Alhamdulillah, diam tak dia, dah 7 bulan usia Zayra. Cepatnya masa berlalu wei, aku rasa cam baru semalam jer aku meneran dia. Punyalah sakit Ya Rabbi, tak leh nak citer, tau-tau dah 7 bulan anak aku!!! Hmmmm.. so fast lah... :)
NI gambar lama.. tak ingat umur berapa ntah .. tapi dia sgt suka tummy time!
Dan, sepanjang 7 bulan ni juga, macam2 sungguh yang berlaku dalam hidup aku! Berubah 360*. Menjadi ibu pada Symbrachydactyly baby, pengalaman pertama seumur hidup yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Rezeki yang Allah bagi, dari bisnes @ home, tanpa disangka dan dirancang, tau-tau jer dah ada new opis @ Wisma Bling Lustre nih, isk iskk.. cam tak caya jer tau. Semakin sibuk, semakin kekurangan masa dan semakin seronok melayani keletah dua orang puteri yang bijak2 ni ..:)
Senyum selamba dengan tangan kanan yang akan ke kiri, kanan depan dan belakang ikut suka dia ..ehehe
Dalam tempoh 7 bulan ini juga, begitu banyak "keajaiban" yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri. Betapa besarnya kuasa Allah, dan sesungguhnnya aku bersyukur diberi peluang untuk melihat bagaimana Allah memberikan kelebihan pada makhluk yang dikehendakinya. Satu yang aku belajar - DONT YOU EVER UNDERESTIMATE YOUR BABY FOR WHATEVER REASON!! Tak kesahlah camner pun keadaan anak kita, percayalah pada keajaiban Allah dan positiflah selalu, paling penting percaya pada anak kita, Insya Allah, our "right brain" state yang selalu kita amalkan ini akan memberikan impak yang sungguh menakjubkan.:)
Saya terer push-up ok...dont play play! Ni pun gambar lama masa berapa bulan ntah .. dah lupa..:P
Di usia 7 bulan ini, aku bangga nak bagitahu yang Zayra dah pun pandai angkat punggung sebagai persediaan merangkak. Dia dah mula angkat punggung sejak usianya 6 bulan lagi dan masuk bulan ke tujuh nih, dah pandai balancekan diri dari keadaan baring ke posisi duduk. Dia dah lama menjalar seluruh rumah, aku dah lupa sejak usianya berapa bulan, tapi memang sangat aktif, siap boleh corner-corner satu bulatan lagi!. Sekarang nih, memang dah tak boleh guna kubu bantal dan biarkan dia sorang lagi. Sangat bahaya sebab dia dah mula pandai nak panjat bantal2 tuh semua.
Mula-mula camni ..
Pastu tonggek sket ...
Pastu terus tonggek gini, kalahkan aunty Inul Daratista tuh!
Zayra juga begitu bijak menggunakan jari-jari kaki untuk menolak dirinya ke depan dengan lebih laju. Dan yang paling aku kagum, dia begitu pandai mengimbangi badannya dengan satu tangan dan tangan itu adalah tangan kanan! Yang dulunya, masa kelahirannya aku agak risau jika tangan itu tidak begitu kuat, ternyata aku silap besar!! Tangan itu sangat kuat sampai boleh menampung bahagian atas badan Zayra sepenuhnya! Hanya tangan itu semata2! Bravo Zayra! Mummy bangga betul dengan Zayra, masih boleh beraksi ala-ala model dengan baring sambil menyengetkan badan, dan menampung badan dengan tangan kanan.
Dan otot-otot di tangan kanan juga, di bahagian constriction juga semakin kuat. Macam mana aku tahu? Hhehehe.. aku nih jahat sikit, suka nyakat Zayra. Aku suka buat aksi "bye-bye" guna tangan kanan tuh, bila buat camtuh, tangan dia akan terikutlah semua, cam ala-ala "terketai-ketai" gitu, sebab kan takder tulang, jadi softlah mengikut arah lambaian kita. Tapi, satu hari, aku terkejut bila tengah2 aku buat aksi tuh, tetiba bahagian constriction tuh langsung tak bergerak! Seolah-olah Zayra telah mengawal bahagian tersebut dari bergerak. Dari situlah aku tahu yang otot-otot tangan Zayra yang mengawal bhg tersebut dengan baik sekali. Dan sekarang, aku ajar Zayra, bila aku buat aksi bye-bye, selalunya mesti akan terketai-ketai dulu, then tengah-tengah bye-bye tuh, aku akan suruh Zayra keraskan tangan dia dan Zayra pasti akan melakukannya! Happy bila tengok perubahan tuh tau..She really know how to control the hand movement! Genius Zayra! Tu belum lagi dia punch muka aku dengan tangan tuh. Senget-benget dibuatnya sebab pergerakan tangan dia, baik kiri atau kanan, memang sangat laju.
With a blink of eyes, tau tau dah sampai ke mana-mana ntah si themok nih.. bahaya sungguh kalau nak biar sorang2. !
Iyah ..iyah... selamba kan!! Dengan tangan kanan tahan her whole body... angkat punggung,peha semua, dan skang lepas angkat punggung, terus dia duduk!
Tangan kiri tak yah cakap lah kan, dah nama pun satu tangan, mmg lah aktif tak ingat punya. Segala benda dia nak capai, terus nak masuk mulut. Aku nih memang notty sikit, bila dukung Zayra, kalau dia asyik lah nak terbalikkan Lappy aku, atau nak kacau kerja aku, aku mesti tukar posisi tau, bagi posisi tangan kanan tuh ada depan Lappy, maknanya aku akan letak dia kat peha kanan. Hahhahaa.. susah sikit dia nak kacau aku. Kalau tak..mak aiiii... memang habislah segala serbi dia nak pegang. Tapi dia ni pandai, bila aku wat camtu, dia tau susah nak capai, dia akan nangis2 dan rengek2 . Hhehehe.. Pandai betul.:P
Cuma satu jer buat aku sedih sikit lah, tapi tak lah sedih sangat sebab aku nak tanamkan niat dalam hati, dah clear my mind that any activity atau apa sahaja yang perlu dibuat untuk tgk Zayra aktif menggunakan tangan kanan tu, aku akan buat tanpa rasa kesian. Sometimes, bila aku tgk cara Zayra nak merangkak ke depan, tak kesahlah samada dia angkat punggung atau sekadar menolak dirinya ke depan. The way dia balancekan badan dan menuju ke depan tuh kengkadang aku sedih sikit sebab nampak cam susah jer, tapi dia buat dengan cepat dan laju. Dia akan tahan dan tampung badan dengan tangan kanan, dan majukan diri ke depan dengan tangan kiri. Cuma kadang2 bila dia laju sangat sampai kurang kawalan kesimbangan, muka dia macam tersembam sikit ke depan dan dia akan terkejut dan menangis sikit. Tuh yang buat aku kesian kadang-kadang, tapi aku tetap suruh dia buat jugak. In fact, Zayra pun suka. Korang boleh rasa tulang tangan kanan tuh sangat tajam dan kuat bila dia "lempang" muka korang dengan tangan kanan. Hhehehee...Dan part yg menyeramkan bila Zayra meniarap dan tegakkan badan dia ketika meniarap guna tangan kanan sahaja! Korang leh tgk tapak tangan kanan tuh kejap kiri, kejap kanan, kejap depan, kejap belakang! Hmmm..seram kan! Tapi member rilek jerr.... ekkeke..
Posing ala-ala model tepi pool. Again, dengan tgn kanan selamba menahan diri yang bukanya ringan!! Ada sesapa nak panggil Zayra jadi model baju mandi? Hahhahaa..
In terms of reading, alhamdulillah, at 5 months age, aku dah berjaya rekodkan sessi bacaan dengan Zayra, she can read! Bestnya rasa, sekarang aku buat rutin cam biasa lah.. sesekali ada gak test Zayra, tapi macam Q, Zayra tak suka jugak. Semua baby pun tak suka kalau dia tahu kita nak test dia kan. Hheheh.. So, aku banyak tunjuk flash card plus bukakkan DVD Education utk Zayra tgk daily. Zayra ni mmg special lah.. kecik-kecik dah pandai demand, Q dulu dah 2 tahun baru lah pandai nak jerit2 mintak tukar DVD, ini si Zayra 6-7 bulan dah pandai demand tau! Kalau CD dia tak suka, mula lah mulut bebel-bebel takmo stop. Kalau bukak CD yang dia suka, baru nampak tajuk dah mengekek-ngekek dan bergerak2 kesukaan dalam dukungan aku. Kena pegang betul-betul takut dia jatuh tau! Bijak btol!
Ni memang posing feveret lah .. kuat betul kan tangan kanan dia tuh! .
Cuma sekarang aku tak sabar nak tgk Zayra merangkak betul-betul dan macam mana cara dia akan gunakan tangan kanan dia tu. Hmmm.. hari-hari bersama Zayra memang tak pernah bosan sebab Zayra ni penuh dengan strategi dan suprise. Dia memang selalu suprisekan aku dengan gaya-gaya eksotik dia tu! Aku yang tertunggu-tunggu, apa lagi dia akan buat yer? Camner dia nak buat yer? Hhehhehee... Sabar jer lah kan ..:)
Dan, at 5 months age, aku dah ajar Zayra salam tau! She really touch everybody's heart bila org tgk dia salam. Dia akan angkat tangan kanan tu bila kita mintak dia salam. So cute..yang best tuh, sampai lah ke besar nanti, Zayra hanya perlu hulur jer, sebab orang yang menerima salam tuh yang akan kena sambut, sebab Zayra tak leh sambut! Hhehee.. tapi manalah tahu kalau dia boleh sambut pulak pasnikan. Keajaiban Allah tuh ..:) Bangga sangat aku rasa setiap kali Zayra angkat tangan sambil senyum everytime aku cakap, "Zayra, salam sayang ..salam..". Bila dia angkat tangan, berbunga-bunga hati aku. Bangga takleh nak cakap sebab Zayra paham makna salam tuh. Orang yang tgk pun terus jatuh hati kat dia. Hhehehee..:) Latihan yang sangat bagus untuk Zayra supaya dia tak rasa malu nak salam orang bila besar, dia mesti bangga sebab dia adalah salah sorang dari 32,000 yang lahir yang ada special hand camtuh kan! Hheheheh..
Kalau kita suruh dia dalam, nanti dia akan angkat tangan camni...:) 5 bulan dah master dalam bab salam menyalam. Harus train untuk raya tahun depan. Wakakaaka...
Hmmm... tu lah perkembangan terkini my genius baby Zayra yang dapat aku ingat setakat ini. Setiap hari, mesti akan ada satu gaya atau cara atau teknik atau apa2 jer lah suprise yang Zayra akan tunjukkan. Dan semuanya membanggakan aku selaku ibu. Nak tinggalkan dia pun rasa sayang, tapi sometimes kena tinggal jugak, especially bila time seminar .. :) Insya Allah, bila dia dah besar sikit, dah tak perlu tinggal lagi.. :)
Semoga my baby Zayra akan terus menunjukkan skill dan peningkatan yang memberansangkan dan membanggakan Mummy & Daddy setiap hari. Insya Allah...:)
Bangga sangat denganmu Zayra,
2 comments:
sekejap je dah 7bulan ye, babe.
cepat rasanya progress si zayra ni. tu dlm sibuk2 mummy dia tu.
dah mcm2 dah pandai si zayra ni :)comel and adorable :)
Post a Comment