Sunday, September 9, 2012

Asthma Attack: Saya Sedih, Hiba Terharu & Rindu!

Di saat saya menaip warkah kali ini, saya berada di Wad @ DEMC Shah Alam. Saya di tahan dalam wad sejak hari Jumaat malam, setelah asma menyerang saya buat kali ketiga dalam tempoh 4 hari. :( Sudah hampir 15 tahun saya tidak diserang asma dan setelah beranak dua, ia kembali menjengah. Mungkin kerana batuk dan selsema yang berpanjangan sejak Hari Raya ke2, paru-paru saya sudah dijangkiti kuman, its a lung infection dan saya harus di tahan untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi memastikan saya pulih seperti sediakala.

Saya di serang asma buat kali pertama pada pagi Selasa yang lepas lebih kurang pukul 3 pagi ketika ingin tidur selepas menyiapkan entry Tips Stimulasi: Menggalakkan Anak Membaca & Mengeja Sambil Bermain. Secara tiba-tiba saya rasa dada saya seperti dicengkam kuat dan saya semakin sukar bernafas. Tidak mahu mengambil risiko, saya kejut suami dan kami pergi ke Klinik secepat mungkin dan saya mengambil neb buat pertama kalinya selepas 15 tahun :( Doktor memberikan saya Antibiotik dan pelbagai ubatan bg meredakan batuk dan selsema dan saya makan ubat dengan konsisten, sayangnya, tiada langsung kesan penyembuhan! Ubat hampir habis tapi saya masih tidak sembuh. Hanya kesan sementara yg saya alami di mana bila waktu pagi, saya rasa saya tidak selsema tetapi sebenarnya saya tahu semua bakteria dan virus itu sedang "bertakung" di muka, dahi dan pipi saya sampai saya nak bercakap pun jadi sengau! Memang tension!

Photo: Saya rasa hiba apabila mendapat sms dr semua ibu bapa yg menyertai Playgroup@ GBOB, yg memberikan semangat pd saya untuk lebih kuat dlm menghadapi hari sukar saya sekarang. Kita merancang, Allah SWT yg menentukan. After the 3rd asthma attack within 3 days, saya di suruh ke Specialist petang tadi dan sekarang di wad. Sungguh saya sedih kerana saya sgt bersemangat selepas dtg ke GBOB pagi tadi dan menyediakan alat bantu mengajar dan menghias pejabat mengikut tema Merdeka Raya Celebration esok..apakan daya..:( Terima Kasih para ibu bapa yg memberi sokongan penuh anda pada saya...terharu dan bergenang air mata saya di sini..:'(. Anak2 syurga semua, Doakan Teacher Watie cepat sembuh yer sayang...:) Amin....*menaip sambil buat neb..mode frust tp redha...* amd start missing my Q's and Daddy tooo...*crying mode*

Sedih? Memang saya sedih. Apatah lagi saya terpaksa membatalkan kelas Playgroup yang saya dan anak-anak syurga saya tunggu-tunggu selepas bercuti 3 minggu lamanya. Bukan sedikit sms yang saya terima dari para ibu bapa yang mengatakan anak mereka sudah rindukan Teacher Watie dan menjadikan video saya di You Tube sebagai pengubat rindu, jadi saya sememangnya menunggu masa untuk kembali bersama bergembira dengan anak-anak syurga saya, sayangnya, Allah SWT lebih mengetahui. 

Pagi Jumaat yang lepas, saya dan suami yang sedang bercuti pergi ke pejabat GBOB untuk membuat persiapan bagi mengadakan Playgroup dengan tema Merdeka Raya. Sejak bercuti Raya, saya tidak singgah ke pejabat kerana sibuk dengan urusan keluarga dan saya perlu memastikan GBOB berada dalam keadaan yang kemas, bersih dan tidak berhabuk. Faham sajalah dah 3 minggu tak masuk ofis, bila saya cek toilet pun, dah ada serangga yang mati di lantai .. :) Jadi saya bersihkan pejabat, toilet dan dan terus menyediakan alat bantu mengajar dan permainan utk hari Sabtu. Memang terus rasa semangat walaupun jauh di sudut hati saya, saya agak risau dengan kesihatan saya yg belum 100% pulih dr selsema dan batuk. Badan pun dah semakin mengembang dengan jayanya sempena Hari Raya ini..hahahhaa... takut la tak dapat nak "mengejar tahap kecekapan dan kepantasan" anak-anak ini nanti. Hhehehe.. Adoiii!


My bff dari sekolah menengah, Shima. Siap bg saya bear @ baloon, rasa cam dak kecik plak...comey! Thanks dear!

Selesai mengemas, saya dan suami mengambil Qarissa di sekolah dan kemudian balik rumah dan berkemas untuk ke rumah kakak saya seperti biasa yang saya lakukan setiap kali menjelangnya hari Jumaat. Sebelum itu, saya singgah mengambil Zayra dari sekolah. Sebelum keluar rumah, saya makan dahulu ubat yang Doktor berikan. Ketika berjalan menuju ke sekolah Zayra, saya rasa sedikit pening dan jari jemari saya agak menggeletar. Risau dengan keaadaan itu, saya ajak suami ke Klinik sekali lagi dan diberikan nebuliser. Doktor kata masih ada wheezing sound dan saya di arahkan ke Emergency Unit mana-mana Hospital dengan segera kerana asma saya tidak pulih dan asyik menyerang kembali dalam tempoh yang singkat. Barulah saya tahu yang antara kesan Ventolin akan membuatkan jari jemari menggeletar tetapi selama berbelas tahun ini, saya makan Ventolin untuk meredakan asma, ok sahaja, langsung takder kesan, baik lagi adalah! Hmmm, saya dapat rasakan tindak balas ini sesuatu yg tidak baik buat saya. Mungkin tubuh saya berada dalam keadaan tidak stabil menyebabkan kesan Ventolin ini nampak nyata sedangkan sebelum ini tidak.  Terus saya ke DEMC untuk rawatan lanjut dan akhhirnya, saya berkampung di sini sejak Jumaat. :(


Khayra yg nyata sekali merindui saya, becok sungguh mulutnya , seronok saya melayannya ..:) Adyan jadi mandur, satu bilik dia cek..ehhehee

Untuk mengkhabarkan pada ibu bapa yang kelas terpaksa dibatalkan adalah sesuatu yg sangat menyedihkan saya. Suami saya berpesan agar cepat2 sms pada ibu bapa kerana malam makin menjengah dan kesian mereka kalau dapat tau lambat. Takut-takut kalau parents dah semangat masak-masak untuk datang Playgroup sebab kami buat potluck untuk tema kali ini. Semua akan pakai baju raya, dengan Mommy & Daddy akan bergaya, sekali tak jadi pula kan..:( Terima kasih pada semua parents yang sgt memahami keadaan saya, dan memberikan kata-kata peransang untuk saya sihat semula agar mereka boleh melihat Teacher Watie menjadi ceria kembali.. :) Saya sangat menghargainya.

Photo: Waiting to be warded :-(
Ketika ini, saya baru sahaja menerima neb utk kali ke 2,  di klinik sekali, bila sampai hospital, Doktor bagi lagi. Saya di tahan di observation ward, dan ketika ini saya sedang menaip msg untuk semua para ibu bapa @ Playgroup GBOB. Muka toyaaa jerr...

Alhamdullillah, kesihatan saya beransur pulih berkat doa yang tidak putus-putus dari semua. Lawatan yang dilakukan oleh keluarga, rakan-rakan dan anak-anak syurga saya yang berkesempatan melawat saya di Hospital menaikkan kembali semangat saya untuk cepat-cepat pulih dan kembali aktif bersama menyampaikan ilmu Allah SWT, dunia dan akhirat pada mereka. Rasa terharu dan disayangi lah sangat, segan pun yer, macamlah sakit teruk sgt yerk sampai nak kena tahan wad .. hehehe.. malu jer anak murid dtg tgk Teacher selebet dock! Hihihi.. Tapi best bila dorang still kenal saya, mana yg macam blur-blur tuh, bila saya nyanyi lagu tema setiap minggu, terus pandang muka saya lama-lama pastu cam nak cakap, "Erkkk...apsal Aunty ni tau lagu skolah aku????" Hhahaha.. pastu baru anak-anak saya tuh perasan sayalah Teacher yang selalu mereka dambakan setiap minggu. Ewaaaahhhh..poyonya! Hahahhaaha..


Furqan dan Mommy serta Daddy yang turut datang melawat Teacher Watie. Tq sayang ...Teacher sangat2 menghargainya ..:)

Dan di saat ini, saya amat merindukan anak-anak syurga saya di rumah- Qarissa dan Quzayra. Buat pertama kalinya tidur saya tidak ditemani kedua-dua anak syurga itu. Saya agak risau kerana Zayra masih mencari susunya di waktu malam. Apakan daya, untuk saya sihat dengan lebih cepat, saya terpaksa berkorban. Saya rindukan peluk cium Zayra dan Qarissa di waktu malam, walaupun lasak ketika tidur, saya gembira, kerana itulah tanda anak saya ada disamping saya, kadang-kadang ada di atas dada, kadang-kadang di bawah ketiak, dicelah kaki, kepala di bawah kaki di atas dan pernah juga "kakinya di mukaku". Hhehehhe.. Saya bernasib baik kerana anak-anak juga sangat manja dengan Daddynya, jika salah seorang dr kami ada, sekurang-kurangnya tidaklah mereka terasa sangat ketiadaan saya selama 2-3 hari ini. Sebagai pengubat rindu, saya mainkan kembali video-video di You Tube untuk melihat keletah Zayra yang selalu saya rindukan. :) Saya suka sekali video di bawah ini. Sambil membebel, sambil terselit keyakinan Zayra tentang tangannya yang diberi Allah. Yakin sekali anak syurga itu kan...:) Zayra memang kebanggaan Mommy ..:)

Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya saya apabila anak-anak syurga saya ini melawat saya pada hari Ahad, dua malam saya tidak bersama mereka benar2 membuatkan saya rinduuuuu...:(



Video Zayra menjadi pengubat kerinduan saya di hospital, keletah serta mulutnya yang petah berborak dengan saya membuatkan saya begitu rindu ingin bermain dan melayan kerenahnya ..:)

Suami saya juga begitu supportive dalam waktu-waktu yg amat saya perlukan ini. Saya sgt menghargainya dan yang menyeronokkan saya, ketika suami menemani saya di Hospital tanpa kehadiran anak-anak (*thanks to my new maid too yg menjaga anak-anak saya dengan baik..), kami menghabiskan masa berkualiti berdua yang mana jarang juga dapat berdua-duaan begitu sejak beranak-pinak ni. Hehehhe..Semua suami isteri yg dah ada anak pasti tahu yang "our precious" time antara suami dan isteri berdua tidak banyak sedikit pasti akan berkurangan bila adanya anak-anak sebagai penyeri rumahtangga. Nak berjalan berpegang tangan berdua pun kengkadang susah ..sebab nak pegang anak-anak yg sentiasa inginkan ibu atau ayah memegang tangan mereka ketika berjalan. Mana yg nak berdukung, yg nak menyusu .. yang nak perhatian..heheheh.. saya ni kalau anak-anak nampak saya nak peluk manja-manja ngan Daddy dorang pun, dorang jeles tau! Tak boleh nak peluk-peluk depan dorang, memang kena marahlah jawabnya .. hehehhe..Adoiiilahhh...!

Setiap kali bergambar, anak pasti ada sama, kalau nak amik gambar romantik @ peluk-peluk, kena buat cepat-cepat sebelum mereka lari bekejar pada kami atau amik gambar masa anak-anak takder depan mata. Heheheh..*gambar semasa hari raya baru-baru ini- hubby bg nama temanya- Kotak-kotak cinta..hehehe*

Saya berdoa dan berharap anda juga tolong doakan agar saya cepat sembuh dan dapat kembali berbakti demi anak bangsa Malaysia, Insya Allah ..Terima kasih sekali lagi di atas sokongan yang tidak putus-putus dari semua. Dari lubuk hati saya yang paling dalam, saya amat menghargainya . :) XOXO...

post signature
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading