Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Stimulation: Toy Building Blocks dan Kepentingannya

Rasanya semua tahu apa itu building blocks kan? Dan rasanya semua ada bulding blocks kat rumah masing-masing, betul tak? Khas untuk anak tersayang, sememangnya bulding blocks merupakan satu permainan stimulasi yang menyeronokkan. Tapi apa yang dia stimulate yer? Apa kegunaannya? Kenapa kena beli? Takkan beli sebab orang lain beli, so kita pun tak nak kalah, kita beli gak! Hehhehee.. salah konsep tuh. Kita kena tahu kenapa kita nak beli sesuatu produk dan apakah manfaatnya untuk anak kita, barulah puas hati kita beli walaupun produk tuh mahal macam mana sekalipun..:)



Ok. today Watie nak cerita pasal kebaikan bulding blocks. Memang banyak kebaikannya untuk pertumbuhan otak anak kita. Building blocks nih selalunya disyorkan untuk kanak-kanak yang berusia 18 bulan ke atas sebab masa tuh dorang tgh eager dan excited nak pegang dan stack semua benda. Tapi, kalau anak kita kecil, kita nak beli pun boleh. Mula-mula kita stackkan kiub-kiub tuh, then kita robohkan, biar anak kita tgk. We do it again and again and it surely will be a fun activity for your babies. Bila dia dah besar, dia pulak yang stack sendiri dan kita pulak jadi "anak murid" nya. :) Still fun kan ..:)

Building blocks nih mengajar anak kita banyak perkara. 

Pertama: Ia dapat mengajar anak kita bentuk @ shapes. Dalam building blocks, ada banyak bentuk. Circle, Rectangle, Triangle, Square, Oval, Silinder dan macam-macam lagi. This is the easiest way utk kita ajar anak kita. Kalau dia baby, kita tunjukkan shape tertentu dan berborak dengan anak pasal shape tu. Kalau toddlers,  anak dah pandai stack the block themselves atau dah kenal shape, kita sebutkan shape dan suruh anak pilih dan tunjuk kat kita shape yang kita mintak tu. For both ages, lebih baik lagi kalau kita bg add on value to them, dgn menulis jenis -jenis shape pd sehelai kertas dan  letakkan shape yg betul diatasnya. Secara tak langsung, kita mengajar anak kita membaca in a fun way! Siap boleh buat games lagi  kalau dorang dah besar sikit.:) Kalau  sapa yg dah beli Little Reader Deluxe Kit tuh, bolehlah print terus perkataan tersebut dan masukkan dlm presentation binder yg disediakan. Lebih bagus sebab anak boleh tgk varities of colours, font & size dan ini memberi extra kredit to them.:) 

Kedua: Ia mengajar anak kita warna. Bergantung kepada jenis Building Blocks, kebanyakannya bewarna-warni dan menarik perhatian kanak-kanak. Selain mengajar bentuk, kita juga boleh mengajar warna kepada anak kita. Daripada 1 perkataan, kita dah boleh ajar anak 2 perkataan. Contohnya : Blue Circle. Mula-mula, maybe kita ajar bentuk dulu, then kita ajar colour, atau vice versa. Terpulang pada kita. Dari sinilah anak kita akan kenal satu perkataan, then 2, then 3 seterusnya jadi satu sentence.Gunakan kaedah yang sama seperti di atas. Mungkin dalam satu box Building Blocks tuh ada bermacam color untuk satu shape, jadi memang bagus untuk anak kita bezakan antara kedua-dua shape ini gunakan warna. Lebih menarik lagi, kalau kita boleh buat game, macam contoh, kita bagi anak kita shape Yellow Square dan Blue Square. Dan di depan anak tuh, kita letakkan perkataan "Yellow Square" dan "Blue Square". Suruh anak letakkan shape yang ada di tangan mereka tuh ke perkataan yang betul. It's a very interactive way nak bg anak baca dan kenal shape serta warna. Menarik kan? 

Ketiga: Ia mengajar anak kita Opposite iaitu Big & Small dengan cara yang mudah. Di dalam satu box Building Blocks (bergantung pada jenis Building Blocks yang anda pilih), ia juga mampu mengajar anak anda Opposite dengan cara yang mudah. Mungkin terdapat 3@ 4 jenis shapes yang sama di dalam satu box dan yang membezakannya cuma saiz sahaja- big, medium atau small. Kita boleh menunjukkan anak kita bentuk yang sama dengan saiz yang berbeza sambil mengajar mereka Big & Small. Seperti contoh: Big Circle dan Small Circle atau mungkin juga Medium Circle. Gunakan kedah yang diterangkan di atas ketika bermain Opposite ini. Dan jangan lupakan gunakan intonasi yang berbeza untuk menggambarkan BIG, SMALL dan MEDIUM itu. Pembelajaran a.k.a permainan pasti akan lebih menarik!

Keempat: Ia membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan anak. Ketika bermain building blocks ini, anak harus mengawal mata dan tangan mereka untuk memastikan mereka meletakkan blocks ini di tempat yang sepatutnya dan mengelakkannya dari terjatuh. Jadi, ia merupakan satu latihan yang baik untuk mereka. Selain itu, ia juga meningkatkn kemahiran motor halus anak @ fine motor skills. 

Kelima: Ia meningkatkan kreativiti dan imaginasi anak anda. Tiada cara yang betul atau salah ketika bermain bulding blocks ini. Anak anda boleh merekacipta apa sahaja bentuk atau arca yang mereka inginkan mengikut kreativiti masing-masing. Bagi anak kecil, mungkin hanya dengan meletakkan satu block ke atas blocks yang lain sudah cukup menyeronokkan dan mencabar, tetapi bagi anak yang sedikit dewasa, mereka mungkin gemar bereksperimen dengan building blocks ini. Mereka mungkin cuba mencipta satu rekaan yang menakjubkan dan menguji minda mereka. Sebagai ibu bapa, kita hanya perlu memberi galakan dan sokongan yang positif! Samada rekaan yang mudah atau sukar, kita harus memuji anak kita selepas mereka membinanya. 

Keenam: Ia meningkatkan interaksi sosial anak. Apabila mereka bermain building blocks ini dengan kawan-kawan, ia mampu meningkatkan kemahiran interaksi sosial anak kita. Galakkan anak anda bermain dengan adik beradiknya yang lain. Di dalam kelas Playgroup @ GBOB, building blocks adalah antara permainan yang akan dimainkan bersama-sama dalam kelas. Sekiranya anak kita adalah adalah  anak yang sulung dan tiada adik beradik, kita selaku ibu atau bapa boleh bermain bersama-sama mereka. Ia juga merupakan satu cara atau kaedah untuk kita menghabiskan masa-masa yang berkualiti dengan anak dihujung minggu. 

Ketujuh: Ia meningkatkan keupayaan anak berfikir secara logik dan mewujudkan kesedaran tentang ruang. (spatial awareness). Apabila bermain building blocks, anak anda akan bermain dengan macam-macam bentuk. Ada bentuk yang tidak boleh berada di antara satu block dengan block yang lain seperti segitiga contohnya. Apabila segitiga diletakkan di atas satu block dan kemudian satu blok lagi cuba diletakkan diatas segitiga itu, sudah hampir pasti block tersebut akan jatuh bukan? Tetapi sekiranya, satu lagi segitiga diletakkan disebelah segitiga yang pertama lagi, maka bentuk baru akan terbina iaitu bentuk rectangle dan seterusnya block yang lain boleh diletakkan diatas block ini. Kemahiran dan pemikiran logik seperti inilah yang akan dapat dibina oleh anak anda menerusi permainan building blocks ini. Ini cuma satu contoh, ada banyak lagi perkara yang dapat mereka pelajari ketika bermain building blocks ini. Kemahiran ini akan lebih baik mengikut peredaran masa. 

Dari segi jenis dan kualiti building blocks pula, terdapat pelbagai building blocks yang ada di pasaran. Saya secara peribadi mengesyorkan agar ibu bapa memilih building blocks yang besar,bewarna-warni dan yang diperbuat dari FOAM. Ini kerana ianya lebih menarik, ringan, tidak mudah rosak atau pecah dan yang paling penting, ianya SELAMAT, tidak bahaya atau menyakitkan sekiranya binaan yang dibina roboh atau sekiranya anak suka membaling. Untuk building blocks dari jenis kayu pula, ianya sesuai hanya jika anak sudah cukup besar untuk memahami bahawa, building blocks adalah untuk dibina dan bukan dibaling. :) Ada juga building blocks yang dibuat dari kayu-kayu kecil berbentuk square, tetapi saya tetap merasakan building blocks berbentuk FOAM, bewarna-warni dan mempunyai pelbagai saiz dan bentuk adalah yang terbaik. Kerana, anak anda boleh belajar macam-macam perkara darinya. Setuju tak? :)

Watie akhiri artikel hari ini dengan video yang sempat Watie rakamkan ketika Qarissa berusia 17-18 bulan. Rasanya ini adalah video pertama Q bermain building blocks. Leka betul dia main. Setiap kali binaanya jatuh, dia akan kembali menyusunnya tanpa jemu. Building blocks ni dihadiahkan ketika hari jadi Qarissa. Tak lama lepas tuh, Watie belikan dia building blocks yang lebih besar, dan dari jenis FOAM supaya lebih mudah untuk Q buat binaan. Kanak-kanak kecil semuanya kena gunakan benda2 yang besar @ JUMBO, macam pensil color JUMBO, pen JUMBO, pensil JUMBO, semuanya untuk melatih dan memudahkan mereka kan. :) BIla dah pandai, dia bukannya nak bina, tapi dia lebih suka nak robohkan! :) Nasib baik FOAM, taklah sakit sangat berbanding kayu. :) 

Qarissa dengan lekanya bermain building blocks hadiah dari kawan-kawan Mummy & Daddy. 

Ok, sebelum terlupa, di Genius Baby On Board juga ada dijual Building Blocks jenis FOAM seperti yang di beritahu diatas. Ada 3 jenis. Ni gambar2 nya.:) 

Ni yang paling mahal dalam koleksi GBOB, tapi paling berkualiti dan banyak. RM 89.90. Qarissa punya lagi besar dari ni, rasanya 2 kali ganda (sebab mak dia tamak sikit ..hahahh...no lah, sebab me hadapi kesukaran masa nak cari FOAM type, so bila dah dapat, rembat yg besar sekaligus senang) harganya dalam RM 280 kalau tak silap. Pelbagai saiz, warna dan bentuk ada dalam ni. 

Ni nama dia Softie Block, agak kecil dan tak banyak macam kat atas. Tapi harga dia boleh tahan murah. Cuma RM 32.90 sahaja. Tinggal 1 jer stok. Lagi 2 dah habis dan rasanya manufacturer tak buat lagi kot.:) 
Yang ni pula Foam Shape Sorter. RM 23.90 sahaja. Best dan mencabar juga sebab anak kena masukkan ke tempat dan batang foam yang betul. Pelbagai warna dan memang menarik. Selain boleh di bina (walaupun tak setinggi building blocks sebab dia 2D jer), boleh juga di isih @ sortingkan dia. Apa yang Watie explain kat atas semuanya boleh dibuat dengan Foam Shape Sorter ni. 


post signature

post signature

Thursday, November 4, 2010

Live Testimoni For Little Reader & Little Math!

Hari ni aku dapat live testimoni kat emel yang dikirim oleh Izzah, my client yang beli LR & LM minggu lepas. Hari Jumaat kalau tak silap aku a day before my seminar..:) Izzah datang opis dan mintak consultation LR dan LM. Izzah sebelum ni ada try download 14 days trial free dan she found out that this LR & LM sangat membantu perkembangan bahasa dan pembacaan anak2 dia. So, she decided nak beli this LR & LM. :)

Bila Izzah datang, I gave her full explanation pasal software dan hardware yang ada dalam LR ni. Sebabnya, masa trial tuh, Izzah cuma dapat tgk, lihat dan rasa bagaimana softwarenya berfungsi, itupun cuma subjek utk 10 hari saja, sedangkan course yang ada untuk anak kita tengok kalau beli the software adalah sehingga setahun. Plus, hardwarenya mmg takder. Jadi, aku dengan happynya menerangkan tentang semua produk software dan hardware yang ada dalam LR serta cara-cara penggunaan produk-produk ini. :)

Lama jugak aku borak2 ngan Izzah sambil memberi tips2 berguna utk "bermain a.k.a belajar" menggunakan this LR & LM. Siap bagi nama2 login id yang mana selalunya download file2 berkualiti from oversea menggunakan LR nih, jadi Izzah boleh download sama. :) Memang sukar kita nak dapat file yang berkualiti khas utk ajar anak kita dengan cara mudah dan senang, tapi dengan adanya LR ni, sememangnya memudahkan! Frankly speaking, ia adalah investment yang sangat berbaloi untuk satu keluarga, bukan setakat anak kita, cucu2 kita pun boleh pakai nanti! :) I have to admit, in terms of subjek pembelajaran especially English, "orang luar negara" lebih advance dari kita, maybe tu dorang punya mother tounge, jadi utk buat cerita atau VCD yang kreatif lagi innovatif mmg mudah pada mereka.. :)

Nampaknya, baru few days pakai software dan hardware nih, Izzah dah nampak kehebatan LR dalam menjadikan anak dia "ketagih membaca!" Asyik nak bukak jer yerk? They had so much fun & enjoying themselves everytime Izzah bukak the software!Hhehehee..senyum lebar aku baca message dia tau, rasa puas sebab dapat sebarkan kebaikan LR nih, tak sesia aku bawak masuk this software ke Malaysia. :) Happy bila Izzah kata the flash card binder really useful dan memudahkan dia untuk flash the card laju-laju. Selalu aku remindkan parents yang datang seminar atau datang for consultattion - Your baby absorp everything dengan SANGAT BANYAK & SANGAT CEPAT! And thats y kita kena flash laju2 card tu.. :)

And here i letakkan keratan emel yang dihantar oleh Izzah pada aku ..:) Thanks Izzah for this sweet emel.:) I really appreciate it!

And pada uols yg nak try this LR & LM for 14 days, boleh klik gambar kat bawah and make sure- Pulun kaw2 14 hari tuh utk tgk the result okeh! Jgn lupa buat file sendiri utk anak kesayangan korang tau!


Happy to share with all Mommies,

Tuesday, September 28, 2010

Wardina Safiyyah Bakal Merasmikan Genius Baby On Board

Alhamdulillah,Insya Allah, jika tiada aral melintang, personaliti yang aku minat, hormat dan suka iaitu Wardina akan merasmikan pembukaan pejabat dan pusat aktiviti Genius Baby On Board Sabtu ini.

Aku baru sahaja menerima sms kiriman dari beliau menandakan persetujuannya untuk menjadi my VIP guest for that day. Tak sangka angan-angan bakal jadi kenyataan:). Sememangnya, sejak aku bukak my GBOB ni, masa awal-awal tuh, belum ada perancangan nak wat launching lagi, cuma angan-angan jer. I said to myself, kalau akan datang, aku buat perasmian betul-betul, ada bukak khemah semua, mesti best kalau aku dapat ajak Wardina datang potong riben. Coz, dalam banyak-banyak personaliti yang dikenali ramai, aku rasa dia yang paling sesuai dan mewakili frasa Early Childhood Education itu sendiri. Seorang isteri penyayang, ibu kepada 3 orang anak, bekerjaya dan dalam masa yang sama, mementing serta mengaplikasikan pendidikan awal kanak-kanak itu sendiri kepada semua cahaya matanya. A perfect match with what GBOB is currently doing kan?

Ternyata Wardina seorang yang sungguh peramah dan tak sombong kat phone. Very down to earth, senang cakap, sempoi lah orang nya. Maklumlah, aku nih tak lah pandai na dalam hal berprotokol-tokol sgt nih kan (hahhaha.. ayat pun tak betul .. korang baca blog ni pun tau aku orangnya camner kan..? wakkakak), takut gak kalau salah cakap kan, but she is so good dan tak berkira sgt, tak lah rasa kekok borak ngan dia dalam phone. :)

Wardina & her beloved family - kredit to KOSMO.

Personally aku minat dia sejak sekolah lagik, masa zaman2 dia kat Dewi Remaja lagi. Umur we all kan beza setahun jer, so masa dia kat Dewi Remaja, pastu jadi model dan berlakon, aku ikuti perkembangan dia jugak. Orang kata, dari bujang sampai dah beranak pinak lah..hehehe.. Memula suka sebab dia lawa, kacukan katakan, amik gambar tak pernah tak lawa ..lawa & sweet jer sokmo .. ahaks ..gossip pun tak banyak ...pandai lak bergaya bila jadi model dengan segala bagai fesyen tu, then dari suka sebab lawa, akhirnya jadi respek bila dia mula berhijrah. Bertudung (yang betul-betul namanya tudung), pandai jaga diri dan akhirnya berkahwin dan mempunyai keluarga. Dia nampak matang & berani bersuara apa yang dirasakannya betul tanpa ada rasa hipokrit walaupun dia tahu akan ada orang yang tak puas hati dengan apa yang dia suarakan. :) Personaliti dia yang buat aku jadi hormat pada dia as an outsider yang ikuti perkembangan dia. Bukanlah aku nak puji lebih-lebih sebab dia jadi datang my launching, tapi ni ikhlas. Aku rasa ramai yang setuju apa aku cakap nih kan ..:) Aku tak pandai nak "kiss an ass" atau "bakar sate" nih. In fact aku pun tak suka orang buat kat aku camtu. Buat apa pun biar ikhlas, bukan sebab terpaksa atau dipaksa ..:)
Wardina & her supporting hubby - Mr Ikhwan - kredit to KOSMO.

Rasa tak sabar plak nak jumpa Wardina personally. Sebelum ni jumpa kat TV jer. Hheheh... :) Mesti aku teruja kan... Korang pun mesti teruja sama kan? Hhehehe.. So, mehlah datang sama2 memeriahkan open office WismaBling Lustre & majlis pelancaran GBOB ni hari Sabtu, 2 October nih. Berikut adalah aturcara yang bakal di adakan serta promosi yang dibuat pada hari tersebut:

ATURCARA MAJLIS

11am - 12 noon : FREE DEMONSTRATION on Baby Massage Time for 1-11 months baby
(pendaftaran masih dibuka,sila rujuk entry ini)

11-am - 4 pm: All day makan & chit chatting serta beramah mesra dengan tetamu sambil berkaraoke

12 - 1.30pm: Pelancaran Genius Baby On Board oleh Wardina Safiyyah

Wardina with her charming son - Imran Arrazi.- kredit to KOSMO.


PROMOSI PADA HARI TERSEBUT:

Perfume For All: 50% Discount For All Perfume & Size (rujuk promosi penuh di sini)

Bling Buubies: 20% Discount on Nursing Kurung Pahang

Chantek-Chantek: 30% Discount on High End & Premium Brooch

Bling Auto Care: 50% Discount on Wash, Interior & Exterior Treatment.


So, marilah kawan-kawan semua datang beramai-ramai dan boleh kita beramah mesra pada hari yang mulia ini okey. Selama ni pun, banyak yang bagi sokongan pada aku tru internet, tak jumpa live. Memang teringin nak jumpa uols semua secara live..:) See you there kay!


Syukran Ya Allah,

Friday, April 2, 2010

Hikmah menyusukan bayi

*sempat lagi mak buyung sorang nih nak berkongsi info yg aku dapat kat tenet pasal menyusukan bayi...hehehe.. sebenarnya, aku nak jadikan bacaan setiap hari pas bersalin nanti..wakakka... org kata, penenang jiwa dan penguat semangat nak keep on nyusukan baby!!!*

*********************************

Hikmah menyusukan bayi

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

KEHAMILAN merupakan antara tempoh paling sensitif dan kritikal bagi golongan wanita terutama yang bakal melahirkan anak pertama.

Ketika ini wanita hamil dihantui pelbagai perasaan tidak yakin, bimbang dan ragu-ragu tentang keselamatan bayi dalam kandungannya.

Soalan-soalan seperti “Adakah tubuh saya terlalu kecil untuk menampung anak” atau “adakah tubuh saya mampu membekalkan nutrien mencukupi untuk bayi”, adalah antara yang mengusik naluri bakal ibu.

Ia menjadi masalah apabila persoalan tersebut mendorong mereka mencuba segala jenis makanan tambahan, susu formula, vitamin dan jamu di samping pelbagai ramuan tradisional sama ada ubat-ubatan herba mahupun jamu.

Ketua Perunding Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Seri Suniza Sufian berkata, lebih mengelirukan apabila mereka terpaksa mematuhi pula berbagai-bagai pantang larang setelah selamat melahirkan anak.

“Salah satu contoh, wanita selepas bersalin sepatutnya minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan.

“Tetapi sesetengah masyarakat Melayu percaya, selepas melahirkan anak wanita tidak boleh minum air kerana takut ‘kembang’ atau vagina tidak segar dan longgar,’’ katanya.

Dr. Seri Suniza menjelaskan juga bahawa pengambilan makanan tambahan, suplemen dan jamu tidak semestinya bagus untuk kesan jangka panjang bagi ibu mahupun bayi yang dikandungnya.

Menurutnya, ibu hamil hanya perlu tambahan 10 peratus daripada zat nutrien diperlukan manakala ibu yang mengamalkan diet normal (seimbang) pula tidak perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan setiap hari.

Ini kerana, suplemen banyak mengandungi multi-vitamin yang boleh menambahkan lagi berat badan.

Yang penting, kata beliau lagi, adalah menambahkan zat besi atau ferum dalam diet seharian agar tubuh badan sentiasa segar dan sihat sepanjang kehamilan.

Salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan mengembalikan bentuk badan asal selepas bersalin serta turut diamalkan oleh pelakon Hollywood terkenal, Catherine Zeta Jones, adalah menyusukan bayi.

“Mengikut kajian, ibu yang menyusu sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kelahiran akan lebih langsing berbanding ibu-ibu yang tidak memberi susu badan kepada bayi mereka.

“Namun jika ibu menyusu itu masih kekal dengan berat badan sewaktu hamil adalah disebabkan mengambil suplemen berlebihan kerana ibu terlalu bimbang dan kurang yakin lalu makan lebih daripada sepatutnya,’’ ujarnya lagi.

Dr. Seri Suniza memberitahu, manfaat penyusuan di kalangan ibu tidak terbatas lebih-lebih lagi dalam membantu mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin yang merupakan penyebab kematian materniti utama di dunia.

Jelas beliau, ia mengurangkan risiko anemia yang disebabkan oleh kehilangan darah selepas tempoh dua jam pertama bersalin.

Di samping itu, proses penyusuan juga terbukti 98 hingga 99 peratus berkesan mencegah kehamilan pada tempoh enam bulan pertama selepas kehamilan jika ibu menyusukan bayi secara eksklusif sepanjang tempoh itu.

Ia juga dapat mengurangkan risiko kanser payu dara, ovari dan endometrial yang dipengaruhi ketidakstabilan hormon estrogen serta mengawal kolesterol.

Justeru, golongan ibu seharusnya tidak berhenti menyusu sewaktu awal usia bayi kerana banyak manfaatnya kepada kedua-dua mereka.

Bagi ibu bekerja pula, alasan sibuk kini tidak lagi relevan kerana terdapat banyak kemudahan dan kelonggaran khusus untuk mereka demi menggalakkan amalan menyusu.

Lebih-lebih lagi pemakanan yang diterima oleh bayi pada enam bulan pertama akan mempengaruhi kesihatannya sepanjang hayat. Ibu merupakan sumber khasiat bayi yang utama, oleh itu adalah penting untuk ibu meneruskan diet yang tinggi nutrien melalui pemakanan secara sihat

Tuesday, June 2, 2009

50 Ransangan Mudah Utk Jadikan Anak Bijak! (Part 1)

Wah, lama jugak rasanya saya tak update blog puteri kesayangan saya ni. Hujung minggu lepas memang aktiviti saya begitu padat sekali. Sabtu & Ahad penuh dengan agenda tersendiri sampai saya tercari-cari waktu untuk menulis blog (sampai sudah tak jumpa waktu tuh..hehhe) . Banyak betul perkara yang kami lakukan but I'm so happy sebab saya dapat tgk betapa happy nya my Angel dengan apa yang dia dapat. Mmm..apa yg saya buat sampai dia happy ..? Nantilah, kalau ada kesempatan, saya update dalam blog nih.

Hari nih, saya nak share info yang saya dapat ketika merayau-rayau di laman web & blog-blog. Saya tak ingat blog @ web mana sebab banyak sangat & dah agak lama, saya copy & simpan untuk saya baca, bila saya godek-godek laptop nih, terjumpa pula this info & I think it will be beneficial if i share with all my fellow friends here (yang rajin melawat & support saya..tq friends ..love ya so much) ...Memang banyak antara ransangan-ransangan ini saya dah buat dan amalkan, ada juga yang belum sebab masanya masih belum sesuai, kena tunggu Qarissa besar sikit baru boleh amalkan .. tak susah pun, saya percaya sebahagiannya juga anda memang dah amalkan ..:)

Always play with her fingers, especially clapping!

Cuma hari ini, saya akan kongsikan 25 rangsangan dulu, then another 25 ransangan coming soon...hehehe..Bukan kedekut tau ..cuma saya rasa lebih baik kita praktikkan 25 cara dulu, then another 25 cara. Lagipun, kalau nak baca sampai 50 cara, memang penat dan lama..hehehe..
so org cina kata "man man" . Ok.. let see apakah dia rangsangan mudah untuk menjadikan anak-anak kita semua bijak!!

25 Rangsangan Mudah Untuk Menjadikan Anak Anda LEBIH BIJAK!

1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya. (passed - since dia lahir)

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi. (passed - since dia lahir)

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQ nya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.(passed - since dia lahir, I really support breastfeeding)

4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia. (passed - sampai letih lidah, bukan setakat jelir, macam-macam aksi saya buat dengan lidah but Qarissa love it so much! Yang bestnya, dia cuba tiru aksi saya, menunjukkan yang baby memang pandai meniru apa yg kita lakukan!)

5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk di albumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan. (pergi zoo belum pernah, tapi bacakan buku binatang sambil buat bunyi memang selalu..)

6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.(yup, passed jugak. Setiap hari Qarissa kena geletek. Bila tulis ayat "I Love U" kat perut dia, menggeletek kesukaan!)

7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak. (Tunjuk gambar dan suruh dia pilih salah satu yang saya sebutkan memang selalu, tapi kalau gambar yang nak dekat-dekat sama tak pernah lagi, sebab takder gambar tuh.Maybe bila dah jumpa gambar yang lebih kurang sama, i will show her ..)

8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata. (passed jugak, selalu buat cam tuh waau di mana saya berada! sampai pening pikir, apa lagi aku nak tunjuk?)

9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik. (yess! passed jugak, sejak ada Qarissa, saya semakin kreatif dalam mencipta lagu Nanti AF8 saya hantarlah lirik lagu, mana tau ada rezeki menang plak! Hhehehe..)

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin. (yup, passed lagi..:) selalu bgtau dia bhg2 badan especially time tukar baju @ lampin)

11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya. (passed, kat Gymboree pun ada ajar this teknik, bagus untuk merangsang deria rasa baby )

12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi. (wah ..boleh kata setiap minggu bawak Qarissa shopping...letih mak.. nyah ....)

13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat. (good, passed jugak..)

14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya. (passed, she love it so much!)

15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari. (wah ..dia memang suka kirai-kirai tisu..tapi sorok mainan bawah tisu lum wat lagi, nanti nak wat lah ..heheheh)

16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa. (passed - cuma Qarissa ni suka baca "sendiri" bukunya. pantang tgk Mummy dia baca buku, dia pun kunun-kunun nak join sama. Cam poyo ..heheh)

17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali. (passed. Setiap masa dan ketika, memang Peek A Boo menjadi pilihan ..hehehe)

18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda. (Ops, ni lum buat lah ..nanti nak try lah ..tapi rasanya Q akan merangkak seluruh kawasan ..heheh)

19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya (ni pun lum buat, bila tiba waktu yg sesuai dengan umurnya, definately will do this activities).

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.(done, tapi daging & ayam Q masih belum makan)

21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri. (done, tapi penat ooo...asyik nak kena angkat jer ..hangin pun yer ..hahhha)

22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat. (padanlah dia selalu nak ikut apa kita cakap!Mummynya pun kuat melayan ..heheheh)

23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya. (penah cuba sekali dua tapi Q buat tak tahu jer ..hu hu ...nanti besar sket nak cuba lagik)

24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut. (done, tapi selalu dia ikut kepala sendiri jer ..camner nak buat tuh..hehehe)

25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa. (done. Both of us is having fun together!!)


Wah, nampaknya most of the activities memang saya dah lakukan. Alhamdulillah, saya berada di track yang betul. Saya pasti anda juga berada di track yang sama dengan saya kan? Insya Allah, saya akan masukkan lagi 25 aktiviti untuk kita merangsang anak-anak kita menjadi lebih BIJAK! rasanya, mudah jer aktiviti tuh untuk kita ikuti kan? So, lets do it on daily basis dan jadikan amalan harian! Jumpa lagi di entry yang akan datang!

Loves,

Monday, May 25, 2009

Artikel: FAQ Selsema Babi

Saya terpanggil untuk berkonsi info dengan semua kawan-kawan online berkenaan dengan penyakit Selsema Babi yang kini telah menyerang Malaysia. Adui, risau  betul saya...Nak pergi tempat ramai orang pun rasa risau. Kalau pergi pasar malam tuh, setiap kali ada org batuk sikit, mesti saya suruh maid saya tepikan Qarissa jauh-jauh. Saya berharaplah kita semua dijauhkan dari penyakit yg boleh membawa maut ini. Di sini saya attachkan informasi berkenaan dengan Selsema Babi ini, moga kita dapat jadikan panduan dan berhati-hati dengannya. (BTW, saya tak setuju gomen suruh tukarkan nama Influenza A (H1N1) ini. Nampak sangat nak jaga industri BABI di Malaysia...hhmmm...menci! Dulu time selsema burung, takder pun guna nama saintifik, napa skang nak guna plak? Double standard!) 

1.Apakah Influenza A(H1N1)

Influenza A(HH1N1) adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air,pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimtomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit membawa virus influenza A (H1N1).

2.Berapakah subtypes(jenis) Virus Influenza A(H1N1) yang wujud?

Virus influenza A(H1N1) sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain.Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi),H1N2,H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian influenza (Selsema
burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A(H1N1)). Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada suatu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus
influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant). Walaupun virus influenza A (H1N1) pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.

3.Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi? 

Sejak perlaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes influenza A(H1N1) dari Amerika Syarikat dan Spanyol. Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes influenza A (H1N1) adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web www.moh.gov.my

4.Apakah tanda dan gejala influenza A(H1N1) pada manusia?

Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia adalah serupa dengan gejala selsema manusia termasuk demam, batuk,sakit tekak,sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5.Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya, tiada bukti mengaitkan Influenza A(H1N1) boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A(H1N1) boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160F/70C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6.Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Influenza A(H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1). Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara
langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat dikalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.

7.Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A (H1N1)?

Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A(H1N1). Tidak juga diketahui samada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A(H1N1) yang berlaku sekarang.

8.Apakah rawatan bagi Influenza A(H1N1)?

Kebanyakan kes Influenza A(H1N1) yang dilaporkan sebelm ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

9.Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A(H1N1) daripada manusia kepada manusia lain?

Mereka yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1) boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan(onset). Kanak-kanak terutamanya yang masih
kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10.Apa yang boleh dilakkan untuk melindungi diri daripada sakit / dijangkiti /menjangkiti

Elakkan penyebaran kuman selsema dengan mengambil lanngkah-langkah berikut

  • Jika anda batuk atau bersin

    • Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau saputangan

    • Buang tisu yang telah digunakan

    • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

  • Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

  • Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit

  • Jika anda sakit kerana selsema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan dari menyentuh mata, hidung atau mulut anda

  • Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selsema Babi

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian kesihatan Malaysia digov.my talian 03-88810200/0300 atau email ke  cprc@moh.gov.my

Sumber dari: www.moh.gov.my

Yang Risau & Prihatin,


Friday, May 22, 2009

Artikel: Mengapa YAHUDI Bijak?

Ketika saya leka melayari internet, saya terjumpa artikel di bawah ini dan merasakan saya patut berkongsinya dengan anda semua. Saya harap anda tidak akan memandang serong apa yang saya cuba kongsi ini. Saya harap anda berfikiran positif kerana saya percaya kita semua inginkan yang TERBAIK untuk anak-anak kita. Jangan kerana terdapat perkataan "YAHUDI" di dalam artikel ini, anda langsung memandang serong & mendiskriminasikannya kerana ia bukan sebab "AGAMA" tetapi teknik yang tersembunyi dalam mendidik anak-anak kita. Semoga artikel ini (yang ditulis oleh seorang Doktor dan dia juga bukan YAHUDI) dapat dimanfaatkan kita bersama. Insya Allah. Mungkin kita boleh mengubahsuai perkara yang mereka lakukan selari dengan agama & kebudayaan kita. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Yang baik datangnya dari ALLAH SWT, yang buruk datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri.



Mengapa YAHUDI BIJAK??

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke
California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya
cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti
Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di
California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, Idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design
Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, Menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan
New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke
Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka (Singapore) hampir serupa dengan Israel, Maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, Yang ingin saya ketengahkan ialah, MAMPUKAH KITA DAPAT MELAHIRKAN GENERASI YANG BIJAK SEPERTI YAHUDI? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, Setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Dr. Stephen Carr Leon

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading