Salam Nuzul Quran buat semua! Semoga hari ini adalah lebih baik dari hari semalam, Insya Allah.. Macam mana puasa kawan-kawan? Watie harap semuanya baik-baik sahaja, dan anda dapat melalui dan menikmati Ramadhan tahun ini dengan penuh keinsafan dan rendah hati. Sapa tahu ini Ramadhan terakhir buat kita, dan tamaklah dengan pahala sempena masa masih ada. :)
Watie minta maaf kerana lama juga Watie tak menulis di ruangan maya ini. Sudah lama tidak menyentuh hati anda dengan penulisan-penulisan Watie yang mungkin sedikit sebanyak memberikan inspirasi buat anda dalam membesarkan anak-anak syurga anda di rumah. Harus Watie akui, Watie sangat-sangat sibuk dengan urusan anak-anak syurga Watie iaitu Qarissa & Quzayra sepanjang hari bekerja (weekdays) dan pada hujung minggu pula, jadual Watie sangat padat dengan kelas-kelas Playgroup @ Genius Baby On Board untuk anak-anak syurga saya yang jumlahnya hampir 60 orang itu. Kadang-kadang rasa tak tertanggung dan sering tak cukup masa, menyebabkan penulisan di blog agak terganggu, apatah lagi setelah semua gambar di blog GBOB hilang dalam entry yang saya kongsikan di sini. Ia membuatkan saya agak sedih seolah2 tidak mahu lagi menulis hingga saya dapat mencari semula gambar2 itu. Tapi, saya tahu jika saya berbuat begitu, entah bila agaknya blog ini akan "berseri" kembali. Jadi, saya pujuk hati sendiri dan motivate diri sendiri untuk kembali mencantikkan blog ini dengan wajah baru, penulisan dan nukilan yang baru agar saya dapat berkongsi dengan anda semua mengenai perjalanan hidup saya membesarkan kedua-dua anak, dalam masa yang sama menjadi tenaga pengajar di @ Genius Baby On Board dan berurusan dengan ratusan anak-anak genius yang setiap satunya mempunyai identiti sendiri. Terima kasih sekali lagi kepada Jiji, my designer yang membantu saya merealisasikan impian untuk melihat blog ini kembali "bernyawa dengan ceria". saya yakin ada hikmah di sebalik semua ini.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang kisah anak-anak saya yang tertangguh sejak bulan Mei yang lalu. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan dengan anda semua dan sebelum saya lupa apa yang telah saya lalui dan lakukan, lebih baik saya coretkan di blog ini, semoga ia dapat membantu anda yang mana perlu, Insya Allah. Sesungguhnya, ia adalah perjalanan yang sungguh mengujakan walaupun memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Demi Allah saya sungguh menghargai perjalanan hidup ini dalam membesarkan anak-anak syurga saya, kerana dengan adanya pengalaman yang sedikit ini, saya dapat kongsi dengan anda semua dan semoga ianya dapat memberikan semangat pd anda juga. :)
Anak2 syurga saya .. ada 2 jer ..yang lagi 2 +1 (kat beg) tuh kembar tak jadi! Kikikiki...
Jika anda masih ingat, saya ada bercerita tentang Qarissa di entry ini, ini dan ini, dan hari ini, saya nak berkongsi dengan anda semua apa yang telah saya lakukan demi untuk membantu Qarissa menjadi lebih baik dalam menjalani kehidupan sehariannya. Katakan saya degil @ cuba memperkecilkan kebolehan anak itu yg sememangnya bijak, saya tidak kisah dan tidak kecil hati, kerana saya tahu saya degil semata-mata untuk memastikan saya memberikan yang terbaik pada amanah Allah SWT ini. Saya tidak punya banyak masa, saya ada maksimum 6 tahun saja dan 3 tahun setengah telah berlalu, saya akan pastikan saya buat apa sehabis baik dan seiring dengan apa yang saya lakukan itu, saya bertawakal dan berdoa agar Allah memudahkan segala urusan saya demi untuk anak syurga ini. Amin.
Saya sudah lama tidak ke OT di Hospital PPUM. Saya tidak ingat bila kali terakhir saya pergi, cuma apa yang saya ingat, kali terakhir saya pergi, Therapist Qarissa suka sekali melihat perkembangan Qarissa yang menunjukkan peningkatan ketara, hingga apa yang Q lakukan di tiru oleh seorang anak Cina yang disahkan Autism. Ketika itu, Therapist itu ingin cuba buat aktiviti berkumpulan. Anak comel itu memang tidak reti duduk diam hingga harus di balut seluruh tubuhnya. Yang ajaibnya, apabila Q duduk dan bermain puzzle, anak itu cuba untuk mengikuti apa yang Q lakukan. Dalam tempoh satu jam itu, walaupun banyak masa yang terpaksa difokus kepada anak comel itu, dan perhatian Therapist pada Q agak sedikit terjejas, saya tidak terasa malah bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat anak istimewa itu, dalam masa yang sama gembira yang Qarissa dapat membantu anak comel itu dengan meniru perbuatan yang Q lakukan hingga Therapist itu juga agak teruja dengan perkembangan anak comel itu pada hari tersebut. Dan selepas hari itu, agak sukar untuk saya dapatkan temujanji bagi membawa Qarissa ke PPUM. Therapistnya selalu sahaja meeting dan panggilan saya tidak pernah dibalas. Saya faham mungkin beliau sibuk dan terlalu banyak patient yang perlu didahulukan berbanding anak saya. Tetapi itu bukan pengakhirannya. Saya mesti mencari jawapan pada persoalan yang saya rasakan sebagai seorang ibu. Walaupun Paed di PPUM kata Qarissa tiada apa2 yang perlu saya risaukan, jauh di dalam hati saya, saya tahu Qarissa perlukan bantuan dalam sesetengah perkara terutama Speech & Fine Motor Skillnya. Saya ingin mencari Pakar Kanak-Kanak yang terbaik yang dapat mengesahkan apa yang saya rasakan itu. Saya tahu ianya seolah-olah saya sengaja ingin mencari kekurangan anak saya, tapi saya keraskan hati dan kata pada diri sendiri, "Selagi aku tak dapat pengesahan dari Pakar Pembangunan Kanak-Kanak yang diiktiraf tentang Qarissa dan apa yang boleh aku bantu sebagai Ibu, aku takkan puas hati!"
PPUM @ KL
Dan selepas itu, saya terus membuat temujanji *untuk kali kedua* dengan Pakar Kanak-Kanak di Sunway Medical Centre -Dr Rajini. Dr Rajini juga mempunyai klinik kanak-kanak swasta sendiri iaitu Baby & Beyond di Bangsar Village II. Bayangkan, untuk saya membuat temujanji pertama sahaja, saya terpaksa memasukkan nama Qarissa di dalam "waiting list" pada tahun 2011 yang lalu! Bila nak dapat temujanji itu, hanya Allah yang tahu! *sebab itu saya terus ke PPUM dulu kerana tidak sanggup menunggu lama untuk dptkan appnt di Sunway Medical Centre. Silap saya kerana tidak letak sahaja nama di waiting list itu walaupun dalam masa yang sama saya ke PPUM, kalau tidak, mungkin appntnya lebih awal saya dapat*. Katakan saya tamak, saya tak marah, kerana saya tidak mahu kesilapan lama berulang, saya letak nama Qarissa di dua tempat - Sunway Medical & Baby & Beyond Clinic! Yang mana dapat appnt dulu, saya grab lah! :) Dan, selepas menunggu hampir 9 bulan, saya dapat temujanji itu pada bulan Mei 2012 yang lalu di Sunway Medical. Cepat-cepat saya beritahu suami, walau apa pun terjadi, beliau mesti cuti pada hari tersebut untuk ikut saya bawa Qarissa ke Sunway Medical! Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya rasa sangat puas hati kerana Dr Rajini menghabiskan masa hampir 3 jam untuk melihat dan mendiagnos Qarissa. Apa yang lebih menggembirakan, apa yang saya rasakan selama ini dilubuk hati saya telah di sahkan oleh Dr Rajini. Dr Rajini mengatakan yang dalam sesetengah perkara tertentu, Qarissa melakukannya dengan sgt baik, above the par untuk dibandingkan dengan rakan sebaya, tetapi dalam sesetengah perkara tertentu, Qarissa agak sedikit lewat berbanding rakan sebaya dan seperti yang dijangka- It's her SPEECH. Ketika itu, umur Q dalam 3 tahun 11 bulan tetapi speech Qarissa macam anak-anak berusia 3 tahun. Apa yang menarik menurut Dr Rajini, Qarissa tahu banyak vocabulary yang power-power, tetapi dia tidak pandai mengolah dan menggunakan apa yang dia tahu untuk membuat ayat spontannya sendiri, jadi ia agak merugikan di situ. Menurut Dr Rajini lagi, tidak hairanlah jika Doktor lain kata Qarissa tiada masalah, kerana Q boleh bgtau dengan jelas apa yang dia nak pada orang lain, ditambah pula dengan kebolehannya yang pandai membaca di awal usia, jadi mungkin kerana itu Q ini telah di "hakimi" sebelum Diagnosis yang betul-betul khusus dilakukan. Sepatutnya pada usia ini, sebagai contoh: Anak sudah boleh memberitahu kita, atau menceritakan apa yang berlaku disekolah bila kita tanya @ bila kita tak tanya pun, dia sendiri yang akan bercerita pada kita. tetapi itu tidak berlaku pada Qarissa. Dia mungkin tahu apa yang berlaku, tetapi dia tidak pandai menyusun ayat secara spontan untuk memberitahu apa yang berlaku disekelilingnya. Kebanyakan apa yang Q cakapkan adalah apa yang telah dia gunakan selama ini secara berulang dan bukannya perkataan baru yang spontan.
Semasa diagnosis dilakukan juga, Qarissa ada juga buat perangai, dia seboleh2 nak main Pool Ball di salah satu bilik di Sunway itu. Bila kita alihkan perhatian dia pada mainan lain, dia akan lupa sekejap dan main mengikut arahan, kemudian, habis je main, dia akan sebut balik yang dia ingin ke bilik Pool Ball. Saya tanyakan pd Doktor, adakah ini normal? Sebab selalunya, apabila kita alihkan perhatian anak pada perkara lain, dia akan lupa apa yang dia nak pada mulanya, tapi dalam kes Qarissa, dia masih ingat malah kerap memintanya! Dr Rajini kata, ia boleh jadi normal dan tidak. Tak berapa normal lah kalau begitu.:) Selalunya, memang anak2 akan lupa, tapi kadang-kadang, mereka boleh ingat dan konsisten pula tuh! Saya memandangnya dari sudut positif. Takperlah. Saya menganggap yang ini menunjukkan yang Qarissa sgt persistence dan tahu apa yang dia mahukan. Dan dia boleh bertolak ansur dengan saya dan Doktor, melakukan apa yang di arahkan tetapi masih ingat yang saya sudah berjanji mahu membawa dia ke Pool Ball selepas semuanya selesai. Saya harus menghormati permintaan anak saya selepas dia memenuhi permintaan saya. Saya harap, dalam pelajaran juga begitu, dia akan tetap ingat segala ilmu dunia akhirat yang telah dipelajarinya dari bayi sehingga dewasa kelak. :) Amin...
Sunway Medical Centre
Satu lagi pertanyaan yang membuatkan saya agak terkejut dari Dr Rajini ialah- "Anak you ni PERFECTIONIST ker?" Saya menjawab, " Huh?? Well, I don't want to answer that question. I want you to see for yourself and tell me, what do you think of her, and what makes you say that ?" dan kemudian Dr Rajini berkata, apa yang beliau lihat melalui pemerhatian itu, Qarissa ini apabila dia buat sesuatu yang dia tahu, dia akan buat sepenuh hati sampai habis, dan bila ada perkara yang agak sukar yang dia tidak boleh buat, dia akan terus meninggalkan kerjanya tanpa mahu berusaha, mencuba atau meneroka dengan lebih lagi. Dan, di saat itu juga, saya tahu term PERFECTIONIST itu tidak baik untuk tumbesaran anak syurga saya. No! Qarissa TIDAK PERLU jadi PERFECT untuk puaskan hati saya! Dia TIDAK PERLU jadi PERFECT untuk impress orang lain! Dia hanya perlu jadi PERFECT untuk puaskan hati dia sendiri sahaja menerusi penerokaan, kaedah cuba jaya dan tidak putus asa ketika sessi BERMAIN itu. Saya mahu Qarissa gembira dan MENEROKA persekitarannya serta mencuba apa sahaja yang diberikan atau di minta dengan gembira dan tanpa ada rasa ianya satu COMPETITION untuk melihat siapa yang pandai atau bijak! Oh! Tugas saya bermula hari ini juga! Saya tahu ia bukan mudah, apabila anak mengelak untuk bermain permainan yang agak sukar, tapi kita tetap mengajak tanpa memaksa, memberikan semangat untuk mencuba, kerap mengatakan "it's ok kalau salah atau tak betul untuk percubaaan yang ke 100 kalinya!" dan macam-macam lagi!. Wowwww.. ia pengalaman baru bagi saya. "Mengajak" anak bermain permainan yang dia tidak suka itu sendiri sudah SUKAR, belum masuk lagi perkara-perkara lain yang bakal berlaku dalam sessi permainan itu. Hmm.. Pengalaman yang sudah pasti memberikan satu dimensi baru pada saya.
Dr Rajini- Dua dari kiri
Selepas hampir 3 jam saya bersama suami dan Dr Rajini "bermain" dengan Qarissa, Dr Rajini telah memberikan Diagnosisnya di mana keadaan yang berlaku pada Qarissa ialah SEMANTIC PRAGMATIC LANGUAGE DISORDER. Ia berkaitan dengan speech, itu yang utama dan menurut Dr Rajini, ada sedikit behaviour dan fine motor skill issue tetapi beliau yakin saya boleh menguruskan kedua-dua issue tersebut dan hanya mencadangkan saya ke Speech Theraphy. Beliau mencadangkan beberapa Theraphy Centre yang boleh saya kunjungi dan sertai untuk membantu Qarissa membangunkan bahasa dan percakapannya dengan lebih baik lagi. Saya pulang dengan dengan penuh rasa puas hati yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kerana saya telah berjaya mendapat pengesahan dari seorang Pakar dan ternyata apa yang beliau sahkan itu sama dengan apa yang saya rasakan sebagai Ibu yang juga seorang Pendidik yang mendidik anak-anak syurga yang genius-genius belaka di GBOB. Saya kini dapat melihat dengan jelas apa yang perlu saya lakukan bagi membantu Qarissa selepas ini dan saya akan pastikan saya beri yang terbaik dalam memastikan kekurangan Qarissa diperbaiki, Insya Allah.
Anda ingin tahu apa langkah saya seterusnya selepas saya berjumpa Dr Rajini? Insya Allah saya akan kongsikan di entry akan datang. Melalui perkongsian ini, saya harap saya dapat memberikan input kepada ibu bapa di luar saya yang peranan kita sebagai ibu bapa sangat penting! Trust your heart, trust your feelings! Walaupun orang keliling kita, mungkin ibu bapa, keluarga, rakan-rakan, jiran atau Doktor sekalipun *yang bukan Pakar Pembangunan Kanak-Kanak * kata yang anak kita okay, tiada apa-apa, tak perlu risau lebih-lebih, saya harap, sebagai ibu dan bapa, janganlah terlalu percaya apa yang dikatakan @ senang sangat bersetuju dengan pendapat itu. Kita respect apa pandangan mereka itu, mungkin mereka tidak bersama anak kita 12 jam sehari untuk melihat perkembangannya, mungkin mereka mahu menyedapkan hati kita agar tidak risau atau mungkin mereka juga tidak arif dalam bidang pembangunan kanak-kanak ini. Carilah mereka yang pakar untuk mengesahkan apa yang kita rasa selama ini. Semasa perjumpaan dengan Doktor, cerita semuanya kondisi anak kita, apa yang menyebabkan kita rasa anak kita berbeza dengan rakan sebaya dan dalam masa yang sama, minta Pakar itu menilai sendiri anak kita dengan mata kepala mereka agar mereka dapat menilai dengan adil. Dalam kes Qarissa, saya tidak memberitahu yang Qarissa boleh membaca di awal usia sehinggalah Doktor Rajini hampir mengetahuinya sendiri, dan barulah saya bercerita apa yang saya lakukan di awal usia Qarissa. Saya mahu Doktor Rajini melihat Qarissa seperti kanak-kanak normal yang lain, yang datang untuk didiagnosis and she need helps! Saya tidak mahu bayang-bayang "kebolehan membaca" itu menutup pandangan terhadap kekurangan-kekurangannya yang perlu dibantu. Reading is a skill, ada banyak lagi skill yang perlu anak saya kuasai dan saya perlu bantu dia selagi saya masih ada masa!
Saya mengakui yang di KL/Selangor sekalipun, pakar Kanak-Kanak sukar di dapati dan jika anda, kita harus menunggu lama untuk mendapatkan temujanji. Apatah lagi di luar bandar. Tapi demi anak tersayang, berusahalah untuk bertemu dengan mereka yang Pakar supaya mereka dapat mengesahkan kondisi anak kita seterusnya memudahkan kita mencari penyelesaiannya dalam membantu anak mendapat yang terbaik dalam hidup mereka. Saya tau ini bukan mudah, haruslah saya akui melihat kekurangan @ kecacatan Zayra begitu mudah sekali, terus nampak di mata, tetapi melihat "kekurangan" anak yang lahirnya normal dan sihat memang sukar. Sebab tuh,kita kena pantau setiap anak yg kita ada, kerana mereka berbeza dan kita tak boleh pukul rata yang semua anak itu sama! Kita tak boleh rasa, oh...lahir normal dan sihat, semuanya ok, dan kemudian mengabaikan atau kurang peduli dengan perkembangan mental dan fizikal anak apabila mereka membesar. Sebenarnya, itulah yang lebih mencabar! Saya bersyukur melalui semua perkara ini, kerana saya belajar banyak sekali melalui pengalaman ini yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit! Insya Allah, saya akan berkongsi lagi pengalaman yang saya lalui ini dan bagaimana saya menanganinya dengan senyuman dan rasa syukur. :) Jumpa lagi di entry akan datang yer ..:) Selamat bercuti bagi yang bercuti hari ini! peluk cium anak syurga anda yang genius untuk saya!
Saya sertakan sekali informasi Maklumat tentang Child Specialist yang saya tahu,mungkin berguna utk anda, Insya Allah.
Sunway Medical Centre: Child Health Centre
Dr Rajini,
No.5, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-7491 9191
Fax: 603-7491 8181
Email: smc@sunway.com.my
Dr Rajini,3F-5, Level 3, Bangsar Village II
2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru
59100 Kuala Lumpur
Tel: 603-22829028 or 6-019-6059000
Child Development Centre HUKM
Jabatan Pediatrik
Tingkat 4 Blok Klinikal
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif
56000 Kuala Lumpur
Tel: 603-91455380 / 5385 / 7888
Faks: 603-91737827
Waktu Operasi: 8 am-5 pm
2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru
59100 Kuala Lumpur
Tel: 603-22829028 or 6-019-6059000
Child Development Centre HUKM
Jabatan Pediatrik
Tingkat 4 Blok Klinikal
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif
56000 Kuala Lumpur
Tel: 603-91455380 / 5385 / 7888
Faks: 603-91737827
Waktu Operasi: 8 am-5 pm
No comments:
Post a Comment