Aku ada satu video nak share ngan korang semua. Video yg sengaja aku rakamkan selepas my genius baby Zayra membuktikan kat aku “JANGAN PANDANG BELAKANG SAYA SEBELAH MATA!” Terkejut? Memang aku terkejut beruk sebab tak sangka yang Zayra begitu pandai memanipulasikan apa yang ada pada dirinya, sampai aku jadi malu pada diri sendiri. Aku yang dah nak masuk 31 tahun nih barulah pandai nak menggunakan semua anugerah yg Allah SWT bg kat tubuh badan aku, tu pun kengkadang lupa nak bersyukur, tapi Zayra yang umurnya baru 1 tahun 1 bulan sangat pandai menggunakan anggota tubuhnya dengan begitu cekap, pantas dan tangkas- serius tak tercapai dek akal aku. Kalau tak caya ni meh aku nak citer..
Quzayra ku sayang .. Mommy is so proud of you!
Last week, masa tuh malam, aku kat opis tgh berkemas-kemas the Kids Zone area, as usual lah nak pastikan semuanya in order, si Zayra ni ada pun sama duk melepak dekat Kids Zone tuh, serius aku tak perasan dia buat apa sebab aku pun tgh leka ngan kerja aku, yg aku nampak dia duduk-duduk tgk TV lah kan. Tengah-tangah kemas tuh, aku tergerak nak pandang dia. Bila aku pusing jer, aku tengok tin susu Pediasure yg 400 grams tuh (tin susu kecik) dah selamat ada kat tgn dia, DENGAN PENUTUPNYA TERBUKA DAN DAH TERGOLEK PUN KAT LANTAI!. Nasib baik sgt tin susu tuh kosong sebab susu nya mmg dah habis! Rupanya si Zayra bukak duk leka wat projek, amik beg susu dia (aku pun tak sure beg tuh memang dah terbukak atau dia yg bukak sbb aku tak perasan) dan keluarkan tin tu. 2 perkara yang buatkan aku terkedu kejap. 1 – Nasib baik tin tuh kosong, kalau ada susu pengsanlah aku nak bersihkan karpet! 2- Camner si Zayra ni boleh bukak tin susu ni dgn 1 tgn? Musykil aku!
Memula aku bajet dia amik guna both hands, then tgn kanan pegang tin, dan tangan kiri bukak lah plastic susu tu. Tuh perkara pertama yang terlintas di kepala aku! Korang plak camner? Korang rasa dia wat camner? Kebanyakannya mesti ingat sama cam aku ingat kan? That is the BEST way we can think of pun. Tapi aku tak puas hati. Aku nak “rewind” balik camner dia buat. Dan aku pun terus amik tin susu tuh, tutup balik cantik2..senyum2 kambing ala-ala nak umpan anak, then aku bg tin susu tuh kat Zayra, nak tgk apa dia nak buat. Untung-untung dia “rewind” balik kaedah bukak tin susu cara Zayra. Haaaa.. hambek ko… less than 3 seconds, dapat jer tin tuh, dia terus tunjukkan kepintaran dan kecekapan dia depan me & hubby. Dia AMBIL, PELUK & HONGGES (ayat yg aku belasah jer sebut) PLASTIK TIN TU DENGAN GIGI DIA! Terkejut beruk aku (sekali lagi) dan langsung muka rasa merah ..sebab malu pada diri sendiri pun yer ..sebab kagum dgn cara Zayra bukak tin pun yer! Apsal lah aku tak terpikir yg dia akan guna GIGI utk bukak tin susu? Goshhhh!
Aku apa lagi, suh hubby amik handphone, and again, bg kat Zayra tin yg ditutup cantik, untuk we all rekodkan kehebatan Zayra membuka tin! Eekkeke.. so video yg korang tgk nih, dah nak masuk 5-6 kali lah dia bukak tin tuh tanpa jemu! Memang layak lah hang meneruskan legasi FAMEKids Quzayra ..Apa yg Zayra buat sungguh memberikan inspirasi pada me & hubby! Demi Allah, aku bangga sungguh melihat dan menyaksikan apa yang Zayra lakukan. Bangga betul lahirkan dia!
Memang aku akui, sejak kehadiran Zayra, aku jadi lebih kreatif dalam melakukan sesuatu, dan aku lebih menghargai fungsi setiap anggota tubuh badan. Kalau dulu, mungkin amik kertas yang jatuh di lantai menggunakan kaki agak tidak sopan pada aku, seboleh mungkin nak amik pakai tangan, tapi sekarang, aku tak tak heran dah, nak-nak bila dah anak 2 nih kan, satu tangan dukung anak, satu tangan pegang 3-4 beg, pastu plak kertas jatuh, mmg kaki lah jawabnya yg tolong amikkan kertas tuh. Dan setiap kali aku lakukan perkara diluar kebiasaan, cthnya, guna mulut ker, gigi ker, jari kaki ker, apa2 jer lah anggota tubuh badan untuk buat kerja2 yg biasa dilakukan oleh tangan, aku akan terbayang insan2 OKU yang lain, yang mungkin sememangnya menggunakan anggota tersebut utk melakukan kerja-kerja harian dan aku bangga kerana dapat melakukan apa yang dilakukan oleh mereka walaupun anggota badan aku lengkap. Aku tahu ia bukan mudah dan ia membuatkan aku semakin hormat dan kagum pada insan OKU. Mereka sememangnya memberikan inspirasi! Dan, ianya adalah salah satu cara untuk aku pastikan yang aku menggunakan OTAK KANAN aku. Hmm..mesti ada yang bertanya ..OTAK KANAN? Yup friends, one of the ways for us to activate our right brain is by learning new things. Setiap kali kita mempelajari perkara yg baru atau melakukan perkara yang berbeza dari kebiasaan, kita sebenarnya sedang menggunakan otak kanan! Haaaaa… Teruja? Jadi, mulai hari ini, sidailah baju menggunakan gigi anda! Hehehe..Mari kita lihat sapa yang terer!
Ok, meh kita layan video ni dan pada semua anak-anak FAMEKids, Aunty bangga sangat dengan kamu semua! Begitulah juga ibu bapa kamu. Ibu yang melahirkan kamu TIDAK PERNAH MENYESAL melahirkan kamu ke dunia ini sayang, malah bangga kerana Allah telah memilih mereka untuk menjaga kamu hingga akhir hayat. Sedikitpun mereka tidak mengharapkan balasan di atas segala cabaran dan rintangan yang perlu dilalui kerana ikatan kasih sayang itu teguh, seteguh tali pusat yang menjadi denyut nadi antara kamu dan ibu sepanjang 9 bulan 10 hari. Yer sayang, kadang kala ibu mengeluh, ibu menangis, ibu membebel, semuanya bukan kerana ibu menyesal, atau kecewa, sedikit pun tidak sayang, tetapi semuanya itu kerana ibu sering berharap agar segala kesakitan, kesusahan dan penderitaan yang kamu lalui itu dapat sama-sama ibu lalui, ibu rasakan agar kita sama-sama berada dalam situasi yg sama. Kalaulah nyawa ini boleh bertukar ganti, kalaulah kesakitan itu boleh dipindah-pindah, sudah pasti ibu lah orang pertama yang akan menawarkan diri. Kerana itu sayang, kamu harus kuat, kamu harus bangkit melawan segala keperitan ini, segala tekanan ini, kerana ini hanya permulaan sayang, semakin kamu besar, semakin banyak cabaran yang akan menanti. Kerana itu ibu latih kamu dari kecil, kamu harus bangga dengan setiap apa yang ada pada diri kamu, bukan sifat bangga diri yang menghancurkan, tetapi sifat bangga diri yang akan membuatkan orang lain hormat diri kamu di atas apa yang kamu mampu lakukan. Sebenarnya sayang, kekurangan yang kamu rasakan itulah sebenarnya keistimewaan kamu. Ibu akui, kadang-kadang ibu juga malu dengan kamu kerana ibu merasakan ibu sangat lemah berbanding kamu yang sangat kuat, walaupun ibu ini cukup sifat, cukup segala-galanya, ibu masih insan yang lemah, tetapi kamu yang lahir serba kekurangan, masih mampu hidup di atas bumi Tuhan ini tanpa sedikitpun mengalah. Kamulah sebenarnya yang mengajar Ibu erti sebuah ketabahan, erti sebuah anugerah & keistimewaan. Terima kasih sayang, kerana hadir dalam hidup kami. Terima kasih Tuhan, di atas anugerah terhebat ini.
Bagaimana kita memanipulasi, mengeksploitasi dan menggunakan anugerah Allah sebaik mungkin menjadikan kita insan yang lebih bersyukur dengan Kurniaan-Nya.
No comments:
Post a Comment