Hmm... tajuk seminar sungguh mengancam kan! Memang mengancam pun seminar nih! Harus lah korang terutamanya wanita-wanita muda, tua, bekerjaya, surirumah, baik yang masih anak dara atau yang dah beranak-pinak untuk menghadiri seminar yang akan datang ni. :)
Seminar ni akan berlangsung di pejabat Genius Baby On Board hujung bulan nih. My friend, Haslina & team yang akan menganjurkannya. Seminar ni pasal apa yer? Hmmm...aku ringkaskan yer.. (ringkas ker? selalunya aku punya ringkas pun panjang berjela dowh... hahaah)
Pernah tak korang rasa, makin korang di mamah usia, makin beranak pinak, makin kurang pesona diri dan wajah? Tak kisahlah sendiri rasa ker, atau suami komplen ker, atau orang sekeliling cam susah nak berinteraksi dengan korang tak tahu kenapa? Atau maybe yang perempuan tuh, susah sangat nak lekat jodoh, couple, couple tapi masih tak jadi2 kawin. Ada yang kata kena "pelalau" yang menyebabkan susah sgt nak lekat jodoh. Aku pernah dengar ayat2 tuh, tapi mengalaminya sendiri blum pernah, mintak dijauhkan lah perkara-perkara pelik camtu kan. Ada jugak yang susah betul nak dihormati oleh orang sekililing, tak kesahlah baik pekerja atau jiran atau sesapa sahaja lah kan ..
As for me personally, my concern after dah beranak dua nih, more on pemakanan, kesihatan badan dan kecantikan semulajadi lah kan ..sebab hubby aku tuh walaupun usia dia 5 tahun lebih tua dari aku, tapi rupa dia tak macam 5 tahun tua pun. Korang jangan tak tahu, semua orang ingat laki den tuh sebaya den! Sakit nauuu hati nih ha .. hu hu .. Dorang kata, bukan aku nampak tua, tapi laki aku yg nampak muda!! Adoiiii... Aku ingat lagi dulu masa sekolah, cikgu aku kata kalau nak cari suami, cari yang SEKURANG-KURANGNYA 7 TAHUN LAGI TUA DARI KAMU! Time tuh we all semua cam, "Haaaa! Makkkk aiiii.. tuanya laki den..iskkk takmolah aku!!" But now, I know why and it soooo veryyyy trueeeee!! Yang 5 tahun aku dapat nih pun semua kata muda kan... kita perempuan nih memang susah rasanya nak maintain especially lepas beranak kan.. dan kos maintenance kita tinggi oooo... Dapat suami yang sanggup htr bini gi maintain tubuh dan wajah setiap bulan kat Mary France memang best kan! Hhehehe...
Dan ada juga sesetengah orang yang tersasar dalam mencari kecantikan sejati, tak kisahlah nak pikat seseorang, suami sendiri atau suami orang (opss...ada ker ... takutnya aku...mintak dijauhkan dlm hidup aku Ya Allah) dengan penggunaan kaedah-kaedah yang menyalahi agama. Korang jgn tanya aku apa kaedahnya sebab aku pun tak reti mender2 pelik nih.. tapi aku pernah tgk cerita SUSUK. Hheheheh.. Ngeri jer tgk Ida Nerina makan daging berdarah tuh kan .. yucks..!
Jadi, seminar nih adalah seminar mengenai pesona bawaan lahir yang ada pada semua wanita. Tak perlu nak pakai mender pelik2 dengan cara yang menyalahi agama semata-mata untuk memikat orang, melariskan perniagaan dan sebagainya. Dalam seminar nih, akan di ajar rahsia-rahsia wanita pada semua peserta. Korang pernah tak rasa jemu bila tengok wajah baby? Tak pernah kan? Baby tuh tak payah nak pakai mender2 pelik untuk bagi korang suka tgk muka dorang. Hehheh.. macam tuh lah perumpamaannya seminar nih. Within your self, you find ur own beauty, all the secret dan dalam seminar tuh juga, akan di beritahu setiap kelebihan dan kelemahan peserta, bagaimana "melihat" dan "membaca" seorang lelaki (so kita tak senang2 kena tipu yer..) dan bagaimana memikat lelaki dan suami menggunakan apa yang dah sedia ada dalam diri kita dan bukannya guna mender2 merepek2 tuh..:) Semuanya berbalik kepada agama yerr...:)
Aku dapat tahu from my friend yang organize this course, they did the same course kat Singapore, tapi 3 hari 2 malam, korang tau berapa? Kalau convert duit Malaysia, RM 7 riban beb! Tapi yang datang tuh semua mak-mak datin lah kan ... exclusive dan elit punya course tuh .. mencirit nak cari 7 ribu wei!
Dan, the best part is, memandangkan ni kali pertama course ni dibuat kat Malaysia, half day course kan .. the sifoo akan turun dari Singapore dan bagi talk sekali dengan my friend Haslina nih. Dan, sifoo itu lelaki okeh! Hmmmm.. just imagine lelaki yang akan bg talk pasal hal-hal wanita. Korang ingat senang ker lelaki nak reveal apa sebenarnya yang lelaki suka tgk kat dan nak wanita2 ni buat atau isteri2 dia buat? Hmmmm.. rahsia dari mulut seorang lelaki weiii... !
So, sesapa nak datang, bolehlah wat tempahan, harga course nih pun tak mahal sgt, semua mampu wei cuma yang tak bestnya, dia hanya bukak utk 10 orang jer, lagi 10 orang dah tempah seat! Hhehehe...so, aku bgtau awal2, sebelum habis seat nih .. sapa nak tempah tuh, bolehlah call me at 016-20 333 40 atau call terus kawan aku Haslina tuh @ 013-3015123.
Below are the agenda dan details pasal seminar ni yer:
Agenda:
* Pesona Bawaan Lahir
* Awet muda melalui makanan & resepi
* Urut / Distress Point
* Mahabbah
* dan macam-macam lagi rahsia kewanitaan...
Details On Seminar:
Tarikh: 27 November 2010 (Sabtu)
Masa: 2pm - 8 pm
Harga : RM 90 / Pax (RM 50 to confirm booking)
Place: Genius Baby Resources, 47-2, Jalan Meranti Jaya 3/1, Tanming Boulevard, Taman Meranti Jaya, 41050, Puchong Sgor.
*harap maaf tetapi for this seminar, anak kecil tidak dibenarkan di bawa masuk ke ruang seminar.
Dan, untuk pengetahuan anda juga, harga yang ditawarkan ini adalah harga pengenalan. Seminar yang sama akan diadakan selepas ini dan harganya akan meningkat ke RM 135 / seminar.:)
So, to uols out there, tak kesahlah sesapa yang baca this blog, bolehlah sama2 menghadiri this seminar utk kebaikan diri sendiri. Kalau ada suami-suami yang terbaca tuh, boleh ah uols hadiahkan this seminar to your lovely wife. Penat tau dorang beranakkan anak-anak uols semua .. mesti dorang happy dapat hadiah seminar dari hubby sendiri. Bukan mahal pun kan, skang nak beli hadiah kat Parkson atau Jusco pun mau ratus-ratus tuh .. heheheh..:)
Dan, aku sudahi entry nih dengan emel pertanyaan dari akak senior aku kat FB, baru semalam dia letak .. hehehe.. aku takder rahsia apa pun .. (takder rahsia pun rahsia gak tuh kot?) hahahah.. tapi rasa terharu bila dia dia kata aku nampak muda bila tgk gambar terbaru aku amik with hubby sempena ulang tahun kelima perkahwinan yang bakal menjelang tak lama lagi (tu kena tunggu entry selepas nih okeh ..kalau nak tgk gambar2 tuh ..hahhaha)..wkakaka.. sebab aku dah rasa aku nih cukup tua .. hu hu ..sometimes apa yang kita lakukan setiap hari, aktiviti kita, keceriaan kita tu yang merupakan rahsia kita, cuma kita jer yang tak sedar. Hmmm... entah-entah rahsia tuh ada di bincangkan dalam seminar nih kan? Sapa tahu .... hmmm so, bolehlah semua pakat2 nak join okeh ..aku pun teruja gak sebenarnya nih ..ekekekke...
Rahsia yang bukan lagi rahsia,
1 comment:
First God created Man...and rested...then God created Woman..and since then, neither God nor Man had rested......why?...Woman, wonders of the world, u can be a great man..but still u comes out of a woman womb...thats how beautiful a woman is.....mana yang harus aku lebehkan dulu..ya rasullullah...maka dijawab....Ibu mu..Ibu mu..Ibu mu...baru ayah mu.....no wonder man never rested...he he he
Post a Comment