Showing posts with label Friends Gathering. Show all posts
Showing posts with label Friends Gathering. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Testimoni ECE Seminar: 6 Feb 2012 @ GBOB HQ

 Alhamdulillah, kelmarin @ hari Isnin yang lepas, sempena cuti Maulidur Rasul, GBOB telah pun berjaya mengadakan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang pertama kalinya buat tahun 2012 ini. Insya Allah, satu entry khas mengenai Seminar ini akan Watie buat kemudian kerana semua gambar ada kat hp hubby .:) Kat hp Watie cuma sempat amik gambar borang Testimoni sahaja. So, sebelum Watie lupa, lebih baik Watie share kan dalam blog dulu. Hehehe..

Full board Alhamdulillah ..gambar yg hubby kongsi kat FB beliau, saya rembat lah kan .. hehehe.. banyak lagi kat hp dia tapi tak sempat transfer ...)


I'm happy to share with uols the Testimoni written by my participants. Sepatutnya ada 16 testimoni, tapi bila dah habis, saya cek, cuma ada 11 jer, maybe saya tak perasan kat mana diletakkkannya yg lagi 5 borang, atau borang Testimoni tuh takder dalam file peserta menyebabkan mereka juga tak dapat nak tulis dan beri feedback. Alhamdulillah, nampaknya semua berpuas hati dengan Seminar ECE ini dan sesungguhnya ia merupakan satu seminar yang berjaya membuka mata dan hati mereka betapa pentingnya ECE itu sendiri dalam kehidupan anak masing-masing. Jom kita tgk apa yang mereka tulis okeh :) Sorry Watie kena hitamkan hp mereka utk menjaga privacy my participants but no worries, kalau rasa nak hubungi mereka, bolehlah gunakan emel yang disertakan dalam borang tu. Takut nombor tuh disalah guna oleh mereka-mereka yang suka "menjual hp number" pelanggan pada syarikat2 tertentu yang buat Telemarketing..ekekekke:) Tu okeh lagi .. kalau dia jual nama GBOB @ nama Watie pada my clients, lagi haru oooo... So, jom tengok.. :)

FatihaSeminar ini beri kesedaran pada saya - masa prime time anak yang perlu dihargai sepenuhnya. Doakan saya dapat usahakannya dengan anak-anak. Amin.  (*Amin, saya doakan. Mari kita sama-sama doakan semua ibu bapa berjaya mendidik anak mereka dengan baik dan sempurna, Amin..)
Aida AtiqahSeminar yang sangat bagus! Sekarang saya menyedari betapa pentingnya kita kena menghabiskan masa bersama anak-anak. Teringat pulak ayat "Hargailah seseorang / sesuatu sebelum kita kehilangannya'. Berikan hak yang sepatutnya untuk mereka. (*yess..kerana masa itu tidak akan berulang lagi. Its only once in your life time. :)
AzzalinaKnow you, Playgroup & Seminar was the best moments in my life and that was good information that I get. Bout the Seminar, Teacher Watie need to control emotion, hehehe..kita pun sedih bila Teacher sedih.  (*tergelak saya baca testimoni ni, tu lah salah satu sebab saya elak2 nak buat selalu Seminar nih, susah betul nak kontrol kesedihan saya terutamanya bila kita tahu hakikat dan masa yg kita ada tidak lama, hubby kata nanti nampak tak "pro" bila nangis..but I just cant help it, but suprisingly, saya dapat kontrol juga hari Isnin tu, tak meleleh dah macam yg dulu-dulu. Hehehe.. bertakung jer sebab dah berhari-hari I talk to myself, to control my emotion sehabis baik, dah lah suara serak teruk, kalau meleleh, habislah semua hingus kuar dan suara lagilah teruk hilang..Allah memang bantu saya hari tu .. Amin...) 
Muhamad FauziIt teach me what is early Childhood all about. Very beneficial to us. Every parents should attend this Seminar. (* En Fauzi adalah salah satu dari 2 orang Daddy yang hadir pada hari tersebut. Respect him, she came with her sweet wife yang preggy 13 minggu, anak pertama! And I know they got the input that they can applied to the baby in the womb! Yeahhh!) 
Mahfuzah AbasVery good Seminar. Really membuka mata saya ECE ini sangat penting (*Fuza nih lagi best, kelakar dia cerita macam mana dia tahu pasal GBOB. Katanya, dia baru sangat tahu pasal kewujudan GBOB ni. Asalnya dia nak tahu pasal Little Reader. Google punya google, terjumpa blog yang ada cerita pasal LR dan juga GBOB dalam tu. Terus lah masuk blog GBOB dan kebetulan tahu yang Watie buat Seminar. Tak fikir panjang, terus mendaftar untuk hadir. Yer..semudah itu!)
Intan JulianaSeminar yang sangat bagus. Memberikan pendedahan tentang teknik-teknik yang dipakai dalam ECE memandangkan kesedaran tentang ECE itu sudah ada, cuma kekurangan ilmu, kesabaran, "courage", semangat untuk menjalankannya secara konsisten. (*Saya tumpang simpati dalam masa yang sama sangat berbangga dengan semangat Intan yang sanggup hadir walaupun suaminya di tahan di wad kerana disyaki demam denggi, pada awalnya beliau mengatakan tidak dapat hadir keraana tiada siapa yang boleh dipercayai untuk menjaga anaknya Rausyan Hadi, tetapi  saya memberi kebenaran beliau membawa anaknya bersama dan dapat juga kami berjumpa hari itu. Mari kita doakan suami Intan cepat sembuh dan Intan dapat berita gembira kerana menurut beliau, she's expecting!) 
JegieYou have done a great job in creating awareness on ECE. It's an eye opener and those method /stimulation that I've learn will be practice. Thank you for your effort.:) (*Jegie merupakan satu-satunya peserta Seminar ECE saya yang bukan berbangsa Melayu yang hadir pada hari itu, dan beliau juga adalah peserta saya yang pertama yang bukan berbangsa Melayu hadir sepanjang saya mengendalikan Seminar ECE selama ini. I feel so honoured as my main intention having this kind of Seminar ini adalah untuk membantu menyedarkan bangsa saya sendiri, ibu dan ayah terutamanya, tentang betapa pentingnya ECE dan apabila bangsa lain turut menghargai & mengiktiraf usaha yang saya lakukan, saya rasa sangat terharu. Thanks for the support Jegie. Ops..Lupa nak bgtahu, bukan tu saja, Jegie juga datang dari luar Kuala Lumpur! All the way from Perak!)  
Maisarah Mohammad YusapSangat membantu kami dalam merancang pendidikan anak-anak. Sangat teruja! Terima Kasih. :)  (*isteri Encik Fauzi. Wanita comel yang bertuah kerana suaminya menyokong penuh ECE ini. So romantic nama pun digabungkan bersama sampai saya plak yang keliru. Heheh..Tapi senang ingatlah - Sarah Fauzi.. :) 
Rosmah Mohd ZabidiVery very interesting. rasa nak jadi full housewife so that I can practice ECE to my children.  (*memang ramai yg rasa nak jadi housewife sepenuh masa so that they can have all the golden time with their children. But no worries, sekiranya ada kemahuan, wanita bekerjaya juga pasti mampu menjana minda anak dengan sempurna dan bagus!) 
RossafenazSangat menarik dan sangat penuh dengan  info yang berguna untuk dipraktikkan dengan anak/ semasa hamil. Mungkin boleh dipanjangkan lagi menjadi kursus 1 hari beserta dengan praktikal bagaimana untuk menjalani sendiri ECE dari rumah.  (* Hehehe, senyum jer saya baca testimoni Rossa.. Seminar yang sepatutnya habis pukul 2 hari tu pun habis pada pukul 4 petang, Lewat 2 jam dari jadual asal, kalau campur dengan kursus, memang sampai malam lah jawapnya. Hehehe.. Sebab tu saya adakan Bengkel Stimulasi untuk sehari tapi memandangkan masa saya sgt2 tight, jarang betul saya dapat melakukannya..hu hu ..last year sempat buat sekali jer Bengkel tu..hu hu) 
ShareenaSeminar ini bukan sahaja beri tips untuk stimulate anak-anak, malah memberi pendedahan how to react with your child positively..continously. Keep on sharing Watie! I'm glad dapat jumpa orang macam you, really believe in ECE! and orang yang I boleh banyak belajar tentang ECE. Thanks again. Good job and you are really awesome!! (*Tq so much Shareena, I really appreciate it ..:) terharu baca your testimoni..:)


Sesungguhnya saya berterima kasih di atas Testimoni ikhlas yang diberikan. Saya amat-amat menghargai apa yang anda coretkan dan ia menjadi pencetus semangat pada saya untuk memperbaiki kelemahan diri saya dari masa ke semasa. Semoga Allah SWT membantu saya, memberikan saya idea-idea yang bernas,  memebrikan kesihatan pada saya, dan memberikan saya ilham untuk menyampaikan ilmu-ilmuNya pada semua sehingga nafas yang terakhir. Amin. 

post signature

post signature

Thursday, July 28, 2011

2nd Charity Bazaar @TTFC Jumaat ini!



Alhamdullilah, menjelang Ramadhan ini, pihak GBOB dijemput sekali lagi untuk memeriahkan Charity Bazaar buat kali kedua. Saya menerima panggilan dari Ro, staff Petronas yg sebelum ini berurusan dengan saya semasa Charity Bazaar yg pertama, di mana beliau menjemput saya sekali lagi untuk bersama-sama memeriahkan acara ini. Tambah terharu kerana menurut Ro, ada staff Petronas yang bertanya kepada organizer samada pihak GBOB menyertai Bazaar kali ini atau tidak. Terima kasih kerana masih mengingati kami, saya sangat menghargainya. :)




Selepas berbincang dengan my partner, Mommy Lyna, kami bersetuju untuk membuka booth untuk kali kedua, malah rasa teruja dan tak sabar pun ada. Saya akui, mungkin agak penat sedikit memandangkan dah hampir nak puasa, dan hari Sabtu, saya ada kelas Playgroup, hari Ahad juga, jadi masa saya memang agak tight sedikit tapi Insya Allah, Watie akan turut serta hari Jumaat ini dibantu oleh my assistant- Atfina. Hopefully semua berjalan lancar. Amin. Dah siap packing semua barang, berat giler oooo.. Hehehe..Di kesempatan ini juga, Watie nak jemput semua pembaca blog ini untuk hadir dan singgah ke booth kami nanti yer. Hari Jumaat lunch kan panjang sket, leh ah dtg sekejap cuci mata. Kali ni Watie bawa lebih byk buku, stimulation toys dan VCD Education. Little Reader package Watie tak bwk, sbb Watie perlukan masa utk explain bgmn the software dan hardware boleh membantu anak kita membaca dgn lebih cepat, so mmg kena buat appnt if nak tau pasal LR, kalau kat booth tak sempat nak citer sgt, tapi brochure ada lah, utk dapat sedikit gambaran mengenainya.

Di sini Watie sertakan maklumat tentang Charity Bazaar tu kay. Sesiapa yg berdekatan dgn KLCC tu, boleh ah dtg singgah, if ada apa-apa produk yang uols nak order dan nak ambik hari Jumaat ni, boleh jugak sms Watie @ 016-2033340, Insya Allah Watie akan bawak ke TTFC nanti, leh amik terus kat booth, jimat lah sket duit courier kan. hehehe..

Berikut adalah maklumat tentang Charity Baazar tersebut:


Date: 29th July 2011 (Friday)
Time: 9:00 am until 6:00 pm
Venue: Twin Towers Fitness Centre ( at Concourse level, nearby Tower 1 lobby) – opposite to Mesra Shoppe and CIMB Preferred
Market: All Petronas staff from both Tower 1 + Tower 2, public who comes to Suria KLCC, and staff from buildings around KLCC


Ok kengkawan, hope to meet uols this Friday kay! See you soon!



post signature

post signature

Saturday, May 14, 2011

Pelancaran FAMEKids @ 1st Year Anniversary Bling Lustre MERIAH!


Alhamdulillah, berakhir sudah Majlis Ulangtahun Pertama Bling Lustre & Pelancaran FAMEKids Ahad lalu. Bersyukur saya sebab semuanya berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Risau juga kalau-kalau ada yang kurang sana sini tapi from the feedbacks yang I dapat, rasanya semua ok. Saya risau kalau food tak cukup tapi alhamdulillah, semua cukup malah ramai yg kata food tu sedap. Yup, saya akui memang sedap sebab tu dah 2 kali saya amik dengan Kak Rozie, sebab mmg mabeles Nasi Beriani dia. Hheheeh... Cuma, cuaca panas sgt hari tuh, kesian juga pada para tetamu dan peniaga yg terpaksa berpanas. Kami  pun tak terpikir masa nak pasang khemah yg cuaca panas akan menerjah bhg tuh dengan sangat lama. Maaf atas kekhilafan kami yer semua tetamu & peniaga. Next time mamang takkan bukak khemah kat area tuh lagi. Harus semuanya diletak betul2 depan opis barulah tk panas sangat ..:)

Me & Lyna with Kak Najla & Nawar
Kak Najlah & Nabila & Noina ..:)
Kak Najlah & Hasya & Alina

Saya rasa sangat penat hanya selepas Majlis berakhir, sampai skang masih rasa letihnya, tu lah lambat update blog. Hehehhee.. Nak menaip pun tak larat. Rasa cam nak rehat sampai minggu depan tapi tak boleh. Minggu nih saya ada kelas dan Seminar, so kena cepat2 siapkan semuanya. Sebab tuh saya gagahkan diri juga untuk menulis entry ini. :)  Saya secara peribadi ingin ucapkan terima kasih setulus hati pada semua yang hadir, baik peniaga mahupun saudara mara, rakan -taulan serta kenalan perniagaan. Terima kasih kerana menyokong kami. Begitu juga dengan FAME Parents yang hadir bersama FAMEKids mereka, sesungguhnya saya rasa sangat seronok dapat berjumpa dengan anda buat pertama kalinya. Ada juga yang saya  jumpa for the 2nd time like Put & Lope serta Obiyanya, Alina & Hasya memang jiran saya & Lyna and Fahry partner saya ..:) Tapi most of them memang 1st time jumpa. Saya secara jujur sangat kagum dengan mereka dan terus terang, saya rasa sangat "kecil" bila berhadapan dengan para ibu yang hebat ini. Sungguh! Ketabahan mereka membesarkan anak seistimewa Lope, Habib, Nabila Amjad, Aisya & Hasya buatkan saya rasa apalah sangat "keistimewaan" Zayra jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan seangkatannya. Memang patut saya malu besar kalau saya rasa sedih atau berduka disebabkan apa yang berlaku terhadap Zayra yg telah ditetapkan Allah SWT sejak azali lagi. Memang betul kata orang, sebelum kita bersedih dan menangisi nasib diri, cuma lihat keliling kita, kita akan rasa malu bila kita beria-ia sedih sedangkan orang lain yang anaknya lebih istimewa berbanding anak kita itu redha tanpa mengeluh sedikit pun dia atas apa yang telah berlaku. Sungguh saya kagum dengan semua FAME Parents ini. Andalah yang menjadi isnpirasi kami sebenarnya .:) Terima kasih. 

Hambek ko...! Glamer sungguh parents FAMEKids hari tuh! Dah macam artis kekdahnya kan? Hehehe
Habib yang manis tersenyum selalu. :) 
Nawar bersama Put & Idris a.k.a Lope yang sungguh maccho hari tuh!

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih pada para celebriti, media dan wartawan yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis ini. Antaranya ialah Wartawan dari Harian Metro, Sinar Harian & RTM melalui Rancangan Chiki Boomnya. Saya dapat SMS dari Farrah Deeba pd malam sebelum majlis, ketika beliau berada di Emergency Room @ SJMC, beliau tidak dapat hadir kerana kornea matanya tertusuk kuku anak ketika beliau nak tidurkan anak lelakinya. Matanya dah berbungkus dan dpt 3 hari MC. Terkejut sungguh saya dengar dan saya berdoa agar beliau cepat pulih. Pada keesokan harinya pula, saya terima SMS dari Salina Saibi, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM ke 22 yang beliau akan menghadiri Majlis ini. Gembira dan terharu saya kerana dalam kesibukan dan jadual Salina yang penuh dengan shooting, beliau cuba sedaya upaya memenuhi jemputan saya ke Majlis Amal ini. Begitu juga dengan celebriti dan model iaitu Kak Najlah bersama keluarga serta Nawar Anisah yang kini menjadi duta JAKEL. Saya sangat berterima kasih kerana dalam sibuk bekerja dan menjalankan urusan harian, mereka masih sempat meluangkan masa untuk menggembirakan para ibu bapa FAMEKids ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya. :) 
Nawar Anisah & Salina Saibi 
Kak Rara & Afiqah - Ahli my Chiki Boom bersama Quzayra
Sessi pemotongan riben sebagai simbolik pelancaran FAMEKids.
Dah potong riben, kita potong kek pulak. Kek di taja oleh Cik Ecar kita. Thanks dear ..:)
 
Abang Jack Dzull - sore sedap oooooo!

Semoga selepas ini, FAMEKids makin dikenali ramai seterusnya menjadi wadah kepada ibu-bapa yang mempunyai anak istimewa. Di sinilah tempatnya kita berkumpul, saling berkenalan, bertukar pendapat dan informasi serta cerita. Insya Allah, saya dan Lyna serta rakan-rakan FAMEKids yang lain ada plan few activities untuk para ibu bapa FAMEKids. Kami nak jadikan FAMEKids ni satu pertubuhan atau persatuan yang sah di sisi undang-undang, me & Lyna is working on it. Ini memudahkan kami untuk bergerak atas nama persatuan, kerana ada juga beberapa pihak yang suka dan seronok serta ingin bekerjasama dengan kami, syukur ke hadrat Allah kerana memudahkan perjalanan saya dan Lyna untuk berbakti dengan cara kami sendiri kepada masyarakat. Seperti yg saya katakan, we may be small but we're always strong and be together. Insya Allah. :) 

Best daddy lepakkkkk!
Me & Zayra bersama Salina Saibi
Kumpulan Mirwana

Dikesempatan ini juga, saya nak ucapkan personal thanks kepada penaja-penaja kami, diantaranya Lensa Gua yang bertindak sebagai Official Photographer, Ecar Cupcakes sebagai penaja Cake FAMEKids & Percetakan Alfa Gemilang sebagai penaja banner. Begitu juga mereka yang sama-sama menjadi penaja untuk goody bag yang diberikan kepada artis, wartawan dan para ibu bapa FAMEKids. Terima Kasih sekalung budi dari kami di Bling Lustre. :) 

Nawar bersama Amjad & Mommy. Budak bam bam yg hensem! 
Nawar bersama Ayue @ Mommy Aisya 
  Me & Zayra dengan Kak Najlah. Pipi gebush dan lembut jer kak Najlah nih. Hehhe

Kepada pelayar-pelayar laman blog ini, saya harap anda boleh membantu saya menyebarkan tentang pertubuhan FAMEKids ini kerana kuasa penyebaran ini ada dihujung jari anda. Saya gembira apabila dalam masa yang singkat selepas launching hari Ahad lepas, mereka yang mengenali dan "LIKE" FanPage FAMEKids telah pun hampir mencecah 200 orang. FanPage ini terbuka kepada semua, samada mereka yang ada anak istimewa mahupun tidak. Sokonglah kami dengan mencadangkan page ini kepada kawan-kawan sebagai tanda setiakawan dan semangat untuk sama-sama membantu dengan cara masing-masing. Setiap apa yang kita lakukan, jika yang baik, pasti mendapat balasan Allah SWT, itu lebih best dan berkekalan kan? :) Thanks in advance yerk kengkawan. 

Menerima penanda buku dr pihak Chiki Boom! Happy!
Comel btol tarian Chiki Boom ni dan sekarang- Qarissa sudah addicted to it!.
Bersama seluruh warga kerja Chiki Boom & Pengasas FAMEKids.
  
Till then, nantikan entry istimewa saya mengenai my one & only FAMEKid - Quzayra - hari Isnin ini ..:)


post signature

post signature

Thursday, May 5, 2011

Updates: 1st Year Anniversary & FAMEKids Launching Ahad Ini.

Saya mencuri-curi masa anak tidur untuk updates sedikit mengenai majlis besar yang akan kami adakan hujung minggu ini. Selagi tak habis, tak tenang saya rasa. Risau kalau ada yang tak cukup, terkurang, tak puas hati dan sebagainya. Sampai saya terpaksa (yer ..memang terpaksa...pity anak muridku yg genius!) batalkan kelas Level 4 saya hari Sabtu ini semata-mata untuk pastikan  majlis di hari Ahad berjalan lancar. Almaklumlah, kalau kira-kira, ada 4 celebration yang akan dibuat - 1st Year Anniversary, FAMEKids Launching, Birthday Combo Zayra, Aisy & Airy serta Mothers Day Celebration! Hambek ko! Semput dibuatnya. Memang tak cukup kaki tangan rasanya nak bergerak nih ha. Saya nak pastikan para  ibu bapa FAMEKids a.k.a our VIP's for that day rasa selesa dan gembira datang ke Majlis kami. Ni kiranya 1st time juga saya akan bertemu mereka dan anak-anak yang bukan sahaja genius tapi comel sungguh! Tak sabar rasanya menantikan detik pertemuan ini(Janganlah ko emo lebih sampai nangis Watie oii.. adoiii... pelik lah saya nih skang, kalau pasal baby & kanak-kanak atau ibu-ibu kan ..saya senang nak mengalir air mata tau .. tak yah nak paksa-paksa, baca entry Ben Ashaari pasal FAMEKids pun dah meleleh dah .. apa sajaaaaaa si Watie nih kan? ) Wakakakaka... 

Letih? Pergh..memang letih, di saat tiada helper dan hanya saya & suami yang saling membantu antara satu sama lain mengemas opis dan rumah, memang mencabar. Tak pernah-pernah htr baju dobi, dah hantar pun! Tak larat dah nak terkejar2 dengan anak dan rumah dan pejabat, macam nomad pun ada! Hhehehe.. Insya Allah, ada rezeki, dapatlah maid pasni ..:) So, apa saya nak update pada GBOB fan yer? 

Majlis akan dimulakan pukul 11 am- 4 pm, rasanya semua dah tau kan. :) Very santai, datang makan, sambil shopping-mopping di booth2 yang ada , ada 12 booth semuanya .. :) dan bergembira bersama CLOWN yang akan datang around 1 pm - 3.30 pm. Dalam pukul 12.30, celebriti jemputan & para wartawan serta media akan hadir dan selepas makan, mereka akan naik ke GBOB untuk bertemu para ibu dan anak-anak FAMEKids untuk sessi chit -chat dan ramah mesra. Selepas itu, mereka semua akan turun ke Scriptory Box untuk sessi perasmian FAMEKids- potong riben dan kek. Selepas sessi pemberian cenderahati dilakukan, semua akan turun ke bawah dan melawat booth-booth yang ada. Pejabat GBOB dan Scriptory Box akan ditutup dari pagi hingga pukul 2.30 pm, hanya AJK dan para ibu bapa FAMEKids sahaja yang dibenarkan untuk naik ke atas. Ini bagi memastikan mereka selesa anak-beranak di tempat yang disediakan khas untuk mereka. Nama pun VIP kami kan? Haruslah layan seperti VIP yer dak? :) 

Selepas artis dan celebriti berangkat pulang (atau mungkin masih ada bersantai-santai di majlis ini..), pada anggaran pukul 2.20 pm, Majlis Sambutan Hari Lahir Quzayra, Aisy & Airy akan dilakukan bersama Uncle Beyond, our Clown for the day. Bukan itu sahaja, ada games dan banyak hadiah untuk dimenangi anak-anak semua. Kalau sempat dan tak bz, Insya Allah Teacher Watie try to do few games utk semua kanak-kanak turut serta, kaalau tak sempat, nampaknya Uncle Beyond sorang jer lah turun padang yer. :)  

Siapa celebriti, artis @ media yang datang? Alhamdulillah, setelah berusaha mendapatkan few celebrities dan artis serta model untuk datang ke Majlis Pelancaran FAMEKids ini, inilah antara-antara wajah-wajah yang akan turut serta menjayakan Majlis ini. Sangat berterima kasih pada mereka kerana secara peribadi telah pun mengesahkan kehadiran ke Majlis ini dengan Watie. Harap tiada aral melintang pada hari tersebut yang mungkin akan menyebabkan mereka tidak hadir di saat akhir. Harap-harap semua dapat hadir. :) Ada juga few artis macam Salina Saibi, Irma Hasmie dan Fahrin Ahmad yang Watie hubungi untuk menjemput mereka datang tapi mereka tidak dapat mengesahkan kehadiran buat masa ini kerana nak cek jadual dulu. Kata mereka, jika di hari tersebut, tiada shooting, Insya Allah mereka akan sampai. Dan, yang memang tak dapat hadir kerana komitmen tugas seperti Pak Nil, Erra, Wardina, David Teo, Kak Engku & Isma AF (yang baru saja keguguran anak ke 6), Insya Allah, kalau ada rezeki, mungkin lain kali kita boleh berjumpa mereka. :) 

Farrah Deeba - Pengacara Nasi Lemak Kopi O & Pemilik Butik Pakaian Muslimah Najjah

Najlah Ishak - mantan Pengacara Wanita Hari Ini  (gambar ihsan FB Kak Najlah)

Nawar Anisah - pemenang Anugerah Aura Seri Dian - NUR , Semi Finalist- Gadis Jelita (Majalah Jelita), tempat kedua Pesona De Wajah Harmoni (Majalah Harmoni), tempat ketiga, Wanita Pilihan Berita Harian, Mantan Model Tudung Fareeda & yang terkini Duta Tudung Hajra keluaran terbaru JAKEL. (gambar ihsan kalerkita)
Jack Dzull - Penyanyi 80-an yang kini kembali mewarnai industri seni tanahair selepas merantau menimba pengalaman di Indonesia. Insya Allah, Abang Jack akan buat persembahan untuk menghiburkan kita semua pada hari tersebut. :) Thanks a lot Abang Jack & Kak Afiza. 

Hasnida Hanim (gambar ihsan FB Hasnida). Kalau majlis di pagi harinya cepat habis, Insya Alllah Hasnida juga akan menyertai kita bersama rakan-rakan personaliti  TV3 beliau. 

Dan, kelmarin Watie dapat panggilan dari pihak RTM melalui Rancangan Chiki Boom di mana mereka akan membawa kelima-lima Pengacara nya iaitu Kak Rara, Kristal, Mamat, Fiqah & Izaac ke Majlis ini untuk memeriahkan suasana selain membuat rakaman untuk slot Chiki Boom itu nanti. Terima Kasih khas Watie tujukan pada Produsernya Farah Syahnaz kerana sudi bertandang ke Majlis ini & buat coverage berkenaan dengan FAMEKids, semoga makin ramai para ibu bapa yang tahu akan kewujudan FAMEkids ini nanti Insya Allah ..:) Begitu juga dengan pihak akhbar Harian Metro yang akan datang membuat liputan tentang Pelancaran ini nanti. :) Kami ada juga memanggil media-media cetak yang lain serta para blogger yang berpengaruh untuk turut sama hadir dan memberikan sokongan dan lebih penting lagi, mewarwarkan tentang kewujudan FAMEKids ini di akhbar, majalah dan blog mereka, Insya Allah, mungkin ada yang akan hadir. :) 

Chiki Boom @ RTM. 

Begitulah serba sedikit updates berkenaan dengan majlis hujung minggu ini. Dan di sini juga Watie nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi menaja Majlis ini seperti PAG- Percetakan Alaf Gemilang yang menaja Backdrop dan Banner pada hari tersebut, Lensa Gua yang Jurugambar Rasmi pada hari tersebut dan CupcakeCaR yang menaja kek Anniversary & FAMEKids.Tidak lupa juga kepada penaja-penaja hadiah & souvenier pack kepada para artis, wartawan dan kanak-kanak pada hari tersebut. Watie belum dapat the whole list lagi. Insya Allah, bila barang dah sampai ke tangan, dah tahu nama syarikat @ orang perseorangan yang menaja, Watie akan update senarai yang ada. Apa pun, kami sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang bertungkus lumus memastikan acara pada hari Ahad ini berjalan lancar, kawan-kawan doakan semuanya smooth ok. Mode berdebar ni ..:) 

Sampai sini dulu my updates. Lots of things to finalise, so memang mengejar masa. :) Cant wait to meet uols this Sunday. Siapa yang belum register @ RSVP untuk dtg majlis ini, boleh register kat sini ok.



Jumpa anda hari Ahad ini! :) Temanya biru + pink okeh!. Saya attach sekali brochure untuk tatapan anda semua. 


post signature
post signature

Friday, April 29, 2011

Jemputan Kedua: 1st Year Anniversary & FAMEKids Launching



Salam Kengkawan semua, okay ..seperti yang di janjikan, ini adalah jemputan kedua dari Watie & Team Bling Lustre untuk anda semua. Ha ..ni dah dua kali jemput, kalau tak datang dosa tau! Ekekekek.. So make sure semua yang ada kat KL dan Selangor tuh, kalau tak balik kampung, jangan lupa singgah ke Majlis kami yer.:) 

Diam tak diam, dah setahun pun penubuhan Bling Lustre ni kan. Alhamdulillah, walaupun baru setahun jagung usianya, tapi personally saya rasa banyak juga pencapaian Bling Lustre nih, dan pencapaian yang paling besar rasanya adalah JV dengan Genius Baby On Board. Hahhahahaa.. Betul tak partner2 semua ..(mesti cakap btol tau....kalau tak aku tak datang majlis kang ..ekekkekek). Rasa macam sekejap jer waktu berlalu. Masa Lyna duk sibuk-sibuk buat majlis setahun yg lepas, dia ajak saya dtg, saya baru lepas nak habis pantang si Zayra. Saya tak dapat datang pun majlis tu, sedih jugak tapi siapa sangka, sekarang nih bukan setakat datang, siap kena prepare segala bagai untuk majlis anniversary nih. Tuan rumah katakan ..:) Kuasa Allah kan, I'm so happy that after 2 months pembukaan Bling Lustre, I join them and now we're getting stronger & stronger Insya Allah..:) 

Dan sempena setahun usia penubuhan Bling Lustre ni, kami melangkah setapak ke hadapan dengan menubuhkan FAMEKids, satu kumpulan sokongan khas untuk ibu-ibu yang ada anak istimewa @ OKU, tidak kira dari segi fizikal atau mental. Rasanya ramai pembaca blog ni dah tau apa itu FAMEKids coz me & Lyna memang ada buat entry berkenaan dengan FAMEKids di blog kami, menceritakan tentang anak-anak istimewa kami iaitu Zayra & Fahry. Bagi sesiapa yang baru baca dan mengikuti blog nih, terima kasih saya ucapkan dan sebarkanlah tenntang FAMEKids, kerana memang niat saya dan Lyna ingin sama-sama memberikan sokongan dan semangat pada ibu-ibu diluar sana yang mungkin tidak tahu kewujudan kumpulan sokongan ini. 

Mungkin ada yang kata, kenapa nak buat FAMEKids, banyak kumpulan sokongan di luar sana kan? Cukuplah saya katakan, FAMEKids ditubuhkan oleh 2 ibu yang mempunyai anak istimewa. Kita dalam kapal yang sama. Kita lebih memahami bagaimana rasanya berdepan dengan anak istimewa, berdepan dengan masyarakat dan berdepan dengan pelbagai soalan yang kadangkala tak terjangkau dek fikiran kita oleh masyarakat di luar sana. How we want to deal with it? Bagi yang tiada anak OKU (takmo cakap istimewa sebab nanti ramai mak bapak kata anak aku pun istimewa lah weiii... hehehehh), mungkin boleh menasihati, memberi semangat tetapi pada saya secara peribadi, ianya tida sama dengan mereka yang memang ada anak istimewa. 

Dulu masa saya belum ada Zayra, saya tumpang simpati dengan kawan-kawan lain, cuba beri semangat tapi jauh disudut hati saya, saya tahu kata-kata itu tidak dapat membantu sangat kerana saya sendiri tidak tahu kata-kata terbaik untuk diucapkan. Saya takut kata-kata saya mengguris hati mereka. Lalu, saya pun tak banyak bicara bila berdepan dengan ibu-ibu hebat ini. Tapi kini, saya sendiri dianugerahkan Allah dengan Zayra yang juga istimewa dan OKU, begitu besar rahmat Allah pada kami sekeluarga, kehadiran Zayra bagaikan sebutir permata yang Allah hadiahkan pada saya & suami dengan satu tujuan murni- Rasai lah kamu menjadi ibu kepada anak istimewa wahai hambaku Watie, dalamilah perasaan mereka, gelojak hati mereka, kerana kini kamu di dalam kapal yang sama. Gunakanlah segala kelebihan yang AKU berikan pada kamu untuk melakukan sesuatu pada masyarakat, berbakti dan  mencurahkan ilmu dan berkongsi pengetahuan yang kamu tahu. Berikan semangat pada mereka, kerana kini kamu sudah tahu kata-kata terbaik untuk diucapkan pada semua ibu bapa ini, dan kamu tahu bagaimana ingin melayani anak-anak kecil yang akan sering bertanya tentang anak-anak OKU ini, maka sebarlah ilmuKu pada semua. (oh...sayunya masa saya tulis nih, bergenang air mata, dan terus teringat Zayra yang sedang lena diulit mimpi..) Maka kerana itulah saya & Lyna ingin tubuhkan FAMEKids, pada kami - BIAR KECIL TAPI BERHASIL. Small group but efektif. Saya tahu bukan mudah untuk kami berkumpul sesama kami, tetapi Insya Allah, akan kami usahakan sebaik mungkin. Kalau boleh, dapat lakukan few activities dalam setahun dengan anak-anak ini semua, bersama para ibu bapa yang hebat ini. Sungguh saya teruja nak jumpa semua.:) Saya mohon anda semua dapat hubungi saya jika ada anak istimewa, sebab niat saya untuk menjadikan anda semua istimewa di Majlis FAMEKids itu nanti. :) Kalau anda yg baca nih ada kenal mana2 para ibu yg ada anak istimewa, jgn lupa sebarkan tentang FAMEKids yer. Terima kasih setulus hati dari kami. 

Dan, seperti yang anda semua tahu, saya juga akan membuat Majlis Hari Lahir Zayra, dan Zayra akan diapit oleh 2 jejaka hensem lagi kacak bergaya iaitu Aisy & Airy (anak Kay) di majlis tersebut. Bertuah kan Zayra. Tu baru time kecik, time besar tak tahulah saya .. hahahahhaa.... Perasan giler mak Zayra nih! :) Mommy Lyna jgn jeles yer, nanti tahun depan giliran anak awak, 3 jejaka hensem tuh mengapit Zayra plak yer! Hahahha... Tetiba saya teringat satu jejaka berbangsa India menegur saya di Hot Bazaar Klang Sentral masa saya tengah jalan-jalan dengan Zayra window shopping. Dia kata, "Saya tgk anak akak dari jauh tadi, comel betul lah dia nih...". Hhehehe.. Dah malam-malam pun masih lagi jejaka tuh nampak wajah Zayra. Saya perasan Zayra nih kan, bila org tgk jer muka dia terus jatuh sayang, tapi bila nampak tangan dia selepas tuh, terus jadi lagi sayang pada dia!:) Memang anak bertuah!

Di majlis ini juga, kami ada bukak dlm lebh kurang 10 booth jualan untuk memeriahkan acara. Setakat yg saya diberitahu semalam, ada lagi 7 booth utk disewa. Baru semalam pun saya sempat nak iklankan pasal booth ni. Hari ni saya tak pasti berapa lagi booth yang tinggal. Boleh call Kay - 0163222760 untuk maklumat lanjut jika anda semua berminat nak sewa booth pada hari tersebut. Kami akan bg 2 meja dan 2 kerusi untuk anda. :) Dan, sapa yg cepat bg logo syarikat kat saya, saya akan masukkan logo syarikat anda di banner! :) So, better hurry or else - sorry.. ehhehehe.. 

Apa lagi yer? Haaaa.. kami sekarang dalam proses untuk dapatkan sokongan dari beberapa para celebriti dan artis jemputan bagi memeriahkan acara pada hari tu. Saya harap sangat agar they can make it to meet this great parents & FAMEKids ni tau ..:) Insya Allah ..:) Kerja yang baik selalunya akan dimudahkan ..Amin. Sebelum saya terlupa, jika ada mana-mana usahawan/ usahawati yang ingin sponsor any produk utk diletakkan dalam goodie bag para celebriti dan wartawan serta hadiah untuk kanak-kanak, bolehlah hubungi saya atau Kay juga. Kami perlukan 30 pax sahaja untuk setiap barangan yg anda ingin sponsor. And dont forget to put your brochure juga ..:)

Dan di sini saya nak inform dengan bangganya ..hehehe.. Our Official Photographer for that day is LENSA GUA, yang diterajui anak muda berjiwa besar- Erie. Tak sabar saya nak tgk hasil kerja Erie pada hari tersebut. :) Thanks for the sponsor Erie. Nak tau servis apa yang Erie buat, tunggu yer ..Nanti saya masukkan entry pasal LENSA GUA nih ..:) Nama company pun sempoi jer kan .. macam orangnya juga..saya suka! :) 

To end my entry kali nih, saya attachkan brochure invitation untuk tatapan anda semua. :) Dan bagi mereka yang belum isikan borang utk RSVP, sila isikan borang di bawah nih yer. Siapa yang dah isi di entry Birthday Zayra tuh, tak perlu isi lagi, saya dah ada rekodnya. :) I just wanna make sure everything run smoothly, dari segi makan dan keselesaan tetamu .:) So, make sure kengkawan isi borang di bawah yer. Klik jer link nih:


Jgn tak datang tau!:) Tak sabar nak jumpa semua..:)

Klik untuk besarkan..:)

Sapa nak tgk peta ke Bling Lustre, boleh klik sini..:)


post signature
post signature

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading