Friday, May 8, 2009
Qarissa's Library @ Home
Sewaktu kecil, aku merupakan pelajar yang menggilai buku @ dalam bahasa mudahnya "ulat buku". Cukup pantang aku melihat apa-apa buku, pasti aku akan membacanya untuk menghilangkan kebosanan. Tabiat membaca yang telah aku amalkan sedari kecil ini membawa sampailah aku mempunyai anak sendiri. Aku tidak dapat membayangkan hidupku tanpa buku. Aku akan membawa bahan bacaan (tak kiralah majalah atau novel, surat khabar hatta brochure @ pamplet jualan sekalipun -janji boleh baca.)
Aku rasa rugi menghabiskan masa menunggu bas di bus stop, atau menunggu doktor misalnya, tanpa melakukan apa-apa. Tercanguk macam tunggu buah durian tak gugur-gugur. Buang masa betul. Lebih baik aku baca apa-apa yang patut. Ada juga faedahnya. Suamiku pada awal perkahwinan agak pelik dengan tabiatku yang gila bajan bacaan. Maklumlah, dia tidak begitu. Suamiku ada time-time tertentu yang dikhaskan untuk membaca, tapi isterinya nih, pukul rata selagi ada time, main belasah je. Kereta tengah berjalan pun baca! (Itu ok lagi, aku masih ingat time menjelang Magrib, aku masih dalam kereta, hari dah gelap, so tak berapa nampak, aku masih membaca dan menarik buku yang sedang ku baca ke atas & ke bawah semata-mata untuk mencari sedikit cahaya dari lampu jalan!!!)
Selepas bertahun-tahun "berkelakuan" sedemikian, aku akhirnya sedar, ia tidak bagus untuk penglihatan (apabila aku semakin rabun apabila di universiti, sampai "power" mencecah 350 rasanya.) Alhamdulillah, masa rabun sudah berlalu apabila aku membuat pembedahan laser di Hospital Mata Tun Hussien Onn 2 tahun lalu. Seronok giler dapat mata baru. Sejak itu, suamiku melarang keras aku membaca ketika dia sedang memandu. Terpaksalah aku menukar hobiku kepada mendengar lagu @ menyusukan Qarissa. Nasib baik susu badan, ada jugak aktiviti dalam kereta nak di buat.
Satu lagi tabiatku, apabila aku dah mula membaca, aku seperti berada di alamku sendiri, tak peduli orang keliling. Suamiku cukup takut di awal perkahwinan dulu, kalau kami melawat ke rumah jiran atau saudara maranya dan isterinya mula mengambil suratkhabar. Dia cepat-cepat akan cuit-cuit aku suruh aku berhenti baca. (sebab pernah sekali time dengan arwah Mama, aku leka baca sampai tak sedar orang, dipanggil panggil pun aku tak menyahut! Suami aku tak mahu orang ingat bini dia sombong @ suka buat hal sendiri! Hahahahah..). Memang sukar melepaskan tabiat yang telah kita semai dari kecil.
Kini, apabila aku telah mempunyai anak sendiri, aku berazam untuk menyemai tabiat membaca pada Qarissa sejak kecil lagi. Aku mula membeli buku & bahan bacaan kanak-kanak sejak Qarissa berusia 7 bulan DALAM PERUT! Kalau free, malam-malam aku akan bacakan buku sambil mengusap perutku. Tak kisahlah dia "sebenarnya" dengar atau tak, yang penting, aku latih diri sebelum bayiku lahir. Sedikit demi sedikit buku & bahan bacaan aku belikan untuk Qarissa dan semuanya aku simpan dalam almari suami.
Aku ingin memastikan hidup Qarissa dikelilingi buku saban hari. Biar dia jadi "addicted" macam Mummy dia juga! Apa yang aku lakukan?? Setiap malam, jika tidak aku membaca buku ku sendiri, aku pasti akan membacakan Qarissa buku kanak-kanak. Kadang-kadang, bila aku membaca, Qarissa menonton DVD. Qarissa menunjukkan minat "membaca" apabila dalam pada leka menonton DVD, sempat juga dia merangkak kepadaku dan cuba mengambil buku yang sedang ku baca, kemudian dia pula yang konon-konon nak baca buku tu. Macam dah paham jer.Hehehhe.. Kadang-kadang, suamiku join sama. Yang paling seronok, kami bertiga membaca buku masing-masing atas katil sebelum tidur! Qarissa dengan buku Animal Baby Touch nya, aku dengan novel Ramlee Awang Murshid @ buku pengurusan kewangan Azizi Ali & suamiku pula dengan Majalah Laman nya..
Kini, Qarissa berusia 10 bulan dan sudah pakar dalam menyelak buku. Alhamdulillah, setakat ini belum lagi ada buku yang koyak. Qarissa membelek & menyelak buku dengan begitu berhati-hati dan tekun Macam poyo pun yer jugak. Hehehhe.. Makin usianya bertambah, buku-bukunya juga begitu. Dah mula bersepah satu rumah. Satu kat atas, satu kat bilik, satu kat bawah, satu kat bilik tidur tetamu..iskk..pening kepala aku. Aku nih pula jenis pelupa, takut aku kalau buku-buku yang telah dibeli, tidak dibaca atau digunakan sampai kuning nanti. Ruginya...
Jadi, aku pun mengajak suami untuk membelikan satu almari buku khas untuk meletakkan bahan bacaan Qarissa. Mula-mula aku ingat nak letak semua buku Q dalam almari bacaanku di bilik bawah, tapi almari itu pun dah penuh dengan buku motivasi & novel-novel yang aku kumpulkan selama ini. Memang tak muat dah... Jadi, aku rasa membeli satu almari khas untuk Qarissa adalah tindakan yang bijak & pelaburan yang baik. Aku berniat untuk menjadikannya mini library supaya apabila Qarissa berusia 3-4 tahun, aku harap dia sudah boleh membaca dan menikmati keseronokan alam pembacaan. Aku sering bercakap dengan Qarissa setiap kali dia cuba "merampas" buku yang sedang ku baca, aku akan katakan padanya, " Qarissa, dont worry sayang, nanti bila Q dah besar dan pandai baca, Mummy ada satu almari yang penuh dengan buku untuk Q terokai tau! Jangan tak larat baca sudah yer nak..."
Semoga, almari buku yang aku belikan untuk anak kesayanganku ini akan mendatangkan manfaat bukan hanya padanya, tetapi juga pada adik-adiknya yang bakal lahir kelak. Insya Allah jika Tuhan bagi rezeki lagi. Amin... To my dearest Q, Mummy harap "hadiah" dari Mummy & Daddy ini akan dapat menambahkan minat Q dalam menerokai semua ilmu yang ada di dunia ok sayang.... Insya Allah, once Q dah mula "dapat mulut", kita akan "bermain" bersama-sama dengan semua buku yang telah Mummy belikan untuk Q ok sayang...Mummy & Daddy loves you so much & really hope that someday, Qarissa akan jadi manusia yang berguna & berjasa pada agama, bangsa & negara...Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wah, baguslah ko pupuk minat membaca dari dalam kandungan lagi, sememangnya itu pun yg dituntut.
Q, nnt jumpa auntie jgn lupa bercerita ape yg dalam buku Q yer...
watie, camnelah aku xtau pun ko ulat buku? ulat ubat yelah, paantang ade produk2 kesihatan....hihi... sampai aritu pernah allergic kan?
naimah
Naimah,
hahaha...iskkk...tak caya ko tanya Pidah..ko jgn tak tahu aku pernah baca buku CGI tau sebab tak leh tidur malam..buku novel takder ..buku CGI jer sempat aku rembat & baca ..pidah terkejut dia ingat aku study kaw2 ..padahal aku boring tak leh tidur ..hahaha
pasal ubat tuh yer gak ..tapi allergic bukan sebab ubat aku amik..sebab doktor UTM (yg terlebih pandai) tuh gi suntik ubat kat punggung..aku dah kata aku takmo suntik, dia degil..amik ko..sekali bengkak..tuh lah 1st time aku allergic..after that is history lah ..pantang demam, makan panadol biasa pun bengkak mata aku..aku rasa kesan suntikan kali pertama tuh..badan aku jadi alah..
hahaha....
buku CGI tu...mesti ah org ingat ko tu study kaw2 punye...yolah, ko kan jenis yg bersungguh2....mesti gerun pidah tengok ko masa tu...hihihi....lawak tul lah...
oooo....tulah doc tu tu, nasihat pakar xmo dengar...:P
naimah
Naimah,
hahaha..tulah giler btol..mana ada org baca buku CGI kan .? Buku CGI untuk wat coding2 jer ..aku dah tensen giler time tuh, amik apa yg sempat jer lah .. hahaha..(pandai tak jugak..ahaks)
tuhlah ..rasa cam nak saman doktor tuh tapi kesian plak ..nanti dia boikot aku bg makan racun habislah aku..hahaha
Post a Comment