Yezzzzaaaa.. this is a daily activity yang aku & Zayra selalu buat dan enjoy! Kalau sapa yang datang my 1st mini seminar dulu mesti tahu bahawa masa Qarissa dulu, aku TAK PERNAH buat this activity walaupun aku tahu kebaikannya. Sebab apa - TAKUTTTTT OOOOOO! Cuak giler aku, seram seriau aku nak buat masa Q dulu ..
Yeehaaaa! Best kan Zayra????
Tapi, aku tahu aku kena jugak beranikan diri, sebab apa? Sebab aku nih motivate mak bapak suruh buat yg terbaik dan buat stimulasi ni. Aku bgtau kebaikan upside down, tapi aku sendiri tak buat, dah macam ketam nak jalan anak dia berjalan lurus plak kan! jadi, sejak 17 July 2010 yang lalu, aku pelan2 memberanikan diri utk buat this aktiviti dengan Zayra. Masya Allah, memang tak susah rupanya buat aktiviti ni! Bukan tu jer! Best pulak tuh! Zayra sangat2 suka hokay! Punyalah aktif mata da melilau ke sana ke mari masa dia dalam keadaan upside down tuh. ia happy kot tgk semua mender cam terbalik. Hheheh.. Good for her eyes also. Kalau korang tgk gambar-gambar nih, semua gambar Zayra cam 'bergerak' kan? Hheheh..memang dia tak duduk diam kalau buat aktiviti ni ..:) Asyik nak menggelinjang jer!
Tgk lah dia punya suka. Gambar ni tak clear sgt sebab hubby amik guna BB dia tapi tgn ter'bergegar' sket..hehe
Aktiviti upside down nih memang agak jarang dilakukan pada baby sebab kebanyakkannya takut dan tak biasa, ada gak argument yg aku baca kat tenet, konon-konon upside down activity boleh cause brain damage to baby, Wakakak..lawak giler .. kalau anak ko jatuh ke lantai kepala dia terhentak ada gak maknanya ... (minah salleh nih buat camtuh kat baby dia, sekali mak kawan perempuan dia cuak kalau2 baby tu akan jadi brain damage due to the activity ..hahhaa... kesian aunty tuh kan...). Baby tuh duk dalam perut dalam keadaan tunggang terbalik 10 bulan sihattttttt jerrrr... dan dan dah keluar kalau buat terus jadi brain damage...kekek.. lawak tol!
Ni baru cantik sikit tapi cuba tgk Zayra. tetap tak clear sebab dia suka menggelinjang kalau aku buat this activity.. Suka bangattttt! Peha Zayra cam ayam A1 Okehhh!
Untuk ibu bapa di luar sana, aku suggestkan korang buat this aktiviti selalu with your kids. In fact ngan Q pun aku dah berani buat, cuma Q tuh panjang sikit, pastu dia lagi kuat, so kena hati2 lebih sikit lah time buat tu.. :) Caranya? Hmmm... kalau nak explain dalam ni susah, time seminar aku selalu tunjuk demo, jadi senang nampak .. But i explain dalam nih, harap korang leh figure out how u can do this activiti kay:
1: Mula-mula rilekkan diri, mesti rilek dan jangan gopoh.
2: Korang belunjur, baringkan anak kat peha dan kaki tu. Kepala anak boleh ada kat arah kaki atau arah peha, tapi rasanya lebih senang kalau kepala anak mengadap peha, kaki anak kat kaki korang. Jadi, bila korang angkat tu, muka anak akan mengadap muka korang (paham tak nih yerk..adoiii.. teruknya explaination aku!)
3: Then, pegang peha anak dengan erat tapi jangan tekan kuat sangat, sakit pulak nanti. Pegang dengan kejap utk pastikan bila korang angkat, anak rasa selesa dan dalam masa yg sama, pastikan dia tak jatuh lah kan ..:) Pastikan pegang peha dan bukan betis yer. Ni utk memudahkan korang manage your baby body balancing.
4: Korang pelan2 angkat peha anak tu sampailah kepala dia tak jejak bumi dah . Then, buat muka clown depan anak masa tuh! Mesti dorang suka tau! Hhehehe...
5: Bila dah few second, rasa nak letak balik, korang letak pelan2 ke lantai just like the way korang angkat tadi. Korang akan dapati anak korang tuh pandai adjust kepala dia utk dibaringkan kat lantai. (berapa banyak korang daaaaaa)
* kalau takut sgt, untuk pertama kali, aku suggest korang buat ngan hubby. Korang buat, then hubby jaga takut kalau2 ada tersilap ker atau tereksiden ker kan...:) Then, masa buat tuh, leh buat atas katil (jadi empuk sikit) atau letak tilam kecik or at least kain tebal for protection. :) Dan tolong jangan buat aktiviti ni lepas anak makan okeh ... agak2 ah beb ...muntah anak korang kang...
Muka puas lepas wat upside down! Hhehehe
Senang kan? Antara kebaikan Upside down nih, darah boleh masuk ke bahagian yang tak boleh dimasuki di dalam otak. Just like kita sujud. Korang ingat tak ada emel pasal kebaikan sujud? Di mana time sujud tu, darah akan masuk ke otak, ke bahagian yg tidak dapat dimasuki jika kita dalam possisi biasa - like berdiri atau duduk. Same goes to this activity. Kalau biasa dalam Yoga punya senaman pun, ada diberitahu kebaikan turning upside down nih. Ni aku copy paste sikit info pasal Turning Upside Down In Yoga Activity
"Inverted poses are an extremely important group of asanas. Inverted asanas reverse the action of gravity on the body; instead of everything being pulled towards the feet, the orientation shifts towards the head. Similarly, on the emotional and psychic levels, inverted asanas turn everything upside down, throwing a new light on old patterns of behavior and being. Generally, these practices improve health, reduce anxiety and stress and increase self-confidence. They also increase mental power, concentration and stimulate the chakras."
So, tu jer lah aku nak kongsi di hari Jumaat yang mulia ni okeh ..:) Harap-harap mendatangkan manfaat pada semua .. Amin ...:)
Aku sekarang dalam mode berdebar tapi teruja sebab esok nak start Playgroup dah nih .. hu hu .. takut kalau mak bapak tak puas hati dengan "persembahan" aku. Waaaaa.... dah macam wat concert plak ni wei!! Hahhaha.. yer lah ..concert tapi aku jadi Clown! Hahhahahaa... Wish me luck friends!!!!
Percaya tak kalau aku kata, aku dapat rasa this activity membuatkan Zayra cepat merangkak? Coz ia melibatkan keseimbangan dan @ 6 months age, dia dah pandai angkat punggung dan guna semua toes dia untuk push herself ke depan! Kagum aku tgk masa nampak all her toes tu bergerak tau! She really know how to manipulate the toes kurniaan Allah tuh!
Dan, aku sudahi entry kali nih dengan aksi menggoda dari Zayra! Hahaha. Ni lah aksi yg dia paling suka buat sekarang. Dah macam model majalah MANGGA kat tepi kolam (bak kata kawan aku...). Again, Allah menunjukkan kekuasaanNya. Zayra is so damn good in using her Symbrachydactyly hand to support her upper body! Kalau korang tgk, mmg takut tau, tapi dia rilek jer. Kuat betul tgn kanan dia tu. Aku pun cam tak caya masa mula-mula Zayra buat aksi nih. She can really control her body with only one hand and - RIGHT HAND pulak tuh! Amazing giler lah Zayra nih.. Mummy bangga ngan Zayra sayangggggg!
Best giler wat aktivity nih!
2 comments:
hai, i slalu baca blog u psl brain stimulation for babies.. i dah try upside down activities with my 5 months baby.. dia suka.. bila tgk dia suka i lg suka..
wowww..congrats zayra..auntie knows u can do it..go..go..zayra!!
Post a Comment