Showing posts with label Stimulation. Show all posts
Showing posts with label Stimulation. Show all posts

Thursday, January 9, 2014

Pengalaman Pertama ke Stimulatheraphy @ Alam Impian


Nampaknya, ramai betul kawan-kawan yang nak tahu pasal Stimulatheraphy lepas aku sharekan di FB aku semalam. Baiklah, untuk jawap semua pertanyaan korang, aku buat satu entry kat sini, kalau rasa sesuai di kongi, bolehlah korang kongsi okay ..:) 

Aku dah tahu pasal Stimulatheraphy rasanya dr last year. Sebab nampak kawan-kawan yang ada anak istimewa pergi berurut. Dengar citer dorang dan baca kat FB macam bagus jer kaedahnya .. tapi aku mmg tak tahu yg sebenarnya Stimulatheraphy ni UNTUK SEMUA, bukan hanya anak istimewa macam CP atau GDD etc. Cuma baru-baru ni aku ada nampak kat wall, ada kawan aku yg pergi sana, lupa plak siapa, ada few friends awak anak ke sana, tapi dlm entry tu dia bgtau yang dia nak urut untuk diri sendiri dan hubby. I was like…”Ohh…laaa...stimulatheraphy ni kalau tak istimewa orangnya (haaa..kasik sedar diri yg aku ni tak istimewa pun ! Hahhah) pun boleh gi ker? Cissss..kalau aku tau lama dah aku gi!” Sebab, aku mmg suka berurut. Kadang-kadang badan ni suka sakit-sakit dan lenguh2, maklumlah usia pun dah 3 series kekdahnya! 

 Dan, baru-baru ni jugak, bila nampak Jiey tulis nak bawak Rifa ke sana untuk urutan minda through stimulatheraphy, lagilah aku teruja. Boleh bawak anak-anak aku sekali jalan dengan aku gi massage sesama ngan aku. Then, semalam pagi, aku terus call Kak Ija nak buat appnt kononnya today lah (Khamis). Nak dijadikan cerita, kelas anak aku dibatalkan semalam, jadi aku dengan segeranya terus ajak hubby ke Alam Impian untuk jumpa Kak Ija. Ye, korang semua tahu aku mmg KONSISTEN & PERSISTENCE orangnya kan? Kalau aku NAK tu, aku NAK gak. So, ada je masa terluang semalam, aku takmo tunggu today. Semalam gak aku redah bawak anak-anak. 


Bila urut, baru aku tahu rupanya selama nih,issue Q dari kecik sampai 5 tahun ni ada kena mengena ngan saraf, paru-paru dan usus besar dia!! Serius menyesal tak datang last year okay! Huwaaaaa…rasa bersalah sangat! Masa Kak Ija urut Q, ni antara yang di beritahu aku: 

Masalah Poo Poo: Siapa ikuti cerita aku mesti tahu punyalah betapa Q sangat susah nak Poo Poo satu ketika dulu. Sampailah aku tukar ke Susu Afeef barulah dia boleh buang air besar sendiri dan terus dapat ajar potty training. Kalau tak mmg sumbat ubat air je sokmo setiap kali nak meneran. Rupa2nya, Q ada masalah dalam usus besar. Tersumbat sana sini, Toksin tak dapat keluar habis, terperap dalam usus dan kalau korang rajin baca makalah, journal dan info-info kesihatan, mesti tahu kalau usus problem, toksin tak keluar, macam-macam issue lain akan timbul termasuklah yang related brain function macam anak tak focus, eye contact kurang, dreamy dan macam-macam lagi lah yang senang cerita, symptom2 mild autism yang ada. Sebab tu, mana-mana anak Autis memang dorang akan jaga diet anak, dan ada yg buat Chelation Theraphy dan macam-macam Theraphy to get rid of all the toxin from the body. Gi google if nak tahu lebih lajut..:)

Tonsil: Paru-paru Q pun tak berapa bagus saraf-sarafnya di situ. Kalau tak di rawat, boleh membawa kepada Asthma. Aku tak bgtau pun pasal pernafasan Q (lupa sebenarnya) tapi bila Kak Ija tanya Q ada masalah pernafasan tak? Baru aku teringat yang Q mmg kalau tidur, sometimes berbunyi. Dulu lagi teruk, lepas bagi supplement berkoyan-koyan, dah takder lagi tapi kalau demam, tonsil naik, confirm bunyi lagi. Memang risau sangat sebab tu aku kena pastikan Q tak demam. Hasil health food dan supplement makanan sunnah yang KONSISTEN, Alhamdulillah, Q getting better tapi yerlah, kalau laluan tu tersumbat sana sini, masalah tu kan masih ada? Jadi skang, Kak Ija nak bukak semua saluran yg tersumbat tu. Semua ni related antara satu sama lain. Kalau korang belajar Sains mesti tahu, sistem tubuh kita kan related antara satu sama lain? 

Language Issue: Memang aku sgt bersyukur, hasil dari OT & ST yang KONSISTEN tanpa culas setiap minggu menampakkan impak yg sangat besar pada Q. In fact, Cikgu-cikgu pun impress sebab dalam tempoh setahun aku bg semua terapi serentak (walaupun Pakar kata tak yah gi OT, mak Q ni degil noks.. aku nak gi gak sebab nak all out utk anak), memang Q dah becok sekarang. Dah banyak tanya, banyak bercakap, berborak dengan adik dan sedara-mara pasal movie yg dia suka cam FROZEN tu, dia boleh sustain 2 way communications, boleh buat lawak dan faham lawak. Mula-mula macam anak Mat Salleh baru balik UK bunyi dia cakap BM tu ..(hahha..ni Dr Rajini cakap) tapi sekarang dah lebih spontan dan macam orang tempatan (pun Dr Rajini cakap baru-baru ni). Fokus dia pun dah ok, kalau main education games tu mmg dia boleh sustain, cuma sekarang kelas-kelas yang di hadiri makin sukar, yang perlukan dia betul-betul focus, cthnya macam Mental Arithmetic (only numbers, rapat-rapat, abacus pun rapat jugak), writing short story (copy from book around 30-35 words with few lines) dan copy from white board 2 -3 lines. So skills ni yang tengah aku dan Cikgu-cikgu Q tengah latih. Table task yang dia kena buat makin mencabar dan perlukan konsentrasi tinggi. Aku bersyukur lah jugak dapat jumpa Kak Ija semalam, baru aku tahu di bahagian muka, kepala hingga ke leher Q (belakang telinga) mmg ada issue especially bahagian leher, yang mana saraf-sarafnya bersambung dengan otak. Kak Ija kata, kat situ banyak tersumbat dan sebab tu oksigen tak sampai habis ke otak dan menyebabkan issue yang berlaku selama ini. Semua info ada kat otak tapi tak sampai ke mulut untuk deliver. Sometimes cepat letih, dan tak sabar nak habiskan kerja-kerja especially kerja yang memerlukan konsentrasi tinggi . Kat bahagian dahi pun ada saluran yang tersumbat, no wonder Q nak focus task yang perlukan high concentration, dia tak leh tahan lama, boleh tahan tapi kena selalu prompt to focus, kalau tak prompt, sekejap focus, sekejap melayang. Frontal Lobe tak cukup oksigen rupanya! Kesian anak aku! 

Ekzema: Q ada sikit jer eczema kat lengan yg dah bertahun tak baik. Dia kejap ada kejap takder dan memang kalau tgk dari luar, mmg takder apa lah. Kalau gatal, dia garuk, aku letak ubat bukan steroid, baiklah. Then, if gatal sikit, dia tergaru dan darah sikit je, letak ubat ..baik. So pada aku tu taklah issue besar sangat sebab tak mengganggu hidup dia pun. Rupa-rupanya tu symptom yang ada kaitan dengan paru-paru Q . Masalah yang sama. Tersumbat salurannya, jadi eczema adalah symptom luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar yang menunjukkan dalaman ada issue. Sepandai-pandai mak Q, bangak gak tak dapat detect. Takper aku bukan Doktor so alasan tak tahu boleh diterima lah gak yerk? Hehhehe.. Memang bila Kak Ija urut kedua-dua tangan Q, Q kata sakit. Kat bhg kepala, muka, belakang telinga dan leher lagilah Q mengaduh sakit. Siap suruh “SLOW DOWN” lagi.. hahahha… Good thing that Q can complain, so dia beritahu Mak Ija apa dia rasa, sakit kat mana, so memudahkan lagi kerja Kak Ija nak rawat dia. 

Ni contoh gambar Kak Ija tgh ururt Ian yg aku rembat dari blog Jiey tanpa bgtau dia. Maaf Jiey ..kikiki..minta halal. Korang kena khatam baca blog dia baru korang faham betapa Allah SWT itu Maha Kuasa dan betapa aku sgt menghargai kebolehan Ian walaupun hanya mengangkat satu jari! Baca kat sini: www.kernakasihkita.blogspot.com


Ok untuk Yaya plak: 

Belakang badan: Bila di urut macam renggang katanya, baru perasan tangan Yaya kan comey.. hehe..sebab tu lah dia renggang sikit kat belikat kot. Kurang digunakan berbanding tangan kiri kata kak Ija. Exercise tak banyak jadi ada issue sikit jer lah kat belakang tu. Bagusnya Yaya, dia diam jer sepanjang Kak Ija urut dia kecuali masa urutan minda. 

Concentration: Memandangkan Yaya tak banyak issue macam Q, Kak Ija terus buat urutan minda untuk bukak saluran-saluran dia bhg kepala Yaya. Masa ni memang Yaya mengaduh sikit. Tujuannya sama, untuk Yaya lebih focus dan boleh concentrate dalam apa jua task yang bakal diberikan di sekolah, Insya Allah.

Ekzema: Yaya pun ada sikit gak eczema kat tangan macam Q gak, so issuenya pun sama, sedikit tersumbat di paru-paru dan akan di pulihkan melalui Stimulatheraphy Insya Allah.

Ok, tu lah serba sedikit aku boleh share pengalaman aku semalam bawa anak ke Stimulatheraphy. Untuk aku? Heheh..Belum ada rezeki nak buat sebab semalam ada Mommy nama Ika bawak anak juga, Kawan FB juga katanya..:) Dia kenal aku, tq so much dear .. comel anak dia 3 orang pun 1st time nak berurut juga. Aku kata bglah anak-anak dulu. Tu lagi penting. Aku boleh dtg lain hari .. 

So today aku akan bawa lagi anak aku sekejap lagi. Aku akan pergi 3 hari berturut2 dan kemudian akan buat seminggu sekali seperti yang disarankan Kak Ija. Yeayyy.. penuh lagi schedule Q & Z.. hehehe.. 

Ada yg tanya harga kan? 

Untuk Kanak-kanak RM 30 satu rawatan selama lebih kurang 20 minit, untuk orang dewasa RM 60 sekali rawatan lebih kurang 1 jam. 

Alamat dan hp Kak Ija? Salin nih: 012-9137266 (Kak Ija @ Mak Ija). Alamat: No: 29, Jalan Tun Teja 35/25, Canting Alam Impian.

FB: https://www.facebook.com/pages/Pusat-Kesihatan-Stimulatherapy-Klang/147203522094860?hc_location=timeline 

Aku sangat mengesyorkan semua kawan-kawan buat Stimulatheraphy nih. Jangan kata takder sakit naaaa… gi cek dulu kot-kot lagi teruk dari anaknya! Hhahahaa. 

 Semoga perkongsian ini bermanfaat. Amin.

post signature
post signature

Tuesday, September 4, 2012

Tips Stimulasi: Menggalakkan Anak Membaca & Mengeja Sambil Bermain!

Salam Sejahtera semua! Masih dalam mood hari raya yer? Banyak betul jemputan open house dan kenduri kahwin kan? Watie ni sampai batuk-batuk dan sakit tekak sejak raya ke 2 sampai skang masih belum baik betul, sampai terpaksa cancel kelas Playgroup last weekend sebab takut jadi pembawa virus untuk anak-anak genius saya di GBOB. Insya Allah by this week Watie dapat pulih seperti sedia kala dan bolehlah mula menguruskan dan mengempiskan perut secepat mungkin. Hehhehe.. :) Dah rindu sgt dengan anak-anak syurga saya di GBOB!

Hari ni Watie nak kongsikan dengan anda semua beberapa cara yang boleh anda aplikasikan dengan anak anda di rumah: Bagaimana untuk menggalakkan anak anda membaca & mengeja sambil mereka bermain dengan gembira. Yang best tuh, mereka tak sedar yang sebenarnya anda sedang mengajar mereka! Yang anak-anak tau, mereka seronok sekali bermain dengan huruf-huruf yang ada, sambil mencantum-cantumkan huruf-huruf tersebut membentuk satu perkataan yang boleh difahami. 

Mungkin selama ini kita terlalu menekankan ejaan dengan cara menyuruh anak menulis di atas kertas apabila kita menyebutkan perkataannya. Apa kata kali ini, kita ubah suasana tersebut dengan cara yang lebih santai dan menyeronokkan, dan ia melibatkan hampir kesemua deria mereka iaitu melihat, merasa, menyentuh dan mendengar. Bukan itu saja, anak kita juga akan meningkatkan tahap fokus mereka apabila mereka mula mencari huruf-huruf yang diperlukan untuk membina satu perkataan yang boleh difahami maksudnya. 

Google Image

Prinsip PERTAMA yang WAJIB anda semua patuhi sebagai ibu bapa ketika melakukan tugasan ini : LAPANGKAN HATI, SET MINDA YANG ANDA SEDANG BERMAIN DAN DI LARANG MENGUJI ANAK! Ini adalah satu permainan dan BUKAN PERTANDINGAN, jadi apabila bermain, tiada  peraturan khusus, dan permainan adalah suatu perkara yang MENYERONOKKANSO MAKE IT FUN! Jika anak buat salah 100 kali sekalipun, tidak mengapa! Keep on encouraging them to take the right letter and combine it together. Jika anda perlu ulang beratus kali untuk satu-satu perkataan itu, do it! Jika anda perlu bantu anak untuk ejakan perkataan tersebut, ejakan pada mereka walaupun anda terpaksa mengulangnya lagi & lagi!. Setiap kali anda rasa penat atau frust sebab anak masih tak dapat mengeja dengan betul, SILA KEMBALI KE PRINSIP PERTAMA! And yes...ketika anda rasa FRUST, ketika itulah sebenarnya anda SEDANG MENGUJI ANAK anda! :P 

Play pretend time...Q kata - Tiger eat trees! Heheheh..

Nak Watie bagi contoh dalam bentuk ayat pula? Hehhehe.. *kena lecture mak-ayah betul-betul dulu sebelum bg tips sebab Watie tau ramaiiiii sesangaatttt parents yang baru main 5-6 minit, bila anak tak dapat buat apa yang disuruh, mak-ayah dah mengeluh, dah penat, dah rasa anak tak pandai, dah rasa frust dan bertambah frust bila anak plak tak menunjukkan kesungguhan, muka anak boring dan anak kata tak nak main pastu anak blah tinggalkan kawasan permainan...padahal muka kita yang kelat cam tertelan anak cicak dalam air Coke bila soalan pertama kita gagal di jawab oleh anak- Anak boleh tahu okay ..takleh tipu anak tau!*  Meh kita tgk contoh ayat!

Ayat 1: "Alah...CAT pun takleh eja lah kakak ni ..Apa lah kakak ni .. salah tuh! Bukan D lah...T! T! Amik T tuh!! Dah 5 tahun pun tak pandai-pandai lagi. Mommy dulu 5 tahun dah baca buku tau!"
*sibuk nak bangga diri ngan anak plak...bajet bagus punya Mak! Hahhahaah*  

Ayat 2: "Iskkk..dah 10 kali Mommy eja kan pun masih tak dapat-dapat lagi. Kan Mommy dah kata, CAR tuh ejaannya C-A-R! Amik huruf-huruf tuh!"
*baru 10 kali ajar dah nak melenting. Bajet bagus btol Mak nih! Wakakak*

Ayat 3: "Dah lah, asyik nak eja CAT jer dari tadi. Kakak kan dah pandai eja CAT. Kita eja lain lah pulakkkkk...cuba eja HIPPOPOTAMUS!!!" 
*takder keja lain asyik nak testtttttt jer kerja dia...yang susah-susah pulak tuh disuruhnya anak masa mula-mula main..ni satu lagi kes - macam bagussss! hahhaah*

Ayat 4: " Isk adik nih, huruf B dengan P pun tak tahu bezakan..kan Mommy dah bgtau banyak kali!!Ni P! Ni B! Tengok betul-betul!!!"
* padahal Mak dia sebut B ngan P pun tak jelas..tak guna kaedah Phonics, anak tak berapa dengar pastu salahkan anak plak - macam bagussss! :P*

Zayra pun suka sangat..:)

Rasanya 4 contoh ayat di atas dah cukup untuk menunjukkan betapa TERUKNYA anda ni ketika bermain dengan anak. Asyik nak kondemmmm jer kerjanya. Hihihi... Tapi, bila kita betul-betul setkan minda kita yang ini adalah PERMAINAN, kita takkan kisah pun kalau nak berulang kali terangkan, tunjukkan, sebutkan dan ejakan untuk anak kita. Kita akan rasa lebih relax, lebih tenang dan cool malah lebih happy ketika sessi permainan tersebut. Dan percayalah, bila kita relax, bila kita tenang, kita TAK PEDULI LANGSUNG apa outputnya, maksudnya kita tak kisah pun samada  di akhir permainan itu, anak kita dapat membaca dan mengeja atau tidak, sebab apa yang lebih penting pada kita adalah the "valuable & precious bonding time together" dengan anak syurga kita. Kita happy, anak happy. Sama seperti bila kita ajak anak main di padang. Anak lari sana, lari sini, lompat sana sini, panjat sana sini, gelak suka hati dan semua orang happy, betul tak? Takder pun kita sibuk nak uji anak kita tu masa kat padang. Buatlah apa pun, break the rules, janji seronok! Balik rumah, hati rasa puas sebab dapat gembirakan anak. Samalah macam tips game yang akan Watie kongsikan selepas ini. Nak bg anak happy tapi dalam masa yang sama, mengajar mereka sesuatu yang lebih bermakna. 

KOALA!

Sebab tuh Watie suruh kita UBAH MINDA KITA DAHULU, sebab kitalah sebenarnya PUNCA anak tak nak buat apa-apa aktiviti yang berunsurkan PELAJARAN, kerana kita memandang "pelajaran" itu sebagai sesuatu yang serius, yang harus dibuat dengan betul, tidak boleh salah langsung, harus diuji untuk melihat anak bijak atau tidak, harus duduk mengadap buku, tak boleh lari sana-sini  masa Mommy @ Daddy mengajar dan macam-macam lagi lah! Banyak betul rules & regulationnya sampai anak rasa PELAJARAN ITU MEMBOSANKAN! Bila anak tak menunjukkan minat, mulakan mak-ayah komplen anak macam tu lah, anak macam ni lah, sudahnya anak tu di label - DEGIL! Tapi pernah tak kita terfikir mengapa situasi ni berlaku? Fikirlah sejenak, buangkan rasa ego anda dan fikir semula apa yang anda telah lakukan selama ini. Ia satu hakikat yang menyakitkan dan sukar diterima, tapi itulah yang sebenarnya. Biarlah anda kecik hati ngan statement nih, sebab mungkin takder orang kat luar sana nak sedarkan anda dan kalau anda BENCI saya sebab statement di atas, maknanya saya berjaya mengetuk minda anda untuk berfikir sejenak adakah benar apa yang saya katakan ini. Sama-samalah kita muhasabah diri dan ketika saya menaip entry ini, saya juga mengingatkan diri sendiri..:) Inilah juga yang akan saya tekankan di Seminar ECE saya - YANG PERLU DIUBAH MINDANYA ADALAH KITA, BUKAN ANAK!!

PANDA!
Ok,cukup rasanya bebelan untuk mak dan ayah dan rasanya anda dah bersedia untuk bergembira!! Its a HAPPY MOMENT TIME!!! Mula-mula, anda bgtau anak dengan wajah dan raut muka teruja, excited dan tak sabar! Bgtau anak yang anda ada satu permainan yang sangat best yang anda nak main dengan dia. Ajak anak main sama. Then, anda keluarkan jigsaw puzzle A-Z yang anda ada, jika tiada, anda boleh buat sendiri macam flash card tuh, tapi kalau dapat wood jigsaw puzzle tu, ia akan lebih menarik sebab mereka boleh pegang dan rasa huruf2 tuh. Lagipun, ianya bewarna-warni dan of course lebih menarik. Macam contoh gambar di bawah, Watie gunakan Double Layer Jigsaw Capital & Small Letter A-Z. Ada huruf besar dan huruf kecil dalam satu jigsaw. Jika anda tiada this jigsaw, boleh pakai jigsaw A-Z dan a-z yang berasingan, yang anda ada. Watie galakkan agar gunakan jigsaw yg ada both Capital & Small letter, selain dapat memudahkan anda untuk buat perkataan yang menggunakan lebih dr satu huruf yang sama *seperti contoh Ball*, ia juga dapat membantu anak mengenal huruf besar dan kecil secara tak langsung dalam waktu yang sama. Kalau boleh, anda terus teraburkan jer huruf-huruf tuh di lantai, biar bersepah, jadi anda dan anak boleh buat aktviti mencari huruf tersembunyi bersama-sama. Menajamkan mata anak, fokus anak dan seterusnya minda anak! :)

 
Double Layer Jigsaw Puzzle A-Z
Suruh Q eja Sock, pastu dia kata, "Macam Han Jae dgn Irfan!!" Heheheh.. Q terpengaruh nak pakai socks to school sebab tgk this 2 boys pakai dalam kelas.. :)

Bila dah bersepah, ajak anak sama-sama mengeja satu perkataan mudah. Contohnya CAT. Bila nak ajak mengeja dan mencari huruf tuh, mestilah dengan intonasi suara yang teruja dan happy, bukannya garang atau seperti memberi arahan dr bos pada kuli pulak yer! Memang lah anak langsung tak der semangat nak cari, lagi disepah dan dibalingnya huruf tuh adalah ..ehehhehe..:) Kita bgtau anak, cthnya: "Ok sayang, jom kita spell CAT sama-sama jom?? How to spell CAT??  C-A-T..... CAT!! Ok, Kakak cari huruf C dulu yer... cepat sayang, cepat..kita tgk sapa jumpa C dulu ..ok ready??? 1, 2 go!! *sambil kita pun sama-sama cari tapi biarlah anak yang mengambilnya, kalau kita jumpa dulu, pura-pura tolak huruf tu depan anak bg dia nampak huruf C tuh, dan bila dia jumpa, jerit kuat2 yang kita happy dan dia pandai sebab jumpa dulu huruf C tuh*  Asingkan huruf C di satu tempat yang anak boleh nampak jelas dan ulang perkara yang sama untuk huruf A dan T. Sedikit lagi tips untuk anda, semasa menyebut C-A & T, gunakan kaedah phonics jadi anak akan lebih jelas dengan sebutan anda di samping membantu anak untuk persediaannya ke Tadika nanti, atau jika anak anda dah ke Tadika, ini dapat membantunya mengingat kembali apa yang telah di ajar oleh guru di sekolah. Selain itu, untuk lebih menarik, rekakan satu lagu intonasi sendiri disamping anda mengeja. Apa sahaja lagu mengikut kreativiti anda. Sambil anda dan anak cari huruf, sambil anda nyanyikan lagu, cthnya: "C-A-T, CAT!  C-A-T, CAT!  I can spell CAT! You can spell CAT!! Kehh, Aeeh, Tehhh,  CAT, Kehh, Aeeh, Tehhh,  CAT, I love CAT, You Love CAT!! ". Ulang & ulang lagu tu sampailah semua huruf dijumpai dan jgn lupa hi-5 dengan anak anda sambil berikan puji-pujian. Terus susun huruf tersebut di satu tempat dan bila semua huruf dah dijumpai, bolehlah digabungkan dan encourage anak untuk baca perkataan tersebut. 

Siap bawak Butterfly Jigsaw takut tak cukup jigsaw Double Layer tuh..hover tau!

Macam mana nak suruh anak baca kalau anak belum pandai baca? Ok, ni kena berlakon sikit. Kalau kita tahu anak kita memang belum pandai baca, kita ASSUME yang dia tahu baca. Bila kita ASSUME dia tahu baca, our intonation of voice akan berubah betul tak? Taklah suara kita pun cam tak konfiden yang anak tak boleh baca. Hehehhe.. So, bila kita ASSUME dia boleh baca, kita terus tanya dengan selamba, intonasi relax dan cool, "Ok Kakak, kita dah susun semua nih, Kakak cepat ajar Mommy what word is that?" Dan PAUSED! Tunggu reaksi anak. Dia jawab atau tidak. Jika dia tidak jawab, ulang lagi sekali, gunakan ayat yg sedikit berbeza, cthnya, "Cepatlah Kakak, ajar Mommy, Mommy tak pandailah, ni perkataan apa nih Kakak?" Dan PAUSED lagi! Jika anak masih diam, kita jawab sendiri dengan suara yang relax dan cool serta happy, "Kakak ingat tak tadi Mommy nyanyi - C-A-T, CAT!, so, this is CAT sayang, sebut Kakak..- CAT! Ok, now, cuba kakak spell pulak. Mommy nak tengok, kakak pandai kan??" Dan PAUSED lagi. Tgk reaksi dan tindak balas anak, dia eja atau tidak. Dan jika dari awal anak memberikan kerjasama yang sebaiknya, pujilah dan hargailah anak dengan penuh rasa kasih sayang, peluklah anak, cium pipinya, tepuk belakangnya, bg hi-5 padanya dan pujilah dia dengan kata-kata penghargaan seperti, "Cayalah Kakak, Kakak ni pandai lah sayang, Mommy bangga sangat dengan Kakak tau!". 

3D Animals to put on the jigsaw puzzle..suka btol Q!

Dan, sekiranya anak anda sememangnya tahu membaca dan mengeja & anda tahu hakikat itu dr awal lagi, teruslah memuji anak & janganlah anda rasa ia tidak penting *kerana anda dah tahu memang anak tu dah pandai membaca & mengeja* lantas tidak memberikan kata-kata pujian pada mereka. Saya masih lagi teruja dan cukup suka memuji serta menggalakkan Qarissa mengeja CAT walaupun perkataan itu dia dah tahu sejak bayi lagi. :) Pujian itu PERCUMA jadi mengapa harus kedekut??? Anda bolehlah mengajak anak mengeja perkataan-perkataan mudah yang lain dengan menggunakan puzzle-puzzle ini. Mulakan dengan perkataan yang mempunyai 3 huruf seperti CAT , kemudian barulah 4 huruf seperti CAKE atau 5 huruf seperti TIGER. Jika anda hanya mempunyai salah satu jenis Jigsaw sahaja, anda bolehlah meminta anak anda mengeja perkataan-perkataan mudah yang tidak menggunakan huruf yang berulang. 

Satu lagi tips yang anda boleh amalkan, yang menyeronokkan bagi saya dan mengujakan bagi Qarissa, dah macam magic dah bila saya buat aktiviti ini dengan Q, suka betul dia, hehehe.. Bila saya aplikasikan kaedah Pattern Phonics di Little Reader ke dalam permainan ini. Siapa yang membeli Little Reader dengan GBOB pasti tahu terdapat Pattern Phonics di dalam software tersebut kan? Bg siapa yang tiada, boleh dapatkan sedikit gambaran di sini. Selepas anak mengeja perkataan CAT, minta anak keluarkan huruf C dan kemudian suruh dia masukkan huruf B dan letakkan di tempat C. Dan suruh anak baca kembali apakah perkataannya. Ia menjadi BAT. Kemudian, gantikan huruf B dengan huruf-huruf lain seperti P,CH & M dan sebagainya dan suruh anak baca atau anda baca dan suruh anak ikut kembali. Secara tidak langsung, anak akan faham yang bunyi A-T adalah AT dan bila ditukarkan perkataan hadapan, ia menjadi bunyi yang berbeza. Dr sini, anak akan belajar Phonics secara semulajadi, di mana mereka atau tahu bunyi-bunyian seperti Beh, Peh, Cheh, Mm dan sebagainya, :) Dan apabila ditukar huruf ia menjadi sesuatu objek atau perkara yang berbeza. Dalam Pattern Phonics Di Little Reader, walaupun perkataan itu tidak ada makna, ianya tidak mengapa kerana dalam Pattern Phonics, tujuannya adalah untuk mengajar bunyi. Cthnya, gantikan B dengat huruf J. Jadinya JAT. JAT itu tiada makna kan? Tetapi kita bukan ingin mengajar makna disini, tetapi mengajar yang J itu bunyinya Jeh. Watie harap anda jelas dengan penerangan ini. :) Kalau dah jelas dan faham bagaimana nak bermain dengan anak, tukarkan lah pula A-T menjadi A-D! Haaa...banyak lagi bunyi yang akan timbul. Di sinilah pentingnya sebutan anda dengan anak. Jangan BAT & BAD sama jer bunyinya tau. :) Itulah pentingnya Phonics. Kita akan sebut dengan jelas, Teh & Deh nya! :) 

Ok, another tips. Eja kan apa yang anak suka sebut. Cthnya, seperti Qarissa,  dia suka sekali melihat Water Fountain. Dari rumah sampai ke sekolah, ada sahaja water fountain yang dia tgk sepanjang jalan. Tak jemu-jemu setiap hari. Jadi, Watie nak galakkan dia mengeja, Watie ajak Qarissa eja Water Fountain sama-sama. Watie bunyikan secara Phonics, ejakan untuk Q, minta dia cari hurufnya dan Qarissa akan susun satu-satu huruf sampailah jadi perkataan penuh. Memanglah dia suka betul bila dah jadi perkataan penuh. Teruja dan fokus betul! Dan dia akan tersenyum girang sambil berkata, "Mommy, look! Water Fountain!" Hmmmm..panjang kan? Tapi bila anak dah suka, boleh jer dia eja dengan bantuan kita dan baca. Dan, Qarissa lakukannya tanpa jemu dan hampir setiap hari dia nak eja Water Fountain walaupun Watie tak suruh, Dia sendiri yang bagitahu Watie, dia nak spell Water Fountain & of course I will help her again & again..sampailah dia pandai eja sendiri..:) So, amik tahu perkataan apa yang anak anda suka sebut dan tanya dia, dia nak eja perkataan apa. Kemudian, eja sama-sama. :) Best kan?

 
Excited mengeja!


Selain dari menggunakan Alphabet Wood Jigsaw Puzzle ini, anda juga boleh gunakan Match & Spell Puzzle seperti di bawah. Ianya memang direka khas untuk anak anda mengeja dan menyelesaikan Puzzle dalam masa yang sama. Ianya di namakan Self Correcting Puzzle kerana apabila anak anda tidak memasukkan dengan betul, mereka akan menyedarinya sendiri dan segera membetulkannya. Sama seperti cara di atas, begitulah anda gunakan untuk bermain Puzzle ini. Beritahu anak apakah binatang yang sedang di cari itu. Cthnya, Bear. Eja pada anak : B-E-A-R dan minta anak gabungkan kesemuanya. Selepas siap, minta anak sebutkan hurufnya satu demi satu, *lebih baik dengan keadah Phonics, tetapi jika tidak pun, tidak mengapa, atau lakukan kedua-duanya serentak pun ok juga* dan selepas itu, minta anak membacanya - BEAR! Jangan lupa puji bila anak berjaya menyelesaikan Puzzle tersebut. Minta anak lihat gambar binatang itu dan berboraklah mengenainya. Anda akan dapat nilai tambah disitu apabila anak mengasah skill berkomunikasi mereka dengan menceritakan pada anda apa yang mereka faham melalui gambar tersebut. Lebih best lagi, jika anda anda beli contoh binatang 3D yang sama dan minta anak letakkan binatang tersebut di Puzzle yang betul! Mesti anak happy, just like my Q's! 

 
Match N Spell Animals Jigsaw
Leka, teruja..:)


Banyak lagi teknik, dan cara yang akan Watie kongsikan bersama anda semua bagaimana cara terbaik bermain dengan anak, dan bukan setakat bermain sahaja, malah lebih dari itu di Seminar ECE Watie yang akan datang, pada 17 September 2012 (Isnin) ini. Watie menjemput anda semua meluangkan masa untuk sama-sama menggali ilmu dan terus mengaplikasikannya sebaik sahaja anda pulang dan Insya Allah, anda akan menjadi orang yang baru selepas pulang dari Seminar Pendidikan Awal kanak-Kanak yang Watie kelolakan ini. Watie kongsikan sekali lagi maklumatnya, dan jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah anda hubungi watie di talian 0162033340 atau emel Watie di geniusbabyonboard@gmail.com. 

Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh: 17 September 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pg - 3 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
Alamat: Genius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 5 September 2012 (Rabu), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *
Pakej Suami Isteri: RM 350 / couple. (Jika anda mendaftar awal @ Early Bird, sila gunakan harga RM 170/pax di atas. )

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387


Watie rasa perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda idea bagaimana bermain dengan anak dengan cara yang menyeronokkan di samping memberikan mereka input yang sangat berguna. Insya Allah, kita akan berjumpa lagi di entry akan datang dan jika anda sudah mengaplikasinya teknik ini dengn anak anda, tahniah saya ucapkan dan bolehlah bagi maklum balas pada Watie apakah output yang anda dapat. Anak suka? Teruja? Seronok? Nak main lagi? Dah pandai baca? Pandai mengeja? Kongsilah di bahagian komen ini agar kita sama-sama mendapat faedahnya, Insya Allah. 

DEER!

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat pada anda dan rakan-rakan yang lain, bolehlah berkongsi dengan mereka dengan menekan butang Share di icon-icon yang ada di bahagian bawah artikel ini. :) Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya dan semoga Allah SWT mengurniakan saya ilham-ilham yang lebih baik di masa akan datang yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua. Amin..:) Jumpa lagi yer! Salam sayang!

post signature
post signature

Friday, July 27, 2012

Bagaimana Meningkatkan Fokus & Menstimulasi Mata Bayi?

Salam Ramadhan buat semua. Ini adalah entry pertama saya di bulan mulia ini. Ehem-ehem, mentang2 bulan baik, tamak pahala, rajinlah tulis entry kan ..kekekek.. Nak-nak bila saya dah buat BOTOX dan FACELIFT yang HALAL di blog ni. Semangat lah sikit nak berbelog. This blog masih dalam upgrading version, Insya Allah tak lama lagi siaplah sepenuhnya. Thanks to my dearest Jiji, my loyal Designer yang memang dari dulu dah tolong ai buat design, in fact most of the design memang Jiji yang buat. Kalau uols nak dapat super duper santek punya blog, boleh suruh Jiji "cucuk tanam" kat blog uols, and please contact her kat http://bloggarden.triplecolourlife.coma/. Memang berbaloi! :) 

Hari Jumaat malam ni, Watie nak kongsi pasal Stimulasi mata bayi baru lahir sampai 1 tahun. Agak seronok bila Watie jumpa orang yang tanya about what I'm doing for a living, dan jawapan standard dengan penuh rasa bangga ialah "I'm an Educator". Then, they will definitely ask me, ajar apa? Dan mulalah beralih dari satu pertanyaan kepada satu pertanyaan dan perbualan yang maha panjang mengenai apa yang saya lakukan, siapa yang saya ajar, centre saya di mana, dan akhirnya, mereka tahu saya adalah pemilik Genius Baby On Board.:) Lepas tu, mereka mesti akan tanya, saya ajar kids umur berapa? dan bila saya kata GBOB buat kelas dari New Born - 4 years, pandangan yang saya terima mesti pelik+suprise! Mereka mesti akan tanya, "Apa yang boleh di ajar pada baby baru lahir?" Hmmm...soalan cepu emas tuh! ..


Dalam Playgroup Level 1 (NB - 6 Months) @ GBOB, kami sgt mementingkan pembangunan @ development kelima-lima deria bayi, jadi setiap minggu stimulasi yg kami lakukan adalah untuk memastikan kelima-lima deria ini berfungsi dengan lebih baik menggunakan alat bantu mengajar atau Apparatus yang khas. Level 1 juga adalah lebih kepada Consultation kepada ibu bapa dari segi bagaimana mahu menghabiskan masa2 berkualiti di rumah dengan bayi apabila mereka bangun tidur. Almaklumlah, kebanyakan masa bayi akan tidur dan masa mereka bangun itu tidak panjang, jadi semestinya Mommy2 semua harus tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja anak bangun. Saya rasa, ibu bapa yang menyertai Playgroup Level 1 @ GBOB pasti setuju dan akhirnya menyedari yang mereka tidak punya banyak masa untuk menstimulasi anak selepas datang kelas Playgroup kami. Ini menyebabkan mereka lebih menghargai moment2 apabila anak bangun tidur dan cepat2 melakukan stimulasi yang di ajar di dalam kelas kepada anak mereka dalam usaha memaksimumkan pembangunan otak bayi masing2. Tapi ia semakin mudah dari hari ke hari kerana mereka TELAH TAHU APA YANG PERLU DIBUAT. Playgroup di Level 1 ini juga bertujuan untuk meredakan rasa khuatir dan risau mereka terutamanya bg mereka yang pertama kali menjadi ibu. Perjumpaan antara ibu bapa dalam sessi Playgroup ini sememangnya terbukti membantu mereka bertukar2 pandangan antara satu sama lain. Perkongsian ilmu yang banyak sememangnya memberikan semangat bukan sahaja pada semua para ibu tetapi juga para bapa yang teruja menjadi Ayah buat pertama kali!. Salute uols! 

Ramai juga ibu bapa yang tanya saya mainan apa yang sesuai untuk anak yang baru lahir hingga 1 tahun. Ada byk appratus yang sesuai untuk bayi dan anak anda, dan malam ini, saya nak kongsikan tentang salah satu daripadanya adalah Bubbles. Ada banyak perkara yang anak anda boleh belajar dari Bubbles. Ia bukan hanya menyeronokkan bagi bayi tetapi anda juga. Faedah yang paling nyata apabila menggunakan Bubbles sebagai alat bantu ialah ia menstimulasi mata anak anda dengan maksimum. Anda pasti takut jika saya katakan, sekiranya dalam tempoh 4 bulan - 1 tahun pertama hidup seorang bayi, jika matanya tidak distimulasikan dengan betul, kemungkinan untuk bayi tersebut menjadi BUTA adalah sangat tinggi! Bagaimana Bubbles ini membantu bayi & anak anda? Ia membantu untuk menstimulasikan mata mereka apabila mereka melihat puluhan bubbles di sekitar mereka, di atas, bawah, kiri dan kanan, seterusnya menjadikan anak lebih alert dengan persekitaran mereka. Bukan itu sahaja, ia sgt baik untuk melatih mata bayi dan anak anda untuk mengikuti pergerakan atau lebih dikenali sebagai eye tracking activity. Ini boleh dilakukan dengan cara menghembus @ blow Bubbles yang besar tetapi hanya satu Bubbles pada satu masa dan galakkan anak anda mengikuti arah pergerakan Bubbles tersebut. Bayi anda pasti teruja melihat pergerakan Bubbles, akan leka melihat "Bola Gemok" itu terbang dan tanpa disedarinya, matanya telah dilatih untuk menjadi lebih fokus. Betul tak? Inilah yang saya katakan, "Bermain Sambil Belajar". Dalam apa sahaja permainan, mesti ada tujuan, dan tujuannya mesti dapat membina, mengukuh dan seterusnya meningkatkan kelima-lima deria anak. Permainan ini, jika dibuat selalu, diulang selalu sebagai rutin harian, ia sangat baik untuk deria penglihatan anak menjadi lebih fokus di mana ia dapat membantu mereka apabila mereka beralih ke fasa Toddlers nanti. Nampak mudah tetapi impaknya sgt berbeza kalau kita bandingkan anak yang sering bermain Bubbles dengan yang jarang bermain Bubbles.


Saya sering mendengar luahan hati para ibu, mereka sering mengatakan anak mereka sukar fokus apabila menginjak usia 2 tahun ke atas, bila sudah pandai berlari dan melompat, makin sukar untuk fokus, tapi apabila di soal selidik dan di tanya apa aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan fokus anak, soalan itu selalu tergantung disitu kerana ibu bapa seolah2 "tergujat" dengan soalan saya. :) Ya, saya faham, adalah sgt sukar untuk confront diri sendiri kan? Menyedari dan mengakui kekhilafan diri dalam membesarkan anak2 syurga sehari-hari memang agak sukar jika tiada orang lain yang dapat menyedarkan diri kita ini, sebab itu, dengan niat membantu semata-mata kerana Allah SWT, saya akan mengatakan yang benar walaupun pahit. :) Anda tak perlu risau, kerana apabila anda telah sedar, jalan dan laluan anda akan lebih mudah kerana anda telah membuka pintu hati dan mata hati dah pun celik, jadi apa yang saya nak kongsikan dalam kelas, Insya Allah anda boleh terima dan aplikasikan di rumah. Kalau tak boleh setiap minggu, sekali sekala atau at least di awal2 menyertai kelas Playgroup itu, bawa suami sekali lagi bagus. Biar husband lihat sendiri anaknya dan anak orang. Bukan niat untuk membandingkan, tidak sama sekali, tapi semata-mata untuk membuktikan yang bayi sememangnya genius! Beri peluang pada anak, bantu mereka and you will be suprise! Susah nak gambarkan betapa seronoknya saya melihat muka ayah2 di Level 1 & 2 yang melihat kepintaran anak masing2 yang dapat dicungkil selepas beberapa minggu join kelas. Its priceless tau! Lebih2 lagi bila mereka datang menemani isteri setiap minggu, melihat sendiri dengan mata kepala mereka setiap inci fasa perubahan yang anak lalui, dari menangis takutkan orang, sampailah datang peluk Teacher! :) Sangat mengujakan. Bertuah Mommy2 semua hubby sokong dari belakang, kadang-kadang dari depan juga! Heheheh *hubby join kelas sebab Mommy tak larat ..hhhehehehe* 

Melalui Bubbles ini juga, anak anda akan belajar sebab & akibat (cause & effect). Bagaimana? Dengan mencucuk (poke), menepuk (pop), menghembus (blow) atau mungkin juga menggunakan hidung atau anggota badan yang lain semata-mata untuk melihat bagaimana Bubble itu meletup & hilang dari pandangan. Menarik bukan? Kalau anda bernasib baik (rasanya ramai parents di Playgroup GBOB dapat lihat situasi ini), ada sesetengah pelajar yang mempunyai cara sendiri untuk meletupkan Bubbles yang dihembus di wajah mereka. Sungguh kreatif dan membanggakan. Selepas bosan mencucuk, mereka menciumnya dengan mulut dan hidung dan kadangkala lidah! *lepas tu wat muka pelik...heheh*. Bubbles ni sebenarnya boleh dimainkan dari bayi anda kecil sampailah dah besar 5-6 tahun pun, tapi pendekatan dan kaedah yang diguna pakai  berbeza mengikut umur. Sebab tuh, kita kena kreatif dalam sesuatu permainan, supaya rasa bosan tak wujud dalam diri anak. Saya tahu, cakap memang senang tapi nak aplikasikan memang tak mudah. Sebab tu lah, kita kena rendahkan diri, selami dunia anak, dan segalanya akan menjadi mudah, Insya Allah.


Mengenai kualiti Bubbles pula, ia adalah sesuatu yang perlu anda titik beratkan. Watie memang particular tentang perkara ni, bukan apa, saya pernah terkena so its a good lesson for me. Saya dulu, masa Q kecil, konon2 nak jimat, saya beli lah 1kg punya Bubbles yg dijual di Hypermarket dan main dalam rumah. Adoilah ..memang padan muka saya! Habis lecak satu rumah, dah kena bersihkan satu hal, lepas bersihkan, lantai pulak jadi licin dah jadi dua hal! Tak pasal-pasal nak kena keluar rumah waktu tengahari sebab taknak umah lecak, kena main outdoor. Adoiiii... memang lepas tuh tobat dah tak nak beli! Bukan tu sahaja, Bubbles solutionnya apabila masuk ke mata, menjadi pedih dan saya risau betul ia masuk ke dalam mata Qarissa. Jadi, sudahnya blow jauh2 .. memang tak best! Nak blow depan muka Qarissa *macam dalam video ni* pun rasa cuak tau! Mau menangis anak aku kang! Tak cukup dgn itu, yang paling berangin, bila kita nak guna lagi seminggu kemudian, solutionnya dah takder buih dan tak jadi dah Bubbles tuh! Iskkkk...Bengang btol. Penuh lagi tau, beli 1kg katakan. Tu ah kedekut na nak beli yg mahal tapi bagus, padan muka aku! Hahhaha.. lepas dari kejadian tuh, memang tobat lah saya, saya tak pandang dah Bubbles lain, saya setia sahaja dengan Bubbles dari Gymboree. :) Kalau anda pernah jumpa Bubbles jenama lain yang ada ciri-ciri di bawah ni tapi lagi murah, boleh ah bgtau saya so saya boleh try. Hehehhe..



Bubbles with Tray & Wand: RM 39.90+ 6 Courier (Sem) @ RM 10 (Sabah/Srwk).

Bubbles dari Gymboree nih pada pendapat peribadi saya, adalah Bubbles terbaik yang pernah saya jumpa. Ianya telah dipatenkan, dan kualitinya memang sukar nak jumpa di Bubbles yang lain. Ia boleh dimainkan dalam rumah, ruang tamu anda tidak akan lecak, tidak akan bersepah, dan ada akan terkejut, selepas lama habis main, anda masih boleh nampak belon2 di keliling anda masih tak meletup2 lagi! Lepas tuh, bila anda letupkan, tangan anda tak basah pun! Anda nak blow the bubbles dekat2 ngan muka anak pun tak takut, Kalau bubbles masuk mata sekalipun, anak mungkin agak terkejut sedikit tapi takkan rasa pedih, so tiada tangisan! Yang paling best, ia sangat menjimatkan kerana anda cuma perlu letak selapisan solution sahaja dalam tray khas, dan gunakan wand, tekankan wand dalam tray dan tiup! Beratus-raus Bubbles akan beterbangan di udara! Tak payah tuang banyak2. memang jimat! Akhir sekali, ia juga tahan sangaaaaattttt lamaaaa! Walaupun berbulan-bulan! Tak payah risau Bubblesnya tak jadi jika lama tak pakai, memang takder masalah! Silap-silap boleh tahan 3-4 bulan kalau main setiap hari. :)

Refills

Jika anda berminat nak try this Bubbles, bolehlah dapatkannya di Genius Baby On Board. Anda boleh beli pek permulaan yang terdiri daripada Bubbles Solutions, Wand dan Tray dengan harga RM 39.90 sahaja *excluding courier*. Lepas Bubblesnya habis, anda hanya perlu beli refillsnya sahaja. :) Memang jimat dan menguntungkan walaupun harganya nampak mahal. But believe me, sekali beli, memang rasa sukar nak tukar ke Brand lain, unless dapat cari yang sama kualitinya dan lagi murah. Hehhehee..Selamat berbubbles dengan anak genius anda! Saya sertakan sekali video kenangan saya dan Qarissa bermain Bubbles ketika Qarissa masih kecil. Ohhhh! Kenangan yang sungguh indah bila saya melihat kembali video ini. Sememangnya berblogging adalah perkara hebat yang pernah saya lakukan. Tak payah tunggu tua, 3 tahun lebih pun saya dah rasa syahdu melihat betapa cepatnya masa berlalu. Anak yang dahulu duduk di Bumbo Seat kini sudah berjalan, berlari, melompat malah berayun di palang besi! Memang best bila dapat imbas kembali apa yang berlaku sepanjang kita membesarkan anak-anak syurga ini kan. Hmmmm... saya ada banyak koleksi video dengan Zayra masa kecik yang belum sempat saya kongsikan. Insya Allah, ada rezeki, saya kongsi dengan anda semua yer .. :) Kita tgk Zayra masa kecik bijaknya macam mana .. hehehehe :


Yang paling mahal adalah kakinya yang bergerak2 tuh ..Cam BIG BOSS jer tau!


post signature

Monday, July 16, 2012

You Tube Video: Teacher Watie & Mister Sun Song


Hari sedang hujan di rumah saya sekarang dan saya rasa inilah masa terbaik untuk saya menyanyi lagu di bawah. Hhihihii..Sebenarnya dah lama juga saya rekod video nih, tapi saya lupa nak upload kat You Tube ..baru ni Watie google2 semula file video yang ada, dan sebelum terlupa buat kedua kalinya, terus saya upload di You Tube. Lagipun, saya terima banyak SMS, emel dan msg minta saya buat video lagi, anak masing2 rindu nak tengok muka comot comel Teacher Watie nih ..ahaks! Verangan & Verasan! Kikiki...Sedih dan terharu pula saya baca all the messages.. maaflah anak -anak Teacher semua ..Teacher sgt sibuk kebelakangan ini, entah sampai bila tapi Teacher akan cuba juga buat video-video untuk anda semua, termasuklah untuk mak-mak dan bapak-bapak sekalian setiap kali ada kesempatan okeh .. :) 

Untuk menghilangkan rindu semua anak-anak syurga Teacher nih, meh kita dengar lagu Mister Sun nih okeh .. untuk Mommy2 dan Daddy2 semua .. meh kita hafal lagu nih, setiap kali hujan, suruh anak nyanyi lagu nih okeh! :) See you next time Insya Allah ..:) 


Teacher Watie & Mister Sun Song.

post signature
post signature

Wednesday, June 13, 2012

You Tube Video: Tips Stimulasi @ GBOB

Lamanya saya tak update blog kan? Hmmm..sejak sebahagian besar gambar2 di blog ini hilang, memang rasa "down" jugalah nak update apa2 info ..di tambah pula dengan kesibukan yg sentiasa melanda, memang jarang sungguh saya menjenguk blog sendiri. Walaupun begitu, saya aktif dan sering update info di FB .. :) Jad, bagi mereka yang belim LIKE Fanpage GBOB, saya sgt2 menggalakkan anda LIKE our Fanpage untuk dapatkan info terkini lagi sensasi tentang GBOB okeh ..:) 


Video di bawah ni pun, saya dah kongsikan di Fanpage GBOB, tapi saya masukkan juga di blog sebagai rujukan kemudian hari, Insya Allah .. Semoga ia memberi manfaat ..:) Jika anda rasa video ini berguna dan memberikan faedah pada anda dan orang tersayang, kongsikannya di FB atau blog anda yer..:) Semoga kita sama-sama mendapat faedahnya, Amin.. :)


Komen saya di FB : 
Hi Fans, this is my 1st time ever to do this ..lama betul saya tak menulis di blog, so today Watie nak buat sesuatu yang luar dr kebiasaannya .. special for uols.. :) Memang segan jer rasanya bercakap sorang2 depan camera tp saya jadi diri sendiri lah kan..lebih mudah begitu ..:) Insya Allah, saya akan update video stimulasi di blog GBOB dalam waktu terdekat .. jika anda rasa suka dengan video ini dan mahukan lebih banyak tips2 menarik, anda LIKE status ini dan SHARE kan this You Tube link di page FB masing2 okay .. Watie nak tgk berapa banyak Parents Malaysia yang suka dengan tips2 yang GBOB berikan .. :) PS/: Sila abaikan pipi tembam saya, Itu adalah camera trick semata-mata ..tak caya tanya Mommy pd student2 GBOB saya...kan kan kan ..? Hihihihi..

post signature

post signature

Wednesday, March 21, 2012

Tips Bermain Dgn Anak: Match The Fruits Game With Qarissa

Today Watie nak kongsi satu game yang Watie main dengan Qarissa baru-baru ni. Kan Qarissa dah lama tak join my Playgroup, memang rasa ralat juga tapi Watie pujuk hati and say to myself, "Takpelah, Q and Zayra ada whole week dengan aku untuk aku main puas2 dengan dia ..". Walaupun tak sama dengan keadaan dalam kelas,*memang lah tak sama kan ..kelas ramai kawan and its a structured program* tapi sekurang-kurangnya, aku leh tebus balik masa weekend aku dengan dia. So, last few weeks, hubby bawa anak2 ke opis Watie, memang nampak sgt both Q's sangat suka...memang dorang rindu nak pergi opis GBOB. Nampak jer opis, terus Qarissa cakap, "GENIUS BABY ON BOARD!!!!". Hehehee... bangga jer dengar anak sebut penuh ..ahaks!


Tu lah Wall Hanging yang Watie baru beli. Selain jadi hiasan dinding, Watie gunakan untuk bermain dengan my Q's ..:)
 

Koleksi Wal Hanging & Fabric Book @ GBOB

Dan, Watie terus amik kesempatan, keluarkan semua produk dan permainan yang Watie gunakan kat kelas, dan buat sama-sama dengan Qarissa dan Zayra. Happy sgt bila both Q's dapat melakukannya dengan betul dan tepat, malah sangat sukakan aktiviti tersebut. Leka dorang main. Watie rasa seronok sebab kat GBOB, semua alat bantu mengajar lengkap dan ada kat opis, senang Watie tinggal pilih jer. Kalau kat rumah, memanglah banyak juga, tapi of course lah tak sebanyak kat pejabat kan. Sebab tuh, Watie cepat2 pilih alat bantu yang takder kat rumah Watie dan gunakan untuk bermain dengan Qarissa & Zayra. Tetiba teringat Mommy Luqman suruh Watie jual alat bantu yang ada tuh untuk ibu-ibu main kat rumah dengan anak. Hehhehe.. Walaupun tak susah nak buat, tapi ia memang perlukan masa, dan masa tuh yg kadang2 kita susah betul nak dapat. Sebab tuh beli lagi senang. Now I understand, sebab Watie pun macam tu juga, kat rumah nih, semua pakai beli jer, jarang betul buat sendiri. alau buat, memang selalu untuk kegunaan pejabat jer, konon2 nak bawak anak selalu lah ke opis dan boleh maiin sekali..memang dulu selalu bawak anak, but lately jarang juga. :(

 
Koleksi Wall Hanging 

Wall Hanging Animals In The Garden, size 30 cm x 40 cm - RM  69.90

Salah satu yang kami main hari tuh adalah Matching The Fruits. Watie baru jer beli 6 set Wall Hanging yang berbeza kategori keluaran Masfe. Semuanya berasaskan fabric dan kualitinya memang tip top lah. Ia menepati standard antarabangsa EN71 dan embroidery nya memang sangat kemas. Watie ada jumpa similar produk like this tapi kualitinya tak sama. Color tak bright, tak berapa ceria, tak berapa menarik perhatian dan icon zap on nya tu tak secantik yang ni, dia tak isi dengan sponge, hanya sekeping gitu jer, tapi keluaran Masfe ni, siap ada sponge inside, nampak gebu2 dan gemok2, the color also very bright dan jahitannya kemas dan cantik. In terms of price, sekarang ni harga dia oklah berbanding dulu. Dulu mahal sangat, kalau uols nak tahu, this lady duk kejar Watie dah setahun! Seboleh2 jugak dia nak jual produk tuh kat Watie bila dia dapat tahu Watie ada kids centre. Tapi Watie elak2 sebab masa tuh harga dia mahal sgt, ada yg mencecah RM 200++ satu set! Mula2 Watie budget nak guna untuk kelas, tapi bila harga dia macam tuh punya mahal, terpaksalah pendamkan dulu. Sampailah baru-baru, dia call dan insist nak jumpa Watie, Watie terus bgtau yang harga dia mahal sgt, at this moment I belum nak beli lagi, but then this lady kata, now harga dorang dah reduce banyak sebab dorang dah buat mass production kat kilang. She want me to take a look first. Then we meet up, dan bila Watie tgk, kira ok lah harga dia dengan kualiti. Tak mahal tak murah, but in terms of safety and teaching kids and toddlers, mamang marvellous ahhh. Tak risau anak masuk mulut atau gigit2..:)

 
Koleksi Fabric Books

Wall Hanging Transportation size 30 cm x 40 cm - RM  69.90 

Untuk pengetahuan anda, this products actually dijual dan dibekalkan dengan banyaknya di kindy dan sekolah-sekolah antarabangsa  (International School) kerana mereka sememangnya banyak menggunakan hands on learning dan interactive play like this. Di tambah dengan safety standard E71 tuh, lagi mudah lah Masfe nak jual produk mereka pd sekolah2 ini. And I feel proud to inform that now, uols can buy this product at GBOB too! Yezzzaaaa!!!

Ni pun sgt best! Wall Hanging Calendar yang sgt interactive, sampai tahun 2014 dia bg tahunnya, size 60 cm x 40 cm - RM  159.90. Ni lah Wall Hanging yang paling mahal dalam koleksi yang ada. Sebab ada banyak icon nya ..:)
 
Anda akan dapat this item dalam kotak yang keras dan cantik macam ni.. Curlass sgt kotak dia..

Watie punya excited nak main ngan Qarissa this Wall Hanging kan, bila dia dtg jer opis, terus Watie amik dan ajak dia main! Mula2 Watie try yang Transportation, then Watie try yang Animals In The Garden Wall Hanging. Saja nak test power sebab icon dia tak banyak berbanding yang lain. Punyalah seronok, Qarissa bukan sahaja dapat jawab semua soalan dengan betul, dia siap baca the word and stick the icon in the correct spot! Suka betul dia dapat pegang icon tuh!. Cara Watie main ngan Q, Watie tak bagi semua icon zap on tuh, Watie takmo dia terlebih teruja, jadi Watie amik semua icon, dan bagi satu2, sebelum bagi, Watie tanya dia dulu, apa nama Tranport tuh, bila dia dapat jawab based on the icon, Watie puji kaw-kaw dan bagi kat dia sambil suruh dia cari mana word yang betul. Bila dia dah jumpa, Watie suruh dia stick it and then we all hi-five sama-sama sambil Watie bg pujian melambung lah kan .. hehhee..tersengih2 Qarissa bila kena puji..:) Lepas habis stick, Watie buat 2nd session, Watie suruh pula Qarissa bagi the icon based on apa yang Watie minta. Cthnya, Watie kata nak car, Qarissa akan bg car punya icon pada Watie. Dalam masa yang sama, adalah Watie suruh dia buat bunyi2an Transport & Garden Animal tu juga, untuk menjadikan sessi tu lebih menarik dan interaktif serta tak membosankan. Masa ni takder terfikir pun nak rakam video, padahal hubby pun ada sama time tuh, teruja dia tgk anak dia jawab soalan.:)  
 

Wall Hanging ABC - Capital & Small Letter, size 60 cm x 40 cm - RM  129.90

Wall Hanging Vegetable, size 60 cm x 40 cm - RM  89.90

Wall Hanging Numbers, size 60 cm x 40 cm - RM 159.90 

Then, bila Watie tgk, Qarissa dah boleh buat both Transportation and Animals In The Garden Theme, Watie pun bagi lah Wall Hanging yang lebih banyak icon, dalam 19 zap on icon iaitu Match the Fruits, dan kali ni barulah Watie terfikir nak rakamkan, jadi boleh Watie kongsikan dengan anda semua, cara Watie main dengan Qarissa. Yang kelakar dan aduhaii....memang memalukan saya selaku orang dewasa, saya telah di"betul"kan oleh anak sendiri yer!!!! Wakakakak..malunya mak nokssss...tu yang rasa nak share video nih pun segan sebenarnya, nampak na mak dia fail nama buah! Hahhaa..asal boleh jer bgtau ajaran sesat kat anak, terlebih excited sudaaaa.. tapi sebab termasuk mainan kali nih, dah 3 aktiviti yang Watie buat dengan Qarissa, so Watie takmolah ulang2 benda yang sama, jadi Watie share jer lah video nih, walaupun, saya akan malu sedikit..hehehe..*sikit hapaaaa..banyak okay!!!!* Watie punya confident cakap LEMON tuh LIME!!! Siap bgtau Qarissa sungguh-sungguh yang tuh LIME! Anak kita relax jer betulkan kita sampai 2-3 kali, LEMON, LEMON!!! Barulah Watie perasan ada LEMON dalam Wall Hanging tuh! Mak aiiii..nasib baik lah juga si Qarissa ni tak banyak mulut, tak becok macam Zayra oiiiii..kalau tak habislah aku kena bahannn!!!! Hu hu hu! Memang malu mak noksss!


Video: Interactive Session with Qarissa. Wall Hanging Fruits, size 60 cm x 40 cm - RM  89.90


Wall Hanging Fruits, size 60 cm x 40 cm - RM  89.90 

Anda yang di luar sana, juga boleh menggunakan interactive learning seperti ini untuk mengajar anak anda di rumah. Bagi mereka yang suka buat homeskooling tuh, memang sesuai lah sgt, selain dari menjadi alat bantu yang sangat interaktif, boleh juga jadi hiasan dinding yang colorful dan menarik kan? Selain dari Wall Hanging, dia ada juga buku-buku fabric yang sangt menarik dan juga interactive. Macam cth, ada satu buku tu kategori Colors, selain dari mengajar warna, ia juga mengajar bentuk dan bagaimana warna itu terjadi. Cthnya, warna biru + kuning = hijau. Jadi, anak kena ambil icon zap on biru, kemudian amik icon kuning, dicampurkan dan kemudian jadilah warna hijau. Ada panduan dalam buku fabrik tersebut yang anak dapat ikuti dengan mudah. Untuk memudahkan anda, Watie letakkan sekali harganya di gambar yang Watie kongsikan di dalam entry ini. Jika anda berminat untuk membuat tempahan, bolehlah call Watie untuk pre-order ok. :)



Fabric Book Baby Animals - RM  69.90 


Cth bahagian dalam buku for Baby Animals
 
Fabric Book Colors - RM  69.90

Fabric Book Numbers- RM  129.90


Fabric Book Shapes- RM  69.90


Setakat ini dulu perkongsian Watie untuk kali ini, Insya Allah kita berjumpa lagi di entry akan datang yer..:) Selamat bermain dengan anak anda...:) 

post signature
post signature



We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading