Yer, percutian aku ke Bali kali kedua ini bolehlah di simpulkan sebagai GAGAL! Kenapa?
* sebab aku bercadang takmo shopping, tapi akhirnya terjebak jugak, especially bila nampak instrument muzik yang boleh digunakan untuk bakal-bakal student Playgroup aku! Terus aku jadik cam hilang akal jap, borong mana2 yang patut for my class.. Hmm..sayang btol aku kat bakal-bakal student kan..banyak rasanya aku dah invest for this business, Insya Allah will do the best!
Our room
Dekat tempat buat batik Bali.
* aku bercadang dan mendegilkan diri untuk massage jugak kat Bali, sebab kat sana consider murah dan sedap urutan dia, tapi aku dah GAGAL kerana takder sapa nak jaga anak. Nak panggil tukang urut datang hotel kena tunggu anak tidur, dah hampir2 tercapai cita2 aku, tapi akhirnya tak jadi jugak. Si Zayra siap mengamuk sepanjang malam masa aku plan nak panggil tukang urut tu, dia macam kena "kacau" maybe sebab we all jalan2 malam2 kat sana, ada banyak PURA atau Kuil so maybe dia nampak mambang kot? Hhehehe..
Wajah2 budak tonet yg berjaya menggagalkan misi massage aku di Bali!
Tapi ada gak yang aku berjaya lakukan, dan ada perkara yang menakutkan dan yang mengujakan berlaku! Apa dia?
* Yang menakutkan - Qarissa punya lasak melompat2 kat bilik hotel, sampai dia ter 'slip over' dan terus pipi dia terkena bucu katil!. Hambek ko, tak sempat tunggu sesaat pun, angkat jer muka, terus nampak color biru kat pipi dia! Menggelabah puyuh aku... Nasib baik dia nangis sikit jer tau ..Terus nampak bengkak dan warna biru sampai skang masih ada lagi kat pipi dia. Yang lawak tuh, bila aku tanya, "Qarissa, what color is your cheek?" Dia jawab, "BLUE!!" Hhahahaha...
* Yang Berjaya - We all sempat habiskan sehari masa bermain2 ngan anak dalam swimming pool! Hhehe..nampak sempoi jer kan, tapi kalau korang nak tau, jarang aku swim kalau we all duduk mana2 hotel tau! Hu hu..jadi pada aku, adalah satu kejayaan besar dapat lepak dan mandi ngan my Q's on that 3rd day. Q sangat suka sampai dia asyik duk sebut "Dive..dive!!" sambil lompat ke arah Daddy tanpa pikir yang sebenarnya kolam tuh dalam sayang oiiiii! Adik apatah lagik...langsung tak berbunyik! Punyalah menghayati saat-saat indah dalam pool! Ekekekeke..
Adik lum pandai jelir lidah, kalau tak mesti dah sama. Orang belakang pun nak enterprame. Hhehe..
My nyawa's
Happy in the pool!
* Yang Mengujakan - Zayra jumpa dengan sorang abang mat salleh hensem yang sama condition macam dia tau! Punyalah excitednya aku! Mula2 hubby bgtau yang ada sorang anak mat salleh tangan dia cam Zayra, tapi belah kiri. Dia suruh aku tgk masa nak balik dari breakfast. Bila nampak, aku terus pusing balik dan tegur that kid. Aku bgtau yang tangan dia is just like my baby, then aku tunjuk Zara kat dia. Dia suka dan tengok sambil borak sikit2...tangan this hensem kid macam yang aku selalu bgtau tu lah, dia habis kat pergelangan tangan, then terus nubbins. Ada 5 small nubbins yang tak berbentuk jari pun, just a small stump, tapi ada 5. Then the next day tu, masa we all tgh breakfast, we bumped to each other lagi, tapi kali ni parents dia pun ada. Hubby perasan yang that lady macam pandang2 kat aku, maybe sebab anak dia bgtau kot. Yerlah, we all duduk kat pintu masuk restaurant ko..memang terus nampak! Hhehee.. Then, bila aku tgk that lady pandang2 aku, aku terus panggil dia datang.. hhehe..Peramah kan aku nih? Ekkekee.. then, dia satu family datang & we all borak lama tau ..nak dekat 15 minit gak... Dia datang dari Germany dan stay for about 2 weeks. Masa borak2 tuh, dia kata condition tgn anak dia tuh namanya "Dysmilie". Sama kes lah ngan aku, dia pun tak tahu masa preggy & just get to know after baby dia lahir. Dia siap kata yang she had a wonderful pregnancy journey tapi time tuh dia dah 34 years, so dia takmo preggy lagi, so itu jer lah satu2 nya anak dia. Hensem ko...mesti manja tau anak dia tuh. Umur baru 13 tahun. She is so proud of her son dan bgtau yang anak dia masuk Taekwando! Bangga btol aku dgr tau!
Sempat shopping selipar Osh Kosh untuk Qarissa. Mission fail lagi..
Kelambu Princess yang color Purple tuh dah ada dalam bilik Q. Mission fail sekali lagi....
Then dia suruh aku cari organisation kat Malaysia so aku boleh tukar2 pendapat dan pandangan pasal Zayra condition, just like Kinwanis for Syndrom Down tu kan, tapi tu lah...kes Zayra ni sangatlah rarenya kat Malaysia, kat oversea memang banyak rasanya, (ntah-ntah Zayra ni ada baka Mat Salleh tak? Wakakakkakaka). Aku tak rasa ada organisasi yang related to Symbrachydactyly in Malaysia. hehhehe.. Apa kata aku jadi Penaungnya? Wakakakak.. Giler glamer tak hengat Watie ni oiii...
Dia kata lagi, kat Germany memang ada this community so dorang ada tempat nak mengadu dan berjumpa, almaklumlah, dia kata orang sometimes akan ada bad impressions towards mother yang ada anak special like his son, macam "apa yang mak dia dah buat masa preggy, merokok? minum arak? atau dosa yang dia buat sampai anak jadi camtu bila lahir.." so this place adalah tempat di mana dorang gather dan berkongsi rasa serta informasi bahawa this condition can happend to anyone without any reason. So aku dengan bangga nya pulak jawab, "Well Madam, we're Muslim and we believe in Allah fate. Allah has created her that way in my womb and we're okay with it. Allah knows what is the best for my Zayra. I believe all Muslim will accept Allah fate when there is any unwanted situation happen to us. Thats y there are no issues on what has we done wrongly during pregnancy, or who's fault is this or what not, coz all this come from Allah, and we accept her as what she is". Lebih kurang gitulah aku jawap... Hehhehe...
Lawak kan, baju ni we all beli kat Bandung masa sama2 gi Bandung last year. Sekali, Ejump terpakai sama baju ngan we all pulak hari tuh! Terus dia tukar baju! Hahhaha...
Sayangnya, aku terlupa amik gambar family tuh! Boleh? Bongok kan??? Bengangnya aku! Bukannya senang nak jumpa, dah jumpa boleh lupa plak? The next day masa we all nak balik tuh, hubby ada nampak dia tukar duit kat kaunter hotel, hubby panggil aku kat restaurant, then bila we all sampai, dia dah takder pulak. Hu hu ..sedih jer tau .. kalau tak mesti ada kenangan yang dapat disimpan dalam blog nih, dan bolehlah aku tunjuk kat Zayra yang dia tak kesorangan di dunia ini. Kecik2 lagi dia dah dapat jumpa abang yang hampir sama conditionnya dengan dia, sayangnya Mommy langsung tak ingat nak ambil gambar untuk kenangan. Adushh...takperla sayang, ni Mommy tulis dalam blog so nanti bila adik besar, adik baca blog nih, adik tau yang You're not alone ok sayang ..?
My so so special baby Zayra yang gebush... Topi tak tahannnn...
Restaurant Ramayana yang best!
Baju nih khas utk amik gambar jer..bukan utk beli.. hahahaha
Ni pun eksen jer ..bukan duduk pun kat hotel nih..wkakaka
Nak surfing tapi tak bolehh....hu hu...
Terkenang kat Redang masa aku berpeluk sakan, skang tak boleh peluk sakan sebab ada 2 anak menanti untuk join sama!
Sempat berurut tepi laut ditemani Qarissa yang sibuk nak tolong urut!
Naik kuda kat Bali!
Kali ni ke Bali, memang makan semua sedap-sedap, sebab we all dapat makan nasi padang, dan pelbagai macam makanan yang halal dan sedap! Dulu masa pergi memang langsung tak sedap. Agen tuh bawak ntah ke mana-mana ntah, hampeh btol, tapi kali ni memang puas hati. Dapat jugak we all melawat tempat-tempat yang dulu tak sempat pergi. :)
Kat Rice Terrace, Ubud , Bali
Perhatikan btol2, sama jer muka mak ngan anak kan! Hahhaha..confirm anak aku nih! :)
Menu kat Restoran 3 Nyonya..
Korang layanlah semua gambar2 nih okey .. :) hayati keseronokan we all kat sana.. heheheh
Sempat shopping kat Mothercare Bali..
Spek mata made in Bali, tapi bila panas dia tutup muka, bukan nak pakai spek..apadaaaaaa...
Bila nak cuti lagi Daddy sayang??
6 comments:
alahai seronoknya pergi Bali walaupun banyak misi gagal..hehehe.enjoy btol tengok gambar orang pi melancong.aku bila pulak yer.
hoh..kalo namanya ke bali, boleh ke x bershopping?
bestnya... misi gagal tp puashati kan dpt brg2 yg berguna.. ;)
nampak watie sempoi jer jln2 dgn anak2...
ellisme,
nampak best, mmg best cuma mmg penat sebab asyik berjalan jer .. hahahah..
amik cuti lah yang ..sekali sekala .. kalau air asia wat promo mmg i suka amik..hubby rajin ngadap pc cari free seat ..hahahha
issabelle, potutnya boleh dude .. hahaha.. yakin boleh ..yakin boleh... wakakakak....
kak yong, tu lah pasal kak .. rasa best sebab banyak dapat instrument utk kelas tuh kan .. puas hati sgt ..semuanya unik tau .. heheh
saya mmg sempoi orangnya kak .. selebet jer sokmo ..wakakakak...
Post a Comment