Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Parenting Seminar & Motivation Talk by Genius Baby On Board: 1 Mei 2013

post signaturePARENTING & MOTIVATION SEMINAR: 
KUASA OTAK ANAK: BAGAIMANA MENINGKATKAN KEPINTARAN MEREKA TANPA TEKANAN? 



Antara Topik Utama Yang Akan Dibincangkan: 

 # Psikologi Bayi & Kanak-Kanak
 # Bila Seharusnya Bermula Untuk Mengajar Anak?
 # Mengapa Mesti Bermula Seawal Usia? 
# Anatomi Otak & Kaitannya Dengan Fasa Perkembangan Anak 
# Bagaimana Otak Anak Berkembang? 
# Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Anak Dengan Mudah? 
# Kuasa Otak Anak & Potensinya 
# Pengendalian anak-anak yang mempunyai isu tingkah laku 

Objektif UTAMA Seminar & Motivasi ini: 

1: MENGUBAH secara TOTAL pandangan Ibu Bapa tentang Pendidikan Awal Bayi & Kanak-Kanak dan betapa PENTINGNYA STIMULASI dalam 6 tahun PERTAMA hidup seseorang anak itu. 

2: Memberi kesedaran Ibu Bapa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak bukan setakat Alif Ba Ta, 123 dan ABC sahaja, ia lebih besar dari apa yang kita semua sangkakan. 

Output Seminar: 

1: Peserta yang hadir akan melihat "PENDIDIKAN AWAL" ini dengan dimensi yang berbeza dari apa yang mereka fahami selama ini dan Insya Allah, mengubah diri menjadi Ibu Bapa yang lebih bersemangat dan bermotivasi dalam menggunakan masa yang "sedikit", yang masih ada, untuk menstimulasi anak syurga masing-masing. 

2: Tidak menjadikan alasan "sibuk bekerja" untuk tidak menunaikan HAK anak dalam menerima pendidikan di rumah kerana telah mengetahui teknik-teknik yang boleh diaplikasikan serta merta untuk meningkatkan kepintaran anak dengan cara yang mudah, menyeronokkan dan berkesan. 

3: Setelah memahami fungsi otak & psikologi anak dlm seminar ini, para peserta akan menginsafi bahawa: Untuk melihat perubahan berlaku pada diri anak, Ibu Bapa yang WAJIB BERUBAH DAHULU! Insya Allah, melalui penerangan yang detail, para Ibu Bapa akan lebih menghormati anak, sabar dan merendah diri setiap kali bermain dengan anak kerana sudah memahami fitrah sebenar anak mereka. 

Tarikh & Lokasi: 1 Mei 2013 (Rabu), 9 pg - 5pm, Dewan Kuliah KISMEC (Kedah Industrial Skills & Management Development Centre), Sungai Petani, KEDAH. 

Harga: 
RM 170 seorang (Harga Early Bird sblm 30 Mac 2013) 
RM 199 seorang (Harga bermula 1 April 2013) 
RM 350 (harga suami isteri /psgn bermula 1 April 2013) 

*untuk harga suami isteri / psgn sebelum 30 Mac 2013, sila gunakan harga Early Bird RM 170 untuk pendaftaran. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Watie 016-2033340 atau emel ke geniusbabyonboard@gmail.com. Sila isikan borang di bawah selepas pendaftaran dibuat bagi memudahkan semakan.

https://docs.google.com/forms/d/1_6KtOF_JmcA0g9OgRupQmiC978hea7_ayAxsMs1c4E4/viewform

Kongsikan maklumat di atas jika anda rasa ia dapat mengubah hidup para Ibu Bapa yang anda kenali, Insya Allah. :)

post signature
post signature

Sunday, September 9, 2012

Asthma Attack: Saya Sedih, Hiba Terharu & Rindu!

Di saat saya menaip warkah kali ini, saya berada di Wad @ DEMC Shah Alam. Saya di tahan dalam wad sejak hari Jumaat malam, setelah asma menyerang saya buat kali ketiga dalam tempoh 4 hari. :( Sudah hampir 15 tahun saya tidak diserang asma dan setelah beranak dua, ia kembali menjengah. Mungkin kerana batuk dan selsema yang berpanjangan sejak Hari Raya ke2, paru-paru saya sudah dijangkiti kuman, its a lung infection dan saya harus di tahan untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi memastikan saya pulih seperti sediakala.

Saya di serang asma buat kali pertama pada pagi Selasa yang lepas lebih kurang pukul 3 pagi ketika ingin tidur selepas menyiapkan entry Tips Stimulasi: Menggalakkan Anak Membaca & Mengeja Sambil Bermain. Secara tiba-tiba saya rasa dada saya seperti dicengkam kuat dan saya semakin sukar bernafas. Tidak mahu mengambil risiko, saya kejut suami dan kami pergi ke Klinik secepat mungkin dan saya mengambil neb buat pertama kalinya selepas 15 tahun :( Doktor memberikan saya Antibiotik dan pelbagai ubatan bg meredakan batuk dan selsema dan saya makan ubat dengan konsisten, sayangnya, tiada langsung kesan penyembuhan! Ubat hampir habis tapi saya masih tidak sembuh. Hanya kesan sementara yg saya alami di mana bila waktu pagi, saya rasa saya tidak selsema tetapi sebenarnya saya tahu semua bakteria dan virus itu sedang "bertakung" di muka, dahi dan pipi saya sampai saya nak bercakap pun jadi sengau! Memang tension!

Photo: Saya rasa hiba apabila mendapat sms dr semua ibu bapa yg menyertai Playgroup@ GBOB, yg memberikan semangat pd saya untuk lebih kuat dlm menghadapi hari sukar saya sekarang. Kita merancang, Allah SWT yg menentukan. After the 3rd asthma attack within 3 days, saya di suruh ke Specialist petang tadi dan sekarang di wad. Sungguh saya sedih kerana saya sgt bersemangat selepas dtg ke GBOB pagi tadi dan menyediakan alat bantu mengajar dan menghias pejabat mengikut tema Merdeka Raya Celebration esok..apakan daya..:( Terima Kasih para ibu bapa yg memberi sokongan penuh anda pada saya...terharu dan bergenang air mata saya di sini..:'(. Anak2 syurga semua, Doakan Teacher Watie cepat sembuh yer sayang...:) Amin....*menaip sambil buat neb..mode frust tp redha...* amd start missing my Q's and Daddy tooo...*crying mode*

Sedih? Memang saya sedih. Apatah lagi saya terpaksa membatalkan kelas Playgroup yang saya dan anak-anak syurga saya tunggu-tunggu selepas bercuti 3 minggu lamanya. Bukan sedikit sms yang saya terima dari para ibu bapa yang mengatakan anak mereka sudah rindukan Teacher Watie dan menjadikan video saya di You Tube sebagai pengubat rindu, jadi saya sememangnya menunggu masa untuk kembali bersama bergembira dengan anak-anak syurga saya, sayangnya, Allah SWT lebih mengetahui. 

Pagi Jumaat yang lepas, saya dan suami yang sedang bercuti pergi ke pejabat GBOB untuk membuat persiapan bagi mengadakan Playgroup dengan tema Merdeka Raya. Sejak bercuti Raya, saya tidak singgah ke pejabat kerana sibuk dengan urusan keluarga dan saya perlu memastikan GBOB berada dalam keadaan yang kemas, bersih dan tidak berhabuk. Faham sajalah dah 3 minggu tak masuk ofis, bila saya cek toilet pun, dah ada serangga yang mati di lantai .. :) Jadi saya bersihkan pejabat, toilet dan dan terus menyediakan alat bantu mengajar dan permainan utk hari Sabtu. Memang terus rasa semangat walaupun jauh di sudut hati saya, saya agak risau dengan kesihatan saya yg belum 100% pulih dr selsema dan batuk. Badan pun dah semakin mengembang dengan jayanya sempena Hari Raya ini..hahahhaa... takut la tak dapat nak "mengejar tahap kecekapan dan kepantasan" anak-anak ini nanti. Hhehehe.. Adoiii!


My bff dari sekolah menengah, Shima. Siap bg saya bear @ baloon, rasa cam dak kecik plak...comey! Thanks dear!

Selesai mengemas, saya dan suami mengambil Qarissa di sekolah dan kemudian balik rumah dan berkemas untuk ke rumah kakak saya seperti biasa yang saya lakukan setiap kali menjelangnya hari Jumaat. Sebelum itu, saya singgah mengambil Zayra dari sekolah. Sebelum keluar rumah, saya makan dahulu ubat yang Doktor berikan. Ketika berjalan menuju ke sekolah Zayra, saya rasa sedikit pening dan jari jemari saya agak menggeletar. Risau dengan keaadaan itu, saya ajak suami ke Klinik sekali lagi dan diberikan nebuliser. Doktor kata masih ada wheezing sound dan saya di arahkan ke Emergency Unit mana-mana Hospital dengan segera kerana asma saya tidak pulih dan asyik menyerang kembali dalam tempoh yang singkat. Barulah saya tahu yang antara kesan Ventolin akan membuatkan jari jemari menggeletar tetapi selama berbelas tahun ini, saya makan Ventolin untuk meredakan asma, ok sahaja, langsung takder kesan, baik lagi adalah! Hmmm, saya dapat rasakan tindak balas ini sesuatu yg tidak baik buat saya. Mungkin tubuh saya berada dalam keadaan tidak stabil menyebabkan kesan Ventolin ini nampak nyata sedangkan sebelum ini tidak.  Terus saya ke DEMC untuk rawatan lanjut dan akhhirnya, saya berkampung di sini sejak Jumaat. :(


Khayra yg nyata sekali merindui saya, becok sungguh mulutnya , seronok saya melayannya ..:) Adyan jadi mandur, satu bilik dia cek..ehhehee

Untuk mengkhabarkan pada ibu bapa yang kelas terpaksa dibatalkan adalah sesuatu yg sangat menyedihkan saya. Suami saya berpesan agar cepat2 sms pada ibu bapa kerana malam makin menjengah dan kesian mereka kalau dapat tau lambat. Takut-takut kalau parents dah semangat masak-masak untuk datang Playgroup sebab kami buat potluck untuk tema kali ini. Semua akan pakai baju raya, dengan Mommy & Daddy akan bergaya, sekali tak jadi pula kan..:( Terima kasih pada semua parents yang sgt memahami keadaan saya, dan memberikan kata-kata peransang untuk saya sihat semula agar mereka boleh melihat Teacher Watie menjadi ceria kembali.. :) Saya sangat menghargainya.

Photo: Waiting to be warded :-(
Ketika ini, saya baru sahaja menerima neb utk kali ke 2,  di klinik sekali, bila sampai hospital, Doktor bagi lagi. Saya di tahan di observation ward, dan ketika ini saya sedang menaip msg untuk semua para ibu bapa @ Playgroup GBOB. Muka toyaaa jerr...

Alhamdullillah, kesihatan saya beransur pulih berkat doa yang tidak putus-putus dari semua. Lawatan yang dilakukan oleh keluarga, rakan-rakan dan anak-anak syurga saya yang berkesempatan melawat saya di Hospital menaikkan kembali semangat saya untuk cepat-cepat pulih dan kembali aktif bersama menyampaikan ilmu Allah SWT, dunia dan akhirat pada mereka. Rasa terharu dan disayangi lah sangat, segan pun yer, macamlah sakit teruk sgt yerk sampai nak kena tahan wad .. hehehe.. malu jer anak murid dtg tgk Teacher selebet dock! Hihihi.. Tapi best bila dorang still kenal saya, mana yg macam blur-blur tuh, bila saya nyanyi lagu tema setiap minggu, terus pandang muka saya lama-lama pastu cam nak cakap, "Erkkk...apsal Aunty ni tau lagu skolah aku????" Hhahaha.. pastu baru anak-anak saya tuh perasan sayalah Teacher yang selalu mereka dambakan setiap minggu. Ewaaaahhhh..poyonya! Hahahhaaha..


Furqan dan Mommy serta Daddy yang turut datang melawat Teacher Watie. Tq sayang ...Teacher sangat2 menghargainya ..:)

Dan di saat ini, saya amat merindukan anak-anak syurga saya di rumah- Qarissa dan Quzayra. Buat pertama kalinya tidur saya tidak ditemani kedua-dua anak syurga itu. Saya agak risau kerana Zayra masih mencari susunya di waktu malam. Apakan daya, untuk saya sihat dengan lebih cepat, saya terpaksa berkorban. Saya rindukan peluk cium Zayra dan Qarissa di waktu malam, walaupun lasak ketika tidur, saya gembira, kerana itulah tanda anak saya ada disamping saya, kadang-kadang ada di atas dada, kadang-kadang di bawah ketiak, dicelah kaki, kepala di bawah kaki di atas dan pernah juga "kakinya di mukaku". Hhehehhe.. Saya bernasib baik kerana anak-anak juga sangat manja dengan Daddynya, jika salah seorang dr kami ada, sekurang-kurangnya tidaklah mereka terasa sangat ketiadaan saya selama 2-3 hari ini. Sebagai pengubat rindu, saya mainkan kembali video-video di You Tube untuk melihat keletah Zayra yang selalu saya rindukan. :) Saya suka sekali video di bawah ini. Sambil membebel, sambil terselit keyakinan Zayra tentang tangannya yang diberi Allah. Yakin sekali anak syurga itu kan...:) Zayra memang kebanggaan Mommy ..:)

Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya saya apabila anak-anak syurga saya ini melawat saya pada hari Ahad, dua malam saya tidak bersama mereka benar2 membuatkan saya rinduuuuu...:(



Video Zayra menjadi pengubat kerinduan saya di hospital, keletah serta mulutnya yang petah berborak dengan saya membuatkan saya begitu rindu ingin bermain dan melayan kerenahnya ..:)

Suami saya juga begitu supportive dalam waktu-waktu yg amat saya perlukan ini. Saya sgt menghargainya dan yang menyeronokkan saya, ketika suami menemani saya di Hospital tanpa kehadiran anak-anak (*thanks to my new maid too yg menjaga anak-anak saya dengan baik..), kami menghabiskan masa berkualiti berdua yang mana jarang juga dapat berdua-duaan begitu sejak beranak-pinak ni. Hehehhe..Semua suami isteri yg dah ada anak pasti tahu yang "our precious" time antara suami dan isteri berdua tidak banyak sedikit pasti akan berkurangan bila adanya anak-anak sebagai penyeri rumahtangga. Nak berjalan berpegang tangan berdua pun kengkadang susah ..sebab nak pegang anak-anak yg sentiasa inginkan ibu atau ayah memegang tangan mereka ketika berjalan. Mana yg nak berdukung, yg nak menyusu .. yang nak perhatian..heheheh.. saya ni kalau anak-anak nampak saya nak peluk manja-manja ngan Daddy dorang pun, dorang jeles tau! Tak boleh nak peluk-peluk depan dorang, memang kena marahlah jawabnya .. hehehhe..Adoiiilahhh...!

Setiap kali bergambar, anak pasti ada sama, kalau nak amik gambar romantik @ peluk-peluk, kena buat cepat-cepat sebelum mereka lari bekejar pada kami atau amik gambar masa anak-anak takder depan mata. Heheheh..*gambar semasa hari raya baru-baru ini- hubby bg nama temanya- Kotak-kotak cinta..hehehe*

Saya berdoa dan berharap anda juga tolong doakan agar saya cepat sembuh dan dapat kembali berbakti demi anak bangsa Malaysia, Insya Allah ..Terima kasih sekali lagi di atas sokongan yang tidak putus-putus dari semua. Dari lubuk hati saya yang paling dalam, saya amat menghargainya . :) XOXO...

post signature
post signature

Wednesday, August 29, 2012

Seminar ECE 17 September 2012: Pendaftaran Di Buka Sekarang!

Seperti yang saya beritahu siang tadi di Fanpage Genius Baby On Board, saya dengan ini membuka pendaftaran untuk Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk bulan September, seminar yang ketiga yang di adakan pada tahun 2012 ini. Seminar yang bertajuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Pertumbuhan Otak Bayi ini akan dijalankan pada 17 September 2012, iaitu pada hari Isnin, sempena cuti ganti Hari Malaysia yang jatuh pada hari Ahad 16 Sept 2012.

Seperti Seminar yang lepas, kali ini juga saya akan mengadakan Seminar ini pada waktu pagi. Saya rasa jika saya lakukan Seminar ini pada waktu pagi, saya ada banyak masa untuk melayani pertanyaan dari para peserta saya. Harus saya ingatkan pada bakal peserta yang kemungkinan besar Seminar ini akan tamat lebih lewat dari yang dijadualkan kerana ia bergantung kepada sessi Q & A dan sharing dari para peserta yang hadir. Saya harap agar sesiapa yang berniat untuk menghadirkan diri di Seminar ini agar tidak membuat sebarang appointment dengan pihak lain di sebelah petang bg mengelakkan anda kelam kabut pada hari tersebut. Make sure every penny you spend to come to this Seminar worth okeh! So all of us akan puas hati, Insya Allah ..:)

Di bawah ini adalah maklumat tentang Seminar yang bakal diadakan:

Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh: 17 September 2012 (Isnin)
Masa: 10.00 pg - 3 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
Alamat: Genius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 5 September 2012 (Rabu), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *
Pakej Suami Isteri: RM 350 / couple. (Jika anda mendaftar awal @ Early Bird, sila gunakan harga RM 170/pax di atas. )

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387

Sila emelkan bukti pembayaran anda ke geniusbabyonboard@gmail.com dan pihak kami akan mengemelkan borang penyertaan kepada anda untuk di sini bagi proses penyediaan Sijil Kehadiran. Siapa yang patut hadir di Seminar ini?


  • Ibu & Bapa @ Penjaga Anak-anak Syurga:)
  • Guru-guru Taska @ Tadika
  • Ibu Mengandung & Bakal Ayah
  • Mereka yang berminat dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Semua yang terlibat dalam tumbesaran bayi & anak-anak anak sehingga usia 6 tahun.


Semoga anda mengambil kesempatan dan sisa-sisa masa yang masih ada untuk menambah ilmu dalam membesarkan anak-anak syurga anda. Memandangkan Watie begitu sibuk di hujung minggu dengan kelas Playgroup, Watie menggunakan sepenuhnya masa cuti ganti pada hari biasa untuk menjalankan Seminar ini agar ilmu & pengalaman yang saya ada dapat dikongsi dengan anda semua, semoga Allah SWT memberkati usaha ini dan kita semua diberi kesihatan dan kelapangan masa untuk sama-sama menambah dan berkongsi pengetahuan, Insya Allah.

Jumpa anda di GBOB!

post signature

Saturday, April 28, 2012

Pengumuman: SEMUA GAMBAR DI BLOG GBOB & GENIUS QARISSA HILANG!

Sesiapa yang mengikuti perkembangan blog ini hari demi hari pasti akan perasan yang gambar2 di blog ini secara tiba2 hilang sejak seminggu dua yang lalu dan digantikan dengan bentuk empat segi sama bertanda seruan dalam segitiga seperti di bawah. Saya dengan rasa sedihnya ingin memberitahu yang semua gambar di dalam blog ini telah hilang dari pangkalan data Blogger & Picasa Web. 


Logo ini menunjukkan yang semua gambar sudah dibuang secara permanent di Picasa Web

Pada mulanya, saya tidak perasan akan hal ini, tapi apabila saya melayari laman blog ini melalui hp, saya dapati begitu banyak logo di atas, untuk hampir kesemua entry dan gambar yang saya ada. Saya ingatkan ia mungkin untuk 1-2 hari sahaja, tapi nampaknya sudah berminggu masih begitu. Saya nak hubungi designer saya, Jiji, tak dapat pula sejak 3-4 hari lepas untuk bertanyakan hal ini kerana header GBOB dan Genius Qarissa juga hilang secara tiba2. Kerana tidak mahu menunggu, saya membuat searching sendiri di internet, mengapa perkara ini berlaku. Alangkah terkejutnya saya bila mendapati yang bukan saya seorang menghadapi masalah ini, tetapi ramai juga blogger terutama di luar negara menghadapi masalah yang sama. Apa yang lebih menyedihkan, semua gambar tersebut HILANG TANPA DAPAT DIKESAN DAN SAYA TIDAK BOLEH  MENDAPATKANNYA SEMULA!



Melalui forum itu juga, saya dapati ada dua sebab perkara ini berlaku dan saya dapat rasakan dalam kes saya, ianya berlaku kerana suami saya secara tidak sengaja telah memadam semua gambar dalam hp saya, ketika kami trade in hp SII saya 2 minggu lepas. Secara mudahnya ia begini - Masa saya beli SII dulu, saya synchronisekan semua emel saya di hp tersebut, saya terkejut bila dapati yang semua gambar2 di blog GBOB & Blog Personal saya ada dalam hp tersebut. Saya langsung tak sangka yang sebenarnya ia adalah gambar2 di Picasa Web yang Blogger gunakan sebagai platform ketika kita masukkan gambar terus melalui komputer. Bila saya nak trade in untuk ambil Note, hubby saya transfer semua gambar yang ada di hp tersebut, dan kemudian delete semua album yang ada. Mungkin tanpa sengaja, hubby terdelete sama album Picasa tersebut tanpa mengetahui yang ia akan menyebabkan SEMUA gambar yang saya upload direct dari komputer masa saya buat entry dulu akan hilang!. Yang geram tuh, Blogger langsung tak bg amaran ketika nak delete tu (macam dalam Google+). Ramai juga pelanggan yang marah dan bg komen yang sama, sepatutnya Blogger bgtau yang jika kita delete album di hp, ia akan menyebabkan album Picasa Web akan hilang dan ini bermakna gambar di blog juga hilang. Saya tidak tahu yang Blogger menggunakan Picasa Web sebagai platform ketika kita upload gambar direct from komputer ke blog sehinggalah hari ini!

Saya juga dapati, ada gambar2 yang tidak hilang di blog ini dan semua gambar tersebut bukannya di host di Picasa Web tetapi di server2 lain seperti Facebook, Photobucket dan sebagainya. Memang saya sgt sedih dan kecewa, walaupun saya mempunyai backup gambar2 tersebut di hard disk saya, tetapi untuk saya retrieve dan memasukkan semula mengikut tajuk di entry satu demi satu dari tahun 2009 bukanlah satu kerja yang mudah!! Entah bila agaknya akan siap yer? Hu hu hu .. kecewa sangat ...:(

Dalam masa yang sama, saya harus berfikiran positif dan satu2nya sebab untuk saya bersyukur ianya berlaku adalah memandangkan SEMUA gambar telah hilang, ini juga bermakna gambar saya yg tidak bertudung sebelum ini juga lenyap! Memang sudah lama saya berniat untuk cek satu demi satu entry di blog saya, dan mengeluarkan gambar-gambar saya dahulu, terutama di blog personal, tetapi masa sering mencemburui saya dan ia tertangguh hinggalah Allah SWT "membantu" memudahkan kerja saya! Ironiknya kan...padan muka aku! Huuhhuu...



Saya akan cuba memasukkan semula gambar2 di blog ini agar pembaca semua dapat maklumat yang lebih jelas terutamanya produk2  dan consultation pendidikan awal kanak-kanak yang saya kongsikan selama ini. Ia sudah pasti mengambil masa yang sangat2 lama dan saya tidak mahu meletakkan sebarang target. Ia bergantung kepada masa dan kesibukan saya untuk mencari semula semua gambar yang berkaitan dan memasukkan semula secara manual. Sekiranya ada mana2 entry yang tiada gambar dan anda ingin melihat gambar bagi membantu anda memahami dengan lebih jelas entry yang saya tulis, sila msg saya di geniusbabyonboard@gmail.com atau sms saya di talian 016-2033340. Insya Allah, saya akan cuba memasukkan gambar mengikut tahap kepentingannya. 

Saya juga dalam proses mendapatkan semula header dan background blog ini melalui designer saya. Insya Allah dapat waktu terdekat ini, ia akan kembali pulih seperti biasa. Semoga blog ini akan ceria seperti sediakala walaupun entry2 lama banyak yg tiada gambar.. Huhuhu..pedih hati bila ingat..:(

Saya ceritakan pengalaman saya di entry ini agar anda boleh alert dengan perkara ini dan semoga ianya tidak berlaku di blog anda juga. Hati2 ketika synchronise kan hp dengan emel, dan pastikan jgn terdelete gambar2 yang ada di hp sesuka hati. Cek dulu yang ia bukannya gambar di Picasa Web jika tak mahu menggigit jari seperti saya. Ada satu lagi sebab yang akan menyebabkan gambar ada hilang di blog, iaitu jika anda upgrade ke Google+. Saya tidak begitu faham bagaimana Google + ini dapat menyebabkan gambar2 hilang, mungin anda boleh buat research di internet dan saya juga sertakan link untuk anda baca seperti di bawah. Mungkin ia boleh membantu. 

Google plus photos

http://www.bloggersentral.com/2011/08/google-plus-picasa-and-blogger-missing.html

Saya tidak tahu ini tips yang baik atau tidak, tapi sekarang saya lebih suka bukak gambar di Facebook (yang telah saya upload sebelumnya), klik kanan, copy gambar yang saya suka dan terus paste ke entry Blog saya. Selagi saya tak delete album di FB dan selagi FB wujud, selagi itulah gambar tersebut ada di blog ini, Insya Allah.. mungkin juga anda boleh buat begitu, instead of directly upload from your computer, untuk elakkan kejadian2 "ngeri" seperti ini berlaku. Hehehehe.. cer try test kay .! 

post signature
post signature

Friday, March 30, 2012

Seminar ECE 1 Mei 2012: Pendaftaran Di Buka Sekarang!!


Seperti yang saya beritahu siang tadi,  saya dengan ini membuka pendaftaran untuk Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk bulan Mei, seminar yang kedua yang di adakan pada tahun 2012 ini. Seminar yang bertajuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Pertumbuhan Otak Bayi ini akan dijalankan pada 1 Mei 2012, bersamaan dengan cuti umum yang jatuh pada hari Selasa.. Sengaja saya memberitahu anda pada akhir bulan Mac supaya mereka yang berminat mempunyai masa untuk mengumpul wang bagi menghadiri Seminar ini.:) Kalau nak jimat lagi, register sebagai Early Birds dan boleh jimat lebih lagi!

Seperti Seminar yang lepas, kali ini juga saya akan mengadakan Seminar ini pada waktu pagi. Saya rasa jika saya lakukan Seminar ini pada waktu pagi, saya ada banyak masa untuk melayani pertanyaan dari para peserta saya. Harus saya ingatkan pada bakal peserta yang kemungkinan besar Seminar ini akan tamat lebih lewat dari yang dijadualkan kerana ia bergantung kepada sessi Q & A dan sharing dari para peserta yang hadir. Saya harap agar sesiapa yang berniat untuk menghadirkan diri di Seminar ini agar tidak membuat sebarang appointment dengan pihak lain di sebelah petang bg mengelakkan anda kelam kabut pada hari tersebut. Make sure every penny you spend to come to this Seminar worth okeh! So all of us akan puas hati, Insya Allah ..:) 

Di bawah ini adalah maklumat tentang Seminar yang bakal diadakan:



Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi 
Tarikh:  1 Mei 2012 (Selasa)
Masa: 10.00 pg - 3 pm ( mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 15 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
AlamatGenius Baby On Board, No 47-2, Wisma Bling Lustre, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong, 47120 Selangor.
* untuk mereka yang membayar sebelum 15 April 2012 (Ahad), anda hanya perlu membayar RM 170 sahaja as an Early Bird Price. *
Pakej Suami IsteriRM 350 / couple. (Jika anda mendaftar awal @ Early Bird, sila gunakan harga RM 170/pax di atas. )

No akaun Genius Baby Resources:
CIMB: 1290 000 1364 0559
MBB: 5628 4310 1387

Saya melihat kembali entry yang saya tulis sebelum ini dan membacanya bait demi bait. Tentang betapa pentingnya ECE itu, dan ia bukan lagi sesuatu yang OPTIONAL tetapi adalah satu HAK yang wajib kita tunaikan sebagai ibu bapa dalam  menjaga amanah Allah SWT. Dan sungguh! Saya rasa terkesan dengan  penulisan itu, dan saya suka sekali ingin berkongsi bersama anda sekali lagi. Mungkin kali ini dan juga pada masa akan datang. Kerana kita ini mudah LUPA, dan seringkali tersasar. Dengan pembacaan yang berulang-ulang, berkali-kali, Insya Allah, kita akan ingat apa tujuan kita memberikan pendidikan awal ini kepada anak-anak. Apa nawaitu kita, dan bagaimana kita bertindak mengatasi cabaran-cabaran yang mungkin berlaku di sepanjang proses perkembangan anak-anak kita. So here we go ...let us remind ourself again & again ...:)

***************************************************************

Berkenaan Seminar ECE pula, Watie memang agak teruja dan berdebar juga, almaklumlah, dah lama juga tak buat Seminar kan.. ehhehe.. teruja sgt sebab ada banyak mender nak kongsi dengan para ibu bapa ni semua, kerana pengalaman Watie pun dah bertambah seiring dengan pertambahan usia (tua dah aku ni noksss..), pengalaman sendiri dan pengalaman org lain, ujikaji dan research serta penemuan sendiri melalui anak-anak dan pelajar-pelajar Watie membuatkan Watie rasa ECE ini bukan lagi sesuatu yang optional atau pilihan pada ibu bapa, bukan lagi sesuatu yang "kita buat kerana org lain buat", bukan lagi sesuatu yang "kalau ada masa buat baru nak buat", bukan lagi "tunggu dia besar lah baru htr sekolah, kesian nak pressure anak-anak kecil" dan 1001 lagi ALASAN yang diberikan semata-mata untuk menutup kelemahan diri kerana tidak berjaya mengaplikasikan ECE pada anak-anak. Pendidikan awal kanak-kanak adalah satu HAK, HAK dan HAK anak-anak kita yang TIDAK BOLEH KITA ABAIKAN SAMA SEKALI walau sesibuk mana pun kita, walau sebesar @ sekecil mana pun pangkat kita, walau sebesar @ sekecil mana pun gaji yg kita terima setiap bulan! Ini adalah HAK yang WAJIB kita tunaikan pada setiap anak-anak kita, tidak kira apa saja kelebihan dan kekurangan yang ada pada anak kita. Jangan sebab anak kita ada sedikit kekurangan dari segi fizikal, percakapan, perbuatan, perangai atau apa sahaja yg kita rasakan "memberi masalah", kita abaikan HAK anak kita dan kemudian menyalahkan takdir. Lepas tuh, dengan nada merendah diri (kononnya..) kita kata "Saya redha!". Gunalah bahasa dengan betul. Jgn cakap "Saya redha" selagi kita belum berusaha sehabis baik merubah keadaan. Dalam bahasa direct yg saya nak guna *maaf kalau ada yg tak suka, sila baca dengan gaya kerek, hehhee* "DEAL WITH IT!!!" Itulah warna warni kehidupan kita. Itulah yg harus kita hadapi dalam membesarkan anak-anak. Apabila kita sudah lakukan sehabis baik, sepenuh daya dan adanya perubahan *walaupun sedikit* dalam diri anak kita, ia adalah satu ganjaran yang lebih besar daripada wang berjuta! It's priceless, believe me!


Kenapa Watie cakap macam ni? Kerana Watie dah melaluinya dan masih berusaha membantu anak Watie dealing with her deficiency, sebab tu Watie berani cakap. Kalau sapa masih ingat, Watie ada ceritakan dalam entry INI bagaimana perlakuan @ behaviour Qarissa berubah selepas ketiadaan maid, dia tantrum dengan  sangat teruk secara tiba-tiba, ditambah pula dia agak lambat bercakap dan tidak sesosial seperti mana yang Watie inginkan walaupun dari usia seawal 3 bulan, Watie dah bawa dia ke Gymboree untuk bersosial. She's ok with friends but most of the time she like to be alone. Then, bila campur dengan anak-anak my eldest sister masa awal2 Watie takder maid dulu, baru nampak yg Q needs help in social & interaction skills, lebih lagi dari apa yang Watie lakukan selama ini. Straight away Watie bawak Qarissa to diagnose her sebab nampak ada tanda-tanda ASD (Autistic Symptom Disorder) dalam dirinya. First diagnosed, Doktor kata its a mild one on behaviour and speech dan ada banyak faktor luaran yang mungkin menjadi penyebab berlakunya keadaan sedemikian, lagipun its too early to tell sebab Q baru 2 tahun 9 bulan masa tu. Then the 2nd appnt & diagnosed at 3 years 3 months, Dr kata she's not an ASD and very normal for children to act & behave like that *kena bebel summore sebab dia kata I anxious  sgt*. Apa pun istilah, label atau komen yang Doktor berikan, hanya satu yang bermain di kepala Watie ketika itu, "HOW I CAN HELP MY DAUGHTER  TO OVERCOME THIS & BECOME BETTER?" Seriously, itu sahaja yang Watie fikirkan ketika itu. Yang lain tolak tepi! Of course, as a mother, ada sedikit rasa terkilan kerana perkembangan sosial & komunikasi anak kita agak kurang berbanding anak orang lain walaupun kelebihannya yg sangat ketara adalah her reading skills, tapi dah namanya pun manusia, kita tidak akan pernah puas! But again...Watie tidak sekali-kali membenarkan perasaan terkilan itu menghalang Watie dari melakukan apa yang sepatutnya Watie lakukan as a mother. Bersyukur juga kerana Watie bergiat dalam bidang ECE consultation & motivation, Watie dapat merubah keadaan negatif kepada positif  dengan cepat dan back on track as soon as I know my daughter needs help. Kerana apa?? Kerana Watie tahu itu adalah HAK anak Watie untuk dapat rawatan yang terbaik dalam mengatasi kekurangan dirinya. Hingga kini, Watie masih lagi membantu bukan sahaja Qarissa, tetapi juga Zayra dalam melayari kehidupan kanak-kanak mereka dengan penuh gembira dan penuh dgn ilmu serta skill kehidupan tanpa mereka sedari - kerana semuanya dalam bentuk PERMAINAN dan TANPA TEKANAN! Ia tidak akan terhenti setakat ini, ia akan berterusan sehinggalah mereka boleh berdikari sendiri, tidak kira berapa lama masa yang mereka perlukan untuk berdikari sendiri. Dan apabila perubahan positif dalam diri Qarissa berlaku hari demi hari dengan penuh kejaiban, ia adalah satu momen indah yang tidak dapat diganti dengan segunung  @ selautan wang, intan mahupun berlian! Its totally priceless that I can't describe in words!! Itulah kepuasan hakiki yang Watie rasakan sebagai seorang ibu. From time to time, pasti akan ada sahaja kerenah anak kita yang kita sendiri tidak dapat gambarkan atau bayangkan apa yang akan berlaku di masa akan datang, tetapi kita pasti akan mengharungi dengan penuh gigih tanpa mengeluh sedikitpun kerana kita tahu, kita sudah pun menunaikan HAK anak kita untuk mendapat yang TERBAIK dalam hidupnya!

Mesti pembaca semua pelik kan, kenapa si Watie ni membebel bukan main panjang mukadimahnya, dan ianya hampir tiada kaitan dengan Seminar yang bakal dilakukan? Hehehe.. If you think that this whole story  is not related at all,  let me tell you that you're TOTALLY WRONG!! my dear readers. Yesss!! This Seminar is NOT ABOUT YOUR GENIUS CHILD! It's ABOUT YOU!!! It's ALL ABOUT YOU! Anda tidak perlu risaukan anak anda di rumah, mereka baik-baik sahaja, mereka memang genius! Apa yang sepatutnya anda risaukan adalah DIRI ANDA SENDIRI!!! How you change your mindset towards the ECE that counts! Itu yang sepatutnya perlu anda risaukan sekarang! Bagaimana anda melihat betapa pentingnya ECE dalam kehidupan awal anak anda sehingga anda sanggup mengenepikan masa anda, wang ringgit anda dan tenaga anda hanya untuk  "belajar menjadi bayi dan kanak-kanak semula??" Selepas anda faham betul-betul tentang perkara ini, percayalah cakap saya, "YOU WILL DO ANYTHING WITHIN YOUR POWER & WHATEVER IT TAKES TO GIVE THE BEST FOR YOUR CHILD!!!"

Saya terpanggil untuk menulis entry dengan gaya begini kerana saya dapati sgt ramai, terlalu ramai ibu bapa yang inginkan anak mereka menjadi pandai, bijak, cerdik, smart, genius dan pelbagai istilah lagi sehingga mereka terlupa bahawa ANAK ITU SEMEMANGNYA DILAHIRKAN GENIUS!!! Mereka terlupa bahawa MEREKALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENJADIKAN ANAK MEREKA TIDAK GENIUS LAGI! Apa yang terakam dalam otak dan minda kita selama ini sebagai ibu bapa adalah - "25 A1 adalah GENIUS!" atau "Masuk OXFORD di usia 10 tahun adalah GENIUS!" atau "Membaca di usia 1 tahun adalah GENIUS!!" *erkkk..macam perli diri sendiri jer..?ekkekek..and the list goes on...Biarlah saya berterus-terang di sini. Anda TIDAK AKAN DAPAT ITU di SEMINAR saya. Apa yang anda akan dapat adalah satu kesedaran dan keinsafan betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, betapa singkatnya masa yang kita ada dalam menunaikan HAK anak-anak kita dan mengapa kita harus melakukan semua ini di awal-awal kehidupan mereka. Its a TURNING POINT for all of you, I can say that. Ia akan merubah pandangan anda 100% terhadap pendidikan awal itu sendiri. Dan, Insya Allah, anda akan jadi org yg berbeza selepas anda melangkah keluar dari pejabat GENIUS BABY ON BOARD nanti. Anda adalah ibu bapa yang baru, yang mengerti kenapa anda harus  memberi pendidikan awal kepada anak-anak, anda tidak lagi memandang enteng atau memandang rendah pada ECE atau lebih teruk lagi, mengutuk atau memperlekehkan mereka yang mengaplikasikan ECE pada anak masing-masing. Kerana anda sudah betul-betul mengerti apa ECE itu sebenarnya. Ia lebih besar dari 25A1 yang anda harapkan dari anak anda, lebih penting dari masuk Oxford di usia 10 tahun yang anda impikan akan berlaku dalam kehidupan anak anda malah lebih bermakna dari membaca di usia 1 tahun yang anda inginkan dari anak anda. Ia sememangnya lebih dari itu pembaca yang tersayang. Percayalah, ia lebih dari itu..Sebab itu saya katakan -  It's NOT About Your GENIUS Child, It's All About YOU! 


Something to think about before I end the entry:

  • Jika saya tidak mengubah diri saya menjadi lebih POSITIF tatkala mendengar khabar yang anak kedua kesayangan saya cacat di tangan kanan ketika kelahirannya, adakah anda rasa saya akan kembali berblog? Mewarwarkan dan memberitahu kepada dunia seolah-olah bangga bahawa anak kedua saya dilahirkan kekurangan dari segi fizikal, yang mana ketika itu nama saya sudah agak dikenali ramai dikalangan para bloggers yang mengikuti kisah anak sulung saya?? 
  • Jika saya rasa saya ini sudah CUKUP BAGUS dan PAKAR dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, adakah anda rasa saya akan berterus terang pada anda semua, hakikat yang saya juga ada melakukan kesilapan yg saya akui dalam entry "Mencacatkan Anak Sendiri", yang dibaca ribuan orang hujung tahun lepas? Bukankah ia seperti "membuka pekung di dada" kepada seluruh dunia, yang mana artikel tersebut turut di kongsi bersama rakan-rakan & keluarga terdekat, sedangkan ketika itu saya sudah mempunyai follower tegar, samada secara nyata dan silent reader, saya juga ada pelanggan tetap dan perniagaan yang berkaitan dengan ECE seperti Playgroup, Seminar & Bengkel? Mengapa harus saya berbuat begitu?
  • Jika saya ambil mudah, ego dan berada dalam "in denial" state tatkala saya menyedari yang anak sulung saya memerlukan bantuan dari segi social dan interaction, adakah anda rasa saya akan segera berjumpa Doktor di PPUM utk mendiagnosis anak saya, dan demand pada Doktor Kanak-Kanak di sana yang saya inginkan Sessi Occupational Therapy untuk saya dan anak hadiri bersama bagi membantu mengatasi kekurangan tersebut? Bukan itu sahaja, walaupun pertemuan kali kedua dengan Doktor mengatakan yang anak sulung saya ok-ok sahaja, nothing to worried about, saya masih tetap mahu hadir ke Sessi Therapy tersebut dan melakukan aktiviti-aktiviti permainan dengan lebih fokus yg khusus untuk meningkatkan skill anak saya di rumah. Kenapa harus bersusah payah selepas diberitahu berita gembira itu? 
Hanya SATU SAHAJA jawapan untuk semua soalan di atas  iaitu : It's ALL ABOUT ME!! Saya yang menentukan apa yang saya ingin lakukan terhadap kehidupan saya dan kehidupan anak-anak kecil saya! Saya mengambil sikap - Sebelum saya mengubah anak-anak saya, keluarga saya, mengubah anda semua dan mengubah orang lain, saya MESTI mengubah diri saya sendiri! Saya mesti melawan rasa takut saya, rasa malu saya, saya negatif dalam diri saya dan segala macam perasaan berbaur yang timbul ketika berada dalam situasi-situasi yang boleh dikatakan "sukar" seperti di atas. Sememangnya ia sgt mencabar, dan seperti yang saya tulis dalam rangkap kelima di atas, itulah yang saya katakan pada diri saya sendiri setiap kali saya berhadapan dengan situasi seperti ini - "DEAL WITH IT! DEAL WITH IT WATIE!", dan secara perlahan-lahan, saya berjaya mengusai akal dan fikiran saya untuk melakukan perkara yang harus saya lakukan sebagai seorang ibu, kerana saya cuba sedaya upaya saya untuk meletakkan HAK anak-anak saya ditempat yang sepatutnya ia diletakkan. 

Melalui cerita-cerita dalam entry saya selama ini, anda boleh lihat yang saya lebih suka gunakan pengalaman saya sendiri kerana secara peribadi, itu lebih berkesan kerana saya bercerita dari hati. Lagipun, saya berpendapat yang blog ini juga adalah diari kehidupan saya dengan keluarga dan anak-anak, bila mereka besar nanti, saya ingin mereka baca apa yang telah saya lalui sepanjang membesarkan mereka dan saya ingin mereka tahu yang saya bangga menjadi ibu mereka walau siapa pun mereka, walau bagaimana pun keadaan dan tingkah laku mereka ketika kecil. Di samping itu juga, saya ingin semua pembaca saya tahu yang saya ini juga ibu biasa, sama seperti anda semua, yang mungkin melakukan kesilapan dengan anak-anak tanpa saya sedari, yang kadangkala saya gagal mengawal emosi marah saya ketika anak-anak saya buat perangai, dan kemudian saya melakukan perkara yang membuatkan saya menyesal ketika emosi saya kembali stabil. Kita semua manusia biasa, kesilapan itu sering saja melingkari hidup kita, walaupun betapa bagusnya kita, walaupun betapa hebatnya kita di mata orang. Saya ingin anda tahu yang tiada sesiapa pun yang sempurna di sini, saya buat silap, anda juga buat silap. Apa yang lebih penting, adalah MENYEDARI KESILAPAN itu dan BERUSAHA MEMPERBAIKINYA secepat mungkin. Ia bukannya mudah, itu saya akui, kita semua ada ego masing-masing, bagaimana kita mengawal ego dalam kembara mencari satu ilmu yang sebelum ini tidak pernah @ kurang kita ambil tahu, bukanlah sesuatu yang mudah. Terus terang saya katakan, satu ketika dahulu, saya bukanlah WATIE seperti yang anda kenal sekarang dr segi "tahap kesabaran" dengan anak-anak kecil. :)   Siapa sangka, kini saya dikelilingi bayi dan kanak-kanak hampir setiap hari. Dan saya percaya, ianya kerana frasa "It's All About ME!". Saya yang inginkan ianya berlaku, saya sedia berubah demi untuk memastikan ianya berlaku dan saya sanggup menghadapi cabarannya kerana sayalah yang menentukan, membenarkan dan merelakan ianya berlaku dalam hidup saya. Anda bagaimana? Bersediakah anda berubah demi anak anda???


***************************************************************
Jika  YA, jumpa saya di Seminar ini pada 1 Mei 2012 - Selasa @ 10 am. Cuti hari pekerja, dan kita bekerja untuk membahagiakan anak & keluarga, maka ambillah kesempatan hari cuti ini untuk mendapatkan satu ilmu yang sangat berguna, sebagai pelaburan untuk anda gunakan bukan hanya untuk anak yang ada, tapi juga untuk anak yang bakal tiba di masa akan datang, Insya Allah ..:) Jumpa anda 1 Mei ini..Salam sayang..

post signature

post signature

Friday, March 16, 2012

Apalah Nasib: Identiti Saya Di Curi Lagi!


Yer, identiti saya di curi lagi. Kalau dulu, wajah saya digunakan sebagai profile picture di laman sosial TAGGED, Kali ini sebagai testimoni produk kecantikan pula! Saya tidak mahu mendedahkan produk tersebut di sini kerana pemilik perniagaan produk kecantikan itu sudahpun meminta maaf secara peribadi kepada saya di atas insiden yang memalukan ini, dan memenuhi tuntuan saya untuk membuat kenyataan secara terbuka di laman Fanpage beliau selepas saya melempiaskan rasa kecewa saya di laman Facebook mengenai dan membuat satu album mengenainya serta bukti-bukti yang ada. Walaupun saya berasa ralat kerana beliau tidak dapat memberikan bukti dari mana beliau menerima gambar tersebut, kerana menurut beliau, ianya diberi melalui emel di FB tetapi FB nya kini tidak dapat dibuka, saya menghargai permintaan maaf darinya, maka saya rasa tidaklah perlu hal ini diperbesarkan lagi, cuma saya menulis di laman blog ini, hanya untuk memberitahu para pembaca agar tidak mudah terpedaya dengan apa yang anda lihat kerana belum tentu ianya benar.


JANGAN GELAK DULU!! *Hahahaha..saya tahu anda dah gelak sebab saya pun gelak tgk!!*Saya dah edit gambar ni sebab masa ni saya belum bertudung..so saya tunjuk muka jer lah yer ..:) Saya tak reti edit, so pakai belasah jer guna Paint dan conteng mana yang patut! kekke..Inilah gambar saya yang dicuri dan digunakan sebagai testimoni kononnya saya menggunakan PRODUK X .Hambek ko! Sapa yang tak terliur nak beli produk kalau dulu jerawat macam kulit durian banyaknya, tetiba jadi licin kan? Wakakaka..tu belum tgk yang terkini, kalau tak, mau dia ambil gambar yg terkini agaknya..:)

Saya memandang serius perkara ini kerana, ianya sangat bertentangan dengan etika perniagaan, bukan hanya  kerana menggunakan gambar tanpa kebenaran, tetapi juga kerana sememangnya saya tidak pernah menggunakan produk tersebut seumur hidup! Apatah lagi saya kini menjalankan perniagaan yang melibatkan ramai orang awam, yang sering saya jumpa, kalaulah mereka percaya yang saya memang menggunakan produk tersebut, dan mereka membelinya dengan harapan mendapat wajah idaman, tetapi kemudian tidak tercapai, siapa yang harus dipersalahkan? Tak pasal-pasal saya pula dikatakan penipu!. Kerana itu saya cukup kecewa dan marah pada saat saya diberitahu yang wajah saya digunakan sebagai testimoni. Kalau betul saya tak kisah, malah saya memang jenis promote produk yang saya rasa bagus dan berkesan dan saya dah cuba, *sapa kenal saya mesti tahu saya macam mana kan...*  tapi ini memang tak betul, manalah saya tak berangin 2  hari lepas, apatah lagi gambar tuh masa saya belum bertudung, gambar masa saya masih kerja di CRONY tahun 2005, saya baru sahaja mendirikan rumah tangga masa tu, saya tak tahulah apalah yang cantik sgt gambar tuh, sampai asyik kena curi jer. Ni pun memang rasa nak kuarkan suma gambar tuh! Tu suma  gambar peribadi yang saya gunakaan utk testimoni masa saya kerja dan buat laman web untuk syarikat saya bekerja. Dah lama giler saya tak update website tuh, saya bz sgt, takder masa pun yer, lupa camner nak edit pun ya! Huhuhuu... lama gilerr dahhh! Hampir 7 tahun! 


Ni gambar kenangan takleh lupa ..1st time saya pakai tudung, 1 hari sebelum puasa .. saja menggatal beli tudung sementara tunggu hubby htr baju melayu ..:) konon2 nak buat gempak kat my sis yg bukak exhibition kat Mid valley ..memang gempak pun ..suma terkejut beruk saya pakai tudung time nih ..what a sweet moment .. ni TANPA SEABARANG MEKAP... hehehe .. so nanti skroll dan bezakan sendiri lah yer ...:)

Nak dijadikan cerita pula, baru-baru ini, ramai sungguhlah kawan2 tanya saya pakai produk apa, kenapa muka nampak cerah, glowing, cantek, dan macam2 lah lagi komen yang saya terima, sampai sudahnya saya buat satu album pasal ni, sebab tuh bila jadi camni, saya mmg agak risau, sebab memang ada yang percaya saya pakai produk tersebut. Hu hu ..nak bina nama bukannya senang, tapi nak meruntuhkannya, sangatlah senang .. with just few clicks and sharing, everything GONE! Sebab tu saya harus bertegas dalam hal ini, untuk menjaga nama baik saya juga, sebab dah mula terfikir, entah-entah..5 tahun akan datang, album "Magic Me" dalam FB aku pun kena rembat oleh org yg tak bertanggungjawab, dan declare kata itu muka dia, semata-mata nak menang pertandingan online, atau ada yg sengaja nak gunakan gambar tuh untuk lariskan perniagaan dia. Jadi, lebih baik saya declare awal-awal. :) Sebab, saya langsung tak sangka, gambar saya kerja CRONY tuh, kemain ramai lah sgt peminatnya sampai ada yg nak amik tanpa kebenaran, memang pelik lah sgt saya rasa..ada macam2 orang dalam dunia ni rupanya .. hu hu..


Me masa baru2 pakai tudung ..bajet cantek lah jugak nih ..wkakakaka.. perasan giler noks... ni saya pakai mekap juga ...raya katakan ..., lagipun sejak saya mula bertudung, saya suka juga mekap walaupun tipis sahaja sebab takmo nampak pucat dan tak berseri:), Im deaing with people so kena juga pastikan penampilan diri kemas dan segar. :)

So, biarlah saya berterus-terang jer. Sepanjang saya kerja CRONY, memang saya pakai produk tersebut kerana sebagai staff, kami memang sgt digalakkan utk pakai produk company. Dan memang produk tuh bagus. Kulit muka saya  memang bermasalah sejak remaja lagi dan bertambah teruk bila nak kahwin. Tension sgt lah agaknya. Kerja keras cari duit nak kawin katakan..Hhahaha.. So, memang saya guna CRONY dan ada juga combination with Cellnique. Dermologica pun pernah pakai masa anak dara dulu, cakap jer brand hapa noks..mak masa muda memang habis duit beriubu riban beli barang muka tapi cantik tak jugakkk..skang dah kawin, beli susu anak lagik best!! Hhahahaha..Saya masih ingat, ada sorang stokis CRONY bgtau saya, jenis muka saya ni, kalau dah beranak baru cantik dan tak berjerawat. Saya pun iyakan jer lah, sebab memang dah fed up tgk muka sendiri. Malas aku nak panjang citer. Hhahaa.. Iyo kan jer... :P . Sekali memang betul beb! Saya ngandungkan Qarissa, masa tuh saya dah resign, siap beli stok CRONY berlambak2 sblm berhenti sebab nanti dah berhenti harga staff tak dapat lagi..wkakakka * keji giler...* , tak semena-mena, semua jerawat saya macam terkena sumpahan, sikit demi sikit hilang sampailah satu jerawat pun takder! Muka bersih giler tapi saya LANGSUNG TAK PAKAI APA2! Tersimpan jer produk saya kat rumah sebab saya memang tak guna, muka saya dah ok kan ...*malas pun yer ..pembawakan budak katakan, tak kuasa aku nak melawa...* Ramai orang tanya, saya direct jer sound, "Aku nih kalau ko tanya, pencuci muka pun takder! Aku pakai bedak talkum jer kalau nak keluar wei!". Memang 3 tahun++ saya langsung tak pakai apa2 kat muka ni. Jimat giler kos aku, mekap pun ala kadar jer. Sampailah Zayra lahir, pun masih ok muka saya, licin tanpa jerawat cuma saya perasan kulit muka saya ada bulu-bulu halus sebab dia mula nak menjadi kulit kering.


Ni pun gambar raya 2011.. raya pertama saya cam pengantin ..bajet pengantin baru ..perasan giler wei!!. hahahha..mekap itu wajib yer!! :) Tapi skang it's secondary, ada function baru pakai, kalau tak, tak koser.. hehehe


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :)

Then, last year 2011, rasanya time nak dekat puasa kot, my sister suruh I beli produk kecantikan wajah sebab dia kata, kita dah 3 series, nanti start sagging, bla..bla ..bla * macamlah aku tak tahu dah  aku kerja CRONY, bukan tu ker yang aku duk gebang hari-hari? hahahah..* then saya kata oklah, produk apa ko nak rekomen, then masa tuh akak saya baru nak try Apple Stemcell, so saya tak pikir panjang, amik jer lah terus sebab masa tuh ada promo. Produk dia cuma ada krim siang & malam tapi takder pencuci muka and toner, so saya beli pencuci muka Safi Rania (sampai skang ada lagik...hahah) dan toner dia saya beli Miracle Water SKII (pun sampai skang ada lagi..). Memang bagus produk Apple Stemcell tuh, kulit saya jadi lembap dan bersih licin, kawan-kawan ramai juga yang tegur, nampak sihat & serata warna kulit cumanya, kulit saya TAK GLOWY dan TAK CERAH. Saya sempat guna 4 botol, 2 kali pagi dan 2 kali malam. Sampailah satu malam di akhir bulan December 2011 kalau tak silap.....jeng-jeng jeng....:)


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :) With my dear genius baby Zayra on the way balik KL masa kami bercuti di Cherating bulan lepas. 

Kakak ngan adik saya duk sok-sek-sok-sek dalam bilik kat umah Along saya tuh, masa tuh saya baru sampai, every weekend mmg saya berumahtangga kat umah Along saya tuh, dan sebab saya tak puas hati apa lah pompuan dua orang ni duk ngumpat tak nak ajak aku join sama, heheheh.. saya pun terus mencelah tanpa bagi salam, "Apa ni ..apa nih ... apa korang tgh cakap ni tak ajak aku sama, cepat cerita!!!" Dan dorang pun citerlah pasal produk kecantikan yang dorang baru nak try...konon2 banyak artis pakai, *saya tak nak sebut nama terang2an, kang tak pasal2 kena saman* dan berkesan lah ..bla-bla..bla..so saya sound akak saya, "Along, hari tuh ko suh aku beli Stemcell skang ni ko plak tukar lain yerk? sabar jer!!" Pastu saya sambung, "Oh..artis ni pakai yer ..artis tu pun pakai, ah bak mai satu set meh aku try bagus sgt ker .. Apple Stemcell aku pun memang kebetulan dah nak habis nih .." Hahhahaha..kong ajau kan ..? Marah tapi pastu siap order satu. Entahlah apsal saya malam tuh terus jer order tak pikir panjang pun. Saya dapat barang tuh dalam 2 minggu, dan terus pakai sampailah sekarang, dah 3 bulan dah pun. Apa yang leh saya kata, setakat ni, memang produk tuh lah yang terbaik saya pernah try selama ni. Terbaik dan berkesan. Bukan sorang dua tegur muka saya ni ha, ramai na yg tegur tu yg sampai buat album kat FB tuh. Dari sms, emel, msg, semuanya org tanya, agaknya nampak sgt lah kot, kalau tak org tak tanya erk? Yang kelakar tuh, ayat-ayat macam, "Sejak pakai tudung ni makin lawa pulak Teacher Watie nih?" Hahhahaa..tergelak saya, yerlah, kebetulan lah kot, tak lama pas saya pakai tudung, saya bertukar pada produk ni, sebab tu lah saya amik masa juga nak cari kembali gambar2 saya yang bertudung sebelum saya pakai produk ni untuk dijadikan perbandingan. *dan sebab tu juga saya hangin bila tgk org guna  gambar saya yang dulu, masa saya tak bertudung  sebagai testimoni, kalau betul saya ni nak menipu, saya guna jer gambar lama nih, confirm senang jual wei! Sebab memang dulu muka saya banyak bulan!Hahah* 


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :)  Saya rasa sungguh poyo bila tgk gambar nih tau! Wakakaka.. Bajet cantik lah tu konon,tak koser mak nok! Hahahhaa

Dan, biarlah saya bgtau kat sini jer, penat dah nak jawab soalan orang, hehehe..saya bukan artis @ model, nak cover2 cakap tak pakai apa2, atau nak sorok-sorok bila org tanya, atau bg alasan cliche macam jaga pemakanan, senaman setiap hari, minum air cukup dan yang paling tak boleh blah tuh, kesan air smayang! Adoilaaaa...so saya bgtau jer, saya pakai TABITA. Produk from Indonesia, saya beli ngan Adik saya, dia yg jual kat saya, saya takut nak beli kat tempat lain @ dealer lain walaupun ada yang kata leh dapat harga lagi murah sebab katanya TABITA banyak ciplak. Unless saya jumpa dealer yang jual TABITA Original dgn harga yg lg murah dari adik saya jual, maybe saya bertukar dealer lah..eheheh *habis aku kena ketuk ngan adik aku nih kang! Wakakaka*.  Saya beli exclusive pack yang leh tahan 3 bulan, saya baru nak masuk set kedua, dan kesannya saya dapat lihat tak sampai sebulan saya guna, tak habis pun set pertama tuh, hasil dah nampak. Ada yang kata kalau beli direct from Indon dapat murah, saya tak tahulah tu sebab saya pun lum sempat gi Indon lagi. Kekkeke..kalau saya gi, saya jumpa yang ori dan murah harganya berbanding dgn apa yang saya beli skang, saya akan rembat banyak2 buat stok 2-3 tahun! Hahhahahaa.


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :)  This is with my genius Qarissa, pun masa balik dr Cherating bulan  lepas. 

Yang baca ni, mesti nak tanya ada peeling ker tak kan? *Aku dah tau dah soalan korang ..hehheh*. Memang ada but very mild, depends on kulit gak lah, kalau kulit memang tak pernah jaga atau pakai apa2, berkerak gak lah kot dia bersihkan. Hehhehe.. Macam saya, tak teruk pun peeling dia, halus2 jer, macam  kena sunburn, tapi bila kena matahari, tak pedih dan tak panas, biasa-biasa jer, cuma muka rasa tegang giler macam pakai mask. So, bila rasa tegang sgt tuh, saya amik Miracle Water SKII, balance yang saya ada sebelum ni, dan sapu satu muka untuk kurangkan rasa tegang tuh, dan dia akan ok as usual. Cuma untuk 2 minggu - 3 minggu jer, pastu dah takder dah. Walaupun pakai toner yang sama, dia takkan peeling dah, unless kalau lama tak pakai toner, memang bila guna balik, dia akan peeling sikit lah. Macam saya, hari tuh saya nak kuarkan kulit mati sekitar hidung, saya letak lebih2 kat sekitar hidung, cuma hidung jer lah yang keluar kulit mati yang ada bulu2 halus tuh, tempat lain tak efek pun. Dan bagusnya produk ni *sepatutnya produk2 yang claim kata dia punya produk bagus tuh sepatutnya hasil dia begini juga* , walaupun tak pakai sehari dua, atau maybe seminggu, dia takkan ada kesan yang menghodohkan lagi wajah. Macam Watie, memang selalulah lupa, kadang2 buat2 lupa nak guna krim malam, kecuali masa awal-awal lah semangat ..biasalah tuh kan ..wkakaka.. Malas sungguh rasa kalau tak betul-betul, tapi yg bestnya, walaupun tak guna, dia takder efek pun, kulit u nampak ok dan sihat je. tu yg rasa happy bila guna. Saya cukup takut kalau produk2 yang bila kita tak pakai, kulit kita akan jadi lagi teruk dari sebelum ni. Pelik kan, kalau brand yang famous2 tuh, tak kisahlah mahal ke murah, mana pernah ada kesan negatif kalau kita stop pakai atau bertukar ke produk lain. Tu yg cukup takut nak try produk sebarangan tau. Takut nanti bila stop jadi masalah pula kulit kita. ;(. 


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :) Ni masa dalam keta tgh verangan  dan snap picture sorang2..hehehe

Ok, apa yang saya nampak beza sebelum dan selepas pakai TABITA ni? Hmmm..yang paling nyata, setiap kali amik gambar, dan secara live juga, nampak GLOWY dan CERAH, in fact SANGAT CERAH & PUTIH sampai hubby tegur saya masa dia snap gambar terbaru saya kat Launching @ GBOB JB , "Hishhhh...muka kemain putih !!! " Tapi dia tak komen lebih2 sebab dia tahu dalam handbag saya dah takder compact powder. kalau ada pun, saya takkan pakai, sebab warna dah lari jauh dah dari dulu. Dulu saya verangan konon2 nak kulit ala-ala bronze, so saya belilah yang compact khas from Makeup Forever, saja gatal nak try konon2 nak jadi Beyonce, skali tak habis pakai, hubby slalu cakap dulu *sblm saya guna TABITA*, yang muka saya nampak gelap bila pakai compact tuh, *bukan gelap, bronze yer bang ..bronze...wkakkakakka*,  tapi skang, muka dah cerah, memang buruk ah kalau pakai jugak, tu yang saya tak pakai lagik.. Sayang lah jugak, banyak lagi balancenya ..tapi takperlah .. tak pakai lagi best ..ekekkek..:) Ha, mesti ada yang teringin nak tanya, kalau nak beli camner kan? Sapa nak tau lebih lanjut leh ah call adik saya, nama dia Nana kat hp ni - 0102265786, ada gak member2 & client GBOB yang nak order dr saya, boleh jer, nanti saya ambik jer dari adik saya dan bagi atau pos.:)


The new me!. WITHOUT ANY MAKEUP AT ALL. :)  Dan ini yang terbaru, masa launching kat GBOB. Sumpah masa ni saya teringin nak mekap tau ..dah lah function rasmi, nak jumpa ramai orang ..tapi ..*korang jangan senyum kambing atau gelak yer kalau saya cakap..* saya cari mekap kit saya TAK JUMPA!!!! Hadoi la...sampai skang tak jumpa ..camno aku nak mekap pasni weiii! *Saya cuma dapat pakai lipgloss jer, tuh pun  free gift dari Pink Rose Beauty sebab sapa buat urutan kat situ baru-baru ni. Teruk kan saya ni ..Belasah jer lah ..sib baik tak nampak selebet jer hari tuh. Hahahaha..Watie oh Watie ..asal boleh jer ko yerk...

So, saya harap semua jelas dan kalau ada nampak gambar saya di mana-mana laman sosial, website yang bukan saya buat sendiri, tolong ah jangan percaya tu saya ..Dan kalau anda nampak gambar2 bertudung (sebelum dan selepas) yang saya letak dalam ni kononnya digunakan untuk testimoni produk kecantikan, mintak tolong bgtau saya dan bgtau kat owner produk tuh, sebelum saya declare kat FB, semua org share kata she's trying to cheat the public, better lah dia remove kan ..Saya dah mula nak rasa letih pasal kecurian identiti ni. Kalau mak artis, mak tak kisah noksss... muka mak bersepah2 dalam Majalah dan Paper, tapi saya ni  bukan artis, saya org berniaga, sebab tuh saya agak kisah dengan hal-hal sebegini. Dan saya harap, baik usahawan lain mahupun pembeli dan orang perseorangan, janganlah ambil jalan mudah untuk melariskan produk atau mendapat perhatian dengan menggunakan identiti orang lain. Berdosa tau! Bukan setakat dosa, bila org dapat tau, dapat malu besar! Saya betul2 harap ia tidak berlaku lagi. :)

*****************************************
PENGUMUMAN TERBUKA
18 October 2012:

Saya ingin memaklumkan bahawa saya TIDAK LAGI memakai produk TABITA setelah begitu banyak rumours mengenai produk ini mengandungi merkuri dan hidrokuinon. Saya merasakan yang saya perlu membuat pengumuman terbuka setelah agak ramai pelanggan serta rakan-rakan maya bertanyakan kepada saya tentang produk ini selepas melihat entry saya. Terus-terang, saya tidak mahu merosakkan perniagaan @ menabur pasir ke dalam periuk nasi kawan-kawan lain (samada saya kenal atau tidak) yang menjual TABITA secara online atau offline, tetapi memandangkan ramai yg ingin membeli dari saya, sedangkan saya tidak menjual lagi bagi pihak adik saya, saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan terbuka ini. 

Ketika mendapat tahu tentang berita ini, saya agak risau kerana ada menjualnya pada saudara mara yang berminat dan juga rakan-rakan. Ketika ini, berita ini belum saya ketahui. Tidak lama selepas itu, ia mula tersebar di online dan rakan saya memberikan link mengenai TABITA di internet, tetapi masih belum dapat diyakini sepenuhnya, jadi saya masih tidak mahu membuat pengumuman ini secara terbuka lagi. Lebih mengelirukan apabila lab test di Indonesia itu seolah-olah telah diubahsuai. Saya menerima beberapa info dari orang yang berbeza, semuanya gambar yg sama, tapi resultnya berbeza. Ketika itu, saya pun telah berhenti memakai Smooth Lotion dan hanya memakai krim siang. Krim malam pun jarang di pakai kerana saya MALAS. *as usual, awal-awal jer gigih*. Dan Matt Finishing Tabita masih saya pakai sekali-sekala sehingga sekarang. 

Apa yang membuatkan saya percaya yang TABITA tidak selamat adalah apabila rakan saya membuat aduan di BFPK dan beliau memberikan mesej melalui FB kepada saya. Saya salinkan semula apa yang beliau berikan pada saya. Sejak dari itu, saya terus berhenti memakai produk ini dan sekali sekala menggunakan Matt Finishing TABITA. (*Matt finishing ni macam BB Cream, saya secara peribadi rasa Matt Finishing ni tidak mengandungi sebarang kandungan yang bahaya). 

Assalamualaikum wbt,

Aduan pihak puan melalui emel berkenaan Produk Tabita Skin Care kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) adalah dirujuk.

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM telah menjalankan analisa makmal forensik terhadap produk Tabita Skincare pada penghujung tahun 2011 dan mendapati salah satu jenis produk ini iaitu Tabita Smooth Lotion dikesan mengandung racun berjadual hydroquinone. Oleh kerana produk ini diimport daripada Indonesia dan terdapat ramai pengedar persendirian di Malaysia, siasatan lanjut ke atas laman web dan blogspot akan dilakukan.

Terima kasih di atas perhatian dan kerjasama pihak puan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Bahagian Aduan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-78413200 

Untuk lebih bersikap adil, saya rasa jika anda khuatir atau memerlukan maklumat lanjut, bolehlah hubungi sendiri nombor yang saya sertakan itu untuk menyemak sendiri. Selain itu, untuk lebih memuaskan hati pada mereka yang telah membeli produk ini dan rasa khuatir mengenai kandungannya, saya syorkan agar anda membawa produk anda ke Jabatan Kimia Malaysia untuk membuat ujian terhadap kandungan produk anda, krana ada juga rumours mengatakan yang Tabita banyak yang tiruan.  Anda boleh menghubungi nombor di bawah dan tanya samada mereka boleh malakukan ujian tersebut atau tidak.

Jabatan Kimia Malaysia,
Jalan Sultan
46661 Petaling Jaya, Selangor
03-7985 3000

Kepada mereka yang menjual Tabita, maafkan saya kerana saya buat Pengumuman Terbuka ini untuk memberitahu mereka yang melayari laman web ini yg saya tidak lagi memakai TABITA dan tidak lagi menjualnya, sebelum ini, setiap kali mereka message, saya balas dan memberitahu perkara yang sama, jadi lebih baik saya buat pegumuman terbuka. Langsung tidak ada niat untuk mensabotaj perniagaan anda. Terpulang lah pada pelanggan yang membaca jika masih ingin membeli, cuma saya tidak lagi menjual produk ini. Harap maklum. 

post signature
post signature

Friday, March 9, 2012

Jemputan Untuk Semua: Majlis Perasmian GBOB JB, Ahad 11 Mac 2012.

Diam tak diam, dah nak masuk hari Sabtu dah kan? Sekejap betul masa berlalu. Sekarang ni, Watie rasa memang 5 hari dari Isnin - Jumaat tuh, sangatlah cepat, rasa banyak btol mender yang tak siap, tapi dah hari Jumaat, nak masuk weekend dan Sabtu / Ahad memang hari kerja saya. Tu baru anak dua, kalau anak masuk 3-4 orang, tak tahulah bagaimana hari saya agaknya yer? Hheheheh...mau "makan tanah" jugak lah kot .. tak cukup kaki tangan nak buat semua. Baru anak dua yerk...dah kelam kabut, mak saya anak 7 ok jer relax..ehhehe.. manalah saya tak repect family yg ada lebih dr 3 anak nih ..mmg salute lah ..nak-nak ibu yang jaga sendiri anaknya tanpa bantuan maid, memang really deserve a respect! 

Minggu ni, Watie terpaksa batalkan kelas di HQ sebab Watie akan ke Johor Bharu bagi merasmikan pembukaan cawangan baru GBOB di sana pada hari esok, iaitu  Ahad, 11 Mac 2012 ini. Bukan tiada Teacher yang boleh handle kelas, tapi kalau Watie tiada dalam kelas, rasa tak sedap pula, lagipun Watie juga perlukan rehat sebelum ke JB. Nanti sampai JB muka toya dan penat pun tak best kan Hehhehe...Alhamdulillah, setakat entry ini ditulis, partner Watie Teacher Aida sudahpun memulakan kelas pertama untuk Module 1 bermula 4 Mac yang lalu. Dah ada lebih kurang 5 orang students yang mendaftar dan slot kosong masih ada 5 lagi sebelu kita tutup pendaftaran untuk Session pertama ini. Syukur saya kerana sambutan di JB juga agak menggalakkan. Banyak juga feedback dan testimoni yang diterima memberitahu yang mereka sukakan kelas Playgroup @ GBOB dan anak-anak mereka ingin datang lagi. Happy rasa. Pada parents yang baru datang Trial for the 1st time, anda boleh datang sekali lagi kerana kami membenarkan anda untuk menghadiri 2 sessi Trial sebelum membuat keputusan untuk mendaftarkan diri. Macam di Lembah Klang, GBOB HQ khasnya,, ada juga parents yang tak mahukan kelas Trial kerana mereka dah set in mind yang mereka nak join terus kelas di GBOB. Memang saya rasa terharu sekali kerana begitu tinggi kepercayaan yang diletakkan di bahu kami, mereka percaya dengan kebolehan dan pihak kami mengendalikan kelas sebegini sehingga tidak perlu untuk melihatnya terlebih dahulu walaupun saya menggalakkannya. Terus datang dan enroll. Semudah itu! Memang saya rasa sangat bangga dan dalam masa yang sama berazam untuk membuktikan yang pelaburan ibu bapa ini PASTI AKAN BERBALOI. Insya Allah.


Watie ingin mengambil kesempatan di laman blog ini untuk menjemput anda semua, terutamanya bagi mereka yang tinggal di Skudai, Johor Bharu untuk sama-sama memeriahkan majlis perasmian yang akan diadakan secara santai dan mesra ini. Watie memang orangnya jenis yang tak pandai berprotokol secara keterlaluan, Saya dah terbiasa buat program secara santai tanpa terikat dengan protokol tertentu kerana saya rasa lebih dekat dengan pengunjung yang hadir. Pada saya, beramah mesra dengan pengunjung ketika majlis saya sedang diadakan adalah sangat penting, tidak kira itu majlis peribadi atau majlis pejabat. Saya lebih suka jadi diri sendiri, yang penting, pengunjung selesa dan suka bila datang tempat saya. :) Sebab itu saya cadangkan pada Teacher Aida, agar kita buat secara santai juga, aturcara harus ada, mesti tersusun tapi santai. :) Pening jugalah Teacher Aida sekarang saya rasa, mana nak menyiapkan kelas dan menyiapkan program pada hari tersebut. Tapi saya yakin beliau mampu melakukannya, Insya Allah. 


Pada pagi Ahad tersebut, @ 10 am, Teacher Aida masih lagi membuat kelas Playgroup seperti biasa, hanya selepas kelas habis dalam tengahari, barulah majlis akan dimulakan. Insya Allah, by that time, Watie pun baru jer sampai dari KL. Just nice lah kan. semua aktiviti leh buat sblm kita mulakan majlis perasmian. Sesiapa yang nak join Playgroup pada hari Ahad ini, masih ada kekosongan untuk anak anda. Bolehlah anda menghubungi Teacher Aida untuk mendaftar for this coming Sunday Class di talian 010 - 7103155.


Berikut adalah data & alamat majlis yang akan diadakan pada hari Ahad ini nanti. Bagi orang-orang JB yang belum ada plan hari Ahad ini, bolehlah singgah ke GBOB JB untuk melihat apakah Program yang kami tawarkan ut anak genius anda. Saya & Teacher Aida akan berikan SPECIAL GIFTS pada setiap kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut & sempena pembukaan cawangan Johor ini, GBOB HQ akan memberikan SPECIAL PROMO khas untuk mereka yang mendaftarkan anak ke Playgroup GBOB ON THAT DAY SAHAJA. Hhehee..As special gifts, GBOB JB akan memberikan kupon diskaun kepada setiap kanak-kanak yang hadir (antara NB - 4 tahun sahaja) agar mereka boleh menghadiri kelas Trial Playgroup sekali lagi dengan harga promo.  Another extra benefit, walaupun anak anda telah datang Trial 2 kali sebelum ini, dengan adanya kupon ini, anda masih boleh datang lagi buat kali ketiga  for the Trial Class sebelum anda decide whether you want to enroll in GBOB Playgroup or not. :)  Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk MENDAFTAR KE PLAYGROUP @ GBOB pada HARI TERSEBUT, GBOB HQ juga akan berikan anda semua hadiah istimewa iaitu kupon diskaun untuk para ibu atau bapa menghadiri Seminar ECE, samada di JB, atau di KL! A flat rate of RM 100 only for the Seminar! U save RM 99 tau! Best kan!! ONLY IF YOUR CHILD  REGISTER AS PLAYGROUP STUDENT on that particular day sahaja. So, jangan lupa datang Majlis dan daftarkan diri anda  terus yer..:) Anda juga boleh menghubungi Teacher Aida untuk memaklumkan kehadiran anda di talian 010 - 7103155.. Mungkin ada beberapa lagi priviledge atau pun hadiah for kids, yang akan saya berikan pada hari itu.. TUNGUUUU!:)

Di bawah ini adalah alamat penuh Genius Baby On Board Cawangan Johor Bharu. Anda juga boleh LIKE Fanpage GBOB JB untuk mendapat makluma lanjut tentang kelas dan majlis perasmian tersebut. :)

GENIUS KIDS RESOURCES,
NO: 58A, JALAN UTAMA 45,
MUTIARA SQUARE, TAMAN MUTIARA RINI, 
SKUDAI, JOHOR. 
PIC: TEACHER AIDA ( 010 - 7103155)


post signature
post signature

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading