Showing posts with label FameKids. Show all posts
Showing posts with label FameKids. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Pengakuan Saya: Akulah Yang "Mencacatkan" Anakku!


Anak ini anak yang bertuah. Anak yang mengajar aku erti satu ketabahan, erti satu kesabaran, erti satu kekuasaan, erti satu harapan. Melalui anak yang dikurniakan Allah SWT ini, aku belajar sesuatu yang mungkin tidak pernah aku kisah selama ini, yang mungkin aku alpa selama ini. Jika tiada anak ini, mungkin aku akan terus melayan anak-anakku seperti mana aku melayan anak sulungku dahulu. Mungkin aku tidak akan berubah, takkan pernah berubah! Aku akan terus mengikut arus semasa dalam membesarkan anak, yang aku rasakan itulah cara sebaiknya dalam proses mendidik dan membesarkan mereka.


Gambar terkini Quzayra yg saya ambil semalam. Dah besar anak dara saya kan? :) Macam DORA!

Kerana terlalu inginkan Zayra ku berdikari dan tidak malu dengan keadaan tangannya, sejak lahir lagi, aku sudah menanamkan sifat berdikari dalam dirinya. Mungkin nampak kejam, aku akui memang hatiku "kering" dalam proses membesarkan Zayra. Tiada istilah "kesian" bila dia jatuh, tergolek atau sukar untuk mengimbangi badannya ketika merangkak dulu. Jika ada pun perasaan itu, cepat2 aku buangkan dari dalam lubuk hati dan apa yang terkeluar cumalah, "Its ok Zayra, I know u can do it! Come baby! Dont cry!" dengan muka selamba tanpa terkocoh-kacah membantunya menstabilkan diri, seolah-olah tiada perasaan kasihan sedikit pun! I call it "Taliban Style". Dan, apabila aku melakukannya hari demi hari, ternyata satu tembok kekebalan yg kukuh semakin menebal di hati ini, sehingga aku rasa seolah-olah Zayra ini tiada langsung kekurangannya. Sampai satu tahap, walaupun aku rasa sesuatu perkara itu mustahil untuk Zayra lakukan dengan kekurangan yang ada pada tangannya, aku tetap membiarkan sahaja kerana ingin melihat bagaimana Zayra "menyelesaikan masalah itu". Yer, dengan hati kering, tanpa perasaan kasihan atau cuba membantu! 

Seboleh-boleh dia mahu makan sendiri, tidak mahu saya memegang sudunya!

Semuanya aku lakukan kerana aku tidak mahu Zayra merasa "kasihan" pada diri sendiri, mengharap pertolongan orang atau merasa rendah diri. Yer, betul, dia anak perempuan, yang akan membesar menjadi seorang remaja dan wanita. Tangan kanan adalah tangan yang besar maknanya terutama dalam masyarakat Melayu yang penuh dengan adab sopan dan tatasusila. Mungkin sekarang Zayra masih tidak mengerti akan kekurangan tangannya itu, akan tiba satu masa dia akan bertanya mengapa dan kenapa ianya berlaku terhadap dirinya, mengapa tangannya berbeza dengan kakaknya dan orang lain, dan aku harap, pada saat itu, aku akan bersedia menjawab segala persoalan anakku. Walaupun dengan deraian air mata, aku akan menjawap soalan itu dengan penuh kasih sayang serta motivasi untuknya meneruskan kehidupan harian tanpa rasa malu dan rendah diri. 

Aku dapat rasakan yang "Taliban Style" yang aku tanamkan dalam hatiku secara perlahan-lahan telah pun meresap masuk dalam hati Zayra juga. Dalam tempoh 19 bulan hidupnya, sehingga entry ini ditulis, Zayra sememangnya penuh dengan kejutan. Tidak malu aku katakan, dalam sesetengah perkara, Zayra sememangnya lebih advance dari kakaknya Qarissa, yang membuatkan aku terfikir satu perkara - "Adakah kerana cara layanan aku yang berbeza untuk kedua-dua anakku membuatkan Zayra menjadi seperti yang aku lihat sekarang? " Sangat berdikari, tidak mahu dibantu dan mahu melakukan semuanya sendiri selagi mampu. Ia cuma mengambil masa 1 tahun untuk aku lihat perbezaan yang sangat nyata terhadap kedua-dua anakku dari segi "kemandirian", yang menyebabkan aku duduk termenung memikirkan adakah ini kerana cara asuhan yang berbeza? Dan, dengan hati yang berat, aku terpaksa mengakui, sememangnya cara asuhan yang berbeza itulah yang membuatkan aku dapat melihat 2 karakter yg berbeza dalam diri anak-anakku. Ya! Aku..akulah yang membentuk siapa anak2 ku dalam tempoh 3 tahun dan 1 tahun ini. Kalau ada orang yg harus dipersalahkan, maka akulah orang itu! 

Dengan tangan kiri inilah, segala-galanya dia lakukan sendirian. Walaupun susah, walaupun payah, Zayra tidak pernah mengalah!

Aku bersyukur kerana menyedarinya dalam tempoh awal kehidupan mereka dan masih belum terlambat untuk aku mengubah situasi ini. Kerana itu, aku seharusnya bersyukur dikurniakan Zayra, kerana tanpa Zayra, mungkin aku akan masih bersikap seperti dulu - Terlalu memanjakan, Terlalu sayang, Terlalu takut, Terlalu berjaga-jaga dan Terlalu melindungi hingga semuanya harus di kawal, semuanya tak boleh, dan hampir kesemuanya aku akan cuba lakukan untuk Qarissa. Itu lah aku sejak kelahiran Qarissa! Aku JARANG SEKALI MEMBERIKAN PELUANG pada Qarissa untuk melakukan apa-apa aktiviti dengan sendiri walaupun dia boleh melakukannya. Sesiapa yang pernah mengikuti kisah hidupku & anak-anak pasti pernah membaca entry yang aku tulis, meluahkan rasa risau dalam proses pembesaran Qarissa satu ketika dulu. Bagaimana kami suami isteri terlalu "over-protective" dan terlalu berjaga-jaga dalam semua segi demi memastikan kondisi Qarissa di tahap yang baik. Sungguh tidak aku sangka, proses membesarkan Zayra dengan "Taliban Style" telah membuka satu lembaran baru dan seterusnya menyedarkan aku yang aku seharusnya melayan Qarissa dengan cara yang sama dan bukan dengan cara yang aku lakukan selama ini! Terima kasih Zayra Sayang, kalau tiada Zayra, atau jika Zayra lahir dengan normal tanpa ada kekurangan di tangan kanan itu, mungkin Mommy masih lagi melayan kamu dan kakak seperti mana yang Mommy lakukan sebelum ini. Mommy tak malu mengaku yang Mommy "sedikit silap" kerana tidak memberikan kakak Qarissa peluang yang sama seperti yang Mommy lakukan pada kamu. 

Ketika melihat perbezaan karakter pada kedua-dua anak saya, saya bermonolog dengan diri sendiri. Satu persoalan yang saya tanyakan pada diri saya, yang menyebabkan saya tersentak seterusnya rasa amat bersalah pada Qarissa, dan dengan serta merta saya berazam untuk mengubah keadaan ini secepat mungkin- "Watie, mengapa kau melayan Qarissa seperti dia CACAT sedangkan kau melayan Quzayra seperti dia anak yang NORMAL SERBA SERBI?". Ya Allah!! Sungguh saya sendiri terkejut  dan terpana dengan persoalan yang saya tanyakan pada diri sendiri itu kerana saya sememangnya melakukan perkara tersebut!! Saya melayan Qarissa seolah-olah dia tiada tangan!:- Saya @ Nor (maid saya dahulu) suapkan dia makan walaupun dia boleh makan sendiri sebab saya takut nasi jatuh & bersepah, saya rasa dia tidak pandai pegang sudu, saya kemaskan mainannya walaupun dia boleh kemas sendiri dengan bantuan saya, saya tak bagi dia pegang pensel warna selalu kerana saya takut ianya tajam dan akan tercucuk pada mata anak kesayangan saya, saya tak bagi dia marker kerana saya takut dia masuk mulut, saya pastikan maid saya ikut Qarissa ke mana sahaja jika kami keluar shopping dan pastikan dia tidak jatuh sebab saya takut kuman akan mudah hinggap di tubuh badan Qarissa, saya tidak suruh dia bukak seluar @ bajunya sendiri sebab saya rasa dia tak pandai lagi, saya pakaikan kasutnya setiap kali kami keluar tanpa sedikitpun meminta dia cuba belajar memakainya sendiri sebab saya takut kotoran di kasut tersebut melekat di tangannya malah banyak lagi yang saya sekat hanya kerana saya takut sesuatu yang tidak baik berlaku pada anak kesayangan saya! Teruknya saya sebab memandang rendah pada kebolehan anak sendiri! Takutnya saya sehingga tanpa saya sedar, saya sebenarnya telah menyekat anak saya dari meneroka persekitarannya! Tapi kenapa dengan Zayra semuanya boleh? Semuanya ok? Adakah kerana Zayra ada kekurangan @ dalam bahasa mudah - CACAT - yang menyebabkan saya cuba "menormalkan" anak saya? Kenapa saya bagi peluang itu pada Zayra dan tidak pada Qarissa? Ya Allah! Sungguh saya rasa bersalah bila memikirkan yang selama ini, saya berlaku tidak adil pada Qarissa. Tanpa saya sedari sayalah sebenarnya orang yang bertanggungjawab "MENCACATKAN" anak saya QARISSA yang kelahirannya normal! Qarissa anak yg sangat bijak malah membanggakan saya sekeluarga dengan kebolehannya membaca di awal usia kerana SAYA MEMBERIKAN PELUANG itu padanya, tetapi tanpa saya sedari, SAYA SENDIRI YANG MENUTUP PELUANGNYA dari segi yang lain pula. Saya sangat bersyukur kerana saya cepat sedar dan masih tidak terlambat untuk saya mengubah keadaan ini. Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana saya boleh memberikan dan menceritakan pengalaman ini kepada anda semua untuk dijadikan pengajaran dan iktibar. 

Zayra akan menggelengkan kepala bila sayu mahu memegang sudu itu, saya ingatkan dia tidak mahu makan, rupanya dia tidak mahu saya bantu! Dia mahu pegang sendiri!

Menyesal? Tidak ada gunanya saya menyesal. Saya akan lebih menyesal jika saya tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan, ego dan tidak mahu mengakui kelemahan dan kekurangan diri saya sebagai insan biasa yang juga ada salah dan silap. Sekurang-kurangnya saya cepat sedar dan kemudian berusaha memperbaiki keadaan. Saya masih belum terlambat dan Alhamdulillah, Qarissa dapat menerima perubahan itu walaupun agak memberontak pada mulanya. Siapa yang tidak marah jika selama ini dilayan bagaikan Puteri Kayangan, dan apabila sudah mula pandai demand, sudah biasa berada dalam kesenangan, secara tiba-tiba semua keistimewaan itu ditarik semula? Saya bersyukur kerana Qarissa dapat menerima perubahan itu dengan positif malah lebih gembira sekarang. Tiada apa yang lebih menggembirakan saya bila anak kesayangan saya sudah pandai berdikari. Sudah pandai memakai dan membuka kasut sendiri dan bukan itu sahaja, mengambil kasut tersebut dan berkata pada dirinya sendiri, "Put on the rack!" sambil meletakkannya di rak kasut. Dengan aplikasi Montessori yang saya lakukan di rumah, saya dapat lihat kesannya dalam tempoh waktu yang sekejap. Kerana itu, saya sangat menghargai kaedah Montessori. Ia memberikan satu sentimental value pada saya. 

Saya sering memandang sesuatu yang berlaku itu secara positif, dan cuba menyampaikan pada pembaca saya juga secara positif. Saya tidak menyalahkan diri saya 100% kerana sememangnya pengalaman mendewasakan kita. Pertama kali menjadi ibu, saya tiada pengalaman, tiada cara yang benar-benar berkesan dalam mendidik anak mengikut acuan sebenar. Malah, buku yang terlaris dan terhebat juga pun belum tentu mampu memberikan kita panduan yang terbaik dalam mendidik anak. Kita dan anak bukan robot, yang apabila ditekan suisnya, akan mengikut segala apa yang kita inginkan. Sememangnya guru yang terbaik adalah pengalaman kita sendiri dan kesediaan kita UNTUK BERUBAH dan MENCUBA TEKNIK- TEKNIK yang kita rasakan berkesan dari masa ke semasa. Saya rasa bertuah kerana melalui pengalaman hebat ini, yang memberi pengajaran yang besar pada saya, yang kemudiannya dapat saya gunakan untuk sama-sama berkongsi dengan anda semua terutama pada ibu-ibu muda yang pertama kali menjadi ibu. 

Saya masih ingat, betapa rakan-rakan yang yang pertama kali melihat Zayra memegang cawan kaca satu ketika dahulu, ketika saya makan malam di Chili's, kagum sungguh dengan kebolehan Zayra mengguna kedua-dua tangannya. :) 

Nasihat ikhlas  saya, berilah PELUANG itu kepada anak anda. Jangan sekat penerokaan mereka hanya kerana anda MALAS INGIN MENGEMAS, anda rasa BELUM SAMPAI MASANYA LAGI, anda TIDAK SABAR MENUNGGU, anda TIDAK SANGGUP MENDENGAR JERITAN & TANTRUM mereka, anda TERLALU OVER PROTECTIVE dan 1001 ALASAN yang menyebabkan anak anda tidak dapat meneroka persekitaran mereka sehabis baik. Saya sering juga berborak dengan para ibu bapa yang datang ke kelas Playgroup, menceritakan kerenah anak masing-masing dan saya dapati hampir kesemuanya mempunyai jalan cerita yang sama. Alasan-alasan di atas seringkali diguna pakai dalam membesar dan mendidik anak. Saya sudah melaluinya, terus terang saya katakan, - UBAHLAH KEADAAN INI jika anda mahu melihat yang TERBAIK dalam diri anak anda. Contoh mudah: Ramai ibu bapa malu bila anak buat perangai di shopping complex, berguling-guling di lantai bila tidak dapat apa yang mereka inginkan. Akibat malu dan tidak mahu mendengar jeritan anak, cepat sahaja Mommy @ Daddy memenuhi permintaan anak asalkan mereka diam, terutamanya 1st time parents. Betul tak?? Tanpa anda sedari, anda yang memberikan PELUANG dan JALAN untuk anak "menguasai" anda. Percayalah, mereka akan selalu sahaja melakukan perkara itu lagi & lagi setiap kali kehendak mereka tidak dipenuhi kerana "cara itu berjaya!". Siapa yang turut sama-sama "menjayakan" cara tersebut kalau bukan anda??

Sama juga untuk kes-kes anak tidak mahu @ lambat bercakap, atau cepat marah bila kehendak mereka tidak dipenuhi. Keep on throwing things atau menjerit-jerit dan menangis-nangis bila sahaja mereka tidak puas hati. Saya faham, sebagai ibu, kita cepat faham apa yang anak kita mahukan. Hanya dengan mimik muka dan gestures sahaja, anda sudah faham apa yang anak inginkan. Anak kita tidak perlu bersusah payah memberitahu kita apa yang mereka inginkan kerana tanpa memberitahu kita sekalipun, kita tetap akan faham, betul tak? Jadi, untuk apa mereka bercakap @ bersusah payah mengeluarkan suara kalau "tanpa suara" sekalipun, mereka boleh dapat apa yang mereka inginkan? Inilah PELAJARAN berharga yang saya belajar dari anak saya Qarissa. Saya akui, saya kasihan juga dengannya kerana "she learned it the hard way". Selepas dimanjakan begitu lama, saya tiba-tiba menjadi seorang ibu yang tiada belas kasihan, tiada perasaan dan menggunakan kaedah "Taliban Style", kaedah yang sama, yang saya gunakan terhadap Zayra semata-mata untuk melihat anak saya berubah menjadi lebih baik. Niat saya hanya satu, I really need to fix this! I made mistakes, I admit it, and I want to change it the best way I can. Saya mahu menebus kembali kesilapan saya dulu. Memang sukar pada mulanya, apatah lagi suami saya seorang yang sangat protective dan terlalu menyayangi anaknya. Saya harus membuktikan yang kaedah saya berjaya, barulah saya dapat memujuk suami untuk sama-sama berganding bahu dan tenaga mengaplikasikan teknik ini. Saya masih ingat, saya memberi ceramah PERCUMA pada hubby dalam usaha "menghasut" beliau untuk sama-sama "tegas dalam kelembutan" dalam mendidik Qarissa. Saya beritahu hubby, Qarissa sangat bijak dan pandai memanipulasikan orang disekelilingnya untuk mendengar apa yang dia mahukan. Tetapi apabila dengan saya (tanpa Daddynya), Qarissa menjadi sgt independent, pandai bawak diri, boleh dikatakan berdisiplin dan sungguh mudah untuk diuruskan. Berbeza sungguh bila Daddynya ada! Bila suami saya melihat perbezaan tingkah laku Qarissa dari hari ke hari, barulah suami turut sama mengaplikasikan teknik tersebut dan alhamdulillah, kini Qarissa menjadi semakin baik dari hari ke hari. Dia tahu yang saya dan Daddynya sudah dapat "menguncinya" dengan cara kami sendiri. Qarissa masih lagi manja seperti dahulu, sikit-sikit Daddy, sikit-sikit Daddy tetapi semuanya terkawal dan tidak lagi melampau seperti dulu. :)

Tekun makan dengan penuh selera. Walaupun banyak yg tumpah dari masuk ke mulut, saya dapat rasakan Zayra puas kerana itu hasil usahanya sendiri!

Seperti juga kes-kes sepah-menyepah barang permainan, bila anak bermain, sudah tentu lah bersepah satu rumah, kita jadi penat dan cepat sahaja marah, terutama bila kita penat bekerja dan balik rumah, anak buat perangai, mengamuk-ngamuk dan sepah2 barang sambil menangis inginkan perhatian kita. Sudah tentu kita tension dan cepat sahaja naik darah. Kita tidak sabar dan cepat-cepat mengemas barang2 tersebut tanpa langsung memberi peluang anak kita mengemas sendiri selepas bermain. Kita tidak sabar menunggu mereka mengemas kerana lambat, kita dah penat dan kita nak cepat-cepat selesaikan pekerjaan itu hingga kita lupa, yang kitalah sebenarnya yang mengajar anak kita menjadi "mua" atau dalam bahasa yg tidak sedap di dengar - "pemalas". Agak kasar bunyinya, tapi itulah yang saya rasakan bila saya menyedari kesilapan saya. Saya masih ingat, ketika saya cuba mengaplikasikan teknik ini, memang ia sungguh mencabar kesabaran saya, apatah lagi saya memang kurang sabar dan pemarah orangnya. Kalau tak sabar, mau makan pelempang juga anak saya tau! Huhuhu..ganas jugak mak Q ni yerk! Hahahaha.. Tapi saya cuba coolkan diri sehabis boleh, dengan muka tiada perasaan, saya pandang Qarissa dengan perasaan kosong dan berkata dengan penuh confident, "It's ok Qarissa, you can cry here all night! Mommy can wait! Dont worry Darling, keep on crying until you feel like taking the things you throw and say sorry!" Saya tidak sekali-kali memberikan Qarissa peluang untuk dia menguasai saya, walaupun saya penat dan rasa ingin mengalah sahaja, tapi saya cekalkan hati & keep on telling myself, that this  will work! Dan seperti yang diduga, selepas penat menangis, mengamuk dan melepaskan perasaan marahnya kira-kira 45 minit, Qarissa mengutip barang yang dilemparnya kemudian datang dan meminta maaf pada saya. Yer, 45 minit saya berdiri dan buat muka toya depan dia, langsung tak berperasaan dan tidak memandang ke matanya bila dia cuba memanggil saya semata-mata untuk membaling barang bagi melempiaskan rasa marah! Yes Mommy & Daddy, our child can be very manipulative and we must know how to handle that kalau tak nak anak kita memanipulasikan kita. Bila Qarissa tahu yang tekniknya tidak menjadi setiap kali dia cuba lakukan, akhirnya dia mengalah dan secara perlahan-lahan, mengubah sikapnya mengikut kehendak saya & hubby. Sudah tentu ada "give & take" dalam proses penyesuaian dan perubahan ini, tetapi dari hari ke hari, ianya semakin mudah kerana stage yang sukar itu sudahpun saya lalui dengan jayanya. Tidak saya nafikan, ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan kekeringan hati yang maha hebat! Hahahaha.. Lucky me sebab saya ni SOHO Mom orang kata, jadi saya ada masa nak tunggu 45 minit (tanpa duduk! Berdiri sahaja!) melihat tantrum anak saya dalam bilik! Selagi tak kemas, selagi tak mintak maaf, kita duduklah sama-sama dalam bilik sampai lebam! Hahaha..Saya faham kalau Mommy2 yang bekerjaya tiada masa untuk menunggu selama itu kerana terikat dengan beban kerja tetapi jika boleh, lakukanlah jika anda masih belum menemui cara berkesan dalam membantu anak menjadi lebih baik dari segi sikap & tingkah laku. 

Haruslah saya ingatkan juga, ia agak sukar dilaksanakan kalau tiada mutual understanding di kedua-dua belah pihak. Isteri nak buat, hubby tak sanggup atau sebaliknya. Jika belum bersedia, pastikan anda bersedia dr segi mental dan fizikal dahulu. Sebab, jika salah seorang tidak setuju, agak sukar nak laksanakan sebab time anak tantrum @ mengamuk, Mommy nak cuba bertegas tapi Daddy tak tahan dan cuba pujuk anak. It can get worst, I must let u know earlier. Anak akan dapat msg yang salah sebab dia rasa ada orang cuba backing dan sokong apa yang dia lakukan. Sebab tuh, Watie awal-awal dah bgtau hubby, kalau apa yang saya buat masa anak mengamuk atau tantrum tidak kena dimatanya, jangan ditegur depan-depan anak. Biar saya selesaikan semuanya, kemudian barulah dia tegur saya. Saya tidak mahu anak-anak mendapat msg yang salah kerana Mommy "begini" dan Daddy pula "begitu". Alhamdulillah, suami juga memahami walapun saya tahu, dalam hatinya, dia tidak setuju dengan cara saya dalam setengah-setengah keadaan. Selepas anak dah ok, dah tak mengamuk, semua dah tenang, baru kami akan bincang elok2 dan suami akan tegur saya  kalau dia merasakan yang saya terlalu tegas dengan anak-anak. Saya juga akan buat begitu. Bila hubby bertegas dengan Q, memang saya buat bodoh jer, saya tak sokong pun anak saya. Hehehehe.. Sebab tuh Q tahu, kalau dengan Mommy, memang susah sikit dia nak "makan". Kalau dengan Daddy ok lagik..kekekek.. tu lah nasib saya, asyik jadi BAD COP jer lah... Huhuhu..Tak kesahlah apa pun istilahnya, janji anak saya berubah ke arah kebaikan. :)

Dah puas guna sudu, dia guna tangan pula..Makan tangan mana tuh haaa.? Hheheh..Hubby suka kacau anak dia cakap macam tuh tau! :P

Saya menceritakan pengalaman saya ini dengan ikhlas, dengan panjang lebar, dengan perasaan yang berbaur di hati, sekali sekala bertakung air mata di tubir mata saya dengan harapan agar semua pembaca blog ini dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah saya ini. Ia nampak remeh, tetapi memberikan impak yang sangat besar pada diri saya. Mengajar saya untuk tidak terlalu melindungi sehingga menyebabkan anak saya tidak dapat meneroka persekitarannya secara semulajadi dan sungguh pahit untuk saya mengakui yang sayalah orang bertanggungjawab "MENCACATKAN" anak saya sendiri! Yang lebih terkesan, anak saya yang kedua, yang sememangnya dilahirkan kekurangan dari segi fizikal yang telah menyedarkan saya bahawa dia boleh buat segala-galanya kerana saya memberikan PELUANG itu, di mana PELUANG itu jarang saya berikan kepada anak saya yang NORMAL. Mungkin kata-kata  "MENCACATKAN anak sendiri" itu agak melampau untuk sesetengah ibu-bapa, tetapi saya menggunakan kata-kata itu untuk menyedarkan diri saya sendiri, kerana ia terlalu pahit untuk saya akui, menyebabkan saya rasa sangat terpukul dan serta merta ada satu kuasa yang menolak diri saya untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiki keadaan. Syukur pada Allah SWT, saya berjaya membetulkan keadaan sebelum ia terlambat. Kerana itu, saya rasa saya harus berkongsi dengan anda, terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu bapa, agar anda tidak "mencacatkan anak sendiri" yang dilahirkan sempurna dengan mengekang penerokaan mereka hanya kerana sifat-sifat mazmumah kita - tidak sabar, malas, penat, letih, tak larat, mengantuk, asyik nak cepat, asyik nak marah, asyik nak mengeluh, asyik nak membebel, takut jadi itu dan ini dan sebagainya. Saya tahu anda faham apa maksud saya selepas membaca bebelan saya yang sungguh panjang lebar di pagi Jumaat ini. Tidak banyak yang saya minta, cuma doa anda untuk kebahagiaan saya dunia akhirat bersama keluarga, agar Allah SWT memberikan saya kekuatan akal fikiran dan idea-idea bernas untuk saya kongsikan dengan anda diruangan maya ini ketika anda sembahyang Zohor dan sembahyang Jumaat nanti okeh! :) Love uols, kita jumpa lagi minggu depan, Insya Allah. :) Salam hari Jumaat kawan-kawan ..:) Kalau anda rasa nukilan hati saya ini dapat membantu membuka minda keluarga, sahabat dan kenalan anda, bolehlah anda kongsikannya dengan mereka dengan clik butang share di atas. Sharing is caring kan :) 

Hasil selepas makan, memang bersepah! Kalau dulu di zaman Qarissa saya "lemas" melihatnya (jarang sangat saya lihat pun..) tapi kini saya rasa sangat bangga melihat ianya bersepah, kerana saya tahu anak saya belajar banyak perkara dengan hanya satu aktiviti- MAKAN SENDIRI!

post signature

post signature

Tuesday, November 22, 2011

FameKids: Ini Memang Confirm Anak Watie! Ada COP SIRIM Lagi!


Semalam, pas htr Qarissa ke kindy, aku balik rumah dan sampai2 jer kat umah, si budak bijak Zayra nih dah tunggu depan pintu, buat2 nangis, macam sedih naaa aku tinggalkan dia, siap bongkok2 badan sambil nangis kesedihan lagi! Hehehhe.. Comey giler wei tengok gelagat bakal pengganti Mia Sara ni (vavava ... perasan tak hengat!!!). 


Norhidawati Abdul Aziz 
Cinta hati saya ..masa ni gemok lagik..skang cam dah kecik plak aku rasa .. ehhehe


Then, bermulalah sessi melayan anak kat umah, si Zayra nih kemain suka main handphone Bibik Ita ni, tapi awal2 aku dah kuncikan keypadnya. :) Best giler melayan dia berborak wei! Ada jer mender dia nak cakap, memang berbeza sungguh dengan kakaknya, Qarissa yg sokmo kontrol cun! Hahhaha. Aku memang suka melayan kedua-dua anak ni bercakap, tapi aku dapati si Zayra ni bercakap "tanpa effort". Maknanya, apa jer yang aku cakap dan borak, senang betul dia follow balik dan boleh siap ajak aku borak2 lagi. Berbanding Qarissa, memang aku berusaha sangat kuat utk bagi dia bercakap (sapa yang pernah borak ngan aku rasanya leh imagine macam mana kuatnya aku berusaha bercakap kan ..hahahha) dan hasilnya boleh lah dia cakap lebih banyak dari dulu, tapi memang tak lah sebaik Zayra dalam hal "cakap-bercakap" nih.Sampai apa jer yg keluar dar mulut aku, aku kena tapis sebab Zayra akan dapat tangkap just within a click. So, perkataan2  yg pelik2 memang aku jaga betul sebab pernah sekali aku termelatah dan tanpa sengaja tersebut perkataan S.H.I.T!. Hambek ko!Dari luar bilik aku dengar dia ikut sama! Aderghhhh! Tobat terus takmo melatah lagi camtuh wei! Terus tukar dan sering sebut perkataan-perkataan yang baik like Allah! Allahuakbar! Subhanallah dan sebagainya. Memang Zayra ikut balik. Siap dengan intonasi lagik! Comey sgt! Memang karekter kedua-dua anak nih sgt2 berbeza, macam langit dengan bumi but I love it! Ia lebih membuatkan aku faham sifat dan perangai antara anak-anak sgt berbeza dan senang lah nak buat consultation pada parents, sebab kat umah aku ada  2 character anak2  yg sungguh berbeza terutama mulutnya!

Gambar ni aku share kat my FB .. tak sangka pula ramai yg terharu tgk dia makan daging guna 2 tangan..hehehe.. Zayra nih memang guna tgn kanan dia macam tgn kiri..dua2 tgn dia tuh sgt kuat ooo..Seksi plak anak aku makan yo! 

Takmolah bebel panjang2, sebab pasni korang nak dengar plak bebelan Zayra nih kan .. Aku sempat rakam 3 video aku melayan dia berborak semalam. Memang best bila tengok balik sebab mulut dia Masya Allah, becok sungguh! Ni 3 video yg dirakamkan dalam waktu terdekat tau! So korang leh ah bayangkan dari pagi ke malam mulut dia camner! Baru 19 bulan tuh, kalau 3 tahun aku tak tahulah camner agaknya dia bercakap yerk! Hheheheh.. Memang btol anak Watie ni, sebijik ikut mak dia..Dengan muka2, dengan mulut suma sama! Ada COP SIRIM lagi yo! Hahahhaha... Dan, another thing yg buat aku terharu dan bangga juga, bila tgk camner dia memanipulasikan dan menggunakan tangan kanan dia dengan begitu baik skali dalam video2 ni..:) Bravo Zayra ..Mommy is proud of you Sayang ....:)

Zayra bergaya bersama kembarnya! Hahahaha.. Zayra the DORA!


Video 1 - @ Living Room


Video 2 - @ Living Room dan di sebalik langsir


Video 3 - @ Bedroom. Agak censored sebab dia mintak nenen..Sebut direct jer yo! Tak kaver2..hahaha...

post signature

post signature

Wednesday, August 3, 2011

Anak OKU: Peranan Suami & Isteri Di Saat Menerima Khabar Duka

Lamanya rasa tak menulis tentang FAMEKids kan? Jujur saya sebenarnya rindu nak menulis secara aktif macam dulu, sampai satu tahap, boleh tulis 2 entry satu hari. Tapi masa sememangnya mencemburui saya, terlalu banyak perkara yang perlu saya dahulukan sehingga kan blog ini seolah-olah menyepi begitu lama saya rasa. Saya ingat, bila ada Ipad, kerja saya jadi lagi mudah especially nak update blog tapi rupanya bila Qarissa dapat Ipad tu, memang saya tak dapat pegang langsung! Dia konker habis! Sudahnya, program utk Level 3 guna Ipad pun saya tak dapat buat. Huhuhu....

But now, saya boleh tersenyum kembali, sebab saya baru jer menghadiahkan diri ini dengan sebuah Ipad. Hehehe..bolehlah saya mula menulis secara aktif. Banyak lagi yang saya kena belajar terutamanya aplikasi-aplikasi Ipad yang dapat mudahkan kerja saya. Mula-mula Q nampak Ipad ni, dia sibuk nak main jugak, tapi saya terus bgtau dia yg ni Ipad Mommy, for work, dan mulalah saya bebel pasal beza antara Ipad dia dgn Ipad saya..alhamdulillah, setakat ni dia paham, taklah sibuk nak Ipad saya pulak. Tapi adik plak yg kepoh..tak padan umur 15 bulan, dia sibuk duk sebut "Ipad!! Ipad!!"..dah macam mak-nenek dah! Heheheh...so sekarang, azam saya adalah untuk menghapdet blog selalu..sebab skang, time menenen pun masih leh tulis. Janji ada idea dan ada perkara yang nak dikongsikan. Jangan hangat2 taik kucing dahhhh..hehhehehee...

So today, saya rasa nak kongsi cerita pasal FAMEKids, tapi sebelum tu, saya nak ucap jutaan terima kasih pada para penderma yang telah menderma wang ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun GBOB khas untuk FAMEKids. Hanya Allah SWT sahaja yg mampu membalas budi dan jasa anda. Insya Allah, wang itu akan kami gunakan untuk program FAMEKids akan dtg. Sekarang, we all ada plan nak buat something during Ramadhan, harap-harap berjayalah buat, Insya Allah. Today, saya nak kongsi tentang peranan suami dan isteri apabila dikhabarkan tentang berita duka mengenai bayi mereka  yang tidak sempurna ketika lahir. Saya rasa bertanggungjawa untuk berkongsi pendapat saya apabila saya berjumpa dengan rakan saya baru-baru ini dan beliau menceritakan yang sahabatnya sangat sedih dan berada dalam keadaan depress apabila suami tidak menyokong dan tidak dapat menerima hakikat yang anak sulung mereka tidak sempurna. Mengalir juga air mata saya apabila mendengar cerita kawan saya. Balik sahaja rumah, saya terus mengarang entry ini dengan harapan, ia dapat di baca oleh wanita terbabit dan lebih baik lagi, suaminya. Insya Allah. :) 

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak OKU, saya pernah melalui rasa sedih, terharu, terkejut, tergamam, tak sangka dan macam- macam lagi yang tak dapat nak saya nyatakan dalam bentuk tulisan di ruangan maya ini. Semuanya bercampur-baur terutama sekali ketika baru melahirkan. Ketika ini, apa yang saya sangat perlukan sebagai seorang isteri adalah kehadiran suami di sisi saya untuk sama-sama berkongsi perasaan ini. Saya memerlukan kata-kata semangat dan pujukan ikhlas serta keprihatinan suami di saat saya merasa kesakitan yang amat sangat, kesakitan luaran dan dalaman yang maha hebat, yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya amat berharap agar suami dapat menenangkan saya, memeluk saya dan mengatakan semuanya ok, walaupun terdapat sedikit masalah pada bayi, tapi semuanya ok, dan suami sangat mencintai saya selain berterima kasih kerana sudi bertarung nyawa melahirkan zuriatnya. Dan apabila situasi terkejut menerima berita sedih itu berlalu, saya berharap agar suami sama-sama berbincang dari hati ke hati dan menyatakan sokongannya secara terbuka dan akan bersama saya melalui saat-saat sukar ini. Alhamdulillah..saya mendapat seorang suami yang amat saya dambakan itu. Syukur padamu Ya Allah...

Menerima hakikat melahirkan anak yang tidak sempurna fizikal atau mental bukan sesuatu yang mudah. Itu saya akui. Terutamanya jika anak itu anak yang pertama. Ia memberi kesan emosi yang sungguh mendalam bukan setakat pada ibu, tetapi juga bapa serta kaum keluarga terdekat. Kehadiran permata hati yang ditunggu-tunggu seluruh keluarga, lahir tidak seperti yang diharapkan. Di saat orang lain girang menayang anak masing-masing, kita suami isteri dan keluarga bersedih memikirkan masa depan anak. Di saat orang lain memeluk anak dalam dakapan, kita hanya mampu melihat anak di dalam NICU. Di saat orang lain teruja memberikan susu badan kepada anak, kita hanya mampu memerah susu dan menggunakan tiub atau syringe utk memastikan anak kita mendapat khasiat yang sama seperti anak orang lain. Di saat orang lain bergembira dan bergelak ketawa dengan keluarga dan rakan-rakan, kita memerah otak mencari cara yang terbaik untuk mengkhabarkan pada orang sekeliling tentang keadaan anak kita yang tidak sempurna. Dan ia bukan setakat itu. Ia berpanjangan sehinggalah anak kita dewasa dan boleh menjawap semua soalan yang diutarakan kepadanya dgn hati terbuka. Ya, ia bukan sesuatu yang mudah. Ia adalah satu proses yang sukar..cukup sukar..tetapi kita tiada pilihan.

Terlalu banyak "rawatan" yang perlu di lakukan selepas kelahiran seorang anak istimewa, rawatan yang berpanjangan, bukan setakat merawat anak tersayang, tetapi juga merawat hati ibu bapa serta keluarga untuk menerima hakikat sebuah kenyataan. Apatah lagi jika ia sesuatu yang tidak kita jangka dan sangka. Ia akan bertambah sukar jika sokongan dari suami tercinta tidak kunjung tiba. Sebagai ibu yang mempunyai anak OKU, saya ingin berkongsi pendapat peribadi saya. Saya merasakan yang rawatan pertama sekali perlu kita lakukan adalah rawatan terhadap diri kita sendiri. Rawat apa? RAWATLAH HATI. Bagaimana? Untuk isteri -Fikirkan begini "Anak ni adalah anugerah Allah SWT kepada aku. Mesti ada sebab kenapa Allah bagi dia pada aku dan bukan orang lain. Satu hari nanti, aku akan pasti dapat jawapannya. Kalau anak ini adalah kifarah di atas dosa- dosa aku sebelum ini, aku redha. Kalau anak ini adalah ujian bagiku, aku terima. Kalau aku rasakan aku ibu yg paling malang, ada berjuta lagi ibu yang lebih malang nasibnya berbanding aku. Kalau aku rasakan anak aku yang paling menyedihkan, ada beribu lagi ibu bapa yang mengalami pengalaman lebih buruk dariku. Sekurang-kurangnya, aku dapat merasakan nikmatnya mengandung, nikmatnya merasakan tendangan bayi dan nikmatnya sebuah kesakitan untuk melahirkan umat Muhammad SAW, ada ramai lagi wanita yang langsung tidak berpeluang merasai lengkapnya menjadi seorang wanita sempurna selepas berkahwin. Aku harus bangkit dari kesedihan ini kerana jika bukan aku, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Anak ini memerlukan aku untuk mengasihi dan menyayanginya selagi bernyawa. Jika hayatnya tidak panjang akibat pelbagai komplikasi, sekurang-kurangnya aku ada kenangan bersama anak ini, dan penyesalan tidak akan ada di hati kerana amanah Allah SWT ini dijaga dan dibelai sepenuh hati."

Seringlah bermonolog dengan diri sendiri, ambil masa selama yang boleh untuk berbicara dengan diri, memujuk hati dengan berfikiran positif. Saya bagi contoh diri saya sendiri. Bila saya memikirkan tentang tangan Zayra, saya berfikiran positif dengan menyenaraikan segala kelebihan Zayra berbanding rakan-rakan seangkatan dengannya. Walaupun tgn yang mengalami kekurangan itu adalah tgn kanan, yang mana ia sgt penting terutama bg masyarakat Melayu yang terkenal dgn adab sopan, saya tetap berfikiran positif. Saya akan memulakan ayat dengan perkataan "Sekurang-kurangnya.." untuk memujuk hati dan menanamkan aura positif dalam diri. Contohnya begini : Sekurang-kurangnya, Zayra masih boleh pakai tangan kiri. Hanya tgn kanan sahaja yang bermasalah, anggota badan yg lain ok, otaknya cerdas, kakinya tangkas, walaupun ada satu tgn sahaja, Zayra dah buktikan dia masih boleh menggunakan tgn kanannya dgn cara yg tersendiri. Sekurang-kurangnya ia berlaku dr dalam perut, jadi Zayra sudah terbiasa berkeadaan begitu, kalau dah besar baru belaku sebarang kecacatan, mungkin ia lebih sukar untuknya. Dan saya juga sering bersangka baik pada Allah SWT di mana, di awal kelahiran Zayra, saya yakin ada sebab mengapa Allah beri Zayra pada saya, dan mengapa hanya sedikit sahaja kecacatannya berbanding rakan lain serta bagaimana boleh terbentuk ketulan daging berbentuk tangan dan jari jemari yang sangat perfect tanpa tulang di dalamnya? Apabila saya bersangka baik pada Allah SWT, dengan segera Allah SWT memberikan jawapannya pada saya. Dan inilah hasil coretan saya yang sedang anda tatap dan baca bait demi bait. Inilah hikmahnya, satu perkongsian secara terbuka, secara terus dari hati tanpa sebarang rasa malu, tertekan atau terpaksa meluahkan apa yang terbuku di hati yang sedang anda baca kini. Yang ada cuma rasa syukur kerana dapat berkongsi rasa, serta hati yang penuh bangga kerana melahirkan seorang anak istimewa bernama Rania Quzayra Rizal. Betapa saya sering memeluk dan membisikkan kata-kata keramat ini di telinga anak saya, "Zayra, Mommy bangga sangat lahirkan Zayra sayang..Mommy bangga dengan Zayra, Mommy bangga!" Dan ternyata aura positif itu sampai kepada Zayra sehingga saya seringkali lupa Zayra mempunyai kekurangan di tangan kanan. Hebatnya kuasa minda yang positif kan? Selain dari diri sendiri, ia juga dapat 'berjangkit' dgn org sekeliling..

Bagi sang suami pula, saya mohon agar fahamilah isteri anda di saat sukar begini. Saya akui dan fahami, tidak banyak sedikit anda pasti kecewa kerana cahaya mata yang di idamkan tidak seperti yang dibayangkan. Korbankan sedikit perasaan kecewa dalam tempoh ini dan jika perlu anda berpura-pura "OK" untuk sementara demi menenangkan isteri yang sedang terganggu mental dan fizikalnya, maka korbankanlah. Isteri kita sudah berkorban dan sanggup membawa anak kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan, takkan 9 hari pun kita tidak boleh 'berpura-pura' ok demi untuk memujuk isteri tercinta? Bukan bermakna anda tidak jujur pada diri sendiri, tetapi anda harus kuat untuk sama-sama mengharungi cabaran ini. Di saat isteri anda baru melahirkan, ia adalah satu proses yang boleh diibaratkan seperti "maut menanti tapi tak jadi", sangat menakutkan dan menyakitkan. Apatah lagi bila dikhabarkan berita duka. Emosi mereka lebih terganggu dan ia ibarat "double troublesituation bag mereka, Tetapi sekiranya mereka menerima sokongan yang tidak bebelah bagi dari anda on the spot, di saat mereka amat memerlukannya, satu pelukan ikhlas dan hangat diiringi kata-kata yang manis dan menenangkan hati dapat melembut dan melegakan isteri. Percayalah wahai sang suami, dalam hati sang isteri terdetik perasaan bersalah kerana melahirkan zuriat yang tidak sempurna buat suami tercinta, tetapi apalah daya mereka, takdir Allah mengatasi segalanya. Jika cinta sejati yang mengikat anda dan isteri selama ini, sekaranglah masa terbaik untuk anda membuktikannya.

Sekiranya anda lihat isteri sudah stabil emosinya hasil dari pujukan, pengorbanan dan "kepura-puraan" anda, bolehlah anda berdua duduk bersama, atau mungkin sambil berbaring-baring manja, berborak dengan isteri mengenai bayi yang baru dilahirkan itu. Berborak dengan isteri dan berkongsi rasa hati anda yang sedih bersama isteri. Perbualan ini harus dilakukan secara hati ke hati dan kedua-dua pihak harus terbuka dalam meluahkan rasa hati masing-masing. Tetapi ingat kata kunci ini-POSITIF!! Ini bukanlah medan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi lebih kepada luahan perasaan terhadap apa yang anda dan isteri rasakan selepas menerima berita sedih itu. Dengan meluahkan apa yang disimpan di dalam hati dengan cara yang positif dan diterima juga secara positif oleh pasangan, ia akan membuatkan segala-galanya menjadi mudah dan kita merasa lega. Jika anda perlu menangis untuk melegakan perasaan yg terpendam selepas penat "berpura-pura" ok, maka lakukan lah sekarang. Isteri anda ada untuk menenangkan anda kembali. Ia adalah satu proses timbal balik yang sangat menyamankan hati dan perasaan masing-masing. Pada saya, tidak salah kita menangis dan meluahkan rasa yang kita kecewa dan sukar menerima kenyataan yang berlaku kerana itu adalah perasaan yang tidak mampu kita hindari. Adalah lebih baik kita bercakap mengenainya, kemudian cuba memperbaiki keadaan itu dari hanya memendam dan menyimpan segala-galanya tanpa dapat meluahkan rasa yg terbuku. Saya percaya, dengan pendekatan positif, perbualan tanpa emosi negatif ini akan merapatkan lagi hubungan suami isteri dan satu kepercayaan dapat dibina antara satu sama lain. Anda faham apa yang isteri mahukan, dan isteri mengerti apa yang anda rasakan. Jika perlu menangis bersama ketika ini, maka lakukanlah..peluklah isteri sekuat-kuatnya dan menangislah bersama..anda pasti akan lega..

Selepas itu, mulalah berbincang tentang apa langkah seterusnya untuk bayi kesayangan anda. Dapatkan mutual understanding dari suami atau isteri, dari apa saja segi. Seperti contoh, pada malam kami berbincang sambil menangis bersama, saya terus bertanyakan pada suami tentang pakaian yg bakal Zayra pakai apabila dia membesar nanti. Adakah suami saya "kisah" jika saya pakaikan Zayra baju tanpa lengan @ lengan pendek, atau dia mahu Zayra dipakaikan dengan baju yang menutup kekurangannya itu? Saya kemukakan pendapat saya dan saya tanya pendapat suami. Alhamdulillah, kami mencapai kata sepakat dan pendapat yg sama, iaitu kami akan melayan Zayra SAMA SEPERTI Qarissa. Apa yang Qarissa pernah pakai, Zayra juga akan pakai, malah dek kerana terlalu inginkan Zayra berdikari sendiri, saya kadangkala macam takder perasaan kalau Zayra terjatuh katil, atau tangannya terpelot sedikit, atau apa sahaja yang insiden kecil yang berlaku, selagi tidak membahayakan, saya akan buat selamba sahaja. Dan, selepas satu tahun berlalu, Zayra pula yang nampaknya lebih berdikari dan tahan lasak berbanding kakaknya. Teringat saya entry yang saya tulis dulu iaitu,"Melampau Sgt Ker Aku Jaga Anak?"-macam tu lah kami suami isteri masa Qarissa kecik. Over protective, anak sulung katakan. But now - tidak lagi!:) 

Baik suami atau isteri,belajarlah menerima hakikat dan kenyataan ini kerana kita harus ingat, semakin cepat kita menerima kenyataan,semakin cepat kita dapat bantu anak kita dari segenap segi dan semakin cepat kita akan dapat melihat keajaiban Allah SWT. Menafikan hak anak kerana perasaan malu, tertekan serta tidak dapat menerima kenyataan hanya akan memburukkan lagi keadaan, bukan sahaja kita dengan anak, malah antara kita dengan isteri, wanita yg paling kita cintai. Jika kita sendiri tidak dapat menerima darah daging kita, apatah lagi org luar, yg takder kena mengena dalam hidup kita. Kalau kita sendiri memandang rendah pada anak kita, bermakna kita membenarkan orang luar menginjak-injak kepala kita. Ingat begini rakan-rakan FAMEKids ku tersayang- ORANG TETAP AKAN BERCAKAP TENTANG KITA, TENTANG ANAK KITA PADA SESIAPA YANG MEREKA INGINKAN, TETAPI CERITA APA YANG AKAN MEREKA SAMPAIKAN?ADAKAH CERITA MENGENAI ANAK KITA YANG TIDAK DITERIMA OLEH IBU BAPANYA SENDIRI, MALU MENGAKUI HAKIKAT ANAK ITU TIDAK SEMPURNA, ATAU CERITA MENGENAI ANAK KITA YANG ISTIMEWA, YG SANGAT DIBANGGAKAN OLEH IBU BAPANYA, TABAH DALAM MEMBESARKAN MEREKA DENGAN PENUH BANGGA TANPA RASA PREJUDIS DAN MAMPU MELAKUKAN PERKARA YG HAMPIR MUSTAHIL BERKAT KEPERCAYAAN DAN MINDA POSITIF IBU BAPA? Well my dear friends.. The answer is in your hand ..Your very own hands. You decide what u want people to talk about you. Malarikan diri dari masalah, melarikan diri dari kawan-kawan atau memutuskan segala perhubungan dengan dunia luar TIDAK AKAN MEMBANTU MALAH MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN!! Bukan hanya untuk u, tetapi juga untuk anak. Adakah sehingga anak itu 'pergi', baru kita ingin keluar dari persembunyian, dan fikir orang tidak akan bercakap mengenainya? Well, if you think like that.. You're totally wrong my friends..coz people will STILL TALK ABOUT IT! And the worst part is-IT WILL HAUNT YOU FOREVER!!

Kata-kata terakhir saya untuk entri kali ini:

"Tiada siapa yang inginkan anaknya mengalami kekurangan fizikal dan mental, tetapi jika itu sudah takdirnya, berusahalah untuk menerima anugerah Ilahi ini kerana sudah pasti ia ada hikmahnya yang tersendiri. Janji Allah SWT itu pasti!!"

Cinta hati saya - Rania Quzayra Rizal yang sangat saya banggakan!




post signature

post signature

Friday, July 1, 2011

Kejutan Hari Lahir Yang Membuatkan Air Mata Aku Meleleh..!

Cop! Cop! B'day aku lagi 25 hari...So, jangan ucap dulu wokey. Hahaha.. Tapi disebabkan tergamam, terkejut, tak sangka, terharu dan segala macam TER lagi, aku dengan segeranya nak buat karangan dalam blog yg dah jadi tempat tempua nak bersarang ni. Hehehhee.. Kerana sangat terharu dan sebagai tanda terima kasih pd suami tercinta dan kenangan abadi dalam blog me & anak-anak ni. :) 

As uols can see, lama jugak aku tak update blog, jangan lah tanya kenapa, sebab jawapan dia sama jer .. bz sgt sampai takder masa nak update, idea banyak tapi satu pun tak terluah! Baru anak dua .. kalau anak 5 aku rasa silap2 satu perenggan jer aku tulis sebulan! Hahahhaa.. Tapi today aku tetap nak tulis kerana kejutan yang melampaui tahap imaginasi yang aku terima dari suami tersayang- siapa lagi kalau bukan cik Saiful Rizal kita. :) 

Aku memang tahu my hubby ni sgt romantik in his own way ..sejak dari bujang dulu, sejak kapel2 dulu, memang my hubby sgt romantik.. tapi bukan stok romantik melampau yg kita naik muak tuh ..ehehhee.. just nice and he touch my heart in his way yang aku rasa sgt dihargai dan rasa dia sgt memahami kehendak aku. Kehendak aku pulak bukanlah susah nak ditunaikan rasanya, siapa yang kenal aku, dan siapa yang selalu ikuti  perkembangan aku dalam blog dr dulu sampai sekarang mungkin boleh nampak yang aku bukan jenis materialistik atau suka pada benda2 mahal @ branded, emas atau permata. Aku sempoi jer .. kalau aku rasa barang tuh valuable, bagus, berkualiti dan sesuai dengan harga dan poket aku, aku beli, kalau semata-mata sebab brand, sorry its not me! I dont want to spent my hard earn money pada sesuatu jenama popular dan digilai untuk nampak "bagus" pd pandangan mata masyarakat.. :)  Ok dah hampir melalut..so get back on track..! :P

This afternoon, jiran aku ketuk pintu rumah lepas aku balik dari McDonalds utk belikan Q fries yang dia suka makan. Jiran aku bagi satu box dan aku tgk box tuh utk Saiful Rizal. Jiran aku kak Fairuz kata dia  nampak Posmen htr tapi aku takder umah so dia tolong amikkan. Aku nampak ada tulis Amazon.com. Birthday Q baru lepas so aku ingat maybe hubby belikan Q hadiah from oversea kot? Dalam hati aku sempat mengumpat plak tuh! Hahahha - "Amboi laki aku takmo kalah nak gak belikan hadiah from obersea utk anak? Ooo...nak tiru aku lah tu!!" Hahhahaa... (sebab aku pun belikan Q DVD from internet, susah nak dapat DVD Nursery Rhyme yg best dan bagus kat Msia, so kenalah beli kat tenet jer...nak share tapi tak sompek2, Q dah lenjan!) Dalam pada tuh, aku terpikir gak, ker aku yg beli tapi aku letak nama hubby yerk? Iskkk..apsal boleh lupa nih? Caittt..perasan jer!

Kotak misteri yang sampai di tangan aku! Hhehe..

Dalam pada blur2 tuh, aku dgn selambanya koyak sikit kotak tu, memang dah confirm lah hadiah Q kononnya, sebab aku nampak dia tulis Book kat kotak tu. Tak sabar aku nak tgk buku apa laki aku belikan utk Q. Dalam hati ngumpat lagi - "Pandai pulak laki aku nih pilihkan buku untuk anak? Selalu cakap ngan aku dia tak reti nak pilih buku? Hmmm..Buku apa nih???"  Bila aku koyak sikit, aku nampak buku tuh berbalut plastik lutsinar dan bewarna biru. Aku punya teruja nak tgk sampai tak perasan Amazon ada tulis tajuk buku dan ucapan kat kertas yang ditampal sekali dengan buku tu. Dan punyalah blur tahap dewa bercampur dengan otak kotor sebab nampak buku tuh color biru dan plain jer, aku terpikir plak - "Iskkkk..apa buku budak macam nih? Plain jer? Tak colorful pun? Alamak??? Entah-entah buku KAMASUTRA tak? Siap color biru nih ha? Mampus aku!!" Hahhahahahaha... Aku tau korang mesti gelak punya baca statement ni kan? Serius memang bila aku ingat balik pun aku gelak giler ... Apa ker bangak sangat otak aku nih sampai ke situ aku leh pikir? Hahhahahaha.. Hubby beli buku KAMASUTRA kat Amazon? Wakakakkaka...(gelak guling2...) Btw, Ada ker jual buku tuh kat Amazon? Wakakakakka...Bongok tahap dewa si Watie nih!

Blur tahap dewa sampai tak terbaca apa informasi kat buku tuh! Boleh aku ingat buku KAMASUTRA sebab dia biru dan tak menarik untuk kanak-kanak tgk, so tak mungkin buku ni utk Qarissa! Hahahaha..

Aku memang tak bukak plastik tu pun, memang nampak color biru jer, belakang buku tuh plak dorang tutup dengan kotak keras, so memang tak nampak. Aku dah  cuak dah time tuh, aku kata dalam hati, "Alamak!! Ni bukan buku anak nih, habislah aku bukak kotak nih tanpa izin hubby! Dahlah nama dia kat kotak tuh, suka2 hati jer aku bukak barang dia. Habislah aku!" Walaupun aku tahu hubby tak kesah sgt tapi aku tetaplah hormat privacy dia kan. Tak syoklah suka2 hati bukak barang dia. Adoii... mmg cuak ah time tu. tengah2 cuak tuh...aku ternampak kertas yang ditampal tuh...Aku terus baca dan aku bertambah-tambah TERKEJUT bila tgk tajuk dia dan ucapan yang diberikan tu! Macam-macam yg bermain kat fikiran aku - Happy giler, terharu, tak sangka, takut dan macam-macam lagi. Dalam hati aku kata, "Ya Allahhhhhhh! Ni bukan untuk anak ker?? Untuk aku ker sebenarnya??" Dan teruslah aku teringat yg dah masuk bulan July, so hubby mesti beli buku ni utk aku as birtday present!! Goshhhhh....habislah aku!!

Baru terhegeh2 nak baca apa yg tertulis kat atas buku tuh lepas tak nampak buku tuh tajuk apa sebab dah tertutup dengan lapisan kotak. Mesej tuh yg paling aku terharu - To My SOULMATE, YOU are OUR Inspiration! From: Daddy/Qarissa/Quzayra. 

Terus aku call hubby dan buat-buat tanya. Hihihhihi... Hubby terus kata, "Tu barang I! Jangan bukak!!!!" Dan aku terus tergelak sambil bg ayat cover line, "Errrr.... kotak dia dah basah sikit yang, I dah koyak kan ..I ingat hadiah U untuk anak .. errrr... errr... heeehehehe.." Pastu aku terus tergelak-gelak ...dan hubby pun sama-sama gelak sebab dia dah tau suprised dia utk aku dah tak suprised lagi ... BUT actually ia sememangnya satu SUPRISED yg sangat-sangat menjadi dan sukar dilupakan! Apatah lagi bila mendapat sesuatu yg sudah lama kita cari seluruh KL dan tak jumpa, kemudian kita dapat pulak benda tuh sebagai hadiah dari insan yang paling disayangi dan terdekat dalam hidup dan hati kita. Serius aku terus jadi speechless dan meleleh gak lah air mata bila mengenangkan betapa sang suami ini sentiasa cuba memenuhi kehendak hati aku yang kadangkala 'keras dan degil'. Kalau nak satu barang tuh, selagi boleh nak dapatkan, walaupun boleh jer beli kat internet, tapi tetap jugak nak pegang, nak rasa, nak sentuh dulu sebelum beli. Hahahha... nama pun pompuan kan? 

Mesti korang pelik, buku apalah si Watie nih nak sangat sampai terkejut beruk & suka sangat tetiba buku tuh dah ada depan mata? Hahahhaa..ni lah bukunya, dan kalau korang jadi aku pun, korang akan suka sgt bila dapat genggam buku ni, cam genggam satu kejayaan korang tau tak? Sebabnya, aku dah mencari buku nih sangaaattt lama.aaa..sampai aku call si Mommy Lyna tuh, tanya kat mana nak dapat, dia kata kat Kinokuniya ada jual hard cover, tapi aku tak berkesempatan nak ke sana langsung, so aku tak tahu ada ke tidak buku tuh bila aku pergi, tapi, SETIAP KALI aku keluar ke shopping mall yang ada kedai buku, mulut aku tak sudah2 sebut tajuk buku nih kat Customer Service dia, dengan harapan ada jual tapi malangnya, langsung takder. Yang ada cuma cassete sahaja, tu pun takder stok. Frust btol aku tau. Hanya suami jer yang paham betapa isteri dia nih tak putus asa mencari buku ni sebab dia yang selalu temankan dan tolong tanyakan. Sungguh aku tak sangka, hubby tersayang ambil inisiatif untuk memenuhi kehendak hati aku dengan membelikannya sebagai hadiah ulang tahun kelahiran aku yg ke 31. Sedih & terharu dan dalam masa yang sama, aku rasa INILAH HADIAH HARI LAHIR TERBAIK pernah aku terima. :) 

Buku yang aku cari-cari selama ini. Betapa hebatnya rasa bilaa dapat pegang dan baca buku nih!:) Hard Cover summore, and Zayra kata Uncle ni encem!:)

Terima kasih sayang, from the bottom of my heart, terima kasih kerana sering memahami isteri you, dan sering cuba untuk menggembirakan I. You tahu betapa sukanya I dapat hadiah buku nih dari U, thanks a lot. I masih ingat U belikan I buku SODOKU, Brain Teaser dan penanda buku berlampu masa I preggykan Zayra, so that I boleh baca buku tgh malam dan buat aktiviti SUDOKU tu dalam gelap. U really know how to tackle me, how to make me happy and you know that its not the expensive gifts that I want, all I want is your love, your concern and the small little things that you care about especially my feelings. :) I am so grateful to have you as my husband...:) Thank you dear...:) I love you more and more each day ..:) Dan I akhiri entry ni dengan tagline yg biasa I cakap kat U - yang kini hangat diperkatakan kat FB Wall I (Wakakakak..sabar jer haku!) - "Muahhhhsss kat semua tempat!!!" 


* Walaupun aku baru jer start baca buku ni tadi, I strongly suggest sesiapa yang dahagakan motivasi dan rasa life dia upside down to read and see his video on You Tube, sangat menginspirasikan dan bermotivasi! Dan bagi ibu-ibu yang ada FAMEKids, bolehlah jadikan bahan bacaan untuk kita lebih tabah menempuhi hari2 yang mendatang bersama anak tersayang. Bukan itu sahaja, bagi ibu yang ada anak yang fizikal OKU like Zayra atau Fahry, buku ini sememangnya istimewa untuk mereka baca bila besar nanti. :) 

post signature

post signature

Tuesday, May 17, 2011

FAMEKids On Media: Usah Sembunyi Anak Istimewa @ Sinar Harian


Saya menerima SMS dan penggilan dari Mommy Lyna pd hari Isnin selepas Majlis Besar kami pd hari Ahad 8 Mei lalu, bertanyakan samada saya free atau tidak pada hari Rabu supaya kami boleh ditemuramah bersama-sama oleh pihak Sinar Harian mengenai FAMEKids. Pihak Sinar Harian sepatutnya datang juga pada hari Ahad tetapi pada saat-saat wartawan bernama Farhana ingin keluar rumah, beliau menerima panggilan dari seseorang yang "seseorang" itu ingin BUNUH DIRI! Dan, dengan kelam kabutnya Farhana ke tempat kejadian, malangnya "seseorang" itu sudah pun mati menggantung diri. Lyna cerita pada saya, saya tak tahu nak kesian ker, nak tergelak! Serius!! Satunya - "Aik... ko nak mati pun boleh sempat nak call wartawan lagi? Ko ingat ko ni Curt Cobain ker? Pas mati kecoh satu dunia dan semua orang beli album giler-giler sampai jadi jutawan lepas mati? Mati pun nak glamer masuk paper ker?". Dan keduanya - "Kenapalah senang-senang jer nak cabut nyawa sendiri macam seolah-olah nyawa ko nih macam game "Angry Bird" kat Ipad tuh? Mati skali ada 3 lagi birds menanti! Tipis nya iman ko hadoiiii....!" 

Saya berkira-kira nak balik rumah selepas penat "mengerjakan" office lepas majlis, sudahnya tak jadi balik sebab leceh nak ulang-alik ke pejabat dan berhangkut kesana kemari dengan anak-anak, dan bersetuju sahaja dengan cadangan Lyna untuk ditemuramah. In fact, saya berterima kasih pada Kak Aida & Salwani yang sudi menemuramah kami berkenaan FAMEKids & juga perniagaan yang kami jalankan. Terima kasih kerana menyokong kami kak. :) Kak Aida siap bawak sample keratan akhbar Sinar Harian di mana kisah FAMEKids  akan dimuatkan diruangan Citra keluaran hari Ahad ini, katanya. Kak Aida sampai kira-kira pukul 3 dan kami meluangkan masa kira-kira 1 - 2 jam untuk ditemuramah, ditemani 2 bunga saya dan 2 kumbang Lyna .. :) Hhehehe.. Saya risau juga kalau si Qarissa akan buat perangai mengamuk-ngamuk  sebab boleh nampak dia kepenatan tapi suprisingly, dia baik-baik sahaja. Yang paling tak tahan tuh, nampak jer Abang cameraman fokus nak amik gambar, dia punya tersengih dan bergaya, punyalah poyo! Mentang2 camera tuh kemain panjang lensenya .. sampai Kak Aida pun tergelak tgk aksi Qarissa.. dia memang sungguh hover kalau ada camera mahal tau! Aku pun tak tahu siapa yang ajar! (Padahal aku rasa dia ikut gen aku lah ..pantang nampak camera! Wakakaaakak...cuma bezanya, semua camera hatta camera phone pun aku belasah jer .. tapi Q nih pandai pilih - Camera DSLR sahaja menjadi pilihan yer .. kalau setakat camera cap Ayam yg macam aku punya - bolayan dia nak senyum lebih2! Cait! ) 


Alhamdulillah, rencana mengenai FAMEKids sudah pun terbit kelmarin iaitu pada hari Ahad,15 Mei 2011. Pagi-pagi lagi saya sudah keluar dari rumah kakak @ Country Heights untuk bersiap sedia for my Seminar ECE yg akan dijalankan pada pukul 9.30 am. Sampai-sampai jer  opis, terus saya beli paper Sinar Harian kat ane tepi jalan tuh, tapi cuma ada sekeping sahaja! Adoi.. baru nak borong banyak2 sket. Saya tak puas hati, saya pergi pulak Petronas yg berdekatan dengan pejabat, pun sama! Ada sekeping jer! Adoi.. takkan semua orang borong Sinar Harian nak tgk FAMEKids kot? (wakakakaka.....perasan giler nih! Tak sodar diri! ahahahhaha). Saya pun beli jugak dan pastu saya mintak tolong hubby carikan kalau dapat lagi 3 keping, saya nak beli 5 sebab sebelum nih, masa cerita Bayi Genius kuar kat Harian Metro, saya beli 4 keping tapi hubby kata saya kedekut sebab tak beli lebih, so skang saya beli lebih sekeping, tak kedekut dah kan? Wakakakakakakak.....

As usual, tak menyempat-nyempat naik opis, saya lepak dan baca dalam kereta. Waduh, sungguh cantik sekali penulisan Kak Aida dalam rencana tersebut sampai saya terharu dan hampir melelehkan air mata membaca hasil nukilan beliau selepas menemuramah kami. Terus saya jadi rindu pada Zayra & Qarissa di rumah. Tak sangka, ia juga berjaya membuatkan rakan-rakan rapat saya menangis. Sedih betul mereka especially cerita berkenaan saya dan suami berbincang hati ke hati dan tentang baju berlengan pendek Zayra tu. Hu hu, memang pun, saya masih ingat, lepas balik dari hospital, saya dan suami lepak di atas katil, dan kami berbincang tentang masa depan Zayra. Memang part baju lengan pendek @ baju takder lengan tuh membuatkan kami berdua rasa sayu dan sedih juga. Nama pun anak perempuan kan, tangan kanan pulak tuh, tapi itu cerita lama. Sekarang cuma cerita-cerita yang menggembirakan dan menginpirasikan sahaja yang mengelilingi kami sekeluarga. Hebat kan kuasa allah SWT? :) Syukur Alhamdulillah. 


Kebetulan, dalam segmen Citra itu juga ada berita mengenai Kanak-Kanak Istimewa juga, yang saya rasakan sungguh besar pahala ibu-ibu tersebut menjaga anak-anak mereka yang istimewa itu. Seperti yg pernah saya katakan dalam entri sebelum ini, saya dan Lyna rasa "kecil" bila berhadapan dengan ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa yang mana keistimewaannya lebih lagi berbanding apa yang dialami Zayra & Fahry. Bak kata Lyna, Fahry & Zayra ni takder apa pun, mak dorang yg hover! Hahahha.. Siut jer Lyna ..:) Insya Allah, saya dan Lyna serta rakan FAMEKids yang lain seperti Haslina a.k.a Mommy Hasya akan cuba memaksimumkan aktiviti untuk para ibu bapa ini di FAMEKids. Sekarang kami dalam perancangan untuk buat satu sessi iaitu "Clinic Sawan" yang akan fokus on masalah sawan yang menyerang kanak-kanak. Saya takmo cerita lebih sgt sebab masih dalam perancangan, masa dan tarikhnya masih dalam perbincangan. Yang pasti, 2 kaedah rawatan akan dilakukan iaitu rawatan alternatif dan rawatan klinikal. So, akan ada 2 -3 orang yang pakar dalam rawatan aternatif dan Doktor bertauliah akan bg talk mengenai sawan ini, Insya Allah. Nanti kalau dah ada detailnya, saya akan maklumkan di sini. 

Bagi mereka yang terlepas membeli Sinar Harian edisi Ahad minggu lalu, Watie lampirkan di sini artikelnya dan bagi anda yang mempunyai blog, facebook atau website, tiada apa yg saya harapkan kecuali anda bantu kami menyebarkan tentang penubuhan FAMEKids ini agar lebih ramai yang tahu dan lebih ramai yang boleh menyertai kami. Terima kasih sekalung budi, hanya Allah SWT yang mampu membalas budi baik anda menyebarkan tentang FAMEKids ini. :) 

********************************************************

Anak istimewa cetus idea FAMEKids
Dua sahabat tubuh kumpulan sokongan untuk jalin hubungan sesama ibu bapa yang punya anak kelainan upaya.

“Saya mengenali Lyna sebagai salah seorang rakan blog. Dalam satu pertemuan, kami sama-sama membawa anak. Sebagai seorang yang suka bergurau, saya memujinya kerana memakaikan anak seluar panjang. 

“Setelah balik rumah dan membaca blog Lyna, baru saya perasan anaknya itu istimewa. Waktu itu terdetik perasaan bimbang jika dia terasa hati dengan gurauan saya,” kata Norhidawati Abdul Aziz yang mesra dipanggil Watie, 31, tatkala mengimbau semula detik awal dia mengetahui kecacatan dialami putera kedua Siti Nurazlina Noh, Fahry Al-Hazim. 

Justeru sebaik sahaja melahirkan anak kedua, Rania Quzayra Rizal yang kini berusia setahun sebulan, Watie terus terkenangkan Fahry. Hal ini kerana Quzayra turut mengalami kecacatan pada bahagian tangan. 

Akui Watie, setelah berada dalam ‘kasut’ Lyna barulah dia mengerti apa yang diperlukan oleh ibu yang mempunyai anak istimewa seperti mereka. Sebenarnya apa diharapkan daripada masyarakat bukanlah kata-kata simpati dan pandangan pelik, tetapi layanan sama rata. 

“Anak istimewa sebenarnya mampu hidup berdikari jika mendapat sokongan yang betul. Ibu bapa tidak perlu rasa malu dan menyembunyikan anak di rumah. Inilah yang cuba kami sampaikan menerusi FAMEKids,” ujar Watie. 

Ditubuhkan pada Januari 2011, FAMEKids yang merupakan hasil buah fikiran Watie dan Lyna berfungsi sebagai sebuah kumpulan sokongan bagi ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya sama ada dari segi fizikal, masalah pembelajaran, perkembangan dan sebagainya. Persatuan ini juga diharapkan menjadi jambatan penghubung antara mereka agar dapat memberikan keyakinan dan sokongan antara satu sama lain menerusi pertemuan dari masa ke semasa. 

Pertemuan pertama FAMEKids yang merupakan gabungan perkataan Fabulous, Amazing, Miracle, Extraordinary, sudah pun berlangsung 8 Mei lalu di Wisma Bling Lustre, Taman Meranti Jaya, Puchong. Kira-kira sepuluh keluarga hadir bersama anak istimewa mereka pada hari berkenaan. 


Hak anak istimewa

Mengulas lanjut pengalaman sendiri ketika mula-mula mengetahui dirinya mempunyai anak OKU, Watie menyifatkan reaksinya sama seperti mana-mana ibu jika berada di tempat sama. Apatah lagi, kecacatan Quzayra hanya diketahui selepas kelahirannya. 

“Walaupun suami kata anak kami ok, saya tahu ada sesuatu yang tidak kena daripada perubahan di wajahnya. Telahan itu benar kerana saya mendapati sebelah tangan anak saya kecil sedikit,” tutur Watie. 

Rupa-rupanya Quzayra mengalami symbrachydactyly, di mana tulang tangannya tidak tumbuh sejak dalam perut lagi. Apa yang mengejutkan, kecacatan jenis ini sangat jarang berlaku iaitu 1 nisbah 32,000 dalam setiap kelahiran. 

Dek kerana terlalu terkejut, Watie tidak mampu tidur lena pada malam selepas melahirkan dan tekanan darahnya naik mendadak. Bagaimanapun selepas itu dia reda kerana tahu dirinya perlu bangkit meneruskan kehidupan. Apatah lagi anak sulung, Rania Qarissa sedang menanti untuk kembali bermanja dengan ibunya setelah kelahiran adik. 

“Saya dan suami kemudiannya duduk berbincang dari hati ke hati. Saya katakan padanya, saya mahu melayan Quzayra sama seperti kakaknya termasuk dari segi berpakaian. 

“Bagaimanapun saya memerlukan sokongan kerana keadaan akan jadi kekok jika suami berfikiran sebaliknya. Contohnya kalau dia malu apabila anak dipakaikan baju berlengan pendek,” kata Watie yang bersyukur bukan kepalang apabila suami, Saiful Rizal Che Mat, berpandangan sama dengannya. 

Bagi Lyna dan suami, Zainul Anuar Samni pula, mereka sudah bersedia lebih awal dengan sebarang kemungkinan ketika kelahiran Fahry. Hal ini kerana pendarahan yang berlaku ketika kandungan baru berusia 28 minggu menghantar isyarat bahawa kemungkinan untuk bayi selamat adalah tipis dan jika selamat sekali pun, mungkin ada masalah yang akan dihadapi. 

“Saya berdoa pada Allah jika mendapat anak istimewa sekali pun saya tidak kisah kerana ingin menjaga amanahnya dengan baik. Lagipun Dia sudah memberikan saya anak pertama, Hafiy Al-Fateh yang lahir sempurna,” bicara Lyna yang baru menimang cahaya mata ketiga, Danny Al-Firas, dua bulan lalu. 

Kesan sindrom Amniotic Band, sebelah kaki Fahry di bahagian betis tidak dapat diselamatkan. Lyna dan suami bagaimanapun tidak menganggap kelainan dialami anak mereka sesuatu yang mampu menghalang proses tumbesaran seperti kanak-kanak lain. Justeru mereka memberikan Fahry kaki palsu sejak usianya 9 bulan lagi. 

Seperti Watie, Lyna turut mendaftarkan anaknya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tindakan ini dikira agak janggal kerana kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa menganggap pendaftaran di JKM hanya perlu setelah anak dewasa. 

“Mengapa perlu menunggu hingga mereka dewasa. Ini antara hak anak istimewa yang ingin kami sedarkan. Mendaftar dengan JKM bukan bermakna kita mahu mengambil kesempatan atas keistimewaan yang diberikan kepada mereka tetapi bayangkan jika kita sudah tiada dan mereka masih belum didaftar. 

“Siapa mahu membela hak mereka kelak? Antara kelebihan yang diberikan kepada OKU yang mendaftar adalah hak mendapat diskaun tertentu, kemudahan istimewa, pemberian geran untuk memulakan perniagaan dan banyak lagi,” sampuk Watie. 

Seperti Lyna yang tidak pernah malu malah berbangga mempunyai anak istimewa, Watie sempat berkongsi satu insiden yang menyentuh hatinya, baru-baru ini. 

“Saya sering mengajar Quzayra agar menggunakan segala potensi yang ada pada diri termasuk tangannya yang tidak bertulang itu. Satu hari, saya terkejut melihat dia mampu membuka tin susu menggunakan tangan dan gigi. 

“Dia juga mempunyai cara tersendiri untuk bertepuk tangan iaitu menepuk menggunakan sebelah tangan yang normal pada bahagian lengan atau pun dada,” ujar Watie dalam nada terharu. 

Anda boleh menyatakan sokongan terhadap FAMEKids dengan menambah mereka sebagai rakan jaringan sosial Facebook di www.facebook.com/famekids.


********************************************************
Semoga dengan terbitnya rencana mengenai FAMEKids ini, kami dapat mengumpulkan lebih ramai ibu bapa istimewa dan sama-sama kita dapat menggembelengkan tenaga untuk memastikan anak-anak kita dilayan sama rata seperti anak-anak yang lain, tidak di diskriminasikan, tidak dianggap menumpang di sudut dunia dan bila tiba masanya, dia akan pergi jua. Seperti yang sering kita dengar, mati sudah pasti, hidup belum tentu. Tapi bila hidup, lakukanlah sesuatu untuk anak kita yang tersayang, berusahalah kerana itu juga saranan Rasulullah SAW.Janganlah sesekali berharap tuah akan datang bergolek di hujung kaki kita kalau kita sendiri tidak berusaha mengubah keadaan. Kami perlukan pandangan, idea dan buah fikiran anda semua untuk memastikan FAMEKids berjaya mencapai matlamatnya. Insya Allah, dengan sokongan semua, kita akan berjaya. Amin .:) 

post signature
post signature

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading