Monday, June 22, 2009

Aktiviti 6-10 months: Qarissa's Soccer Time

Hari nih, nak share ngan kengkawan semua, aktiviti Qarissa @ Gymboree yang boleh kita buat kat rumah. Sangat mudah dan PERCUMA. Yang penting, buat selalu & have fun together! Siap sedia untuk mengeluh kepenatan sebab memang penat noks! Tak caya tgk video Q nih ...semput haku...Pandai btol hubby aku escape dengan "eksen jadi videoman". Huhu...

Tapi yang penting, ur children akan happy sangat. Dan akan seronok! Jangan pelik, kalau dia cam tak pandai nak tendang, atau takder perasaan nak tendang. Especially, kalau pertama kali you all ajak ur children main soccer ni. Biasalah, kita mula-mula main futsal pun blur kan? (ceh..macam pernah main haku nih..poyo jer!hahahha) . Q pun dulu cam takde perasaan nak tendang bola tu, tapi bila dah ramai-ramai, dah selalu buat...dia dah pandai kick!! Masa dia tak pandai tendang tu, awal-awal 6 bulan tu, aku ransang kaki dia untuk tendang bola.

Cerita pasal ransang @ stimulate nih - ada banyak cara kita nak stimulate anak kita. Kebanyakannya guna benda-benda yang FREE jer. Macam kain satin,kain kasa, kain kapas, kain lampin, sutera, carpet bulu, berus cat, bola pelbagai jenis & bentuk dan apa sahaja benda yang ada tekstur yang berbeza. Korang sapu jer lah semua tuh kat muka, tangan, kaki dan seluruh badan anak kotrang, dari dia lahir lagi. Yer betul, dari lahir lagi. Seawal mungkin. Biar baby dapat rasa tekstur yang berbeza. Ini dapat memudahkan deria rasa bayi berfungsi dengan cepat dan aktif.




Antara tekstur2 yang boleh digunakan untuk stimulate deria bayi anda. Sila korek-korek sekitar rumah anda. U'll be suprise on what u can actually use to stimulate them- FOR FREE!. Hehehe..ada sesapa nak try tekan paku kecik kat baby? Hmmm..gud idea gak tuh!

So untuk bola nih, aku geli-gelikan kaki dia. Sapu-sapu berus cat kat kaki. Menggeletek la member kegelian. Hahaha..Then bila main soccer nih, mula-mula, aku tolak kaki dia, tendang bola tu sambil cakap, "Kick Qarissa, kick. Kick the ball". Aku ulang-ulang supaya dia paham - KICK = TENDANG. Hehheeh..Lama-lama dia paham lah ..sampai skang aku masih buat aktiviti ni dengan dia. Bila tgk Little Reader, adalah word kick & actionnya sekali. Jadi, aku pun akan suruh Q ikut action yg dia nampak kat skrin tuh. Aku angkat kaki dia dan tendang ke depan.

Selain kick, aku main pas-pas bola kat dia. Sambil nyanyi lagu rekaan sendiri seperti ni (intonasi korang agak2 lah yerk..takkan aku nak rekod ..malu mak noks, ahhha), "I passed the ball to u, u passed the ball to me, i roll the ball to u & u roll the ball to me". Bila sampai kat perkataan "passed" atau "roll" tuh, baru aku tolak bola tu. Dengan harapan dia paham, maksud pass & roll. Walaupun mula-mula main, dia hanya menggeletik kaki atas bawah dalam Bumbo tu tanpa tolak balik bola kat aku, aku tetap buat aksi yang sama. Aku amik balik bola tuh, aku tolak lagi kat dia, aku nyanyi lagi ..Hu hu..member suka jer..tak yah susah-susah passed bola kat aku..Sendiri tolak, sendiri amik yer Mummy...Q bagi respond "tendang-tendang kaki dalam Bumbo pun dah cukup baik tau!" Hahahhaa.. Selalu kalau dalam Bumbo, aku perasan bila aku pass je ball kat Q, dia akan cuba tangkap ball tuh dengan mengerekotkan kesemua jari kaki ke arah bola. So bola tak bergerak. Bagus jugak sebab that is one of the stimulation for the toes.

Tapi, yang bagusnya Q nih, bila ake lepaskan dia dari Bumbo, then aku tolak ball tuh, dia akan kejar ball tu sebab selalu tersasar. Merangkak laju-laju kejar ball.Tapi mmg nak dapat balik ball tu ke tangan aku susah lah ..Hahhaa..Dah dapat, dia main sendiri ..takmo share ngan Mummy. "Kelekuk" ah Q nih..hu hu. Kalau sesiapa yang ada anak lebih dari seorang, mesti lagi best main passing-passing bola antara adik ngan akak @ abang. Best lah sebab ada rakan sebaya join sama. Aku terpaksalah eksen cam budak2 bila main ngan Q nih. Sebab takder rakan sebaya. Ahaks..Harus tambah cepat2 kawan utk Q ..Hehhehe..

Tu lah antara aktiviti yang aku buat kat Q @ Gymboree atau rumah. Sebelum aku lupa, kalau kat rumah jaring basket ball kat umah, leh jugak suruh ur baby cuba campak bola dalam tuh. Now, aku tengah aktifkan Q main game ni, sebab nampak dia ni malas sket nak gengam bola dan masukkan dalam jaring. Sian jugak, sebab bola tu dah tutup satu muka dia ..hahah..tak selesa kot. Maybe berat juga untuk dia pegang. Plus, Mummy tak larat nak dukung Q selalu setiap kali nak masukkan ball dalam jaring! (wah, banyaknya excuse ..no good Watie!) . Tapi, aku nak wat jugak so dia tahu amik bola dan campak bola dengan tepat ke dalam jaring. Untung-untung nanti, dah besar leh jadi wakil Malaysia kan! Hehhee..

Kaylah, meh tgk video Soccer Time Q @ Gymboree ni..Enjoy!!

Sila abaikan Mummy Q yang cuba-cuba nak ngelat masa main Soccer ni. Kalau nak tahu kenapa, sila cuba permainan dekat bayi anda yer (yang belum pandai jalan & masih merangkak). Confirm berpeluh ketiak beb!!

Nasib baik ada deodoran,

13 comments:

3740Journal said...

ko bagi aku idea la.. nice entry. will tryy..:)

Watie Aziz said...

Azza,ur most welcome yang ...:) my plesure..hahhaa...confirm ko kurus beb!! aku tgk ayrill cam semangat jer nak dukung ahhaha..habislah ko...ahaks!

munira said...

wah..wah..harus ku cuba pada zahraa ni!
thanks watie for sharing dis great info..best tul baca blog ko!

yaya said...

bagus, bagus entry ko nih, tapi si adam aku ni tendang bola kemain kuat habis pecah barang2 dalam umah, dah besar ckit la katakan...

-Ain-Dak In- said...

ape ni..
mama q tu x aci tol...
dok hayun q jek...
bola nye 2 3 kali jek kena..
hahahahahaha..

kak watie...minggu ni umah ain akan dipenuhi kanak2 nakal..
hahahaha..
ke7 7 anah buah ain akan blik mggu ni..
mmg kecoh...
time ni nak praktis jalan kawad..
leh x??
hahahahaha....
sape kengkang kita jentik hidung dia...
wakakakakakaka....

p-na mama oja said...

good info.. tapi bby guek dah besar... maybe try kt 2nd bby kot.. opss!! kikikk!!

p-na mama oja said...

good info.. tapi bby guek dah besar... maybe try kt 2nd bby kot.. opss!! kikikk!!

Watie Aziz said...

Munira,ya betul, memang harus wat kat zahra sambil gelak2 tgk dia geli ko sapu berus kat kaki.hahahah... ko ajak laki ko join main bola ngan Zahra beb..hehe..

yaya,hahhaa..kalau anak lelaki extra sket ..dorang ada kebolehan dari dalam perut aku rasa ..mmg melantun semua barang lam umah ko nanti ..ahhah..nak nak dia dah besar beb .. ko suh dia kejar bola dlm swimming pool jer kalau gitu ..ahaks!

Ain, hahaha..tahu takper ..mmg masa nih kak watie dah penat weh!! ni aktiviti yang ke 3 @ 4 kat Gymbo tuh ..berpeluh ketiak den ..tuh yang ngelat2 tolak bola tuh..hahaha..

hahha..bagus idea ko tuh Ain, pastu ko panggil PM Najib dtg bagi ceramah, mesti dia offer hang jadi Fasilitator utk Khidmat Negara...ahaks! Sapa kengkang ..buka setakat jentik, ko suruh dorang cium pokok sekali tau! ahhaha..

p-na,aku rasa Oja dah master main bola ah ..hahaha..sapa dah jalan, senang kick weh, mahu pecah barang2 dalam umah hang, ahaks! jadi, cepat2 lah wat anak satu lagik weh!!

adianiez AIDA said...

bagus .... tq watie...

Qarissa's Parents said...

Aida, ur most welcome dear..:)

defina said...

wah, bagusnya info nie watie, thanks. senang nak dapat barang, selongkar rumah jer...hihihi

aku rasa, kalu bab2 nak hayun kashful tul, x tau brp lama aku larat...mau tergeliat pinggang wooo...hihi

Watie Aziz said...

hhaahha..tau takper ..mmg rasa nak patah pinggang weh ..skang kalau nak hayun2 Q, aku pass kat daddy dia jer..aku kat blakang jadi pom pom girl jer wei ..sergah2 Q ..suka gilos diaa! hahahaa

Watie Aziz said...

Tq Rantong ..:)

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading