Showing posts with label Invitation. Show all posts
Showing posts with label Invitation. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Jemputan Untuk Semua: Majlis Perasmian GBOB JB, Ahad 11 Mac 2012.

Diam tak diam, dah nak masuk hari Sabtu dah kan? Sekejap betul masa berlalu. Sekarang ni, Watie rasa memang 5 hari dari Isnin - Jumaat tuh, sangatlah cepat, rasa banyak btol mender yang tak siap, tapi dah hari Jumaat, nak masuk weekend dan Sabtu / Ahad memang hari kerja saya. Tu baru anak dua, kalau anak masuk 3-4 orang, tak tahulah bagaimana hari saya agaknya yer? Hheheheh...mau "makan tanah" jugak lah kot .. tak cukup kaki tangan nak buat semua. Baru anak dua yerk...dah kelam kabut, mak saya anak 7 ok jer relax..ehhehe.. manalah saya tak repect family yg ada lebih dr 3 anak nih ..mmg salute lah ..nak-nak ibu yang jaga sendiri anaknya tanpa bantuan maid, memang really deserve a respect! 

Minggu ni, Watie terpaksa batalkan kelas di HQ sebab Watie akan ke Johor Bharu bagi merasmikan pembukaan cawangan baru GBOB di sana pada hari esok, iaitu  Ahad, 11 Mac 2012 ini. Bukan tiada Teacher yang boleh handle kelas, tapi kalau Watie tiada dalam kelas, rasa tak sedap pula, lagipun Watie juga perlukan rehat sebelum ke JB. Nanti sampai JB muka toya dan penat pun tak best kan Hehhehe...Alhamdulillah, setakat entry ini ditulis, partner Watie Teacher Aida sudahpun memulakan kelas pertama untuk Module 1 bermula 4 Mac yang lalu. Dah ada lebih kurang 5 orang students yang mendaftar dan slot kosong masih ada 5 lagi sebelu kita tutup pendaftaran untuk Session pertama ini. Syukur saya kerana sambutan di JB juga agak menggalakkan. Banyak juga feedback dan testimoni yang diterima memberitahu yang mereka sukakan kelas Playgroup @ GBOB dan anak-anak mereka ingin datang lagi. Happy rasa. Pada parents yang baru datang Trial for the 1st time, anda boleh datang sekali lagi kerana kami membenarkan anda untuk menghadiri 2 sessi Trial sebelum membuat keputusan untuk mendaftarkan diri. Macam di Lembah Klang, GBOB HQ khasnya,, ada juga parents yang tak mahukan kelas Trial kerana mereka dah set in mind yang mereka nak join terus kelas di GBOB. Memang saya rasa terharu sekali kerana begitu tinggi kepercayaan yang diletakkan di bahu kami, mereka percaya dengan kebolehan dan pihak kami mengendalikan kelas sebegini sehingga tidak perlu untuk melihatnya terlebih dahulu walaupun saya menggalakkannya. Terus datang dan enroll. Semudah itu! Memang saya rasa sangat bangga dan dalam masa yang sama berazam untuk membuktikan yang pelaburan ibu bapa ini PASTI AKAN BERBALOI. Insya Allah.


Watie ingin mengambil kesempatan di laman blog ini untuk menjemput anda semua, terutamanya bagi mereka yang tinggal di Skudai, Johor Bharu untuk sama-sama memeriahkan majlis perasmian yang akan diadakan secara santai dan mesra ini. Watie memang orangnya jenis yang tak pandai berprotokol secara keterlaluan, Saya dah terbiasa buat program secara santai tanpa terikat dengan protokol tertentu kerana saya rasa lebih dekat dengan pengunjung yang hadir. Pada saya, beramah mesra dengan pengunjung ketika majlis saya sedang diadakan adalah sangat penting, tidak kira itu majlis peribadi atau majlis pejabat. Saya lebih suka jadi diri sendiri, yang penting, pengunjung selesa dan suka bila datang tempat saya. :) Sebab itu saya cadangkan pada Teacher Aida, agar kita buat secara santai juga, aturcara harus ada, mesti tersusun tapi santai. :) Pening jugalah Teacher Aida sekarang saya rasa, mana nak menyiapkan kelas dan menyiapkan program pada hari tersebut. Tapi saya yakin beliau mampu melakukannya, Insya Allah. 


Pada pagi Ahad tersebut, @ 10 am, Teacher Aida masih lagi membuat kelas Playgroup seperti biasa, hanya selepas kelas habis dalam tengahari, barulah majlis akan dimulakan. Insya Allah, by that time, Watie pun baru jer sampai dari KL. Just nice lah kan. semua aktiviti leh buat sblm kita mulakan majlis perasmian. Sesiapa yang nak join Playgroup pada hari Ahad ini, masih ada kekosongan untuk anak anda. Bolehlah anda menghubungi Teacher Aida untuk mendaftar for this coming Sunday Class di talian 010 - 7103155.


Berikut adalah data & alamat majlis yang akan diadakan pada hari Ahad ini nanti. Bagi orang-orang JB yang belum ada plan hari Ahad ini, bolehlah singgah ke GBOB JB untuk melihat apakah Program yang kami tawarkan ut anak genius anda. Saya & Teacher Aida akan berikan SPECIAL GIFTS pada setiap kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut & sempena pembukaan cawangan Johor ini, GBOB HQ akan memberikan SPECIAL PROMO khas untuk mereka yang mendaftarkan anak ke Playgroup GBOB ON THAT DAY SAHAJA. Hhehee..As special gifts, GBOB JB akan memberikan kupon diskaun kepada setiap kanak-kanak yang hadir (antara NB - 4 tahun sahaja) agar mereka boleh menghadiri kelas Trial Playgroup sekali lagi dengan harga promo.  Another extra benefit, walaupun anak anda telah datang Trial 2 kali sebelum ini, dengan adanya kupon ini, anda masih boleh datang lagi buat kali ketiga  for the Trial Class sebelum anda decide whether you want to enroll in GBOB Playgroup or not. :)  Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk MENDAFTAR KE PLAYGROUP @ GBOB pada HARI TERSEBUT, GBOB HQ juga akan berikan anda semua hadiah istimewa iaitu kupon diskaun untuk para ibu atau bapa menghadiri Seminar ECE, samada di JB, atau di KL! A flat rate of RM 100 only for the Seminar! U save RM 99 tau! Best kan!! ONLY IF YOUR CHILD  REGISTER AS PLAYGROUP STUDENT on that particular day sahaja. So, jangan lupa datang Majlis dan daftarkan diri anda  terus yer..:) Anda juga boleh menghubungi Teacher Aida untuk memaklumkan kehadiran anda di talian 010 - 7103155.. Mungkin ada beberapa lagi priviledge atau pun hadiah for kids, yang akan saya berikan pada hari itu.. TUNGUUUU!:)

Di bawah ini adalah alamat penuh Genius Baby On Board Cawangan Johor Bharu. Anda juga boleh LIKE Fanpage GBOB JB untuk mendapat makluma lanjut tentang kelas dan majlis perasmian tersebut. :)

GENIUS KIDS RESOURCES,
NO: 58A, JALAN UTAMA 45,
MUTIARA SQUARE, TAMAN MUTIARA RINI, 
SKUDAI, JOHOR. 
PIC: TEACHER AIDA ( 010 - 7103155)


post signature
post signature

Tuesday, January 17, 2012

1st ECE Seminar For 2012 @ GBOB: It's NOT About Your GENIUS Child, It's All About YOU!

Alhamdulillah, setelah puas menilik, membelek dan mencongak-congak tarikh yang paling sesuai untuk Watie adakan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini, Watie akhirnya memilih 6 Februari 2012 sebagai tarikh keramat untuk Watie mulakan Sessi Seminar buat pertama kalinya di tahun 2012 ini. Tarikh 6 Feb 2012 tuh memang bukan weekend pun, ia adalah cuti umum gantian sempena Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Ahad, dan hari Isnin tu cuti ganti. memang sengaja Watie pilih tarikh tuh sebab jadual Watie tersangat padat. Terus-terang Watie katakan, Watie hampir tiada masa yg sesuai untuk buat Seminar @ Bengkel kerana sibuk dgn kelas Playgroup every weekends, Sabtu dan Ahad pula tu, tambahan lagi GBOB Johor nak bukak tak lama lagi, jadi memang terkejar2 Watie dibuatnya. Jemputan mengadakan Seminar di pejabat rakan-rakan niaga juga tidak dapat Watie penuhi buat masa ini. Mungkin sehingga Watie dapat seorang Teacher yang berdedikasi & can run the class dengan baik, pelan-pelan Watie lepaskan kelas tuh pada Teacher dan ada banyak masa untuk fokus on other things like Seminar, Bengkel dan jemputan-jemputan ini, Insya Allah ..:)



Kalau ikut perkiraan dan jadual Watie sepanjang tahun 2012 nih, hanya 4 kali sahaja Seminar ECE yang bakal Watie lakukan tahun ini, SEMUANYA BUKAN HUJUNG MINGGU, dan kalau tiada aral melintang. Tarikh yang Watie pilih semuanya cuti umum dan jatuh on weekdays. Berikut adalah perancangan Watie untuk mengadakan Seminar di tahun 2012 ini, Insya Allah:

6 Februari 2012 (Isnin) - Cuti Ganti Sempena Maulidur Rasul 
1 Mei 2012 (Selasa) - Cuti Hari Pekerja
17 September 2012 ( Isnin) - Cuti Ganti Sempena Hari Malaysia 
13 November 2012 (Selasa) - Cuti Perayaan Deepavali. 

Jadi, para ibu bapa sekalian, sekiranya anda berminat untuk menghadiri Seminar ECE ini, mungkin anda kena korbankan salah satu hari cuti anda untuk datang ke GBOB dan menghadiri Sessi Seminar ini. :) Kalau ada sebarang perubahan, Watie akan bgtau from time to time, di blog dan FB Genius Baby On Board ye.. :) Dan berikut adalah informasi tentang Seminar yang bakal di adakan pada 6 Februari 2012 ini.


Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh:  6 February 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pg - 2 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
AlamatGenius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 22 Januari 2012 (Ahad), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387

Berkenaan Seminar ECE pula, Watie memang agak teruja dan berdebar juga, almaklumlah, dah lama juga tak buat Seminar kan.. ehhehe.. teruja sgt sebab ada banyak mender nak kongsi dengan para ibu bapa ni semua, kerana pengalaman Watie pun dah bertambah seiring dengan pertambahan usia (tua dah aku ni noksss..), pengalaman sendiri dan pengalaman org lain, ujikaji dan research serta penemuan sendiri melalui anak-anak dan pelajar-pelajar Watie membuatkan Watie rasa ECE ini bukan lagi sesuatu yang optional atau pilihan pada ibu bapa, bukan lagi sesuatu yang "kita buat kerana org lain buat", bukan lagi sesuatu yang "kalau ada masa buat baru nak buat", bukan lagi "tunggu dia besar lah baru htr sekolah, kesian nak pressure anak-anak kecil" dan 1001 lagi ALASAN yang diberikan semata-mata untuk menutup kelemahan diri kerana tidak berjaya mengaplikasikan ECE pada anak-anak. Pendidikan awal kanak-kanak adalah satu HAK, HAK dan HAK anak-anak kita yang TIDAK BOLEH KITA ABAIKAN SAMA SEKALI walau sesibuk mana pun kita, walau sebesar @ sekecil mana pun pangkat kita, walau sebesar @ sekecil mana pun gaji yg kita terima setiap bulan! Ini adalah HAK yang WAJIB kita tunaikan pada setiap anak-anak kita, tidak kira apa saja kelebihan dan kekurangan yang ada pada anak kita. Jangan sebab anak kita ada sedikit kekurangan dari segi fizikal, percakapan, perbuatan, perangai atau apa sahaja yg kita rasakan "memberi masalah", kita abaikan HAK anak kita dan kemudian menyalahkan takdir. Lepas tuh, dengan nada merendah diri (kononnya..) kita kata "Saya redha!". Gunalah bahasa dengan betul. Jgn cakap "Saya redha" selagi kita belum berusaha sehabis baik merubah keadaan. Dalam bahasa direct yg saya nak guna *maaf kalau ada yg tak suka, sila baca dengan gaya kerek, hehhee* "DEAL WITH IT!!!" Itulah warna warni kehidupan kita. Itulah yg harus kita hadapi dalam membesarkan anak-anak. Apabila kita sudah lakukan sehabis baik, sepenuh daya dan adanya perubahan *walaupun sedikit* dalam diri anak kita, ia adalah satu ganjaran yang lebih besar daripada wang berjuta! It's priceless, believe me!


Kenapa Watie cakap macam ni? Kerana Watie dah melaluinya dan masih berusaha membantu anak Watie dealing with her deficiency, sebab tu Watie berani cakap. Kalau sapa masih ingat, Watie ada ceritakan dalam entry INI bagaimana perlakuan @ behaviour Qarissa berubah selepas ketiadaan maid, dia tantrum dengan  sangat teruk secara tiba-tiba, ditambah pula dia agak lambat bercakap dan tidak sesosial seperti mana yang Watie inginkan walaupun dari usia seawal 3 bulan, Watie dah bawa dia ke Gymboree untuk bersosial. She's ok with friends but most of the time she like to be alone. Then, bila campur dengan anak-anak my eldest sister masa awal2 Watie takder maid dulu, baru nampak yg Q needs help in social & interaction skills, lebih lagi dari apa yang Watie lakukan selama ini. Straight away Watie bawak Qarissa to diagnose her sebab nampak ada tanda-tanda ASD (Autistic Symptom Disorder) dalam dirinya. First diagnosed, Doktor kata its a mild one on behaviour and speech dan ada banyak faktor luaran yang mungkin menjadi penyebab berlakunya keadaan sedemikian, lagipun its too early to tell sebab Q baru 2 tahun 9 bulan masa tu. Then the 2nd appnt & diagnosed at 3 years 3 months, Dr kata she's not an ASD and very normal for children to act & behave like that *kena bebel summore sebab dia kata I anxious  sgt*. Apa pun istilah, label atau komen yang Doktor berikan, hanya satu yang bermain di kepala Watie ketika itu, "HOW I CAN HELP MY DAUGHTER  TO OVERCOME THIS & BECOME BETTER?" Seriously, itu sahaja yang Watie fikirkan ketika itu. Yang lain tolak tepi! Of course, as a mother, ada sedikit rasa terkilan kerana perkembangan sosial & komunikasi anak kita agak kurang berbanding anak orang lain walaupun kelebihannya yg sangat ketara adalah her reading skills, tapi dah namanya pun manusia, kita tidak akan pernah puas! But again...Watie tidak sekali-kali membenarkan perasaan terkilan itu menghalang Watie dari melakukan apa yang sepatutnya Watie lakukan as a mother. Bersyukur juga kerana Watie bergiat dalam bidang ECE consultation & motivation, Watie dapat merubah keadaan negatif kepada positif  dengan cepat dan back on track as soon as I know my daughter needs help. Kerana apa?? Kerana Watie tahu itu adalah HAK anak Watie untuk dapat rawatan yang terbaik dalam mengatasi kekurangan dirinya. Hingga kini, Watie masih lagi membantu bukan sahaja Qarissa, tetapi juga Zayra dalam melayari kehidupan kanak-kanak mereka dengan penuh gembira dan penuh dgn ilmu serta skill kehidupan tanpa mereka sedari - kerana semuanya dalam bentuk PERMAINAN dan TANPA TEKANAN! Ia tidak akan terhenti setakat ini, ia akan berterusan sehinggalah mereka boleh berdikari sendiri, tidak kira berapa lama masa yang mereka perlukan untuk berdikari sendiri. Dan apabila perubahan positif dalam diri Qarissa berlaku hari demi hari dengan penuh kejaiban, ia adalah satu momen indah yang tidak dapat diganti dengan segunung  @ selautan wang, intan mahupun berlian! Its totally priceless that I can't describe in words!! Itulah kepuasan hakiki yang Watie rasakan sebagai seorang ibu. From time to time, pasti akan ada sahaja kerenah anak kita yang kita sendiri tidak dapat gambarkan atau bayangkan apa yang akan berlaku di masa akan datang, tetapi kita pasti akan mengharungi dengan penuh gigih tanpa mengeluh sedikitpun kerana kita tahu, kita sudah pun menunaikan HAK anak kita untuk mendapat yang TERBAIK dalam hidupnya!

Mesti pembaca semua pelik kan, kenapa si Watie ni membebel bukan main panjang mukadimahnya, dan ianya hampir tiada kaitan dengan Seminar yang bakal dilakukan? Hehehe.. If you think that this whole story  is not related at all,  let me tell you that you're TOTALLY WRONG!! my dear readers. Yesss!! This Seminar is NOT ABOUT YOUR GENIUS CHILD! It's ABOUT YOU!!! It's ALL ABOUT YOU! Anda tidak perlu risaukan anak anda di rumah, mereka baik-baik sahaja, mereka memang genius! Apa yang sepatutnya anda risaukan adalah DIRI ANDA SENDIRI!!! How you change your mindset towards the ECE that counts! Itu yang sepatutnya perlu anda risaukan sekarang! Bagaimana anda melihat betapa pentingnya ECE dalam kehidupan awal anak anda sehingga anda sanggup mengenepikan masa anda, wang ringgit anda dan tenaga anda hanya untuk  "belajar menjadi bayi dan kanak-kanak semula??" Selepas anda faham betul-betul tentang perkara ini, percayalah cakap saya, "YOU WILL DO ANYTHING WITHIN YOUR POWER & WHATEVER IT TAKES TO GIVE THE BEST FOR YOUR CHILD!!!"

Saya terpanggil untuk menulis entry dengan gaya begini kerana saya dapati sgt ramai, terlalu ramai ibu bapa yang inginkan anak mereka menjadi pandai, bijak, cerdik, smart, genius dan pelbagai istilah lagi sehingga mereka terlupa bahawa ANAK ITU SEMEMANGNYA DILAHIRKAN GENIUS!!! Mereka terlupa bahawa MEREKALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENJADIKAN ANAK MEREKA TIDAK GENIUS LAGI! Apa yang terakam dalam otak dan minda kita selama ini sebagai ibu bapa adalah - "25 A1 adalah GENIUS!" atau "Masuk OXFORD di usia 10 tahun adalah GENIUS!" atau "Membaca di usia 1 tahun adalah GENIUS!!" *erkkk..macam perli diri sendiri jer..?ekkekek..and the list goes on...Biarlah saya berterus-terang di sini. Anda TIDAK AKAN DAPAT ITU di SEMINAR saya. Apa yang anda akan dapat adalah satu kesedaran dan keinsafan betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, betapa singkatnya masa yang kita ada dalam menunaikan HAK anak-anak kita dan mengapa kita harus melakukan semua ini di awal-awal kehidupan mereka. Its a TURNING POINT for all of you, I can say that. Ia akan merubah pandangan anda 100% terhadap pendidikan awal itu sendiri. Dan, Insya Allah, anda akan jadi org yg berbeza selepas anda melangkah keluar dari pejabat GENIUS BABY ON BOARD nanti. Anda adalah ibu bapa yang baru, yang mengerti kenapa anda harus  memberi pendidikan awal kepada anak-anak, anda tidak lagi memandang enteng atau memandang rendah pada ECE atau lebih teruk lagi, mengutuk atau memperlekehkan mereka yang mengaplikasikan ECE pada anak masing-masing. Kerana anda sudah betul-betul mengerti apa ECE itu sebenarnya. Ia lebih besar dari 25A1 yang anda harapkan dari anak anda, lebih penting dari masuk Oxford di usia 10 tahun yang anda impikan akan berlaku dalam kehidupan anak anda malah lebih bermakna dari membaca di usia 1 tahun yang anda inginkan dari anak anda. Ia sememangnya lebih dari itu pembaca yang tersayang. Percayalah, ia lebih dari itu..Sebab itu saya katakan -  It's NOT About Your GENIUS Child, It's All About YOU! 


Something to think about before I end the entry:
  • Jika saya tidak mengubah diri saya menjadi lebih POSITIF tatkala mendengar khabar yang anak kedua kesayangan saya cacat di tangan kanan ketika kelahirannya, adakah anda rasa saya akan kembali berblog? Mewarwarkan dan memberitahu kepada dunia seolah-olah bangga bahawa anak kedua saya dilahirkan kekurangan dari segi fizikal, yang mana ketika itu nama saya sudah agak dikenali ramai dikalangan para bloggers yang mengikuti kisah anak sulung saya?? 
  • Jika saya rasa saya ini sudah CUKUP BAGUS dan PAKAR dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, adakah anda rasa saya akan berterus terang pada anda semua, hakikat yang saya juga ada melakukan kesilapan yg saya akui dalam entry "Mencacatkan Anak Sendiri", yang dibaca ribuan orang hujung tahun lepas? Bukankah ia seperti "membuka pekung di dada" kepada seluruh dunia, yang mana artikel tersebut turut di kongsi bersama rakan-rakan & keluarga terdekat, sedangkan ketika itu saya sudah mempunyai follower tegar, samada secara nyata dan silent reader, saya juga ada pelanggan tetap dan perniagaan yang berkaitan dengan ECE seperti Playgroup, Seminar & Bengkel? Mengapa harus saya berbuat begitu?
  • Jika saya ambil mudah, ego dan berada dalam "in denial" state tatkala saya menyedari yang anak sulung saya memerlukan bantuan dari segi social dan interaction, adakah anda rasa saya akan segera berjumpa Doktor di PPUM utk mendiagnosis anak saya, dan demand pada Doktor Kanak-Kanak di sana yang saya inginkan Sessi Occupational Therapy untuk saya dan anak hadiri bersama bagi membantu mengatasi kekurangan tersebut? Bukan itu sahaja, walaupun pertemuan kali kedua dengan Doktor mengatakan yang anak sulung saya ok-ok sahaja, nothing to worried about, saya masih tetap mahu hadir ke Sessi Therapy tersebut dan melakukan aktiviti-aktiviti permainan dengan lebih fokus yg khusus untuk meningkatkan skill anak saya di rumah. Kenapa harus bersusah payah selepas diberitahu berita gembira itu? 
Hanya SATU SAHAJA jawapan untuk semua soalan di atas  iaitu : It's ALL ABOUT ME!! Saya yang menentukan apa yang saya ingin lakukan terhadap kehidupan saya dan kehidupan anak-anak kecil saya! Saya mengambil sikap - Sebelum saya mengubah anak-anak saya, keluarga saya, mengubah anda semua dan mengubah orang lain, saya MESTI mengubah diri saya sendiri! Saya mesti melawan rasa takut saya, rasa malu saya, saya negatif dalam diri saya dan segala macam perasaan berbaur yang timbul ketika berada dalam situasi-situasi yang boleh dikatakan "sukar" seperti di atas. Sememangnya ia sgt mencabar, dan seperti yang saya tulis dalam rangkap kelima di atas, itulah yang saya katakan pada diri saya sendiri setiap kali saya berhadapan dengan situasi seperti ini - "DEAL WITH IT! DEAL WITH IT WATIE!", dan secara perlahan-lahan, saya berjaya mengusai akal dan fikiran saya untuk melakukan perkara yang harus saya lakukan sebagai seorang ibu, kerana saya cuba sedaya upaya saya untuk meletakkan HAK anak-anak saya ditempat yang sepatutnya ia diletakkan. 

Melalui cerita-cerita dalam entry saya selama ini, anda boleh lihat yang saya lebih suka gunakan pengalaman saya sendiri kerana secara peribadi, itu lebih berkesan kerana saya bercerita dari hati. Lagipun, saya berpendapat yang blog ini juga adalah diari kehidupan saya dengan keluarga dan anak-anak, bila mereka besar nanti, saya ingin mereka baca apa yang telah saya lalui sepanjang membesarkan mereka dan saya ingin mereka tahu yang saya bangga menjadi ibu mereka walau siapa pun mereka, walau bagaimana pun keadaan dan tingkah laku mereka ketika kecil. Di samping itu juga, saya ingin semua pembaca saya tahu yang saya ini juga ibu biasa, sama seperti anda semua, yang mungkin melakukan kesilapan dengan anak-anak tanpa saya sedari, yang kadangkala saya gagal mengawal emosi marah saya ketika anak-anak saya buat perangai, dan kemudian saya melakukan perkara yang membuatkan saya menyesal ketika emosi saya kembali stabil. Kita semua manusia biasa, kesilapan itu sering saja melingkari hidup kita, walaupun betapa bagusnya kita, walaupun betapa hebatnya kita di mata orang. Saya ingin anda tahu yang tiada sesiapa pun yang sempurna di sini, saya buat silap, anda juga buat silap. Apa yang lebih penting, adalah MENYEDARI KESILAPAN itu dan BERUSAHA MEMPERBAIKINYA secepat mungkin. Ia bukannya mudah, itu saya akui, kita semua ada ego masing-masing, bagaimana kita mengawal ego dalam kembara mencari satu ilmu yang sebelum ini tidak pernah @ kurang kita ambil tahu, bukanlah sesuatu yang mudah. Terus terang saya katakan, satu ketika dahulu, saya bukanlah WATIE seperti yang anda kenal sekarang dr segi "tahap kesabaran" dengan anak-anak kecil. :)   Siapa sangka, kini saya dikelilingi bayi dan kanak-kanak hampir setiap hari. Dan saya percaya, ianya kerana frasa "It's All About ME!". Saya yang inginkan ianya berlaku, saya sedia berubah demi untuk memastikan ianya berlaku dan saya sanggup menghadapi cabarannya kerana sayalah yang menentukan, membenarkan dan merelakan ianya berlaku dalam hidup saya. Anda bagaimana? Bersediakah anda berubah demi anak anda???

Kepada mereka yang telah membuat pembayaran Seminar, saya teruja untuk bertemu anda semua! :) 


post signature

post signature

Friday, April 29, 2011

Jemputan Kedua: 1st Year Anniversary & FAMEKids Launching



Salam Kengkawan semua, okay ..seperti yang di janjikan, ini adalah jemputan kedua dari Watie & Team Bling Lustre untuk anda semua. Ha ..ni dah dua kali jemput, kalau tak datang dosa tau! Ekekekek.. So make sure semua yang ada kat KL dan Selangor tuh, kalau tak balik kampung, jangan lupa singgah ke Majlis kami yer.:) 

Diam tak diam, dah setahun pun penubuhan Bling Lustre ni kan. Alhamdulillah, walaupun baru setahun jagung usianya, tapi personally saya rasa banyak juga pencapaian Bling Lustre nih, dan pencapaian yang paling besar rasanya adalah JV dengan Genius Baby On Board. Hahhahahaa.. Betul tak partner2 semua ..(mesti cakap btol tau....kalau tak aku tak datang majlis kang ..ekekkekek). Rasa macam sekejap jer waktu berlalu. Masa Lyna duk sibuk-sibuk buat majlis setahun yg lepas, dia ajak saya dtg, saya baru lepas nak habis pantang si Zayra. Saya tak dapat datang pun majlis tu, sedih jugak tapi siapa sangka, sekarang nih bukan setakat datang, siap kena prepare segala bagai untuk majlis anniversary nih. Tuan rumah katakan ..:) Kuasa Allah kan, I'm so happy that after 2 months pembukaan Bling Lustre, I join them and now we're getting stronger & stronger Insya Allah..:) 

Dan sempena setahun usia penubuhan Bling Lustre ni, kami melangkah setapak ke hadapan dengan menubuhkan FAMEKids, satu kumpulan sokongan khas untuk ibu-ibu yang ada anak istimewa @ OKU, tidak kira dari segi fizikal atau mental. Rasanya ramai pembaca blog ni dah tau apa itu FAMEKids coz me & Lyna memang ada buat entry berkenaan dengan FAMEKids di blog kami, menceritakan tentang anak-anak istimewa kami iaitu Zayra & Fahry. Bagi sesiapa yang baru baca dan mengikuti blog nih, terima kasih saya ucapkan dan sebarkanlah tenntang FAMEKids, kerana memang niat saya dan Lyna ingin sama-sama memberikan sokongan dan semangat pada ibu-ibu diluar sana yang mungkin tidak tahu kewujudan kumpulan sokongan ini. 

Mungkin ada yang kata, kenapa nak buat FAMEKids, banyak kumpulan sokongan di luar sana kan? Cukuplah saya katakan, FAMEKids ditubuhkan oleh 2 ibu yang mempunyai anak istimewa. Kita dalam kapal yang sama. Kita lebih memahami bagaimana rasanya berdepan dengan anak istimewa, berdepan dengan masyarakat dan berdepan dengan pelbagai soalan yang kadangkala tak terjangkau dek fikiran kita oleh masyarakat di luar sana. How we want to deal with it? Bagi yang tiada anak OKU (takmo cakap istimewa sebab nanti ramai mak bapak kata anak aku pun istimewa lah weiii... hehehehh), mungkin boleh menasihati, memberi semangat tetapi pada saya secara peribadi, ianya tida sama dengan mereka yang memang ada anak istimewa. 

Dulu masa saya belum ada Zayra, saya tumpang simpati dengan kawan-kawan lain, cuba beri semangat tapi jauh disudut hati saya, saya tahu kata-kata itu tidak dapat membantu sangat kerana saya sendiri tidak tahu kata-kata terbaik untuk diucapkan. Saya takut kata-kata saya mengguris hati mereka. Lalu, saya pun tak banyak bicara bila berdepan dengan ibu-ibu hebat ini. Tapi kini, saya sendiri dianugerahkan Allah dengan Zayra yang juga istimewa dan OKU, begitu besar rahmat Allah pada kami sekeluarga, kehadiran Zayra bagaikan sebutir permata yang Allah hadiahkan pada saya & suami dengan satu tujuan murni- Rasai lah kamu menjadi ibu kepada anak istimewa wahai hambaku Watie, dalamilah perasaan mereka, gelojak hati mereka, kerana kini kamu di dalam kapal yang sama. Gunakanlah segala kelebihan yang AKU berikan pada kamu untuk melakukan sesuatu pada masyarakat, berbakti dan  mencurahkan ilmu dan berkongsi pengetahuan yang kamu tahu. Berikan semangat pada mereka, kerana kini kamu sudah tahu kata-kata terbaik untuk diucapkan pada semua ibu bapa ini, dan kamu tahu bagaimana ingin melayani anak-anak kecil yang akan sering bertanya tentang anak-anak OKU ini, maka sebarlah ilmuKu pada semua. (oh...sayunya masa saya tulis nih, bergenang air mata, dan terus teringat Zayra yang sedang lena diulit mimpi..) Maka kerana itulah saya & Lyna ingin tubuhkan FAMEKids, pada kami - BIAR KECIL TAPI BERHASIL. Small group but efektif. Saya tahu bukan mudah untuk kami berkumpul sesama kami, tetapi Insya Allah, akan kami usahakan sebaik mungkin. Kalau boleh, dapat lakukan few activities dalam setahun dengan anak-anak ini semua, bersama para ibu bapa yang hebat ini. Sungguh saya teruja nak jumpa semua.:) Saya mohon anda semua dapat hubungi saya jika ada anak istimewa, sebab niat saya untuk menjadikan anda semua istimewa di Majlis FAMEKids itu nanti. :) Kalau anda yg baca nih ada kenal mana2 para ibu yg ada anak istimewa, jgn lupa sebarkan tentang FAMEKids yer. Terima kasih setulus hati dari kami. 

Dan, seperti yang anda semua tahu, saya juga akan membuat Majlis Hari Lahir Zayra, dan Zayra akan diapit oleh 2 jejaka hensem lagi kacak bergaya iaitu Aisy & Airy (anak Kay) di majlis tersebut. Bertuah kan Zayra. Tu baru time kecik, time besar tak tahulah saya .. hahahahhaa.... Perasan giler mak Zayra nih! :) Mommy Lyna jgn jeles yer, nanti tahun depan giliran anak awak, 3 jejaka hensem tuh mengapit Zayra plak yer! Hahahha... Tetiba saya teringat satu jejaka berbangsa India menegur saya di Hot Bazaar Klang Sentral masa saya tengah jalan-jalan dengan Zayra window shopping. Dia kata, "Saya tgk anak akak dari jauh tadi, comel betul lah dia nih...". Hhehehe.. Dah malam-malam pun masih lagi jejaka tuh nampak wajah Zayra. Saya perasan Zayra nih kan, bila org tgk jer muka dia terus jatuh sayang, tapi bila nampak tangan dia selepas tuh, terus jadi lagi sayang pada dia!:) Memang anak bertuah!

Di majlis ini juga, kami ada bukak dlm lebh kurang 10 booth jualan untuk memeriahkan acara. Setakat yg saya diberitahu semalam, ada lagi 7 booth utk disewa. Baru semalam pun saya sempat nak iklankan pasal booth ni. Hari ni saya tak pasti berapa lagi booth yang tinggal. Boleh call Kay - 0163222760 untuk maklumat lanjut jika anda semua berminat nak sewa booth pada hari tersebut. Kami akan bg 2 meja dan 2 kerusi untuk anda. :) Dan, sapa yg cepat bg logo syarikat kat saya, saya akan masukkan logo syarikat anda di banner! :) So, better hurry or else - sorry.. ehhehehe.. 

Apa lagi yer? Haaaa.. kami sekarang dalam proses untuk dapatkan sokongan dari beberapa para celebriti dan artis jemputan bagi memeriahkan acara pada hari tu. Saya harap sangat agar they can make it to meet this great parents & FAMEKids ni tau ..:) Insya Allah ..:) Kerja yang baik selalunya akan dimudahkan ..Amin. Sebelum saya terlupa, jika ada mana-mana usahawan/ usahawati yang ingin sponsor any produk utk diletakkan dalam goodie bag para celebriti dan wartawan serta hadiah untuk kanak-kanak, bolehlah hubungi saya atau Kay juga. Kami perlukan 30 pax sahaja untuk setiap barangan yg anda ingin sponsor. And dont forget to put your brochure juga ..:)

Dan di sini saya nak inform dengan bangganya ..hehehe.. Our Official Photographer for that day is LENSA GUA, yang diterajui anak muda berjiwa besar- Erie. Tak sabar saya nak tgk hasil kerja Erie pada hari tersebut. :) Thanks for the sponsor Erie. Nak tau servis apa yang Erie buat, tunggu yer ..Nanti saya masukkan entry pasal LENSA GUA nih ..:) Nama company pun sempoi jer kan .. macam orangnya juga..saya suka! :) 

To end my entry kali nih, saya attachkan brochure invitation untuk tatapan anda semua. :) Dan bagi mereka yang belum isikan borang utk RSVP, sila isikan borang di bawah nih yer. Siapa yang dah isi di entry Birthday Zayra tuh, tak perlu isi lagi, saya dah ada rekodnya. :) I just wanna make sure everything run smoothly, dari segi makan dan keselesaan tetamu .:) So, make sure kengkawan isi borang di bawah yer. Klik jer link nih:


Jgn tak datang tau!:) Tak sabar nak jumpa semua..:)

Klik untuk besarkan..:)

Sapa nak tgk peta ke Bling Lustre, boleh klik sini..:)


post signature
post signature

Thursday, April 28, 2011

Jemputan Pertama: 1st Birthday Rania Quzayra Rizal.

Ha, mesti ramai tertanya-tanya kenapa tajuk entry ni ada Jemputan Pertama? Ekekekkek.. sebab ada jemputan kedua, thats y tajuk dia jemputan pertama. :P Nanti Watie update jemputan yang kedua kay. tgh siapkan brochurenya ..:)

Dalam jemputan yang pertama ini, Watie dengan segala rendah dirinya (memang rendah pun ahcik nih nokss!) nak menjemput semua saudara mara & kawan-kawan yang baca blog ni untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis hari lahir Zayra yang pertama pada 8 Mei 2011 (Ahad) depan. Zayra punya real b'day is on 7 April, tapi memang dah plan dari awal nak sambut sekaligus dengan majlis pelancaran FAMEKids & 1st Year Anniversary Bling Lustre (tu lah jemputan yang keduanya ..heheh). Almaklumlah, Zayra kan "peneraju" FAMEkids sekali ngan boyfriend dia si Fahry tuh, so memang sesuai lah sangat buat bday dia time launching tuh. 

Aunty2 semua jgn tak datang tau! Penat Zayra wat muka kiut nih!

So, make sure kengkawan block date 8 Mei 2011 tuh tau. Memandangkan majlis birthday nih agak besar berbanding majlis Qarissa dulu, Watie nak mintak kengkawan isikan form kat bawah nih (bagi sesiapa yang confirm nak datang) so that Watie leh estimate food. Dulu jemput sedara, jiran n kengkawan so bolehlah estimate foodnya, tapi skang maybe ada kengkawan blogger yg Watie tak pernah jumpa sebelum ni, takut Watie nanti food tak cukup plak, lebih takper jangan kurang bak kata orang, malu ahcik nanti weiii... hehehehe... isi form ni sekali jer okay ..sebab Jemputan kedua yang akan Watie buat entrynya selepas ini pun akan guna form yang sama juga, so taklah penat uols nak isi form jer kerjanya ..hahahahha... :) 

Jgn lupa datang tau kengkawan, Watie teringin nak jumpa kengkawan yang selama nih support Watie & Genius Baby On Board. Tanpa uols, GBOB pun tak wujud agaknya ..:) Love uols ....:) Klik link di bawah untuk mengesahkan kehadiran anda. :)


Dan di sini Watie attachkan kad jemputan untuk semua yer..:) Klik utk besarkan. Dan jangan lupa. Temanya Pink & Blue okay ...:)  See you there friends ..:)


post signature

post signature

Thursday, January 20, 2011

Jumpa Kami di Charity Baazar KLCC- TTFC!

Saya menerima maklumat dari partner Bling Lustre mengatakan yang akan diadakan satu Baazar Jualan Amal di TTFC- Twin Tower Fitness Centre di KLCC pada 29 January 2011 (Jumaat ) minggu hadapan. Kami kemudiannya mengadakan perbincangan melalui internet sama ada kami patut menyertainya atau tidak. Selepas beberapa perbincangan dibuat, kami akhirnya setuju untuk membuka sebuah booth di TTFC @ Twin Tower Fitness Centre sempena Charity Bazaar ini. Alhamdulillah, apabila bekerja sebagai satu pasukan, kuranglah sikit beban yang terpaksa ditanggung. Insya Allah, saya dan partners akan berada di sana. Satu hari saja kan, rugi kalau tak pergi sebab saya pun dah lama sangat tak ke KL semenjak pindah ke Subang dan kemudian kee Shah Alam dan yang terkini di Klang. Hheheh... dah takut nak masuk KL gamaknya, kalau tak betul-betul, tak tahan jem ..:) 


Saya dengan gembiranya ingin menjemput kawan-kawan semua untuk menyertai kami di Charity Baazar ini. Memandangkan ianya dilakukan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, pada hari bekerja pula tuh, hari Jumaat lagi, saya percaya ramai yang akan berehat panjang sekurang-kurangnya 2 jam kan? Hehhehe.. Bolehlah singgah ke booth kami nanti! Untung juga kerana di KLCC ada banyak kemudahan public transport yang laju kan? Cepat jer sampai. Hehehe .. Bukan tu sahaja, Bazaar nih bukak sampai malam tau! So, lepas habis kerja tuh, sebelum balik umah, rajin-rajinkan kaki untuk melangkah ke Charity Bazaar nih. Bukannya selalu diadakan pun. Lagipun kan KL selalu jem. Balik lewat sikit apa ada hal kan? Ekekekeke..


Kami yang bernaung atas nama Bling Lustre akan mengambil booth di bahagian Main Hall iaitu Basketball Court. Insya Alah, kami juga akan diberi peluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bling Lustre, dan rasanya macam saya jer yang kena cakap kat pentas tuh. Aderghhh...segannya. Takper takper, saya cuba sehabis baik untuk memendekkan masa semasa bercakap dan pastikan dalam masa yang singkat tuh, saya dapat cover dan memberikan penerangan tentang apa yang Bling Lustre lakukan. Opss.. saya dah share tak berita terkini hiburan sensasi dengan pembaca blog nih? Rasanya belum lah ..mehlah saya share berita ini. Taklah gempak sangat pun, tapi cukup membuatkan saya terharu di atas kepercayaan yang diberikan. Baru-baru ini, pihak Bling Lustre menerusi Pengarah Bling Lustre iaitu Puan  Khairina @ Kay, secara rasminya telah menawarkan saya jawatan Marketing Director untuk Bling Lustre. Wahh..bunyi macam gempak jer yerk! Memang gempak pun ..wkakakakak! 

Saya sememangnya terkejut bercampur terharu juga, tak sangka mereka percayakan kebolehan saya dalam menjadi salah satu "pengemudi" dalam mengambangkan Bling Lustre. Dari hanya menyewa di tingkat atas (juga secara tidak sengaja dan tanpa disangka), menjadi partner & membuat jv dalam beberapa acara seterusnya melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menjadi salah satu warga Bling Lustre secara rasmi. Terima kasih saya ucapkan kerana percaya pada kebolehan saya dalam mengembangkan syarikat bersama-sama. Semoga kita akan sama-sama berjaya membuka mata pihak-pihak tertentu tentang apa yang kita lakukan terhadap masyarakat. Its not about sales & keuntungan semata-mata sahaja kan ..:) Ianya lebih dari itu ..masih jauh lagi perjalan ini saya rasa, tetapi langkah pertama itu perlu dalam apa pun  yang kita lakukan. Tanpa lanngkah yang pertama, kita tidak akan ke mana-mana. We will stuck whereever we are forever. 


Jadi kawan-kawan, sila baca ayat selepas ini, ala-ala ahli politik nak berkempen di Tenang yer .. :) "Saya dengan ini menyeru semua warga-warga Petronas di Tower 1 dan Tower 2, warga pekerja dan pengunjung Suria KLCC dan shopping complex yang berdekatan dengannya untuk sama-sama memeriahkan Charity Bazaar ini. Jangan lupa datang ke booth kami yer. Agak-agak kalau nampak perkataan Bling Lustre tuh, dan seorang wanita yang becok sambil membebel di satu booth tu, ha ..itulah saya kot! Jangan lupa tegur dan say hi ok. Mungkin saya belum kenal anda, belum jumpa anda selama nih, tapi tak bermakna perkenalan tu tak boleh dimulakan kan? So, say hi to me okeh!" 

 

Berikut adalah maklumat tentang Charity Baazar tersebut. 

Date: 28th January 2011 (Friday)
Time: 9:00 am until 8:30 pm
Venue: Twin Towers Fitness Centre ( at Concourse level, nearby Tower 1 lobby) – opposite to Mesra Shoppe and CIMB Preferred
Market: All Petronas staff from both Tower 1 + Tower 2, public who comes to Suria KLCC, and staff from buildings around KLCC



Ok geng, see you there yeah! :) Insya Allah ..


post signature


post signature

Thursday, January 13, 2011

FREE PREVIEW: Little Reader - Bagus Sangat Ker?

Semenjak aku menceburkan diri dalam bidang Early Childhood Education nih, ramai juga parents yang tanya berkenaan dengan keberkesanan Little Reader sebagai satu alat bantu untuk mengajar anak mereka dengan lebih berkesan. Kerana aku sendiri menggunakan Little Reader sejak zaman batu dahulu, sebelum dia ada ko-kurikulum untuk setahun lagi, sejak version dia 1.0 sampailah dah jadi 2.0.6 nih, jadi agak mudah untuk aku explain dan berkongsi pendapat pada pelanggan aku tentang perbezaan dan kebaikannya. 




Memandangkan ramai yang tanya tru telefon, emel dan sebagainya, aku rasa adalah lebih baik jika aku buat satu sessi @ preview khas berkenaan Little Reader di pejabat Genius Baby On Board. Siapa yang rasa nak tahu lebih lanjut, nak consultation lebih lagi pasal Little Reader, bolehlah ditanyakan pada Watie during the Preview. Bukan apa, melalui telefon, msg, emel ataupun bertentang mata ketika karnival @ exhibition di adakan, kadang-kadang ada macam-macam gangguan time tu kan? Cthnya ketika Karnival Upin & Ipin hari tuh, mungkin Watie tak dapat nak explain lebih lanjut masa di Karnival kerana bising, bunyi muzik yang kuat sampaikan nak bercakap pun menjerit-jerit. Mungkin masa tuh, tak semua info dapat Watie berikan pada parents. :) Sebab tuh Watie plan nak buat this Preview kat office. 




PREVIEW ni PERCUMA sahaja. Secara jujurnya, Watie rasa adalah sesuatu yang adil sekiranya ibu bapa mendapat peluang untuk memahami dan mengetahui kebaikan sesuatu produk sebelum mereka membelinya. Tak kisahlah produk itu mahal atau murah. Mahal tak semestinya bagus dan murah tak semestinya tak berkualiti. Yang penting, kita tahu kenapa kita beli dan apakah kebaikannya pada kita dan yang penting - pada anak. Bila kita tahu maklumat yang penuh tentang sesuatu produk itu, barulah kita akan rasa puas hati untuk mengeluarkan wang kita. Tak kisah sikit atau banyak. Sebab kita tahu nilai yang kita dapat. :) 

Kalau tanya pada Watie - Bagus sangat ker Little Reader ni? Jawapannya adalah YES: Sangat bagus dan sangat ampuh. Apa yang bagus, apa yang ampuh? Akan Watie explain in details masa Sessi Preview itu nanti. Boleh Watie bandingkan juga dengan produk-produk yang similar, yang ada di pasaran. Bukan bermaksud memburukkan produk lain, tidak sama sekali, itu bukan cara Watie memberi consultation, kerana Watie percaya semua produk ada kelebihannya masing-masing, in fact, bukan Little Reader sahaja yang GBOB jual, ada banyak lagi produk di GBOB :) Cuma Watie akan tunjukkan perbezaan yang antara satu produk dengan satu produk yang lain dari banyak segi, cthnya harga, kesesuaian produk dengan usia anak, apa yang ada dan apa yang takder antara satu sama lain dan sebagainya. Jadi parents boleh nampak apakah yang terbaik untuk mereka pilih, yang penting SESUAI UNTUK USIA ANAK MEREKA. (Bagus kan bila kita tak terikat dengan mana-mana syarikat, kita bebas memberikan pendapat berdasarkan reseach yang kita buat dan pengalaman kita menggunakan produk tersebut)






Lepas dah dapat maklumat tuh, ibu bapa semua bolehlah buat judgement dan keputusan sama ada ianya berbaloi atau tidak untuk dibeli. :) No worries, no obligation. Bukan nya datang pastu kena paksa beli. Apa curlass wat bisnes camtuh kan? Menjatuhkan reputasi ahcik jer noks.. Hahaha.. As i always said, I've done my part as Consultant - berikan maklumat yang terbaik pada my client without prejudice, terpulang pada client buat keputusan berdasarkan budget, kepentingan, keperluan dan sebagainya. Cuma satu jer Watie minta, kalau rasa produk tu bagus, tapi belum ada rezeki nak beli, bolehlah rekomen kat keluarga atau rakan-rakan yang mungkin memerlukannya (boleh gak tambah pendapatan sampingan, kumpul-kumpul, silap2 leh dapat FREE jer satu utk anak kita.. ekekek). Dan bila rasa dah ada cukup budget nak beli, janganlah lupakan GBOB. Datang balik carik Watie @ my Education Consultants a..k.a my  affiliates, jangan cari orang lain pula yer..:) Barulah ada situasi menang-menang di situ kan? 






Ini juga peluang untuk mana-mana Education Consultant @ Affiliates datang membawa teman-teman atau pelanggan-pelanggan berpotensi. Selain dari dapat belajar cara membuat presentation secara tidak langsung, dapat juga menambah pendapatan sekiranya prospek anda berminat dengan produk ini. Anda hanya perlu follow up sahaja dengan rakan-rakan ini dan sekiranya mereka membuat pembelian, ada mendapat komisen sebanyak 10% dari GBOB. Di sini juga Watie nak ambil kesempatan untuk jemput sesiapa yang berminat untuk menjadi Education Consultants @ Affiliates GBOB menyertai komuniti kami. Hanya perlu emelkan sahaja permintaan anda di geniusbabyonboard[at]gmail.com dan pihak kami akan bg standard emel untuk di issi sebagai rujukan pihak kami. Terdapat pelbagai cara untk menambah pendapatan dengan GBOB dan tidaklah sesukar mana.:) 



Baiklah, berikut adalah maklumat tentang FREE Preview yang bakal di jalankan nanti. Kepada Education Consultants @ Affiliates GBOB, Watie memang galakkan anda semua datang menghadiri sessi ini supaya anda lebih jelas akan kebaikan produk ini, maka lebih mudah anda untuk berkongsi kebaikannya dengan kawan-kawa atau prospek yang lain .;)

Tarikh: 23 Januari 2011 (Ahad)

 Masa: 2.00 pm - 4.00 pm
Tempat: Pejabat GBOB, 47-2, Jln Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, 47120, Puchong Selangor
Bayaran: PERCUMA


Sesiapa yang berminat untuk mennghadiri Preview ini bolehlah hubungi Watie menggunakan nombor kat bawah ni ok. Boleh Watie budget berapa ramai nak datang on that day ..:) Kepada sesiapa yang terbaca maklumat nih, bolehlah kongsikan tentang FREE PREVIEW ni pada kawan-kawan yang lain. Mungkin mereka juga memerlukan maklumat ini. :) Klik jer button share kat bawah dan kongsikan di laman web atau facebook @ blog anda. Senang kan! Thanks Pals.. Appreciate it ..

post signature

post signature

Thursday, January 6, 2011

Irfan Khairi Yang Memberahikan!

Hmm..korang ni masuk sebab memang nak baca entry ni  ker atau sebab tajuk kat atas? Hheheh.. jangan tipu ..Allah tahu tau! Ekekek.. :P

Apa yang berahi sgt tuh yerk? Hahahah.. Aku rasa dia memberahikan sebab telah berjaya membuatkan makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik dan wanita-wanita muda belia dan cun macam aku nih terpesona dengan apa yang dia sampaikan. :) Memanglah dia hensem kan, tu aku tak nafikan, and cute also, tapi tu yang kedua. Hensem tapi kureng pandai pun tak syok kan ..Handsome tapi takder duit lagi lah tak syok. Handsome tapi suka menghabiskan boreh mak bapak dan isteri lagi lah hampeh! :) You gain no respect at all from me man ..Sorry but its true ..:(

Ready to give the talk!

Tapi Irfan ni selain berkarisma, aku personally rasa dia adalah lelaki idaman Malaya yang berkarisma dan mempunyai hala tuju dalam hidup. Dia sempoi dan mempunyai personaliti yang menarik. Aku jumpa dia 1st time masa Pesta Buku. Tak beli pun buku dia tapi dengan tak malunya mintak tanda tangan. Ekekekek..:P Dapatlah dia punya penanda buku ada sign youuu! Bukan takmo beli hokay, sebab dah beli.:) Then kali kedua aku jumpa dia adalah semasa Karnival 1nita yang berlangsung baru-baru ni kat KLCC. 

Nampak tak dari mana gambar di ambil? Hahhaha.. Aku duduk 2nd row beb, siap ada tulis VIP kat situ. Selamba gua redah!

Memula aku nampak dia jalan ngan kawan. Terkejut gak aku time tuh, sebab comel sgt. Aku nampak dia kat Pesta Buku dia tengah duduk. Manalah aku nampak dia tinggi mana kan. Dia dikelilingi wanita-wanita dan laki yang masing2 berebut nak mintak sain. Thats y aku terkejut gak bila nampak dia, so tiny and comel..:) 

Kuat berjalan rfan nih tau! Ai Like....

Dan, bagai dijodohkan diaturkan, tetiba I bumped into him sekali lagi masa aku nak balik ke booth, sebelum datang balik to listen to his presentation. Apa lagi noks, mak pun amik kesempatan bergambar lah dengan dia kan. Dengan muka menggoda tak malu nya,  aku panggil dia dan cakap, "Hi Irfan, nak bergambar ngan you boleh?" Ekekek.. Irfan so sporting hokay. Peramah giler and say, "Sure..sure". Pastu aku pun menempel lah sebelah Irfan tuh. Pakai hp BB jer wei! Sib baik gambar lawa. Ker aku yang lawa? Hhahahah.. Perasan tak hengat mak budak ni.. Hahahaha. Then aku bgtau dia, "Nanti i nak dengar u bg talk tau! See you kay!" and Irfan pun cakap, "Yeah..yeah .. see you soon!" Anda then aku pun ke booth untuk pastikan everything went well sebelum patah balik ke dewan. 

Me & Irfan. Penat aku senyum lebar-lebar tapi bff aku cuma puji baju ngan mekap jer?? Ingat nak puji aku cun ker hapa kan?  Hahahha...

Punyalah excited nak dgr Irfan bg talk, sampai aku masuk dewan berlenggang tanpa bawak buku @ pen nak salin apa dia cakap! Hampeh tul si Watie nih. :P Nasib baik akak sebelah ada paper & pen aku pinjam ngan member yg baru aku kenal kat 1nita tu. Exhibitor jugak.Nama dia Ida Suraya. Nice & pretty lady.:). Thanks kak & Ida..appreciate it ..:)

Nak marker beb ..nak marker .. (sesuka hati tulis skrip sendiri..)Hahaha

Walaupun hanya diberikan masa 45 minit sahaja untuk bercakap, tetapi 45 minit tuh sangat lah berharga dan penuh dengan maklumat tau! Memang rasa berbaloi dan puas hati dengan apa yang Irfan cakap tu. Walaupun kebanyakan point yang Irfan bgtau tuh, aku dah pun tahu hasil dari maklumat Dr Radha Krishna, CEO OleWorld yang aku ceritakan dalam entry ni dan ni, masa aku ke training dia lepas join as Premium member, tapi aku still suka dan dengar dengan penuh teliti.  Dan apa yang Irfan cakap, I tried to realate with my business yang aku buat. Baik PFA GBOB. Jadi, aku dapat lebih input dan nampak on how to grow the business. 

Nak might rupanya .. ekekkee...

Untuk mereka-mereka yang masih blur pasal perniagaan internet, atau lost in space, atau tak tahu mana nak mula, definitely korang akan rasa apa yg diberitahu Irfan sgt bermakna! It really helps tau! Seminar yang Irfan bg FREE jer that day, agak rugi sapa yang tak dapat datang. Aku share apa yang Irfan bgtau kat sini yer : 

Haaa..baru lah sodak nak ngoyakkk! (aik..awat bertukar jadi KFCM lak nih?)
  • Sebelum korang mulakan perniagaan internet, tengok dulu apa korang nak jual. Tengok SUPPLY DEMAND tentang produk tu. Dalam DEMAND, korang tgk, ada market tak? Ada org nak tak?  Berbaloi ker jual kalau DEMAND tak banyak? Dalam SUPPLY pula, korang tgk, berapa ramai orang SUPPLY produk tu di seluruh dunia, atau mungkin di Malaysia & negara sekitar macam Singapore & Brunei sahaja (tgk lah korang bajet nak pasarkan kat mana). Banyak tak orang SUPPLY produk tu. Berapa puluh, ribu, ratus atau juta orang korang kena fight utk pastikan customer beli produk korang. Dari hasil kajian yg korang buat nih, sedikit sebanyak ia akan membantu korang buat keputusan whether its a good idea or not untuk buat bisnes tu. Irfan juga cadangkan kita gunakan reverse way untuk tengok DEMAND ni. Iaitu dengan cara menggunakan Adwords Tool dari Google iaitu : https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal. Dengan menggunakan cara nih, kita dapat lihat berapa banyak perkataan itu di cari di dalam internet. Hari tuh, Irfan bg contoh batik. Dia taip word batik, dan di isikan ruangan security word, pastu cek berapa banyak word batik yang di cari di internet. Mak aiii.. satu juta orang satu dunia buat carian menggunakan nama batik dalam tempoh sebulan! Memang bisnes yang baik oooo..Dalam local market pula, dalam 74,000 orang buat carian guna nama batik. Then adalah pecahan dia macam batik cloting, batik art , batik fabrics dan sebagainya. Dari sinilah kita mungkin dapat kembangkan dan fikirkan semula tentang perniagaan kita. Mana yang lebih demand dan yang lebih orang cari.
  • Lepas tuh, dalam SUPPLY pula, kita buat carian biasa di Google, tengok berapa ramai pula maklumat tentang batik yang ada di internet. Hambek ko... ada 17 juta 100 ribu maklumat tentang batik yang ada di internet! Maknanya, korang akan "berperang" dengan 17 juta orang ni lah dalam memasarkan produk batik korang tuh. Di sinilah datangnya kepentingan SEO iaitu Search Engine Optimization. Cait.. sebut macam pandai sangat si Watie nih ..Wakakakak.. Macam pandai naaaa bidang Internet Marketing. Baru terkial2 nak wat iklan Nuffnang, baru dapat  dua puluh lima ribu sen dalam akaun Nuffnang ada hati nak ajar orang yerk! Wakakakak.. Wei wei wei.. aku bgtau apa Irfan bgtau yer.. bukan aku nak tunjuk pandai . Kalau tak suka, korang jangan baca ah .. Kalau dah pandai sgt, bagilah yg tak pandai baca info ni. Sian dorang, dorang pun nak tambah pendapatan maaa.. Apa yang aku merepek nih syaitoonnn. Ok, serius balik. Jadi, korang kena pastikan website jualan korang berada di muka surat pertama atau at least 3 page teratas. Ini kerana, kalau page korang terletak di muka surat 77 ribu, takder sapa nak jumpa website korang kan? 
Ada paham tak Puan Watie ni membebel bagi pihak saya, tuan-tuan & puan-puan?
  • Soalannya sekarang, macam mana nak bg page kita kat tempat teratas, di muka surat pertama atau mungkin kedua @ ketiga? Ada banyak cara sebenarnya, tapi dalam tempoh masa yang sedikit tuh, Irfan sempat sharekan perkara ni. Irfan tanya we all, sekarang aku pulak tanya korang, hehehe.. Apa yang korang cari di Internet? Korang cari MAKLUMAT kan? Sekarang semua zaman maklumat, semua maklumat berada dihujung cari kita. Taip jer kat search, Insya Allah dapat lah info tu. Jadi, kita kena pastikan website kita tuh penuh dengan maklumat yang berkaitan dengan produk yang kita jual. Sebagai contoh batik. Irfan siap buat perbandingan website antara page-page yang ada kat ranking PERTAMA, KETIGA dan yang belakang-belakang tak tahu page mana. Hehhehe.. Apa beza antara website-website ini? Memang obvious nampak, adalah MAKLUMAT di laman web dorang. Yang 1st page, maklumat tentang batik kemain banyak. Dari history, apa itu batik, beza2 batik, semualah pasal batik, ada kat depan page dia. Website kat page seterusnya, ada gak maklumat, tapi tak sebanyak website yang pertama. Dan yang kebelakang ntah page berapa tuh pulak, siap ada flash gambar batik kekdahnya. Memanglah cantik, tapi melambatkan page tuh nak donwload. Maklumat tak banyak, lum sempat bukak maklumat, orang dah blah sebab flash tuh kemain slow lagik wei! .Kesimpulannya, pastikan website kita banyak maklumat yang berguna mengenai apa yang kita nak jual. :)
  • Dari Google Adwords tu jugak, kita boleh tau apakah keyword yg orang cari, berapa banyak orang cari guna keyword tuh, dan dari sini kita boleh gunakan key word yang sama masa kita nak buat website page kita. The tag, meta tag dan sebagainya. Inilah salah satu cara untuk naikkan page kita, sebab kita dah masukkan info tentang website kita, apa fokus website kita.:)
Aku suka gaya dia time nih..Comel lah awak nih IK!
  • Menurut Irfan lagi, Social Media adalah salah satu marketing tools yang sangat ampuh kala ni. Kita kena gunakan  sepenuhnya teknologi tuh. Tapi jangan salah guna yer. Jangan tag orang sesuka hati. Aku yg jenis baik tak sampai hati nak remove orang pun cukup menyampah kalau orang nak request jadi member, bila dah accept, terus dia tag kita dengan produk2 yang dia jual. Korang hangin tak kalau korang gi rumah orang, belum sempat bukak mulut bagi salam dia dah tonyoh mulut korang dengan makanan-makanan yang ada? Tonyoh tau, bukan ajak elok2 atau borak-borak dulu. Mesti hangin kan? Cam tulah orang akan rasa kalau kita tag orang sesuka hati. Memang kena remove lah jawabnya. Salah satu contoh Social Media adalah Facebook. Ada banyak lagi cam You Tube, Friendster, My Space dan sebagainya. Tapi yang difokuskan hari tuh adalah Facebook. Pada Irfan, Facebook itu sendiri membawa makna yang tersendiri atau ada akronimnya. :) Apakah maknanya? Dia siap eloborate lagi satu-satu makna F.A.C.E.B.O.O.K tuh tau! Korang nak tau tak ..? Nak tak? Hehhehehe... Kalau nak tau ..korang kena skroll ke bawah ni dulu .hehehe.. Sedap naaa baca kan ..wat exercise sket yer...:)
*
*
*
*
*
*
*
*  

Maknanya ialah ..:

*
*
*
*
*
*
*
*  
Korang kena datang lagi lah geng .. Jenguk lagi blog nih sebab aku lupa dah! Wakakakakakakenabeb!! (sambil gelak guling2 ..) Aku wat entry ni kat umah, azimat Irfan tuh kat opis daaaa.. Yang kat atas ni aku ingat habis tau ..dah hafal dah ..terer kan? Tapi yang Facebook tuh baru lah beb . Lagipun Irfan yang reka mender tu. Aku ingat secara keseluruhan tapi kalau ikut F.A.C.E.B.O.O.K  punya akronim yang diberikan Irfan tuh, aku dah lupa apa dia. Hhehehe...Nanti aku share okeh ..Janganlah marah sayanggg.. nanti datang lagi okeh!.Kang aku pakai belasah akronim aku sendiri kang, Irfan saman aku plak. Hhahaha.. Lagipun aku nak lah bg betul2 info kat korang, kang tak complete plak, rasa tak syok lah kan. :) Nanti aku cek balik Azimat senoi tuh, then aku wat entry kedua. Ada sesapa nak suggestkan tajuknya? Irfan Khairi Semakin Berahi ker?, atau Berahi ker? Laki aku lagi hot kot? atau lain-lain cadangan, sila kemukakan komen anda di bawah! Hahahhaha...

Kesian uols kena kelentong ngan si Watie nih. Jahat dia kan....:) Korang dtg balik lah yer!

Kat sini jugak aku nak share yang Irfan Khairi akan buat satu Seminar yang GEMPAK selama 2 hari kat tempat yang GEMPAK juga, sama tempat di mana aku dating jumpa dengan dia iaitu KLCC Convention Centre. Tajuknya, Revolusi Perniagaan Internet pada bulan April ini. Masih sempat lagi kalau nak kumpul duit nih. Dalam tempoh 45 minit pun aku dah rasa cam byk jer dia kongsi, apatah lg kalau 2 hari kan. Ni tengah nak jek-jek hubby aku lah nih. Suruh dia cover separuh ker kan, tapi rasa cam gagal jer sebab aku dah kata hubby orang lain Memberahikan! Hahahahhaha...Mesti dia nak boikot aku nanti.. Hu hu ..Takper, nanti aku pujuk. Heheh. Kalau korang nak tahu pasal ni dgn lebih lanjut, atau nak join this Seminar, korang leh click kat bawah nih. Semua maklumat pasal the Seminar ada :)


Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut!

Ok geng, nanti aku sambung lagi apa yang Irfan share kat seminar masa Karnival 1nita tu yer. Rajin2 singgah lah yerk. Kalau takut terlepas, korang subscribe lah rss feed blog nih. Dan kalau korang rasa artikel memberahikan ni leh bagi manfaat kat orang lain, korang sharelah maklumat ni kat mana2 yang patut. Facebook ker, Blog ker, Twitter ker ..click jer mana-mana button yg bersesuaian yang ada dalam entry nih..:) Kita jumpa lagi di waktu dan hari yang sama minggu hadapan! yer kawan-kawan ..:) Aku akhiri posting kali ni dengan gambar jari -jemariku yang runcing sambil memegang kad Karnival 1nita yang penuh inspirasi dan - feeling ala-ala buah hati Khairul Fahmi Che Mat, Elia si jejariruncing.blogspot.com. Wakakakkakorok lu Watie!

Lihat jejariku..Runcing kan!! (Sila buat intonasi ala-ala iklan nak kurus badan tuh) 

post signature

post signature

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading