Rasanya semua tgh excited sebab this week adalah minggu terakhir sebelum kita semua bercuti panjang sempena Bulan Syawal yang akan menjelma tak lama lagi. Sedih rasanya meninggalkan Ramadhan yang penuh barakah ini kan? Semoga ibadah kita sepanjang bulan ini diterima oleh Allah SWT.
Ha .. mesti sekarang kebanyakan dari dari anda yang sedang membaca ini dah banyak dengar lagu Raya kan? Dah terngiang-ngiang lagu Raya setiap hari, semua tak sabar nak balik kampung berjumpa dengan keluarga tercinta, bawak anak jalan balik kampung di hari mulia ni memang best. Dapat pula kampung yang saujana mata memandang, ada sawah, ada ayam, ada itik, ada sungai ..perghhhh! Bestnya... susah dah nak dapat this kind of view kat kota metropolitan ni kan? Jadi, sesekali dapat balik dan perkenalkan anak dengan alam semulajadi dan binatang ternakan yang ada memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Jangan lupa bawak anak anda ronda satu kampung okeh!
Selamat Hari Raya Aunty-Aunty & Uncle-Uncle semua...cantik tak spek mata Raya saya? Hhehehe
Sebelum anda semua bercuti raya, Wati nak kasik semua "panas punggung" melihat video si Qarissa yang sungguh excited nak "balik kampung". Hehehe.jangan tak tahu, Q tiap2 hari cakap, "Kakak nak pakai baju Raya!Kakak nak pakai kasut raya!" kesian pulak Watie menengoknya. Masa 1st time try baju kurung tuh, dia punyalah suka sampai tak nak bukak! Nak tidur sekali dgn baju raya. Hehhehe... Bahagia betul rasanya tgk anak kita happy dan dah faham konsep Raya. Dulu masa Q kecik, dalam 1-3 years, Watie excited lah jugak nak Raya tapi tak lah beria-ria, maybe sebab Q pun tak faham lagi konsep Raya, dia pun tak sibuk nak raya time tuh, jadi auranya kurang sedikit. Tahun ni Qarissa dah faham konsep Raya, apatah lagi, setiap hari di sekolahnya, during Circle Time, mereka akan nyanyi Lagu Raya every morning! Pergh..mau tak terpengaruh Mak Q dengar ...terus rasa teruja lebih sikit nak Raya tahun nih! Dan bila Watie ajak Q nyanyi lagu Raya, Q pulak excited terlebey sudah dan Watie pun jadi sama-sama excited lah pulak!! Barulah Watie faham dan dapat rasakan keseronokan beraya bila anak dah mula faham konsep Raya dan excited nak beraya. Sememangnya, Raya kita akan lebih bermakna dengan anak-anak di sisi dan merekalah yang memberikan Aura pada Hari Raya itu sendiri.
Kalau pose camni time Raya, agak-agak leh dapat Duit Raya lebih tak? Kikikiki...
Zayra pula, dia taklah begitu faham konsep raya tapi bila tgk kakak dia excited sampai dah hafal Chorus lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman, si budak kenit yang petah ni mulalah terikut2 sama. Sekejapan jer dia pun dah hafal lagu Balik Kampung tu! Dan bila mereka berdua nyanyi dalam kereta, memang riuh dibuatnya! Tergelak-gelak Watie n Hubby tgk keletah anak2 syurga ni. Padahal nanti raya bukanlah "balik kampung" pun, tapi "balik bandar!". Hehhehe.. Watie akan beraya di Singapura tahun ini dan memang rasa excited sebab dah lama tak balik. Malam Raya we all dah plan nak gi Geylang dengan adik beradik dan saudara mara yang lain. Gempak oh Geylang kalau malam Raya!! Macam Jalan TAR lah jugak.. ehhehe...
Kakak jangan hover boleh tak?? Gi Solat Raya dulu ahhhhhhh - kata Zayra yg tak pueh hati! Hahahha..
Jom kita tengok video Qarissa berjoget sakan nak "balik kampung" beraya. Heheheh.. Masa ni we all baru sampai rumah. Watie ada beli VCD Raya @ Jusco dan bukak dalam kereta, nak rasa bahang raya katakan. Sekali Qarissa sudah addicted dengan lagu Balik Kampung, so dia asyik minta bukakan lagu tuh so that she can dance and enjoy the song. Tgklah bukan main bergelek lagi si Q bila dgr lagu Balik Kampung nih, siap nyanyi kemain kuat time Chorus tuh.. hehehhe.. Dah sampai depan porch pun pun masih takmo masuk rumah dan nak joget sampai habis. Bila tgk aksi dia dalam video nih, memang rasa tak sabar nak ajak dia berjalan time Raya supaya dia faham erti Hari Raya - berkunjung kerumah saudara mara, pakai baju & kasut baru, minta maaf, ucap selamat hari raya, makan kuih, ketupat ..rendang..hmm..mesti best kan..? Boleh ah tunjuk anak anda video ni juga, mana tau dorang pun akan berjangkit jugak, excited nak Raya macam Q sekarang. Hhehehe.. Hari-hari kita kata nak raya, tapi tak raya-raya gak, asyik takleh pakai baju baru jer .. kesian Qarissa. Hhehehe...
Jangan lupa tutup Aurat time Raya tau semua Aunty2 yang cantik... UAI kata, dalam Quran takder kata pun kena pakai tudung! Yang ada cuma KENA TUTUP AURAT! Kalau pakai baldi pun boleh... janji tutup Aurat. Cth macam Yaya ni lah ..hehehhehe..:P
Di kesempatan ini juga, Watie nak minta ampun dan maaf pada anda semua, pembaca blog Genius Baby On Board, jika selama Watie berinteraksi di alam maya ini dengan anda, ada yang terkecil hati, terasa hati atau ada salah silap Watie yang Watie tak sedar. Maafkan Watie dari hujung rambut sampai hujung kaki. Semoga Lailatulqadar milik kita tahun ini...dan semoga Aidilfitri kali ini akan lebih bererti, Insya Allah. Amin.
Balik Kampung! Oh Oh Oh! Balik Kampunggggggg!Hati Girangggggg!
Alhamdulillah, saya diberi lagi kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang apa yang saya lakukan selepas pertemuan dengan Dr Rajini di Sunway Medical Centre. Bagi anda yang pertama kali melayari blog Genius Baby On Board ini, bolehlah membaca entry ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang berlaku dan tidaklah nanti anda kabur dengan apa yang saya kongsikan ini.
Sebaik sahaja saya selesai bertemu dengan Dr Rajini, saya terus menghubungi Dr. Norizan di Urban Eethos Consultancy @ Seksyen 13 Shah Alam. Memang rezeki saya, kebetulan Dr Norizan dipejabat dan saya sebenarnya telah pun mengenali beliau sebelum ini ketika Dr Norizan memberikan ceramahnya di AlimKids Playgroup lebih kurang setahun yang lepas. Tanpa melengahkan masa, saya terus mengajak hubby menuju ke Urban Eethos untuk berjumpa pula dengan Dr Norizan. Yes! Right after I met Dr Rajini! As if there is no more tomorrow! :) Saya tidak mahu berlengah lagi kerana saya sudah tahu apa yang perlu saya lakukan dan saya perlu lakukannya dengan cepat! Dr Norizan berjumpa saya kira-kira setengah jam dan saya menunjukkan referral letter dari Dr Rajini kepada beliau. Sambil kami berborak, sambil Dr Norizan dan staffnya melihat2 Qarissa bermain dan selepas itu, kami membuat temujanji baru untuk Sessi Penilaian pertama di Urban Eethos.
Alamat: 11, Jln Boling Padang G13/G Sec.13, Shah Alam, 40100, Selangor HP: 03-55111362
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan saya membuat keputusan untuk mengambil Program Intensif di Urban Eethos, bermakna setiap hari selama 1 jam, saya akan menghantar Qarissa ke Speech Theraphy di sana. Kos terapi untuk Program Intensif agak mahal iaitu RM 1600 selama 20 hari sebulan tetapi saya rasa di antara Speech Theraphy yang ada, ia antara yang termurah. Saya datang secara konsisten setiap hari tanpa henti (kecuali Sabtu & Ahad) dan hasilnya??? Memang membanggakan walaupun 2 hari pertama Qarissa buat juga perangai *nak orang dgr cakap dia tapi dia tak nak dgr cakap Miss Aimie & Mira, dan bila kehendak dia tidak dipenuhi, she start to throw the chair*, tapi this two young lady really know how to handle my Q dan saya sgt berpuas hati kerana saya sememangnya tidak mahu Q dimanjakan lagi. Cukup..cukup sudahhhhhh.. *sila nyanyi ala-ala lagu tuh...heheh*. Yang menariknya, dan saya rasa itulah sepatutnya yang semua guru lakukan kerana saya juga sudah mengamalkannya dan mungkin ada juga para ibu bapa yang datang Playgroup @ GBOB nampak situasi ini - Walaupun Teacher @ Therapist bertegas dengan murid @ patient ketika kelas atau sesi theraphy dan anak seolah2 menangis memberontak atau tidak puas hati, anak itu masih ingin dan suka serta teruja setiap kali datang kelas @ theraphy. Macam pelik kan? Patutnya secara logik, bila kita bertegas *bukan marah tak tentu hala atau tinggi suara melampau2*, budak tak suka kita dan takmo datang lagi tapi ini sebaliknya yang berlaku.
Melalui situasi ini, dapatlah saya simpulkan yang anak-anak ini sememangnya genius dan mereka tahu bezakan antara tegas untuk membetulkan keadaan atau tegas kerana membenci. Dan ibu bapa sepatutnya belajar teknik ini juga. Jujur saya katakan, mula-mula saya nak aplikasikan teknik ni kat kelas Playgroup, saya takut ibu bapa salah anggap yang saya ni garang atau nak marah anak mereka, tapi selepas itu, saya set minda dan set hati, saya katakan, saya dah aplikasikan teknik ni pada Qarissa dan ia berjaya, dan kini saya nak buat untuk student saya pula, saya buat ini untuk kebaikan anak-anak syurga saya dan saya nak buktikan pada parents yang saya boleh buat dan mereka sendiri akan nampak bagaimana anak mereka "hormat" dengan figura seorang Guru dan bukan kerana takut. Dan walaupun selepas ditegur dengan tegas, mereka masih sukakan saya dan tidak jemu-jemu datang setiap minggu. Alhamdulillah...saya berjaya melakukannya. Dan saya rasa anak saya begitu juga. Walaupun pada permulaannya, Qarissa memberontak, tapi dia ingin datang setiap hari! Dr Norizan juga agak impress dengan perubahan Qarissa kerana graf perubahannya meningkat dengan agak cepat. Itulah hasilnya kalau kita konsisten dan datang setiap hari. Saya memang percaya perkara yang satu ini. Buat theraphy setiap hari, sambung buat sendiri di rumah bila saja berkesempatan dan hasilnya pasti EXCELLENT!
Tetapi, bila bercakap tentang wang yang harus dilaburkan, saya faham tidak semua ibu bapa mampu. Nak hantar ke swasta, paling murah dalam RM 80-RM 150 sejam untuk satu sessi Therapi. Kalau nak pergi Hospital kerajaan RM 20 sekali sessi tapi nak dapat appnt sgt susah. Dapat datang sebulan 2x tuh memang dah cukup baik dah! Kadang-kadang sebulan sekali. Bila saya fikirkan nasib anak-anak yang ibu bapanya ada kekangan kewangan, saya rasa kasihan, dan saya secara peribadi merasakan keluarga yang berada dalam graf "medium income" *macam saya lah tuh* yang paling tersepit dalam hal ini. Apa tidaknya, nak pergi hospital kerajaan kena tunggu lama sangat dan tak boleh buat selalu. Kalau RM 20 sekali sessi, kita mampulah nak bayar kalau datang setiap hari, bolehlah juga tepikan RM 400 sebulan utk Theraphy anak syurga kita tapi kalau nak htr ke swasta dan ingin datang konsisten setiap hari, mau puasa selang sehari dan berbuka dengan Maggi Mee je satu family kita! Rehab Centre di Hospital Kerajaan pula dah tentulah tak boleh buat Theraphy setiap hari sebab ada ramai patient dan ada keluarga yang kurang mampu untuk ke swasta, mereka harus ke Hospital Kerajaan, kadang-kadang RM 20 sekali Sessi pun mungkin ada yang rasa berat *isu wang sangat sensitif untuk dibicarakan*. Tapi kalau datang sebulan sekali atau 2x maksimum dalam sebulan, berapa lama masa untuk kita lihat perubahan anak kita sedangkan masa kita semakin suntuk? Itu belum masuk lagi kes-kes yang severe dan perlukan perhatian yang sangat khusus macam anak-anak Autism yang agak severe, anak-anak ADHD, Global Developmental Delay, ASD, Speech Delay dan macam-macam lagi labelnya. Sudah tentu masa yang perlu diperuntukkan untuk membantu anak ini lebih lama lagi. Hmmm..serba salah dibuatnya kan .. Baru fikir dah pening .. belum nak harung lagi tuh! Dan.. untuk tidak memeningkan kepala anda dalam hal kewangan anak syurga ini, UNDI lah saya di PRU 13 akan datang sebagai Menteri Wanita anda ... wkakaka *apa yang ko merepek nih Watie ... hehehhe*. Nantilah, Insya Allah kalau saya FREE, saya kupas sikit pasal isu ini dan mungkin boleh juga di bawa ke tengah kan. Manalah tahu terbuka hati Kerajaan Malaysia nak bagi lebih banyak penyelesaian dan pilihan pada ibu bapa yang berada dalam kumpulan medium income ini. :)
Berbalik pada cerita Qarissa, selain dari ke Urban Eethos, saya juga mengambil kesempatan cuti sekolah 2 minggu pada akhir bulan Mei yang lalu dengan mendaftarkannya ke kelas renang di Pusat Akuatik Shah Alam di bawah kelolaan syarikat Ombak. My first intention hantar Q ke kelas renang adalah BUKAN untuk Q pandai berenang *pelik eh...htr anak kelas renang tapi bukan tujuan utama nak bg dia berenang..mengong mak Q nih.hheheh*, tapi lebih kepada melatih her LISTENING SKILL supaya Q boleh mendengar arahan orang lain dengan lebih baik, lebih fokus, berdikari, yakin diri dan seterusnya lebih berdisplin. Dan saya lihat kelas renang ini adalah salah satu cara terbaik buat masa ini kerana Q memang suka berenang! Tetapi, againnnn..dia suka ikut kepala sendiri, berenang kat mana dia nak, tidak mahu dengar arahan orang lain dan Q juga kurang terdedah kepada persekitaran yang memerlukan dia mendengar arahan orang lain dan mengikut arahan dalam kumpulan kecil. Jadi, saya tetapkan matlamat untuk Q polish her listening skill dahulu. Pandai berenang itu saya tak risau, kerana saya tahu, eventually Q akan pandai berenang juga nanti. Ia matlamat yang terakhir tetapi perjalanan menuju matlamat itu yang lebih penting buat saya. Dua hari pertama di kelas renang, Q boleh bangun dari duduknya ditepi kolam sambil menangis dan berlari ke kolam kecil. Hahhaa. Kelakar bila ingat balik. Kasihan sekali anak syurga itu mendapat ibu yang berasal dari Taliban. Kikiki.. saya angkat dia dan letak balik depan Coach dan pastikan dia ikut arahan! Dalam masa yang sama, di mana-mana sahaja kami pergi dan dalam apa jua keadaan, saya sering bercerita bagaimana seronoknya kelas renang tetapi dia harus mendengar arahan Coach. Alhamdulillah, hanya 2 hari sahaja yang Q perlukan untuk membiasakan dirinya walaupun terpaksa, dan sebagai reward, habis jer kelas, saya akan menunggu Q berjimba di dalam kolam kecil. Apa yang saya perhatikan, dalam kebanyakan situasi, Q adalah anak jenis "Observer". Q sangat suka memerhatikan apa org lain buat dan kemudian, apa yang dia lihat itu, dia akan tiru semula apabila dia berseorangan. Seperti cth berenang ini, setiap kali habis kelas, Q akan berlatih sendiri di kolam kecil apa yang telah diajarkan Coach nya. Senang hati saya melihat Q berlatih sendirian kerana saya tahu anak saya sangat enjoy dengan apa yang dilaluinya kini. *ketika artikel ini ditulis, Q sudah hampir 2 minggu memakai baju swimming Doranya setiap hari sampai tertidur, menunjukkan yang dia sangat rindukan kelas swimming tapi sebab puasa, Pusat Akuatik ditutup sebulan!. Kesian anak saya, mandi dalam bath tub jer tapi tak puas!*
Berlatih sendiri selepas habis kelas
Semangat kan pakai cap sampai dalam keta! Hehe
Video yang sempat saya rakamkan ketika kelas Qarissa @ Pusat Akuatik.
Alhamdulillah, selepas dua minggu berlalu, saya meneruskan kelas renang Qarissa selepas melihat yang Qarissa menunjukkan peningkatan positif terhadap arahan-arahan yang diberikan Coach dan juga arahan-arahan yang saya berikan dirumah. Dan kini, selepas hampir 2 bulan menyertai kelas renang, Q sudah boleh berenang ke tepi dinding, menyelam ke lantai dan mengambil barang yang diminta guru serta berenang dengan jarak dekat. Jangan tak tahu, satu ketika dulu, nak cuci rambut Q pun susah tau! Sekarang dah agak senang. Dulu nak suruh dia menyelam masuk dalam air? Jangan harap, dia akan berenang ala-ala Diva jer ..takmo basah rambut nanti ramos hilang kekdahnya! Tapi sekarang? Itulah yang paling dia suka lakukan! Dulu nak suruh pakai Goggle dan Swimming Cap sikit punya seksa, tapi sekarang tak swimming pun nak pakai Goggle ngan swimming kat rumah, nak hilangkan gian bercuti lama sangat kot! Hehhe.. Syukur alhamdulillah, saya sangat gembira dan yakin telah membuat keputusan yang tepat untuk memastikan Qarissa mendapat yang terbaik.
Enjoying her "me" time after class
Dengan rakan baiknya yang join skali - Khayra yang juga anak genius saya di GBOB, Mommynya my best friend saya, pemilik butik Adrinis.
Yaya tumpang sekaki, peneman saya yang setia. Next year dia pulak join!
Dan, sekali lagi saya membuat satu keputusan yang besar dalam hidup saya dan suami, yang melibatkan bukan hanya wang tetapi juga minyak, masa dan tenaga yang lebih. Setelah berbincang dengan hubby tentang pro & kontranya, kami berdua mengambil keputusan untuk memasukkan Qarissa ke EIP- Early Intervention Programme di WQ Parksecara Intensif selama 5 hari setiap minggu. Saya tidak jadi untuk mengambil Program Intensif di Urban Eethos kerana kekangan masa dan jadual yang tidak begitu flexible, tetapi masih datang seminggu sekali atau 2 kali sahaja, lagipun kami telah membuat keputusan untuk fokus di satu tempat yang semuanya ada untuk Qarissa- Doktor, OT, ST dan Teacher2 yang berpengalaman dan bertauliah untuk melatih Q menjadi lebih becok dan meningkatkan skill motor halusnya. Saya membandingkan harga yang perlu saya bayar di Urban Eethos + Kindy @ Nuh's Ark, jumlah nya lebih kurang RM 1900 sebulan. Sejam di Urban Eethos dan 4 jam di Nuh's Ark. Jika di WQ Park, Q akan menghabiskan masa selama 3 jam setiap hari di samping Doktor, Therapist dan Guru-Guru yang pakar dalam bidang masing-masing dan bayaran bulannya RM 2170, lebih RM 270 tetapi saya rasa ia berbaloi. Dan saya juga tidaklah terkejar-kejar ke 2 tempat dalam satu hari yang sudah pasti memenatkan. Walaupun sedih kerana Q banyak juga belajar di Kindynya, saya berbincang dengan Prinsipal Qarissa untuk cutikan Q dari Nuh's Ark selama 6 bulan hingga 1 tahun supaya saya dapat fokus di EIP @ WQ Park ini dan Q mula bersekolah pada 15 June 2012 yang lalu. Saya tidak nafikan, bil bulanannya sahaja sudah mampu membuatkan sesiapa yang mendengar senak perut, apatah lagi yang membayarnya, lebih-lebih lagi kita ini adalah golongan "medium income", tetapi demi melihat Qarissa menjadi lebih baik dengan lebih cepat, saya buat keputusan ini. Penat tak payah ceritalah kan..setiap hari travel dari Klang - Setia Alam- Kelana Jaya- Setia Alam - Shah Alam - Klang membuatkan saya lelah kadang-kadang! Salah satu sebab kecil yang menyebabkan blog ni bersawang adalah kesibukan saya menjadi Driver pada anak-anak lah- membawa ke sekolah, ke terapi dan ke swimming class. Jadual memang sangat padat on weekdays and weekends tapi saya sangat happy. Ia masa berkualiti antara saya dengan anak-anak dan melihat perkembangan Q dan Zayra setiap hari adalah satu moment yang indah! Saya seharusnya bersyukur kerana dapat melihatnya berlaku di depan mata. Ada ramai ibu bapa yang tidak dapat melihat banyak "perkara pertama" yang berlaku dalam hidup anak masing-masing lantaran kesibukan dan tuntutan kerja, jadi saya seharusnya lebih bersyukur. :)
Qarissa dengan Teacher Wani kesayangannya. Bergambar selepas balik dr Kidzania!
Happy betul dapat Butterfly kat muka okeh! Dapat naik bas besarrrrrr! Impian Q tercapai setelah beberapa hari asyik cakap, "Kakak nak naik BIG BUS!". Sekali dorang gi Kidzania naik Bas Persiaran! Kelas ko Maria!
Perkembangan Qarissa selama sebulan setengah di WQ Park juga sangat baik. Bolehlah saya katakan, pendidikan, terapi, kemudahan, tenaga pengajar dan semua yang disediakan disana setaraf dengan harganya. Private katakan, dan yang join tuh plak, kebanyakan anak orang berada dan expat pun boleh tahan ramai. Saya ni rajin berborak, jadi bila menunggu Qarissa habis kelas, sempatlah saya borak2 degan parents yang ada. Setakat ni, saya dah jumpa 2 parents yang htr anak di sini, yang berasal dari Maldives! Ibunya sanggup berhenti kerja dan datang ke Msia untuk htr anak ke sini, dan bapanya sekarang ambil cuti kerja untuk bantu isteri dan tengok perkembangan anaknya juga. Jangan tanya saya mana dorang korek duit bayar bil, sebab sampai skang saya masih tertanya-tanya juga. Bapa anak comel itu kata, dari segi pertukaran wang Msia dan Maldives, kos menghantar anak mereka ke WQ Park ini agak mahal juga, tapi saya taklah kepoh sampai tanya mana dorang dapat duit nak bayar bil tiap2 bulan. Hahahaha..
Sambutan hari lahir yang ke 4 di sambut dengan rakan-rakan. Q masih malu-malu sebab baru sangat join masa nih, dah sambut Birthday! Tapi semua cikgu-cikgu Q sangat sporting okay..Siap prepare hiasan-hiasan comey lagi dalam kelas. So sweet! Q tak pakai baju skolah sebab lepas balik terus gi holiday. Kekeke.. kes Mommy malas!
Dan, saya seronok sebab dari mula saya masuk, mereka melayan saya dan Qarissa dengan sangat baik sekali, they really take care and concern about Q's development, nak-nak dapat mak Q yang kepoh asyik tanya apa perkembangan anaknya setiap hari, jadi mereka memang kenal saya. Yang lebih menarik, mereka tidak tahu saya siapa, maksud saya, mereka tidak tahu saya ada ECE Centre sendiri dan tahu serba sedikit tentang ECE ini sehinggalah baru-baru ini saya terkantoi sebab Speech Therapist Q nampak saya melepak di dalam bangunan *selalu saya lepak kat Kafe sambil makan dan buat kerja, tapi skang kan puasa, jadi Kafe tutup, saya lepak kat dalam* dan bertanya saya tak kerja ker? Bila saya kata, saya kerja weekend jer ..dia pun tanya lagi, kerja apa dan sebagainya, saya pun bgtau lah saya kerja apa dan barulah mereka tahu saya pemilik Genius Baby On Board. Kecik betul dunia nih, rakan pada Speech Therapist Q tuh memang kenal dan tahu mengenai GBOB. :) Dan lepas tuh, we all selalulah borak2 pasal ECE. Hehehe...saya harap dan yakin they will help me to help Q walaupun selepas mereka tahu saya owner GBOB. Saya mahu mereka membantu Q sama macam student-student yang lain kerana saya percaya, mereka lebih pakar dari saya dalam hal-hal yang melibatkan fine motor skills, speech dan behaviour ini dan saya perlu banyak belajar cara membantu Q dirumah dan Alhamdulillah, setakat ini saya puas hati dengan apa yang telah mereka lakukan tehadap Qarissa. Ada banyak lagi yang boleh diperbaiki untuk meningkatkan skill motor halus dan perkembangan bahasa Qarissa dan mereka sedang mencapai objektif itu. Sudah pasti saya akan sama-sama menggembleng tenaga dengan Guru & Therapist Qarissa untuk memastikan semua objektif dapat dicapai secepat yang boleh. Yang bagusnya saya rasa, dalam hal ini, saya lebih memahami anak saya, memahami apa yang cuba dikongsi dan disampaikan Guru & Therapist Qarissa setiap kali mereka bermain dalam kelas dan sessi terapi with her. They will share with me dan berkongsi idea bagaimana saya boleh melakukannya dirumah dan saya dengan mudah dapat absorb apa yang mereka cuba sampaikan. Senang citer, perumpamaannya - macam ayam cakap ngan ayam lah .. Baru ngam ..kalau ayam cakap ngan kucing agak susahlah sikit dah digest ..hhehe...
Q with friends. Ni suma dah jadi best friend dia lah nih, Asyik lah duk sebut nama kawan hari-hari sampai saya pun dah naik hafal - Han Jae, Prisha & Amir.
Saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat memberikan idea dan membantu anda bagaimana untuk mencari jalan keluar dan membantu anak anda selagi boleh. Ingatlah, lebih cepat anda bertindak, lebih cepat anda dapat lihat hasilnya. Orang melihat saya dengan agak pelik dan ada juga ibu bapa di WQ Park bertanya mengapa saya menghantar Q ke EIP sedangkan dia kelihatannya tidak bermasalah langsung. Saya hanya senyum sambil menerangkan serba sedikit mengapa saya hantar anak kesayangan saya ke sana. Seperti yang saya katakan dalam entry sebelum ini, hanya kita, sebagai ibu dan bapa tahu kekurangan dan kelebihan anak kita. Asah lagi kelebihannya dan bantu dia mengatasi kekurangannya, itu yang lebih penting dari sibuk memikirkan mengapa ini terjadi, mengapa kita, mengapa bukan org lain, serta menyalahkan takdir. Kalau saya tidak berfikiran positif, sudah tentu saya rasa frust kerana kalau nak ikutkan usaha saya selama ini, Q sudah dilatih dari bayi sejak usianya 3 bulan lagi sudah saya bawa ke Gymboree untuk membina skill social dan interaksinya, tetapi sehingga umurnya 4 tahun, nampaknya apa yang saya lakukan masih belum mencukupi. Tetapi, saya tidak memandangnya dari sudut negatif, saya memandangnya dari sudut positif, saya rasa inilah satu peluang yang saya dapat, yang Allah SWT berikan secara LIVE *dari studio1* pada saya agar saya belajar, berfikir, menggali ilmu, mengaplikasikan ilmu seterusnya berkongsi dengan orang diluar sana. Jika saya tidak mengalaminya sendiri, bagaimana mungkin saya jadi GURU yang terbaik untuk anak syurga saya di GBOB? Selepas saya melalui pengalaman ini, bayangkan berapa ribu orang yang membaca artikel ini dan mungkin mendapat semangat dan inspirasi kembali untuk melakukan yang terbaik untuk anak masing-masing tanpa rasa lemah dan kecewa? Yer, kondisi yang dialami Qarissa mungkin sangat remeh, beribu orang yang anaknya lebih hebat dari Qarissa tetapi sikap dan cara saya mencari penyelesaian untuk memperbaiki keadaan itulah yang mungkin dapat memberikan inspirasi pada mereka yang membaca, Insya Allah. Semoga Allah SWT semua merahmati kita dan memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat dalam membesarkan amanahNYA. :) Amin..
Salam Ramadhan buat semua. Ini adalah entry pertama saya di bulan mulia ini. Ehem-ehem, mentang2 bulan baik, tamak pahala, rajinlah tulis entry kan ..kekekek.. Nak-nak bila saya dah buat BOTOX dan FACELIFT yang HALAL di blog ni. Semangat lah sikit nak berbelog. This blog masih dalam upgrading version, Insya Allah tak lama lagi siaplah sepenuhnya. Thanks to my dearest Jiji, my loyal Designer yang memang dari dulu dah tolong ai buat design, in fact most of the design memang Jiji yang buat. Kalau uols nak dapat super duper santek punya blog, boleh suruh Jiji "cucuk tanam" kat blog uols, and please contact her kat http://bloggarden.triplecolourlife.coma/. Memang berbaloi! :)
Hari Jumaat malam ni, Watie nak kongsi pasal Stimulasi mata bayi baru lahir sampai 1 tahun. Agak seronok bila Watie jumpa orang yang tanya about what I'm doing for a living, dan jawapan standard dengan penuh rasa bangga ialah "I'm an Educator". Then, they will definitely ask me, ajar apa? Dan mulalah beralih dari satu pertanyaan kepada satu pertanyaan dan perbualan yang maha panjang mengenai apa yang saya lakukan, siapa yang saya ajar, centre saya di mana, dan akhirnya, mereka tahu saya adalah pemilik Genius Baby On Board.:) Lepas tu, mereka mesti akan tanya, saya ajar kids umur berapa? dan bila saya kata GBOB buat kelas dari New Born - 4 years, pandangan yang saya terima mesti pelik+suprise! Mereka mesti akan tanya, "Apa yang boleh di ajar pada baby baru lahir?" Hmmm...soalan cepu emas tuh! ..
Dalam Playgroup Level 1 (NB - 6 Months) @ GBOB, kami sgt mementingkan pembangunan @ development kelima-lima deria bayi, jadi setiap minggu stimulasi yg kami lakukan adalah untuk memastikan kelima-lima deria ini berfungsi dengan lebih baik menggunakan alat bantu mengajar atau Apparatus yang khas. Level 1 juga adalah lebih kepada Consultation kepada ibu bapa dari segi bagaimana mahu menghabiskan masa2 berkualiti di rumah dengan bayi apabila mereka bangun tidur. Almaklumlah, kebanyakan masa bayi akan tidur dan masa mereka bangun itu tidak panjang, jadi semestinya Mommy2 semua harus tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja anak bangun. Saya rasa, ibu bapa yang menyertai Playgroup Level 1 @ GBOB pasti setuju dan akhirnya menyedari yang mereka tidak punya banyak masa untuk menstimulasi anak selepas datang kelas Playgroup kami. Ini menyebabkan mereka lebih menghargai moment2 apabila anak bangun tidur dan cepat2 melakukan stimulasi yang di ajar di dalam kelas kepada anak mereka dalam usaha memaksimumkan pembangunan otak bayi masing2. Tapi ia semakin mudah dari hari ke hari kerana mereka TELAH TAHU APA YANG PERLU DIBUAT. Playgroup di Level 1 ini juga bertujuan untuk meredakan rasa khuatir dan risau mereka terutamanya bg mereka yang pertama kali menjadi ibu. Perjumpaan antara ibu bapa dalam sessi Playgroup ini sememangnya terbukti membantu mereka bertukar2 pandangan antara satu sama lain. Perkongsian ilmu yang banyak sememangnya memberikan semangat bukan sahaja pada semua para ibu tetapi juga para bapa yang teruja menjadi Ayah buat pertama kali!. Salute uols!
Ramai juga ibu bapa yang tanya saya mainan apa yang sesuai untuk anak yang baru lahir hingga 1 tahun. Ada byk appratus yang sesuai untuk bayi dan anak anda, dan malam ini, saya nak kongsikan tentang salah satu daripadanya adalah Bubbles. Ada banyak perkara yang anak anda boleh belajar dari Bubbles. Ia bukan hanya menyeronokkan bagi bayi tetapi anda juga. Faedah yang paling nyata apabila menggunakan Bubbles sebagai alat bantu ialah ia menstimulasi mata anak anda dengan maksimum. Anda pasti takut jika saya katakan, sekiranya dalam tempoh 4 bulan - 1 tahun pertama hidup seorang bayi, jika matanya tidak distimulasikan dengan betul, kemungkinan untuk bayi tersebut menjadi BUTA adalah sangat tinggi! Bagaimana Bubbles ini membantu bayi & anak anda? Ia membantu untuk menstimulasikan mata mereka apabila mereka melihat puluhan bubbles di sekitar mereka, di atas, bawah, kiri dan kanan, seterusnya menjadikan anak lebih alert dengan persekitaran mereka. Bukan itu sahaja, ia sgt baik untuk melatih mata bayi dan anak anda untuk mengikuti pergerakan atau lebih dikenali sebagai eye tracking activity. Ini boleh dilakukan dengan cara menghembus @ blow Bubbles yang besar tetapi hanya satu Bubbles pada satu masa dan galakkan anak anda mengikuti arah pergerakan Bubbles tersebut. Bayi anda pasti teruja melihat pergerakan Bubbles, akan leka melihat "Bola Gemok" itu terbang dan tanpa disedarinya, matanya telah dilatih untuk menjadi lebih fokus. Betul tak? Inilah yang saya katakan, "Bermain Sambil Belajar". Dalam apa sahaja permainan, mesti ada tujuan, dan tujuannya mesti dapat membina, mengukuh dan seterusnya meningkatkan kelima-lima deria anak. Permainan ini, jika dibuat selalu, diulang selalu sebagai rutin harian, ia sangat baik untuk deria penglihatan anak menjadi lebih fokus di mana ia dapat membantu mereka apabila mereka beralih ke fasa Toddlers nanti. Nampak mudah tetapi impaknya sgt berbeza kalau kita bandingkan anak yang sering bermain Bubbles dengan yang jarang bermain Bubbles.
Saya sering mendengar luahan hati para ibu, mereka sering mengatakan anak mereka sukar fokus apabila menginjak usia 2 tahun ke atas, bila sudah pandai berlari dan melompat, makin sukar untuk fokus, tapi apabila di soal selidik dan di tanya apa aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan fokus anak, soalan itu selalu tergantung disitu kerana ibu bapa seolah2 "tergujat" dengan soalan saya. :) Ya, saya faham, adalah sgt sukar untuk confront diri sendiri kan? Menyedari dan mengakui kekhilafan diri dalam membesarkan anak2 syurga sehari-hari memang agak sukar jika tiada orang lain yang dapat menyedarkan diri kita ini, sebab itu, dengan niat membantu semata-mata kerana Allah SWT, saya akan mengatakan yang benar walaupun pahit. :) Anda tak perlu risau, kerana apabila anda telah sedar, jalan dan laluan anda akan lebih mudah kerana anda telah membuka pintu hati dan mata hati dah pun celik, jadi apa yang saya nak kongsikan dalam kelas, Insya Allah anda boleh terima dan aplikasikan di rumah. Kalau tak boleh setiap minggu, sekali sekala atau at least di awal2 menyertai kelas Playgroup itu, bawa suami sekali lagi bagus. Biar husband lihat sendiri anaknya dan anak orang. Bukan niat untuk membandingkan, tidak sama sekali, tapi semata-mata untuk membuktikan yang bayi sememangnya genius! Beri peluang pada anak, bantu mereka and you will be suprise! Susah nak gambarkan betapa seronoknya saya melihat muka ayah2 di Level 1 & 2 yang melihat kepintaran anak masing2 yang dapat dicungkil selepas beberapa minggu join kelas. Its priceless tau! Lebih2 lagi bila mereka datang menemani isteri setiap minggu, melihat sendiri dengan mata kepala mereka setiap inci fasa perubahan yang anak lalui, dari menangis takutkan orang, sampailah datang peluk Teacher! :) Sangat mengujakan. Bertuah Mommy2 semua hubby sokong dari belakang, kadang-kadang dari depan juga! Heheheh *hubby join kelas sebab Mommy tak larat ..hhhehehehe*
Melalui Bubbles ini juga, anak anda akan belajar sebab & akibat (cause & effect). Bagaimana? Dengan mencucuk (poke), menepuk (pop), menghembus (blow) atau mungkin juga menggunakan hidung atau anggota badan yang lain semata-mata untuk melihat bagaimana Bubble itu meletup & hilang dari pandangan. Menarik bukan? Kalau anda bernasib baik (rasanya ramai parents di Playgroup GBOB dapat lihat situasi ini), ada sesetengah pelajar yang mempunyai cara sendiri untuk meletupkan Bubbles yang dihembus di wajah mereka. Sungguh kreatif dan membanggakan. Selepas bosan mencucuk, mereka menciumnya dengan mulut dan hidung dan kadangkala lidah! *lepas tu wat muka pelik...heheh*. Bubbles ni sebenarnya boleh dimainkan dari bayi anda kecil sampailah dah besar 5-6 tahun pun, tapi pendekatan dan kaedah yang diguna pakai berbeza mengikut umur. Sebab tuh, kita kena kreatif dalam sesuatu permainan, supaya rasa bosan tak wujud dalam diri anak. Saya tahu, cakap memang senang tapi nak aplikasikan memang tak mudah. Sebab tu lah, kita kena rendahkan diri, selami dunia anak, dan segalanya akan menjadi mudah, Insya Allah.
Mengenai kualiti Bubbles pula, ia adalah sesuatu yang perlu anda titik beratkan. Watie memang particular tentang perkara ni, bukan apa, saya pernah terkena so its a good lesson for me. Saya dulu, masa Q kecil, konon2 nak jimat, saya beli lah 1kg punya Bubbles yg dijual di Hypermarket dan main dalam rumah. Adoilah ..memang padan muka saya! Habis lecak satu rumah, dah kena bersihkan satu hal, lepas bersihkan, lantai pulak jadi licin dah jadi dua hal! Tak pasal-pasal nak kena keluar rumah waktu tengahari sebab taknak umah lecak, kena main outdoor. Adoiiii... memang lepas tuh tobat dah tak nak beli! Bukan tu sahaja, Bubbles solutionnya apabila masuk ke mata, menjadi pedih dan saya risau betul ia masuk ke dalam mata Qarissa. Jadi, sudahnya blow jauh2 .. memang tak best! Nak blow depan muka Qarissa *macam dalam video ni* pun rasa cuak tau! Mau menangis anak aku kang! Tak cukup dgn itu, yang paling berangin, bila kita nak guna lagi seminggu kemudian, solutionnya dah takder buih dan tak jadi dah Bubbles tuh! Iskkkk...Bengang btol. Penuh lagi tau, beli 1kg katakan. Tu ah kedekut na nak beli yg mahal tapi bagus, padan muka aku! Hahhaha.. lepas dari kejadian tuh, memang tobat lah saya, saya tak pandang dah Bubbles lain, saya setia sahaja dengan Bubbles dari Gymboree. :) Kalau anda pernah jumpa Bubbles jenama lain yang ada ciri-ciri di bawah ni tapi lagi murah, boleh ah bgtau saya so saya boleh try. Hehehhe..
Bubbles dari Gymboree nih pada pendapat peribadi saya, adalah Bubbles terbaik yang pernah saya jumpa. Ianya telah dipatenkan, dan kualitinya memang sukar nak jumpa di Bubbles yang lain. Ia boleh dimainkan dalam rumah, ruang tamu anda tidak akan lecak, tidak akan bersepah, dan ada akan terkejut, selepas lama habis main, anda masih boleh nampak belon2 di keliling anda masih tak meletup2 lagi! Lepas tuh, bila anda letupkan, tangan anda tak basah pun! Anda nak blow the bubbles dekat2 ngan muka anak pun tak takut, Kalau bubbles masuk mata sekalipun, anak mungkin agak terkejut sedikit tapi takkan rasa pedih, so tiada tangisan! Yang paling best, ia sangat menjimatkan kerana anda cuma perlu letak selapisan solution sahaja dalam tray khas, dan gunakan wand, tekankan wand dalam tray dan tiup! Beratus-raus Bubbles akan beterbangan di udara! Tak payah tuang banyak2. memang jimat! Akhir sekali, ia juga tahan sangaaaaattttt lamaaaa! Walaupun berbulan-bulan! Tak payah risau Bubblesnya tak jadi jika lama tak pakai, memang takder masalah! Silap-silap boleh tahan 3-4 bulan kalau main setiap hari. :)
Refills
Jika anda berminat nak try this Bubbles, bolehlah dapatkannya di Genius Baby On Board. Anda boleh beli pek permulaan yang terdiri daripada Bubbles Solutions, Wand dan Tray dengan harga RM 39.90 sahaja *excluding courier*. Lepas Bubblesnya habis, anda hanya perlu beli refillsnya sahaja. :) Memang jimat dan menguntungkan walaupun harganya nampak mahal. But believe me, sekali beli, memang rasa sukar nak tukar ke Brand lain, unless dapat cari yang sama kualitinya dan lagi murah. Hehhehee..Selamat berbubbles dengan anak genius anda! Saya sertakan sekali video kenangan saya dan Qarissa bermain Bubbles ketika Qarissa masih kecil. Ohhhh! Kenangan yang sungguh indah bila saya melihat kembali video ini. Sememangnya berblogging adalah perkara hebat yang pernah saya lakukan. Tak payah tunggu tua, 3 tahun lebih pun saya dah rasa syahdu melihat betapa cepatnya masa berlalu. Anak yang dahulu duduk di Bumbo Seat kini sudah berjalan, berlari, melompat malah berayun di palang besi! Memang best bila dapat imbas kembali apa yang berlaku sepanjang kita membesarkan anak-anak syurga ini kan. Hmmmm... saya ada banyak koleksi video dengan Zayra masa kecik yang belum sempat saya kongsikan. Insya Allah, ada rezeki, saya kongsi dengan anda semua yer .. :) Kita tgk Zayra masa kecik bijaknya macam mana .. hehehehe :
Yang paling mahal adalah kakinya yang bergerak2 tuh ..Cam BIG BOSS jer tau!
Hari sedang hujan di rumah saya sekarang dan saya rasa inilah masa terbaik untuk saya menyanyi lagu di bawah. Hhihihii..Sebenarnya dah lama juga saya rekod video nih, tapi saya lupa nak upload kat You Tube ..baru ni Watie google2 semula file video yang ada, dan sebelum terlupa buat kedua kalinya, terus saya upload di You Tube. Lagipun, saya terima banyak SMS, emel dan msg minta saya buat video lagi, anak masing2 rindu nak tengok muka comot comel Teacher Watie nih ..ahaks! Verangan & Verasan! Kikiki...Sedih dan terharu pula saya baca all the messages.. maaflah anak -anak Teacher semua ..Teacher sgt sibuk kebelakangan ini, entah sampai bila tapi Teacher akan cuba juga buat video-video untuk anda semua, termasuklah untuk mak-mak dan bapak-bapak sekalian setiap kali ada kesempatan okeh .. :)
Untuk menghilangkan rindu semua anak-anak syurga Teacher nih, meh kita dengar lagu Mister Sun nih okeh .. untuk Mommy2 dan Daddy2 semua .. meh kita hafal lagu nih, setiap kali hujan, suruh anak nyanyi lagu nih okeh! :) See you next time Insya Allah ..:)
Lamanya saya tak update blog kan? Hmmm..sejak sebahagian besar gambar2 di blog ini hilang, memang rasa "down" jugalah nak update apa2 info ..di tambah pula dengan kesibukan yg sentiasa melanda, memang jarang sungguh saya menjenguk blog sendiri. Walaupun begitu, saya aktif dan sering update info di FB .. :) Jad, bagi mereka yang belim LIKE Fanpage GBOB, saya sgt2 menggalakkan anda LIKE our Fanpage untuk dapatkan info terkini lagi sensasi tentang GBOB okeh ..:)
Video di bawah ni pun, saya dah kongsikan di Fanpage GBOB, tapi saya masukkan juga di blog sebagai rujukan kemudian hari, Insya Allah .. Semoga ia memberi manfaat ..:) Jika anda rasa video ini berguna dan memberikan faedah pada anda dan orang tersayang, kongsikannya di FB atau blog anda yer..:) Semoga kita sama-sama mendapat faedahnya, Amin.. :)
Komen saya di FB : Hi Fans, this is my 1st time ever to do this ..lama betul saya tak menulis di blog, so today Watie nak buat sesuatu yang luar dr kebiasaannya .. special for uols.. :) Memang segan jer rasanya bercakap sorang2 depan camera tp saya jadi diri sendiri lah kan..lebih mudah begitu ..:) Insya Allah, saya akan update video stimulasi di blog GBOB dalam waktu terdekat .. jika anda rasa suka dengan video ini dan mahukan lebih banyak tips2 menarik, anda LIKE status ini dan SHARE kan this You Tube link di page FB masing2 okay .. Watie nak tgk berapa banyak Parents Malaysia yang suka dengan tips2 yang GBOB berikan .. :) PS/: Sila abaikan pipi tembam saya, Itu adalah camera trick semata-mata ..tak caya tanya Mommy pd student2 GBOB saya...kan kan kan ..? Hihihihi..
Today Watie nak kongsi satu game yang Watie main dengan Qarissa baru-baru ni. Kan Qarissa dah lama tak join my Playgroup, memang rasa ralat juga tapi Watie pujuk hati and say to myself, "Takpelah, Q and Zayra ada whole week dengan aku untuk aku main puas2 dengan dia ..". Walaupun tak sama dengan keadaan dalam kelas,*memang lah tak sama kan ..kelas ramai kawan and its a structured program* tapi sekurang-kurangnya, aku leh tebus balik masa weekend aku dengan dia. So, last few weeks, hubby bawa anak2 ke opis Watie, memang nampak sgt both Q's sangat suka...memang dorang rindu nak pergi opis GBOB. Nampak jer opis, terus Qarissa cakap, "GENIUS BABY ON BOARD!!!!". Hehehee... bangga jer dengar anak sebut penuh ..ahaks!
Tu lah Wall Hanging yang Watie baru beli. Selain jadi hiasan dinding, Watie gunakan untuk bermain dengan my Q's ..:)
Koleksi Wal Hanging & Fabric Book @ GBOB
Dan, Watie terus amik kesempatan, keluarkan semua produk dan permainan yang Watie gunakan kat kelas, dan buat sama-sama dengan Qarissa dan Zayra. Happy sgt bila both Q's dapat melakukannya dengan betul dan tepat, malah sangat sukakan aktiviti tersebut. Leka dorang main. Watie rasa seronok sebab kat GBOB, semua alat bantu mengajar lengkap dan ada kat opis, senang Watie tinggal pilih jer. Kalau kat rumah, memanglah banyak juga, tapi of course lah tak sebanyak kat pejabat kan. Sebab tuh, Watie cepat2 pilih alat bantu yang takder kat rumah Watie dan gunakan untuk bermain dengan Qarissa & Zayra. Tetiba teringat Mommy Luqman suruh Watie jual alat bantu yang ada tuh untuk ibu-ibu main kat rumah dengan anak. Hehhehe.. Walaupun tak susah nak buat, tapi ia memang perlukan masa, dan masa tuh yg kadang2 kita susah betul nak dapat. Sebab tuh beli lagi senang. Now I understand, sebab Watie pun macam tu juga, kat rumah nih, semua pakai beli jer, jarang betul buat sendiri. alau buat, memang selalu untuk kegunaan pejabat jer, konon2 nak bawak anak selalu lah ke opis dan boleh maiin sekali..memang dulu selalu bawak anak, but lately jarang juga. :(
Koleksi Wall Hanging
Wall Hanging Animals In The Garden, size 30 cm x 40 cm - RM 69.90
Salah satu yang kami main hari tuh adalah Matching The Fruits. Watie baru jer beli 6 set Wall Hanging yang berbeza kategori keluaran Masfe. Semuanya berasaskan fabric dan kualitinya memang tip top lah. Ia menepati standard antarabangsa EN71 dan embroidery nya memang sangat kemas. Watie ada jumpa similar produk like this tapi kualitinya tak sama. Color tak bright, tak berapa ceria, tak berapa menarik perhatian dan icon zap on nya tu tak secantik yang ni, dia tak isi dengan sponge, hanya sekeping gitu jer, tapi keluaran Masfe ni, siap ada sponge inside, nampak gebu2 dan gemok2, the color also very bright dan jahitannya kemas dan cantik. In terms of price, sekarang ni harga dia oklah berbanding dulu. Dulu mahal sangat, kalau uols nak tahu, this lady duk kejar Watie dah setahun! Seboleh2 jugak dia nak jual produk tuh kat Watie bila dia dapat tahu Watie ada kids centre. Tapi Watie elak2 sebab masa tuh harga dia mahal sgt, ada yg mencecah RM 200++ satu set! Mula2 Watie budget nak guna untuk kelas, tapi bila harga dia macam tuh punya mahal, terpaksalah pendamkan dulu. Sampailah baru-baru, dia call dan insist nak jumpa Watie, Watie terus bgtau yang harga dia mahal sgt, at this moment I belum nak beli lagi, but then this lady kata, now harga dorang dah reduce banyak sebab dorang dah buat mass production kat kilang. She want me to take a look first. Then we meet up, dan bila Watie tgk, kira ok lah harga dia dengan kualiti. Tak mahal tak murah, but in terms of safety and teaching kids and toddlers, mamang marvellous ahhh. Tak risau anak masuk mulut atau gigit2..:)
Koleksi Fabric Books
Wall Hanging Transportation size 30 cm x 40 cm - RM 69.90
Untuk pengetahuan anda, this products actually dijual dan dibekalkan dengan banyaknya di kindy dan sekolah-sekolah antarabangsa (International School) kerana mereka sememangnya banyak menggunakan hands on learning dan interactive play like this. Di tambah dengan safety standard E71 tuh, lagi mudah lah Masfe nak jual produk mereka pd sekolah2 ini. And I feel proud to inform that now, uols can buy this product at GBOB too! Yezzzaaaa!!!
Ni pun sgt best! Wall Hanging Calendar yang sgt interactive, sampai tahun 2014 dia bg tahunnya, size 60 cm x 40 cm - RM 159.90. Ni lah Wall Hanging yang paling mahal dalam koleksi yang ada. Sebab ada banyak icon nya ..:)
Anda akan dapat this item dalam kotak yang keras dan cantik macam ni.. Curlass sgt kotak dia..
Watie punya excited nak main ngan Qarissa this Wall Hanging kan, bila dia dtg jer opis, terus Watie amik dan ajak dia main! Mula2 Watie try yang Transportation, then Watie try yang Animals In The Garden Wall Hanging. Saja nak test power sebab icon dia tak banyak berbanding yang lain. Punyalah seronok, Qarissa bukan sahaja dapat jawab semua soalan dengan betul, dia siap baca the word and stick the icon in the correct spot! Suka betul dia dapat pegang icon tuh!. Cara Watie main ngan Q, Watie tak bagi semua icon zap on tuh, Watie takmo dia terlebih teruja, jadi Watie amik semua icon, dan bagi satu2, sebelum bagi, Watie tanya dia dulu, apa nama Tranport tuh, bila dia dapat jawab based on the icon, Watie puji kaw-kaw dan bagi kat dia sambil suruh dia cari mana word yang betul. Bila dia dah jumpa, Watie suruh dia stick it and then we all hi-five sama-sama sambil Watie bg pujian melambung lah kan .. hehhee..tersengih2 Qarissa bila kena puji..:) Lepas habis stick, Watie buat 2nd session, Watie suruh pula Qarissa bagi the icon based on apa yang Watie minta. Cthnya, Watie kata nak car, Qarissa akan bg car punya icon pada Watie. Dalam masa yang sama, adalah Watie suruh dia buat bunyi2an Transport & Garden Animal tu juga, untuk menjadikan sessi tu lebih menarik dan interaktif serta tak membosankan. Masa ni takder terfikir pun nak rakam video, padahal hubby pun ada sama time tuh, teruja dia tgk anak dia jawab soalan.:)
Wall Hanging ABC - Capital & Small Letter, size 60 cm x 40 cm - RM 129.90
Wall Hanging Vegetable, size 60 cm x 40 cm - RM 89.90 Wall Hanging Numbers, size 60 cm x 40 cm - RM 159.90
Then, bila Watie tgk, Qarissa dah boleh buat both Transportation and Animals In The Garden Theme, Watie pun bagi lah Wall Hanging yang lebih banyak icon, dalam 19 zap on icon iaitu Match the Fruits, dan kali ni barulah Watie terfikir nak rakamkan, jadi boleh Watie kongsikan dengan anda semua, cara Watie main dengan Qarissa. Yang kelakar dan aduhaii....memang memalukan saya selaku orang dewasa, saya telah di"betul"kan oleh anak sendiri yer!!!! Wakakakak..malunya mak nokssss...tu yang rasa nak share video nih pun segan sebenarnya, nampak na mak dia fail nama buah! Hahhaa..asal boleh jer bgtau ajaran sesat kat anak, terlebih excited sudaaaa.. tapi sebab termasuk mainan kali nih, dah 3 aktiviti yang Watie buat dengan Qarissa, so Watie takmolah ulang2 benda yang sama, jadi Watie share jer lah video nih, walaupun, saya akan malu sedikit..hehehe..*sikit hapaaaa..banyak okay!!!!* Watie punya confident cakap LEMON tuh LIME!!! Siap bgtau Qarissa sungguh-sungguh yang tuh LIME! Anak kita relax jer betulkan kita sampai 2-3 kali, LEMON, LEMON!!! Barulah Watie perasan ada LEMON dalam Wall Hanging tuh! Mak aiiii..nasib baik lah juga si Qarissa ni tak banyak mulut, tak becok macam Zayra oiiiii..kalau tak habislah aku kena bahannn!!!! Hu hu hu! Memang malu mak noksss!
Video: Interactive Session with Qarissa.Wall Hanging Fruits, size 60 cm x 40 cm - RM 89.90 Wall Hanging Fruits, size 60 cm x 40 cm - RM 89.90
Anda yang di luar sana, juga boleh menggunakan interactive learning seperti ini untuk mengajar anak anda di rumah. Bagi mereka yang suka buat homeskooling tuh, memang sesuai lah sgt, selain dari menjadi alat bantu yang sangat interaktif, boleh juga jadi hiasan dinding yang colorful dan menarik kan? Selain dari Wall Hanging, dia ada juga buku-buku fabric yang sangt menarik dan juga interactive. Macam cth, ada satu buku tu kategori Colors, selain dari mengajar warna, ia juga mengajar bentuk dan bagaimana warna itu terjadi. Cthnya, warna biru + kuning = hijau. Jadi, anak kena ambil icon zap on biru, kemudian amik icon kuning, dicampurkan dan kemudian jadilah warna hijau. Ada panduan dalam buku fabrik tersebut yang anak dapat ikuti dengan mudah. Untuk memudahkan anda, Watie letakkan sekali harganya di gambar yang Watie kongsikan di dalam entry ini. Jika anda berminat untuk membuat tempahan, bolehlah call Watie untuk pre-order ok. :)
Fabric Book Baby Animals - RM 69.90
Cth bahagian dalam buku for Baby Animals
Fabric Book Colors - RM 69.90 Fabric Book Numbers- RM 129.90
Fabric Book Shapes- RM 69.90
Setakat ini dulu perkongsian Watie untuk kali ini, Insya Allah kita berjumpa lagi di entry akan datang yer..:) Selamat bermain dengan anak anda...:)