Diam tak diam, dah 5 tahun me & Saiful kahwin. Cepat betul masa berlalu, rasanya macam baru semalam jer aku tulis entry masa ulangtahun perkahwinan kami yang ke 4 kan? Masa tuh aku sambut kat EcoPark punya restoran. Zayra masih dalam perut lagi time tuh . Hmmm.. ni dia entrynya.. Adoi.. cepatnya dah setahun!
Tgh nak mekap-mekap..:)
Masuk tahun ke 5 perkahwinan kami, dah pun dapat 2 anak perempuan yang comel lote dan bijak-bijak. Alhamdulillah, syukur sangat kurniaan Allah ni. Macam tak percaya jer aku sekarang dah jadi ibu. Baru jer rasanya gi tgk mat rempit depan SOGO masa tgh tunggu masa nak amik SPM paper, hahahaha..(bukan aku rempit tau, aku gi tgk jer, sambil menyumpah-seranah ..hahahahah), sekarang aku dah amik alih tugas mak aku pulak, jaga 2 anak sambil bekerja dari rumah dan dari opis. Perghhh..semoga Allah memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik padaku. Amin..
Sempena menyambut ulangtahun ke 5 perkahwinan kami nih, me & hubby gi amik gambar kahwin sekali di Taipei Taipan Bridal Gallery, Jalan Ipoh. Kali ni lebih istimewa sebab ada 2 Flower Girl yang mengiringi we all. Best kan? Hhehehe.. Tak lah best sgt pun, sebab si Qarissa mengamuk giler babas takmo bergambar! Seksa giler nak ajak dia amik gambar plus dia asyik nak melekat kat Daddy jer! Susah Daddy nak tukar baju semua. Bila Daddy dukung Zayra, dia punyalah jeles Ya Rabbi, nak Daddy dukung jugak! Tak sedar badan dah 13 kilo! Sesak nafas Daddy tau sayang! Aku lah yang untung sikit sebab sibuk mekap, terlepas lah nak dukung both kids. Hahhaha..Mak maintain vogue jer noks! Tapi, dalam pada maintain2 tuh, sempat gak aku bg Zayra susu badan hokay! Sampai tertidur2 anak aku. Pity her..:)
Mummy & Zayra..:)
Actually pakej bergambar ni aku amik masa tahun 2008, masa tuh Zayra belum wujud pun dalam perut nih. Hahhaha.. konon-konon nak amik sempena ulangtahun ketiga perkahwinan, tetapi Daddy telah berjaya membuntingkan Mummy buat kali kedua, jadi terpaksalah ditangguhkan sampailah Zayra keluar. Memang Zayra nak join sekali, sebab tuh dia kuar cepat2. Haehhehe... kalau tak, pengapit tak cukup kan! :P. Sudahnya, masa ulangtahun ke 5 barulah sempat we all amik gambar nih..:) Lebih best lah kan ..sebab anak 2 puteri ..:)
Best gak sebab me & hubby bergambar dgn anak2 pakai baju yg sama. Tu pun dgn susah payahnya sbb Q takmo senyum. Bila time aku nk bergambar dgn hubby berdua, Q punyalah jeles, mengamuk nak Daddy dia, sampai tunjuk perasaan tahap dewa! Boleh dia tantrum dan terus hentak kepala kat lantai! Terkejut beruk me & hubby! Si Nor tak sempat nak thn kepala Q sebab dia pun tak sangka Q akan mengamuk sampai camtuh! Si Q ni pulak, lepas hentak, dia pun terus tersenyap dan terkedu. Aku rasa dia tak budget lantai tuh kuat kot. Terus dia terdiam. Laki aku apa lagi, terus stop shoot, bawak anak turun bawah dan terus letak dalam kereta, bagi dia cool down & selesa sikit. Nor kata, lepas masuk dalam keta & watch Charlie & Lola sambil makan dan minum, terus dia gelak2 dan lepak2 sampai tertidur. Benjol gak lah kepala tuh. Sib baik ada Minyak Gamat, cepatlah baik sikit kepala benjol Q tu.
Sakannya Mummy oiiii!
Oh! So lovely lah Zayra nih!!
Dengan Zayra, we all dapat bergambar 2 times with different baju. Ok lah kan .. sebab total 3 baju. Sebenarnya 4, termasuk baju raya tahun nih, tapi tak kesampaian sebab tak cukup korum. Q dah tertidur kat kereta dengan lenanya. Zayra so good, tak buat perangai langsung. Sekali sekala jer nangis. Towards the end tu, dia terus tertidur atas kerusi yang ada kat situ. Hu hu .. :) We all terus pilih gambar yg berkenan untuk dicetak sebab takmo datang lagi skali. Jauh oooo...Dari pukul 11 am sampai kul 5 pm me & family ada kat kedai tu. Memang letih sgt, tapi ku gagahkan jua .. hu hu ..
Yohooooo!
As usual dan disangka, the company nak suruh me & hubby add on package tapi bagusnya, dia tak paksa lah kan ..:) So, aku ngan hubby dah awal2 kata takmo. Hahhaha.. Malas aku nak tambah RM500 semata-mata utk dapat extra gambar & CD, rasa tak berbaloi jer. Aku cuba lah gak tanya kalau nak dapat CD for whole picture yg diambil hari tu, berapa dia caj. Ada 82 keping gambar termasuk yang tak jadi, korang tau berapa dia nak caj? Satu gambar RM 30 tanpa edit yer! Tak logik langsung kan! Sabar jer lah. Kalau 82 keping dah RM 2K lebih, takderlah power sgt pun gambar2 tuh semua, dah lah tak edit. Tak koser acik..
Mummy yg hover tak sedar anak dah 2! Eekeke
Lagi sebulan baru lah album dan frame tuh akan siap. Gambar2 yang korang tgk kat sini, semua diambil dari hp me & hubby masa tgh mekap dan tunggu nak shoot. Takder gambar berdua pun sbb masing-masing capture gambar sendiri atau tolong amik gambar satu sama lain. Hahaha.. nak suruh amoi tuh amik takut dia tak bg plak...belasah jer lah.. janji ada gambar :) Hhehhe.. seronok jugak tau bergambar sama nih, rasa cam kahwin sekali lagi pulak. Dulu aku tak amik kat studio sebab cameraman amik masa majlis nikah, sanding dan outdoor. Ni 1st time lah kiranya we all bergambar kat studio.
Ready to go!
Bila dah bergambar camni, aku rasa its a good strategy untuk mengembalikan suasa romantis antara suami dan isteri bagi menyemarakkan rasa kasih sayang. Yer lah, kata pun dah 5 tahun kan, macam2 dah kita lalui sepanjang 5 tahun tu, orang kata the first 5 year tuh penting dalam kehidupan berumahtangga, jadi sempena menyambut ulang tahun ke 5 perkahwinan tuh, best jugak kalau kita menyambutnya dengan cara camni. Insya Allah, kitaorang ada plan nak jadikan acara bergambar nih setiap 5 tahun, maknanya our next "wedding" will be on 2015. Ekekeke.. Best gak sebab leh bandingkan muka kita masa betul2 kahwin dan setiap 5 tahun selepas tuh. Tengok sama ker tak kan? Makin lawa atau makin tua? Wakakakakak...
Nak pakai tiara n rantai dulu...:)
Menurut kengkawan aku yg tgk muka aku masa bergambar kali nih, suma suka dan kata cantik dan nampak matang, in fact lebih lawa dari masa kahwin. Hmmmm.. aku pun tak tahu nak kata apa, sebab kalau tanya aku, aku suka mekap masa aku kawin tuh. Sebab masa tuh mmg mencabar ooo.. Jerawat kat muka aku punya banyak, tapi mekap artis aku tuh, sangatlah power. Dia punya cover mak aiii.. curlaaassss nyahhhh! Thums up to Deq Sha. Hhehhe.. Amoi yang mekap aku nih pun boleh tahan lah, tapi dia tak rasa cabarannya, sebab muka aku dah licin noks, dah takder jerawat. Ekekeke.. Senang ah dia nak mekap. Pada aku so & so lah .. ker sebab aku dah memang cun? Wakakkaka..Perasanlah pulak mak orang nih.. tak sedar diri anak dah 2 !! Hahahhaa....
Sendiri senyum, sendiri amik!
Ok lah, korang layanlah gambar2 dari hp nih yer. Nak gambar yg betul2 cantik dan dah edit, kena tunggu sebulan lah .. heheheh..Kalau aku rajin nanti aku hapdet lah gambar tu yerk ..:)
To my lovely hubby - Saiful Rizal Che Mat, Happy 5th Year Anniversary sayang.. I love u so veryyy muchhh! Tq for all your support selama ni, I sangat menghargainya. Macam-macam u support I, tenaga, masa, wang ringgit dan I really cannot repay your sayang .. :) Semoga rezeki kita makin murah selepas ni dengan adanya anak2 pembawa rezeki tuh :) Kalau nak anak lagi.. ayang tunggu 3 tahun okeh! Hehhehehe...
Love My Family, Love My Life,
3 comments:
anak dah dua ke? eh,nampak mcm anak dara je..hehehe..but frankly speaking, mmg kak cun la..best juga kan amik gambar mcm ni, ok nak gitau hubby amik studio photos mcm ni bulan depan.wakaka..
ohya, thnx 4 sharing stimulation upside down tu, my baby Fredo @ 7mons mmg suka bangat tapi i saja yg tak sanggup buat sbb tak larat menanggung berat..he is almost 10kg now!
best tu.... nak buat jugakle ini macam... nama anak kamu sedap2..
Happy 5th anniversary dear.wah ingat anak dara mana tadi kan...u look so sweet...tak macam dah ada anak 2 pun...hehehe
Post a Comment