Sunday, April 26, 2009

Hadiah dari Bali Untuk Qarissa

Pada 21-24 Mac 2009 yang lalu, kami sekeluarga telah pergi melancong ke Bali. Inilah pertama kalinya saya & suami menjejakkan kaki ke luar Malaysia (selepas hampir 29 tahun saya hidup di dunia fana ini..sadisnya ..) Paling jauh pun saya pergi is Singapore, since the country is my hometown. Kalau tak, setia pada Malaysia lah nampaknya saya nih. Hehehehe. Thanks to Air Asia kerana pesta tambang murahnya menyebabkan semua orang boleh terbang...(suddenly saya teringatkan my perfume tagline .."Now Everybody Can Smell Good..." . Hehehehhe) .

Bertuah budak-budak sekarang kerana kecik-kecik lagi dah dapat melancong. Kecik-kecik lagi dah ada gambar kat "
obersea" you..hahaha...kalau saya dulu ..as i said..."Malaysia tetap di hati" (tak mampu lah nak ke "obersea"...senang cerita ..hahahaha)

Bali memang tempat yang menarik untuk dilawati tetapi masa kami ke sana, sangatlah panas. Hitam sikit kulit Qarissa lepas balik Malaysia.
Di Bali, saya memang gila
shopping, tapi yang paling banyak saya giler adalah shopping DVD. Yang peliknya, bukan DVD untuk saya & suami, tapi 100% DVD untuk Qarissa (sebab tu lah saya katakan, pengaruh Qarissa sangat kuat dalam kehidupan saya..)

Tanpa saya sangka, saya telah menghabiskan lebih Rp 1 juta (lebih kurang Rm 300++) untuk membeli DVD Kanak-Kanak Qarissa. Yang seronoknya dekat Bali, BELI 100 DVD, PERCUMA 70 VCD!. Ganaz kan...hehhee...dan saya pun mengganaz di setiap kedai DVD kat Bali tu.
Saya lihat banyak
DVD Education untuk kanak-kanak yang belum pernah saya jumpa di Malaysia seperti Baby Brainy, Baby Einstein, Baby Babble & Brightening Minds. (Yang geramnya, lepas balik Bali, baru jumpa this kind of VCD @ DVD tapi tak semua). Apalagi, saya BORONG semua lah ..hahahah...Siap panjat-panjat lagi kat kedai tu untuk ambil DVD yang tinggi. Hampir separuh hari dihabiskan untuk saya mengumpulkan semua siri yang ada.

Macam-macam siri saya beli. DVD Set Barbie, Strawberry Shortcake, Barney, Simpson, Princess & macam-macam lagi lah... Nasib baik suami saya sanggup melayan & menunggu saya. Bila saya suruh dia beli DVD untuk kami tonton, dia tak mahu pula. Katanya takut kastam tahan..Almaklumlah, DVD nih semua "pirate" punya. Dia kata, kalau kartun-kartun, mungkin ok juga... (yer lah tuh...)
Saya bukanlah ingin menyokong DVD
pirate tapi kat KL saya tak pernah jumpa DVD sebegini, jadi, saya perlu gunakan kesempatan yang ada untuk mendapatkannya ..(erkk,...abang kastam jangan marah yer...saya tak jual balik, saya beli untuk anak saya jer ..huk huk..)


DVD Qarissa- Casing 1 & 2


DVD Qarissa - Casing 3 & 4

Harganya pun tersangatlah murah berbanding DVD
pirate di KL. Cuma Rp 10,000 sahaja sekeping (lebih kurang RM 3 sekeping pada waktu saya beli itu). Jadi, saya membeli & mengambil sahaja mana-mana DVD yang saya suka sampai bila balik Malaysia, terdapat 2 atau 3 DVD yang saya tengok ter "duplicate"..mmm..nasib baik murah, kalau tak dah nangis... huk huk..

Dari segi kualiti pula, so far yang saya tengok, memang ok dan sangat cantik & baik kualitinya (sampai sekarang masih belum habis lagi tengok, ada beratus-ratus DVD, ntah bila nak habis pun tak tahu). Memang puas Qarissa dapat tgk semua DVD ini. Bagus untuk sessi pembelajarannya setiap hari. Tapi, saya tidak berapa gemar membiarkan Qarissa melihat DVD berseorangan. Kadang-kadang oklah, I let her to have her own sweet time tapi kebanyakan masa, samada saya atau pembantu rumah saya akan melayannya melihat DVD tersebut. Sambil melihat, saya akan berborak & menerangkan tentang apa yang di ajar dalam DVD tersebut. Kiranya. kami sama-sama belajar dan merasakan keseronokan bermain bersama-sama. Bila Qarissa penat, saya akan menyusukannya dan kemudian dia akan tidur.

Saya juga sempat membeli casing DVD yang sangat cantik & sesuai untuk kanak-kanak. Harganya? Rp 50,000 (atau RM 15 sebuah)! Murah kan? Kalau nak dibandingkan dengan harga di KL. Saya borong 4 set!


Casing yang sgt cantik. Cuma Rp 50,000 sahaja! Casing Barnie & Barbie


Ini pula Casing Princess & Strawberry Shortcake.

Bukan itu sahaja, saya sempat singgah ke butik Osh Kosh B' Gosh dan membelikan Qarissa sebuah beg yang sangat comel yang saya rasa kalau betul-betul dia sendiri nak pakai, mungkin boleh pakai lagi 6 tahun akan datang!. Hahha.. Sebab ada sale, saya rembat jugak!! 50% diskaun beb...sapa nak bagi...

Beg sandang Osh Kosh untuk Qarissa.


Rasa tak sabar nak ke Bali lagi bila ada Air Asia promo. Boleh saya borong DVD lagi..Tapi kali ini, saya nak beli DVD untuk saya juga ..(Harap-harap tak kena tahan kastam ..kalau tak...uwaaaa..!!)

Punyalah semangat saya ni, balik jer rumah, saya terus merekodkan semua senarai DVD yang ada dalam koleksi Qarissa. Saya cetak dan kemudian siap laminate hokayy...(poyo kan..hahah) . Senang untuk saya cek semua di masa akan datang. Kiranya, stok-stok yang saya beli ni untuk Qarissa & bakal adik-adiknya nanti. Insya Allah...

Harap-harap pelaburan Rp 1 juta saya tidak akan sia-sia. Insya Allah...

6 comments:

Anonymous said...

kaya tokey DVD aritu...hehe...
bestnyer dapat borong kat sana. kalu guna usd lagi sakan nak shopping...

naimah

Lovely Mommy... said...

eh, cantik la beg tu... cute.

Watie Aziz said...

Naimah,

memang kaya la tokey sana,ko pun rasa cam org kaya sebab penukaran wang asing. Kalau aku gi tempat mu, memang rasa miskin giler..hahaha...mu kena belanja aku lah gamaknya...:)

Watie Aziz said...

Sue,

cantik kan? aku pun suka. Ada 2 jenis tapi aku pilih yang nih sebab besar sikit dan ada 2 color. Yang satu lagi fully pink. So takmolah..heheh

Anonymous said...

watie,
boleh jer kalu nak suruh aku belanja mg tapi kalu dah over limit, aku claim balik, tolak rege perfume....hahahaha

naimah

Watie Aziz said...

Naimah...

hahahha...lawak plak ko nih..boleh2 ..nantilah tunggu Air Asia ada promo, kalau ada duit lebih aku gi (ntah bila tak tahulah tuh..ahaks) ..

teringin gak nak gi "obersea" nih...baru sampai BAli weh..sodeh tul..

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading