Friday, June 19, 2009

Malam Yang Penuh Keinsafan & Tangisan..

*maafkan saya jika entry ini terlalu emosi, sememangnya ia sangat emosi & air mata begitu murah walau sekuat mana aku tahan..

Malam ini, 18 June 09 (Khamis malam Jumaat), seperti biasa aku mengadap blog selepas menidurkan Qarissa. Niat di hati ingin cuba install software Brillkids-Little Reader yang baru di upgrade (setelah gagal berpuluh kali kerana kesilapan teknikal pihak LR) tetapi akhirnya ia tidak menjadi kenyataan selepas aku masuk ke blog Mummy Lyna, seterusnya masuk ke blog Jiey dan yang terakhir, blog Fajar dibumi Glasgow.

Sepanjang malam, berselang seli dengan rengekan Qarissa yang sekali sekala ingin merasa nikmatnya susu ibu, aku dengan penuh tekun membaca setiap inci ayat yang diluahkan seorang ibu tabah bernama Jiey, yang pada pandangan mata aku, sungguh cantik dan terdetik difikiranku, tidak hairanlah kalau ia menurun kepada Ian juga.

Sungguh aku kagum melihat ketabahannya, dan bagaimana dia & suami menempuhi hari-hari mendatang dengan anak tercinta, bersulam dengan kesedihan dan debaran sepanjang masa dan dalam masa yang sama ingin melihat anaknya membesar seperti kanak-kanak lain. Sayu sungguh aku membaca nukilannya yang mana ketika itu dia berpeluang untuk menidakkan kehadiran bayi yang dikandungnya tetapi demi sayang & percaya pada takdir Tuhan, Jiey & suami sepakat meneruskan kandungan. Serta merta aku teringatkan rakan baikku di sekolah dahulu, yang kini juga berhadapan dengan masalah bayi yang dikandungnya. Dia juga berada di persimpangan dilema kini, antara meneruskan atau menidakkan kehadiran bayi yang sedang dikandung itu - dimana kedua-duanya juga melibatkan nyawa yang akan pergi jua. Akan ku minta sahabat ku ini membaca blog Jiey, semoga dia mendapat kekuatan darinya.

Sungguh besar kuasa Tuhan, digerakkan hatiku untuk berblog, menceritakan kisah anakku di dunia maya untuk tatapan semua manusia, dan dalam masa yang sama berkenalan dengan semua ibu-ibu hebat di alam cyber, seterusnya membawa ke dunia realiti, di mana ia telah membuka pintu hati, akal & fikiranku untuk melihat dunia dari perspektif berbeza.

Tiba-tiba aku rasa berdosa kerana terlalu gembira dengan kehadiran Qarissa, melihatnya membesar dengan bijak & sihat di depan mata, gembira & bangga menceritakan pengalaman hidupku yang indah-indah sahaja tatkala ibu lain mengharungi kesusahan dan kepayahan yang bukan kepalang. Berdosanya aku!! Ampunkan aku Ya Tuhan ..

Terasa diri ini begitu kecil bila berhadapan dengan ibu-ibu hebat ini. Sungguh, aku kagum dengan ketabahan mereka, kagum dengan keredhaan yang telah mereka tunjukkan. Bertuahnya aku mengenali insan-insan hebat seperti ini. Air mata semakin murah dan dada semakin sakit menahan rasa yang terbuku di dalam hati saat ini. Aku sendiri tidak pasti adakah aku akan setabah mereka jika aku berada di posisi itu?? Masa seakan tidak berputar apabila aku menghabiskan seluruh malam melayari setiap bait kata dalam blog Jiey & Fajar. Apabila aku berehat sebentar sambil menyusukan Qarissa, ku peluk & ku dakap anakku itu sekuat hati sambil mencium ubun-ubunnya. Mengucapkan kata-kata sayang dan pujian. Di saat itu, aku merasa sangat-sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan anak secantik, sebijak dan sesempurna Qarissa. Aku bersyukur kerana tidak diuji sedemikian rupa oleh Allah SWT. Sebagai makhluk Tuhan yang lemah, rasanya terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Mengucapkan syukur sesungguh hati setakat dimulut di atas segala kurniaan yang diberikan kepada Allah kepada kami sekeluarga dari dulu hingga kini, yang tidak pernah putus, tetapi balasan rasa syukur itu kadangkala tidak diterjemahkan dalam bentuk perbuatan terhadap Allah SWT sebagai tanda syukur. Hina sungguh rasanya diri ini...Maafkan aku Tuhan ..

Membaca kisah-kisah sedih & pilu mereka, aku turut terasa kesannya, turut sama bersedih. Aku hanya mampu menitipkan kata-kata semangat dari jauh, tapi aku tahu, segala apa yang aku ungkapkan tidak akan sama seperti mereka yang telah melalui sendiri pengalaman itu. Kerna itu, terasa diri ini tidak layak memberikan komen atau nasihat-nasihat positif untuk mereka kerna aku tidak berada di tempat mereka. Aku percaya, ayat-ayat seperti tabah, sabar, dugaan serta bermacam lagi kata dan frasa-frasa yang seumpama dengannya telah acapkali diterima mereka dan apa yang aku tulis, hanya akan menjadi satu lagi komen prihatin seperti hari-hari semalam. Tapi, percayalah kawan-kawanku, aku benar-benar simpati dengan nasib kamu semua dan berdoa agar Allah SWT sentiasa merahmati kalian sekeluarga. Sungguh terkesan cerita hidup mereka terhadap diriku, hingga membawa ke alam mimpi semalam. Pertama kali aku tidur dalam keadaan gelisah & hati yang tidak tenteram sepanjang malam seolah-olah aku pula yang mengalami masalah yang sama seperti mereka. Begitu kuatnya perasaan seorang ibu & kini aku mengerti, itulah yang kalian rasa sepanjang malam bukan?? Aku baru mengalaminya satu malam, tetapi kalian?? Sungguh kalian makhluk Tuhan yang terpilih dan sangat istimewa di mataku..Kini aku kini lebih memahaminya....

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah diberikan peluang untuk mengenali ibu-ibu yang sangat tabah & istimewa ini. Ia mengajarku erti kesyukuran yang tidak terhingga di atas kurniaan Allah kepada kami. Ia menyebabkan aku lebih berazam untuk menjaga anugerah Allah kepada ku dengan sebaik dan sesempurna mungkin. Aku seharusnya lebih bersyukur kerana dapat merasa nikmat Tuhan dengan begitu mudah. Aku kini melihat dunia dengan perspektif yang berbeza. Selama ini, aku hanya melihat masalah manusia dari luaran dan kejauhan, malah cerita seperti ini juga ada yang berlaku di dalam lingkungan keluarga ku sendiri, tetapi membaca luahan isi hati seorang ibu terhadap anaknya sungguh memberikan kesan terhadap diriku. Itulah luahan hati yang sebenar, tanpa ragu, tanpa prejudis dan aku seakan dapat menyelaminya. Kerana itulah, ia sangat istimewa. Kerana itulah, aku sangat terharu dan kerana itulah, aku merasa bersyukur dengan hidupku kini.

Terima kasih sahabat, terima kasih teman, kalian telah menginsafkan aku dengan cara yang begitu halus dan menusuk kalbu. Terima kasih dengan segala pengalaman yang telah dikongsikan bersama. Aku sangat menghargainya. Aku berdoa kepada Allah SWT, semoga DIA memberikan keajaiban kepada permata hati kamu semua. Amin.

Kepada manusia-manusia keparat (yer ..saya terus mengatakan keparat tanpa ** diantaranya kerana saya seorang yang sangat lantang bersuara) yang sering membuatkan emosi para ibu & keluarga ini tersentuh dengan segala kata-kata hinaan, cercaan dan pelbagai macam soalan & provokasi yang menyentuh hati dan perasaan, sehingga melibatkan keturunan & keluarga, ingatlah, balasan Tuhan itu PASTI!! Ia datang dalam pelbagai bentuk & cara. Kalau setakat ingin menggunakan lidah kurniaan Allah SWT dengan kata-kata seperti itu, sedekahkan saja lidah kamu itu kepada anjing! Haiwan itu lebih berhak menerimanya dari kamu semua!!

Kepada anakku Qarissa, Mummy bertuah dikurniakan anak secomel & sebijakmu sayang. Mummy ingin sekali melihat kamu membesar dengan sempurna, menjadi seorang manusia yang punya hati & perasaan serta sentiasa memandang ke bumi. Jangan terlalu mendongak ke langit sayang. Langit tidak selalunya cerah. Mummy ingin kamu tahu yang kamu dikelilingi ramai rakan-rakan sebaya, seistimewa & sebijak kamu. Mummy ingin kamu berkawan dengan mereka semua tanpa sedikitpun rasa prejudis terhadap kelebihan & keistimewaan yg Tuhan anugerahkan kepada mereka. Mereka juga punya hati & perasaan Qarissa, sama seperti kita. Kita tidak layak untuk menghukum mereka sayang, perjalanan hidup kita sendiri belum tentu lurus atau beronak duri. Lihat dunia ini "dari mata burung" anakku sayang, kau pasti akan lebih menghargainya ...

* Lihat dunia dari mata burung...
*Jangan lihat dari dalam tempurung
* Yang mana satu engkau pilih ....




Qarissa ku Sayang - Anugerah terindah buat kami sekeluarga. Gambar ihsan Little Mama a.k.a Ros @ Mom Bloggers Planet semasa majlis MSK gathering baru-baru ini. saya sangat menyukainya!! Terima kasih Ros!! (Ada satu gambar yg sangat special, nanti saya masukkan yer!!)


Semoga Tuhan melimpahkan rahmat yang tidak terhingga buat mereka semua,

29 comments:

3740Journal said...

terharunyer baca entry ni. memang aku pun kagum dengan mereka yang begitu tabah dalam menerima kurniaan tuhan dan sanggup melakukan apa je untuk anak diorang. memang ah watie, if dah ada naluri ibu dalam diri tu, walau apa pemberian tuhan kite akan terima dengan tabah dan redha. semuanya ada hikmah. mungkin pada usia bayi dia di duga dengan begitu, tapi mana tahu bila dia besar dia merupakan seorang yang bijak pandai dan jadi orang yang hebat.

kite tak tau apa masa depan kite sendiri dan anak2 kite. sebab tu kite kene bersyukur dengan apa pun yang tuhan bagi.

& aku pun tak tau samaada aku sendiri akan setabah mereka if di duga macam tuh. sebab tu kite tak boleh asyik memandang ke atas, mendongak dan leka dengan gembira jek, sekali sekali pandang ke bawah dan tengok ramai orang yang tak bernasib baik dengan kita.

kene selalu insaf.. kene selalu bertawakal..:)

Lovely Mommy... said...

well, fren... Tuhan Maha Kaya & Maha Pemurah... tiap2 nikmat yang Dia bagi sumenyer dlm pegbagai bentuk... kita jer la yg kena tahu menghargainyer...

Farah said...

yup..mmg jiey adalah seorg ibu yg sgt tabah!! sbb tu saya rajin jenguk blog jiey sbb mmg tgk ian je saya terus rase insaf bile asik mengeluh menjaga anak sendiri..ade lagi rupe2nye ibu yg lagi teruk di uji..

sya said...

ye, saya juga mengikuti blog fajar.. sehingga sekarang terkesan dalam hati saya...

Ada masa2 juga rasa bersalah bercerita tentang anak kita yang sihat dalam blog, sedangkan ada orang hanya mampu menceritakan disebaliknya...

berdoa semoga mereka dan kita dikurniakan kebahagiaan dalam kehidupan.. :)

Cool said...

nak link dia .. aku tak jumpa yg mana satu@!~

Jiey^Mien said...

Dearest Watie,

Thanks a lot for this lovely post. It really touched me, deeply..

Dear, tak perlulah mengangkat terlalu tinggi.. I'm just like any other mother, who's trying hard to do the best thing for her little angel.

And being a mother, regardless to a special needs baby or any other typical baby, it's all about sacrificing lots of things kan?

Sbg contoh, Watie sdr.. You have done a lot to your sweetie Rania Qarissa (btw, last time, our choice of name if Ian is a girl is, Rania Adriana.. Kebetulan! Hehhehe.. ) and I'm really impressed with all of your effort.. Hope I can be as hardworking as you! =)

And, dont feel guilty bout writing on your child development and intelligence.. Coz I did the same thing.. Even the slightest development.. It is something that parents normally do kan?

Cuma kalau sy baca pasal development ank2 org lain kat blog, sometimes, I chose not to leave any comment. Ada rasa semacam.. **jeles ke? muahahha..**

Kalau I drop comment pun, I'll say something like.. "Oh, I wish Ian can do that" atau pun "InsyaAllah, nanti Ian pun boleh buat macam tu jugak.." And when the writer replied by saying, "InsyaAllah, Ian pasti boleh.." It's an advantage for Ian coz there's one extra person that is praying for him, other than us..

So many good things from blogging kan? Hhehehehe..

K la, terpanjang pulakk.. Nak lawan first commentor (Azzamorro)nih.. Tapi cam tak bleh plak.. =)

Watie Aziz said...

To all my dearest friends, tq for yur lovely comments. Sejak Q lahir, mak memang emo sikit noks, especially kalau kes2 cam ni..tak tahu napa..ehehe..

Azza, pun leleh air mata setiap kali i baca entry sendiri ..rasa lawak pun ada, apalah aku nih..sendiri tulis sendiri nangis ..ahaks ..but i really tak tahan & since i'm alone depan PC, just burst jer lah ..hahaha...tak segan sebab takder org tgk..

tu lah, naluri ibu ni cepat tersentuh kan..i harap sangat all special mothers ada kekuatan untuk harungi dugaan ni & kita kena sentiasa support mereka. & treat them equally. i understand sumtime kita tunjuk kesian terlebih sgt sedangkan as parents, i truely believe the mothers want us to treat them equally like any other normal kids..

Watie Aziz said...

sue, you're right but sumtimes, kita jarang menghargai apa yg kita ada sehinggalah kita kehilangan apa yg kita ada .. sebab tuh kena bermuhasabah diri kan ..

farah, betul cakap you, kita br anak sorang kadang2 mengeluh penat, mak kita anak berderet2, boleh jer jaga kan ..pasni i pun kena ingatkan diri i setiap kali Q buat perangai "baik" dia ..sabar..sabar ..sabar ..hehehe

sya,yes, u're totally right ..that is how i feel right now! i rasa all mothers are like that .. but bila i tgk video2 Ian @Jieys blog, i cant really see the weakness..he can do whatever Q's doing actually .. its a matter of time .. :) & he's very adorable,suci murni & bersih..

Watie Aziz said...

Jiji,cuba hang klik nama Jiey tu..nanti nampak blog dia ..aku mintak kebenaran dia letak link blog dia dalam ni dulu kay!! i miss ur Anis Manis lah ..ehehhe

Watie Aziz said...

Jiey,ni hanya secebis appreciation yg dapat i lakukan sebagai menghargai ssemua ibu seistimewa u, lyna, fajar, nuur dan semua yang bakal i kenal di masa akan datang...semoga ibu -ibu ini akan tabah menempuh hari-hari mendatang ...

all of you really deserved to be praise..coz u're extraordinary ..:)i tgk video2 Ian semalam, i was so proud to see his development!!especially time angguk2 tuh .. i can see how u feel coz i pun rasa happy tgk Q angguk for the 1st time!! & i strongly agree you buat his milestone & paparkan dalam blog, one day, bila dia dah sihat seperti biasa, he will be really proud of what u did to him. tu yang i wat kat blog nih, tak sabar nak tunggu Q boleh baca, i nak "paksa" dia baca bebelan i alam blog nih..hahahaha...

for ur info, segan nak bgtau dlm blog u smalam, for my baby boy, i pun nak letak nama "Rayyan" & "Rizal" di awal & akhir nama - Just like Qarissa - Rania Qarissa Rizal. So it will be Rayyan *dot dot dot* Rizal. Hhehehe...ingat nak keep it as secret, tapi rasanya nama Rayyan dah banyak sgt orang choose nowadays, dah tak secret dah ..hahahah..but i still stick with my choice kot ..still nak Rayyan. So, siap sedia yer ..anak kita nama sama nanti!! ahahhaha

hope we can keep in touch Jiey..if u dont mind, i nak letak ur link dalam entry ni @ at my blog. As u can see, Jiji pun tanya pasal ur blog ..:) See, everybody is really caring kan! So much loves for Ian & ur family!!! You're bless dear!!

adianiez AIDA said...

apa lagi saya nak kata. semua nyer seperti yg dicoretkan oleh mommies sekalian di atas...

hargai segala nyer seada nyer...
berterima kasih sentiasa...
kecik besar buruk baik... tetap kurniaan Allah...

Watie Aziz said...

Ops, nak tambah sedikit lagi, sesiapa yang membaca entry kali ini, saya mohon anda semua menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah anakanda - Amir Yusof yang kini berada disyurga bersama para anbia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Kepada keluarga Fajar, walaupun saya tidak mengenali anda secara dekat & hanya mengetahui berita & kisah sedih anda sekeluaga hanya setelah Amir pergi, hati saya tetap tersentuh dan kagum dengan ketabahan anda sekeluarga.Jauh dr Malaysia, dr keluarga,sungguh berat ujian Tuhan buat fajar sekeluarga & sudah pasti besar ganjarannya diakhirat kelak. Senyumlah, kerana Amir kini gembira disyurga yang abadi...

Hati saya sedikit tercuit, dalam kemeriahan saya menyambut hari lahir Qarissa yang pertama pada 27 June ini, ada keluarga lain yg meratapi kehilangan org tersayang...sudah pasti saya tidak akan meupakan Amir,saya akan berdoa untuknya..(Qarissa lahir 26 June, Amir lahir 27 June) ..dia seorang pejuang abadi....

-Ain-Dak In- said...

wooo...
nan nangis...
(tetibe jek)
walopon tatau cite sbnr.tp ain dah tau ape yb cuba disampaikan...
huhuhuhu......

adakah ain akan setabah dia klu terjadi pada ain???
ish...
takot tok memikirkannya...

Unknown said...

kita selalu merungut pada tuhan yang kita tak cukup itu, tak cukup ini. anak kita begitu, begini. dan kita selalu lupa untuk bersyukur akan anugerahNya. kita juga selalu lupa tentang kehadiran insan-insan lain yang dugaannya jauh lebih berat dan hebat dari kita.

mereka inilah insan-insan terpilih, yang istimewa di mata dan di hati saya (dan kita semua, i believe)

semoga mereka tetap terus tabah, dan kita semua akan sentiasa menyokong mereka.

~mode jiwang dan puitis~

yaya said...

Cerita ko ni buat aku terjah ke blog itew, harus di kongsi cerita bersama kwn2. time acih...

Unknown said...

jagalah amanat ini sebaik nya...selagi nyawa di kandung badan ...setiap dugaan ada hikmahnya...setiap orang ada masalahnya...semoga kita kuat menghadapinya...Al Fatihah for arwah adik amir yusof...amin

Jiji said...

takdo hyperlink pon aku ah try click dah..=(

Puteri Nuur At-Terawis said...

watie,
terima kasih diatas secebis pengertian, rasanya setiap ibu punya rasa yang sama. jangan bimbang kalau nak tulis pasal perkembangan Q, hati ibu mana yang tak girang dengan setiap perkembangan anaknya,silakan menulis, mungkin perkongsian cerita ini mampu memberi inspirasi kepada kami ibu istimewa untuk membimbing permata hati kami juga.

p/s: erks, i think, if you can call me PUT is much more nicer. lagi mesra rasanya :P nuur tu nama mokcik masa muda2 dulu, orang panggil i adik nuur :) hohoho~

defina said...

watie,
baca entry ko kali ni pun buat rasa syahdu di jiwa. apatah lagi bila bca kisah sebenar ibu2 yang tabah.

smg kita sama2 mendapat pengajaran dan keinsafan dari ketabahan mereka. dari kejauhan didoakan semoga rahmat Allah sentiasa memayungi mereka dan juga diri kita, insyaAllah.

Fid said...

itulahkan...dunia cyber ni bnyk mengajar kita pelbagai erti dalam pelbagai sudut dan rupa...

nice meeting u ...
ohh berjaya jua daku komen....ari tu blogger reject!

Watie Aziz said...

Ain,heheh,,setiap yg ada perasaan mesti akan sedih.kalau tak nangis pun, mesti terharu & sebak,,sapa yg tak tuh...yahudi namanya!! (lembu punya susu,yahudi lak dapat nama ...ahaks)

Zety,tuh lah ..tuh yg wat i insaf sgt ..kita nih asyik merungut kan ..bila dgr kisah2 yg penuh inspirasi nih, i nak merungut pun cam dah malu2 sket ..i ingat nak wat camni lah ..everytime i rasa susah & nak rungut2..i kena refresh my mind towards all this mothers..then baru sedar diri sket & sambil2 tuh, doakan yg terbaik buat diorang ..dah dapat pahala FREE kan!!

yaya,yer betul yang ..harus di kongsi sama kengkawan, at least dorang tak keseorangan i really want them to know that we really care ...:)

mummy alisha, tq yang, betul kata u ..anak amat Allah & itulah sebaik2nya ..sebab tuh ibu2 nih semua dipermudahkan jalan hidup bila dorang redha kan ..:)

Jiji, takperlah, aku rasa Jiey dont mind kot ..ko amik add nih http://kernakasihkita.blogspot.com (aku suka tajuk dia ...ehhehehe)

put (wah nama baru lagi aku sebut nih..) hehehe.. welcome dear ..its my pleasure & cakap dr dalam hati.. esok aku ada kelas Q, aku try tanyakan pasal apa yg ko tanya tuh kay ..then i will let u know the feedback..insya allah, apa2 ilmu aku ada, aku kongsi kat sini, aku pun harap sgt dengan perkongsian nih, korang pun dapat sama-sama amalkan dengan ur children..buat jer apa2 aktiviti yg aku share kat sini ngan idris,buatt ulang2 tanpa jemu ..u will be suprise with the result!!

p/s : id YM hang apa Put?

Watie Aziz said...

Naimah,tuh lah syahdu kan .. sesungguhnya aku aminkan kata-kata kau itu...Amin...

Fid,tuh lah ..dulu masa lum ada anak, i baca virus padu punya cerita ..pun nangis ..ingat lagik memalam i baca tapi time tuh kat fotopages...skang dia dah ada blog kot..i pun dah lama tak masuk blog dia .. rasanya dah dapat baby girl baru the last time i baca ...good for her kan ..:)

rupanya, ramai juga ibu bapa berkongsi nasib yang sama dgn virus padu tuh.. tak sangka i, i berblog nih pun mmg khas utk Qarissa, i dedicated the blog for her ..but what i get is much more than what i expected ..& i rasa bless sgt ..

memula cam pikir, isk ada ker org nak baca blog anak aku nih? then i said to myself, tak kesahlah org baca ker tak ..its for my baby, her development & milestones, dan berkisar tetang our family in daily life ...so if takder org berminat pun, i dont mind lah kan ..janji anak aku besar, dia leh baaca ..hehehe..

tak sangka pulak,i dapat ramai kawan baru, mak mak semua ..heheh (so my hubby pun tak risau!!!dia tau i wat apa..hahaha..hilang curiga) & setiap satu nya sangat istimewa ..:)

larr...jahatnya dorang reject ur comment?? sabar jer haku blogger nih!! dengkilah tuh takder sapa nak komen kat blog dia!! ahahhahaa

Fid said...

watie.
virus padu dah nak dapat anak ke-2 dah(kalau ikut kiraan dr yg pertama ni ke-3 lee)
wah..nampaknya kita dah lama le macam 'pergi tempat sama tapi tak jumpa' hahaha

ya samalah...den pun berblog sukak hatik tapi lama2 jadi addict!

Watie Aziz said...

ooo..yer ker? baguslah,syuur sebab dia dah dapat kegembiraan semula, walaupun masih tak dapat lupakan anak dia yg dah pergi tu...:(

i lupa lah plak, anak dia yg meninggal tuh anak sulung yer Fid? ker anak kedua yer? tak hengat dah aku..lama na, masa i baru kahwin tahun 2005. i ada tinggalkan note gak kat FP dia rasanya ..i siap citer kat hubby lagi, i nangis2 ..my hubby kata ..u ni emosi sgt ..ahhahaa ..walaupun i lum ada anak time tuh ..tapi rasa sedih sgt ..

skang dah ada Q, lagi lah mak tahan noks...hu hu...

tuh lah Fid, rupanya tempat lepak kita sama gak yer...tapi MSK jugak jodoh kita!! Hahaha...tq lah Lyna, i owe u so much! Tq gak to my dearest hubby, yg rajin layan wife dia berpiknik di pagi hari Ahad! Ahaks...

BabyIntan said...

Sebak membaca n3 watie nie...Semoga Allah memberi ketabahan dan kesabaran yg tinggi bgi ibu2 yg mempunyai anak yg istimewa...amin.

Setuju sgt bila membesarkan anak yg normal nie kena di ajar dan di didik supaya "jangan mendongak ke langit shj" dan bangga akan "kesempurnaan" yg mereka miliki. Kerana setiap ciptaan Tuhan itu tidak kira dalam apa bentuk pon adalah indah dan cantik...

Amat menginsafkan diriku ini...

P/s: Cutelah gambar Q tepuk tgn tu..happy nye dia. Muah muah...kiss from aunty :)

Fid said...

watie..
anak sulung dia

finfin said...

tuhan itu maha adil kan kak? tersentuh hati ni baca entry ni.. kak boleh bg link ke blog jiey tu?

Watie Aziz said...

Intan, tuh lah kan ..i pun rasa insaf bila baca kisah sedih dorang ..i harap mereka tabah & sabar ..& miracle will happen one day to the baby..

kiut ker Q?agaknya jurugambar yg pro, tu nampak lawa tak? ahhahaha.. sabar jer mak Q..Q nih mmg excited tepuk tangan ..ehhe..Q kata muahs balik..dia sambut ciuman tuh,..ehhhe..

Watie Aziz said...

fid, ooo..anak sulung dia ker ..alhamdulillah ..Allah balas siap bg 2 baby lagik yerkk... :)

fin, yer betul..mesti ada balasan yg terbaik utk parents baby2 nih ..:) ada akak dah link kat wonderful mummy blog ..or u can click here ..http://kernakasihkita.blogspot.com

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading