Semalam, pas htr Qarissa ke kindy, aku balik rumah dan sampai2 jer kat umah, si budak bijak Zayra nih dah tunggu depan pintu, buat2 nangis, macam sedih naaa aku tinggalkan dia, siap bongkok2 badan sambil nangis kesedihan lagi! Hehehhe.. Comey giler wei tengok gelagat bakal pengganti Mia Sara ni (vavava ... perasan tak hengat!!!).
Cinta hati saya ..masa ni gemok lagik..skang cam dah kecik plak aku rasa .. ehhehe
Then, bermulalah sessi melayan anak kat umah, si Zayra nih kemain suka main handphone Bibik Ita ni, tapi awal2 aku dah kuncikan keypadnya. :) Best giler melayan dia berborak wei! Ada jer mender dia nak cakap, memang berbeza sungguh dengan kakaknya, Qarissa yg sokmo kontrol cun! Hahhaha. Aku memang suka melayan kedua-dua anak ni bercakap, tapi aku dapati si Zayra ni bercakap "tanpa effort". Maknanya, apa jer yang aku cakap dan borak, senang betul dia follow balik dan boleh siap ajak aku borak2 lagi. Berbanding Qarissa, memang aku berusaha sangat kuat utk bagi dia bercakap (sapa yang pernah borak ngan aku rasanya leh imagine macam mana kuatnya aku berusaha bercakap kan ..hahahha) dan hasilnya boleh lah dia cakap lebih banyak dari dulu, tapi memang tak lah sebaik Zayra dalam hal "cakap-bercakap" nih.Sampai apa jer yg keluar dar mulut aku, aku kena tapis sebab Zayra akan dapat tangkap just within a click. So, perkataan2 yg pelik2 memang aku jaga betul sebab pernah sekali aku termelatah dan tanpa sengaja tersebut perkataan S.H.I.T!. Hambek ko!Dari luar bilik aku dengar dia ikut sama! Aderghhhh! Tobat terus takmo melatah lagi camtuh wei! Terus tukar dan sering sebut perkataan-perkataan yang baik like Allah! Allahuakbar! Subhanallah dan sebagainya. Memang Zayra ikut balik. Siap dengan intonasi lagik! Comey sgt! Memang karekter kedua-dua anak nih sgt2 berbeza, macam langit dengan bumi but I love it! Ia lebih membuatkan aku faham sifat dan perangai antara anak-anak sgt berbeza dan senang lah nak buat consultation pada parents, sebab kat umah aku ada 2 character anak2 yg sungguh berbeza terutama mulutnya!
Gambar ni aku share kat my FB .. tak sangka pula ramai yg terharu tgk dia makan daging guna 2 tangan..hehehe.. Zayra nih memang guna tgn kanan dia macam tgn kiri..dua2 tgn dia tuh sgt kuat ooo..Seksi plak anak aku makan yo!
Takmolah bebel panjang2, sebab pasni korang nak dengar plak bebelan Zayra nih kan .. Aku sempat rakam 3 video aku melayan dia berborak semalam. Memang best bila tengok balik sebab mulut dia Masya Allah, becok sungguh! Ni 3 video yg dirakamkan dalam waktu terdekat tau! So korang leh ah bayangkan dari pagi ke malam mulut dia camner! Baru 19 bulan tuh, kalau 3 tahun aku tak tahulah camner agaknya dia bercakap yerk! Hheheheh.. Memang btol anak Watie ni, sebijik ikut mak dia..Dengan muka2, dengan mulut suma sama! Ada COP SIRIM lagi yo! Hahahhaha... Dan, another thing yg buat aku terharu dan bangga juga, bila tgk camner dia memanipulasikan dan menggunakan tangan kanan dia dengan begitu baik skali dalam video2 ni..:) Bravo Zayra ..Mommy is proud of you Sayang ....:)
Zayra bergaya bersama kembarnya! Hahahaha.. Zayra the DORA!
Video 1 - @ Living Room
Video 2 - @ Living Room dan di sebalik langsir
Video 3 - @ Bedroom. Agak censored sebab dia mintak nenen..Sebut direct jer yo! Tak kaver2..hahaha...
No comments:
Post a Comment