Tuesday, April 28, 2009

Qarissa Start Finger Pointing! (28/4/09)


Qarissa memulakan kelas Gymboree dengan menepuk lantai


Hari ini, ketika Qarissa berusia 10 bulan 2 hari, anakku yang bijak ini telah menambahkan satu lagi skilnya. Aku agak teruja dan terus menyimpan niat untuk menulis di dalam blog @ diari yang ku buat khas untuknya (walaupun tak sempat merakamkan aksi finger pointing itu) agar satu hari nanti, apabila dia telah pandai membaca, dia akan tahu yang
Mummy nya ini alert tentang setiap perkembangan yang berlaku ke atas dirinya. (walaupun aku sebenarnya sangat penat sebab tak cukup tidur, tetap ku gagahkan diri untuk menulis. Nasib baik aku taip laju, tak lah terkial2 nak karang ayat..heheheh)

Pagi tadi, lebih kurang pukul 10 pagi, Qarissa telah bangun dari tidur tanpa menangis atau merengek (baik sungguh puteriku ini). Dia terus meleser leser di badanku ingin bermanja dan sambil-sambil memandang ke arah TV. Dia kemudiannya duduk dan terus mengadap TV seolah-olah bersedia untuk sessi "permainan" hari ini. Aku yang masih tidur-tidur ayam meminta bantuan suamiku untuk membuka Channel 613- Play House Disney supaya Qarissa dapat menikmati keseronokan pagi bersama "kawan-kawannya". Dalam erti kata lain, bolehlah aku sambung tidur sekejap. AHhahhaaa...


Lebih kurang setengah jam kemudian, aku & suami bangun dari tidur dan ingin bersiap-siap pergi ke Maybank membuat sedikit urusan kredit kad & kemudian menghantar baju untuk dijahit sempena perkhawinan adik iparku, Nana yang akan dilangsungkan August ini. Sambil bangun dari tidur, aku mendukung Qarissa dan tidak semena-mena, aku lihat dia galak menunjukkan ke arah TV dengan jari telunjuknya dikeluarkan dan jari-jari lain disimpan (sama seperti ketika dia melakukan aksi "Ha..Ha Tak Tahu..", cuma bezanya kali ini, dia tidak menggerakkan tangannya ke kiri & kanan. Qarissa terus menunjukkan ke arah TV w
ith sharp action.) Sebelum ini, jika dia menunjuk ke satu arah sekalipun, tangannya akan tergoyang-goyang dan aku tidak perasan yang sebenarnya dia menunjuk ke arah-arah tertentu (mungkin ketika itu aku fikirkan dia sedang membuat aksi "bye-bye") tetapi kali ini, ianya very sharp & aku terus perasan akan perbezaannya.

Aku yang menyedari perkara ini terus melayannya dengan berkata, "Ya..that is TV Darling.., now show Mummy, where is fan..? That is fan..", kataku sambil menunjukkan ke arah kipas di atas kepala kami. Aku sungguh teruja melihatkan Qarissa mengikuti gerak tanganku menunjukkan ke arah kipas tersebut. Aku apa lagi, terus menunjukkan pula barang-barang lain di dalam bilik tidur kami itu. Sambil tersengih-sengih, Qarissa terus mengikut gerak tuju tanganku menujukkan ke arah almari & cermin yang ada di dalam bilik. Aku begitu seronok kerana Qarissa telah mula pandai menunjuk ke satu arah. Dalam hatiku berkata, inilah permulaannya untuk skil terbaru Qarissa. Maka inilah aktiviti yang akan aku polish setiap hari kepada anakku. Aku akan membantunya mengenali barang-barang di dalam rumah kami dan mengulang-ngulangnya sehingga dia pandai & tahu peralatan yang ada di dalam rumah.

Inilah pelajaran PERCUMA yang aku dapat dari Qarissa hari ini & dia juga akan menerima tunjuk ajar PERCUMA dari Mummy nya ini. Aku akan terus melatihnya walaupun kadang-kadang, mood nya juga seperti bayi-bayi lagi, tidak mahu melayan permintaan atau tunjuk ajar orang-orang di sekelilingnya & lebih suka melayan perasaan sendiri, aku akan tetap melakukan aksi ini tanpa bosan sehingga Qarissa memahaminya. Terima kasih anakku kerana telah menunjukkan peningkatan skil kepada Mummy sehingga Mummy menyedarinya. Insya Allah selepas ini, Mummy akan lebih alert tentang development Qarissa dan kita boleh bermain dengan lebih seronok lagi!! Ok Sayang....I love u so much!!



Sapa paling poyo dalam gambar ni? Hahahah..Semangat si Qarissa nak berjoget!

Proud Of You Darling,

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading