Ada sesiapa tak yg pernah mengalami situasi ni? Aku rasa memandangkan populasi lelaki semakin kurang, maka sudah tentu banyaklah wanita-wanita di luar sana especially yg belum kahwin berpotensi untuk terjebak - secara tak sengaja, segaja mengada-ngada atau memang berhasrat nak pedajal @ meruntuhkan rumah tangga orang lain!! (masuk neraka lah ko!!)
Aku ceritalah sket pengalaman aku masa muda-muda dulu erk (adus ..tetiba terasa tua plak yerkk..sedar diri sket Watie ..mmg dah tua pun!! hahahahha). Aku nih kategori wanita yg cukup alergik ngan lelaki dah kawin. Serius beb, aku memang takleh tgk lelaki dah kahwin nak menggatal atau jual saham. Aku benci btol! Memang aku sumpah seranah & mengutuk habis- habisan! Anak bini ada kat umah, ko suka-suka hati nak makan luar! Kong hajar punya jantannn!!
Punya lah tahap tak suka tuh kan .. masa aku single & jadi rebutan dulu (rebutan tak tahannn....hahahah...!!), aku dah tetapkan niat & akan pastikan, aku takkan JATUH ke tangan lelaki-lelaki kepa*at seperti ini. Aku tak sanggup tgk seorang wanita menangis & kecewa hanya kerana aku ingin menumpang kasih suaminya ( ingat teksi ker nak tumpang2 wei!!) . Sedangkan nak amik bf orang pun aku tak sanggup, inikan plak laki org! Iskk..berdosanya rasa ..
Ada few stories pasal bf orang aku reject ni. Satu -Aku masih ingat lagi tau, best friend aku, aku namakan dia X lah yerk, baik gilos ngan aku time sekolah. Masa tuh aku Form 4 kot, single lagi lah, hehehe.. we all skolah Convent, so pompuan semualah. Dia minat sorang mamat nih sekolah lelaki yg belajar berdekatan ngan sekolah aku. Mamat nih selalu datang sekolah we all sebab ngajar marching kot ..(aku pun tak ingat sangat sebab aku tak join the club. Aku Kelab Pandu Puteri) . Aku kenal mamat nih tru my friend nih lah ..sebab dorang kelab yang sama. Tapi dari sekolah lain. So just kenal2 gitu lah. Then my friend luahkan perasaan kat aku yg dia suka mamat nih. So aku try lah nak rapatkan dorang sebab mamat ni cam blur jer ..aku punyalah jek jek mamat nih ngan kawan aku, tak jalan langsung..Dia wat bodo jer .. Dia asyiklah duk citer dia suka sorang pompuan nih lah ..tu lah ni lah .. tapi dia tak bgtau aku sapa pompuan tuh.Benci jer aku dgr ..Bongok tul. Aku nak jek ko ngan kawan aku, ko duk citer pasal pompuan lain ..Sapa nak dengar weh ..? Sampai satu tahap..Dia kata kat aku .."Saya bukan suka lah kat pompuan nih Watie, (*time nih haku dah suka sbb cam ada harapan*), saya GILA KAT DIA!!!". Sampai skang aku ingat ayat tuh sebab aku rasa cam gilerr jer mamat nih act that time!! Dan few days after that, aku bertambah terkejut beruk bila dia kata, pompuan yg dia giler tuh adalah AKU!! Tuh memang gila btol tuh!!!! Mamat nih ayat memang power lah, dia baik gak.. sentimental sket orangnya. Aku punyalah menggelabah sebab aku tau kawan aku mmg suka mamat nih. Kalau aku couple ngan dia, habislah friendship we all. No way men!! Walaupun dengan pujuk rayu dia yg boleh cairkan hati (serius member mmg syahdu..hahahaha), aku tetap reject. Sampai dalam hati aku kata .."No, I'm not going to marry you in anyway sebab kawan aku dah suka kat ko..kalau aku kawin ngan ko, mesti dia kata aku PERAMPAS BF ORANG!!" (walaupun tak jadi BF dia pun dan tak kahwin pun dorang tuh). Aku takmo terjebak.. We all lost contact after habis sekolah.
Yang kedua plak, time aku kat PETRONAS. Aku 5 months intership kat sana. Masa ni, aku ngan ex aku asyiklah bergadoh tak hengat dunia ..Hish malas nak citer, sampai esok tak habis pasal dia..hahhaha.. Then time nih tgh laku katakan. Ramai lah plak abang2 PETRONAS nih nak kenal2 .. aku dapat kawan baru -2 perempuan, aku namakan dia Y & Z. Y ni masuk awal sikit dari aku dalam 2 minggu kot. Kiranya mamat ni berkenalan dengan Y nih dulu then aku join. Dorang kenal time mamat nih repair PC Y. Bila aku join, we all selalu lah kacau-kacau Y nih ngan mamat tuh. I tot dorang dah couple, rupanya belum. Y nih cam suka kat engineer nih lah. Then bila aku masuk, si mamat nih duk emel2 aku, aku dah lupa lah pasal apa dan macam mana leh ter emel tuh kan. But totally as friend lah. Bila Y habis intership, aku still lah kawan ngan mamat ni. Memang we all kawan pun. Dia baik lah, dia pernah tolong aku repair PC aku yg mangkuk hayun asyik rosak jer dulu. Soft jugak mamat nih. last-last, dalam soft-soft tuh, ada hati lah plak kat aku!! Aiyoo...ko ngan Y apa citer? Then dia kata, dia tak declare pun apa2 ngan Y tuh.. just friend.. maybe Y mmg suka kat dia ..(engineer beb, cerah masa depan! rupa pun boleh tahan...ahhaahh)..
Dipendekkan cerita, aku dapat tau dari my friend si Z nih, yang Y sudah hangin satu badan ngan aku sebab dia kata aku rampas mamat nih dari dia (pelik gak aku camner istilah rampas leh terkeluar sedangkan dorang tak couple). Kononnya, sejak aku masuk PETRONAS dan dia habis internship, mamat tuh kurang layan dia dan end up, dorang just friend. Tapi aku paham, mungkin maksud dia aku nih mengurangkan peratusan dia utk me"nackle" lelaki tu. So member hanginlah kan. Dengar jer cam tu, aku dengan serta mertanya PUTUSKAN PERSAHABATAN ngan mamat tu!! Aku layan dia teruk beb! Bila ingat balik, aku rasa kesian sgt kat mamat ni.. jahatnya aku nih. Tak bersalah mamat tuh..Hanya sebab aku ego & nak tunjukkan yang aku TAKKAN rampas orang lain punya (I'm not desperate hokayyy), aku treat dia sangat-sangat teruk, dengan harapan dia benci & tinggalkan aku. Mamat nih punya soft spoken, duk tanya aku, "Apsal u buat i camni? Tetiba tukar? Apa salah i .." dan banyak lagi ayat jiwang karat lah ..Mak buat bodoh jer noks... cian dia kan?? Masa tuh we all belum couple lagi lah ..just best friend ...tapi memang NAMPAK SANGAT dia suka aku. Thats y aku blah sebelum keadaan jadi lagik teruk. Aku tak citer pun kat mamat tuh pasal kes Y. Aku harap bila aku blah, dia akan rapat balik dengan Y, tapi end up, dia tak couple jgk dengan Y. Aku tak tahu apa cerita coz memang blah bodo jer .. hmmm..jahatnya aku nih..He's a nice guy dan aku rasa bersalah sebab dia tak patut dapat layanan cam tuh.. Sorry M (if u baca this blog lah kan , you dont deserve to be treated like that, I'm really sorry). Mamat nih dah kawin pun ngan orang sekampung dia ..harap dia happy dengan life dia .. Hmm..Y pun dah kawin & I'm happy for her now. Aku harap, kalau dia baca cerita nih, percayalah Yang oi... aku takder niat pun nak hambekk mamat tuh, we all kawan jer. Lepas aku tau ko marah, aku terus end up our friendship (walaupun aku sedih coz susah nak dapat kawan yg baik) coz aku takmo ko salah anggap ngan aku.
Itu cerita lelaki bujang. Yang laki orang plak, aku rasa nih memang SUMPAHAN untuk aku!! Memang pengajaran pada aku -jgn duk kutuk2 sangat @ benci sangat. Dah kena kat batang hidung sendiri- padan muka!!. Lepas aku break dengan my ex, setahun aku single. Aku risau gak kalau tak jumpa BF baru, lambatlah aku kahwin kang ..hahahah. I'm a loyal person & memang malas nak mulakan sesuatu yang baru. Penatlah nak mula from scratch, nak kenallah, dating lah, iskk..nyampah!! Tapi masalahnya, semua lelaki ingat aku dah couple. Dorang tak caya aku single. hampes tul. Dan yang paling menakutkan - SEMUA YANG SUKA GILOS-GILOS KAT AKU ADALAH SUAMI ORANG!!! Ya Allah, Tuhan je tau perasaan aku time tuh. Semua muda (stok muka tak nampak dah kawin), hensem & sangatlah baik (dalam lingkungan kawan-kawan aku jugak, yang anak baru satu).
Sampai satu tahap, aku rasa inilah balasan untuk aku sebab benci sangat suami orang, sekarang Tuhan duga aku dengan bagi ujian cam ni. Nak tgk camner aku handle the situation. Aku taklah sampai tahap bercinta ngan laki orang ni semua. Just best friend and kengkadang gatal saja guna ayat "yang..yang". (geli jer bila ingat balik..hahaha). Aku masih berpijak di bumi nyata. Istilah SUAMI ORANG takder dalam hidup aku (Insya Allah) dan selagi aku boleh tepis, aku akan tepis (walaupun sesukar mana - org bujang pun aku leh reject takkan yg dah kawin takleh kan) Aku betuah juga sebab semua suami orang yang aku kenal is actually kawan-kawan lelaki aku jugak yg dah kawin dan mereka tak tipu aku kata dorang bujang. Dorang mengaku dan tak buruk-burukkan isteri depan aku. I really hate man yang buruk kan isteri depan aweks. Rasa nak pijak jer perut dia!!
Alhamdullilah, selepas aku berjaya menangani ujian tu, Tuhan jumpakan aku dengan suamiku yang TERCHENTA - sapa lagi kalau bukan Saiful Rizal ni. Kisah cinta we all pun kelakar jugak kalau ingat balik. Aku bersyukur sangat bertemu dengan my hubby yang sangat supportive & understanding. Dialah kekuatan aku selama ni. Dia family man dan sangat pentingkan kebajikan keluarga. Dan yang paling best - dia tua dari aku 5 tahun. Aku memang cari lelaki yang tua sikit (bukan tua banyak cam atok K hokayyy)..ahahaha, sebab aku tak suka lelaki sebaya. Sedangkan beza 2 tahun pun tak matang-matang, sebaya lagik teruk kot (my assumption lah, no heart feeling lelaki sebaya aku - ahaks, sebab aku tak pernah ada experience bercinta dgn lelaki sebaya).
We all kenal tak lama, tak sampai setahun dah bertunang (sebab dia rasa dia dah tua, dan dia takut aku kena rembat ngan lelaki lain , ahahha...tuh lah untung dapat lelaki tua sket nih ..huhu) dan pastu kawin.
Pengajaran dalam entry kali ni (untuk aku jugak) - Walaupun benci & tak suka dengan lelaki dah berkahwin, jangan hoverrr sangat mengutuk. Kang kena batang hidung sendiri, baru padan muka!. Aku pun sejak kes tuh, tak lah mengutuk dengan aktifnya lagi sekarang (walaupun masih benci, ahhah) . Pada sapa-sapa yg ngah bercinta ngan suami orang tuh, nasihat ikhlas aku - Cubalah lupakan walaupun sakit. Kalau dorang kutuk-kutuk bini dia depan korang, tak mustahil satu hari nanti ko pulak kena kutuk dengan dia kat gf baru dia plak...What goes round comes round my dear.... may Allah bless our family always ..biarlah bercerai mati, till death do us apart...
To My Dear Soulmate @ Daddy to my baby- I love u so much. May we live happily ever after @ thanks for everything. Happy Fathers Day Sayang!!!
Masa kursus kahwin @ Wani Pesona - Setiwangsa. Kurusnya Daddy Q nih time ni!
Hari bersejarah we all berdua. @ Dewan Komuniti TTDI, Bandar Utama.
Honeymoon @ Redang
1st Year anniversary. Sanggup dia ikut aku yg kebetulan kena outstation @ Johor time ni. Sambil menyelam minum air! I love u honey bee!!
Dan lahirlah permata hati kami berdua!! Lengkap rasanya hidup ini. Semoga kebahagiaan ini berpanjangan. Amin..
We Love U Daddy Dearie,
Qarissa & Mummy
16 comments:
amboi kemain glamer ko dulu, ramai peminat ko ye. ape-ape pun gambar romantiko ngan husband tetap hebat!
EKEKE..perasaan yang sama plak kita ni..semalam i pun masukkan entri kasih sayang..over gitu rindukan en somi sampai bleh terpost entri sebegitu rupa..
oitt... bahaya tuh tajuk posting ko hari nih huhuhuhu... takut mak... ahahah...
neways ending posting ni aku suka, gamba korang tuh aduhai romantiknyer... aku honeymoon belom tapi 'moon' nyer dah kua ahahah...
yaya, haku rasa semua org pun glamer masa dulu wei..dah muda remaja jelita gitu ..hahah..skang nih saham dah menurun lah ..bawah 500 mata ..hahaha..hehhe..aku kalau posing memang hoverr!!! jgn tak tahu yang ..hahaha
mama damia,i rasa semalam i masuk blog u ..tak perasan plak entry tuh ..aikk...kena baca nih ..hhhah..jam lagik i terjah ..cian u rindu en somi, nanti dia balik kunci dia jgn bagi kuar tau!! hehehe
sue,hahha..tajuk mesti gempak beb ..ahaks , ok lah ko tak yah hanimoon dah dapat moon, aku nih balik hanimoon dapat apa? dapat lemak berketul2..sib baik pastu dapat maintain, kalau tak ..aduii...gilos gemuk aku!!
hahahahaha....kasi aku gelak dulu....macam cerekarama, nak buat drama bersiri pon boleh...
glamer gilo tuh....terhangat di pasaran. brutal2 ko pun hati baik, sbb tu Allah kasi pasangan yang baik kat ko, smg berbahagia selamanya dan sentiasa menjadi bertambah2 baik....insyaAllah.
p/s: sekarang kalu baca bahasa ko yg gilo2 ni, baru menampakkan diri ko yg sebenar, kalu entry yg awal tu, formal giler, cam blog aku gak, nnt kalu aku dah tak tahan, mau tukar corak penulisan gak....hahahaha
hahhaha..ko ni pun wat aku gelak ah naimah ..terima kasih my darling..doakan yg terbaik jer lah utk aku & family..ko pun aku doakan semoga berbahagia selamanya ..:)
semua kengkawan kita yg baca kata formal tau (entry dolu2 ..) hahah..korang tau aku camner so cam tak caya jer aku tulis yerk?? heheh..aku ikut situasi semasa yang oi..tgk entry apa..kalau kena guna saya, aku gunalah ..kalau tak, aku belasah aku jer .. hahah.. tapi awal2 maybe formal sket ..takmolah nampak nak terjalll sgt aku nih kan..hahaha..kunun2 ..teknik berblog yang baik..hahh..geli plak perut aku dengar!! ahaks ..
Wah glamernyer mummy Q nie dulu....wuuuhuuu! Setuju sgt "saham" masa bujang mmg melambong-lambong tapi sikalang ha haiyooo badan den sudah jd mcm ikan mabong...hu hu hu.
Intan pon pernah gak ada pengalaman dgn suami org ni watie. Di pendekkan citer, mmg terperanjat jugaklah once tahu that he is married. Bila dia tau yg intan dah tahu, siap boleh ckp "U nak i buat apa dgn my wife tu?"...Haaa tercengang intan, celakak punya laki, boleh tny mcm tu plk :0 Uiii geram betul! Dia cakap jomlah kita bincang lagi sayang...Argggh geram rasa mcm gunung berapi nak meletup. Intan suruh dia hantar balik time tu jugak! Siap pot pet lagi tu kat dia...mau tak geram! This guy boleh tahan kaya dan gud looking and ada oil company lagi tuhhh. Kalau pompuan yg "mata duitan", for sure tak kisahnya but sorry NOT ME.
Intan sama ngan watie, takde istilah laki org dlm my "dictionary".
P/s" Maaf lah watie, terpanjang laks comment ku ini. Tak leh tahan lah bab2 "laki org" nie :)
Intan,hahha..gelak i baca ur komen pasal ikan mabong ..lawak gak u nih yerk! hahaha.
wah ..bagus lah u nih ...tak kabur dengan semua tuh ..kalau pompuan a.k.a betina lain, mesti dah sapu jer ..pedulik lah laki org atau tak, janji masyukkk...dia ingat u that type kot, siap leh tanya lagi, apa u nak i wat ngan bini i?? kalau i, i kata, i taknak wat apa2 ngan bini u , tapi i nak pijak perut u leh tak? hahahahah
dia ingat ngan duit dia, leh beli kita ker hapa?? hello, aku leh carik duit sendiri lah!! ahhaha..lucky u now kan, dapat husband yang encem & anak yg tersangatlah kiutnya!! bahagia hati kan ..bhg yg terbaik bila kita buat baik ..- i believe that ...
Kita mmg sekapal intan ..heheh
erk btullaaaa..jgn kutuk2 sgt takut nnt dapat betul2 hahhaa cam saya dulu kutuk sgt lelaki terengganu..last2 kawen ngan org terengganu u...org hulu pueh lagi hahaha
farah,hahahah....yg tuh pun i takut gak tau..!! dulu i tak suka mat klantan, yg lepak2 kat CM slalu duk wat kacau tuh la, TAPI TAK BERANI KUTUK2 SGT..KANG DAPAT KANG...HAHAH
bukan apa, kalau Kelantan,jauh nak balik raya oooo!! ahhahhaa..sekali dapat hambek ko....sib baik dekat Shah Alam jer .. balik kg sekali jalan, melaka then singapore!! alhamdulillah...hehehe
yaaa.. betul tu.. saya sokong!
jangan sekali2 ambik laki orang, sebab nanti orang lain pulak akan ambik laki dia... hehehe
alhamdulillah, seramai mana pun lelaki kita jumpa, akhirnya kita akan bersatu juga dengan lelaki yang betul2 jodoh kita.. kan? :P
ya rite sya!! hidup pun tak tenang kan!!nak nak kalau suami yg dia rampas tu ada anak, dan dgn dia pun ada anak..nanti mulalah ada perasaan jeles menjeles ..anak tuh dapat lebih lah ..anak dgn bini nih kurang lah ..
iskk...nak kawin tapi hidup tak tenang ..baik single noks!!
amboi... watie posing romantis gitu... he he he... sure masa tgh type tu fikiran berbunger-bunger!
aida ..hahhaha...hanimoon katakan ..hover sket i ..ada lagi satu lagi kelakar ..i lompat sambil paut kat badan dia ..hhahaha..sib baik tak jatuh!! lawak jer tgk balik...
watie,
kakyong kalo baca entri u ni memang loteh.. pjg berjela...
btw, yg ni ker kakyong tinggalkan komen yer.. yg lelain kakyong baca kat google reader jer yer... jgn marah erkkk...
btw, suamiku muda 3 tahun 5 bulan 2 minggu dari daku... :D
dah amik award sini
http://kakyong72.blogspot.com/2009/06/award-kawan-ibu-terhebat-untuk-semua.html
dan juga di sini
http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/2009/06/award-bertuah-rose-i-luv-ur-blog.html
wah ...cayalah kak Yong, dapat suami muda than ur age! tak kesah, sebab yang penting persefahaman dia matang..kan kan:)
dah amik award tuh, tq so much ..nanti sempat watie tempek..!!:)
Post a Comment