Monday, April 27, 2009

Sehari @ Pesta Buku PWTC 2009


Me with the big smile dapat bergambar dengan my mentor - Azizi Ali

Pesta Buku Tahunan datang lagi! Pada 18 April 2009 (Sabtu) yang lalu, kami sekeluarga telah menghabiskan seluruh petang di PWTC. Selepas Qarissa habis kelas Gymboree nya di Bangsar, kami ke PWTC untuk melihat & membeli buku-buku. Pesta Buku adalah tempat terbaik untuk mendapatkan buku-buku berkualiti dengan harga yang murah! Semurah RM1.00 sahaja!

Saya sengaja membawa Qarissa ke situ kerana inilah kali pertama Qarissa datang ke Pesta Buku. Belum sampai setahun pun umurnya. The last time i came here bila mengandungkan Qarissa 7 bulan. Saya nak biasakan Qarissa dari kecil lagi supaya mencintai buku, as much as i do. Motto saya terhadap buku .."Yang penting beli dulu, baca kemudian..". Hahahah (itulah modal saya apabila suami kesayangan saya komplen saya nih beli buku macam takder hari esok). Selagi boleh, semua nak borong! Entahlah, saya memang addicted dengan buku. Saya memang suka membaca. Otak akan lebih berkembang dengan banyaknya pembacaan. Saya merasakan yang buku adalah satu aset yang menguntungkan. Beli sekali, baca berkali-kali! Sebab itulah, saya tidak lokek membeli buku-buku yang mendatangkan manfat pada diri & keluarga yang saya sayangi ini.

Saya juga suka membaca depan Qarissa. Biar dia tgk dan dia pun nak ikut apa yang saya lakukan. Menurut buku-buku parenting yang saya baca, baby want to be like us & they want it RIGHT NOW! So let it be. Bila dia tgk saya banyak membaca, secara tak langsung, ia akan dapat memupuk minat Qarissa untuk membaca juga.

Saya gemarkan buku yang berbentuk pengurusan kewangan, adventure dan buku-buku yang boleh membuatkan otak saya berfikir & mengambara. Saya kurang gemar buku-buku cinta meleweh-leweh ni. Sekali sekala ok lah, tapi kalau selalu..."alah letih lah...". Penulis yg saya kagumi kalau untuk novel - tak lain tak bukan - RAMLEE AWANG MURSYID (RAM) - Penulis thriller No: 1
Malaysia! Saya memang kagum & tabik spring pada dia. Novel-novelnya SEMUA saya beli. Pantang ada yang baru, saya pasti akan dapatkannya. Cara & gaya penulisannya yang bersahaja memang mengagumkan. Ia membuatkan saya ingin meneruskan pembacaan hingga noktah yang terakhir. Susah nak stop walaupun sekejap. Ada unsur cinta tetapi tidak keterlaluan & berpijak di bumi nyata. Saya mula kagum dengan RAM apabila saya pergi ke Keningau, Sabah atas urusan kerja, dan saya melalui hutan tebal Keningau yang menyeramkan itu, terus saya teringat kepada RAM. Apa yang diceritakan melalui buku-bukunya tentang hutan Keningau SANGAT TEPAT!. Apabila membacanya dulu, saya cuma membayangkannya di dalam fikiran saya seperti mana dalam penulisan novel tersebut. Tetapi tak sangka, bila saya pergi ke sana, ia memang sebenar-benarnya. Saya seolah-olah merasakan seluruh karyanya dalam buku yang saya baca itu adalah perkara yang benar-benar berlaku!. Hebatnya RAM, Maha Suci Allah yang mengurniakan bakat untuk diri seorang lelaki bernama RAM ini. Semoga dia akan mendapat idea-idea yang lebih bernas lagi untuk karyanya akan datang.

Saya masih ingat lagi, seorang staff saya telah meminjam buku cerita A.D.A.M karya RAM ini dan tidak memulangkannya sampailah dia berhenti kerja!. Geram betul, tapi saya sanggup membeli lagi buku A.D.AM tersebut untuk menjadikannya koleksi saya. Beberapa buku RAM juga telah hilang dari koleksi saya akibat sessi peminjaman, tetapi saya beli lagi yang baru untuk simpanan. (Lepas nih, jangan harap saya nak bg pinjam yer..beli sendiri...heheh). Saya sedang menanti keluaran terbaru RAM yang akan datang, jadi semasa di PWTC, saya tidak membeli sebarang novel KECUALI novel pertama karya Azizi Ali iaitu Ekuinoks.

Bercerita tentang AZIZI ALI, beliau merupakan idola saya dalam bidang pengurusan kewangan. Karya Azizi Ali juga begitu banyak dalam koleksi saya. Baik dalam Bahasa Melayu @ Bahasa Inggeris. Corak penulisan sangat mencuit hati dan membuatkan saya tersenyum & kadang-kadang tergelak sendirian. Beliau berjaya membuatkan sessi pembacaan sesuatu perkara yang serius menjadi simple & mudah. Beliau membuatkan saya rasa bidang penulisan adalah sesuatu yang menarik untuk diterokai. Saya juga banyak dipengaruhi oleh idea-idea beliau dalam menguruskan kewangan untuk perniagaan, keluarga mahupun kewangan peribadi saya. Saya aplikasikan apa yang telah saya baca dan ternyata saya telah berjaya. Terima kasih my mentor! Suami saya pada mulanya agak stress apabila saya berdegil ingin mengikut cara yang telah saya pelajari dari buku Azizi Ali untuk mengawal kewangan keluarga (memang bukan semua orang mampu berubah sekelip mata, ia memang memerlukan disiplin yang tinggi) tetapi lama kelamaan, beliau jadi "alah bisa tegal bisa" dan kini, telah nampak hasilnya. Mungkin untuk dirinya sendiri belum lagi (heheh) tapi untuk keluarganya, alhamdulillah. Suami saya telah menikmati harum & sedapnya "buah" yang saya tanam sebelum ini. After all, kedegilan saya adalah sesuatu yang baik untuk keluarga
kan???

Hari itu juga, tanpa saya sangka, saya telah memborong begitu banyak buku di booth Azizi Ali - True Wealth Publishing. Pesta diskaun di booth nya sehingga 50%.
Ada dalam 13 buah buku saya beli termasuklah novel pertama beliau. Saya berbelanja hampir RM 300 itu membeli buku di booth nya sahaja! Yang seronoknya, beliau juga ada di booth & saya mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya! Nasib baik isterinya yang cun itu tidak cemburu! hehehe.. (nak cemburu buat apa kan, saya datang siap tolak stroller baby lagi..hahahah) .. Azizi Ali telah menandatangani SEMUA buku yang saya beli termasuklah buku-buku yang bukan karya beliau! Kelakar rasanya bila beliau kata "Yang bukan saya tulis pun saya sign je lah yer!!" Sungguh baik & sporting abang seorang ni. Kagum dengannya kerana tubuhnya kecil tetapi mampu membawa Boeing 747! I'm impressed!! Tahniah to you my mentor! Kami sempat berborak seketika. Dia bertanyakan kerjaya saya & agak teruja apabila saya memberitahunya mengenai perniagaan internet & wangian yang saya jalankan. Saya sempat bertanyakan tentang bagaimana ingin menjadi penulis melalui syarikatnya. Dia menerangkan serba sedikit dan meminta saya menghubungi syarikatnya di minggu hadapan untuk berbincang lebih lanjut. Emm..sebelum telefon atau berbincang lebih mendalam, lebih baik saya polish skill tulisan saya dahulu kan! Nanti segan jer dengan mentor saya tuh! Sebab itulah saya makin berkobar-kobar untuk memulakan blog Qarissa! The best place to polish my writing skill. Manalah tau kan, satu hari nanti anda semua kena "bayar" untuk baca tulisan saya pula..!! Hheheheh...seronok kan ...

Saya juga membeli beberapa buah buku untuk adik-adik & anak buah saya. Untuk Lia, Dania, Danish & Irfan. Macam-macam jenis buku bacaan & latihan. Dah penat tawaf 3
level di PWTC tuh, kami pun balik..memang letih tapi puas!! Lucky my dear Qarissa sangat baik & tak buat perangai. She enjoyed the view @ PWTC so much! A gud start I guess...Alhamdullillah.



Another education set bought @ PWTC Pesta Buku 2009 for my lovely Qarissa - Montessori Lab

Penat Tapi Puas,



2 comments:

mamamia said...

Ko ni mmg ade byk persamaan la dgn org yg aku alergic tu (u know who)..dia pun peminat Azizi Ali gak.. habit pun sama,suka beli tp xbaca haha

Watie Aziz said...

Sal,

hahahah...eii, aku beli & baca tau ..baca tetap baca, tapi sejak ada anak, lambat sket lah nak habis ..banyak gangguan beb ..aku siap amalkan lagik..iskk..jgn ko sebut org alergic tu, aku lagik alergic tau .. dah kena rashes pun dah ni ha ..ahaks!

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading