Showing posts with label GBOB On Media. Show all posts
Showing posts with label GBOB On Media. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

GBOB On Media: Deko Pilihan @ Majalah Nur Mac 2012.



Alhamdulillah, sekali lagi saya mendapat kepercayaan dari pihak Karangkraf iaitu Majalah Nur untuk berkongsi kisah saya dan anak-anak melalui ruangan DEKO Pilihan di majalah tersebut. Saya menerima panggilan dari wartawan Nur, Kak Azza tidak lama selepas Kak Ita menemuramah saya untuk majalah PaMa di ruangan Kisah Mama. Kak Azza ternampak gambar-gambar yang Kak Ita dan jurugambarnya ambil dan terus berminat untuk menemuramah saya bagi Ruangan Deko Pilihan. Saya sgt terharu dan berterima kasih pada Kak Azza yang sudi menemuramah saya, jujur saya rasakan ada banyak lagi bilik @ ruangan yang cantik yang boleh diketengahkan, tapi mungkin konsep yang saya ketengahkan dalam menghias bilik anak-anak menarik perhatian beliau. Pada saya, sekiranya konsep bilik ini dapat memberi panduan dan semangat untuk para ibu bapa mengjias bilik anak mereka, apa salahnya. :) 

Majalah Nur @ Mac 2012

Dalam entry saya sebelum ini juga, saya ada kongsikan tentang bilik anak-anak saya dan apa yang terdapat dalam Montessori Tray mereka. saya harap sedikit sebanyak ia dapat membantu para ibu di luar sana, Insya Allah. :) Sesiapa yang masih belum membaca entry tersebut, bolehlah klik entry ini dan ini, kerana saya ada menceritakan dengan lebih detail mengenainya. 

Yang membuatkan saya rasa besar hati dan sekali lagi berterima kasih pada Kak Azza adalah kerana, beliau telah memilih kisah saya ini untuk edisi Bumper bulan Mac 2012 walaupun sebenarnya, kisah ini sepatutnya dimuatkan dalam Majalah Nur bulan Fenruari 2012. Bila Kak Azza called saya beritahu pasal penukaran edisi ini, saya rasa sgt terharu, segan pun ya, tak sabar pun ya ..hahahah *sebab dah excited tunggu bulan 2 katakan... ahaks!* . But anyhow, Alhamdulillah, dah selamat pun keluar di edisi bulan Mac 2012. 


Bila dah keluar keluaran Bumper ini, Kak Azza hubungi saya dan dengan segera saya cari tapi memang kawasan saya ni lambat sikit sehari dua, ada kawan2 yang dah beli tapi saya masih takder stoknya. :( Sabar menunggu, nasib baiklah kat area opis tuh dah sampai, ada satu jer pulak! Hahahha.. Oklah ka, dari takder langsung. Few days after that, barulah saya dapat beli another 4 copies, memang saya nak frame dan buat kenangan. Mesti seronok bila kita dah tua, anak-anak dah besar, mereka dapat lihat bagaimana mereka dibesarkan dan boleh mengimbas kembali nostalgia ketika kecil. Mana tau nanti, bila anak2 dah kahwin, ada rumah sendiri, bilik cucu-cucu saya lagi cantik dari yang ni kan? Amin...Va va va .. dah verangan dapat cucu, hover giler noksss! Hahahhahaa...


First time saya selak page Deko Pilihan, saya punya impression was like, "Perghhhh..mak aiii..canteknyaaaa!" Hahhahaha.. serius saya rasa nampak cantik sgt, memang betullah kalau pakai camera mahal nih, nampak cantik sahaja kan?? Hahhaha.. Nak-nak the 1st page tuh memang besar dan nampak hampir keselurihan ruang bilik. Dengan bantuan cahaya matahari dan lampu bilik, memang nampak cerah sungguh, malah langsir Princess tu pun nampak pink! Kalau anda semua nak tahu, langsir tuh sebenarnya warna putih, tapi lining kat belakang tuh saya pilih color pink. Memang sengaja saya pilih lining pink sebab asalnya saya nak beli langsir pink, tapi watak Princessnya sarat sangat, takut nanti nampak tak cantik sebab saya hanya guna 2 panel, dan bilik taklah besar sgt, so saya pilih warna putih, yang karakter Princessnya tak banyak, tapi saya combinekan dengan lining pink, so dia nampak macam bebayang pink lah kan...:) Yang jadi best tuh, bila we all letak kat tingkap tuh, bangun pagi, masuk bilik anak, memang nampak jelas the pink color, apatah lagi memang sinar matahari menembus masuk ke bilik anak-anak dahulu, jadi reflectionnya sangat nyata. Di tambah pula dengan penggunaan kamera berteknologi tinggi, memang saya rasa nampak naik sgt bahagian langsir dan katil itu. Personal thanks to Laurea Furnishing sebab merealisasikan impian saya ini.:)


Nak dijadikan cerita, masa saya beli langsir ni di Laurea tuh, saya tak kenal owner dia. My sister yang rekomen, disebabkan saya memang nak pakai cepat untuk pengambaran Majalah PaMa, saya terus pergi dan  pilih langsir, yang best tuh, mereka dapat siapkan langsir nih dengan cepat, dalam 3-4 hari dah siap dan koleksinya memang banyak dan rambang mata. Kualiti dan jahitan juga bagus. Memang saya puji dan puas hati lah kan. Dapat tau pulak, orang kita yang punya bisnes. :) Sekali tuh, bila saya join Rootwommers, Word Of Mouth Mktg Team, an Entrepreneurs Group, saya berjumpa dengan kak Siti ni. Lagi bestlah sembang. Heheh.. Memang ramah dan baik orangnya. So, skang we all jadi geng lah .. Kecik kan dunia nih?? Hehhehe.. Kira kalau saya nak rekomen Kak Siti nih pada anda semua memang tak segan lah, sebab memang hasil kerja dia so far so good, personally saya puas hati. Baru-baru ni, saya pergi sekali lagi ke pejabat Laurea, sebab Kak Siti nak beli LR, sempat jugalah saya tengok2 koleksi cadar kanak-kanak. memamng rambang mata tau! Serius! Saya suka sebab ianya complete. Tak macam yang saya beli sebelum ini, cuma ada bed spread @ comforter sahaja. Kalau anda tgk cadar Princess anak saya tuh, nampak comforter kan? Saya hanya beli comforter dan 2 bantal sebab hanya itu sahaja  setnya yang dijual. Untuk bed sheetnya, saya kena beli  lain, beli asing2, nak cari bed sheet yang plain warnanya bukan senang. dah lah mahal juga, end up totalnya quite pricey. Tu belum citer pasal thread count lagi. Watie memang agak particular dengan thread count bila beli comforter atau bedsheet. Watie suka thread count yang tinggi, lebih tinggi lebih best sebab kualitinya memang sedap laaa sungguh kalau tidur. Tapi makin tinggi thread count, makin mahal lah, sebab tuh kena tunggu MEGA SALE baru borong. Wakakakak.. So, the 1st question yang Watie tanya kat Kak Siti masa tgk bedsheet for kids tuh adalah thread count, sebab sebelum ni, kebanyakan yang watie beli thread count dia 280, nak kata best tak lah sgt, so and so jer lah, kebanyakannya memang 280 pun, unless kalau untuk bilik utama, memang dapatlah thread count tinggi stok kain macam bed sheet hotel! Hahhaha..Kak Siti kata 350, dan bila beliau bentangkan Comforter Strawberry Shortcakes, memang sedaplah bila Watie pegang kan, rasa puas hati sangat, bukan tu jer, set dia complete ada bed sheet, comforter dan sarung bantal siap ada 4 lagik! Memang tak yah pening pikir mana nak cari bed sheet untuk matchingkan ngan comforter like what I did before. Color character kartunnya pun memang sangat cantik dan "hidup". Ada lah gak rasa rugi sebab lambat tau pasal Laurea nih, sebab saya dah beli few set carton character untuk bilik anak saya sebelum ni, but Insya Allah, ada plan nak beli lagi, memang nak amik kat Laurea. Harga dia pun taklah mahal sgt, taklah murah sgt, pada Watie ia berbaloi dan value for your money.:) 

Kay, sampai sini dulu perkongsian Watie kali ini, Insya Allah kita jumpa lagi di entry akan datang ..:) Sapa yang masih belum mendapatkan Majalah Nur edisi Bumper bulan Mac 2012, cepat2 gi kedai kay, sebelum kehabisan! Hehhehe.. Salam sayang buat semua. :)

post signature
post signature

Friday, December 30, 2011

GBOB On Media: Kisah Mama @ Majalah PaMa Januari 2012.


Salam Akhir tahun buat semua!. Waduhhhh.. teruknya sibuk saya ni ha ...! Satu entry dalam sebulan jer yg saya mampu buat dalam bulan December nih? Aduiii... Bila saya jenguk blog sendiri, rasa kesian pun ada. Hahahaha... Awatlah lompong jer takder entry Watie oi... hu hu ..sadis btol lah ..dari hari ke sehari nak capture gambar bilik Montessori Apparatus yg ada kat bilik anak2, tapi tak sempat2. Insya Allah, azam tahun baru nanti, saya nak amik gambar tuh suma, pastu cari masa untuk membebel dan bgtau kegunaan suma barang2 tuh ok? Ramai yang tunggu dan minta, saya tahu, tapi sorry lah sgt .. saya kesuntukan masa sebenarnya. Banyak sgt yg saya kena buat sebagai persediaan menyambut tahun baru. Kapasiti saya sebagai guru, usahawan, isteri dan ibu sememangnya menuntut perhatian yang bukan sedikit. Kelam kabut dibuatnya. Dengan anak kecil yang juga perlukan perhatian lebih, dengan Daddynya yang juga nak perhatian (ekekekke....) tak cukup tangan saya dibuatnya .. Tapi saya suka juga kesibukan ini, menyedarkan saya yang hidup ini sgt singkat untuk kita asyik mengeluh dan merungut. Melihat anak-anak saya membesar bagai johan dengan bijak dan bergurau senda sesama mereka membuatkan saya rasa sangat bahagia menjadi ibu mereka. :) 

Apa yang saya nak kongsi di hari Jumaat, Penghulu segala hari di akhir tahun tahun 2011 nih? Saya nak kongsikan dengan anda semua kisah saya yang sudahpun diterbitkan di Majalah PaMa keluaran Januari 2012. Dah ada dipasaran pun kisahnya. Excited sungguh bila tgk gambar-gambar yang sungguh cantik tuh! Comel sungguh Zayra dan Qarissa dalam Majalah tu. Saya secara peribadi nak ucapkan terima kasih pada Kak Ita dari Majalah PaMa yang sudi menemuramah saya untuk ruangan KISAH MAMA. Saya rasa terharu dan rasa dihargai bila saya dipilih untuk  menjadi personaliti dalam Kisah Mama yang pertama untuk tahun 2012 nih. Semoga ianya menjadi batu tanda positif dalam hidup saya di tahun 2012 nanti. Insya Allah, Amin. :) 

Untuk siapa yang belum beli Majalah PaMa bukan Januari 2012, bolehlah cepat2 beli yer. :) Gambar baby Aisy yg comel sesangat tgh lena diulit intan! Heheheh.. Ni dia muka depannya. :) 

Majalah PaMa edisi tahun baru 2012. Comel kan baby ni? :) 

Dan, jangan lupa selak muka surat 66 dan 68 untuk baca KISAH MAMA a.k.a kisah saya dan anak-anak yer. Semoga ia memberikan semangat dan inspirasi pada mereka yg sedang mengandung dan ada anak kecil :) Insya Allah. Untuk anak-anak murid Teacher Watie, memang wajib kena beli, kalau tak dapat datang kelas tuh @ lama tak jumpa Teacher, Mommy leh tunjuk muka cun Teacher Watie, manalah tahu anak leh happy sikit kan? Hahhaha.. Teacher Watie ada kt umah kekdahnya! Ekekekke...

Ms 66, KISAH MAMA @ Majalah PaMa Jan 2012

Ms 68, KISAH MAMA @ Majalah PaMa Jan 2012

Di kesempatan ini juga, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 pada semua pembaca setia blog Genius Baby On Board dan Genius Qarissa. Semoga tahun baru ini akan memberikan seribu satu rahmat buat kita dan seluruh keluarga. Saya secara peribadi ingin meminta ampun dan maaf jika selama saya berurusan dengan anda semua di tahun 2011 ini, ada yang rasa kurang senang, tidak puas hati atau apa sahaja rasa yang negatif dan tidak enak ketika kita berurusan. Semoga saya dan perniagaan ini akan menjadi lebih baik di tahun 2012. Insya Allah. Amin. Selamat bercuti semua. :) *hugs and kisses*


post signature
post signature

Monday, October 31, 2011

Video: GBOB On Media - GBOB Playgroup @ Rancangan IKS TV1

Waduuhhhh... it took me nearly 8 months to upload this video yo! Hehehehe.. Apa lah Teacher Watie ni kan.. Hu hu.. mmg bz sungguh sampai nak upload pun asyik lupa jer. Memang saya dapat this copy from Aisyah @ RTM pun agak lewat, few months lepas rancangan tu di ke udarakan,  tapi patutnya bila dah dapat tuh, teruslah upload kan.. tapi tu lah, nak upload pun kena tunggu lama, plus asyiklah lupa, kengkadang CD tertinggal kat umah, bila CD ada, DVD Writer plak tinggal. Hadoii... :P

But Alhamdulillah, finally I managed to upload the video untuk tatapan semua, at least parents boleh nampak sedikit sebanyak apa produk dan servis yang kami tawarkan di GBOB. Bila saya tengok semula video ini, rasa terharu pula, dah besar dan bijak dah anak2 saya tu suma sekarang tau. Masa rakaman ni dibuat, dalam Januari 2011, GBOB baru beroperasi dalam 3 bulan, kira baru sangat lah usianya tu. Walaupun sekarang masih dalam tahun 2011, tapi saya nampak perkembangan yang sangat2 positif dalam diri mereka. Kalau anda rasakan semua kanak-kanak dalam video ini comel, bijak dan pandai berinteraksi, ehehhehe.. bolehlah bayangkan keadaan mereka selepas hampir 10 bulan mereka join the Playgroup. :) Tu lah sebab teacher Watie makin hari makin kurus you! Tak yah gi Fitness First, Slim World semua tu, anak-anak Teacher tiap2 minggu dah buatkan Teacher Watie ni berpeluh2 dan sihat + kurus. Ekekekeke...


Cuba teka saya rembat gambar ni dari blog siapa? Eekkeke.. Ni masa majlis Hari Raya Playgroup baru2 nih @ GBOB

Ok, takmo bebel panjang2 lah yerk, meh kita imbas kembali Program IKS @ TV1 ni. Rasanya ramai parents kat luar sana masih  belum berkesempatan untuk tengok Playgroup @ GBOB di Rancangan IKS ketika ia di ke udarakan awal tahun lalu. So, bolehlah jamu mata, tunjuk kat anak dan tanya dorang nak join kelas Teacher watie tak? Eekkekek.. :) Sebelum Watie terlupa, kelas Level 1, Level 2, Level 3 dan Level 4 akan dijalankan seperti biasa, dan sekiranya anda ingin menghadiri sessi Trial Playgroup @ GBOB untuk mana-mana Level, anda boleh hubungi Watie to make the appointment kay! Lately kelas selalu penuh especially level 3 & 4, so it will be based on First Come First Serve. :) Level 1(0-6 bulan) dan Level 2 (6-12 bulan) yang kurang, student Level 2 dah banyak naik ke Level 3, so Level 2 kurang sikit studentnya, sapa yg nak join sekarang memang ada slot kosong. 


Saya rembat dari blog budak bijak bam-bam yang saya tgh peluk tu lah .. heheheheh.. kat SINI

Level 1 memang kurang dapat sambutan dan personally Watie rasa sedih juga sebab Level 1 tu lah yang paling penting dan orang kata asas untuk perkembangan otak bayi. Maybe banyak parents rasa tak perlu untuk join sebab anak kecil lagi, apa dia leh buat kalau join umur 3 bulan (lepas pantang tu kan)..macam tak masuk dek akal jer yerk..:) bukannya leh merangkak pun..heheh..tapi, kalau dorang nak tahu, kelas2 macam ni di oversea tu paling penuh memang Level 1 ni lah, sebab as I always said, the ECE di luar negara  lebih advance & most mother tahu kepentingannya. Di Malaysia ni nampaknya ECE semakin berkembang maju walaupun tak semaju di oversea tu. Dulu kalau anak masuk tadika umur 6 tahun, pastu 5 tahun, sekarang dah ada yg masuk seawal 4 tahun, malah ada juga parents yang sanggup cari Taska @ Early Development Centre yang tawarkan program untuk anak-anak semuda 2 tahun. Program-program di bawah 2 tahun, terutamanya untuk bayi seawal 0-6 bulan ni memang agak sukar kita nak jumpa. Mungkin sebab permintaan kurang, sebab tu Pengusaha tak buat this kind of Program. Kalau ada pun, agak mahal Programnya, dan selalunya kaum kita adalah kaum-kaum yang jarang-jarang ada dalam program tu. Selalu expat & Chinese. Maaf kalau terasa, tapi itu realitinya, jadi jangan pelik jika bayi orang lain lebih bijak @ smart dr bayi kita kalau kita sendiri tidak berusaha memberikan yang terbaik untuk anak sedari bayi. (survey-survey kelas yang ada di tempat anda, cari info, cari bahan pembelajaran utk bayi dan sebagainya sepertimana yang ibu bapa lain buat.) Dan Watie rasa menjadi tanggungjawab watie untuk beritahu pada parents hakikat dan senario ini supaya anda sedar STIMULASI BERMULA SEJAK HARI PERTAMA ANAK ANDA MELIHAT DUNIA! It's TRUE..very TRUE.. :) 

Kenangan terindah dalam hidup saya selaku ibu dan guru. :) Terima kasih IKS, Terima kasih Aisyah. Terima kasih TV1. I Heart Uols!

post signature

post signature

Tuesday, May 17, 2011

FAMEKids On Media: Usah Sembunyi Anak Istimewa @ Sinar Harian


Saya menerima SMS dan penggilan dari Mommy Lyna pd hari Isnin selepas Majlis Besar kami pd hari Ahad 8 Mei lalu, bertanyakan samada saya free atau tidak pada hari Rabu supaya kami boleh ditemuramah bersama-sama oleh pihak Sinar Harian mengenai FAMEKids. Pihak Sinar Harian sepatutnya datang juga pada hari Ahad tetapi pada saat-saat wartawan bernama Farhana ingin keluar rumah, beliau menerima panggilan dari seseorang yang "seseorang" itu ingin BUNUH DIRI! Dan, dengan kelam kabutnya Farhana ke tempat kejadian, malangnya "seseorang" itu sudah pun mati menggantung diri. Lyna cerita pada saya, saya tak tahu nak kesian ker, nak tergelak! Serius!! Satunya - "Aik... ko nak mati pun boleh sempat nak call wartawan lagi? Ko ingat ko ni Curt Cobain ker? Pas mati kecoh satu dunia dan semua orang beli album giler-giler sampai jadi jutawan lepas mati? Mati pun nak glamer masuk paper ker?". Dan keduanya - "Kenapalah senang-senang jer nak cabut nyawa sendiri macam seolah-olah nyawa ko nih macam game "Angry Bird" kat Ipad tuh? Mati skali ada 3 lagi birds menanti! Tipis nya iman ko hadoiiii....!" 

Saya berkira-kira nak balik rumah selepas penat "mengerjakan" office lepas majlis, sudahnya tak jadi balik sebab leceh nak ulang-alik ke pejabat dan berhangkut kesana kemari dengan anak-anak, dan bersetuju sahaja dengan cadangan Lyna untuk ditemuramah. In fact, saya berterima kasih pada Kak Aida & Salwani yang sudi menemuramah kami berkenaan FAMEKids & juga perniagaan yang kami jalankan. Terima kasih kerana menyokong kami kak. :) Kak Aida siap bawak sample keratan akhbar Sinar Harian di mana kisah FAMEKids  akan dimuatkan diruangan Citra keluaran hari Ahad ini, katanya. Kak Aida sampai kira-kira pukul 3 dan kami meluangkan masa kira-kira 1 - 2 jam untuk ditemuramah, ditemani 2 bunga saya dan 2 kumbang Lyna .. :) Hhehehe.. Saya risau juga kalau si Qarissa akan buat perangai mengamuk-ngamuk  sebab boleh nampak dia kepenatan tapi suprisingly, dia baik-baik sahaja. Yang paling tak tahan tuh, nampak jer Abang cameraman fokus nak amik gambar, dia punya tersengih dan bergaya, punyalah poyo! Mentang2 camera tuh kemain panjang lensenya .. sampai Kak Aida pun tergelak tgk aksi Qarissa.. dia memang sungguh hover kalau ada camera mahal tau! Aku pun tak tahu siapa yang ajar! (Padahal aku rasa dia ikut gen aku lah ..pantang nampak camera! Wakakaaakak...cuma bezanya, semua camera hatta camera phone pun aku belasah jer .. tapi Q nih pandai pilih - Camera DSLR sahaja menjadi pilihan yer .. kalau setakat camera cap Ayam yg macam aku punya - bolayan dia nak senyum lebih2! Cait! ) 


Alhamdulillah, rencana mengenai FAMEKids sudah pun terbit kelmarin iaitu pada hari Ahad,15 Mei 2011. Pagi-pagi lagi saya sudah keluar dari rumah kakak @ Country Heights untuk bersiap sedia for my Seminar ECE yg akan dijalankan pada pukul 9.30 am. Sampai-sampai jer  opis, terus saya beli paper Sinar Harian kat ane tepi jalan tuh, tapi cuma ada sekeping sahaja! Adoi.. baru nak borong banyak2 sket. Saya tak puas hati, saya pergi pulak Petronas yg berdekatan dengan pejabat, pun sama! Ada sekeping jer! Adoi.. takkan semua orang borong Sinar Harian nak tgk FAMEKids kot? (wakakakaka.....perasan giler nih! Tak sodar diri! ahahahhaha). Saya pun beli jugak dan pastu saya mintak tolong hubby carikan kalau dapat lagi 3 keping, saya nak beli 5 sebab sebelum nih, masa cerita Bayi Genius kuar kat Harian Metro, saya beli 4 keping tapi hubby kata saya kedekut sebab tak beli lebih, so skang saya beli lebih sekeping, tak kedekut dah kan? Wakakakakakakak.....

As usual, tak menyempat-nyempat naik opis, saya lepak dan baca dalam kereta. Waduh, sungguh cantik sekali penulisan Kak Aida dalam rencana tersebut sampai saya terharu dan hampir melelehkan air mata membaca hasil nukilan beliau selepas menemuramah kami. Terus saya jadi rindu pada Zayra & Qarissa di rumah. Tak sangka, ia juga berjaya membuatkan rakan-rakan rapat saya menangis. Sedih betul mereka especially cerita berkenaan saya dan suami berbincang hati ke hati dan tentang baju berlengan pendek Zayra tu. Hu hu, memang pun, saya masih ingat, lepas balik dari hospital, saya dan suami lepak di atas katil, dan kami berbincang tentang masa depan Zayra. Memang part baju lengan pendek @ baju takder lengan tuh membuatkan kami berdua rasa sayu dan sedih juga. Nama pun anak perempuan kan, tangan kanan pulak tuh, tapi itu cerita lama. Sekarang cuma cerita-cerita yang menggembirakan dan menginpirasikan sahaja yang mengelilingi kami sekeluarga. Hebat kan kuasa allah SWT? :) Syukur Alhamdulillah. 


Kebetulan, dalam segmen Citra itu juga ada berita mengenai Kanak-Kanak Istimewa juga, yang saya rasakan sungguh besar pahala ibu-ibu tersebut menjaga anak-anak mereka yang istimewa itu. Seperti yg pernah saya katakan dalam entri sebelum ini, saya dan Lyna rasa "kecil" bila berhadapan dengan ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa yang mana keistimewaannya lebih lagi berbanding apa yang dialami Zayra & Fahry. Bak kata Lyna, Fahry & Zayra ni takder apa pun, mak dorang yg hover! Hahahha.. Siut jer Lyna ..:) Insya Allah, saya dan Lyna serta rakan FAMEKids yang lain seperti Haslina a.k.a Mommy Hasya akan cuba memaksimumkan aktiviti untuk para ibu bapa ini di FAMEKids. Sekarang kami dalam perancangan untuk buat satu sessi iaitu "Clinic Sawan" yang akan fokus on masalah sawan yang menyerang kanak-kanak. Saya takmo cerita lebih sgt sebab masih dalam perancangan, masa dan tarikhnya masih dalam perbincangan. Yang pasti, 2 kaedah rawatan akan dilakukan iaitu rawatan alternatif dan rawatan klinikal. So, akan ada 2 -3 orang yang pakar dalam rawatan aternatif dan Doktor bertauliah akan bg talk mengenai sawan ini, Insya Allah. Nanti kalau dah ada detailnya, saya akan maklumkan di sini. 

Bagi mereka yang terlepas membeli Sinar Harian edisi Ahad minggu lalu, Watie lampirkan di sini artikelnya dan bagi anda yang mempunyai blog, facebook atau website, tiada apa yg saya harapkan kecuali anda bantu kami menyebarkan tentang penubuhan FAMEKids ini agar lebih ramai yang tahu dan lebih ramai yang boleh menyertai kami. Terima kasih sekalung budi, hanya Allah SWT yang mampu membalas budi baik anda menyebarkan tentang FAMEKids ini. :) 

********************************************************

Anak istimewa cetus idea FAMEKids
Dua sahabat tubuh kumpulan sokongan untuk jalin hubungan sesama ibu bapa yang punya anak kelainan upaya.

“Saya mengenali Lyna sebagai salah seorang rakan blog. Dalam satu pertemuan, kami sama-sama membawa anak. Sebagai seorang yang suka bergurau, saya memujinya kerana memakaikan anak seluar panjang. 

“Setelah balik rumah dan membaca blog Lyna, baru saya perasan anaknya itu istimewa. Waktu itu terdetik perasaan bimbang jika dia terasa hati dengan gurauan saya,” kata Norhidawati Abdul Aziz yang mesra dipanggil Watie, 31, tatkala mengimbau semula detik awal dia mengetahui kecacatan dialami putera kedua Siti Nurazlina Noh, Fahry Al-Hazim. 

Justeru sebaik sahaja melahirkan anak kedua, Rania Quzayra Rizal yang kini berusia setahun sebulan, Watie terus terkenangkan Fahry. Hal ini kerana Quzayra turut mengalami kecacatan pada bahagian tangan. 

Akui Watie, setelah berada dalam ‘kasut’ Lyna barulah dia mengerti apa yang diperlukan oleh ibu yang mempunyai anak istimewa seperti mereka. Sebenarnya apa diharapkan daripada masyarakat bukanlah kata-kata simpati dan pandangan pelik, tetapi layanan sama rata. 

“Anak istimewa sebenarnya mampu hidup berdikari jika mendapat sokongan yang betul. Ibu bapa tidak perlu rasa malu dan menyembunyikan anak di rumah. Inilah yang cuba kami sampaikan menerusi FAMEKids,” ujar Watie. 

Ditubuhkan pada Januari 2011, FAMEKids yang merupakan hasil buah fikiran Watie dan Lyna berfungsi sebagai sebuah kumpulan sokongan bagi ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya sama ada dari segi fizikal, masalah pembelajaran, perkembangan dan sebagainya. Persatuan ini juga diharapkan menjadi jambatan penghubung antara mereka agar dapat memberikan keyakinan dan sokongan antara satu sama lain menerusi pertemuan dari masa ke semasa. 

Pertemuan pertama FAMEKids yang merupakan gabungan perkataan Fabulous, Amazing, Miracle, Extraordinary, sudah pun berlangsung 8 Mei lalu di Wisma Bling Lustre, Taman Meranti Jaya, Puchong. Kira-kira sepuluh keluarga hadir bersama anak istimewa mereka pada hari berkenaan. 


Hak anak istimewa

Mengulas lanjut pengalaman sendiri ketika mula-mula mengetahui dirinya mempunyai anak OKU, Watie menyifatkan reaksinya sama seperti mana-mana ibu jika berada di tempat sama. Apatah lagi, kecacatan Quzayra hanya diketahui selepas kelahirannya. 

“Walaupun suami kata anak kami ok, saya tahu ada sesuatu yang tidak kena daripada perubahan di wajahnya. Telahan itu benar kerana saya mendapati sebelah tangan anak saya kecil sedikit,” tutur Watie. 

Rupa-rupanya Quzayra mengalami symbrachydactyly, di mana tulang tangannya tidak tumbuh sejak dalam perut lagi. Apa yang mengejutkan, kecacatan jenis ini sangat jarang berlaku iaitu 1 nisbah 32,000 dalam setiap kelahiran. 

Dek kerana terlalu terkejut, Watie tidak mampu tidur lena pada malam selepas melahirkan dan tekanan darahnya naik mendadak. Bagaimanapun selepas itu dia reda kerana tahu dirinya perlu bangkit meneruskan kehidupan. Apatah lagi anak sulung, Rania Qarissa sedang menanti untuk kembali bermanja dengan ibunya setelah kelahiran adik. 

“Saya dan suami kemudiannya duduk berbincang dari hati ke hati. Saya katakan padanya, saya mahu melayan Quzayra sama seperti kakaknya termasuk dari segi berpakaian. 

“Bagaimanapun saya memerlukan sokongan kerana keadaan akan jadi kekok jika suami berfikiran sebaliknya. Contohnya kalau dia malu apabila anak dipakaikan baju berlengan pendek,” kata Watie yang bersyukur bukan kepalang apabila suami, Saiful Rizal Che Mat, berpandangan sama dengannya. 

Bagi Lyna dan suami, Zainul Anuar Samni pula, mereka sudah bersedia lebih awal dengan sebarang kemungkinan ketika kelahiran Fahry. Hal ini kerana pendarahan yang berlaku ketika kandungan baru berusia 28 minggu menghantar isyarat bahawa kemungkinan untuk bayi selamat adalah tipis dan jika selamat sekali pun, mungkin ada masalah yang akan dihadapi. 

“Saya berdoa pada Allah jika mendapat anak istimewa sekali pun saya tidak kisah kerana ingin menjaga amanahnya dengan baik. Lagipun Dia sudah memberikan saya anak pertama, Hafiy Al-Fateh yang lahir sempurna,” bicara Lyna yang baru menimang cahaya mata ketiga, Danny Al-Firas, dua bulan lalu. 

Kesan sindrom Amniotic Band, sebelah kaki Fahry di bahagian betis tidak dapat diselamatkan. Lyna dan suami bagaimanapun tidak menganggap kelainan dialami anak mereka sesuatu yang mampu menghalang proses tumbesaran seperti kanak-kanak lain. Justeru mereka memberikan Fahry kaki palsu sejak usianya 9 bulan lagi. 

Seperti Watie, Lyna turut mendaftarkan anaknya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tindakan ini dikira agak janggal kerana kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa menganggap pendaftaran di JKM hanya perlu setelah anak dewasa. 

“Mengapa perlu menunggu hingga mereka dewasa. Ini antara hak anak istimewa yang ingin kami sedarkan. Mendaftar dengan JKM bukan bermakna kita mahu mengambil kesempatan atas keistimewaan yang diberikan kepada mereka tetapi bayangkan jika kita sudah tiada dan mereka masih belum didaftar. 

“Siapa mahu membela hak mereka kelak? Antara kelebihan yang diberikan kepada OKU yang mendaftar adalah hak mendapat diskaun tertentu, kemudahan istimewa, pemberian geran untuk memulakan perniagaan dan banyak lagi,” sampuk Watie. 

Seperti Lyna yang tidak pernah malu malah berbangga mempunyai anak istimewa, Watie sempat berkongsi satu insiden yang menyentuh hatinya, baru-baru ini. 

“Saya sering mengajar Quzayra agar menggunakan segala potensi yang ada pada diri termasuk tangannya yang tidak bertulang itu. Satu hari, saya terkejut melihat dia mampu membuka tin susu menggunakan tangan dan gigi. 

“Dia juga mempunyai cara tersendiri untuk bertepuk tangan iaitu menepuk menggunakan sebelah tangan yang normal pada bahagian lengan atau pun dada,” ujar Watie dalam nada terharu. 

Anda boleh menyatakan sokongan terhadap FAMEKids dengan menambah mereka sebagai rakan jaringan sosial Facebook di www.facebook.com/famekids.


********************************************************
Semoga dengan terbitnya rencana mengenai FAMEKids ini, kami dapat mengumpulkan lebih ramai ibu bapa istimewa dan sama-sama kita dapat menggembelengkan tenaga untuk memastikan anak-anak kita dilayan sama rata seperti anak-anak yang lain, tidak di diskriminasikan, tidak dianggap menumpang di sudut dunia dan bila tiba masanya, dia akan pergi jua. Seperti yang sering kita dengar, mati sudah pasti, hidup belum tentu. Tapi bila hidup, lakukanlah sesuatu untuk anak kita yang tersayang, berusahalah kerana itu juga saranan Rasulullah SAW.Janganlah sesekali berharap tuah akan datang bergolek di hujung kaki kita kalau kita sendiri tidak berusaha mengubah keadaan. Kami perlukan pandangan, idea dan buah fikiran anda semua untuk memastikan FAMEKids berjaya mencapai matlamatnya. Insya Allah, dengan sokongan semua, kita akan berjaya. Amin .:) 

post signature
post signature

Monday, March 7, 2011

Di Sebalik Tabir IKS: Kelajuan Kuasa Kuda Seorang Watie!


Hahaha.. Aku takmo tulis banyak lah hari nih ..sebab lepas korang tgk Sessi temuramah nih, korang mesti mengah punya .. So, baik aku tak yah bebel panjang2 yer! Wakakakak.. Dalam masa kurang dr 9 minit, aku cover 3 soalan yang sering mak bapak tanyakan .. :) So check this out bebeh! No script, no nothing .. all sepontan jer! Hu hu .. Bila nak cakap selowwwww nih?????




Bersedia untuk melihat video "berkuasa kuda!"

post signature

post signature

Saturday, March 5, 2011

Di Sebalik Tabir Bicara IKS: Temuramah Bersama Mommy Lyna


Di hari dan waktu yang sama ketika pihak RTM mengadakan sessi rakaman Bicara IKS mengenai aktiviti dan program yang dijalankan di Genius Baby On Board, suami saya sempat merakamkan beberapa adegan dan sessi temuramah pada hari tersebut. Kiranya ada 2 cameraman lah nih kan. Ahaks! Satu yang bertauliah dan satu yang amatur .. (kang cakap tak bertauliah kang ..kecik ati laki den! Hahahahah). Saya hanya berkesempatan melihat rakam ini dua hari lepas, itu pun selepas merakamkan Promo @ Iklan GBOB yang disiarkan di TV1. Betapa sibuknya hari-hari yang saya lalui sekarang yerk?? Dah alang-alang tengok, saya transfer terus lah ke You Tube. Tapi rakaman temuramah saya tak sempat pula nak transfer. Cuma sessi temuramah pihak RTM dengan Mommy Lyna sahaja yang sempat di masukkan ke You Tube. Insya Allah, kalau sempat, saya transfer lah keseluruhan sessi temuramah yang ada itu. Ni saya attach sekali lah Iklan GBOB @ TV1 yg sempat saya rakamkan tu. 

Promo Rancangan Bicara IKS - Genius Baby On Board

Bila tengok balik, tergelak2 saya. Kesian hubby Mommy Lyna, tak dan nak glem sket Daddy tu, si Hafiy duk menangis-nangis mintak perhatian. Tak suka glamour kekdahnya si Hafiy nih! Hahahaha.. Memang dalam kelas saya pun, kalau Hafiy datang, dia tak suka sgt nak joget2.. tapi kalau game-game lain yang tak memerlukan dia joget-joget, memang dia suka. Ahaks .. Sungguhlah kontrol macho okey!. Sudahnya, disebab kan Hafiy tak berhenti nangis, terpaksalah Daddynya mengalah dan membawa Hafiy jauh dari kamera, dan hanya Mommy Lyna jer yang glamour. Heheheh..Sorry yer Daddy .. next time cuba lagi.. Ekekke...So, saya tak masukkan lah video tuh, sebab tak related sgt pun ..:) Hanya untuk saya dan Mommy Lyna tgk ..Ekekekek.. :P 



Bila time Mommy Lyna ngan Fahry yang glamour seantero dunia tuh pula di temuramah, mula2 okeh ..sekali si Fahry sibuk pulak duk tanya mana abang dia, mana Hafiy Mummy?? Mana Hafiy?? Hehehhe.. comey jer saya tgk .. terpaksalah cut dulu rakamannya dan sambung balik. Best pulak bila tgk rakaman takder potong potong ni yerk! :) Saya masih tak sempat tgk habis rakaman temubual saya. Memang busy betul lah. Apa yang saya ingat, ada gak yg kena cut sebab saya tershashul lah..tak ready lah .. ada mender tak sempat nak cakaplah ..hahahah.. macam-macam! 

Photobucket

Ok lah, meh kita tengok rakaman temuramah dengan Mommy Lyna nih ok. Siapa yang sempat baca entry ni, kejap lagi pukul 11.05 pagi - 11.30 pagi, jangan lupa tengok Rancangan Bicara IKS @ TV1 yer. Nampaklah nanti muka saya yang gemok, muka anak-anak Playgroup saya yang comel dan bijak-bijak belaka, dan muka peserta-peserta Seminar saya yang excited dan hadir pada awal bulan Januari yang lalu. Saya tak dapat tgk Rancangan ni sebab ketika ia disiarkan, saya sedang sibuk bermain dengan anak-anak saya Level 2, dan selepas tuh nak bersiap sedia untuk Level 4 @ 11.30 pagi pula. Takperlah, saya tgk rakaman semula nanti. Hehehe. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada Aishah kerana sudi menemuramah saya dan mengetengahkan cerita tentang Genius Baby On Board di Bicara IKS@ TV1 ini. Saya sangat-sangat menghargainya. Terima kasih kerana "nampak sesuatu" yang ditawarkan oleh GBOB yang dapat membuka mata masyarakat diluar sana.  Insya Allah, bila dah dapat copy penuh dari Aishah nanti, saya akan masukkan dalam You Tube ok..:) In the mean time, tgk rakaman di bawah dulu ..:) Apa Mommy Lyna nak cakap! Hehehehe.. 


post signature
post signature

Thursday, February 17, 2011

GBOB On Media: Bayi Genius @ Harian Metro

Alhamdulillah, cerita tentang Genius Baby On Board telah pun disiarkan di Harian Metro semalam. Pagi-pagi lagi  saya dah dapat SMS dari Kak Faiz bgtau yang beliau dah pun membeli paper tersebut dan excited dgn cerita GBOB. Wahhhhh... saya pun dengan segeranya bangkit dari katil, amik kunci kereta dan terus menuju ke kedai tepi jalan kat area rumah untuk borong paper Harian Metro edisi Rabu. Hehehe.. Ane tuh mesti pelik, sampai 4 keping saya borong. Hahahaha... 
Tak sompek-sompek nak balik rumah, saya parking tepi jalan jap, sambil membelek paper. Mula-mula nampak gambar Dynas dalam edisi sisipan Rap, dalam hati, kurusnya Dynas nih ..jeles mak noksss!  Sekali tuh bila saya bukak page-page seterusnya, terkejut beruk saya! Mak aiii.... besarnya muka aku!!! Adoiii.. tajuk tak tahannnnn... - Bayi Genius.. Wowww... segannya! Then, saya dengan segeranya buka ms 8. Baca tajuk dia - "Satu kad, satu saat, tiga ",  then me was like .."Aik... kenapa ayat dia tak habis erk???" Saya belek lagi pastu tarik terus keratan lain yang ada.  Pastu barulah nampak "kali sehari" punya ayat tu. Lorrr... 2 muka surat penuh ker??? Campur muka depan dah 3 pages ker citer pasal GBOB nih? Perghhhh! Serius saya terkejut sungguh! Tak sangka citer pasal saya dan anak-anak sampai 3 muka surat bewarna. Terharu sungguh saya rasa. Di kesempatan, saya nak ucap sekali lagi terima kasih pada Kak Siti yang sudi temuramah saya dan kak Anis yang sudi ambil gambar saya anak beranak on that day. Saya betul-betul menghargainya. :)

GEMBIRA...Norhidawati merangsang anak-anaknya menerusi kad imbasan yang diberi tiga kali sehari.
GEMBIRA...Norhidawati merangsang anak-anaknya menerusi kad imbasan yang diberi tiga kali sehari.

Memang semalam hari yang sungguh sibuk buat saya. Sampai 4-5 kali phone saya "hang" dan kena reset semula. Dgn SMS, panggilan dan notification emel serta FB yg masuk, memang pening ah kot memori phone tu ..Habis saya kena sakat ngan kengkawan kat FB... Sabar jer lah .. nak jadi maid tolong bawak air lah, nak eksen lap almari buku kat belakang saya (dlm gambar tuh lah ..) nak masuk manik tudung pun jadi lah ..., memang lawak giler kengkawan skolah dan uni saya tuh .. tuh belum lagi dorang komen cakap, "akak wartawan nih aku rasa ada salah tulis la, patutnya dia tulis, Menurut Norhidawati yang lebih mesra di panggil SEXYWATIE .." ...hahahaha....kong ajau!!!! Tu semua gara-gara masa kat uni dulu lah tuh, time ngah baru2 belajar create emel, kemain semangat guna nama sexywatie lah, babywatie lah..prettywatielah .. ntah hapa2 lah lagi nama2 "budak baru nak naik" nih kan! hhahahha... Yerlah, dulu sexy, skang seksa! Dulu baby, skang dah ada baby! Dulu pretty ..skang .. errkk... pretty lagi kot?  Wakakakaka....Memang lawak bila ingat zaman sekolah ngan zaman uni dulu kan? The best memories  yang ada dalam kamus hidup saya. How fast time flies.. more than 12 years dah pun ia berlalu ..:(
Foto
MENONTON CAKERA PADAT...masa dua beradik ini banyak dihabiskan di hadapan televisyen dengan bantuan ibu mereka.

Saya membaca coretan Kak Siti dengan senyuman yang melebar di muka. Sungguh saya macam tak percaya, itu cerita saya dan anak-anak. Tak pernah saya fikir pun, satu hari nanti cerita saya jadi bahan tatapan rakyat Malaysia khasnya. Saya masih ingat  ramai kawan sekolah, kawan uni dan kawan blog bgtau kat saya, masa tuh saya bangga sangat sebab Along saya featured in Metro Ahad, di sisipan Karisma on Mac 2010. Habislah saya gebang satu FB, suruh kengkawan beli, siap saya scan lagi keratan tuh dan masuk dalam FB, buat cerita dalam blog, semualah kawan2 saya tumpang happy dan bangga, ramai yang kata lepas ni turn saya pulak, semua konfiden jer, siap cakap, percayalah Watie ..aku yakin pasni ko pulak kuar paper! Saya gelak besar time tuh, saya aminkan jer, padahal saya tak nampak pun "celah bedah" mana saya nak kuar paper nih! Saya buat bisnes perfume @ home, sibuk ngan anak-anak & I'm happy the way I am. So takder langsung fikir-fikir featured dalam paper nih. Masa tuh mana ada GBOB lagi. Takder Center pun, tapi kuasa Allah SWT kan, siapa sangka, tak sampai setahun Along saya masuk paper, giliran saya dan anak-anak pula masuk paper. Berbeza ruangan dan hari jer. :) Cantik sungguh aturan Allah SWT kan ... Kak Siti pun kata perkara yang sama, bila saya ceritakan perjalanan hidup saya, dari kerja, sampai ada Qarissa, pastu kenal ngan Mommy2 hebat macam Lyna dan Jiey, pastu saya pula dapat anak ajaib si Zayra tu (wahhhh..sedap pulak guna perkataan AJAIB lepas saya kata tangan Zayra tangan AJAIB kat FB smalam .. meh kita tukar the word istimewa ke ajaib pulak jom! hahahah), memang macam diatur-atur dengan cantik jer cerita hidup saya ni ..:) Semuanya kehendak Allah kan ..?:)


Yang paling saya suka dalam artikel kat Harian Metro, adalah cara pengolahan tentang Quzayra's condition. Walaupun ada sedikit typing error, di mana, apa yang berlaku pada Zayra bukanlah satu penyakit, ianya adalah satu keadaan atau senang citer "accident dalam perut" lah .. eekekke.. yang berlaku 1 daripada 32,000 kelahiran, yang mana doktor pun tidak tahu bagaimana tulang tangan tersebut tidak tumbuh sepenuhnya masa Zayra di dalam rahim saya. Sampai lahir pun Doktor tak dapat detect yang tulang tangan Zayra tidak tumbuh sepenuhnya. Memang di Malaysia sangat jarang perkara ni berlaku, selalunya berlaku pada mereka yang berada di luar negara. Kira Zayra ni wakil Malaysia lah! Haruslah kita berbangga kerana kita ada wakil negara yer! Ahaks! Nama condition yang di alami Zayra ini adalah Symbrachydactyly. Dan uniknya tgn Zayra sebab dia masih ada jari dan ruas-ruas. Selalunya kalau condition macam nih, samada jari tuh akan berbentuk nubbins (daging terlebih, nak jadi jari tak jadi) atau takder langsung. Tapi Zayra punya tangan nih siap boleh nampak tinggi rendah jarinya tuh mengikut jari kita yang normal ni, cuma dia pendek sebab takder tulang. :)  


Kenapa saya suka pengolahan cerita Zayra? Sebab ia dilakukan tanpa ada unsur-unsur sedih, sayu atau meminta simpati masyarakat. Ia tidak "dihighlightkan" menjadi satu tajuk besar. Apabila membaca cerita saya dari awal, tiada siapa sangka Quzayra adalah anak istimewa kan? Hanya di akhir artikel, barulah diceritakan tentang kondisi tangan Zayra dan ianya juga diceritakan secara sempoi, seperti tiada apa-apa berlaku. Kerana itu saya suka. Kerana, selama ini, kita terlalu disogokkan dengan cerita-cerita sebegini. Asal cacat jer anak tuh, sedih, asal kurang upaya jer, muram, asal  tak cukup sifat jer, di katakan meminta simpati dan sebagainya. Saya tidak pasti samada ianya memang dari hati ibu bapa tersebut atau cara pengolahan penulis yang menunjukkan seolah-olah keluarga ini meminta simpati, tetapi pendapat peribadi saya - Tidak semua cerita kita adalah cerita yang menyedihkan. Banyak juga yang menyeronokkan. Dan saya percaya, semua ibu yang ada anak istimewa TIDAK MEMINTA SIMPATI MASYARAKAT. Betul tak? Apa yang kami mahukan adalah keadilan, dimana kami dan anak-anak dilayan selayaknya dan bukan dipandang seolah-olah beban, menyusahkan orang lain dan ada diskriminasi antara golongan OKU dan bukan. Sebab itulah, saya tidak kisah langsung jika cerita anak saya jadi paparan, kerana jika boleh saya ingin mengubah stigma tersebut. Biar kami menentang arus, bercerita tentang anak kami yang sememangnya istimewa, apa yang mampu mereka lakukan, yang mungkin tidak semua kanak-kanak normal mampu lakukan dalam usia mereka. Dan kalau apa yang berlaku pada Zayra boleh memotivasikan ibu bapa ini, tidak kira ada anak istimewa atau tidak, saya dengan gembira akan menghebahkannya pada dunia. Jujur saya katakan, akan terbit perasaan bangga setiap kali saya memberitahu setiap orang yang saya jumpa tentang Zayra, tentang apa yang berlaku padanya. Saya bangga apabila memberitahu orang yang anak saya anak istimewa. It's all in our mind kan? Kalau kita bangga, kita takkan rasa malu, kalau dah setiap hari perkataan tersebut (anak aku anak istimewa, aku bangga dgn anak aku dan nak satu dunia tau pasal dia), perkara tuh akan jadi mainan di bibir kita seterusnya kita akan bertindak mengikut apa yang kita fikir dan cakapkan. Sebab tuh mudah betul mulut saya memberitahu orang yang saya jumpa yang anak saya special in a way yg dia takder tulang pada tangan kanannya. Dah terbiasa, orang tak tanya pun kepoh gak nak bgtau! Wakakakakka! Sorry lah yer .. saya mmg kepohci! hahahaha...

Foto
BIJAK...Qarissa bersama adiknya Quzayra tekun membaca kad imbasan.

Akhir kata di entry ini, saya ingin rakamkan penghargaan pada semua pembaca Harian Metro yang membaca artikel berkenaan Bayi Genius semalam, dan terus menghubungi saya, menghantar emel, menghantar SMS, menyertai komuniti GBOB dan memberi komen di FB, add saya di FB dan macam-macam lagi. Terima kasih saya ucapkan. Saya sangat terharu dan dalam masa yg sama, takut juga. Saya tahu harapan orang pada saya tinggi sekarang. Siap ada yg suruh saya bukak cawangan kat JB tuh, malah negeri2 kat Malaysia! Aduhhh ..besarnya harapan semua. Insya Allah, saya akan cuba yang terbaik. Saya tidak perfect, saya bukan doktor atau pakar kanak-kanak, saya adalah ibu kepada 2 Q's :) dan ibu juga kepada anak-anak yang datang Playgroup saya setiap minggu, saya belajar banyak perkara dari ibu bapa yang datang dan belajar dari kanak-kanak ini sendiri. Insya Allah, saya akan cuba melayani pertanayaan dan soalan para ibu bapa yang ada. Serius pening! Hehhee.. banyak soalan sampai tak terjawab saya dibuatnya. Hehhee.. Sepanjang tulis entry ni pun, 5-6 kali phone saya berdering-dering, bertali arus sampai tak sempat saya nak jawab pun ada. lepas satu call, satu call. :) Happy saya sebab banyak  parents dah alert pasal ECE nih ..:)

Sesiapa yang masih belum membaca cerita GBOB di harian metro semalam, saya sertakan linknya di bawah :


dan 


Dan sebagai kenangan-kenangan, (tak lama lagi hilanglah info nih kat online paper ni kan), saya attachkan artikel tersebut di blog ini ..:) Ada sedikit typing error dari segi ejaan dan otak kiri (sepatutnya otak kanan) yang ditulis, jadi saya betulkan siap2 di bawah ini yer :)

**********************************************************

PADA usia 17 bulan, kanak-kanak ini sudah boleh membaca dan menyebut perkataan dengan lancar. Malah, lebih menakjubkan apabila dia mula mengenal huruf pada kad imbasan menjelang usia enam bulan. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kanak-kanak seusianya.

Malah, ketika berkunjung ke Genius Baby On Board yang terletak di Puchong, Selangor, Rania Qarissa Rizal Saiful Rizal, 3, sama seperti kanak-kanak lain, namun kesukaan pada bahan bacaan amat terserlah apabila sepanjang masa dia memegang buku, kad imbasan atau berdamping dengan komputer peribadi. Kini, dia juga mula mendalami bahasa Arab dan Cina hanya berpandu kepada cakera padat di bawah pengawasan ibunya, Norhidawati Abdul Aziz, 30.

Menurut Norhidawati atau mesra dipanggil Watie, apa yang berlaku kepada Qarissa bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana semua bayi dan kanak-kanak adalah bijak dan mereka mampu melakukan apa saja sekiranya mendapat rangsangan yang betul daripada ibu bapa. 


Apa yang penting, ibu bapa harus mendapatkan ilmu terlebih dulu mengenai kepentingan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak sejak dilahirkan dan sehingga pembesaran mereka.



Ibu kepada dua cahaya mata comel ini memberitahu, keterujaannya untuk melihat anaknya membaca pada usia awal kerana rasa tercabar apabila menonton video kanak-kanak di luar negara yang mampu membaca pada usia enam bulan. Sejak itu, dia sanggup melakukan apa saja demi melihat anaknya mampu membaca pada awal usia.
“Perkara pertama dilakukan ialah dengan membeli kad imbasan lalu menunjukkan pada Qarissa menggunakan teknik satu kad satu saat sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam. Sepanjang melakukan aktiviti itu, Qarissa tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun saya tetap meneruskannya dan tidak berputus asa.

“Menjelang hari keempat, Qarissa mula menangis kerana ingin memegang kad, namun saya tidak membenarkannya dan tetap menunjukkan kepadanya,” ujarnya yang mengakui apabila anak mula menyukainya, itulah masa sesuai untuk membentuk minat membaca kepada anak-anak.

Kesukaran mencari produk sesuai untuk bayi terutama dalam konteks pengajaran di Malaysia, memberi cabaran kepada Watie, namun dia bernasib baik kerana pada usia Qarissa 11 bulan, dia terjumpa laman sesawang Little Reader ketika sedang melayari Internet lantas dia menggunakan peluang yang ada untuk mengajar Qarissa dengan berpandukan kepada laman sesawang itu.

“Menariknya, proses pembelajaran menerusi Little Reader tidak membosankan dan menyeronokkan kerana semua aktiviti dilakukan menerusi gambar dan muzik serta kaedah bermain. Jadi anak-anak tidak berasa tertekan kerana pengajaran dilakukan seperti mana bermain.

“Lebih penting anak anda mampu membaca dalam tempoh yang singkat. Namun, semuanya terpulang kepada ibu bapa bagaimana mereka berkeinginan membentuk anak mereka,” katanya.

Sepanjang tempoh itu Watie mengajar anaknya tanpa jemu, walaupun ada masanya Qarissa tidak menunjukkan minat dan membiarkan saja. Namun, Watie tidak berputus asa kerana dia percaya bagi mendapat hasilnya bukanlah dalam tempoh singkat walaupun perlu mengajar sehingga 100 atau 1,000 kali sekalipun dia yakin Qarissa akan menunjukkan perubahannya.

Memang benar ada kalanya apabila rasa tidak yakin, Qarissa terus saja menunjukkan perubahan positif sehingga pada suatu hari Qarissa boleh membaca dengan lancar setiap baris ayat dan inilah saat paling menggembirakan bagi Watie. Baginya, kebolehan ditunjukkan anaknya itu membuktikan semua bayi adalah genius.

“Saya selalu tidak yakin dengan kemampuan Qarissa, tetapi apabila dia menunjukkan perubahan di luar jangkaan menyebabkan saya percaya ibu bapa harus menanam rasa percaya dengan kebolehan anak-anak. Jangan berprasangka anak tidak bijak dan tidak boleh melakukannya,” katanya.

Dia sering merangsang otak kanan anaknya dengan perasaan kasih sayang manakala pada waktu malam menggunakan teknik sheseida iaitu bercakap dengan anak ketika anak sedang tidur bagi merangsang otak kanan mereka.

Selepas kelahiran anak pertama Rania Qarissa, Watie terus berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya, malah dia tidak menunggu masa yang lama untuk merangsang otak Quzayra, anakknya yang kedua.

Pada usia lima bulan, dia terus menggunakan cara yang sama seperti mana diberikan kepada Qarissa dan semakin percaya yang semua bayi adalah bijak. Quzayra dilahirkan tanpa tulang pada tangan kanan bermula daripada pergelangan sehingga jari dan hanya daging semata-mata yang membentuk tangan dan jari.

Walaupun mempunyai ruas, jarinya tidak dapat dibuka, ditutup mahupun digerakkan seperti kebiasaannya. Istimewanya juga kerana tangan itu boleh dilentur ke mana saja tanpa rasa sakit.

Menurut Watie, kelahiran Quzayra cuma satu antara 32,000 kelahiran dan sebagai kanak-kanak istimewa berpenyakit symbrachydactyly, dia mahu membuktikan Quzayra mampu seperti mana kanak-kanak lain.

“Saya dapat rasakan yang sesungguhnya kelahiran Quzayra adalah untuk membuka mata saya dan suami terhadap keagungan ciptaan Allah dan menyebarkan setiap inci maklumat menerusi penglihatan, perasaan dan proses menerusi deria mata dan otak, seterusnya berkongsi dengan masyarakat melalui penulisan di alam maya.

“Ini bertujuan supaya masyarakat sedar betapa Allah SWT menciptakan setiap makhluknya itu sempurna dan kesempurnaan itu terlalu subjektif, terpulang kepada kita sendiri untuk melihatnya dalam bentuk yang berbeza,” ujarnya.

Kini, Quzayra yang dilahirkan pada 7 April 2010 mengagumkan ibunya dengan kebijaksanaannya. Quzayra memanipulasikan kekurangan dirinya dengan begitu baik sehingga tidak nampak kekurangannya.

Contohnya, walaupun memiliki tapak tangan kanan kecil dan lembut, dia bertepuk tangan menggunakan pergelangan tangan yang bertulang dan bukannya tapak tangan. Ini kerana sekiranya bertepuk tapak menggunakan tangan pasti tidak akan berbunyi berbanding lengan bertulang.

“Sebagai ibu saya berharap apa yang berlaku kepada Quzayra akan memberikan motivasi kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa supaya percaya dengan kebolehan anak-anak bagaimana sekalipun keadaan mereka.

“Tanamkan dalam diri yang anak kita boleh, bijak dan pandai, malah anak kita genius untuk melakukan apa yang kita tidak sangka dan dia boleh melakukannya.

“Tanamkan dalam minda yang kita teruja untuk melihat setiap inci perkembangan terbaru anak dan yakin mereka akan menunjukkan kehebatan mereka,” katanya.

Tambah Watie, apabila ibu bapa berada dalam minda positif, aura positif akan terpancar dan sentiasa mengelilingi diri mereka setiap masa. Ini sangat baik untuk perkembangan mental atau fizikal anak.

*******************************************************************************

KETIKA usia Quzayra sembilan bulan dan Qarissa mencecah dua tahun setengah, apa yang dilakukan Norhidawati dicatat dalam blog peribadinya.

Tanpa disangka penulisannya menjadi ikutan dan ikon kepada golongan ibu sehinggakan mereka meminta dia mengadakan bengkel mini mengenai pengalamannya mendidik Qarissa dan Quzayra. 
“Memang saya tidak yakin dengan kemampuan selama ini. Maklumlah untuk memberikan ilmu kepada ibu bapa, diri sendiri harus mempunyai ilmu pengetahuan yang meluas. 

“Sedikit demi sedikit daripada Quzayra saya membina keyakinan diri. Saya tambahkan ilmu keibubapaan menerusi pembacaan di Internet.

Menurut Norhidawati atau mesra dipanggil Watie, apa yang berlaku kepada Qarissa bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana semua bayi dan kanak-kanak adalah bijak dan mereka mampu melakukan apa saja sekiranya mendapat rangsangan yang betul daripada ibu bapa. 

Apa yang penting, ibu bapa harus mendapatkan ilmu terlebih dulu mengenai kepentingan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak sejak dilahirkan dan sehingga pembesaran mereka.

Seminar mini yang pertama diadakan di Wisma Bling Lustre pada 17 Julai 2010 dengan kehadiran 22 peserta. Setelah mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa serta pembaca blog, dia bertekad melakukan yang terbaik dengan membuka Genius Baby On Board pada Oktober 2010. 

Setakat ini, Genius Baby On Board sudah menjalankan beberapa seminar mengenai kepentingan rangsangan awal kepada anak-anak serta bengkel untuk kanak-kanak yang berbeza tema pada setiap minggu. 

Antara aktiviti ialah permainan, aktiviti fizikal, mengenal huruf dan seni bahasa merangkumi kraftangan bagi merangsang daya kreativiti mereka. 

Menurutnya, ramai ibu bapa kini kurang terdedah mengenai perkembangan awal kanak-kanak iaitu kepentingan memberikan rangsangan terutama pendengaran yang baik kepada anak mereka. 

Dalam erti kata lain, apa yang didengari oleh anak-anak sama ada melalui persekitaran, orang terdekat, kaca televisyen, cakera padat dan radio akan mempengaruhi perkembangan mereka. 

Justeru sebagai ibu bapa, sangat penting memastikan anak-anak mendengar sesuatu perkataan itu, tidak kira sama ada bahasa Melayu, Inggeris atau apa saja bahasa dengan sebutan dan pengucapan yang jelas. 

“Ini kerana bayi sangat bijak sehingga mereka boleh menyerap apa saja yang mereka dengar menggunakan deria pendengaran dan menyimpan maklumat itu di dalam otak sehingga tiba masa yang sesuai untuk mengucapkannya. 

“Bayangkan sekiranya anda ‘memberi makan’ kepada otak anak anda dengan perkataan yang tidak memberi sebarang makna atau pelat, bahasa pasar atau bahasa daerah, sedikit sebanyak ini akan tersimpan kemas di dalam otak genius mereka. 

“Justeru, pengalaman ini yang saya ingin kongsi dengan semua ibu bapa menerusi Genius Baby On Board supaya ibu bapa memulakan proses rangsangan kepada anak pada usia yang awal ketika dalam kandungan lagi,” katanya. 

Rangsangan boleh dilakukan di mana-mana saja tanpa mengira waktu dan tempat. Ini kerana proses pembelajaran tidak perlu dilakukan secara serius sebaliknya dilakukan seperti mana bermain supaya mereka tidak jemu atau tertekan ketika belajar, sekali gus menjadikan proses pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan. 

Bagi pembaca yang ingin menyertai seminar atau kursus anjuran Genius Baby On Board, boleh melayari laman sesawang www.geniusbabyonboard.blogspot.com  atau Facebook www.facebook.com/geniusbabyonboard.


post signature
post signature

Thursday, February 10, 2011

GBOB On Media: Harian Metro Edisi Rabu

Saya menerima panggilan dari Kak Siti akhir bulan Januari 2011 yang lalu, memperkenalkan dirinya sebagai Wartawan dari Harian Metro dan berminat untuk menemuramah saya berkenaan Genius Baby On Board, aktiviti dan program serta bagaimana saya membesarkan kedua-dua anak saya, Qarissa & Quzayra. Saya harus berterima kasih kepada sahabat saya, Mommy Lyna, kerana telah sudi memberikan nombor telefon saya pada kak Siti. Lyna memang ada bgtau saya yang beliau dah pun bg hp saya pada kak Siti, Lyna kata dia cerita pada Kak Siti perihal Zayra dan juga GBOB.  Lyna risau juga kalau-kalau saya terasa hati kalau orang nak interview saya pasal tangan Zayra. Hehehe.. Saya kata, kalau kisah Zayra dan kisah saya membesarkan anak seistimewa Zayra dapat memberikan motivasi pada keluarga lain, kecik tapak tangan, tapak GBOB saya tadahkan! Heheehhee.. Mak bangga noksss..anak mak masuk paper! Ingat senang orang paper nak interview. Sapa tak nak pahala free wei! Ekekeke.. 

Sessi temubual. Semangat aku cerita wei! Hahaha
Gedik tak gedik lah kan si Qarissa nih ..konon loving naaaa... Cait! Mommy dah tahu kakak punya auta laaa.. Hehehhee

Tapi Lyna kata, bila dia cerita pasal Qarissa yang boleh membaca seawal usia 1 tahun, nampaknya Kak Siti lebih berminat dengan kisah Qarissa dan GBOB! Hahhaha.. nak tergelak saya! Tengok tuh, orang tak heran dah pun anak-anak istimewa ni skang ...suma sama jer .. semua istimewa kekdahnya tau! So Mummy-Mummy yg ada anak istimewa, takmo sorok-sorok anak yer! Marilah bersama-sama mengglamerkan anak kita di dada-dada akhbar dengaan hati yang gumbira! Proud with our miracle baby kan..! Saya terus kata kat Lyna, belasah jer lah noksss.. masuk satu pun okeh ..masuk dua-dua cerita pun aku lagi suka! Aku kan giler glamor! Hhahaha.. (glamour lah sangattt konon .. I ni pemalu hokey! hahhaha) 

Suka giler my both Q's bila lambak this card banyak2 depan dorang!
Mommy tolong cover duduk Qarissa yang nampak sepontot! Malu sayang oii!
Kak Siti siap beli satu VCD Al-Barqy utk ajar anaknya membaca Al-Quran

Kesian betul kat kak Siti, dia bgtau saya yang dia cuba call lama dulu, tapi tak dapat-dapat. Memang saya dah tukar number baru dan mungkin number yang Lyna bg time tuh adalah number lama saya yang saya memang pakai ketika itu. Dia SMS tapi saya tak balas dan sudahnya, kak Siti bukak website Lyna, pastu masuk website saya dan barulah dapat contact dengan tuan empunya badan. Terharu saya dengan kesungguhan kak Siti yang sanggup mencari nombor telefon baru saya untuk mendapatkan bahan berita bagi mengisi slot Harian Metro Edisi Rabu column Wanita. Terima kasih banyak kak, saya betul-betul menghargainya. Bila kak Siti call, terus lah saya setuju untuk ditemuramah, cuma waktunya kami terpaksa tukar sebab hujung minggu saya sibuk dengan kelas. Maka, temuramah diadakan pada hari Isnin, 31 Januari 2011 yang lalu di pejabat GBOB. Memang dah rezeki Kak Siti agaknya, dan juga aturan Allah SWT, masa Kak Siti dapat hp number saya kat Lyna tuh, saya belum ada Centre pun kat Bling Lustre nih, macam tau-tau jer nak tunggu ada Centre baru interview yerk? Hehehhee

Smile Q's... smile .. semangat aku smile sama .. ahhaha
Poyonya anak-anakku ..pandai korang maintain yer!

Pagi Isnin tuh hari kemain hujan tau. Memang sedap tidur dan saya pun dah bajet kak Siti mesti lambat sebab hujan, konon2 bolehlah saya lengah2 mandi kan! Hambek ko .. jgn nak underestimate orang yer! Kak Siti sungguhlah disiplinnya, sharp on time lagi, in fact awal sket wei! Time dia sampai, aku terhegeh-hegeh baru lepas mandi dan nak mekap2 sket lah kan. Adoii..malunya saya! Terkial-kial plak tuh. Nasib baik tak lama sangat. Anak-anak masih lagi melepek atas tilam. Nasib baik suma good mood bila bangun dan macam tau-tau jer ada reporter nak interview. Semua maintain cun dan baik serta peramah nak-nak si Qarissa tuh. Tolong ah kata weiii... kemain lagi dia peluk-peluk adik, cium2 adik masa kak Anis amik gambar. Sayang naa lah konon tuh! Padahal, kalau belakang reporter, habis di tonyoh muka adik sambil cakap "FACE!!" Nak tunjuk yg dia tahu FACE tuh hapa, adik jadi mangsa! Sampai kengkadang tergolek Zayra dibuatnya!. 

Mommmy is proud with Qarissa & Quzayra!!!
Q tengah leka tgk VCD Al-Ameen Nyanyikan Bunyinya. Sibuk duk sebut SYABAS! SYABAS!!!

Lama juga lah kami berborak, dan semuanya berkisarkan tentang GBOB, penubuhannya, dan cara saya mengajar anak-anak serta apa plan saya untuk kedua-dua "genius Q nih". :) Saya sempat juga memberitahu tentang FAMEKids, apa fungsinya dan apa yang saya & Lyna harapkan dari penubuhannya itu. Kak Siti sangat suka dan menyokong usaha murni kami, malah beliau juga akan support kami dari segi berita, jika ada yang berkaitan untuk dimasukkan ke dalam akhbar Harian Metro itu. Thanks a lot kak! 

Serius nampak Puan Watie oi? Ahaks!
Ni lagi melampau serius! Apa aku citer sampai serius naaa? Hahahhaa

Lepas jer habis interview, seperti biasa sessi bergambar-gambar lah kan ..Qarissa  dan Quzayra time nih memang sporting habis lah .. diam dan baik jer, sikit tak nangis atau takut. Qarissa yg paling hover setaraf dengan "kedivaannya" lah kan. Aku rasa dia tahu nak bezakan camera mahal ngan camera murah lah agaknya! Kalau camera kecik2 cam aku punya nih, sikit habuk dia tak heran tau! Setiap kali ada camera bagak DSLR tuh, dia akan senyum dengan penuh poyo sambil buat aksi ala-ala kanak-kanak yang baik dan sopan santun serta bakal Miss World! Wakakaka.. Tak koser aku tgk! Dan sessi temuramah berakhir dengan makan-makan dan bergambar untuk kenangan sebelum bersurai. 

 Me & Wanita perkasa dan berdedikasi dari Harian Metro! Kak Siti & Kak Anis. Thanks a lot kak!
Tengah tulis info pasal GBOB dan FameKids

Menurut Kak Siti, Insya Allah, berita tentang saya dan anak-anak serta GBOB akan disiarkan di Harian Metro pada hari Rabu hadapan, di bahagian tengah, column Wanita. Nanti kalau dah keluar, saya akan warwarkan pada semua menerusi FB dan blog okeh! Jangan lupa beli tau kengkawan! Ekekekek..mesti sapot saya maaaaa... I love you friends .. heheheh..

Sila baca ala-ala budak skolah baca Ikrar hari Isnin: Maka Saya! Rania Quzayra, dengan ini berikrar akan membaca kesemua flash card yg ada depan mata saya ini sampai habis!
Saya pilih dulu kad mana saya nak baca okeh! Kena pilih kad yang sesuai dan menggambarkan diri saya yang genius dan bijak laksana nih! Hahahaa..
Yehaaaa...! Saya lentok sikit ala-ala gedik cam kakak Q saya, dan saya pilih perkataaan HAND! Sebab sangat sesuai dengan diri saya, untuk menaikkan semangat dan menimbulkan rasa kagum pada semua orang, yang saya boleh mengimbangi tubuh saya, siap melentik lagi, hanya dengan satu tangan, dan tangan itu pula tiada tulang! Hebat kan saya? Hehhehe

post signature


post signature

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading