Showing posts with label Quzayra. Show all posts
Showing posts with label Quzayra. Show all posts

Thursday, January 9, 2014

Pengalaman Pertama ke Stimulatheraphy @ Alam Impian


Nampaknya, ramai betul kawan-kawan yang nak tahu pasal Stimulatheraphy lepas aku sharekan di FB aku semalam. Baiklah, untuk jawap semua pertanyaan korang, aku buat satu entry kat sini, kalau rasa sesuai di kongi, bolehlah korang kongsi okay ..:) 

Aku dah tahu pasal Stimulatheraphy rasanya dr last year. Sebab nampak kawan-kawan yang ada anak istimewa pergi berurut. Dengar citer dorang dan baca kat FB macam bagus jer kaedahnya .. tapi aku mmg tak tahu yg sebenarnya Stimulatheraphy ni UNTUK SEMUA, bukan hanya anak istimewa macam CP atau GDD etc. Cuma baru-baru ni aku ada nampak kat wall, ada kawan aku yg pergi sana, lupa plak siapa, ada few friends awak anak ke sana, tapi dlm entry tu dia bgtau yang dia nak urut untuk diri sendiri dan hubby. I was like…”Ohh…laaa...stimulatheraphy ni kalau tak istimewa orangnya (haaa..kasik sedar diri yg aku ni tak istimewa pun ! Hahhah) pun boleh gi ker? Cissss..kalau aku tau lama dah aku gi!” Sebab, aku mmg suka berurut. Kadang-kadang badan ni suka sakit-sakit dan lenguh2, maklumlah usia pun dah 3 series kekdahnya! 

 Dan, baru-baru ni jugak, bila nampak Jiey tulis nak bawak Rifa ke sana untuk urutan minda through stimulatheraphy, lagilah aku teruja. Boleh bawak anak-anak aku sekali jalan dengan aku gi massage sesama ngan aku. Then, semalam pagi, aku terus call Kak Ija nak buat appnt kononnya today lah (Khamis). Nak dijadikan cerita, kelas anak aku dibatalkan semalam, jadi aku dengan segeranya terus ajak hubby ke Alam Impian untuk jumpa Kak Ija. Ye, korang semua tahu aku mmg KONSISTEN & PERSISTENCE orangnya kan? Kalau aku NAK tu, aku NAK gak. So, ada je masa terluang semalam, aku takmo tunggu today. Semalam gak aku redah bawak anak-anak. 


Bila urut, baru aku tahu rupanya selama nih,issue Q dari kecik sampai 5 tahun ni ada kena mengena ngan saraf, paru-paru dan usus besar dia!! Serius menyesal tak datang last year okay! Huwaaaaa…rasa bersalah sangat! Masa Kak Ija urut Q, ni antara yang di beritahu aku: 

Masalah Poo Poo: Siapa ikuti cerita aku mesti tahu punyalah betapa Q sangat susah nak Poo Poo satu ketika dulu. Sampailah aku tukar ke Susu Afeef barulah dia boleh buang air besar sendiri dan terus dapat ajar potty training. Kalau tak mmg sumbat ubat air je sokmo setiap kali nak meneran. Rupa2nya, Q ada masalah dalam usus besar. Tersumbat sana sini, Toksin tak dapat keluar habis, terperap dalam usus dan kalau korang rajin baca makalah, journal dan info-info kesihatan, mesti tahu kalau usus problem, toksin tak keluar, macam-macam issue lain akan timbul termasuklah yang related brain function macam anak tak focus, eye contact kurang, dreamy dan macam-macam lagi lah yang senang cerita, symptom2 mild autism yang ada. Sebab tu, mana-mana anak Autis memang dorang akan jaga diet anak, dan ada yg buat Chelation Theraphy dan macam-macam Theraphy to get rid of all the toxin from the body. Gi google if nak tahu lebih lajut..:)

Tonsil: Paru-paru Q pun tak berapa bagus saraf-sarafnya di situ. Kalau tak di rawat, boleh membawa kepada Asthma. Aku tak bgtau pun pasal pernafasan Q (lupa sebenarnya) tapi bila Kak Ija tanya Q ada masalah pernafasan tak? Baru aku teringat yang Q mmg kalau tidur, sometimes berbunyi. Dulu lagi teruk, lepas bagi supplement berkoyan-koyan, dah takder lagi tapi kalau demam, tonsil naik, confirm bunyi lagi. Memang risau sangat sebab tu aku kena pastikan Q tak demam. Hasil health food dan supplement makanan sunnah yang KONSISTEN, Alhamdulillah, Q getting better tapi yerlah, kalau laluan tu tersumbat sana sini, masalah tu kan masih ada? Jadi skang, Kak Ija nak bukak semua saluran yg tersumbat tu. Semua ni related antara satu sama lain. Kalau korang belajar Sains mesti tahu, sistem tubuh kita kan related antara satu sama lain? 

Language Issue: Memang aku sgt bersyukur, hasil dari OT & ST yang KONSISTEN tanpa culas setiap minggu menampakkan impak yg sangat besar pada Q. In fact, Cikgu-cikgu pun impress sebab dalam tempoh setahun aku bg semua terapi serentak (walaupun Pakar kata tak yah gi OT, mak Q ni degil noks.. aku nak gi gak sebab nak all out utk anak), memang Q dah becok sekarang. Dah banyak tanya, banyak bercakap, berborak dengan adik dan sedara-mara pasal movie yg dia suka cam FROZEN tu, dia boleh sustain 2 way communications, boleh buat lawak dan faham lawak. Mula-mula macam anak Mat Salleh baru balik UK bunyi dia cakap BM tu ..(hahha..ni Dr Rajini cakap) tapi sekarang dah lebih spontan dan macam orang tempatan (pun Dr Rajini cakap baru-baru ni). Fokus dia pun dah ok, kalau main education games tu mmg dia boleh sustain, cuma sekarang kelas-kelas yang di hadiri makin sukar, yang perlukan dia betul-betul focus, cthnya macam Mental Arithmetic (only numbers, rapat-rapat, abacus pun rapat jugak), writing short story (copy from book around 30-35 words with few lines) dan copy from white board 2 -3 lines. So skills ni yang tengah aku dan Cikgu-cikgu Q tengah latih. Table task yang dia kena buat makin mencabar dan perlukan konsentrasi tinggi. Aku bersyukur lah jugak dapat jumpa Kak Ija semalam, baru aku tahu di bahagian muka, kepala hingga ke leher Q (belakang telinga) mmg ada issue especially bahagian leher, yang mana saraf-sarafnya bersambung dengan otak. Kak Ija kata, kat situ banyak tersumbat dan sebab tu oksigen tak sampai habis ke otak dan menyebabkan issue yang berlaku selama ini. Semua info ada kat otak tapi tak sampai ke mulut untuk deliver. Sometimes cepat letih, dan tak sabar nak habiskan kerja-kerja especially kerja yang memerlukan konsentrasi tinggi . Kat bahagian dahi pun ada saluran yang tersumbat, no wonder Q nak focus task yang perlukan high concentration, dia tak leh tahan lama, boleh tahan tapi kena selalu prompt to focus, kalau tak prompt, sekejap focus, sekejap melayang. Frontal Lobe tak cukup oksigen rupanya! Kesian anak aku! 

Ekzema: Q ada sikit jer eczema kat lengan yg dah bertahun tak baik. Dia kejap ada kejap takder dan memang kalau tgk dari luar, mmg takder apa lah. Kalau gatal, dia garuk, aku letak ubat bukan steroid, baiklah. Then, if gatal sikit, dia tergaru dan darah sikit je, letak ubat ..baik. So pada aku tu taklah issue besar sangat sebab tak mengganggu hidup dia pun. Rupa-rupanya tu symptom yang ada kaitan dengan paru-paru Q . Masalah yang sama. Tersumbat salurannya, jadi eczema adalah symptom luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar yang menunjukkan dalaman ada issue. Sepandai-pandai mak Q, bangak gak tak dapat detect. Takper aku bukan Doktor so alasan tak tahu boleh diterima lah gak yerk? Hehhehe.. Memang bila Kak Ija urut kedua-dua tangan Q, Q kata sakit. Kat bhg kepala, muka, belakang telinga dan leher lagilah Q mengaduh sakit. Siap suruh “SLOW DOWN” lagi.. hahahha… Good thing that Q can complain, so dia beritahu Mak Ija apa dia rasa, sakit kat mana, so memudahkan lagi kerja Kak Ija nak rawat dia. 

Ni contoh gambar Kak Ija tgh ururt Ian yg aku rembat dari blog Jiey tanpa bgtau dia. Maaf Jiey ..kikiki..minta halal. Korang kena khatam baca blog dia baru korang faham betapa Allah SWT itu Maha Kuasa dan betapa aku sgt menghargai kebolehan Ian walaupun hanya mengangkat satu jari! Baca kat sini: www.kernakasihkita.blogspot.com


Ok untuk Yaya plak: 

Belakang badan: Bila di urut macam renggang katanya, baru perasan tangan Yaya kan comey.. hehe..sebab tu lah dia renggang sikit kat belikat kot. Kurang digunakan berbanding tangan kiri kata kak Ija. Exercise tak banyak jadi ada issue sikit jer lah kat belakang tu. Bagusnya Yaya, dia diam jer sepanjang Kak Ija urut dia kecuali masa urutan minda. 

Concentration: Memandangkan Yaya tak banyak issue macam Q, Kak Ija terus buat urutan minda untuk bukak saluran-saluran dia bhg kepala Yaya. Masa ni memang Yaya mengaduh sikit. Tujuannya sama, untuk Yaya lebih focus dan boleh concentrate dalam apa jua task yang bakal diberikan di sekolah, Insya Allah.

Ekzema: Yaya pun ada sikit gak eczema kat tangan macam Q gak, so issuenya pun sama, sedikit tersumbat di paru-paru dan akan di pulihkan melalui Stimulatheraphy Insya Allah.

Ok, tu lah serba sedikit aku boleh share pengalaman aku semalam bawa anak ke Stimulatheraphy. Untuk aku? Heheh..Belum ada rezeki nak buat sebab semalam ada Mommy nama Ika bawak anak juga, Kawan FB juga katanya..:) Dia kenal aku, tq so much dear .. comel anak dia 3 orang pun 1st time nak berurut juga. Aku kata bglah anak-anak dulu. Tu lagi penting. Aku boleh dtg lain hari .. 

So today aku akan bawa lagi anak aku sekejap lagi. Aku akan pergi 3 hari berturut2 dan kemudian akan buat seminggu sekali seperti yang disarankan Kak Ija. Yeayyy.. penuh lagi schedule Q & Z.. hehehe.. 

Ada yg tanya harga kan? 

Untuk Kanak-kanak RM 30 satu rawatan selama lebih kurang 20 minit, untuk orang dewasa RM 60 sekali rawatan lebih kurang 1 jam. 

Alamat dan hp Kak Ija? Salin nih: 012-9137266 (Kak Ija @ Mak Ija). Alamat: No: 29, Jalan Tun Teja 35/25, Canting Alam Impian.

FB: https://www.facebook.com/pages/Pusat-Kesihatan-Stimulatherapy-Klang/147203522094860?hc_location=timeline 

Aku sangat mengesyorkan semua kawan-kawan buat Stimulatheraphy nih. Jangan kata takder sakit naaaa… gi cek dulu kot-kot lagi teruk dari anaknya! Hhahahaa. 

 Semoga perkongsian ini bermanfaat. Amin.

post signature
post signature

Tuesday, November 6, 2012

Quzayra: Kiriman Allah Yang Menjadikan Aku Manusia Bermanfaat!

Lama sungguh rasanya saya tak update blog ni ..:) Sibuk dengan anak-anak dan kelas Playgroup, kerja 7 hari seminggu membuatkan masa saya begitu singkat untuk menulis. Syukur juga ada Fanpage FB GBOB dan kebelakangan ini saya sememangnya menggunakan medium tersebut 100% untuk berkomunikasi dan berkongsi ilmu serta pengetahuan dengan pelanggan serta Fans GBOB. Siapa yang belum LIKE Facebook GBOB, cepat-cepat LIKE yer, dan cadangkan juga page tersebut pada rakan-rakan dan saudara mara, mungkin ianya berguna untuk mereka, Insya Allah ..:) 

Saya menulis entry ini pada pukul 2.40 am, ketika anak-anak sedang enak dibuai mimpi. :) Saya ingin berkongsi rasa dengan anda semua, pembaca setia blog saya. Sesuatu berlaku dalam hidup saya kelmarin, dan saya sudahpun berkongsi rasa sayu dan sedih itu dengan rakan-rakan saya di FB semalam, kini saya ingin abadikan kisah itu di blog pula, agar saya akan dapat membacanya selagi hayat dikandung badan, malah mungkin Zayra juga dapat menatap dan menghayati isi hati ibunya ini apabila beliau dewasa kelak..


Saya salinkan kembali apa yang saya tulis di Facebook saya semalam.

***Kengkawan..nak share citer sayu pasal Yaya smalam..balik2 jer aku terus cek apa barang aku dah beli utk anak2 aku for this coming holiday. Aku shopping sikit2 from the past few months so aku dah lupa apa benda yg dah beli dan apa yg belum. Bila cek2..rupanya aku dah beli glove for the kids.. Aku suruh lah Yaya cuba..excited giler Yaya sebab glove dia color purple.. Cepat2 dia mintak pakai.

Yg sedih tu kan.. Bila tgk muka Yaya happy sebab both hands dia ada 'jari-jari' yg complete..jadi Yaya macam excited lah jari tgn kanan tu panjang2..aku sayu jer tgk tambahan pula bila hubby kata "Cantik pulak Yaya pakai glove tu nampak cam semua jari ada. ".. 

Dan yang paling sedih..memang terganggu gak lah emosi aku.. Meleleh gak air mata dan hampir rasa bersalah sebab macam aku yg menyebabkan tangan dia lahir camtu...bila Yaya tak mo pakai mitten yang aku belikan utk dia. Aku beli wool mitten nak kasik panas tgn tu tapi Yaya tak nak pakai.. Pecah hati aku bila Yaya cakap, "Taknaklah pakai ni Mommy.."..bila aku tanya kenapa...jawapan dia buat aku sedih sangattttt...Yaya kata "Taknak..ni ada 1 jer finger..ni takder!!" *sambil tunjuk kat mitten tu. Mitten tu hanya ada sarung 'jari' kat thumb dan yg lain takder..*

Memang aku terus terdiam dan kitaorang laki bini cam tersenyap jap dgr Yaya cakap macam tu.. Terus bergenang air mata aku dan aku peluk Yaya kuat2...:'(((

Yaya sayang..kalaulah Mommy ada kuasa utk buat tangan Yaya normal semula....Mommy akan buat saayanggggg...huwaaaaa!!! *tetiba emo plak hujan2 ni haaaaa***


Itulah luahan hati seorang ibu apabila berhadapan dengan situasi yang tak terduga seperti ini. Walaupun Yaya bercakap seolah-olah tiada apa yang berlaku, tetapi sebagai ibu, naluri keibuan saya cukup tersentuh dan sekuat-kuat ..setabah-tabah saya ini pun, akhirnya lemah juga hanya dengan kata-kata seperti itu. Apatah lagi ianya datang dari anak sekecil Yaya yang baru menginjak usia 2 tahun 7 bulan. Saya dapat lihat mata Yaya bersinar-sinar kesukaan tatkala melihat tangannya yang kelihatan sungguh sempurna apabila dia memakai glove itu dan kalaulah saya ada kuasa magis, ingin saja saya letakkan tongkat sakti ke tangannya dan pastikan ia normal sama seperti kanak-kanak lain..

Ya, seorang ibu dan ayah akan melakukan apa sahaja yang mampu untuk memastikan anaknya dapat yang terbaik dalam hidupnya, tetapi apabila datangnya satu hakikat dan takdir yang tidak mampu kita tolak, hanya doa sahaja yang dapat kita panjatkan semoga Allah SWT membantu kita dalam membesarkan amanahNya ini. Benarlah kata rakan baik saya yang juga mempunyai anak OKU, setiap ibu bapa itu cabarannya lain, anak beliau mungkin tidak pandai berkata-kata dan mempersoalkan mengapa dan kenapa dia menjadi OKU kerana dilahirkan dengan hampir tiada sel otak, dan untuk berkata-kata adalah sesuatu yang hampir mustahil, jadi dia tidak perlu bersusah payah dan pening2 nak berfikir jawapan apa yang patut diberikan pada anaknya itu. Berbeza dengan saya, anak saya kelainannya di tangan kanan, alhamdulillah otaknya berfungsi normal dan sudah tentu saya harus bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi situasi-situasi seperti ini yang kadangkala saya tidak bersedia sepenuhnya .. :(

Semasa rakan saya itu memberikan hujahnya, sungguh saya rasa kagum melihat beliau. Saya tahu yang cabaran beliau bukan kecil anak, bukan calang-calang, besar sungguh cabaran yang beliau hadapi, boleh dikatakan hampir setiap masa dalam keadaan berjaga-jaga dengan kondisi kesihatan anaknya yang pasang surut tidak henti-henti, tetapi beliau masih lagi melihat "saya ini bertuah berbanding dirinya" dengan mengemukakan hujah seperti di atas, sedangkan kalau kita lihat secara luaran dan secara logik, patutnya sayalah yang rasa bertuah dan bersyukur kerana anak saya cuma kekurangan dari segi fizikal sahaja. Zayra masih boleh melakukan apa yang anak-anak lain lakukan, cuma mungkin ada sedikit limitasi yang saya rasa tidak akan menjejaskan langsung kualiti hidupnya. Benarlah kata ahli falsafah, "Kita adalah apa yang kita fikirkan". Bagaimana kita melihat diri kita, bagaimana kita melihat dunia ini dan isinya serta bertindak balas dengannya, membezakan antara kita dengan orang lain.


Begitulah kita ini sebagai hamba Allah SWT yang tidak pernah sempurna. Melihat diri kita, nasib kita dan mula merungut serta kecewa dengan takdir yang telah ditetapkan hanya akan membuatkan kita semakin lemah. Mempersoalkan kerja Allah SWT yang kita rasa tidak adil, tidak siap, tidak cantik, tidak seperti yang lain yang DIA ciptakan kebiasaannya hanya akan membuatkan kita mudah dikuasai emosi dan syaitan. Satu petua yang saya amalkan dan saya rasa ia cukup berkesan dalam menaikkan kembali motivasi diri tatkala rasa sedih menyerang *untuk apa jenis situasi yang melanda* adalah dengan MEMBUKA MATA saya luas-luas, dan melihat sekeliling saya. Instead of looking at myself and my fate, I'm looking around at the people. Berapa ramai lagi orang yang situasinya lebih dasyat dari saya? Kenapa saya begitu lemah dengan ujian menguji keimanan yang begitu sedikit dari Allah SWT ini? Dan saya dengan bangga mengaku saya Islam?? Tetapi rukun iman pun tak lepas!!! Saya tak percaya pada Qada' dan Qadar Allah?? Dan..cukup setakat itu, saya akan angkat tangan dan surrender. Malu saya pada Allah. Takut saya untuk terus mencari sebab mengapa saya harus rasa tidak puas hati dengan apa yang telah DIA berikan pada saya. Terus saya tidak lagi memikirkan kesedihan yg saya alami itu. Dengan sekelip mata hati saya yg gundah terubat dan saya tahu malah percaya sungguh-sungguh, Allah tidak memberikan saya sesuatu yang saya rasakan "masalah" itu tanpa ada sebab musababnya. Janji Allah itu pasti, hanya saya yang perlu mengerti. Saya yakin sesungguhnya yang Allah tidak beri Zayra pada saya untuk suka-suka, Allah mahu saya lakukan sesuatu, Allah mahu saya menjadi manusia yang lebih baik, manusia yang dapat memberikan manfaat pada manusia lain dan ianya memang benar..sungguh benar!!

Lihatlah saya sekarang, memberikan konsultasi, motivasi dan semangat pada semua ibu bapa dan anak-anak, baik yang sempurna ataupun istimewa. Tanpa mengenal saya sepenuhnya, tidak pernah berjumpa, hanya melalui tulisan, dengan izin Allah saya berjaya menyentuh hati dan memberikan inspirasi pada mereka yang membaca blog ini. Padahal, saya ini bukan siapa-siapa sebelum Quzayra hadir dalam hidup saya. Saya ibu biasa, sama seperti anda semua, tetapi selepas kehadiran anak bertuah ini, hidup saya berubah, harus saya mengakui yang saya menjadi insan yang lebih baik selepas kehadiran  Zayra. Alangkah cantiknya percaturan Allah itu, mengamanahkan Zayra kepada saya suami isteri kerana DIA tahu saya mampu membantu orang lain dengan tulisan dan pemikiran saya. DIA berikan saya fikiran yang pantas, suara yang jelas, hati yang kuat dan bersemangat, otak yang tajam untuk saya belajar ilmu-ilmuNYA dan kemudian menyampaikannya kepada masyarakat. Tanpa Zayra yang istimewa, saya mungkin asyik berblog dan bercerita tentang apa yang saya lakukan sehari-hari dengan Qarissa dan Quzayra yang normal tanpa memahami isi hati ibu-ibu lain yang mempunyai anak istimewa, mengeluarkan idea dan berkongsi rasa disamping memberikan motivasi dan semangat kepada ibu bapa lain. Allah ingin saya mengumpul pahala sebanyak mungkin melalui perkongsian saya. Dengan adanya Zayra, Allah beri saya peluang. Peluang menambah pahala. Peluang untuk saya kongsikan dengan masyarakat yang akhirnya membawa manfaat pada banyak pihak. Subhanallah.. hanya dengan mengirimkan Zayra yang istimewa, banyak sungguh hikmahnya yang saya dapat lihat .. Cuma, apa yang harus kita semua ingat, hikmah itu HANYA DAPAT DILIHAT, DIRASAI & DINIKMATI HANYA JIKA KITA MEMBUKA MATA HATI...:)


Jangan sesekali kita bersangka buruk pada Allah SWT. Saya ingin berkongsi satu huraian yang saya dengar di TV9 baru-baru ini. Saya lupa nama Ustaznya, tetapi beliau bukan Melayu. Ceramahnya dalam bahasa Inggeris. Agak terkenal juga, cuma saya tidak pernah berkesempatan mendengar ceramah beliau di TV. Kebetulan hari itu saya di meja makan di rumah kakak dan  rancangan Ustaz itu ke udara, dan saya mendengar penuh minat. Beliau menghuraikan tentang ayat ini yang saya rasakan huraiannya cukup menarik dan memberikan satu persepsi yang berbeza terhadap apa yang selama ini kita kurang peduli. Ayatnya seperti di bawah:

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Selalu sangat kita dengar kan? Dah boleh hafal pun! Tapi apa yang kita faham dari ayat ini? Apa yang boleh kita huraikan?Apa yang boleh kita simpulkan? Kata Ustaz tersebut yang masih saya ingat dan terkesan sehingga kini tentang ayat di atas ialah: Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya melainkan kita ini telah dibekalkan dengan kelengkapan yang cukup, peralatan yang ada dalam diri kita sendiri untuk kita gunakan dalam menangani dan mengatasi ujian itu dengan bijaksana. Allah takkan biarkan kita terkapai-kapai sendirian menangkis masalah dan ujian itu, kita sebenarnya sudah pun dibekalkan dengan alat bantu sebelum kita diuji supaya kita ini terdaya menongkah ujian yang diberikan itu dengan jayanya. Beliau turut memberikan contoh Nabi Musa ketika dikejar askar Firaun.  Bila Nabi Musa dikejar askar Firaun, Nabi Musa lari sehingga sampai ke Laut Merah dan beliau terhenti disitu. Nabi Musa berdoa pada Allah, dan Allah tanya Nabi Musa apa yang dipegangnya, Nabi Musa jawab, takder apa, ni ranting kayu buat aku halau-halau kambing petang-petang, tiada apa yang istimewa. Tetapi Allah Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkatnya ke laut untuk menyelamatkan diri dari tentera tersebut dan dengan izin Allah dan mukjizat Nabi Musa yang dikurniakan Allah, Laut Merah terbelah dan selamatlah Nabi Musa. Tanya Ustaz itu sewaktu menghuraikan situasi ini, kenapa tongkat Nabi Musa yang ada ditangannya itu yang Allah suruh ketuk, kenapa Allah tak suruh guna ranting-ranting kayu yang ada dikelilingnya tuh? Itulah menunjukkan yang Allah tidak memberikan pada kita sesuatu itu dengan sia-sia. Tongkat kayu yang buruk dan seolah-olah tiada gunanya itulah yang menjadi penyelamat di saat-saat yang amat kritikal dan amat berguna. Hmmm..menarik kan huraian ini? Sungguh saya terkesan bila mendengar penjelasan dan huraian Ustaz ini dalam topik UJIAN Allah ini. Kawan-kawan sayang, ambil pengajaran dari kisah ini. Jangan lupakan kata-kata ini - "Kita adalah APA YANG KITA FIKIRKAN". Jika baik dan lurus serta ikhlas pemikiran kita terhadap segala ujian yang Allah berikan, maka kita akan dapat lihat hikmahnya, kita dapat lihat apakah "tools @ alat bantu" yang Allah telah kirimkan dan berikan pada kita dengan segera dan kita akan jumpa penyelesaian terhadap ujian itu secepat mungkin.


Saya rasa tidak salah untuk kita rasa sedih dan terharu serta sayu untuk setengah-setengah ujian yang Allah beri dan situasi yang kita lalui, kerana itulah juga emosi yang Allah berikan pada kita hambanya ini. Allah yang bagi kita sekeping hati untuk merasai pelbagai gelojak rasa dalam kehidupan sehari-hari. Tidak salah untuk mempunyai rasa itu tetapi biarlah berpada. Biarlah ada hadnya. Jika perlu menangis dan meraung untuk 5-10 minit, lakukan jika itu mampu melepaskan bebanan di dada yang berat dan sarat. Selepas puas menangis dalam tempoh 10 minit itu, lap lah air mata kita, bangkit kembali dan melangkahlah dengan berani,  yakin dan pasti yang Allah SWT sentiasa ada bersama kita, Allah akan bantu kita mengharungi ujian ini.  itulah yang saya lakukan setiap kali perasaan dan gelojak rasa saya condong ke kiri. Di saat saya sedih, terharu, kecewa, risau, dan pelbagai rasa lagi, saya tidak akan sekali-kali membenar perasaan itu menguasai akal saya. Tidak!! Hanya saya yang berhak menguasai akal saya sendiri dan bertindak selari dengan tuntuan agama, dengan bantuan dan alat bantu yang telah pun Allah berikan sebelum saya diuji, Insya Allah. Bila saya rasa perlu, saya akan berkongsi rasa dengan rakan-rakan FB tentang perasaan saya di saat itu sebagai salah satu cara mendapatkan kekuatan dan sokongan dari orang-orang keliling saya yang saya sayangi, yang pasti akan memberikan kata-kata semangat yang menenangkan, kerana saya tahu, saya takkan pernah keseorangan. :)

Saya tahu ada dikalangan pembaca blog ini juga mempunyai anak istimewa. Dan saya tahu situasi anak istimewa setiap dari kita ini berbeza-beza. Cabaran kita berbeza tetapi naluri keibuan kita sama. Saya juga ada menerima mesej peribadi dari ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa, dan ada juga yang baru mendapat khabar bakal melahirkan anak istimewa, di mana mereka sukar menerima hakikat itu pada awalnya dan setelah membaca blog ini, mereka kembali bersemangat dan tahu mereka tidak keseorangan. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Semuanya dengan izin Allah juga. Ingatlah, anda sememangnya tidak keseorangan. Dan percayalah yang sesungguhnya hidup anda akan jadi lebih baik selepas di uji Allah SWT. Saya akhiri coretan ini dengan nukilan hati,

"JANJI ALLAH ITU PASTI, HANYA KITA YANG PERLU MENGERTI" 

post signature

Thursday, January 19, 2012

Tips @ GBOB: Bagaimana Menanamkan Rasa Cinta Anak ke Sekolah?

Wahh..tajuk tak tahan si Watie nih ...Eh?? bukan ker si Watie nih dulu pun ada masalah masa nak htr anak dia skolah? Siap buat entry lagi ngko!!Ni kemain lagi duk nak bg Tips kat orang nih ..cam kepoyo jer dia nih? Anak dia pun tak lepas lagi ada hati nak bg tips? Hhahahahaha...Ada tak agaknya pembaca saya yang komen camtuh yerk? Sadisssnyaa kalau ada..hehehe..tapi saya rasa mungkin takder, sebab saya tau my readers, baik yang nyata mahupun tersembunyi @ silent readers semuanya baik-baik belaka. :) Kan kan kan??? Kan saya selalu cakap, kalau ada perkara yang saya cuba buat terhadap anak-anak saya dan berkesan, saya kongsilah dengan anda semua, anda boleh cuba juga, kalau betul ia juga berkesan dengan anak anda dan anak-anak yg lain, maknanya memang betul itulah cara yg terbaik setakat ini. Mungkin akan datang, ada lagi idea dan cara yg terbaik untuk situasi yang berbeza pula.  Itulah indahnya menjadi ibu. Hari-hari yang kita lalui setiap hari sgt berbeza. Terutamanya bagi ibu yang bekerja sendiri atau suri rumah. Yang menghantar dan mengambil anak setiap hari dari sekolah. Kita boleh nampak perbezaan anak kita hari demi hari, samada mereka enjoy ke sekolah atau tidak. Tapi, bukan bermakna, ibu bapa yang bekerja, yang anaknya ke sekolah dan balik dari sekolah naik van @ bas, kita tak tahu perkembangan mereka, silap tuh, kita masih boleh tahu kalau kita sememangnya prihatin dengan  perkembangan anak. 


Ke mana berdua...dah macam kembar tak seiras dan tak sama tahun dah! Hehehe

Alhamdulillah, zaman sukar saya sewaktu Qarissa mula bersekolah dulu sudah lama berlalu. Saya dah lega, dan saya sudah boleh berbesar hati melihat kejayaan diri sendiri bila Qarissa tidak lagi seperti dulu, waktu mula2 di alam persekolahan bulan November 2011. Ternyata, itulah antara keputusan yang paling tepat yg saya pernah lakukan dalam hidup saya. Tak sesia saya "demand" pada Prinsipal Qarissa, yang saya inginkan Qarissa bersekolah lebih awal, kerana saya tahu dan saya mahu, guru-guru tersebut mempunyai masa yang cukup untuk memahami kerenah dan diri anak saya. Saya dapat bayangkan, bila Sessi persekolahan bermula pd bulan Jan 2012, sudah tentu ramai student baru dan jika saya menghantar Qarissa pada waktu itu, mungkin agak sukar Qarissa adapt dengan persekitaran barunya. As I said, Q punya "attachment disorder" agak kritikal satu waktu dahulu. Terus terang saya katakan, saya sangat risau ketika pertama kali melepaskan Qarissa di tangan gurunya. Walaupun saya tahu Teacher Qarissa especially the Prinsipal know how to handle the situation, tapi sebagai ibu, rasa risau tidak dapat saya elakkan. Nasib baiklah Puan Roslina tuh sgt memahami dan sering beri feedbacks pada saya, malah di awal-awal kemasukan Qarissa, beliau selalu datang awal, so that she can take care of Qarissa, takut-takut Q tantrum bila nampak saya keluar selepas menghantarnya. I really appreciate it, Puan Roslina. *saya tahu  Roslina baca blog nih ..ekekkek*. 


Aktiviti wajib selepas balik kindy setiap hari

Berbeza sungguh bila saya hantar Zayra ke kindy yang sama awal bulan Januari yang lalu. Saya sungguh yakin yang Zayra akan suka dengan kindy, dapat bergaul dengan baik, apatah lagi kakaknya ada bersama, cuma saya risau Zayra rindu nenennya! Hahahha..Dia kan masih menyusu badan, saya risau Zayra rasa kehilangan, tapi saya yakinkan diri yang Zayra memang boleh. Saya minta Trial Class for 1 month, sehingga  akhir bulan ini, tetapi ternyata saya tidak perlu menunggu lama untuk mengesahkan yang memang Zayra sangat serasi di kindy tersebut, so she will be officially in that kindy this February, Insya Allah.  Hari demi hari, sejak Qarissa masuk sekolah, saya melakukan rutin yang sama setiap masa, setiap hari tanpa jemu. Ia seolah-olah menjadi mantra saya setiap kali berbual dan bercakap dengan Qarissa, dan bila Zayra juga mula bersekolah, saya gunakan teknik yang sama, dan hasilnya sangat memberangsangkan! Kedua-dua anak saya  sukakan sekolah, mahu ke sekolah, enjoy di sekolah dan saat yang paling menyeronokkan dan membahagiakan adalah apabila saya sampai ke sekolah tersebut untuk mengambil mereka kembali. Nampak sahaja kereta saya memasuki ruangan parking, saya boleh nampak anak kedua-dua anak saya melompat-lompat kesukaan, saya boleh dengar suara gelak ketawa mereka sambil menjerit-jerit nama "MOMMY!!!MOMMY!!!MOMMYY!!!" dengan penuh excited, lantang, happy dan teruja. Mereka berlari-lari dan menari keliling kelas dengan penuh keseronokan sehingga saya kadang-kadang turut sama menari. Hehehe..Dari situ, saya tahu yg anak saya memang sukakan sekolah. Tidak nampak langsung tanda-tanda kesedihan, tangisan, mata merah dan sebagainya setiap kali saya mengambil mereka pulang. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat melihat situasi ini kerana saya tahu, itu impian setiap ibu, ingin menghantar dan mengambil anak sendiri tapi mungkin kerana kekangan kerja, kita tidak dapat melakukannya. Kerana itu ibu, kalau ada kesempatan, katakan kita MC atau cuti tahunan, gunakan kesempatan itu sebaiknya untuk menghantar dan mengambil anak pulang dari sekolah. Sememangnya, itulah momen-momen indah dalam hidup kita yang akan kita kenang. Sapa yang pernah dengar kisah Wardina Saffiyah yang berkongsi ceritanya pasal persekolahan anak-anak beliau, mesti suka dan teruja kan? Bagus sangat tips yang diberikan. Saya sharekan di sini yer ..:) 



Saya rasa terpanggil dan ingin berkongsi kisah saya kerana sejak awal bulan ini, saya terima agak banyak panggilan dari para ibu bapa yang meminta nasihat dan consultation saya tentang persekolahan anak-anak mereka. Kesemuanya meluahkan rasa risau bila anak tak suka sekolah, asyik menangis, takut kalau seolah-olah mereka terlalu pressure anak, ada yang rasa mereka boleh mengajar anak sendiri secara homeschool tapi bila tgk ramai yg htr ke kindy, rasa berbelah bahagi dan banyak lagi lah luahan hati dan perasaan yg mereka bgtau saya. Nasib baik yg call tuh Mommy2 sahaja, kalau Daddy pun sama mengadu, mesti pelik saya rasa. Hahahhahaa.. memang kes-kes macam ini, selalu mak yg handle kan? Sesuaiiiii lah sgt ..:) Tapi itu bukan bermakna Daddy tak amik tahu. Daddy mesti support dari belakang tau! Cuba buat sama tips2 yang nak kongsikan selepas ini. Insya Allah berkesan dan mujarab!! * mak aiiii...dah macam jual obat si Watie nih haaa! Hahhahha...* 


Ok, straight to the point. Pertama sekali, as parents, sebelum kita hantar anak ke kindy @ playskool, kita mesti jelas akan OBJEKTIF dan MATLAMAT kita menghantar anak ke tempat tersebut, terutamanya jika anak kita di bawah 4 tahun. Kenapa saya kata 4 tahun dan tidak 3 tahun? Sebab, kita WAJIB htr anak sekolah pada usia 5 tahun kan? Kalau di bawah 5 tahun, ia adalah sesuatu yang OPTIONAL. Nak hantar boleh, tak mau pun takper. Sebab tuh saya kata 4 tahun ke bawah.:) Tanya diri kita sendiri, "Kenapa aku nak htr anak aku ke kindy @ ke Playskool? Apa tujuan dia? Saja htr sebab nak ikut orang? Sebab jeles tgk anak kawan upload gambar anak gi skooll kat FB? Nak suka-suka? Nak eksen anak aku dah skolah kat jiran sebelah? Nak senang gi shopping lepas htr anak ke kindy? (*hehehe.. macam saya jer tuh, tapi kat area sini nih ada Tesco jer...tak ghairah langsung nak shopping!Hahhaha*), Nak anak aku bergaul, berkawan, bersosial, atau nak aku pandai ABC,!123? Nak anak aku pandai baca cepat2..atau APA?" Tanya pada diri sendiri TUJUAN SEBENAR kita hantar anak ke kindy @ Playschool. Biar kita jelas dengan diri sendiri tujuan kita htr anak ke kindy @ Playschool dan KITA PASTIKAN OBJEKTIF kita tercapai. Setiap orang ada tujuan dan matlamat masing-masing mengapa mereka buat keputusan untuk hantar anak ke kindy di awal usia kan? Kindy maksud saya di sini, bukan setakat menjaga anak tanpa ada program untuk mereka yer. Kindy yang saya maksudkan di sini adalah satu program khusus yang disediakan oleh pihak Kindy @ Playskool untuk anak anda meneroka persekitaran mereka seawal 2-4 tahun. Cthnya, OBJEKTIF dan MATLAMAT saya masukkan Qarissa ke Kindy adalah untuk dia belajar bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya, berdikari, tidak takut jika saya tiada, skill motor halusnya dapat dikukuhkan dengan pelbagai aktiviti yang bakal dilakukan bersama kawan-kawan, dia dapat melihat suasana yang berbeza dan belajar sesuatu yang baru. Alhamdulillah, saya dapat mencapai hampir kesemua matlamat yang saya inginkan semasa saya menulis entry ini, kecuali dari segi motor halus, ia masih dalam peringkat latihan lagi, sudah nampak perkembangan yg sgt positif tetapi masih harus diasah, dalam tempoh 3 bulan Qarissa ke kindy sejak November lalu, saya cukup puas hati dengan perkembangannya.

Adik-beradik yg sangat suka berpeluk sampai Teacher pun perasan! Hehehe. Nanti sempat saya buat entry pasal kasih-sayang yg saya tanamkan antara Qarissa & Zayra ni yer. 

Ok, sekarang saya nak tanya, anda perasan tak saya takder sentuh pun pasal ABC, 123 atau senang cakap  penekanan tentang "belajar" lah ..Kenapa? Anda nak kata sbb Q dah pandai baca, sebab tuh saya tak kisah? Hehehe..silap tuh, mungkin betul Q pandai baca bahasa Inggeris, tetapi bahasa Melayunya tidak sebaik bahasa Inggerisnya, masih terlalu banyak yg Q perlu pelajari dalam semua aspek pada pendapat saya, tapi kenapa saya tidak tekankan perkara itu buat masa ini? Kerana, pada masa saya masukkan Qarissa dulu, MATLAMAT UTAMA saya adalah perkara-perkara di atas. Bagaimana saya nak pastikan ianya tercapai?? Jawapannya - ANAK SAYA MESTI SUKA PERGI SEKOLAH DULU!!!  Tu yang paling penting. Yang lain tolak tepi. Cuba anda fikirkan, kalau anak anda tak suka pergi sekolah, bolehkah semuanya tercapai? Ia sangat mustahil. Perkara paling mudah - bersosial dgn kawan-kawan pun tak kan tercapai, apatah lagi belajar subjek2 tertentu! Anak menangis-nangis non-stop, takmau bangun pagi, nak mandikan dia macam nak berperang, bila suruh mandi macam kena pukul dan macam-macam yang berlaku setiap pagi. Bila sampai sekolah, keep on menangis, tak peduli kawan-kawan dan asyik nak balik jer. Sebab tuh kita kena kena "pelan-pelan kayuh" Mommy, step by step orang kata. Kerana saya percaya dengan apa yang  saya buat inilah, saya hantar Q awal 2 bulan. Untuk apa? Takkan saja nak habiskan duit RM 300 sebulan sia2 jer kan? Dah lah akhir tahun, bukan belajar sgt pun, semua dah eksaited nak cuti (*nasib baik skolah tuh takder cuti*), tp saya htr juga. Sebab saya nak Q sukakan sekolah, bila dia dah suka ke sekolah, Insya Allah matlamat dan objektif yang lain akan tercapai dengan mudah. Sebab tuh saya tak begitu kisah Q nak masuk kelas dan sama2 buat aktiviti dengan kawan-kawan lain atau tidak dalam tempoh 2 bulan lepas. Saya beritahu cikgunya - Yang penting sekarang, dia suka ke sekolah, itu yg paling penting. Saya bg Q tempoh 2 bulan sahaja, untuk dia menyesuaikan diri dengan sekolah barunya, bermula tahun ini, barulah saya mahu cikgunya fokus pada matlamat-matlamat saya yang masih belum tercapai. Kenapa saya cakap begini? Kerana saya tidak mahu Mommy-Mommy semua pressure memikirkan anak yang tidak suka ke sekolah. Hati pun tak tenteram samada di rumah atau di tempat kerja kan? Sebab matlamat dan objektif anda jauh ke hadapan, nafsu kita nih besar sgt sedangkan perkara yang asas pun anak kita belum lepas lagi. Sebab tu saya kata "step by step". Bila anak dah suka ke sekolah, matlamat pertama kita dah tercapai kan? Sekarang kita pergi ke fasa kedua. Matlamat seterusnya. Macam saya, saya nak kukuhkan motor halus Qarissa. Jadi, saya bgtau Teacher & Prinsipal Qarissa apa matlamat saya dan saya harap mereka boleh fokus perkara itu pada Qarissa. Dalam masa yang sama, saya nak dia bercampur dengan rakan sebaya, masuk kelas dan bermain dalam kumpulan. Baru-baru ni, Teacher Q bg feedback, kata yang Q masih suka join kelas Zayra, kelas 2-4 tahun, dia takmo sgt join kelas 4-6 tahun, tapi bila dia rasa dia nak join, dia akan join tanpa dipaksa. Alhamdulillah, kindy Q juga kan berasaskan Montessori, jadi mereka memang berpegang pada falsafah Montessori itu sendiri. Again, saya tak kisah sgt kelas mana dia suka masuk, janji both class ada kukuhkan her fine motor skills. Sebab itu matlamat saya sekarang. Dan memang pun both class ada buat aktiviti itu mengikut tahap kemampuan anak-anak. Dan, dah dua hari kebelakangan ini, Teacher Zayra bgtau saya, Q dah mula nak masuk kelas yang 4-6 tahun dan bergaul dengan rakan-rakan yg sama umur dan lebih tua darinya. Sudah tentu saya gembira kerana saya tahu, ada few advantages jika Q join rakan-rakan sebaya. Matlamat saya iaitu komunikasi antara rakan-rakan sebaya akan berlaku. Sudah tentu rakan-rakan dlm usia 4-6 tahun becok dan fasih bercakap berbanding rakan-rakan di kelas 2-4 tahun, jadi saya tahu Q akan dapat skill tersebut. Begitulah saya, akan terus mencipta matlamat dan objektif baru yang "rasional" dan "boleh di capai" apabila anak saya sudah berjaya mencapai matlamat yang saya letakkan sebelumnya. Saya tidak mahu menekan diri saya dan diri anak saya dengan meletakkan matlamat yang bukan-bukan, yang terlalu jauh untuk digapai apabila matlamat yang mudah pun masih belum tercapai. Hati saya akan lebih tenang, anak saya akan lebih gembira ke sekolah dan matlamat saya tercapai. Seronok kan? Masalah yang saya lihat sekarang, mungkin kebanyakan para ibu bapa meletakkan satu matlamat yang terlalu sukar digapai oleh anak semuda 2 tahun - 4 tahun. Bila matlamat itu tidak tercapai, mereka menyalahkan cikgu dan sekolah. Mereka pressure. Bila pressure, tanpa sedar, mereka bg pressure tuh pada anak. Anak dapat rasa kita pressure mereka walaupun kita tak tunjuk. Bila anak dah 5-6 tahun, dah pandai bercakap dgn fasih dan pandai memberontak, tak mau ke sekolah, kita bertambah pressure. Sebab dari mula lagi kita dah silap dalam meletakkan matlamat kita. That is why saya bebel panjang2, terangkan pasal matlamat dan objektif nih, khas untuk ibu bapa yang bercadang nak htr anak ke kindy @ Playskool. Dari bebelan dan penerangan saya yang panjang ini, saya harap anda dapat memahami kenapa saya tidak setuju bila ada pendapat yang mengatakan, "Buat apa nak pressure anak htr sekolah awal-awal? Kesian anak kecik2 dah kena belajar ..bla...blaaa..bla!". Pendapat peribadi saya, mungkin mereka belum faham maksud ECE dalam erti kata sebenar. Mungkin pemahaman mereka tentang "belajar" itu adalah setakat ABC, 123, tambah, tolak, darab, bahagi. Oh ...jangan sempitkan fikiran kita dengan istilah "belajar" itu. Kita semua, yang dah tua berkedut nih pun masih belajar perkara baru setiap hari bukan? Betul tak? Saya tidak pernah pressure anak-anak saya untuk belajar. Kerana pada saya, istilah belajar di usia bayi dan kanak-kanak tidak wujud, yang ada dalam diari hidup saya adalah istilah BERMAIN. Apa yang saya MAIN? Yer, apa yang saya MAIN adalah apa yang orang lain tgk sebagai BELAJAR. Hehehehe...tetapi apabila pendekatan yang digunakan adalah sesuatu yang menyeronokkan, percayalah, anak kita LANGSUNG TAK TAHU dia tengah belajar!. Tu yang si Q boleh pandai baca tuh! Dia tak rasa pun saya ajar dia baca, dia ingat saya MAIN ngan dia! Heheheheh..:) Orang luar jer yang ingat saya MENGAJAR anak saya ..kan? Kan? Kan? Hehhehe.. Nak tau lebih lanjut kena datang Seminar nih, dah berjela saya explain, tips tak bagi lagi kan? Perasan tak? Wakakakakaka..Adergh lah Watieeee... *sebab tuh lah aku suka cakap dari menulis oiii..lagi cepat cakap, 2 minit dapat cakap banyaaaakkkkk sgt!* Dah dah dah ...meh saya bg tips, kang sampai esok aku membebel tak habis2 macam Chef Wan! Hehheheh*


Kenangan lalu..Bam bam kan Zayra time nih? Dari kecil saya ajar mereka berpeluk! Tu yg sampai besar pun mereka sentiasa berpeluk!

Ok, antara tips yang ingin saya kongsikan untuk menanam rasa cinta pada sekolah terhadap my both Q's adalah : 

  • Setiap hari sejak mula Qarissa masuk sekolah, sampailah Zayra pulak masuk, saya dengan gigihnya bgtau anak saya, terangkan pada dia, SEBELUM PERGI KELAS satu hari entah berapa kali saya tak ingat sebab banyak kali sangat saya duk ulang-ulang ayat standard yang sama iaitu: - "QARISSA & ZAYRA, MOMMY WILL SEND YOU TO SCHOOL, YOU STAY IN SCHOOL, PLAY WITH YOUR FRIEND- KHADIJAH, ALIA, ARISSA, PLAY WITH TEACHER AZURA, TEACHER SYAZNI, TEACHER HADIRA, THEN MOMMY WILL PICK UP UP OK?? KAKAK TAKMO NANGIS OK, MOMMY WILL DEFINATELY PICK YOU UP OK SAYANG???" Nampak tak tulisan biru yang saya tulis tuh? Kat mana saya letak tulisan biru tuh? Kat akhir perbualan saya kan? Sebabnya? Sebab saya nak ayat tuh masuk dalam otak anak-anak saya, yang SAYA AKAN AMBIL MEREKA KEMBALI! Mereka TAKKAN di tinggalkan keseorangan sampai bila-bila, saya PASTI akan ambil mereka bila tiba masanya. Anda juga boleh cuba lakukan perkara yang sama. Tingkatkan keyakinan dan kepercayaan anak anda terhadap diri anda, yang anda tidak akan tinggalkan dia seorang diri di sekolah. Anda akan ambil dia semula. Kalau kes-kes yang van amik atau bas skolah amik, bgtau benda yg sama, cuma tukarkan ayat. Bgtau anak, yang Makcik Bedah (nama samaran) akan bawak dia balik ke rumah Pengasuh, Makcik Joyah (juga nama samaran) bila tiba masanya. Dan kemudian, anda pula akan amik mereka dari rumah Makcik Joyah. Ulang sekerap mungkin setiap hari tanpa gagal!
  • Bila sampai sekolah, lepas saya htr di masuk ke kelas, saya akan blah slumber buat Taliban Style, berlakon sikit macam tak heran langsung (especially masa awal2 lah, skang dorang dah tak kesah pun saya blah, kengkadang jer nangis ngada-ngada), bgtau yang saya nak pergi kerja. Saya kata, "OK QARISSA, MOMMY IS GOING TO WORK. U STAY IN CLASS YA, MOMMY WILL PICK U UP LATER!". Pastu saya pun jalan dengan takder perasaannya, masuk kereta terus blah! *walaupun dalam hati masa awal2 tuh Allah jer tahu .. hehehhe*  Nampak tak ayat terakhir sekali lagi? Again..saya gunakan perkataan yang sama sebab saya nak instill dalam minda anak saya yang saya akan datang kembali. Apa yang jadi lepas tuh, Teacher akan handle. Kita berdoa dan percaya yang Teacher akan buat sehabis baik untuk anak kita, Insya Allah. 
  • Bila tiba masanya untuk saya ambil anak, sampai sahaja di sekolah anak saya, saya akan dengan muka penuh excited dan teruja, dan penuh dengan rindu dendam,*sila bayangkan muka rindu dendam*, akan mencari anak-anak saya sambil mendepakan tangan bersedia untuk memeluk mereka, dan bila sahaja saya peluk mereka, saya akan kata, "HI SAYANG ..I'M COMING TO PICK YOU UP!! KAN MOMMY DAH KATA MOMMY WILL COME & PICK U UP?? SEE, I COME TO PICK YOU UP NOW!!". Nampak berapa kali saya ulang? Kenapa nak ulang banyak-banyak kali? Sebab saya nak anak saya percaya pada saya. Pagi tadi kan saya dah janji nak amik dia, sekarang saya tunaikan janji saya. Saya nak dia faham yang saya pasti akan amik dia kembali. Saya lakukan 3 langkah ini setiap hari tanpa jemu, seolah-olah mantra saya dan saya lihat ia sangat-sangat berkesan. Qarissa percaya pada saya, yang saya akan ambil dia, pasti akan ambil dia, jadi dia dah tak takut lagi. Walaupun saya ambil lambat setengah jam atau lebih, dia tak kisah, kerana dia tahu saya akan datang untuk ambil dia dan Zayra. Sampai ada ketika, bila Daddy yang ambil kelmarin, anak-anak bising bertanyakan mana Mommy mereka. Hehehe.. sweet sgt bila dgr..:) Bagi mereka yang kesnya berbeza, seperti htr anak guna van atau bas skolah, anda juga boleh gunakan ayat yang sama, cuma ubahsuai sedikit. Bila dah sampai rumah Pengasuh after balik kerja, cepat2 depakan tangan, buat muka rindu dendam, peluk anak dan terus kata, "HI SAYANG, YOU COME BACK FROM SKOOL ALREADY!! KAN MOMMY DAH KATA, NANTI AFTER SKOOL, MAKCIK BEDAH HTR KAKAK KAT RUMAH MAKCIK JOYAH AFTER SKOOL, THEN AFTER MOMMY BALIK KERJA, MOMMY WILL COME & PICK U UP. SEE?? NOW MOMMY DATANG NAK AMIK KAKAK LAH NIH....". Lebih kurang gitulah ayat yang anda semua boleh buat. :) Yang penting, anak anda percaya yang anda akan amik dia kembali walau di mana pun dia berada. 
Kenangan lama juga...Dah macam kembar SIAM erk? Haahhaa...bersimpang siur kaki masing2. Janji dapat rasa antara satu sama lain!Ahaks!
  • Ambil tahu NAMA KAWAN-KAWAN SEKOLAH ANAK ANDA BESERTA CIKGUNYA SEKALI! Mesti jadi kepoh sikit, kalau tak tahu, tanya Teacher dia sapa nama kawan baru anak anda. Lepas tuh HAFAL! Perasan tak, kat point pertama, saya sebut nama kawan2 Q's dan Teacher2 nya sekali? Tuh suma kawan tahun lepas, kawan tahun nih dah bertambah, macam Naufal, Amnina dan Amnani. Macam Qarissa, dulu kawan dia tak ramai, tahun nih ramai sikit, jadi saya memang tanya sapa nama anak-anak tu semua di awal bulan Januari tu. Dan, setiap kali berada di rumah, ketika bermain, ketika dalam kereta, atau ketika di mana-mana sahaja, saya akan ulang-ulang nama kawan-kawan dan Teacher Qarissa. Apa sahaja yg saya lakukan, saya akan kaitkan kawan-kawan Q's dalam "cerita" saya. Cthnya, ketika main lacing bead, saya tanya Qarissa, "Kakak, do you play this with Khadijah ini School? Khadijah pandai main tak? Do you like Khadijah?" dan macam-macam lagi lah yang saya tanya pasal kawan-kawan dia.  Begitu juga yang saya lakukan dengan Zayra. Baik kawan, baik Teacher. Memang saya akan sentiasa ulang dan reka ayat2 saya berkisarkan fugura-figura ini. Walaupun pada hari cuti. Kerana apa? Kerana saya nak anak-anak saya ingat kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah dia. Ingat keseronokan mereka bermain di sekolah bersama-sama, gelak bersama, ketawa bersama, makan bersama, selsema bersama, hingus sememeh pun sama-sama! Hahahaha..Saya dapati cara saya itu sangat berkesan untuk mengembalikan memori anak saya untuk cintakan sekolah. Bila hari cuti, saya bgtau yang hari ni cuti, tak jumpa Khadijah, tak jumpa Teacher Syazni, nanti on Monday kita jumpa lagi. Yang paling saya bangga, cikgu Qarissa juga perasan yang Qarissa dan Zayra saling menyanyi antara satu sama lain dan saling berpeluk.Sikit-sikit peluk, sikit-sikit peluk. Hehehe..Bukan hanya mereka berdua, rasa sayang itu juga dikongsi dengan rakan-rakan. Qarissa sayang sungguh dengan Khadijah! Dia rapat dengan Khadijah sejak Zayra belum masuk lagi dan walaupun dah ada Zayra, Q masih lagi suka dan sayangkan Khadijah bila dia disekolah. Nama Khadijah yang dia sebut dulu bila sampai sekolah. Bila saya ulang2 cerita pasal kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah, time cuti atau on weekdays, anak saya akan teruja. Saya rasa teknik ini juga boleh diamalkan oleh Mommy-Mommy semua. jadi, anak anda sentiasa ingat perkara-perkara indah yg berlaku disekolah. 
  • Kalau boleh, amiklah tahu permainan atau buku apa yang digunakan di kindy anak anda. Kemudian, beli 1 @ 2 permainan yang sama dan letak di rumah anda. Bila bermain dengan anak di rumah, ingatkan mereka yang permainan tersebut @ buku yang mereka sedang lihat tuh, ada juga di sekolah. Katakan pada anak, kalau mereka nak lebih banyak lagi mainan atau buku, mereka kena pergi sekolah, lagi best sebab boleh main dengan kawan-kawan. then, kita createlah story-story yang indah-indah pasal sekolah. :) Mesti anak happy bila bayangkan. Macam cth, kindy Q pun gunakan Buku Ants On The  Apple. And of course Montressori Apparatus. Jadi, bila saya nyanyi lagu Ants On The Apple ataupun main mainan Montessori dia, saya akan ingatkan dia pasal sekolah. Walaupun kat Playgroup saya juga gunakan lagu dan buku yang sama untuk Ants On The Apple, tapi saya tetap cakap, Teacher Syazni ajar huruf apa today? Then saya nyanyi sama-sama. Sebab saya nak dia dapat input yang di belajar tuh disekolah, dan dia seronok untuk pergi lagi. 
  • Setiap kali sebelum naik kereta, masa saya amik anak-anak saya tuh dari sekolah tu, selalunya Khadijah & Naufal akan stay sampai petang. Yang lain selalunya dah balik dah, sebab kengkadang saya datang lewat sikit, so semua dah balik. Mana yang tinggal tuh, saya akan suruh my Q's say Bye-Bye to them dan salam. Sebut nama dorang like, "Bye-Bye Khadijah, Bye-Bye Naufal!! Bye-bye Teacher" sampailaahhhh...kereta saya keluar dari perkarangan sekolah! Kadang-kadang sampai kat Guard pun si Q masih cakap lagi pasal kawan-kawan dia. kengkadang dia cakap, "No more Aunty Syaz!!" dan saya pula sambung, "Yess..no more Aunty Syaz, but tomorrow, its school time, Kakak jumpa lagi Aunty Syaz!" Sebanyak mungkin saya cuba instillkan rasa dekat pada sekolah di hati anak-anak saya supaya mereka suka ke sekolahSebab tuh apa saha yang saya cakap dan lakukan, saya relatekan kembali dengan sekolah. :) Sama jugalah ketika sampai ke sekolah, saya memang akan cakap, "Alhamdulillah, kita dah sampai! Qarissa! Zayra! Look!!! Khadijah is waiting for youuu!" dengan suara teruja dan penuh excited! Qarissa dan Zayra pun jadi excited sama. Hehehhe.. Kena pandai berlakon sikit beb .. *padahal kengkadang Khadijah takder pun depan pintu tuh! Hahahha*. 
Itulah antara perkara-perkara yang saya lakukan setiap hari, dari bulan November 2011 sampailah sekarang! Walaupun anak-anak saya dah okay, suka sekolah, tapi saya tetap meneruskan perkara-perkara di atas tanpa jemu. Alhamdulillah, setakat nih, memang tiada masalah untuk anak-anak saya bangun pagi, cuma kadang-kadang, datang mengada-ngada Qarissa atau Zayra, mulut jer cakap takmo School, tapi bila saya cakap, "Oklah, if you dont want to go, you sleep ok! Mommy nak hantar adik/kakak gi skool!" Pastu saya blah slumber. Kelam-kabut lah dorang bangun walaupun merengek. Hahahhaa.. Pernah juga terjadi keadaan di mana Q mengada-ngada takmo mandi, tapi nak gi skool, pampers kemain kuyup, dia buat perangai, kejap nak Ipad, kejap nak susu, hadoi makk ..memang geram sungguh saya! Hambek ko... kenalah Taliban Style, mandi dengan baju-baju, dengan pampers-pampers skali. Melalak-lalak dia nangis! Hehehhe..kesian gak tgk tapi kena tegas lah jugak, kalau tak, tak jadi orang anak kita kang! Bila dah siap, naik keta, elok jer perangai sampai sekolah. Sabar jer kan?? Then, bila balik umah, saya ingatkan dia, jangan buat perangai macam pagi tadi for tomorrow's school time, Mommy tak suka, Allah tak suka,nanti Allah tak sayang. Alhamdulillah, Qarissa faham nampaknya. Dia tak buat lagi dah perangai camtu. Kalau lenkali dia buat lagi, tak tahulah saya., Taliban Style lagi ah nampaknya. Heheheh..Memang tu lah warna warni hidup saya skang. Kengkadang saya pulak yang malas bangun pagi. Hehehhe.. Tu yg selalu terlajak htr lambat tuh. Ahaks! 

Saya harap dengan perkongsian kali ini, anda akan dapat sedikit panduan yang dapat anda aplikasikan terus kepada anak anda. Insya Allah mungkin ia dapat membantu sedikit sebanyak dalam memberikan rasa seronok dan rasa teruja anak anda pada sekolah :) Setelah anda aplikasikannya, bolehlah anda kongsi dengan saya apakah outcomenya nanti yer! Bagi sesiapa yang ada idea dan tips cara dan kaedah bagaimana anda menanamkan rasa minat dan suka anak anda ke sekolah, mungkin boleh kongsikannya di sini. :) Sharing is caring kan..? Until then, jumpa lagi di entry akan datang, Insya Allah ...

post signature
post signature

Thursday, January 12, 2012

Montessori: Apa Ada Dalam Montessori Tray Anak Saya??



Rasanya masih belum terlambat untuk Watie ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 buat semua pembaca dan pelayar blog Genius Baby On Board. Diam tak diam, dah masuk tahun baru dah yer. Rasanya baru semalam jer saya tulis entry pasal Majalah PaMa tuh. Sekali bila saya tgk balik tarikhnya, rupanya 30 December 2011! Maknanya ini entry pertama saya buat tahun 2012 nih! Mak aiii.. berbelas hari saya tak menulis yer? Padanlah rindu naaaa.. hehhehe..

Maaflah kawan-kawan semua. Watie memang sangat-sangat sibuk sejak kebelakangan ini. Macam-macam perkara nak kena setel dari tahun lepas sampailah tahun ini. Insya Allah, tak lama lagi, cawangan Genius Baby On Board akan dibuka di Johor Bharu bertempat di Taman Mutiara Rini, Skudai. Sebab tuh, Watie sgt2 bz menyiapkan dan memastikan segala-galanya berjalan lancar. Kalau takder aral melintang pukang, besar kemungkinan cawangan tersebut akan dibuka pada bulan Februari 2012. Watie nak kena pastikan ianya berjalan lancar lebih-lebih lagi ini adalah cawangan pertama GBOB melalui program Licensing @ GBOB. Sekarang Watie tgh training the Puan Anne Aida, Licensee @ GBOB JB dan memberikan latihan dan consultation secukupnya untuk beliau memulakan kelas @ Trial Pertama di JB. Insya Allah, hari Jumaat nih, Watie akan ke Johor untuk melawat pejabat baru kami di sana. Doakan kami yer.:) Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini cawangan GBOB JB, selain dari Fanpage Rasmi Genius Baby On Board, bolehlah kawan-kawan semua LIKE Fanpage nih: http://www.facebook.com/gbobjb. Insya Allah, maklumat terkini tentang pendaftaran dan kemasukan pelajar baru akan dimaklumkan di situ. :)

Ok, hari nih Watie nak bayar hutang yang dah lama Watie janji, sorry sgt, Watie tahu ada ramai yg htr sms dan msg malah tinggalkan komen tanya bila Watie nak share apa yang ada dalam Tray Montressori my Q's @ home nih .. Watie baca semua komen anda, cuma tak berkesempatan nak balas .. Maaf ye! Ok, jadi today Watie nak setelkan satu dari banyaaaakkkk....hutang Watie nih ha ..Ahaks! :) Watie membebel kat gambar jer lah ..lagi senang dan jelas anda semua tengok dan paham what is the purpose & usage of all the Apparatus...:) 

Kalau anda semua masih ingat lagi dalam entry2 yang lalu, Watie keep on saying yang satu ruang khas atau "territorry" adalah sangat penting untuk anak kita bermain sambil belajar. Tak besar pun takper, janji ada satu kawasan khas yang anda sediakan di sudut rumah anda, yang mana bila anak anda tengok jer, dia tahu itu adalah tempat untuk dia meneroka, bermain dan bergembira tanpa ada sesiapa yang nak "membebel" sbb bersepah! Ekekekek..*sapa lah agaknya yg suka bebel2 tuh yer?* Hahahahha..Ok, Watie share ngan anda gambar bilik anak Watie yer. Kalau nak tgk lebih lagi, bolehlah beli Majalah Nur keluaran Mac 2012. Insya Allah akan keluar pada akhir bulan Februari nanti. Wartawan Majalah Nur, kak Azza ada interview Watie untuk Ruangan "Ruang Pilihan" dan Ruang yang dipilih tuh adalah bilik anak2 Watie. Patutnya masuk bulan Februari 2012, tapi Kak Azza kata nak masukkan bulan Mac sebab bulan Mac tu issue Bumper, dan kata Kak Azza, bilik anak Watie tuh cantik serta sesuai untuk edisi bulan tersebut. Terima kasihlah kak Azza, terharu dan berbesar hati saya dapat msg macam tu *tetiba rasa nak jadi Interior Designer plak dahhhh...wakakakak...* . Heheheh..Rasanya di luar sana, ramai lagi yg bilik anak-anak2nya cantik dan banyak mainan, tapi mungkin konsep Montessori yang Watie ketengahkan dalam menghias bilik anak mempunyai value yg tersendiri. :) Ok, meh kita tgk bilik adik beradik yg asyik berpeluk nih. Harap maklum yg bilik ni santek time masuk Majalah jer! Hahahha..hari2 lain selalunya memang bersepah lahaiiiii....tapi saya tak marah pun! Saya suka bilik tu bersepah sebab saya tahu anak saya sedang meneroka persekitaran mereka. Ia adalah satu terapi minda yang baik untuk saya..ewahhhh...hahahahah...*ada maid leh ah citer Watie....poyolah ngko...!* Wakakakak... Eh eh ..7 bulan saya takder maid tau...ok jer ..saya ngan anak2 kemas sesama ..heheheh...skang dah ada maid pun selalunya anak2 saya akan kemas ikut kemampuan mereka, so not a big issue lah kan ..ehhehe..


Cinta hati saya. Suka betul dorang tgk character Princess tuh. saya pun suka cadar dan langsir tuh.:) Tgklah muka Q perasan diva, konon ala2 model lah tuh, muka garang tak senyum...yokoyo! Perasan tak ada ruang kosong sebelah katil? Ruang tuh saya dah hias macam gambar kat bawah nih, khas untuk anak2 saya main puas2..:)



Taddaaa... saya letakkan meja IKEA yang sblm ni ada kat tingkat bwh *sapa ikuti kisah saya mesti tahu meja merah ni, saya ada buat entry pasal ruang juga..*  Almari -almari kecil berbentuk empat segi sama tuh, adalah hasil kreativiti saya sendiri. Pandai2 sendiri jer.. Hahahah...Ada promosi di TESCO, satu kiub RM 15 jer. Murah kan?  Jadi, saya  beli 6 kiub, pilih warna yang ada dan saya suai-padankan menjadi seperti apa yang anda lihat ini. Hehehe.. Sapa sangka hanya dengan RM 90 sahaja, saya dapat deko satu ruang yang cantik dan boleh menyimpan barang-barang mainan anak saya. :) Nampak tak atas meja tu ada apa? Itulah Montessori Pre-Writing set yang saya belikan khas untuk Qarissa mengukuhkan jari jemarinya yang agak lemah akibat kesilapan saya menjadikan anak saya "cacat" dahulu. I have to admit, that now is my "repay back" time selepas hampir 3 tahun saya "mencacatkan" anak saya tanpa saya sedari. Memang mahal, tapi ia berkesan dalam membantu Qarissa sebelum dia masuk skolah bulan Nov yang lalu. Terus terang saya katakan, kalau kita jenis ibu bapa yg dari kecil ajar anak berdikari, semua buat sendiri *dengan pengawasan kita*, tak takut sgt macam saya dulu, kita tak perlukan this set kecuali kalau rasa nak beli  as Montessori Apparatus supaya anak kita dapat lebih benefit darinya. Cthnya Zayra. FYI, Zayra pegang pen dgn tgn kiri dlm usia 20 bulan JAUH LEBIH BAIK berbanding Qarissa dalam usia 3 tahun walaupun saya tak latih Zayra gunakan that pre-writing set pun! Tak payah lah saya bgtau kenapa, semua rasanya semua dah tahu kenapa kan? Semua dah baca entry saya tuh kan? Hehhehe..penat nak ulang ..ekekek...


Inilah rupa keseluruhan ruang untuk anak saya bermain dan meneroka. Agak selesa dan luas untuk mereka belajar sambil bermain menyepah kan? Skang atas Matt ABC tu dah penuh dgn Wood House Qarissa, the latest mainan Play Pretend yg saya beli utk dia. Dulu kecik2 teringin sgt nak mainan camtuh tapi tak merasa, saya dibesarkan dalam suasana kampung yang serba-serbi susah, bilik sendiri pun takder, I still can remember yang saya cukup suka dgn Barbie, teringin sgt nak ada patung tu, tapi saya tak pernah terfikir utk mintak Mak @ Ayah saya belikan, sebab saya tau dorang tak mampu dan Barbie tuh bukan sesuatu yang penting berbanding makanan, pakaian dan belanja saya ke sekolah. Saya ingat lagi ..belanja saya gi skolah RM1 jer tau! 20 sen tambang pergi, 20 sen tambang balik, 60 sen belanja makan! *apa aku makan dgn 60 sen pun aku tak tahu...hahahah..ops...saya ingat! Saya makan KUAH LAKSA harga dia 20 sen jer! Sedapp oooo, letak telur tambah lagi 20 sen. Hehehe..*. Saya tak sedih pun, atau salahkan my parents, cuma saya selalu cakap dalam hati, "Nanti aku dah besar, dah pegang duit sendiri, aku nak beli Barbie!" Wakakaka... sampai sudah tak beli pung! Poyo jer lebey .. Belikan anak jer.. Ahaks ..


Tiada apa yang lebih menggembirakan bila saya tgk anak saya bermain dengan penuh leka. Hilang penat saya cari duit sebab saya tahu ke mana saya habiskan duit tu. Saya selalu ingatkan diri saya, apa yang saya buat selama ni, rezeki yg saya cari selama ni adalah rezeki anak-anak yang Allah SWT bg.  Saya ni sebagai perantara saja. Sebab tuh saya tak boleh kedekut dgn anak. Abah saya yang ajar saya camni. *kita sebagai perantara, kadang2 Allah bg kita duit bukan untuk kita pun, tapi untuk kita bg @ sedekah pd orang lain yg lebih memerlukan, Allah bg kita pegang kejap jer*. Abah saya yg pernah cakap macam ni masa saya remaja dulu dan sampai skang saya ingat. Dan saya percaya juga, Allah SWT akan beri kita rezeki yg tak putus2 kalau kita percaya janji Allah.Saya perasan, walaupun kadang2 saya berhabis untuk beli brg education anak, sampai kadang2 hubby tegur sebab nampak membazir, dan saya "kering", tapi rezeki selalu ada, Insya Allah.. :) Saya rasa malu dan segan bila baca yang orang Korea & Jepun habiskan sekurang-kurangnya 30% gaji mereka ke education anak SETIAP BULAN *tak termasuk perbelanjaan education yg wajib macam kindy, tusyen dsb!* Tapi kita? Mana duit kita pergi setiap bulan? Ada tak anda semua asingkan wang gaji anda setiap bulan untuk melabur pada education anak? Ker kita ni lebih pentingkan gincu, minyak wangi, baju baru, kasut dan beg tangan branded untuk melawa ke pejabat? Bukanlah saya nak suruh kita tiru bulat2 cam org sana, lifestyle dan tangga gaji kat sana berbeza dr Malaysia, tapi kalau tak 30% sekalipun, at least 5-10% tuh cubalah kita sepitkan sedikit untuk education anak. :) 
 
Dan, inilah stesen Montessori yang anda tgk dalam entry saya sebelum ini. Stesen nih terletak berhadapan dengan katil anak2 saya. Ada juga ruang yg agak luas untuk mereka explore all the Apparatus tu. Saya suka sgt gambar ni tau ..Cuba tgk Zayra kat mana? Hahhahaa... Si kenit nih, dengan baju tak pakai, korang tau tak, dia lah yang tarik rak tuh ke depan, lepas tuh dia masuk ke belakang dan buat sepah!. Tak padan kan? Sapa kata satu tgn takleh menggegar dunia? Hahahha... Kakak dia elok jer main stacking cup, dia kemain lagi jadi bos kecik duk nyakat akak dia, saya ingat lagi masa ni Zayra amik satu stacking cup Q dan cepat2 lari sembunyi belakang rak tuh. Yg dia tgh pegang tuh akak dia punya stacking cup lah tuh! Kiut dan cheeky giler, cepat2 saya snap gambar ni. Hehehhe. Ok meh kita tgk apa yg ada dalam Montessory Tray ni yer :)
Sepit baju. Boleh jer nak amik sepit baju uols dan masukkan dalam Tray nih, tapi kalau nak cantik dan seragam, nampak kiddos sket ...then jadilah ngada-ngada macam saya, hehehhe..poyo jer letak penyepit Bee & Caterpillar ni.Kalau anak kita dah pandai sepit, dia boleh buat sendiri, tapi bg yang belum, kita tunjukkan macam mana dia boleh gunakan jarinya untuk pegang penyepit dan kemudian sepitkan penyepit baju itu di keliling bekas. Kalau pakai kadbod keras pun ok. :) Sambil tuh boleh ajar pasal warna dan binatang.:) Aktiviti ni melatih menguatkan jari jemari anak kita di samping meningatkan fokus dia :) 
Scooping Activity. Ada 2 bekas dan satu scoop.Tak esah nak letak apa dalam  dalam satu bekas tuh, tapi kalau ada anak ecil, kena hati2 sikit takut dorang makan nanti. As for me, Watie letak macam marble untuk hiasan akuarium tuh, pakai belasah jer beli masa tuh sebab warna merah tuh menarik. Kalau nak letak kacang hijau ker, kacang soya, boleh juga, janji anak boleh scoop dan pindahkan isi dari Cup A - Cup B. Sama juga objektifnya, melatih tangan anak memegang dengan betul, bukan setakat jari jemari tapi juga pegangan mereka dan meningkatkan fokus untuk memastikan apa yang ada di dalam bekas tidak jatuh. Sebab tuh bagus kita sediakan tray macam yg anda nampak di atas. Yang warna biru tuh. Jadi, masa anak bermain, if jatuh, ia hanya bersepah di tray. *Sebab tuh Watie pilih tray yang tinggi sedikit dan tiada lubang *.Untuk permulaan, bila anak pindahkan apa yg ada di Cup A - Cup B tuh, mesti akan bersepah punya, sebab koordinasi mata dan tangan anak belum begitu baik. Jangan frust bila ini berlaku. No..no..no..no no..! *bak kata Ustaz Don Daniyal..*. As parents , kita kena banyak puji anak ita dan galakkan dia untuk keep on trying. Bila jatuh atau bersepah, kita cakap, "Opsss! Alamak...dah jatuh lah kakak/abang, takper meh kita cuba lagi ok? Abang /Kakak seronok main tak? Jom kita amik semula kacang hijau nih, letak dalam bekas dan kita cuba lagi ok?" Kita cakap dengan muka happy dan ceria, macam kita tgh main-main. So anak takder rasa tekanan dan dia akan happy. Apabila setiap hari dia buat aktiviti ni, anda akan dapati tiada lagi yg jatuh ke dalam Tray sebab anak punya fokus dah tinggi, dan koordinasi mata-tangan anak semakin kukuh, so, dorang tak "main belasah" jer masuk dalam bekas sebab excited, tapi lebih berhati-hati. 
Ni pula sebenarnya konsep dia macam LEGO tuh, boleh kita lekatkan antara satu sama lain dengan memasukkannya ke dalam lubang2 yang ada dan combinekan dia jadi apa yang kita nak, macam replika lah. Tapi Watie ubahsuai sedikit, selain dr permainan macam LEGO, Watie buat lacing activity dan ajar warna. Kita boleh buat macam-macam aktiviti cthnya suruh anak asingkan  item ni ikut warna, then masukkan tali dalam lubang, buat replika macam LEGO tu dan macam-macam lagi. Tali tuh sebenarnya bukan di situ tempatnya, dia ada di dalam Threading Activity di bawah nih, tapi Watie mix and match. Watie amik tali tuh, letak dalam tray ni, kebetulan pulak warna dia sama, dan di Threading Activity tuh, Watie beli tali kasut yg agak keras untuk buat aktivity threading :)
Ni pun best sgt, tapi masa mula2 dulu, Q tak suka sebab dia tak reti. Sekarang dah ok sikit. Satu lagi kan, walaupun anak kita macam tak suka main Apparatus yg kita letakkan tuh, kita jgn frust tau. Biarkan jer atas rak tuh, eventually dorang akan pergi amik dan explore. Mungkin masa kita beli dan suruh dorang buat tuh, they dont feel like doing it, maybe dorang rasa its too hard for them, they get frust dan tak mau buat, tapi lama-lama, bila sikit-sikit they master the skill, dorang akan amik dan main. Few times terjadi pada Qarissa macam tuh.:) Dalam game nih, ada 4 character iaitu Train, Cow, Bear dan Turtle. meh kita tgk bawah ni.:)
Ha ..tu lah animal2 nya ..:) Nampak tak Cow tuh? That is what Threading are for. Ada lubang2 di seluruh bahagian badan binatang-binatang tuh, dan anak kita kena masukkan tali yg disediakan dalam lubang yg ada dan buat aktivity threading tuh . Disebabkan tali tu agak lembik sedikit, Watie rasa macam agak sukar untuk Qarissa melakukannya di permulaan aktiviti. Jadi Watie belikan tali kasut yang agak keras, so, taklah dia terpele'ot ke bwh jer masa anak nak masukkan dalam lubang.. hehehe..Kira senang juga nak masukkan dalam lubang tu. Aktiviti ini juga memerlukan kepakaran dan fokus yang tinggi. Ia membantu anak untuk cekap menggunakan jari-jemari, meningkatkan koordinasi mata dan tangan masa dia nak masukkan tali kasut dalam lubang, secara tak langsung tingkatkan fokus dia sebab nak pastikan tali tu kasut masuk ke dalam lubang dengan betul. Kita boleh bg 'add on value' di sini, di mana kita boleh cakap "In &Out" semasa anak kita masukkan tali kasut dan semasa dia keluarkan tali tersebut. Bila anak dah pandai, kita perhatikan sahaja sambil memuji apa yang mereka lakukan..:) 

Yang ni pulak Sorting Cake.Apa yg anda lihat tuh pemadam. *Thank you Yati Chomeyl for the idea nak guna pemadam. Walaupun dah ada few sorting aktivity, sebab pemadam ni suma kiut-kiut, dan nampak sedaplicious, aku beli jugak* .Hahahhaha...Kita boleh beli few types of different color of pemadam yang cantik2 dan bewarna warni, then letak dalam satu bekas. Lepas tuh, kita beli tempat letak sos yg macam color oren tuh, supaya anak kita boleh pindahkan pemadam tuh dari bekas yang ada ke dalam bekas oren tuh menggunakan penyepit dan isih @ sort ikut jenis & warnanya. Penyepit tuh, beli jer penyepit meehoon yang kecik tuh. Sekali lagi ia akan bantu anak untuk mengukuhkan jari jemarinya menggunakan penyepit dan koordinasi mata-tangan plus dia pandai isih ikut kategori. Kalau best lagi, suruh anak guna Chopstik *opss..saya fail di situ..heheh..tunggu Q besar sikit kot* dan pindahkan satu demi satu. Kita boleh buat activity ni secara vice versa. Maksudnya, mula2 pindah dari bekas putih dan isih ikut kategori ke dalam bekas oren. Lepas tuh, dari bekas oren tuh, simpan balik dalam bekas putih, baru suruh anak simpan di rak. 
Ini pula Aktivity Sorting Marbles. Warna hijau tuh ice cube tray. Beli 3 jenis warna marble dan letakkan seperti di atas. Then, kita minta anak isih ikut warna ke dalam bekas pink tu. Konsep dia sama seperti Sorting Cake di atas, cuma this time kita guna marble dan ia agak mencabar sedikit kerana anak kita kena betul2 pastikan penyepit tuh masuk dalam ice cube tray yang kecil tuh untuk dia amik the marble dan pindahkan. Kalau dia tak kepit betul-betul, dia akan terkepit ice cube "jiran sebelah" pulak kang ..hehehe.. so kita kena ajar anak kita untuk tekan sedikit penyepit semasa nak ambil marble tuh. Kita boleh buat activity ni secara vice versa. Maksudnya, mula2 pindah dari ice cube tray dan isih ikut kategori ke dalam bekas pink. Lepas tuh, dari bekas pink tuh, simpan balik dalam ice cube tray, baru suruh anak simpan di rak. Harus berhati-hati sedikit kalau ada anak kecil dirumah, takut mereka ambil marble yang bewarna warni tuh dan masuk dalam mulut pula. Apa yang Watie lihat, selalunya if anak kita dah tahu apa gunanya marble tuh, jarang dorang masuk mulut, tapi just a precaution, Mommy kena awasi selalu ok. :) Zayra pun sometimes ngada2 nak masuk mulut walaupun kebanyakan masa dia tak heran sebab dah tahu the function of the marbles, seriau jer saya..:)
Ini pula Sorting Button. Sama juga konsepnya seperti 2 Aktivity di atas, cuma lebih mencabar sebab Button yg dibeli semua nipis2 .. Hahhaha... Sebab saya tak jumpa Button yang gemok-gemok lah .. Kalau anda jumpa Button yang gemok-gemok, dan lain-lain jenis pun bagus juga, so anak anda dapat tgk varieties of Button yang ada, tapi kalau boleh satu jenis Button tuh, ada 3-4 buttons yer. Baru anak boleh buat isihaan mengikut kategori dengan baik. Dia akan lebih paham konsep isihan mengikut warna @ kategori dengan lebih jelas. 
This is Stacking Cup yg saya beli kat IKEA. Saja saya masukkan dalam Tray nih sebab nampak kemas dan tersusun, kang kalau letak sebarang-sebarang, confirm  lah hilang kan, bila letak dalam Tray nih, sampai skang "hayat" dia masih panjang.. Hahahha.. Anak2 saya suka main Stacking Cup juga .. Saya rasa anda semua mesti ada Stacking Cup at home kan? 
Ni pula Wood Velcro Fruits & Vegetables. Ada sekali dengan pisau kayunya tapi saya tukar dan letakkan pisau Plastik IKEA tuh. Biar besar sikit dan anak saya dapat pegang dengan baik untuk Sessi Play Pretend. Kita ajar anak nama Buah & Vege yang ada, sambil tunjukkan caranya untuk memotong. :) Banyak lagi lah yg kita boleh ajar, Warna, nama buah, berapa bahagian satu buah boleh dipotyong dan macam2 lagi ooooo.....Lets dig our Brain okeh!! Hehehhe.. 
Melalui game di atas nih, macam2 yang anak kita boleh belajar. Selain dari ajar dia bentuk dan warna, kita boleh ajar anak kita the meaning of Small, Medium & Big. Kiub-kiub yang ada tuh boleh dipisahkan semuanya macam cth kat atas. Kita boleh tunjukkan pada anak cara yang betul untuk meletakkan kiub-kiub  tersebut sebelum kita bg the cube for them to play. Saya cadangkan, kita keluarkan semuanya dulu dari tray sebelum bagi anak main, Sebab, kadangkala saya  dapati ada anak-anak yang over excited bila nampak banyak toys, dia akan sepah dan punggahkan instead of play in the right way.  Then, kita bagi satu-satu kat anak, suruh dia masukkan dalam bekas yang betul. Bila anak dah paham konsep tuh, baru kita boleh bg semua cube serentak. :) 
Ni Jigsaw yang a little bit special lah. Nampak tak ada lubang kat jigsaw tuh. Anak kita kena tarik lubang tuh ke kiri, kanan, atas atau bawah untuk tgk apa yg ada dibelakang gamba tersebut. So, it helps their fine motor skills. Cthnya, bila tarik fish bowl tu keluar, dibelakangnya itu rupanya air dah tumpah keluar. So, we can make a strory or say "Peek A Boo!!" bila anak kita tarik lubang tuh keluar sambil kita berborak dengan anak pasal gambar yang dilihat. Untuk anak yg becok lagi best, sebab kita boleh berinteraksi dengan lebih banyak, tanya macam2 soalan berkenaan gambar untuk lihat bagaimana cara anak kita berfikir. :)
Ni Puzzle yang ada Watie jual kat GBOB. Rembat satu untuk anak sendiri. Hahahhaa.. Dia Early Puzzle. Paling sikit jigsaw yg ada dalam satu gambar adalah 3, dan paling banyak ada 6 keping kadboard keras untuk satu-satu gambar. Permulaan yg sangat bagus untuk anak kita main puzzle. Saya dapat feedback yang cukup baik dr ibu bapa. Anak semuda 2 tahun dah pandai main Puzzle, tutup mata pun leh siapkan sampai sedara mara kagum. Hehehhee... Anak murid saya tuh ..anak murid saya ..*vavava..tumpang semangkuk nak bangga jugak..* hahahhaha


 Ni Bamboo mat. Kita latih jari jemari anak untuk menggulung. :) As usual, Mommy tunjukkan dulu cara menggulung yang betul, dan kemudian encourage anak untuk buat. Jadi, lama-lama anak akan pandai menggunakan kesemua jari-jemarinya untuk menggulungkan bamboo mat tersebut. :) Bestkan? 

Jigsaw terkini saya beli untuk Qarissa. Mahal dalam RM 39.90 tapi sebab si Q suka sangat Ballerina, saya tutup mata beli jugak la, padahal dah berlambak Wood Jigsaw dia..*anak tak apa2, mak yg lebey2 kan? Hahahah* Saya suka sebab ada banyak color dan Ballerina tuh boleh tukar2 baju dan skirt. Kira persediaan sebelum nak htr Q pergi kelas Ballet lah nih ..bulan Februari nanti. Q suka berjoget2 dan berpusing-pusing like Ballerina, dan saya rasa ia adalah medan yang baik untuk dia bersosial dengan rakan-rakan sebaya tanpa rasa takut. Q perlukan sedikit bantuan *lihat saya cuba tidak tulis the word "masalah" kerana ia ayat yg negatif, dan saya tidak mahu aura negatif mendekati saya, Insya Allah akan bincangkan lebih lanjut pasal perkataan ni dalam Seminar ECE bulan Februari nanti*  dalam hubungan interaksi sosial memandangkan dia agak lambat bercakap berbanding Zayra. Jadi, saya sehabis baik  cuba membantu Qarissa untuk mengekpresikan dirinya melalui aktiviti-aktiviti yang dia suka buat  like Ballet, Swimming, Horse Riding, Play Pretend dan sebagainya, supaya dia akan lebih terbuka dalam berinteraksi dengan orang sekeliling. 
Ini Set Montessori Lab yang saya beli lamaaaa dahuluuu...Qarissa masih dalam stroller lagi kot. Ker masa tgh pregnantkan dia? Hahhahah...saya beli kat Pesta Buku PWTC. Masa beli tuh, satu haper pun saya tak paham pasal Montessori! Tapi saya belek-belek kemain lama dan nampak menarik, harga runtuh pulak tuh! Satu set RM 30 jer! Giler murah kan? Harga asal RM 300++ lah kalau tak silap saya. Tak ingat dah.. Tapi dorang mmg nak habiskan stok dan Publisher nya mmg dah takder dah. So, memang bg kaw-kaw punya murah. Saya rembat lah satu. Hahahha....sapa sangka saya akan gunakan kaedah yang sama untuk ajar anak satu hari nanti. Nampak tak huruf K yang disediakan tu?  Tuh disediakan guna kertas pasir. Jadi anak kita "boleh rasa" huruf K tuh macam mana. Sebab tuh saya suka Kaedah Montessori. :) Kita letakkan jari anak dan bagi dia macam mana rasanya semua huruf-huruf A-Z tu :) Ada Parents Guide dalam Pakej ni yg ajar kita how to use the book, CD dan sebagainya ..:)


Yang kat atas nih pulak, Wood Math Logarithmic. Saya suka sgt this Apparatus sebab ada ketiga-tiga komponen yang saya nak ajar anak (walaupun takder bhg word - One, Two, Three dan seterusnya). Tapi dah cukup baik bg saya.  Saya boleh ajar anak saya nombor dalam bentuk nombor dan dalam bentuk gambar. Selain tuh, saya boleh minta anak saya define apa yg dia maksudkan dengan nombor 1, 2,3 dan seterusnya menggunakan gelung plastik bewarna tuh. :) Again, saya keluarkan semua, dan bagi Q satu demi satu sebelum saya biarkan dia main sendirian.* tapi selalunya si kenit yg wat sepah*. Memang dia akan sedikit bersepah dan mudah hilang sebab semuanya boleh dikeluarkan dan kecil, tapi setakat nih, tak hilang lagi, senang nak cari sebab mereka cuma main di dalam bilik dan ruang tertentu, bukan satu rumah *pentingnya ada ruang kan?*
Ni pun lebih kurang sama dengan Math Logarithmic kat atas. Cuma dia takder dalam bentuk gambarajah. Tapi dia dalam bentuk nombor yang betul2 bentuk nombor, bukan cetakan seperti di atas. Jadi kita dapat lihat 2 jenis mainan yang "sama tapi tak serupa" di sini. Batang kayu kecil kat bawah tu adalah untuk anak kita define apa itu nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Saya tak bukak lagi pun, sebab saya nak fokus utk Math Logarithmic dulu, kerana konsepnya lebih kurang sama. Jadi saya cuma tunjukkan dr luar nombor2 ini pada Q dan Zayra. Ada operasi +,-,X dan / juga dalam ni. Masa main dengan anak, letakkan mat yang gelap supaya nombor dan kayu kecil tuh akan timbul dan naik warnanya bila kita letak di atas mat, jadi lebih mudah untuk anak lihat. :)
Foam Puzzle Jawi, Number 1-20 dan Huruf Besar dan Kecil A-Z. :)

Grouping Wood Puzzle - Saya rasa this invention sungguh Amazing! Perhatikan bagaimana satu kategori dikumpulkan bersama dalam satu jigsaw kayu yang paling kiri dan kemudian anak kita harus mengisih gamba-gambar yang ada mengikut kategori. Bagaimana anak kita harus melihat, fokus dan berfikir untuk meletakkannya di dalam satu baris untuk setiap kategori yang sama. Of course di permulaan permainan, anak akan pakai letak jer jigsaw2 itu, sebab dia tak perasan the 1st jigsaw, tapi bila kita tunjuk dan ajar, it's amazing how they can actually sort the jigsaw one by one. Again, bila anak kita silap letak, tolong jangan cakap NO! Kita tanya balik pada anak, "Are you sure Darling?" atau ayat2 lain yang lebih positif sebelum kita terangkan kenapa jawapan yg mereka berikan tidak tepat. Saya gunakan this Puzzle dalam kelas dan happy bila anak murid saya faham konsepnya selepas diterangkan dalam penerangan yang singkat. Harap parents dalam Playgroup dalam ilmu yang bermanfaat semasa sessi itu. :) How to play and say the right word. Kan kan kan?

NI jigsaw kayu kecik yang sangat comel. :) Transportation & Numbers. Good for Q's tiny fingers. Bagi dia main banyak sikit dengan benda2 kecil untuk kuatkan otot2 jari dia yg halus tuh. :)
Ni Shape Sorter. Rasanya ramai dah tahu fingsinya untuk apa kan? Saya ada buat entry pasal Blocks dan masukkan gambar ini juga. Dulu, Q cukup tak suka main Shape Sorter ni. Dia tak sabar sebab susah nak masukkan dalam lubang. *tak susah pun, tapi sebab motor jari-jemari dia agak lemah, tu yg jadi sukar sedikit*. Tapi alhamdulillah, sekarang dah power dah! Hehehheeh.. Saya boleh biarkan dia main sorang-sorang *tapi selalunya saya akan teman, sebab kepoh + sebab Q suka saya ada disamping dia dan lihat "kehebatan" dia masukkan shape sorter dengan betul. Konon....yokoyo jer Q nih ..* Hahhaha..Saya siap suruh Q zip & unzip sendiri setiap kali main sebab saya nak dia tahu yg itu tugas dia dan dalam masa yang sama, saya latih jari-jemari dia tanpa dia sedari. :) 
Pouring Activity. Cawan air dan sponge. Letak air di Cup A dan minta anak tuang di Cup B. Sure akan tumpah di permulaan aktivity, itulah gunanya Sponge. Heeheh..Sponge untuk anak lap sendiri, bukan untuk kita lap, harap maklum. Ekekekek..:) Aktivity yg sangat baik untuk mengukuhkan jari jemari dan tangan anak, pengawalan tangan mereka masa nak pastikan air masuk dengan betul tanpa tumpah. Anda mesti teruja bila dalam masa yang sekejap, anak dah pandai balance air tu dan cuba untuk tidak menumpahkannya. Si Q ni punya eksyen, mentang2 dah selalu buat, boleh pulak dia tuang air tuh sambil jeling dan buat muka kerek sambil pandang muka saya sebab nak eksyen konon dia boleh tuang air tanpa tgk! Adoii..mestilah tumpah kan? Hahhaha..Tapi saya suka, sebab dia belajar cause & effect di situ. Saya terangkan yg cara itu kurang tepat sebab nanti air boleh jatuh. Sometimes dia ikut, sometimes tak sebab dia memang suka jadi diva! Hahhahaha...




Ni Aktivity Lacing, saya cukup suka aktivity nih. Sila abaikan jari -jemari runcing gemok saya di gambar kedua. Hehehe.. Saya masih ingat, beberapa bulan lepas, untuk Qarissa masukkan 5 biji pun susah giler..Dia lari-lari takmo masukkan. Sedey jugak time tuh sebab anak murid saya okey jer, suma suka masukkan. Tapi saya tak putus asa. Saya biarkan jer kat rak, bila Q dah sekolah, satu hari lepas balik sekolah, saya ajak dia main lacing. Happy giler bila dia boleh masukkan semua yg ada dalam bekas tuh dengan tekun dan sabar serta leka tanpa henti! Mula-mula saya letak 10 jer cube dalam bekas tuh, sebab saya takmo Q rasa banyak sgt dan dia tak berminat nak buat, tapi lepas Q dah pandai buat 10 cube tuh, saya terus masukkan semua yang ada, dan Q buat sampai habis! Seronok betul tgk dia boleh fokus dan duduk buat satu demi satu tanpa jemu. :) Memang aktivity yg sangat bagus untuk latih anak kita fokus dan duduk satu tempat, siapkan kerja dorang. Bila dah selalu buat, kita akan dapati, anak kita mudah untuk dengar arahan dan boleh siapkan apa yang mereka dah mulakan. :)
Ni another area dalam bilik my kids. Watie letak dalam Walk-in Wardrobe dorang sebab dah penuh dah tempatnya kat luar. Hehehhe.. Bagi Q duduk dan main dengan magnetic ABC and numbers. :) 

Ok pembaca tersayang semua, rasanya dah Watie dah kongsikan semua Apparatus yg ada di Montessori Workstation My Q's nih dengan anda semua. Harap bermanfaat dan bolehlah anda buat juga dirumah. Kalau sudi, bila dah buat tuh, sharelah dengan Watie yer, tag kat my FB pun okeh juga..:) Dari masa ke semasa, mesti akan ada jer Apparatus yg bertambah. Percayalah!! Tu lah sampai tak muat rak tuh dibuatnya.. Hheheheh...Watie harap anda enjoy tgk gambar dan penerangan yg Watie berikan. Hambek ko...dari malam tadi, sampai pagi ni baru habis tau! Siap tidur dan bangun 2 kali sebab Zayra nak menenen! Hehehhe...Takperlah, inilah pengorbanan namanya. Ilmu yg bermanfaat utk semua. :) Watie akhiri entry kali ini dengan 2 gambar Q yg sedang leka explore Wood House dia ..:) Tak peduli langsung bila saya suruh pose & senyum. Hahahha...




post signature
post signature

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading