Wednesday, September 26, 2012

Playgroup @ GBOB JB: Eid Mubarak Celebration Theme!!

post signaturePada 2 September 2012 yang lalu, GBOB JB telah mengadakan Special Playgroup Class yang bertemakan Eid Mubarak Celebration sempena Hari Raya Aidilfitri. Melalui gambar2 yang dikirimkan, memang nampak sangat meriah dan semua parents dan anak-anak enjoy sangat. Watie tgk pun rasa seronok dan dalam masa yang sama jeles jugak sebab masa tuh Watie tak berkesempatan lagi nak buat Playgroup Class. Memang semangat rasa nak buat jugak pada minggu hadapannya, tapi sayangnya, terbantut sebab kesihatan tak mengizinkan masa tu..:( sampailah Teacher Watie tersadai kat hopsital dan akhirnya, dapat juga merealisasikan impian nak buat kelas last week..:) Alhamdulillah. 

Di GBOB JB, bukan hanya buat Playgroup Special Theme tetapi juga sambutan Hari Lahir anak-anak syurga iaitu Airys dan Aleesya Raihana selepas habis kelas. :) Cantiklah sangat kek dia tau .. dan makanan yang di bawa secara Pot Luck juga sangatlah meriah .. Memang sangat best! 

Untuk pengetahuan anda semua, GBOB juga ada blognya yang tersendiri. Teacher Aida yang merekabentuk dan mengemaskini segala maklumat terkini tentang aktiviti-aktiviti di Johor Bharu. Anda boleh melayari laman blog GBOB JB di http://www.gbob-jb.blogspot.com/ dan follow blog tersebut untuk lihat maklumat terkini tentang aktiviti yang dijalankan di sana okeh! 

Bagi mereka yang ingin menyertai kelas Trial @ GBOB JB, bolehlah menghubungi Teacher Aida di talian  010-669 4699. Kelas di JB diadakan pada setiap hari Ahad pukul 10 untuk Level 4 (18 bulan - 4 tahun). Dan sekiranya anda berminat untuk menghadiri kelas Trial bg Level 2 (6-12 bulan) dan Level 3 ( 13-18 bulan), bolehlah maklumkan pada Teacher Aida supaya Teacher Aida dapat buat arragement untuk mengadakan kelas ini. Level 2 dan Level 3 ini kena ada sekurang-kurang 2-3 students baru boleh buat kelas, kalau tak, objektifnya tak tercapai nanti ..:) 

Ok, Watie copy pastekan info mengenai sambutan Eid Mubarak Celebration ini yang Watie ambil dari blog Teacher Aida.. :) Jom baca...

******************************************************

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca. Rasanya masih belum terlambat untuk Aida sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Macam mana sambutan raya tahun ni? Mesti meriah kan. Bagi Aida pula, rasanya so & so kot. Bukan sebab apa pun, kesihatan yang tidak memberangsangkan. Pada pertengahan puasa lepas, dengan secara tiba2nya Aida diserang Asthma (yg tak pernah kena pun sblm ni), selsema & batuk yg agak teruk (sampai sekarang pun tak baik lagi). Sampai malam raya tu dah takde suara yg kedengaran. Tapi alhamdulillah pagi raya dah ok sket suara, jadi dapatlah Aida bermaaf-maafan bersama keluarga tersayang. 

Cerita dalam entry kali ni ialah Majlis Sambutan Hari Raya Serta Majlis Hari Lahir Aleesya kuasa 2 (Airys Aleesya & Aleesya Raihana) yang berlangsung di GBOB JB pada 2hb September 2012 yang lepas. Ni merupakan pengalaman kedua Aida dalam menjadi tuan rumah selepas majlis perasmian GBOB JB pada bln 3 aritu. Kat bawah ni Aida sertakan serba-sedikit gambar semasa majlis berlangsung. Jutaan terima kasih kepada semua tetamu yg hadir, mama kesayangan Aida yg tolong masak & mommies yg memberi sokongan serta membawa potluck seperti yang disarankan. Hanya ALLAH SWT yg dapat membalas jasa kalian semua. Aida memohon kemaafan yang tidak terkira sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Sesungguhnya yg baik datang daripada ALLAH SWT & yg buruk daripada Aida sendiri hendaknya. =)

Antara genius students yang hadir
Balloon Balance Boogie games
Musical chair games
Spoon & Egg games
It's bubbles time
Parachute time
Happy Birthday darls
Hidangan yang tersedia
Cake for Airys Aleesya  & Aleesya Raihana
Birthday girls
Birthday girls again
Antara tetamu yang hadir
Blow the candles dear
4 siblings
Airys Aleesya's family
Aleesya Raihana's family

Aida harap anda semua terhibur dan turut merasai kemeriahan sambutan kedua-dua majlis ini. Semoga kita berjumpa lagi di entry seterusnya, insya'ALLAH.

******************************************************
post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading