Saturday, May 14, 2011

Pelancaran FAMEKids @ 1st Year Anniversary Bling Lustre MERIAH!


Alhamdulillah, berakhir sudah Majlis Ulangtahun Pertama Bling Lustre & Pelancaran FAMEKids Ahad lalu. Bersyukur saya sebab semuanya berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Risau juga kalau-kalau ada yang kurang sana sini tapi from the feedbacks yang I dapat, rasanya semua ok. Saya risau kalau food tak cukup tapi alhamdulillah, semua cukup malah ramai yg kata food tu sedap. Yup, saya akui memang sedap sebab tu dah 2 kali saya amik dengan Kak Rozie, sebab mmg mabeles Nasi Beriani dia. Hheheeh... Cuma, cuaca panas sgt hari tuh, kesian juga pada para tetamu dan peniaga yg terpaksa berpanas. Kami  pun tak terpikir masa nak pasang khemah yg cuaca panas akan menerjah bhg tuh dengan sangat lama. Maaf atas kekhilafan kami yer semua tetamu & peniaga. Next time mamang takkan bukak khemah kat area tuh lagi. Harus semuanya diletak betul2 depan opis barulah tk panas sangat ..:)

Me & Lyna with Kak Najla & Nawar
Kak Najlah & Nabila & Noina ..:)
Kak Najlah & Hasya & Alina

Saya rasa sangat penat hanya selepas Majlis berakhir, sampai skang masih rasa letihnya, tu lah lambat update blog. Hehehhee.. Nak menaip pun tak larat. Rasa cam nak rehat sampai minggu depan tapi tak boleh. Minggu nih saya ada kelas dan Seminar, so kena cepat2 siapkan semuanya. Sebab tuh saya gagahkan diri juga untuk menulis entry ini. :)  Saya secara peribadi ingin ucapkan terima kasih setulus hati pada semua yang hadir, baik peniaga mahupun saudara mara, rakan -taulan serta kenalan perniagaan. Terima kasih kerana menyokong kami. Begitu juga dengan FAME Parents yang hadir bersama FAMEKids mereka, sesungguhnya saya rasa sangat seronok dapat berjumpa dengan anda buat pertama kalinya. Ada juga yang saya  jumpa for the 2nd time like Put & Lope serta Obiyanya, Alina & Hasya memang jiran saya & Lyna and Fahry partner saya ..:) Tapi most of them memang 1st time jumpa. Saya secara jujur sangat kagum dengan mereka dan terus terang, saya rasa sangat "kecil" bila berhadapan dengan para ibu yang hebat ini. Sungguh! Ketabahan mereka membesarkan anak seistimewa Lope, Habib, Nabila Amjad, Aisya & Hasya buatkan saya rasa apalah sangat "keistimewaan" Zayra jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan seangkatannya. Memang patut saya malu besar kalau saya rasa sedih atau berduka disebabkan apa yang berlaku terhadap Zayra yg telah ditetapkan Allah SWT sejak azali lagi. Memang betul kata orang, sebelum kita bersedih dan menangisi nasib diri, cuma lihat keliling kita, kita akan rasa malu bila kita beria-ia sedih sedangkan orang lain yang anaknya lebih istimewa berbanding anak kita itu redha tanpa mengeluh sedikit pun dia atas apa yang telah berlaku. Sungguh saya kagum dengan semua FAME Parents ini. Andalah yang menjadi isnpirasi kami sebenarnya .:) Terima kasih. 

Hambek ko...! Glamer sungguh parents FAMEKids hari tuh! Dah macam artis kekdahnya kan? Hehehe
Habib yang manis tersenyum selalu. :) 
Nawar bersama Put & Idris a.k.a Lope yang sungguh maccho hari tuh!

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih pada para celebriti, media dan wartawan yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis ini. Antaranya ialah Wartawan dari Harian Metro, Sinar Harian & RTM melalui Rancangan Chiki Boomnya. Saya dapat SMS dari Farrah Deeba pd malam sebelum majlis, ketika beliau berada di Emergency Room @ SJMC, beliau tidak dapat hadir kerana kornea matanya tertusuk kuku anak ketika beliau nak tidurkan anak lelakinya. Matanya dah berbungkus dan dpt 3 hari MC. Terkejut sungguh saya dengar dan saya berdoa agar beliau cepat pulih. Pada keesokan harinya pula, saya terima SMS dari Salina Saibi, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM ke 22 yang beliau akan menghadiri Majlis ini. Gembira dan terharu saya kerana dalam kesibukan dan jadual Salina yang penuh dengan shooting, beliau cuba sedaya upaya memenuhi jemputan saya ke Majlis Amal ini. Begitu juga dengan celebriti dan model iaitu Kak Najlah bersama keluarga serta Nawar Anisah yang kini menjadi duta JAKEL. Saya sangat berterima kasih kerana dalam sibuk bekerja dan menjalankan urusan harian, mereka masih sempat meluangkan masa untuk menggembirakan para ibu bapa FAMEKids ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya. :) 
Nawar Anisah & Salina Saibi 
Kak Rara & Afiqah - Ahli my Chiki Boom bersama Quzayra
Sessi pemotongan riben sebagai simbolik pelancaran FAMEKids.
Dah potong riben, kita potong kek pulak. Kek di taja oleh Cik Ecar kita. Thanks dear ..:)
 
Abang Jack Dzull - sore sedap oooooo!

Semoga selepas ini, FAMEKids makin dikenali ramai seterusnya menjadi wadah kepada ibu-bapa yang mempunyai anak istimewa. Di sinilah tempatnya kita berkumpul, saling berkenalan, bertukar pendapat dan informasi serta cerita. Insya Allah, saya dan Lyna serta rakan-rakan FAMEKids yang lain ada plan few activities untuk para ibu bapa FAMEKids. Kami nak jadikan FAMEKids ni satu pertubuhan atau persatuan yang sah di sisi undang-undang, me & Lyna is working on it. Ini memudahkan kami untuk bergerak atas nama persatuan, kerana ada juga beberapa pihak yang suka dan seronok serta ingin bekerjasama dengan kami, syukur ke hadrat Allah kerana memudahkan perjalanan saya dan Lyna untuk berbakti dengan cara kami sendiri kepada masyarakat. Seperti yg saya katakan, we may be small but we're always strong and be together. Insya Allah. :) 

Best daddy lepakkkkk!
Me & Zayra bersama Salina Saibi
Kumpulan Mirwana

Dikesempatan ini juga, saya nak ucapkan personal thanks kepada penaja-penaja kami, diantaranya Lensa Gua yang bertindak sebagai Official Photographer, Ecar Cupcakes sebagai penaja Cake FAMEKids & Percetakan Alfa Gemilang sebagai penaja banner. Begitu juga mereka yang sama-sama menjadi penaja untuk goody bag yang diberikan kepada artis, wartawan dan para ibu bapa FAMEKids. Terima Kasih sekalung budi dari kami di Bling Lustre. :) 

Nawar bersama Amjad & Mommy. Budak bam bam yg hensem! 
Nawar bersama Ayue @ Mommy Aisya 
  Me & Zayra dengan Kak Najlah. Pipi gebush dan lembut jer kak Najlah nih. Hehhe

Kepada pelayar-pelayar laman blog ini, saya harap anda boleh membantu saya menyebarkan tentang pertubuhan FAMEKids ini kerana kuasa penyebaran ini ada dihujung jari anda. Saya gembira apabila dalam masa yang singkat selepas launching hari Ahad lepas, mereka yang mengenali dan "LIKE" FanPage FAMEKids telah pun hampir mencecah 200 orang. FanPage ini terbuka kepada semua, samada mereka yang ada anak istimewa mahupun tidak. Sokonglah kami dengan mencadangkan page ini kepada kawan-kawan sebagai tanda setiakawan dan semangat untuk sama-sama membantu dengan cara masing-masing. Setiap apa yang kita lakukan, jika yang baik, pasti mendapat balasan Allah SWT, itu lebih best dan berkekalan kan? :) Thanks in advance yerk kengkawan. 

Menerima penanda buku dr pihak Chiki Boom! Happy!
Comel btol tarian Chiki Boom ni dan sekarang- Qarissa sudah addicted to it!.
Bersama seluruh warga kerja Chiki Boom & Pengasas FAMEKids.
  
Till then, nantikan entry istimewa saya mengenai my one & only FAMEKid - Quzayra - hari Isnin ini ..:)


post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading