Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Tuesday, May 5, 2009

Video - Petua Menguruskan Badan Selepas Bersalin!


Kaki ku yang kurus selepas mengamalkan senaman seperti di bawah!


Kepada ibu-ibu sekalian,

Sekiranya teringin nak slim selepas bersalin, anda disyorkan mengikut contoh di bawah tanpa rasa malu & segan. Ikut seperti mana yang ditunjukkan dalam video di bawah dengan penuh semangat tanpa rasa jemu @ penat. Perkataan "penat" hanya boleh keluar dari mulut sahaja untuk melepaskan "rasanya" tetapi aksi ini harus dilakukan setiap hari without fail.

Ibu sama sekali TIDAK dibenarkan untuk "join" anak dengan duduk bersama-sama tetapi mestilah mengikuti ke mana sahaja "anak" anda pergi. Latihan ini sesuai untuk anda sekiranya anak anda belum pandai "berlari" di shopping complex atau bermain sembunyi-sembunyi di Tesco. Sekiranya anak anda seorang yang pasif dan tak pandai main sembunyi-sembunyi atau sangat
behave (tak berlari walaupun di suruh), maka aktiviti ini juga sesuai untuk anda menguruskan badan dan perut anda yang buncit itu.

Dijangkakan sekiranya anda melakukan aktiviti ini setiap hari selepas habis pantang (dalam pantang memang nak kena belasah ngan mak mertua namanya ...), anda akan kehilangan 2-3 kilo dalam seminggu.


Aktiviti ini bukan sahaja akan membuatkan anda kurus, malah akan membuatkan anak anda gembira TETAPI ia juga akan membuatkan suami anda kurus di POKET nya !! Hehhehe...

Selamat mencuba!






Aktiviti yang dijamin pasti berjaya menguruskan anda!

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading