Tuesday, February 2, 2010

Pentingnya Anak Anda Menonton DVD Education!

Sepanjang Qarissa berusia 19 bulan nih, memang hidupnya dipenuhi dengan DVD & VCD berbentuk education sahaja. Yer...memang education DVD sahaja yang aku akan bukak untuk dia tgk. Bak kata kawan aku,"Watie, setiap kali aku datang umah ko nih, tak pernah aku tgk Astro, asyik DVD jer ..ko tak bosan ker? Memang dari pagi ke malam ker ko bukak?". Yer betul... celik jer mata Qarissa sampailah mata dia tutup balik, tuh lah cerita yg dia tgk hari-hari, termasuklah aku ..Korang jangan tanya bosan ker tak, aku dah lupa dah bosan tuh camner sejak 18 bulan yang lalu. Hahhaha.. Tipulah kalau kata aku tak tgk Astro langsung kan ..aku layan ah gak Astro, Raja Lawak ker..Sehati Berdansa ker, AF ker ataupun AXN Series.. Tapi boleh dikira dengan jari ah berapa lama aku tgk raancangan tuh semua ..:) Paling lama pun Q bagi masa 1 jam jer ..pastu dia dah tunjuk2 video player dia ..:)

Semangat kan anak aku nih tgk? Hahha..Lama dah gambar nih..
Ni masa dalam kereta. As i said, di mana-mana jua, DVD Education sentiasa di sisi Q. Happy nampak??

Tapi aku tak regret sikit pun, sebab aku tau aku buat yang terbaik utk anak aku. Dia pun bukan tgk citer sebarangan, semuanya berbentuk pendidikan. Dari English sampailah rancangan Islam, semua DVD ada aku bagi dia tgk..bukan setakat tgk, aku join & participate sekali dalam tuh sebab aku takmo Q rasa keseorangan, dan aku dapati ia sangat membantu Q cepat belajar & pandai ..:) Memang betul anak tak pernah bosan, jadi kita yang kena blendkan diri kita dengan anak, supaya kita tak cepat bosan ..:)

Seronoknya anak Mummy tgk DVD dia..:)
Gelak besaaaarrrrr!! Perjalan jauh pun Q ok janji ada DVD..:)

Even rancangan 613 pun aku control, aku tak bagi dia tgk semua, aku bagi dia tgk Mickey Mouse, Little Einstein, Thomas, Tigger & Pooh. Dibo & certain2 rancangan jer .. Q pun aku tgk tak semua rancangan 613 dia suka. I can see that certain movie dia cam tak berminat dan start buat action mintak tukar cerita lain ..:) Kalau Cartoon Network tuh, memang aku banned ..hahaha..tak bukak langsung ..:) TVIQ tuh aku layan gak ..:) Aku banyak jugak terima komen dari kawan2 dan ada yang mintak pendapat aku macam mana nak ubah tabiat anak dia yg suka sgt tgk kartun Ultraman, Ben 10, Power Rangers dan kebanyakkan semua tak minat rancangan berbentuk pendidikan, even nak suruh anak belajar pun macam tak berminat anak dorang tu ...attention span tak lama, kejap dah bosan, asyik nak main jer dan macam2 lagi lah ..:) Dah macam consultant kanak2 aku nih rasanya ..hahahaa...

Muka gedik layan perasaan dalam keta ..Hhahaa..
Siap leh main Peek A Boo lagi sorang2 dalam keta ..Wakakaka..

Pada aku, waktu2 awal kanak-kanak membesar adalah sangat penting. As parents, kita yang corakkan anak kita kan? Agak2 korang, kalau korang tak bukak Power Rangers, Ultraman & Ben 10 tuh, anak korang tau tak cerita tuh wujud? Hhehehhe..Cuba tanya diri sendiri..sapa yang mulakan? Aku tak salahkan mak bapak jugak, standardlah kan, kalau anak lelaki mestilah korang nak bukak citer2 "kelakian", takkan nak bukak Barbie pulak kan? Hahahahaha.. Tapi korang percaya tak kalau aku kata, aku TAK PERNAH bagi Qarissa tgk cerita Barbie setakat nih? Q tak tahu pun patung & cerita Barbie tuh wujud! Aku ada satu set Barbie DVD kat umah, tapi aku lum pernah tunjuk lagi kat dia. Tunggu dia besar sikit lagi. Aku ada patung Barbie jugak tapi lum bukak lagi, baru2-baru nih, aku belikan Poney & Small Baby Barbie dan bg kat Q. Q berminat dengan Poney tuh, tapi dia tak sibuk nak main2 dengan anak patung kecik tuh mahupun Poney tuh. Dia tak sibuk nak pegang pun, aku plak yang hover duk buat suara-suara lawak nak bg dia tgk Poney tuh..& after that she keep saying "Horse..horse..". Dari situ, aku dapat buat kesimpulan - ANAK KITA MENJADI APA YANG KITA NAK!!! Kita yang memulakan semuanya..kalau bukan kita yang ajar anak kita dengan memberi dia menonton semua cerita-cerita tuh, takkan dia tahu kan? Aku tak nafikan, mungkin dia akan tahu melalui Nursery yang korang send, bila bergaul dengan rakan-rakan lain, mungkin dia akan terpengaruh, tetapi ia masih boleh dikawal kalau dekat rumah, korang latih anak menonton cerita2 berbentuk pendidikan. Mungkin juga korang leh buat beberapa copy DVD Education yg korang ada dan bagi kat Nursery tuh. Mintak tolong orang kat Nursery, kalau nak bukak TV, mintak dia bukak DVD tuh. Secara langsung, leh kongsi dengan anak-anak orang lain jugak. Dalam masa yang sama, memudahkan org Nursery jaga anak korang sebab bila dia video yg dia suka, dia akan behave dan tak buat perangai kat Nursery..:) Ok tak idea ini? Hhehehe..

Aksi bila tgk DVD dia..:)
Try to follow the action..

Banyak perkara yang Q pelajari tanpa dia sendiri sedari. Kita mungkin boleh tgk contoh anak kita sendiri. Bila dia tgk Ultraman, dia akan picit2 dada dia seolah-olah ada butang nyawa kat situ. Kalau tgk Superman, dia asyik nak terbangggg jer cam Superman jugak. Dan kalau kita rajin bukakkan rancangan 613 utk anak kita, kita leh tgk yang anak kita punya English accent lebih baik dari kita! Hahahhaa....Jgn terkejut!! Itulah pengaruh TV tanpa kita sedari!Silap-silap, apa dia sebut pun kita tak paham, sebab kita sendiri tak pernah sebut that word!. Tapi kita akan proud sebab anak kita punya English power!. Betul tak? Sebab tuh aku kata, kita yang mencorakkan anak kita. Tak salah kalau anak kita lelaki, kita still bg tgk rancangan kat 613 contohnya. Bukan bermaksud that story cuma untuk perempuan sahaja kan? Tapi entah erk, aku tgk kalau anak lelaki, semuanya suka bukak Cartoon Network, kalau anak perempuan, semua suka 613. Hehhehe..Ada pattern2 plak gitu..:)

Semangat cam nak masuk dalam TV!
Seriusnya dia ..:) Ni lepas balik dr b'day anak Yaya ..:)

Macam Qarissa, bila aku bukak DVD Education, banyak yang dia paham melalui rhyme2 yang dia dengar, action yang dia nampak, dan dia akan start sebut apa yang dia dengar dalam that DVD. Aku plak akan sokong apa dia cakap, sometimes aku akan menyampuk and say the words louder, as i said, aku participate dalam rancangan tuh jugak. Aku try masuk dalam dunia dia, try to enjoy myself together with her. And i really enjoy myslef tau! . Malah, banyak yang aku belajar dari video-video tuh semua .:)

Masa tgk Dibo, dia suka joget2 cam Dibo.hahaha..
"Jangan kacau ah Mummy....!"

Dalam video yang aku attach ni, setiap kali Q dengar, setiap kali tuh lah dia akan buat action yang sama. Tak pernah bosan!. Kalau tak bukak pun video nih, tapi aku jerit jer ."Run Qarissa..run..!".. Dia akan lari sekuat2 hati. Hahaha.. So cute ..bila dia buat aksi tuh dan dia sebut perkataan tuh, aku tahu yg dia paham, dan buktinya, bila aku tulis ayat tuh kat board, dia akan sebut & sometimes siap wat actionnya lagik!. :)

Skang suka melepak atas kerusi plak masa tgk video dia..
Try to avoid my camera . Hahahah..
To all my friends out there, my 2 cents opinion, jangan kedekut labur duit sket untuk beli produk education yang bagus untuk anak kita, selain boleh pakai turun temurun, kita juga menyediakan asas yang baik untuk anak kita. Aku dah niat dalam hati, kalau anak aku lelaki sekalipun lepas nih, aku akan tetap memberikan apa yang aku berikan pada Qarissa. kalau cerita tuh merapu2 dan tak berpijak ke bumi nyata, jangan harap aku bg dia tgk..:) unless kalau bagus, then for sure aku belikan. Aku percaya anak aku takkan sibuk ngan mender2 tuh semua kalau bukan aku sendiri yang ajar dia. hhehehe.. So, kita kena start smart!. kalau tak caya, cuba korang try kaedah nih utk anak korang seterusnya & see whether it works or not! :)

Meh kita layan video You Tube si Q nih tgh layan DVD Education dia ..:) Aku letak 2 video kat sini, actually ada banyak dan semuanya berlainan waktu..tapi kalau korang tgk, sama jer aksinya, setiap kali DVD tuh dimainkan, dah macam machine anak patung si Qarissa nih, heheh..but I can see that she is getting better over time ..:) suka aku tgk walaupun dia masih belum pandai nak JUMP & HOP lagi, tapi dia tetap berusaha nak mengikut aksi JUMP & HOP tuh.. hehehe..:)

Time ni dia baru 17 months. Lawak video nih, siap KENTUT anak aku! Wakakaka..She try to say the word "SHAKE"...:)
Ni masa umur 18 bulan. She will repeat the same action setiap kali video ni dimainkan.Tak pernah bosan!

Only the best for my babies,

12 comments:

Myalycia said...

so clever lah Q.. gud gurl.. nak tanya watie, mana ekk nak dptkan VCD education ni..

Jiey^Mien said...

bagus watie, elok utk development budak..
ian tak interested ngan dvd..
dia lg suka iklan, maybe sbb gamba dia lg rancak kot..
hearing ian kan kureng..
so that's why menda2 alah camni tak membawa kesan sangat..
=)

Watie Aziz said...

Alycia, u leh beli DVD Education kat mana2 kedai DVD tapi memang kena pilih2 sket yang sebab tak semua bagus. Sometimes i beli kat Jusco,sometimes kat Popular CD Rama pun ada. U tgk brand Brainy Baby, Baby Einstein,Baby IQ Genius, Your Baby Can Read & many more. Tu semua DVD2 yang bagus utk education anak. Selalunya produk oversea coz english accent dia good, jangan amik yang pelat2 cina tuh, tak bagus.Selalu vcd murah yang banyak guna accent cina english dia tuh ..hehehe

Dulu masa i kat Bali, i borong banyak giler DVd Edu utk Q. Ada sesetengahnya takder kat jual kat Malaysia.:)u beli time sales pun bagus, ada 20% diskaun..

Watie Aziz said...

Jiey, cuba u belikan cam kartun GOGO tuh kat Tesco. RM 8.90 jer sekeping. Ada promo. The color dalam VCD tuh menarik, mana tau Ian suka. U cuba "paksa" dia tgk jugak this kind of DVD, tapi make sure u pun join skali, u try borak2 ngan Ian, cakap dekat2 kat telinga dia, buat sound, intonation everytime DVD tuh wat action yg sama, tgk reaction dia camner. Maybe ada perubahan ker...

Mmg kita kena sabar sket Watie rasa, sebab adik Watie yang bongsu tuh pun hearing dia kurang jugak. Dah disahkan OKU pun dia tuh..sian adik aku. Kena pakai heearing aid tuh tapi lum dapat lagi. Baru2 nih gi jumpa doktor & the doc said makin teruk tahap pendengaran dia. Sian sgt. Dah 8 tahun umur dia. Memang kalau cakap, kena dekat2 sampai watie tarik telinga dia dekat ngan watie, baru dia leh dengar. Hehhehe...

Dah 8 tahun tapi reading still sangkut2, dengan kekurangan dia tuh, lagi susah, mmg menuntut kesabaran sgt Jiey, hari tuh dia duk umah watie 3 hari, watie ajar dia reading, mak aii..mencabar sungguh!!!

Jiey^Mien said...

Okeh.. Nnt Jiey cuba..
So far, nursery rhymes tak menjadik..
wheel on the bus pun kureng..
ian da dpt hearing aid..
tgg 1 lg test before proceed utk tuning n try on him..
mmg tak sabar..
even his speech therapist pun ckp, he's not so delayed mentally..
tp bcoz of the hearing, jadik slow kan development dia..
so bila the hearing aid dah all set up, mmg jiey nk go all out with all the song that he misses all this while..
*tak sabar nak tgk reaction dia dgr azan nnt*
=)

Hanz Jamaludin said...

Watie...i dulu jual vcd educational..hehehe..memang salah satu tujuannyer for my boys too..my boys tak kenal sangat apa tu ultraman, power rangers & segala yang berunusr ganas2 tu sebab kami jarang bukak tv, tapi kalu kat nursery tu, petang2 kita takleh nak control-lah. so far, diaorang ni takder terpengaruh ngan cerita2 camtu.betul..kita corakkan diaorang..

Watie Aziz said...

Jiey, suka sgt dgr speech therapist cakap camtuh..maknanya masih ada harapan utk Ian...jgn putus asa Jiey ..keep continue whatever u did now... mmg rasa berbaloi kan bila cuti & dapat fokus kat Ian ..:)

Watie Aziz said...

Hanz, tu lah i ada baca jugak pasal u jual dvd education tuh..bagus kan ...kalau tak terjual pun takper, hahaha...kita tunjuk kat anak sendiri ..watie pun suka gitu tau ..:)

bagus hanz dari kecik dah asuh anak camtu..watie pun dah niat kalau dapat baby boy, takmo bg dia tgk sebarang2 punya cerita ...i believe mmg kita yg pengaruh anak sebenarnya .. kalau kita ikutkan apa dia nak, memang jadi ngada2..baik latih dr kecik kan ..ehhehee

Fiza Rahman said...

Pandainya Q :).

Watie, mcm mana nak menarik minat anak tgk VCD Education ni? Sebab iman mcm cepat boringlah. Aku ada belikan set GROLIER, tapi kejap jer dia tgk pastu buat keja lain. Mcm tak focus.

Watie Aziz said...

fiza, u ada participate tak masa anak u tgk DVD tuh..salah satu cara utk i bg Q minat, masa tgk tuh, i join skali dia tgk, pastu i akan ikut semula apa yg ada kat video tuh..i ulang apa dia cakap, then i buat intonasi berbeza nak tarik perhatian dia...:)

katakan ada aksi jump, i pun jump lah ..hahhhahh...then if tgh watch YBCR, i will follow the words, bila dia nyanyi, i pun nyaanyi sesama walaupun Q tak pandai nyanyi lagi...now dia dah becok sket ..dia dah pandai ikut lagu2 yg dia dgr .. so lagilah happy i join dia ...

sometime i bg jer dia pegang2 buku, bg dia layan perasaan ngan buku .. i tgk dia suka belek2 buku, kengkadang dia bebel sorang2 ngan buku ..i rasa dia ngah baca buku tuh guna bhs dia kot.. hehehe..

cara yg sama gak i guna utk GROLIER tuh...i point to the word...keep on repeat, dan kalau board games tuh, i ajar dia color2, bawak jari dia main2 game tuh..

cuba u try tgk ada perubahan tak?

Haiza said...

Bila tengok u spend kan masa dengan Q sambil layan cd education dengan dia,i pun teringin nak buat kat Damia,tapi bila balik keje je dah malam pastu badan dah letih,adeii tak terpasang rasanya cd2 tu.....adalah 2-3 kali seminggu jek i sentuh cd2 magic english yang i beli tu...kena cari lagi quality time dengan Damia ni..nak kena suruh hubby pasang gak screen dalam kete...bila naik keta leh pasang dvd2 dia tu..hehehe

Watie Aziz said...

Haiza, i understand how it feel. try to put my situation as mummy yang bekerja. mmg penat kan yang. dan mesti rasa bersalah ngan anak...u htr Damia ke nursery ker .? u try lah bawak cd education dia ke nursery, suruh org tuh pasang kat umah dia ..:)

hmm..psang dvd kat keta is a gud idea yang .. skang pun dah murah tau that dvd kat brother .. few hundrends dah leh dapat. at least on the go, ddia still can learn!

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading