIHAN! Samada suka atau tidak, anda harus hafal lagu-lagu ini dan sering menyanyikannya dengan anak anda. Percayalah, dalam tempoh masa yang sekejap, anda dah boleh hafal dah Nursery Rhyme tu, sebab ia selalunya berulang dan tak panjang sangat pun! Mulakan dengan Nursery Rhyme yang mudah dingati dan sangat popular sepanjang zaman, - Twinkle Twinkle Little Star! Tapi pastikan nyanyi dan hafal sampai habis, bukan separuh jalan yer! Hehehe.. Then bolehlah nyanyi Nursery Rhyme yang senang2 macam Baa Baa Black Sheep, The Wheels On The Bus, One, Two Buckle My Shoe dan sebagainya.

Kenangan bercuti di Phuket. Tgk Zayra cuba nak buat PEACE! Hehehehe...

Kalau anda berusaha lebih sedikit, anda pasti akan jumpa sangat banyak Nursery Rhyme untuk anda nyanyikan bersama anak. Watie dulu pun memang taklah hafal sangat semua Nursery Rhyme, in fact sampai skang pun masih ada Nursery Rhyme yang Watie tak hafal, tapi harus Watie akui, tuntutan kerja Watie memerlukan Watie tahu banyak lagu untuk dinyanyikan di kelas Playgroup, jadi Watie merasakan ia satu cabaran yang sangat menyeronokkan. Proses menghafal lagu merupakan satu cabaran yang sangat Watie enjoy. It makes my brain work faster! Ditambah lagi, kita harus jadi lebih kreatif dan inovatif untuk menjadikan lagu tersebut satu lagu yang menyeronokkan untuk dinyanyikan bersama anak-anak. Kalau tak percaya, cubalah anda try nyanyi lagu2 baru, yang tak pernah anda nyanyi sebelum ni. Memang best! 

Dalam video di bawah, Watie nyanyi lagu Nursery Rhyme - Shoo Fly Dont Bother Me masa kami bercuti ke Phuket baru-baru ni. Hari asyik hujan sepanjang 4 hari kami di sana, nak jalan2 pun tak boleh, so banyak lepak bilik jer. Anak-anak bosan dan Watie pun bosan. So, menyanyi adalah salah satu cara untuk kami menggembirakan hati masing-masing, Hehehe.. Both Q's sangat suka lagu ni dan bila tgk mereka berjoget2 kegembiraan dan mula menghafal lagu tersebut serta menyanyi bersama, ia satu kejayaan bagi Watie. Kalau dengar betul2, uols boleh dgr yang Zayra turut menyanyi bersama (bhg I feel..I feel tu.) Keletah sungguh! Siap cakap "Adoiii!" bila dia tergolek kat atas katil tuh! Hehehe.. Malah, video nih bergerak2 dan lari sana sini sebab dia tgh berebut nak amik Ipad Watie tu lah. :) Kakak dia rilek jer nak joget & nyanyi, tapi Zayra yang hover tau! Tak padan baru nak masuk 18 bulan time tu. Hehehehee..Memang Watie akui, Nursery Rhyme banyak bantu Zayra untuk bercakap. Her development is so tremendous :) Alhamdulillah. Watie dapat rasakan yang Allah SWT bagi banyak kelebihan pada Zayra- dari segi otak dan  mulutnya berbanding sedikit kekurangan di tangan kanannya itu.:) Seriously, sometimes Watie lupa pasal tangan kanan tu kerana Zayra terlalu aktif dan boleh lakukan hampir kesemua apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak sebaya normal yang lain, malah kadang-kadang lebih lagi, menyebabkan Watie sangat kagum dengan semangat dan kecekalannya. Semoga dia akan kekal begitu hingga besar nanti. Insya Allah. :)

My little surfer @ Impiana Phuket! Hover kan? Hahahaha..Blurnya mak dia, kemain semangat nak bawak anak swimming tapi boleh terlupa bawak swimming suit?? Apa kess??

So, to all parents out there, try your best untuk hafal sebanyak mungkin Nursery Rhyme dan cuba menyanyi dengan anak okeh! Ada banyak video di You Tube dan kalau anda nak yang berkualiti, gambar dan suaranya jelas dan tak crack, kena rajin cari VCD2 yang bagus. Di GBOB pun ada Watie jual, tapi selalu habis stok. Ekekekek.. :) Satu tips dari Watie - pastikan VCD yang anda mahupun anak anda dengar itu accentnya bagus . Jangan sebab murah, anda beli dan lepas tuh, bunyinya ada telor @ bunyi Cina. Watie perasan ada banyak VCD macam tu, memang tak syok dengar dan tak bagus juga anak dengar, sebab ia akan mempengaruhi bunyi accent mereka bila mereka pandai bercakap nanti. Sama juga kalau beli VCD @ CD Al-Quran cthnya Juzuk Amma utk anak-anak dengar. Kalau dapat yang dari Tanah Arab punya bacaan tu, memang best! Macam yg kawan Watie- Zaidathul Akma recommend - Adik Ahamd Saud dari Arab atau Adik Muhammad Taha Bajunid dari Malaysia. :) Sapa yang ikuti blog ni dari awal, pasti tahu, itulah yang selalu Watie tekankan kan? :) Pada Watie, pencarian VCD ni kan, macam kita nak cari isteri atau suami lah kekdahnya! Hahahahaa.. Nak kena cari betul2, sungguh-sungguh, hati-hati, salah pilih habislah nanti. Sendiri rugi. Ekekekeke.. Sebab tu, bila Watie jumpa yang bagus, Watie suka recommend, tapi kesian jugak kat parents, sebab dorang tak tahu mana nak cari dan minta bantuan Watie. Macam contoh- Mothergoose Club yang Watie rekomen dalam entry INI, ramai minta Watie  tolong belikan tapi this time I cant help, sebab Watie pun beli online sempena birthday Qarissa, dan duit dalam Pay Pal pun taklah banyak mana kan. Memang tak apat nak tolong dari segi tu. :) Sorry pada semua yang pernah mintak Watie tolong coz I cant help it. :( 

Insya Allah, dari masa ke semasa, ada apa2 product yang bagus, yang Watie jumpa, nanti Watie recommend kat blog ni okeh .:) Skang ni memang ada produk yang Watie tengah aim, tapi tak berani nak komen sebab Watie belum try, but look so promising tapi harganya mak aiiii.... kalau combine siri-siri yang ada, boleh beli Little Reader satu lagi nokss! Hu hu hu .. Tapi tu lah, tengah berkira2 lagi nak beli atau tidak. :) If dah beli, dah test, baru leh komen dan rekomen. Kan best kalau ada org nak bg Watie try produk education dorang for free dan mintak komen. Ekekeke..Jimat sket duit yerk? Hahahahhaa.. Oklah friends, kita jumpa lagi di entry akan datang okeh. Selamat menghafal Nursery Rhyme yer! Hehehe..

Our activity during vacation @ Phuket. Shoo Fly Dont Bother Me Song!

post signature

post signature


Tuesday, October 25, 2011

Vokal: Bukan Sekadar Rupa - Peserta Cilik Pertama!

Yeehaa..petang ni Watie nak kongsi video anak buah Watie yang sangatlah gebu dan tembam serta bijak beraksi dan bergelek - Danisha Darling. Ni anak Along Watie yang nombor 3.  Beza umur dia dalam 5 bulan jer dengan Zayra, tapi tahun lain-lain. Hehehe..Ni lah jugak "Otai Kampung Kerinci" yang suka sangat cubit pipi Zayra masa Zayra kecik. Habis dia kerjakan Zayra! Cubit2 sampai luka2 badan Zayra dia menggeram. Hehehee.. Sapa yang lum tgk video dia kerjakan Zayra, leh tgk kat SINI.

Tapi skang dia dah geng ngan Zayra. Dah jadi best friend. Seronok giler tgk dorang jalan berdua. Macam adik beraik. Dan lebih comel bila dia tegur Zayra time main sesama. Nanti tetiba dengar, "Yaya..NO!" Hehehhee.. Comey tol..! Bila tgk video nih, memang Watie tergelak sorang2 .. Hadoilah ChaCha (nama manja dia..) gediknya ko nak oi.. Memang patut jad peserta cilik pertama - Vokal: Bukan Sekadar Rupa tu ha! Siap pakai bandana sendiri tuh yg mahal tuh! Hahahaha.. kemain bijak lagi. Dengan muka2 dia menyanyi. Hehehehe..

Mehlah kita menenangkan waktu petang kita dengan keletah budak bijak ni okeh! :)  Kerenah anak-anak sememangnya menceriakan hari-hari kita sebagai ibu bapa kan..? Penat macam mana pun, kalau dapat tgk aksi macam ni dari anak, hilang penat yo!

Anak buahku Danisha - bakal peserta Vokal- Bukan Sekadar Rupa?? Hehehe..


post signature

post signature

Saturday, May 14, 2011

Pelancaran FAMEKids @ 1st Year Anniversary Bling Lustre MERIAH!


Alhamdulillah, berakhir sudah Majlis Ulangtahun Pertama Bling Lustre & Pelancaran FAMEKids Ahad lalu. Bersyukur saya sebab semuanya berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Risau juga kalau-kalau ada yang kurang sana sini tapi from the feedbacks yang I dapat, rasanya semua ok. Saya risau kalau food tak cukup tapi alhamdulillah, semua cukup malah ramai yg kata food tu sedap. Yup, saya akui memang sedap sebab tu dah 2 kali saya amik dengan Kak Rozie, sebab mmg mabeles Nasi Beriani dia. Hheheeh... Cuma, cuaca panas sgt hari tuh, kesian juga pada para tetamu dan peniaga yg terpaksa berpanas. Kami  pun tak terpikir masa nak pasang khemah yg cuaca panas akan menerjah bhg tuh dengan sangat lama. Maaf atas kekhilafan kami yer semua tetamu & peniaga. Next time mamang takkan bukak khemah kat area tuh lagi. Harus semuanya diletak betul2 depan opis barulah tk panas sangat ..:)

Me & Lyna with Kak Najla & Nawar
Kak Najlah & Nabila & Noina ..:)
Kak Najlah & Hasya & Alina

Saya rasa sangat penat hanya selepas Majlis berakhir, sampai skang masih rasa letihnya, tu lah lambat update blog. Hehehhee.. Nak menaip pun tak larat. Rasa cam nak rehat sampai minggu depan tapi tak boleh. Minggu nih saya ada kelas dan Seminar, so kena cepat2 siapkan semuanya. Sebab tuh saya gagahkan diri juga untuk menulis entry ini. :)  Saya secara peribadi ingin ucapkan terima kasih setulus hati pada semua yang hadir, baik peniaga mahupun saudara mara, rakan -taulan serta kenalan perniagaan. Terima kasih kerana menyokong kami. Begitu juga dengan FAME Parents yang hadir bersama FAMEKids mereka, sesungguhnya saya rasa sangat seronok dapat berjumpa dengan anda buat pertama kalinya. Ada juga yang saya  jumpa for the 2nd time like Put & Lope serta Obiyanya, Alina & Hasya memang jiran saya & Lyna and Fahry partner saya ..:) Tapi most of them memang 1st time jumpa. Saya secara jujur sangat kagum dengan mereka dan terus terang, saya rasa sangat "kecil" bila berhadapan dengan para ibu yang hebat ini. Sungguh! Ketabahan mereka membesarkan anak seistimewa Lope, Habib, Nabila Amjad, Aisya & Hasya buatkan saya rasa apalah sangat "keistimewaan" Zayra jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan seangkatannya. Memang patut saya malu besar kalau saya rasa sedih atau berduka disebabkan apa yang berlaku terhadap Zayra yg telah ditetapkan Allah SWT sejak azali lagi. Memang betul kata orang, sebelum kita bersedih dan menangisi nasib diri, cuma lihat keliling kita, kita akan rasa malu bila kita beria-ia sedih sedangkan orang lain yang anaknya lebih istimewa berbanding anak kita itu redha tanpa mengeluh sedikit pun dia atas apa yang telah berlaku. Sungguh saya kagum dengan semua FAME Parents ini. Andalah yang menjadi isnpirasi kami sebenarnya .:) Terima kasih. 

Hambek ko...! Glamer sungguh parents FAMEKids hari tuh! Dah macam artis kekdahnya kan? Hehehe
Habib yang manis tersenyum selalu. :) 
Nawar bersama Put & Idris a.k.a Lope yang sungguh maccho hari tuh!

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih pada para celebriti, media dan wartawan yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis ini. Antaranya ialah Wartawan dari Harian Metro, Sinar Harian & RTM melalui Rancangan Chiki Boomnya. Saya dapat SMS dari Farrah Deeba pd malam sebelum majlis, ketika beliau berada di Emergency Room @ SJMC, beliau tidak dapat hadir kerana kornea matanya tertusuk kuku anak ketika beliau nak tidurkan anak lelakinya. Matanya dah berbungkus dan dpt 3 hari MC. Terkejut sungguh saya dengar dan saya berdoa agar beliau cepat pulih. Pada keesokan harinya pula, saya terima SMS dari Salina Saibi, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM ke 22 yang beliau akan menghadiri Majlis ini. Gembira dan terharu saya kerana dalam kesibukan dan jadual Salina yang penuh dengan shooting, beliau cuba sedaya upaya memenuhi jemputan saya ke Majlis Amal ini. Begitu juga dengan celebriti dan model iaitu Kak Najlah bersama keluarga serta Nawar Anisah yang kini menjadi duta JAKEL. Saya sangat berterima kasih kerana dalam sibuk bekerja dan menjalankan urusan harian, mereka masih sempat meluangkan masa untuk menggembirakan para ibu bapa FAMEKids ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya. :) 
Nawar Anisah & Salina Saibi 
Kak Rara & Afiqah - Ahli my Chiki Boom bersama Quzayra
Sessi pemotongan riben sebagai simbolik pelancaran FAMEKids.
Dah potong riben, kita potong kek pulak. Kek di taja oleh Cik Ecar kita. Thanks dear ..:)
 
Abang Jack Dzull - sore sedap oooooo!

Semoga selepas ini, FAMEKids makin dikenali ramai seterusnya menjadi wadah kepada ibu-bapa yang mempunyai anak istimewa. Di sinilah tempatnya kita berkumpul, saling berkenalan, bertukar pendapat dan informasi serta cerita. Insya Allah, saya dan Lyna serta rakan-rakan FAMEKids yang lain ada plan few activities untuk para ibu bapa FAMEKids. Kami nak jadikan FAMEKids ni satu pertubuhan atau persatuan yang sah di sisi undang-undang, me & Lyna is working on it. Ini memudahkan kami untuk bergerak atas nama persatuan, kerana ada juga beberapa pihak yang suka dan seronok serta ingin bekerjasama dengan kami, syukur ke hadrat Allah kerana memudahkan perjalanan saya dan Lyna untuk berbakti dengan cara kami sendiri kepada masyarakat. Seperti yg saya katakan, we may be small but we're always strong and be together. Insya Allah. :) 

Best daddy lepakkkkk!
Me & Zayra bersama Salina Saibi
Kumpulan Mirwana

Dikesempatan ini juga, saya nak ucapkan personal thanks kepada penaja-penaja kami, diantaranya Lensa Gua yang bertindak sebagai Official Photographer, Ecar Cupcakes sebagai penaja Cake FAMEKids & Percetakan Alfa Gemilang sebagai penaja banner. Begitu juga mereka yang sama-sama menjadi penaja untuk goody bag yang diberikan kepada artis, wartawan dan para ibu bapa FAMEKids. Terima Kasih sekalung budi dari kami di Bling Lustre. :) 

Nawar bersama Amjad & Mommy. Budak bam bam yg hensem! 
Nawar bersama Ayue @ Mommy Aisya 
  Me & Zayra dengan Kak Najlah. Pipi gebush dan lembut jer kak Najlah nih. Hehhe

Kepada pelayar-pelayar laman blog ini, saya harap anda boleh membantu saya menyebarkan tentang pertubuhan FAMEKids ini kerana kuasa penyebaran ini ada dihujung jari anda. Saya gembira apabila dalam masa yang singkat selepas launching hari Ahad lepas, mereka yang mengenali dan "LIKE" FanPage FAMEKids telah pun hampir mencecah 200 orang. FanPage ini terbuka kepada semua, samada mereka yang ada anak istimewa mahupun tidak. Sokonglah kami dengan mencadangkan page ini kepada kawan-kawan sebagai tanda setiakawan dan semangat untuk sama-sama membantu dengan cara masing-masing. Setiap apa yang kita lakukan, jika yang baik, pasti mendapat balasan Allah SWT, itu lebih best dan berkekalan kan? :) Thanks in advance yerk kengkawan. 

Menerima penanda buku dr pihak Chiki Boom! Happy!
Comel btol tarian Chiki Boom ni dan sekarang- Qarissa sudah addicted to it!.
Bersama seluruh warga kerja Chiki Boom & Pengasas FAMEKids.
  
Till then, nantikan entry istimewa saya mengenai my one & only FAMEKid - Quzayra - hari Isnin ini ..:)


post signature

post signature

Thursday, May 5, 2011

Updates: 1st Year Anniversary & FAMEKids Launching Ahad Ini.

Saya mencuri-curi masa anak tidur untuk updates sedikit mengenai majlis besar yang akan kami adakan hujung minggu ini. Selagi tak habis, tak tenang saya rasa. Risau kalau ada yang tak cukup, terkurang, tak puas hati dan sebagainya. Sampai saya terpaksa (yer ..memang terpaksa...pity anak muridku yg genius!) batalkan kelas Level 4 saya hari Sabtu ini semata-mata untuk pastikan  majlis di hari Ahad berjalan lancar. Almaklumlah, kalau kira-kira, ada 4 celebration yang akan dibuat - 1st Year Anniversary, FAMEKids Launching, Birthday Combo Zayra, Aisy & Airy serta Mothers Day Celebration! Hambek ko! Semput dibuatnya. Memang tak cukup kaki tangan rasanya nak bergerak nih ha. Saya nak pastikan para  ibu bapa FAMEKids a.k.a our VIP's for that day rasa selesa dan gembira datang ke Majlis kami. Ni kiranya 1st time juga saya akan bertemu mereka dan anak-anak yang bukan sahaja genius tapi comel sungguh! Tak sabar rasanya menantikan detik pertemuan ini. (Janganlah ko emo lebih sampai nangis Watie oii.. adoiii... pelik lah saya nih skang, kalau pasal baby & kanak-kanak atau ibu-ibu kan ..saya senang nak mengalir air mata tau .. tak yah nak paksa-paksa, baca entry Ben Ashaari pasal FAMEKids pun dah meleleh dah .. apa sajaaaaaa si Watie nih kan? ) Wakakakaka... 

Letih? Pergh..memang letih, di saat tiada helper dan hanya saya & suami yang saling membantu antara satu sama lain mengemas opis dan rumah, memang mencabar. Tak pernah-pernah htr baju dobi, dah hantar pun! Tak larat dah nak terkejar2 dengan anak dan rumah dan pejabat, macam nomad pun ada! Hhehehe.. Insya Allah, ada rezeki, dapatlah maid pasni ..:) So, apa saya nak update pada GBOB fan yer? 

Majlis akan dimulakan pukul 11 am- 4 pm, rasanya semua dah tau kan. :) Very santai, datang makan, sambil shopping-mopping di booth2 yang ada , ada 12 booth semuanya .. :) dan bergembira bersama CLOWN yang akan datang around 1 pm - 3.30 pm. Dalam pukul 12.30, celebriti jemputan & para wartawan serta media akan hadir dan selepas makan, mereka akan naik ke GBOB untuk bertemu para ibu dan anak-anak FAMEKids untuk sessi chit -chat dan ramah mesra. Selepas itu, mereka semua akan turun ke Scriptory Box untuk sessi perasmian FAMEKids- potong riben dan kek. Selepas sessi pemberian cenderahati dilakukan, semua akan turun ke bawah dan melawat booth-booth yang ada. Pejabat GBOB dan Scriptory Box akan ditutup dari pagi hingga pukul 2.30 pm, hanya AJK dan para ibu bapa FAMEKids sahaja yang dibenarkan untuk naik ke atas. Ini bagi memastikan mereka selesa anak-beranak di tempat yang disediakan khas untuk mereka. Nama pun VIP kami kan? Haruslah layan seperti VIP yer dak? :) 

Selepas artis dan celebriti berangkat pulang (atau mungkin masih ada bersantai-santai di majlis ini..), pada anggaran pukul 2.20 pm, Majlis Sambutan Hari Lahir Quzayra, Aisy & Airy akan dilakukan bersama Uncle Beyond, our Clown for the day. Bukan itu sahaja, ada games dan banyak hadiah untuk dimenangi anak-anak semua. Kalau sempat dan tak bz, Insya Allah Teacher Watie try to do few games utk semua kanak-kanak turut serta, kaalau tak sempat, nampaknya Uncle Beyond sorang jer lah turun padang yer. :)  

Siapa celebriti, artis @ media yang datang? Alhamdulillah, setelah berusaha mendapatkan few celebrities dan artis serta model untuk datang ke Majlis Pelancaran FAMEKids ini, inilah antara-antara wajah-wajah yang akan turut serta menjayakan Majlis ini. Sangat berterima kasih pada mereka kerana secara peribadi telah pun mengesahkan kehadiran ke Majlis ini dengan Watie. Harap tiada aral melintang pada hari tersebut yang mungkin akan menyebabkan mereka tidak hadir di saat akhir. Harap-harap semua dapat hadir. :) Ada juga few artis macam Salina Saibi, Irma Hasmie dan Fahrin Ahmad yang Watie hubungi untuk menjemput mereka datang tapi mereka tidak dapat mengesahkan kehadiran buat masa ini kerana nak cek jadual dulu. Kata mereka, jika di hari tersebut, tiada shooting, Insya Allah mereka akan sampai. Dan, yang memang tak dapat hadir kerana komitmen tugas seperti Pak Nil, Erra, Wardina, David Teo, Kak Engku & Isma AF (yang baru saja keguguran anak ke 6), Insya Allah, kalau ada rezeki, mungkin lain kali kita boleh berjumpa mereka. :) 

Farrah Deeba - Pengacara Nasi Lemak Kopi O & Pemilik Butik Pakaian Muslimah Najjah

Najlah Ishak - mantan Pengacara Wanita Hari Ini  (gambar ihsan FB Kak Najlah)

Nawar Anisah - pemenang Anugerah Aura Seri Dian - NUR , Semi Finalist- Gadis Jelita (Majalah Jelita), tempat kedua Pesona De Wajah Harmoni (Majalah Harmoni), tempat ketiga, Wanita Pilihan Berita Harian, Mantan Model Tudung Fareeda & yang terkini Duta Tudung Hajra keluaran terbaru JAKEL. (gambar ihsan kalerkita)
Jack Dzull - Penyanyi 80-an yang kini kembali mewarnai industri seni tanahair selepas merantau menimba pengalaman di Indonesia. Insya Allah, Abang Jack akan buat persembahan untuk menghiburkan kita semua pada hari tersebut. :) Thanks a lot Abang Jack & Kak Afiza. 

Hasnida Hanim (gambar ihsan FB Hasnida). Kalau majlis di pagi harinya cepat habis, Insya Alllah Hasnida juga akan menyertai kita bersama rakan-rakan personaliti  TV3 beliau. 

Dan, kelmarin Watie dapat panggilan dari pihak RTM melalui Rancangan Chiki Boom di mana mereka akan membawa kelima-lima Pengacara nya iaitu Kak Rara, Kristal, Mamat, Fiqah & Izaac ke Majlis ini untuk memeriahkan suasana selain membuat rakaman untuk slot Chiki Boom itu nanti. Terima Kasih khas Watie tujukan pada Produsernya Farah Syahnaz kerana sudi bertandang ke Majlis ini & buat coverage berkenaan dengan FAMEKids, semoga makin ramai para ibu bapa yang tahu akan kewujudan FAMEkids ini nanti Insya Allah ..:) Begitu juga dengan pihak akhbar Harian Metro yang akan datang membuat liputan tentang Pelancaran ini nanti. :) Kami ada juga memanggil media-media cetak yang lain serta para blogger yang berpengaruh untuk turut sama hadir dan memberikan sokongan dan lebih penting lagi, mewarwarkan tentang kewujudan FAMEKids ini di akhbar, majalah dan blog mereka, Insya Allah, mungkin ada yang akan hadir. :) 

Chiki Boom @ RTM. 

Begitulah serba sedikit updates berkenaan dengan majlis hujung minggu ini. Dan di sini juga Watie nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi menaja Majlis ini seperti PAG- Percetakan Alaf Gemilang yang menaja Backdrop dan Banner pada hari tersebut, Lensa Gua yang Jurugambar Rasmi pada hari tersebut dan CupcakeCaR yang menaja kek Anniversary & FAMEKids.Tidak lupa juga kepada penaja-penaja hadiah & souvenier pack kepada para artis, wartawan dan kanak-kanak pada hari tersebut. Watie belum dapat the whole list lagi. Insya Allah, bila barang dah sampai ke tangan, dah tahu nama syarikat @ orang perseorangan yang menaja, Watie akan update senarai yang ada. Apa pun, kami sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang bertungkus lumus memastikan acara pada hari Ahad ini berjalan lancar, kawan-kawan doakan semuanya smooth ok. Mode berdebar ni ..:) 

Sampai sini dulu my updates. Lots of things to finalise, so memang mengejar masa. :) Cant wait to meet uols this Sunday. Siapa yang belum register @ RSVP untuk dtg majlis ini, boleh register kat sini ok.



Jumpa anda hari Ahad ini! :) Temanya biru + pink okeh!. Saya attach sekali brochure untuk tatapan anda semua. 


post signature
post signature

Thursday, April 28, 2011

Jemputan Pertama: 1st Birthday Rania Quzayra Rizal.

Ha, mesti ramai tertanya-tanya kenapa tajuk entry ni ada Jemputan Pertama? Ekekekkek.. sebab ada jemputan kedua, thats y tajuk dia jemputan pertama. :P Nanti Watie update jemputan yang kedua kay. tgh siapkan brochurenya ..:)

Dalam jemputan yang pertama ini, Watie dengan segala rendah dirinya (memang rendah pun ahcik nih nokss!) nak menjemput semua saudara mara & kawan-kawan yang baca blog ni untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis hari lahir Zayra yang pertama pada 8 Mei 2011 (Ahad) depan. Zayra punya real b'day is on 7 April, tapi memang dah plan dari awal nak sambut sekaligus dengan majlis pelancaran FAMEKids & 1st Year Anniversary Bling Lustre (tu lah jemputan yang keduanya ..heheh). Almaklumlah, Zayra kan "peneraju" FAMEkids sekali ngan boyfriend dia si Fahry tuh, so memang sesuai lah sangat buat bday dia time launching tuh. 

Aunty2 semua jgn tak datang tau! Penat Zayra wat muka kiut nih!

So, make sure kengkawan block date 8 Mei 2011 tuh tau. Memandangkan majlis birthday nih agak besar berbanding majlis Qarissa dulu, Watie nak mintak kengkawan isikan form kat bawah nih (bagi sesiapa yang confirm nak datang) so that Watie leh estimate food. Dulu jemput sedara, jiran n kengkawan so bolehlah estimate foodnya, tapi skang maybe ada kengkawan blogger yg Watie tak pernah jumpa sebelum ni, takut Watie nanti food tak cukup plak, lebih takper jangan kurang bak kata orang, malu ahcik nanti weiii... hehehehe... isi form ni sekali jer okay ..sebab Jemputan kedua yang akan Watie buat entrynya selepas ini pun akan guna form yang sama juga, so taklah penat uols nak isi form jer kerjanya ..hahahahha... :) 

Jgn lupa datang tau kengkawan, Watie teringin nak jumpa kengkawan yang selama nih support Watie & Genius Baby On Board. Tanpa uols, GBOB pun tak wujud agaknya ..:) Love uols ....:) Klik link di bawah untuk mengesahkan kehadiran anda. :)


Dan di sini Watie attachkan kad jemputan untuk semua yer..:) Klik utk besarkan. Dan jangan lupa. Temanya Pink & Blue okay ...:)  See you there friends ..:)


post signature

post signature

Tuesday, February 15, 2011

Zayra Kena Dera Dgn Otai Kampung Kerinci!

Kesiannya aku tengok Zayra kena dera dalam video nih! Nak tergelak pun ada tau! Ketakutan Zayra bila kena dera dengan Otai Kampung Kerinci nih! Tak padan pompuan, tapi kemain lasak anak buah aku sorang nih. Nama dia Danisha, anak Along aku... Dia geram betul ngan Zayra, agaknya dia nak ajak main, Zayra tak peduli, yerlah, dia dah pandai jalan, Zayra nih baru nak merangkak time nih, tu agaknya dia hangin. Then dia nak cium, nak tunjuk sayang, tapi bila Zayra makin nangis, dia naik hanginlah, pastu terus nak dikoreknya mulut Zayra. Nak suruh diam lah tuh!. Habis tangan Zayra semua dia nak cekut dan tolak. Siap cium dengan rakussss tak hengat punya. Mana lah tak takut anak aku dibuatnya! Habis dia cekak baju Zayra, pastu jerit2 tension sebab aku nak halang dia. Memang cuak betul time nih, tapi aku bantai gelak ramai2 ngan hubby ngan Along aku. 

Ni lah dia rupa Otai Harajuku nih! Hehehe.. Themokkkk!


Kemain lagi yer kau Danisha gemok! Aku panggil Danisha budak GEMOK, GEMOK, GEMOK, GEMOK! Sebab takder satu pun bahagian badan dia yang kurus! Semuanya gemok-gemok belaka. Geram wei! Comel sungguh budak yg bakal jadi Kak Lang tak lama lagi nih ..garang macam Mak Lang dia jugak (akulah tuh..hahahah!) kakak aku kata perangai dia sebijik aku. Kalau orang babab, dia mesti nak balas balik walaupun sikit! Hahahaha..Just like me masa kecil-kecil dulu .. Dapat sikit pun jadilah, janji balas! Hahah.. keji giler perangai masa budak2 dulu! 

Wei! Berani panggil Icha Gemok! Nanti Icha hempap Zayra kang baru tau tau!. Jgn memain ahhh... Gua bakal Along Bukit Beruntung! Ho ho..

Tunggu Ko Danisha .. Ko Otai Kampung Kerinci yer! Ko tunggu nanti Otai Meru datang bagi back hand dengan tangan dia yg special tuh! Tunggulah sayang ..masanya akan tiba, Otai Meru balas dendam tau! Don't play-play ha!!! Watch out bebeh! Hahahahaha...



post signature

post signature

Friday, November 12, 2010

5th Year Anniversary: Kahwin Lagik?

Diam tak diam, dah 5 tahun me & Saiful kahwin. Cepat betul masa berlalu, rasanya macam baru semalam jer aku tulis entry masa ulangtahun perkahwinan kami yang ke 4 kan? Masa tuh aku sambut kat EcoPark punya restoran. Zayra masih dalam perut lagi time tuh . Hmmm.. ni dia entrynya.. Adoi.. cepatnya dah setahun!

Tgh nak mekap-mekap..:)

Masuk tahun ke 5 perkahwinan kami, dah pun dapat 2 anak perempuan yang comel lote dan bijak-bijak. Alhamdulillah, syukur sangat kurniaan Allah ni. Macam tak percaya jer aku sekarang dah jadi ibu. Baru jer rasanya gi tgk mat rempit depan SOGO masa tgh tunggu masa nak amik SPM paper, hahahaha..(bukan aku rempit tau, aku gi tgk jer, sambil menyumpah-seranah ..hahahahah), sekarang aku dah amik alih tugas mak aku pulak, jaga 2 anak sambil bekerja dari rumah dan dari opis. Perghhh..semoga Allah memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik padaku. Amin..

Hubby & Zayra..:)

Sempena menyambut ulangtahun ke 5 perkahwinan kami nih, me & hubby gi amik gambar kahwin sekali di Taipei Taipan Bridal Gallery, Jalan Ipoh. Kali ni lebih istimewa sebab ada 2 Flower Girl yang mengiringi we all. Best kan? Hhehehe.. Tak lah best sgt pun, sebab si Qarissa mengamuk giler babas takmo bergambar! Seksa giler nak ajak dia amik gambar plus dia asyik nak melekat kat Daddy jer! Susah Daddy nak tukar baju semua. Bila Daddy dukung Zayra, dia punyalah jeles Ya Rabbi, nak Daddy dukung jugak! Tak sedar badan dah 13 kilo! Sesak nafas Daddy tau sayang! Aku lah yang untung sikit sebab sibuk mekap, terlepas lah nak dukung both kids. Hahhaha..Mak maintain vogue jer noks! Tapi, dalam pada maintain2 tuh, sempat gak aku bg Zayra susu badan hokay! Sampai tertidur2 anak aku. Pity her..:)

Mummy & Zayra..:)

Actually pakej bergambar ni aku amik masa tahun 2008, masa tuh Zayra belum wujud pun dalam perut nih. Hahhaha.. konon-konon nak amik sempena ulangtahun ketiga perkahwinan, tetapi Daddy telah berjaya membuntingkan Mummy buat kali kedua, jadi terpaksalah ditangguhkan sampailah Zayra keluar. Memang Zayra nak join sekali, sebab tuh dia kuar cepat2. Haehhehe... kalau tak, pengapit tak cukup kan! :P. Sudahnya, masa ulangtahun ke 5 barulah sempat we all amik gambar nih..:) Lebih best lah kan ..sebab anak 2 puteri ..:)

Q yg nak bergayut jer ngan Daddy!

Best gak sebab me & hubby bergambar dgn anak2 pakai baju yg sama. Tu pun dgn susah payahnya sbb Q takmo senyum. Bila time aku nk bergambar dgn hubby berdua, Q punyalah jeles, mengamuk nak Daddy dia, sampai tunjuk perasaan tahap dewa! Boleh dia tantrum dan terus hentak kepala kat lantai! Terkejut beruk me & hubby! Si Nor tak sempat nak thn kepala Q sebab dia pun tak sangka Q akan mengamuk sampai camtuh! Si Q ni pulak, lepas hentak, dia pun terus tersenyap dan terkedu. Aku rasa dia tak budget lantai tuh kuat kot. Terus dia terdiam. Laki aku apa lagi, terus stop shoot, bawak anak turun bawah dan terus letak dalam kereta, bagi dia cool down & selesa sikit. Nor kata, lepas masuk dalam keta & watch Charlie & Lola sambil makan dan minum, terus dia gelak2 dan lepak2 sampai tertidur. Benjol gak lah kepala tuh. Sib baik ada Minyak Gamat, cepatlah baik sikit kepala benjol Q tu.

Sakannya Mummy oiiii!
Oh! So lovely lah Zayra nih!!

Dengan Zayra, we all dapat bergambar 2 times with different baju. Ok lah kan .. sebab total 3 baju. Sebenarnya 4, termasuk baju raya tahun nih, tapi tak kesampaian sebab tak cukup korum. Q dah tertidur kat kereta dengan lenanya. Zayra so good, tak buat perangai langsung. Sekali sekala jer nangis. Towards the end tu, dia terus tertidur atas kerusi yang ada kat situ. Hu hu .. :) We all terus pilih gambar yg berkenan untuk dicetak sebab takmo datang lagi skali. Jauh oooo...Dari pukul 11 am sampai kul 5 pm me & family ada kat kedai tu. Memang letih sgt, tapi ku gagahkan jua .. hu hu ..

Yohooooo!

As usual dan disangka, the company nak suruh me & hubby add on package tapi bagusnya, dia tak paksa lah kan ..:) So, aku ngan hubby dah awal2 kata takmo. Hahhaha.. Malas aku nak tambah RM500 semata-mata utk dapat extra gambar & CD, rasa tak berbaloi jer. Aku cuba lah gak tanya kalau nak dapat CD for whole picture yg diambil hari tu, berapa dia caj. Ada 82 keping gambar termasuk yang tak jadi, korang tau berapa dia nak caj? Satu gambar RM 30 tanpa edit yer! Tak logik langsung kan! Sabar jer lah. Kalau 82 keping dah RM 2K lebih, takderlah power sgt pun gambar2 tuh semua, dah lah tak edit. Tak koser acik..

Mummy yg hover tak sedar anak dah 2! Eekeke

Lagi sebulan baru lah album dan frame tuh akan siap. Gambar2 yang korang tgk kat sini, semua diambil dari hp me & hubby masa tgh mekap dan tunggu nak shoot. Takder gambar berdua pun sbb masing-masing capture gambar sendiri atau tolong amik gambar satu sama lain. Hahaha.. nak suruh amoi tuh amik takut dia tak bg plak...belasah jer lah.. janji ada gambar :) Hhehhe.. seronok jugak tau bergambar sama nih, rasa cam kahwin sekali lagi pulak. Dulu aku tak amik kat studio sebab cameraman amik masa majlis nikah, sanding dan outdoor. Ni 1st time lah kiranya we all bergambar kat studio.

Ready to go!

Bila dah bergambar camni, aku rasa its a good strategy untuk mengembalikan suasa romantis antara suami dan isteri bagi menyemarakkan rasa kasih sayang. Yer lah, kata pun dah 5 tahun kan, macam2 dah kita lalui sepanjang 5 tahun tu, orang kata the first 5 year tuh penting dalam kehidupan berumahtangga, jadi sempena menyambut ulang tahun ke 5 perkahwinan tuh, best jugak kalau kita menyambutnya dengan cara camni. Insya Allah, kitaorang ada plan nak jadikan acara bergambar nih setiap 5 tahun, maknanya our next "wedding" will be on 2015. Ekekeke.. Best gak sebab leh bandingkan muka kita masa betul2 kahwin dan setiap 5 tahun selepas tuh. Tengok sama ker tak kan? Makin lawa atau makin tua? Wakakakakak...

Nak pakai tiara n rantai dulu...:)

Menurut kengkawan aku yg tgk muka aku masa bergambar kali nih, suma suka dan kata cantik dan nampak matang, in fact lebih lawa dari masa kahwin. Hmmmm.. aku pun tak tahu nak kata apa, sebab kalau tanya aku, aku suka mekap masa aku kawin tuh. Sebab masa tuh mmg mencabar ooo.. Jerawat kat muka aku punya banyak, tapi mekap artis aku tuh, sangatlah power. Dia punya cover mak aiii.. curlaaassss nyahhhh! Thums up to Deq Sha. Hhehhe.. Amoi yang mekap aku nih pun boleh tahan lah, tapi dia tak rasa cabarannya, sebab muka aku dah licin noks, dah takder jerawat. Ekekeke.. Senang ah dia nak mekap. Pada aku so & so lah .. ker sebab aku dah memang cun? Wakakkaka..Perasanlah pulak mak orang nih.. tak sedar diri anak dah 2 !! Hahahhaa....
Sendiri senyum, sendiri amik!

Ok lah, korang layanlah gambar2 dari hp nih yer. Nak gambar yg betul2 cantik dan dah edit, kena tunggu sebulan lah .. heheheh..Kalau aku rajin nanti aku hapdet lah gambar tu yerk ..:)

To my lovely hubby - Saiful Rizal Che Mat, Happy 5th Year Anniversary sayang.. I love u so veryyy muchhh! Tq for all your support selama ni, I sangat menghargainya. Macam-macam u support I, tenaga, masa, wang ringgit dan I really cannot repay your sayang .. :) Semoga rezeki kita makin murah selepas ni dengan adanya anak2 pembawa rezeki tuh :) Kalau nak anak lagi.. ayang tunggu 3 tahun okeh! Hehhehehe...


Gambar yg hubby snap masa designer tgh tunjuk picture for us to choose..:)

Love My Family, Love My Life,


We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading