Ciuman kasih seorang suami untuk B'day "Girl"..
30 April setiap tahun adalah hari yang sangat penting untuk kami sekeluarga. Inilah dia satu tarikh yang di mana Ibu Terbaik Di Dunia telah dilahirkan. Ibu ini telah melahirkan 6 orang anak dan salah seorang daripadanya sedang menulis di blog ini. Bukan itu sahaja, ibu ini juga telah membesarkan & menjaga seorang lagi anak angkat lelaki seperti anaknya sendiri sejak bayi itu berusia sehari. Sungguh besar pengorbanan yang dilakukan oleh ibu ini untuk membahagiakan kesemua anaknya.
Beliau sanggup mengikut suami pindah ke Kuala Lumpur dari Singapura selepas berkahwin di usia 25 tahun sedangkan beliau tahu beliau tidak mempunyai sesiapa di kota Kuala Lumpur ini, Semata-mata mengharapkan ihsan & kasih sayang suami untuk menjaganya dengan penuh mesra seperti yang telah dijanjikan ketika berakad janji dengan Tok Kadi . Dengan berkat Tawakal & niat yang baik, Alhamdulillah, ibu ini & suaminya telah berjaya membesarkan kesemua anak mereka dan kini anak mereka sedang menuju puncak kejayaan, terima kasih Allah SWT...
Anak sulung Mak, Along with her dotter, Dania.
Anak kedua Mak, Angah with Anak ketiga Mak - Me!
Anak Mak yang keempat, Syamsul @ Kasanova (hehe, jgn marah yer dik...) with Yasmeen.
Anak Mak yang kelima, Nana the "strok" girl! Hahahha..(trademark dia muka gituh..!)
Anak emak yang ke enam- Lia with abangnya Tom @ Syamsul
Anak emak yang ke tujuh - Irfan. Terlalu fofular sampai kena pakai topeng takut fan serbu! Ahahaa!
Beberapa hari sebelum hari lahir Mak, aku ada bertanyakan tentang hadiah yang dia inginkan tetapi seperti biasa jawapan Mak, " Ish..tak payahlah buat apa...Mak tak mau apa-apa lah Kak Lang..". Itulah dia seorang ibu, tiada apa yang diinginkan dari seorang anak, cuma doa dan kasih sayang anak soleh & solehah yang berterusan selagi hayat di kandung badan.
Hadiah kecil kami sekeluarga untuk Mak tersayang. Untuk pengetahuan, this scents takder dalam koleksi aku. Jadi aku belikan untuk Mak! Kalau aku ada this perfume scents, aku bg FREE jer untuk mak. Hehehe
Hand Bouquet yang sempat aku rakamkan bila datang ke rumah mak sebelum ke restoran Tarbush. Coklat nya dah selamat di makan...
Aku sempat menghubungi ibuku menjelang 12 tgh malam dan mengucapkan Selamat Hari Lahir. Mak kedengaran ceria di telefon dan kami berborak seketika sebelum aku terdengar suara orang menyanyi lagu "Selamat Hari Lahir". Aku tahu itu adalah rancangan Along yang telah kami bualkan pagi tadi. Dapat aku bayangkan rupa Mak yang tersipu-sipu malu sambil berkata, " Dorang datang bawak kek tu. Ok yer Tie, jumpa esok.." (lebih kurang gitulah bunyinya Mak menghabiskan perbualan kami, kesian suamiku, tak sempat berborak- rancangan tergendala sebentar yer bang..heheh..takper, esok masih ada!)
Seperti yang ku jangka, pagi 30/4/2009, aku menerima panggilan dari ibuku. Sambil bersuara gembira, beliau mengucapkan terima kasih kerana membuat kejutan dengan memberikannya bunga. Aku terus tergelak dan terus bertanya, "Suka tak Mak? " (Apalah, lagi mau tanya ..mestilah suka kan..!) Selepas kami berborak seketika, suamiku pula mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada emak. Malam nanti, kami akan "makan-makan" pula di Restoran Tarbush @ Sunway Pyramid. (selepas beberapa kali bertukar plan, Restoran Intai-Intai lah, Alexis @ Ampang lah...macam-macam lagi..)
Petang hari lahir emak, aku bersama Along & Yasmeen (kalau ada rezeki & adik lelakiku seorang tuh tak buta @ rabun, jadi adik ipar kami lah kot) bersama-sama ke Habib Jewels @ Semua House untuk membelikan hadiah buat Mak. Along ingin membelikan ibu kesayangannya seutas rantai. Kami berdua ni tukang teman dan tukang "consult" jer. Hehhee... Alhamdulillah, kakak ku yang seorang ini telah dikurniakan Allah rezeki yang lebih & mampu membelikan ibuku barang kemas di waktu harga emas satu gram "sangatlah mahal" (time ekonomi meleset pulak tu). Selepas leka memilih-milih sambil menikmati kek & Nescafe yang disediakan pihak Habib, aku & Meen memberikan idea yang mana satu cantik untuk Mak. Akhirnya, rantai labuh yang paling baru rekaannya menjadi pilihan hati kami. Memang sangatlah cantik pada pandangan mataku (yang baru 2 tahun buat laser nih, hahahah). Bolehlah Watie pinjam nanti yer Mak! Harganya?? Perghhh..., cukuplah aku katakan boleh buat bayar 10% down payment Waja kot..Ahaks ...Bertuah Mak kan .. :)
Aku pula sempat membeli satu set baju "Ibu Anggun" dan seluar di salah satu butik di Semua House itu. Memang sudah lama betul aku tak beli baju (tak sabarnya nak ke Jakarta & Bandung borong baju) sejak bersalinkan Qarissa. Bukan baju lama tak muat, memang muat tetapi entah kenapa, selepas Qarissa lahir, aku lebih suka memakai baju yang sesuai dan menampakkan ciri-ciri keibuan. Tak melampau seksi dan dalam masa yang sama, nampak moden dan cantik di badan. Masalahnya, harga-harga baju yang demikian semuanya mahal-mahal belaka. Harga yang ditawarkan di butik ini pula agak berpatutan. Muingkin kerana lokasinya terletak di kawasan masyarakat pertengahan, maka ia mempengaruhi harga jualnya. Baju yang aku beli berasaskan chifon, sangat lembut dan lining nya tidak panas. Harganya juga boleh tahan, bawah RM 100. Aku juga membeli seluar hitam strechable yang sangat cantik & terletak di tubuh bila aku memakainya. Over betul aku yerk..macam nak sambut B'day sendiri pulak.. hehehe..
Malam itu, kami sekeluarga menghabiskan waktu malam kami di Restoran Tarbush @ Sunway Pyramid. Aku sememangnya sering ke Restoran ini kerana kenalan kami dari Mekah, Imam Muhammad Shariff amat gemar menikmati makanan Iran & Arab apabila datang ke Malaysia. Inilah tempat yang kami tuju setiap kali beliau datang ke Malaysia. Semua menunya sangat sedap dan harganya pula sangatlah berpatutan untuk restoran "fine dining". Memang kami semua puas hati dengan masakannya. (rasa nak curi jer tukang masak dia...heheheh)
Sesungguhnya, inilah saat-saat yang dinantikan oleh kami sekeluarga. Berkumpul bersama-sama & bergembira sewaktu makan. Melihatkan Mak & Abah tersenyum, anak buah yang membuat aksi-aksi comel & mencuit hati serta kami adik beradik tergelak sakan, membuatkan aku rasa sangat bahagia. Inilah kenangan yang akan aku simpan kukuh di memori apabila kami sudah tua dan apabila Mak & Abah tiada lagi di dunia nanti (aku sebolehnya tidak mahu memikirkannya tetapi aku tahu, waktu itu akan datang juga satu hari nanti. Semoga Allah SWT memberikan aku ketabahan yang tinggi ketika menghadapi saat itu.)
Ketika menikmati makan malam itu, aku juga terasa sayu apabila mengingatkan arwah ibu mertuaku yang telah meninggalkan kami pada 6/2/2009 yang lalu. Aktiviti makan malam seperti inilah yang menjadi agenda kami adik beradik sejak aku berkahwin dengan suamiku, malangnya, tahun ini, pada 5/9/2009 nanti, tiada lagi kejutan yang dapat kami lakukan untuk Mama. Hanya Al-Fatihah dan bacaan Yasin sahaja yang dapat kami sedekahkan untuk Mama. Semoga Mama berbahagia di sana. Amin..
Maklouba Chicken manjadi pilihanku malam itu. Sedaap sungguh. Ayam yang banyak sampai tak habis makan!
Mocktail yang aku pilih menjadi idaman ramai - sampai 3 orang nak order this Mocktail malam tu! Memang SEDAP!
Qarissa hanya mampu pegang kad jer nak bg nenek. Nak pegang hadiah berat sangat. Comeynya anak Mummy!
Our family with our beloved Mum bergambar dengan hadiah.
Irfan - Demi kasihnya untuk Mak, sanggup "meminjam" kad b'day dari Nana untuk diberi pada Mak tersayang. Sungguh syahdu sampai Mak tertutup matanya..hehehe
Selepas sessi pemberian hadiah selesai, kami berkumpul beramai-ramai di luar Tarbush untuk sessi mengambil gambar. Sayangnya, bapaku pula hilang entah ke mana. Mesti pergi menengok-nengok kedai tuh!. Sempatlah kami merakamkan gambar semua ahli keluarga kecuali Abah (menggunakan kamera Angah) di depan Tarbush. Aku & suami pulang ke rumah dengan membawa seribu satu kenangan yang tidak akan dilupakan. Penat sungguh rasanya hari ini tetapi kami sangat puas kerana berjaya membuatkan Mak tersenyum dan bangga dengan anak-anaknya.
Me with the 3 stooges!. My dotter lum cukup besar nak join this group. Bangga sungguh rasa hati bila Dania menyarungkan baju yang aku hadiahkan sempena hari lahirnya yang ke 4 tahun ini. Cantik kan??
Kepada Mak, terima kasih kerana melahir & membesarkan Watie. Walau segunung emas & intan Watie bagi kepada Mak, ia tetap tidak akan sama dengan budi & jasa yang telah Mak curahkan kepada Watie. Segala pengorbanan Mak akan Watie kenang hingga akhir hayat Watie. Watie kini lebih mengerti perasaan seorang ibu setelah Watie juga menjadi Ibu. Watie bersyukur dikurniakan ibu seperti Mak. Watie tidak malu-malu untuk memberitahu seluruh dunia bahawa Watie amat menyintai dan menyayangi Mak. Dengan adanya coretan Watie di laman "maya" ini, biarlah seluruh dunia tahu betapa Watie bangga mempunyai seorang ibu bernama "Salamah". Hadiah yang Watie berikan selama ini hanyalah sekecil "taik gigi" yang terselit ketika makan jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan Mak. Ia tidak akan mampu Watie balas sepanjang hidup Watie. Hanya ucapan "Terima Kasih" yang dapat Watie rakamkan untuk Mak. Semoga Mak dilindungi Allah SWT sepanjang masa. Semoga keluarga kita akan bahagia selamanya walaupun anasir-anasir jahat sentiasa ada disekeliling kita untuk memusnahkan kebahagiaan kita selama ini. Demi ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga, Insya Allah tuhan akan melindungi kita selamanya. Amin..
Anak beranak bergambar di depan Tarbush. Time nih, Syamsul & Abang Helmi dah keluar dari gambar. Penat tunggu camera women ambil gambar. Yang Abah pulak, memang awal-awal dah hilang. Hehehe..
Me with the 3 stooges!. My dotter lum cukup besar nak join this group. Bangga sungguh rasa hati bila Dania menyarungkan baju yang aku hadiahkan sempena hari lahirnya yang ke 4 tahun ini. Cantik kan??
Kepada Mak, terima kasih kerana melahir & membesarkan Watie. Walau segunung emas & intan Watie bagi kepada Mak, ia tetap tidak akan sama dengan budi & jasa yang telah Mak curahkan kepada Watie. Segala pengorbanan Mak akan Watie kenang hingga akhir hayat Watie. Watie kini lebih mengerti perasaan seorang ibu setelah Watie juga menjadi Ibu. Watie bersyukur dikurniakan ibu seperti Mak. Watie tidak malu-malu untuk memberitahu seluruh dunia bahawa Watie amat menyintai dan menyayangi Mak. Dengan adanya coretan Watie di laman "maya" ini, biarlah seluruh dunia tahu betapa Watie bangga mempunyai seorang ibu bernama "Salamah". Hadiah yang Watie berikan selama ini hanyalah sekecil "taik gigi" yang terselit ketika makan jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan Mak. Ia tidak akan mampu Watie balas sepanjang hidup Watie. Hanya ucapan "Terima Kasih" yang dapat Watie rakamkan untuk Mak. Semoga Mak dilindungi Allah SWT sepanjang masa. Semoga keluarga kita akan bahagia selamanya walaupun anasir-anasir jahat sentiasa ada disekeliling kita untuk memusnahkan kebahagiaan kita selama ini. Demi ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga, Insya Allah tuhan akan melindungi kita selamanya. Amin..
Anak beranak bergambar di depan Tarbush. Time nih, Syamsul & Abang Helmi dah keluar dari gambar. Penat tunggu camera women ambil gambar. Yang Abah pulak, memang awal-awal dah hilang. Hehehe..
Watie, Saiful & Qarissa sayang & cinta Mak selamanya ....Muahhs...
2 comments:
Watie,
Selamat Hari Ibu....
Smg dapat memberi dan memperolehi yang terbaik, insyaAllah...
Naimah
Naimah,
Tq very much Naimah! Samegoes to you yeah ..tak sangka kita dah jadi Ibu!
Cepat betul masa berlalu kan!
Post a Comment