Salam Kengkawan semua, okay ..seperti yang di janjikan, ini adalah jemputan kedua dari Watie & Team Bling Lustre untuk anda semua. Ha ..ni dah dua kali jemput, kalau tak datang dosa tau! Ekekekek.. So make sure semua yang ada kat KL dan Selangor tuh, kalau tak balik kampung, jangan lupa singgah ke Majlis kami yer.:)
Diam tak diam, dah setahun pun penubuhan Bling Lustre ni kan. Alhamdulillah, walaupun baru setahun jagung usianya, tapi personally saya rasa banyak juga pencapaian Bling Lustre nih, dan pencapaian yang paling besar rasanya adalah JV dengan Genius Baby On Board. Hahhahahaa.. Betul tak partner2 semua ..(mesti cakap btol tau....kalau tak aku tak datang majlis kang ..ekekkekek). Rasa macam sekejap jer waktu berlalu. Masa Lyna duk sibuk-sibuk buat majlis setahun yg lepas, dia ajak saya dtg, saya baru lepas nak habis pantang si Zayra. Saya tak dapat datang pun majlis tu, sedih jugak tapi siapa sangka, sekarang nih bukan setakat datang, siap kena prepare segala bagai untuk majlis anniversary nih. Tuan rumah katakan ..:) Kuasa Allah kan, I'm so happy that after 2 months pembukaan Bling Lustre, I join them and now we're getting stronger & stronger Insya Allah..:)
Dan sempena setahun usia penubuhan Bling Lustre ni, kami melangkah setapak ke hadapan dengan menubuhkan FAMEKids, satu kumpulan sokongan khas untuk ibu-ibu yang ada anak istimewa @ OKU, tidak kira dari segi fizikal atau mental. Rasanya ramai pembaca blog ni dah tau apa itu FAMEKids coz me & Lyna memang ada buat entry berkenaan dengan FAMEKids di blog kami, menceritakan tentang anak-anak istimewa kami iaitu Zayra & Fahry. Bagi sesiapa yang baru baca dan mengikuti blog nih, terima kasih saya ucapkan dan sebarkanlah tenntang FAMEKids, kerana memang niat saya dan Lyna ingin sama-sama memberikan sokongan dan semangat pada ibu-ibu diluar sana yang mungkin tidak tahu kewujudan kumpulan sokongan ini.
Mungkin ada yang kata, kenapa nak buat FAMEKids, banyak kumpulan sokongan di luar sana kan? Cukuplah saya katakan, FAMEKids ditubuhkan oleh 2 ibu yang mempunyai anak istimewa. Kita dalam kapal yang sama. Kita lebih memahami bagaimana rasanya berdepan dengan anak istimewa, berdepan dengan masyarakat dan berdepan dengan pelbagai soalan yang kadangkala tak terjangkau dek fikiran kita oleh masyarakat di luar sana. How we want to deal with it? Bagi yang tiada anak OKU (takmo cakap istimewa sebab nanti ramai mak bapak kata anak aku pun istimewa lah weiii... hehehehh), mungkin boleh menasihati, memberi semangat tetapi pada saya secara peribadi, ianya tida sama dengan mereka yang memang ada anak istimewa.
Dulu masa saya belum ada Zayra, saya tumpang simpati dengan kawan-kawan lain, cuba beri semangat tapi jauh disudut hati saya, saya tahu kata-kata itu tidak dapat membantu sangat kerana saya sendiri tidak tahu kata-kata terbaik untuk diucapkan. Saya takut kata-kata saya mengguris hati mereka. Lalu, saya pun tak banyak bicara bila berdepan dengan ibu-ibu hebat ini. Tapi kini, saya sendiri dianugerahkan Allah dengan Zayra yang juga istimewa dan OKU, begitu besar rahmat Allah pada kami sekeluarga, kehadiran Zayra bagaikan sebutir permata yang Allah hadiahkan pada saya & suami dengan satu tujuan murni- Rasai lah kamu menjadi ibu kepada anak istimewa wahai hambaku Watie, dalamilah perasaan mereka, gelojak hati mereka, kerana kini kamu di dalam kapal yang sama. Gunakanlah segala kelebihan yang AKU berikan pada kamu untuk melakukan sesuatu pada masyarakat, berbakti dan mencurahkan ilmu dan berkongsi pengetahuan yang kamu tahu. Berikan semangat pada mereka, kerana kini kamu sudah tahu kata-kata terbaik untuk diucapkan pada semua ibu bapa ini, dan kamu tahu bagaimana ingin melayani anak-anak kecil yang akan sering bertanya tentang anak-anak OKU ini, maka sebarlah ilmuKu pada semua. (oh...sayunya masa saya tulis nih, bergenang air mata, dan terus teringat Zayra yang sedang lena diulit mimpi..) Maka kerana itulah saya & Lyna ingin tubuhkan FAMEKids, pada kami - BIAR KECIL TAPI BERHASIL. Small group but efektif. Saya tahu bukan mudah untuk kami berkumpul sesama kami, tetapi Insya Allah, akan kami usahakan sebaik mungkin. Kalau boleh, dapat lakukan few activities dalam setahun dengan anak-anak ini semua, bersama para ibu bapa yang hebat ini. Sungguh saya teruja nak jumpa semua.:) Saya mohon anda semua dapat hubungi saya jika ada anak istimewa, sebab niat saya untuk menjadikan anda semua istimewa di Majlis FAMEKids itu nanti. :) Kalau anda yg baca nih ada kenal mana2 para ibu yg ada anak istimewa, jgn lupa sebarkan tentang FAMEKids yer. Terima kasih setulus hati dari kami.
Dan, seperti yang anda semua tahu, saya juga akan membuat Majlis Hari Lahir Zayra, dan Zayra akan diapit oleh 2 jejaka hensem lagi kacak bergaya iaitu Aisy & Airy (anak Kay) di majlis tersebut. Bertuah kan Zayra. Tu baru time kecik, time besar tak tahulah saya .. hahahahhaa.... Perasan giler mak Zayra nih! :) Mommy Lyna jgn jeles yer, nanti tahun depan giliran anak awak, 3 jejaka hensem tuh mengapit Zayra plak yer! Hahahha... Tetiba saya teringat satu jejaka berbangsa India menegur saya di Hot Bazaar Klang Sentral masa saya tengah jalan-jalan dengan Zayra window shopping. Dia kata, "Saya tgk anak akak dari jauh tadi, comel betul lah dia nih...". Hhehehe.. Dah malam-malam pun masih lagi jejaka tuh nampak wajah Zayra. Saya perasan Zayra nih kan, bila org tgk jer muka dia terus jatuh sayang, tapi bila nampak tangan dia selepas tuh, terus jadi lagi sayang pada dia!:) Memang anak bertuah!
Di majlis ini juga, kami ada bukak dlm lebh kurang 10 booth jualan untuk memeriahkan acara. Setakat yg saya diberitahu semalam, ada lagi 7 booth utk disewa. Baru semalam pun saya sempat nak iklankan pasal booth ni. Hari ni saya tak pasti berapa lagi booth yang tinggal. Boleh call Kay - 0163222760 untuk maklumat lanjut jika anda semua berminat nak sewa booth pada hari tersebut. Kami akan bg 2 meja dan 2 kerusi untuk anda. :) Dan, sapa yg cepat bg logo syarikat kat saya, saya akan masukkan logo syarikat anda di banner! :) So, better hurry or else - sorry.. ehhehehe..
Apa lagi yer? Haaaa.. kami sekarang dalam proses untuk dapatkan sokongan dari beberapa para celebriti dan artis jemputan bagi memeriahkan acara pada hari tu. Saya harap sangat agar they can make it to meet this great parents & FAMEKids ni tau ..:) Insya Allah ..:) Kerja yang baik selalunya akan dimudahkan ..Amin. Sebelum saya terlupa, jika ada mana-mana usahawan/ usahawati yang ingin sponsor any produk utk diletakkan dalam goodie bag para celebriti dan wartawan serta hadiah untuk kanak-kanak, bolehlah hubungi saya atau Kay juga. Kami perlukan 30 pax sahaja untuk setiap barangan yg anda ingin sponsor. And dont forget to put your brochure juga ..:)
Dan di sini saya nak inform dengan bangganya ..hehehe.. Our Official Photographer for that day is LENSA GUA, yang diterajui anak muda berjiwa besar- Erie. Tak sabar saya nak tgk hasil kerja Erie pada hari tersebut. :) Thanks for the sponsor Erie. Nak tau servis apa yang Erie buat, tunggu yer ..Nanti saya masukkan entry pasal LENSA GUA nih ..:) Nama company pun sempoi jer kan .. macam orangnya juga..saya suka! :)
To end my entry kali nih, saya attachkan brochure invitation untuk tatapan anda semua. :) Dan bagi mereka yang belum isikan borang utk RSVP, sila isikan borang di bawah nih yer. Siapa yang dah isi di entry Birthday Zayra tuh, tak perlu isi lagi, saya dah ada rekodnya. :) I just wanna make sure everything run smoothly, dari segi makan dan keselesaan tetamu .:) So, make sure kengkawan isi borang di bawah yer. Klik jer link nih:
Jgn tak datang tau!:) Tak sabar nak jumpa semua..:)
Klik untuk besarkan..:)
Sapa nak tgk peta ke Bling Lustre, boleh klik sini..:)
No comments:
Post a Comment