Wednesday, August 8, 2012

Qarissa: Yang Terbaik Hanya Untuk Mu!

Alhamdulillah, saya diberi lagi kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang apa yang saya lakukan selepas pertemuan dengan Dr Rajini di Sunway Medical Centre. Bagi anda yang pertama kali melayari blog Genius Baby On Board ini, bolehlah membaca entry ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang berlaku dan tidaklah nanti anda kabur dengan apa yang saya kongsikan ini. 

Sebaik sahaja saya selesai bertemu dengan Dr Rajini, saya terus menghubungi Dr. Norizan di Urban Eethos Consultancy @ Seksyen 13 Shah Alam. Memang rezeki saya, kebetulan Dr Norizan dipejabat dan saya sebenarnya telah pun mengenali beliau sebelum ini ketika Dr Norizan memberikan ceramahnya di AlimKids Playgroup lebih kurang setahun yang lepas. Tanpa melengahkan masa, saya terus mengajak hubby menuju ke Urban Eethos untuk berjumpa pula dengan Dr Norizan. Yes! Right after I met Dr Rajini! As if there is no more tomorrow! :) Saya tidak mahu berlengah lagi kerana saya sudah tahu apa yang perlu saya lakukan dan saya perlu lakukannya dengan cepat! Dr Norizan berjumpa saya kira-kira setengah jam dan saya menunjukkan referral letter dari Dr Rajini kepada beliau. Sambil kami berborak, sambil Dr Norizan dan staffnya melihat2 Qarissa bermain dan selepas itu, kami membuat temujanji baru untuk Sessi Penilaian pertama di Urban Eethos.



Alamat: 11, Jln Boling Padang G13/G Sec.13, Shah Alam, 40100, Selangor
HP: 03-55111362

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan saya membuat keputusan untuk mengambil Program Intensif di Urban Eethos, bermakna setiap hari selama 1 jam, saya akan menghantar Qarissa ke Speech Theraphy di sana. Kos terapi untuk Program Intensif agak mahal iaitu RM 1600 selama 20 hari sebulan tetapi saya rasa di antara Speech Theraphy yang ada, ia antara yang termurah. Saya datang secara konsisten setiap hari tanpa henti (kecuali Sabtu & Ahad) dan hasilnya??? Memang membanggakan walaupun 2 hari pertama Qarissa buat juga perangai *nak orang dgr cakap dia tapi dia tak nak dgr cakap Miss Aimie & Mira, dan bila kehendak dia tidak dipenuhi, she start to throw the chair*, tapi this two young lady really know how to handle my Q dan saya sgt berpuas hati kerana saya sememangnya tidak mahu Q dimanjakan lagi. Cukup..cukup sudahhhhhh.. *sila nyanyi ala-ala lagu tuh...heheh*. Yang menariknya, dan saya rasa itulah sepatutnya yang semua guru lakukan kerana saya juga sudah mengamalkannya dan mungkin ada juga para ibu bapa yang datang Playgroup @ GBOB nampak situasi ini - Walaupun Teacher @ Therapist bertegas dengan murid @ patient ketika kelas atau sesi theraphy dan anak seolah2 menangis memberontak atau tidak puas hati, anak itu masih ingin dan suka serta teruja setiap kali datang kelas @ theraphy. Macam pelik kan? Patutnya secara logik, bila kita bertegas *bukan marah tak tentu hala atau tinggi suara melampau2*, budak tak suka kita dan takmo datang lagi tapi ini sebaliknya yang berlaku.

Melalui situasi ini, dapatlah saya simpulkan yang anak-anak ini sememangnya genius dan mereka tahu bezakan antara tegas untuk membetulkan keadaan atau tegas kerana membenci. Dan ibu bapa sepatutnya belajar teknik ini juga. Jujur saya katakan, mula-mula saya nak aplikasikan teknik ni kat kelas Playgroup, saya takut ibu bapa salah anggap yang saya ni garang atau nak marah anak mereka, tapi selepas itu, saya set minda dan set hati, saya katakan, saya dah aplikasikan teknik ni pada Qarissa dan ia berjaya, dan kini saya nak buat untuk student saya pula, saya buat ini untuk kebaikan anak-anak syurga saya dan saya nak buktikan pada parents yang saya boleh buat dan mereka sendiri akan nampak bagaimana anak mereka "hormat" dengan figura seorang Guru dan bukan kerana takut. Dan walaupun selepas ditegur dengan tegas, mereka masih sukakan saya dan tidak jemu-jemu datang setiap minggu. Alhamdulillah...saya berjaya melakukannya. Dan saya rasa anak saya begitu juga. Walaupun pada permulaannya, Qarissa memberontak, tapi dia ingin datang setiap hari! Dr Norizan juga agak impress dengan perubahan Qarissa kerana graf perubahannya meningkat dengan agak cepat. Itulah hasilnya kalau kita konsisten dan datang setiap hari. Saya memang percaya perkara yang satu ini. Buat theraphy setiap hari, sambung buat sendiri di rumah bila saja berkesempatan dan hasilnya pasti EXCELLENT!


Tetapi, bila bercakap tentang wang yang harus dilaburkan, saya faham tidak semua ibu bapa mampu. Nak hantar ke swasta, paling murah dalam RM 80-RM 150 sejam untuk satu sessi Therapi. Kalau nak pergi Hospital kerajaan RM 20 sekali sessi tapi nak dapat appnt sgt susah. Dapat datang sebulan 2x tuh memang dah cukup baik dah! Kadang-kadang sebulan sekali. Bila saya fikirkan nasib anak-anak yang ibu bapanya ada kekangan kewangan, saya rasa kasihan, dan saya secara peribadi merasakan keluarga yang berada dalam graf "medium income" *macam saya lah tuh* yang paling tersepit dalam hal ini. Apa tidaknya, nak pergi hospital kerajaan kena tunggu lama sangat dan tak boleh buat selalu. Kalau RM 20 sekali sessi, kita mampulah nak bayar kalau datang setiap hari, bolehlah juga tepikan RM 400 sebulan utk Theraphy anak syurga kita tapi kalau nak htr ke swasta dan ingin datang konsisten setiap hari, mau puasa selang sehari dan berbuka dengan Maggi Mee je satu family kita! Rehab Centre di Hospital Kerajaan pula dah tentulah tak boleh buat Theraphy setiap hari sebab ada ramai patient dan ada keluarga yang kurang mampu untuk ke swasta, mereka harus ke Hospital Kerajaan, kadang-kadang RM 20 sekali Sessi pun mungkin ada yang rasa berat *isu wang sangat sensitif untuk dibicarakan*. Tapi kalau datang sebulan sekali atau 2x maksimum dalam sebulan, berapa lama masa untuk kita lihat perubahan anak kita sedangkan masa kita semakin suntuk?  Itu belum masuk lagi kes-kes yang severe dan perlukan perhatian yang sangat khusus macam anak-anak Autism yang agak severe, anak-anak ADHD, Global Developmental Delay, ASD, Speech Delay dan macam-macam lagi labelnya. Sudah tentu masa yang perlu diperuntukkan untuk membantu anak ini lebih lama lagi. Hmmm..serba salah dibuatnya kan .. Baru fikir dah pening .. belum nak harung lagi tuh! Dan.. untuk tidak memeningkan kepala anda dalam hal kewangan anak syurga ini, UNDI lah saya di PRU 13 akan datang sebagai Menteri Wanita anda ... wkakaka *apa yang ko merepek nih Watie ... hehehhe*.  Nantilah, Insya Allah kalau saya FREE, saya kupas sikit pasal isu ini dan mungkin boleh juga di bawa ke tengah kan. Manalah tahu terbuka hati Kerajaan Malaysia nak bagi lebih banyak penyelesaian dan pilihan pada ibu bapa yang berada dalam kumpulan medium income ini. :)


Berbalik pada cerita Qarissa, selain dari ke Urban Eethos, saya juga mengambil kesempatan cuti sekolah 2 minggu pada akhir bulan Mei yang lalu dengan mendaftarkannya ke kelas renang di Pusat Akuatik Shah Alam di bawah kelolaan syarikat Ombak. My first intention hantar Q ke kelas renang adalah BUKAN untuk Q pandai berenang *pelik eh...htr anak kelas renang tapi bukan tujuan utama nak bg dia berenang..mengong mak Q nih.hheheh*, tapi lebih kepada melatih her LISTENING SKILL supaya Q boleh mendengar arahan orang lain dengan lebih baik, lebih fokus, berdikari, yakin diri dan seterusnya lebih berdisplin. Dan saya lihat kelas renang ini adalah salah satu cara terbaik buat masa ini kerana Q memang suka berenang! Tetapi, againnnn..dia suka ikut kepala sendiri, berenang kat mana dia nak, tidak mahu dengar arahan orang lain dan Q juga kurang terdedah kepada persekitaran yang memerlukan dia mendengar arahan orang lain dan mengikut arahan dalam kumpulan kecil. Jadi, saya tetapkan matlamat untuk Q polish her listening skill dahulu. Pandai berenang itu saya tak risau, kerana saya tahu, eventually Q akan pandai berenang juga nanti. Ia matlamat yang terakhir tetapi perjalanan menuju matlamat itu yang lebih penting buat saya. Dua hari pertama di kelas renang, Q boleh bangun dari duduknya ditepi kolam sambil menangis dan berlari ke kolam kecil. Hahhaa. Kelakar bila ingat balik. Kasihan sekali anak syurga itu mendapat ibu yang berasal dari Taliban. Kikiki.. saya angkat dia dan letak balik depan Coach dan pastikan dia ikut arahan! Dalam masa yang sama, di mana-mana sahaja kami pergi dan dalam apa jua keadaan, saya sering bercerita bagaimana seronoknya kelas renang tetapi dia harus mendengar arahan Coach. Alhamdulillah, hanya 2 hari sahaja yang Q perlukan untuk membiasakan dirinya walaupun terpaksa, dan sebagai reward, habis jer kelas, saya akan menunggu Q berjimba di dalam kolam kecil. Apa yang saya perhatikan, dalam kebanyakan situasi, Q adalah anak jenis "Observer". Q sangat suka memerhatikan apa org lain buat dan kemudian, apa yang dia lihat itu, dia akan tiru semula apabila dia berseorangan. Seperti cth berenang ini, setiap kali habis kelas, Q akan berlatih sendiri di kolam kecil apa yang telah diajarkan Coach nya. Senang hati saya melihat Q berlatih sendirian kerana saya tahu anak saya sangat enjoy dengan apa yang dilaluinya kini. *ketika artikel ini ditulis, Q sudah hampir 2 minggu memakai baju swimming Doranya setiap hari sampai tertidur, menunjukkan yang dia sangat rindukan kelas swimming tapi sebab puasa, Pusat Akuatik ditutup sebulan!. Kesian anak saya, mandi dalam bath tub jer tapi tak puas!* 

Berlatih sendiri selepas habis kelas 
 Semangat kan pakai cap sampai dalam keta! Hehe


Video yang sempat saya rakamkan ketika kelas Qarissa @ Pusat Akuatik.

Alhamdulillah, selepas dua minggu berlalu, saya meneruskan kelas renang Qarissa selepas melihat yang Qarissa menunjukkan peningkatan positif terhadap arahan-arahan yang diberikan Coach dan juga arahan-arahan yang saya berikan dirumah. Dan kini, selepas hampir 2 bulan menyertai kelas renang, Q sudah boleh berenang ke tepi dinding, menyelam ke lantai dan mengambil barang yang diminta guru serta berenang dengan jarak dekat. Jangan tak tahu, satu ketika dulu, nak cuci rambut Q pun susah tau! Sekarang dah agak senang. Dulu nak suruh dia menyelam masuk dalam air? Jangan harap, dia akan berenang ala-ala Diva jer ..takmo  basah rambut nanti ramos hilang kekdahnya! Tapi sekarang? Itulah yang paling dia suka lakukan! Dulu nak suruh pakai Goggle dan Swimming Cap sikit punya seksa, tapi sekarang tak swimming pun nak pakai Goggle ngan swimming kat rumah, nak hilangkan gian bercuti lama sangat kot! Hehhe.. Syukur alhamdulillah, saya sangat gembira dan yakin telah membuat keputusan yang tepat untuk memastikan Qarissa mendapat yang terbaik.

Enjoying her "me" time after class
Dengan rakan baiknya yang join skali - Khayra yang juga anak genius saya di GBOB, Mommynya my best friend saya,  pemilik butik Adrinis.
Yaya tumpang sekaki, peneman saya yang setia. Next year dia pulak join!

Dan, sekali lagi saya membuat satu keputusan yang besar dalam hidup saya dan suami, yang melibatkan bukan hanya wang tetapi juga minyak, masa dan tenaga yang lebih. Setelah berbincang dengan hubby tentang pro & kontranya, kami berdua mengambil keputusan untuk memasukkan Qarissa ke EIP- Early Intervention Programme di WQ Park secara Intensif selama 5 hari setiap minggu. Saya tidak jadi untuk mengambil Program Intensif di Urban Eethos kerana kekangan masa dan jadual yang tidak begitu flexible, tetapi masih datang seminggu sekali atau 2 kali sahaja, lagipun kami telah membuat keputusan untuk fokus di satu tempat yang semuanya ada untuk Qarissa- Doktor, OT, ST dan Teacher2 yang berpengalaman dan bertauliah untuk melatih Q menjadi lebih becok dan meningkatkan skill motor halusnya. Saya membandingkan harga yang perlu saya bayar di Urban Eethos + Kindy @ Nuh's Ark, jumlah nya lebih kurang RM 1900 sebulan. Sejam di Urban Eethos dan 4 jam di Nuh's Ark. Jika di WQ Park, Q akan menghabiskan masa selama 3 jam setiap hari di samping Doktor, Therapist dan Guru-Guru yang pakar dalam bidang masing-masing dan bayaran bulannya RM 2170, lebih RM 270 tetapi saya rasa ia berbaloi. Dan saya juga tidaklah terkejar-kejar ke 2 tempat dalam satu hari yang sudah pasti memenatkan. Walaupun sedih kerana Q banyak juga belajar di Kindynya, saya berbincang dengan Prinsipal Qarissa untuk cutikan Q dari Nuh's Ark selama 6 bulan hingga 1 tahun supaya saya dapat fokus di EIP @ WQ Park ini dan Q mula bersekolah pada 15 June 2012 yang lalu. Saya tidak nafikan, bil bulanannya sahaja sudah mampu membuatkan sesiapa yang mendengar senak perut, apatah lagi yang membayarnya, lebih-lebih lagi kita ini adalah golongan "medium income", tetapi demi melihat Qarissa menjadi lebih baik dengan lebih cepat, saya buat keputusan ini. Penat tak payah ceritalah kan..setiap hari travel dari Klang - Setia Alam- Kelana Jaya-  Setia Alam - Shah Alam - Klang membuatkan saya lelah kadang-kadang! Salah satu sebab kecil yang menyebabkan blog ni bersawang adalah kesibukan saya menjadi Driver pada anak-anak lah- membawa ke sekolah, ke terapi dan ke swimming class. Jadual memang sangat padat on weekdays and weekends tapi saya sangat happy. Ia masa berkualiti antara saya dengan anak-anak dan melihat perkembangan Q dan Zayra setiap hari adalah satu moment yang indah! Saya seharusnya bersyukur kerana dapat melihatnya berlaku di depan mata. Ada ramai ibu bapa yang tidak dapat melihat banyak "perkara pertama" yang berlaku dalam hidup anak masing-masing lantaran kesibukan dan tuntutan kerja, jadi saya seharusnya lebih bersyukur. :)
Qarissa dengan Teacher Wani kesayangannya. Bergambar selepas balik dr Kidzania!
Happy betul dapat Butterfly kat muka okeh! Dapat naik bas besarrrrrr! Impian Q tercapai setelah beberapa hari asyik cakap, "Kakak nak naik BIG BUS!". Sekali dorang gi Kidzania naik Bas Persiaran! Kelas ko Maria! 

Perkembangan Qarissa selama sebulan setengah di WQ Park juga sangat baik. Bolehlah saya katakan, pendidikan, terapi, kemudahan, tenaga pengajar dan semua yang disediakan disana setaraf dengan harganya. Private katakan, dan yang join tuh plak, kebanyakan anak orang berada dan expat pun boleh tahan ramai. Saya ni rajin berborak, jadi bila menunggu Qarissa habis kelas, sempatlah saya borak2 degan parents yang ada. Setakat ni, saya dah jumpa 2 parents yang htr anak di sini, yang berasal dari Maldives! Ibunya sanggup berhenti kerja dan datang ke Msia untuk htr anak ke sini, dan bapanya sekarang ambil cuti kerja untuk bantu isteri dan tengok perkembangan anaknya juga. Jangan tanya saya mana dorang korek duit bayar bil, sebab sampai skang saya masih tertanya-tanya juga. Bapa anak comel itu kata, dari segi pertukaran wang Msia dan Maldives, kos menghantar anak mereka ke WQ Park ini agak mahal juga, tapi saya taklah kepoh sampai tanya mana dorang dapat duit nak bayar bil tiap2 bulan. Hahahaha..

Sambutan hari lahir yang ke 4 di sambut dengan rakan-rakan. Q masih malu-malu sebab baru sangat join masa nih, dah sambut Birthday! Tapi semua cikgu-cikgu Q sangat sporting okay..Siap prepare hiasan-hiasan comey lagi dalam kelas. So sweet! Q tak pakai baju skolah sebab lepas balik terus gi holiday. Kekeke.. kes Mommy malas!

Dan, saya seronok sebab dari mula saya masuk, mereka melayan saya dan Qarissa dengan sangat baik sekali, they really take care and concern about Q's development, nak-nak dapat mak Q yang kepoh asyik tanya apa perkembangan anaknya setiap hari, jadi mereka memang kenal saya. Yang lebih menarik, mereka tidak tahu saya siapa, maksud saya, mereka tidak tahu saya ada ECE Centre sendiri dan tahu serba sedikit tentang ECE ini sehinggalah baru-baru ini saya terkantoi sebab Speech Therapist Q nampak saya melepak di dalam bangunan *selalu saya lepak kat Kafe sambil makan dan buat kerja, tapi skang kan puasa, jadi Kafe tutup, saya lepak kat dalam* dan bertanya saya tak kerja ker? Bila saya kata, saya kerja weekend jer ..dia pun tanya lagi, kerja apa dan sebagainya, saya pun bgtau lah saya kerja apa dan barulah mereka tahu saya pemilik Genius Baby On Board. Kecik betul dunia nih, rakan pada Speech Therapist Q tuh memang kenal dan tahu mengenai GBOB. :) Dan lepas tuh, we all selalulah borak2 pasal ECE. Hehehe...saya harap dan yakin they will help me to help Q walaupun selepas mereka tahu saya owner GBOB. Saya mahu mereka membantu Q sama macam student-student yang lain kerana saya percaya, mereka lebih pakar dari saya dalam hal-hal yang melibatkan fine motor skills, speech dan behaviour ini dan saya perlu banyak belajar cara membantu Q dirumah dan Alhamdulillah, setakat ini saya puas hati dengan apa yang telah mereka lakukan tehadap Qarissa. Ada banyak lagi yang boleh diperbaiki untuk meningkatkan skill motor halus dan perkembangan bahasa Qarissa dan mereka sedang mencapai objektif itu. Sudah pasti saya akan sama-sama menggembleng tenaga dengan Guru & Therapist Qarissa untuk memastikan semua objektif dapat dicapai secepat yang boleh. Yang bagusnya saya rasa, dalam hal ini, saya lebih memahami anak saya, memahami apa yang cuba dikongsi dan disampaikan Guru & Therapist Qarissa setiap kali mereka bermain dalam kelas dan sessi terapi with her. They will share with me dan berkongsi idea bagaimana saya boleh melakukannya dirumah dan saya dengan mudah dapat absorb apa yang mereka cuba sampaikan. Senang citer, perumpamaannya - macam ayam cakap ngan ayam lah .. Baru ngam ..kalau ayam cakap ngan kucing agak susahlah sikit dah digest ..hhehe...

Q with friends. Ni suma dah jadi best friend dia lah nih, Asyik lah duk sebut nama kawan hari-hari sampai saya pun dah naik hafal - Han Jae, Prisha & Amir. 

Saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat memberikan idea dan membantu anda bagaimana untuk mencari jalan keluar dan membantu anak anda selagi boleh. Ingatlah, lebih cepat anda bertindak, lebih cepat anda dapat lihat hasilnya. Orang melihat saya dengan agak pelik dan ada juga ibu bapa di WQ Park bertanya mengapa saya menghantar Q ke EIP sedangkan dia kelihatannya tidak bermasalah langsung. Saya hanya senyum sambil menerangkan serba sedikit mengapa saya hantar anak kesayangan saya ke sana. Seperti yang saya katakan dalam entry sebelum ini, hanya kita, sebagai ibu dan bapa tahu kekurangan dan kelebihan anak kita. Asah lagi kelebihannya dan bantu dia mengatasi kekurangannya, itu yang lebih penting dari sibuk memikirkan mengapa ini terjadi, mengapa kita, mengapa bukan org lain, serta menyalahkan takdir. Kalau saya tidak berfikiran positif, sudah tentu saya rasa frust kerana kalau nak ikutkan usaha saya selama ini, Q sudah dilatih dari bayi sejak usianya 3 bulan lagi sudah saya bawa ke Gymboree untuk membina skill social dan interaksinya, tetapi sehingga umurnya 4 tahun, nampaknya apa yang saya lakukan masih belum mencukupi. Tetapi, saya tidak memandangnya dari sudut negatif, saya memandangnya dari sudut positif, saya rasa inilah satu peluang yang saya dapat, yang Allah SWT berikan secara LIVE *dari studio1* pada saya agar saya belajar, berfikir, menggali ilmu, mengaplikasikan ilmu seterusnya berkongsi dengan orang diluar sana. Jika saya tidak mengalaminya sendiri, bagaimana mungkin saya jadi GURU yang terbaik untuk anak syurga saya di GBOB? Selepas saya melalui pengalaman ini, bayangkan berapa ribu orang yang membaca artikel ini dan mungkin mendapat semangat dan inspirasi kembali untuk melakukan yang terbaik untuk anak masing-masing tanpa rasa lemah dan kecewa? Yer, kondisi yang dialami Qarissa mungkin sangat remeh, beribu orang yang anaknya lebih hebat dari Qarissa tetapi sikap dan cara saya mencari penyelesaian untuk memperbaiki keadaan itulah yang mungkin dapat memberikan inspirasi pada mereka yang membaca, Insya Allah. Semoga Allah SWT semua merahmati kita dan memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat dalam membesarkan amanahNYA. :) Amin..

post signature
post signature

4 comments:

Umie Amirain said...

thanks for sharing this story...
info yang sangat membina untuk saya kerana saya sedang consider nak hantar anak ke speech therapy sebab genap umur dia 2 tahun hari ini tapi masih belum boleh bertutur dengan jelas melainkan bahasa beliau sahaja walaupun ibu saya memberitahu saya dulu pon lambat bertutur...

Xira / Ady said...

terharu saya membaca entry ni.
anak saya adre baru diagnosed ASD & mmg dR HUKM kasik no Dr Norizan utk continue session
great entry...

aidil62nd said...

terima kasih bkongsi cerita.cerita yg Sgt bguna utk sy.anak sy umur 3thn tp xblh btutur lg.

izzatul.azma said...

Thank u Puan.. Teringin rasa nak contact dengan Puan untuk mohon pandangan tentang anak saya...

Thanks again for this entry

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading