Tuesday, May 5, 2009

Video - Bedtime Play Action Pack! (1/5/09)


Muka notty ngah start nak kacau Mummy & Daddy

1 Mei 2009 - Hari yang begitu dinantikan oleh semua pekerja di Malaysia dan seluruh dunia! Cuti Day! Memang best sebab kebetulan jatuh hari Jumaat, so 3 days in a row dapat cuti! Best giler kan! Tapi, ia tak lah memberi kesan sangat kepada saya dan suami. Mengapa?? Kerana saya bekerja as "profesional mother" (hehehe), memang hari hari pun "cuti" dan kebetulan suami saya kerja on shift basis dan pada Hari Pekerja, beliau harus bekerja (dapat replacementleave nanti). So, Hari pekerja tahun nih tidaklah membawa apa-apa impak pada kami sekeluarga.


Mata "meliar" cari apa nak capai. Sampai meleleh-leleh air liur. Hehehe

My husband balik kerja pukul 4 pm, so Hari Pekerja ni, masa saya dihabiskan dengan bermain bersama Qarissa dari pagi sampai malam. Dah puas main dengan saya waktu pagi, tgh hari & petang, Daddy nya pula ambil alih untuk bermain-main dengan Qarissa di waktu malam. Bertuah betul Qarissa jadi anak sulung kan? Semua sayang & banyak masa untuknya! Saya berharap agar anak kedua & seterusnya juga, saya akan ada masa untuk bermain & bergembira bersama mereka setiap hari seperti mana yang saya lakukan untuk Qarissa.

Di waktu malam, adalah menjadi rutin harian saya & suami untuk bermain dengan Qarissa. Letak Qarissa atas katil & sessi permainan akan bermula sampailah dia penat & merengek untuk tidur (kadang-kadang Mummy dia yang merengek nak tidur kadang-kadang Daddynya yang tak larat, Qarissa tak penat-penat main!) .

Kami sering membuka VCD kesukaan Qarissa. Apa lagi kalau bukan VCD Lagu Jolly Kids Song Vol 2. Yang peliknya tuh, setiap kali bukak, setiap kali matanya tak bergerak melihat TV. Kalau kita hadang pandangannya pun, dia tak peduli! "Tembus" pandangannya tuh! Sumtimes dia hangin sebab me & hubby selalu kacau, dia akan tolak tangan my hubby yang menghalang pandangannya. So bijak!

Malam ni, Daddy Q main "geli-geli" perut dengan Qarissa. Dengan janggut & misai yang banyak di bahagian mulutnya, Daddy dengan seronoknya menyakat Q dan menggeleteknya di perut. Qarissa apa lagi, mengekek kegelian & kesukaan. Sampai berpusing-pusing dan mengeluh kepenatan!.


Playtime with Daddy! Mengekek-ngekek gelak kesukaan!

Lepas penat main "geli-geli", dia sibuk pulak main handphone Daddy dia. Dia "penyek" kan Daddy dia sambil rampas handphone & belek-belek handphone tu di tangannya. Entah apa lah yang di cari tak tahulah tuh....Habis diangkat-angkatnya handphone tuh. Nasib baik tak dilemparkannya! Gud girl kan anak Mummy!


Qarissa "penyek" kan Daddy & sibuk nak main handphone

Then, dia dengar pulak my maid hidupkan suis alarm rumah. Sejak Qarissa dapat telinga ni, memang dia begitu alert dengan bunyi-bunyian. Setiap malam without fail dia akan pandang ke arah suis alarm di bilik kami sampailah bunyi tu mati sendiri. Kali ni baru sempat kami rakamkan aksinya. Yang kelakar tu, kalau time bunyi countdown alarm tuh pada ketika Qarissa tengah tengok VCD Jolly, dia akan tetap menoleh & pandang ke arah suis alarm menandakan yang da tahu countdown alarm sedang berbunyi. Seronok betul tengok aksi anakku yang seorang ini.


Leka dengar alarm sound. Sibuk duk pandang suis alarm tuh. Heehehe

Dah tak tahu apa nak main lagi, dia mengacau pulak aku yg sedang merakamkan semua aksinya menggunakan camera. habis ditarik-tariknya tali pemegang camera tuh. Aku yg sedang menggunakan mode video pula terpaksa maintain cun, tapi aksinya yang aku rakamkan terganggu lah sikit. Lama juga aku gunakan kamera - video ni, dalam 3 minit. Sayangnya tak leh upload coz lebih 100 Mb. Then, aku stop sebab penat dah. Q asyik tarik talinya dan konsentrasi Mummynya pun dah terganggu. Aku off camera dan "on" kan nenen, terus suap mulut Qarissa dengan harapan dia tertidur.

Letih jugak aku menunggu Q nak tidur, sudahnya aku yg tertidur. Takpe, Qarissa cukup pakar dalam mencari "nenen tersembunyi". Hehehhee...

Good Night Sayang....& Selamat Hari Pekerja 2009 semua!!

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading