This is my 2 new Ballerina dancer yang di import khas dari Bali. Sorang besar, sorang kecik. Comel tak? Hhehe.. Walaupun tak hantar pun dorang pergi kelas Balle, eksen dulu pun okeh kot? Hahhaha...
This is how u bend ur leg when we do Balle dance okeh!
Yezza! Akulah diva teragung!
Nak htr Q gi Balle class macam awal sgt jer .. Rasanya banyak yang hantar masa anak 4 tahun kan? Lama lagi tuh nak tunggu anak aku pakai baju Balle, so bila nampak ada baju ni kat Bali, aku pun rembat lah 2 helai untuk buah hati aku nih ha! Harga pun murah tau .. satu dalam 40K Rupiah jeer, convert duit sini tak sampai RM18 kot? Kalau kat Malaysia, mesti mahal dowh... ni hand made, kualiti pun okleh gak aku rasa, not bad, setakat utk suka2 pakai bila gedik2 time.. hahahah..
My 2 nyawa's a.k.a pretty Ballerina in the making!
Ada gak cerita masa aku beli baju nih. Aku berangin jer ngan minah yang jual kat kedai tuh! Muka cam tertelan coli korang tau tak! Cam hareemmm jer muka dia! Punyalah sombong! Kat cermin kedai dia ada tulis "NO BULLSHIT, FIXED PRICE", lebih kurang gitu lah, aku pun dah lupa tapi the word NO BULLSHIT tu mmg ada. Then aku tanyalah berapa harga baju nih, muka dia dengan penuh berlagak (sebab ada mat salleh kat kedai dia ..ingat bagus sgt lah tuh!) pastu dia kata 40K Rupiah. Aku saja tanya, "Harga pas berapa?" Of coz lah as customer kita akan tanya kalau2 ada diskaun atau last price yg dia leh bg kan. Then minah senget nih terus cakap No Diskaun sambil tunjuk the word NO BULLSHIT tu. Itu okeh lagi, bila aku masuk kedai dia nak pilih saiz, ada lah satu group mat salleh nak test baju. Bukan main baik lagi dia layan, siap gelak2.. Bila aku tanya saiz untuk budak setahun ngan 2 tahun, dia macam nak tak nak layan jer ko! Hanginnya aku! Masa tuh aku dukung Zayra, so dia ingat aku nak beli untuk Zayra, kira saiz Zayra tuh takder lah, paling kecik untuk setahun kot, saiz S. Maybe sebab tu dia takmo layan. Memang muka keji giler, aku rasa nak pijakkkk jerrr perut dia! Laki aku memang duduk luar sebab tolak stroller Q.
Wajah-wajah my baby Zayra in her Ballerina suit..
Silang pangkah lagi ko!
Bila aku tgk dia berlagak sangat duk layan Mat Salleh tuh, aku slap terus depan2 mat salleh tuh, mampus ko lah Minah .. ko ingat aku cikai sgt ker.. ko ingat aku orang tempatan ker? Silap besar lah ko! Aku terus sound, "I think as a businesswoman, you're so ARROGANT! Maybe I'm not "white" so you treat me like this. You must change your attitude!" Hambek ko, terus minah tu cam terpaku dan terkejut aku selamba badak sound dia. Dia terus diam dan bagi aku saiz yg aku mintak. Aku buat muka kerek dan terus bayar. Masa nak bagi baju, dia tanya aku, "Where you come from?" dengan English tunggang langgang, ada hati nak berlagak bagus! Geram plak aku..terus aku jawab "MALAYSIA" then dia terus diam. Tu lah aku kata, mesti dia ingat aku from Jakarta atau any part of Indonesia kot? (Tapi kalau iya pun aku orang tempatan, mana boleh ko treat cust like that kan?) Mentang2 lah aku selekeh jer time tuh, Bali kan panas, tak koser lah aku nak pakai baju ala2 pergi Hi-Tea plak kan! Hahahha...Dulu masa 1st time pergi aku dah kena dah, panas giler, tak sanggup aku pakai baju tebal-tebal tu. Kalau Mat Salleh tuh dah jelas2 kulit putih. Sungguh racist ini minah! Padanlah takder sapa nak masuk kedai ko!.
Wajah-wajah my diva Qarissa in her Ballerina suit..
Oh dunia! Lihatlah diriku!
Ni aksi apa neh? Confuse aku..
Bila aku jalan ke kedai2 biasa ke dalam sikit, rupanya ada banyak baju Ballerina tuh! Cehhh..kalau aku tau, tak hingin aku beli kat minah tuh. Sebab kedai dia tepi jalan dan beraircond dan dia cam letak the Ballerina suit kat luar kedai, tu yang aku tertarik. Kalau aku tau ada banyak lagi kedai kat belakang, mati hidup balik tak hingin aku nak bg ko 80K untuk 2 pasang baju tuh! You dont deserve it lah pompuan oi! Tapi puas gak lah hati aku dapat sound minah tu. Mesti dia akan teringat2 kat aku sebab aku sound dia dan mungkin pasni dia takut nak berlagak sangat ngan customer2 yang lain. Pengajaran lah gak pada dia... padan muka ko!
Pretty Zayra in her Princess hat! Love all this action! Macam puteri raja..ehhehe
Hmm..tu jer lah citer Ballerina aku hari nih. Bila tgk anak2 aku yg comey tu pakai baju nih, terus sejuk hati aku dan rasa cam, alahai anak omakkkkk.... meh kita dancing2 jom? Hheheh.. kena plak dengan topi colorful from Bali...sungguh tomei kan?
Muka toya & berlagak diva ni mmg tak boleh blah btol lah! Hu hu...
Padan muka minah Bali tuh kena sound dengan....
4 comments:
so cuteeee!! comelnyer both Q's in ballerina suit..pandai beraksi!!
ala comelnyeeee....geram rasa nk cubit2...
aku yg membaca pun geram ok..
btw, zayra is sooooooooooooooooooooo cute..rasa nak gigit2 je perut dia..hahaha..tp aksi Q mmg tak blh lawan..heheee
ada style betul gmbr ke2 tu.
Post a Comment