Aku dah tahu pasal Stimulatheraphy rasanya dr last year. Sebab nampak kawan-kawan yang ada anak istimewa pergi berurut. Dengar citer dorang dan baca kat FB macam bagus jer kaedahnya .. tapi aku mmg tak tahu yg sebenarnya Stimulatheraphy ni UNTUK SEMUA, bukan hanya anak istimewa macam CP atau GDD etc. Cuma baru-baru ni aku ada nampak kat wall, ada kawan aku yg pergi sana, lupa plak siapa, ada few friends awak anak ke sana, tapi dlm entry tu dia bgtau yang dia nak urut untuk diri sendiri dan hubby. I was like…”Ohh…laaa...stimulatheraphy ni kalau tak istimewa orangnya (haaa..kasik sedar diri yg aku ni tak istimewa pun ! Hahhah) pun boleh gi ker? Cissss..kalau aku tau lama dah aku gi!” Sebab, aku mmg suka berurut. Kadang-kadang badan ni suka sakit-sakit dan lenguh2, maklumlah usia pun dah 3 series kekdahnya!
Dan, baru-baru ni jugak, bila nampak Jiey tulis nak bawak Rifa ke sana untuk urutan minda through stimulatheraphy, lagilah aku teruja. Boleh bawak anak-anak aku sekali jalan dengan aku gi massage sesama ngan aku. Then, semalam pagi, aku terus call Kak Ija nak buat appnt kononnya today lah (Khamis). Nak dijadikan cerita, kelas anak aku dibatalkan semalam, jadi aku dengan segeranya terus ajak hubby ke Alam Impian untuk jumpa Kak Ija. Ye, korang semua tahu aku mmg KONSISTEN & PERSISTENCE orangnya kan? Kalau aku NAK tu, aku NAK gak. So, ada je masa terluang semalam, aku takmo tunggu today. Semalam gak aku redah bawak anak-anak.
Bila urut, baru aku tahu rupanya selama nih,issue Q dari kecik sampai 5 tahun ni ada kena mengena ngan saraf, paru-paru dan usus besar dia!! Serius menyesal tak datang last year okay! Huwaaaaa…rasa bersalah sangat! Masa Kak Ija urut Q, ni antara yang di beritahu aku:
Masalah Poo Poo: Siapa ikuti cerita aku mesti tahu punyalah betapa Q sangat susah nak Poo Poo satu ketika dulu. Sampailah aku tukar ke Susu Afeef barulah dia boleh buang air besar sendiri dan terus dapat ajar potty training. Kalau tak mmg sumbat ubat air je sokmo setiap kali nak meneran. Rupa2nya, Q ada masalah dalam usus besar. Tersumbat sana sini, Toksin tak dapat keluar habis, terperap dalam usus dan kalau korang rajin baca makalah, journal dan info-info kesihatan, mesti tahu kalau usus problem, toksin tak keluar, macam-macam issue lain akan timbul termasuklah yang related brain function macam anak tak focus, eye contact kurang, dreamy dan macam-macam lagi lah yang senang cerita, symptom2 mild autism yang ada. Sebab tu, mana-mana anak Autis memang dorang akan jaga diet anak, dan ada yg buat Chelation Theraphy dan macam-macam Theraphy to get rid of all the toxin from the body. Gi google if nak tahu lebih lajut..:)
Tonsil: Paru-paru Q pun tak berapa bagus saraf-sarafnya di situ. Kalau tak di rawat, boleh membawa kepada Asthma. Aku tak bgtau pun pasal pernafasan Q (lupa sebenarnya) tapi bila Kak Ija tanya Q ada masalah pernafasan tak? Baru aku teringat yang Q mmg kalau tidur, sometimes berbunyi. Dulu lagi teruk, lepas bagi supplement berkoyan-koyan, dah takder lagi tapi kalau demam, tonsil naik, confirm bunyi lagi. Memang risau sangat sebab tu aku kena pastikan Q tak demam. Hasil health food dan supplement makanan sunnah yang KONSISTEN, Alhamdulillah, Q getting better tapi yerlah, kalau laluan tu tersumbat sana sini, masalah tu kan masih ada? Jadi skang, Kak Ija nak bukak semua saluran yg tersumbat tu. Semua ni related antara satu sama lain. Kalau korang belajar Sains mesti tahu, sistem tubuh kita kan related antara satu sama lain?
Language Issue: Memang aku sgt bersyukur, hasil dari OT & ST yang KONSISTEN tanpa culas setiap minggu menampakkan impak yg sangat besar pada Q. In fact, Cikgu-cikgu pun impress sebab dalam tempoh setahun aku bg semua terapi serentak (walaupun Pakar kata tak yah gi OT, mak Q ni degil noks.. aku nak gi gak sebab nak all out utk anak), memang Q dah becok sekarang. Dah banyak tanya, banyak bercakap, berborak dengan adik dan sedara-mara pasal movie yg dia suka cam FROZEN tu, dia boleh sustain 2 way communications, boleh buat lawak dan faham lawak. Mula-mula macam anak Mat Salleh baru balik UK bunyi dia cakap BM tu ..(hahha..ni Dr Rajini cakap) tapi sekarang dah lebih spontan dan macam orang tempatan (pun Dr Rajini cakap baru-baru ni). Fokus dia pun dah ok, kalau main education games tu mmg dia boleh sustain, cuma sekarang kelas-kelas yang di hadiri makin sukar, yang perlukan dia betul-betul focus, cthnya macam Mental Arithmetic (only numbers, rapat-rapat, abacus pun rapat jugak), writing short story (copy from book around 30-35 words with few lines) dan copy from white board 2 -3 lines. So skills ni yang tengah aku dan Cikgu-cikgu Q tengah latih. Table task yang dia kena buat makin mencabar dan perlukan konsentrasi tinggi. Aku bersyukur lah jugak dapat jumpa Kak Ija semalam, baru aku tahu di bahagian muka, kepala hingga ke leher Q (belakang telinga) mmg ada issue especially bahagian leher, yang mana saraf-sarafnya bersambung dengan otak. Kak Ija kata, kat situ banyak tersumbat dan sebab tu oksigen tak sampai habis ke otak dan menyebabkan issue yang berlaku selama ini. Semua info ada kat otak tapi tak sampai ke mulut untuk deliver. Sometimes cepat letih, dan tak sabar nak habiskan kerja-kerja especially kerja yang memerlukan konsentrasi tinggi . Kat bahagian dahi pun ada saluran yang tersumbat, no wonder Q nak focus task yang perlukan high concentration, dia tak leh tahan lama, boleh tahan tapi kena selalu prompt to focus, kalau tak prompt, sekejap focus, sekejap melayang. Frontal Lobe tak cukup oksigen rupanya! Kesian anak aku!
Ekzema: Q ada sikit jer eczema kat lengan yg dah bertahun tak baik. Dia kejap ada kejap takder dan memang kalau tgk dari luar, mmg takder apa lah. Kalau gatal, dia garuk, aku letak ubat bukan steroid, baiklah. Then, if gatal sikit, dia tergaru dan darah sikit je, letak ubat ..baik. So pada aku tu taklah issue besar sangat sebab tak mengganggu hidup dia pun. Rupa-rupanya tu symptom yang ada kaitan dengan paru-paru Q . Masalah yang sama. Tersumbat salurannya, jadi eczema adalah symptom luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar yang menunjukkan dalaman ada issue. Sepandai-pandai mak Q, bangak gak tak dapat detect. Takper aku bukan Doktor so alasan tak tahu boleh diterima lah gak yerk? Hehhehe.. Memang bila Kak Ija urut kedua-dua tangan Q, Q kata sakit. Kat bhg kepala, muka, belakang telinga dan leher lagilah Q mengaduh sakit. Siap suruh “SLOW DOWN” lagi.. hahahha… Good thing that Q can complain, so dia beritahu Mak Ija apa dia rasa, sakit kat mana, so memudahkan lagi kerja Kak Ija nak rawat dia.
Ni contoh gambar Kak Ija tgh ururt Ian yg aku rembat dari blog Jiey tanpa bgtau dia. Maaf Jiey ..kikiki..minta halal. Korang kena khatam baca blog dia baru korang faham betapa Allah SWT itu Maha Kuasa dan betapa aku sgt menghargai kebolehan Ian walaupun hanya mengangkat satu jari! Baca kat sini: www.kernakasihkita.blogspot.com
Ok untuk Yaya plak:
Belakang badan: Bila di urut macam renggang katanya, baru perasan tangan Yaya kan comey.. hehe..sebab tu lah dia renggang sikit kat belikat kot. Kurang digunakan berbanding tangan kiri kata kak Ija. Exercise tak banyak jadi ada issue sikit jer lah kat belakang tu. Bagusnya Yaya, dia diam jer sepanjang Kak Ija urut dia kecuali masa urutan minda.
Concentration: Memandangkan Yaya tak banyak issue macam Q, Kak Ija terus buat urutan minda untuk bukak saluran-saluran dia bhg kepala Yaya. Masa ni memang Yaya mengaduh sikit. Tujuannya sama, untuk Yaya lebih focus dan boleh concentrate dalam apa jua task yang bakal diberikan di sekolah, Insya Allah.
Ekzema: Yaya pun ada sikit gak eczema kat tangan macam Q gak, so issuenya pun sama, sedikit tersumbat di paru-paru dan akan di pulihkan melalui Stimulatheraphy Insya Allah.
Ok, tu lah serba sedikit aku boleh share pengalaman aku semalam bawa anak ke Stimulatheraphy. Untuk aku? Heheh..Belum ada rezeki nak buat sebab semalam ada Mommy nama Ika bawak anak juga, Kawan FB juga katanya..:) Dia kenal aku, tq so much dear .. comel anak dia 3 orang pun 1st time nak berurut juga. Aku kata bglah anak-anak dulu. Tu lagi penting. Aku boleh dtg lain hari ..
So today aku akan bawa lagi anak aku sekejap lagi. Aku akan pergi 3 hari berturut2 dan kemudian akan buat seminggu sekali seperti yang disarankan Kak Ija. Yeayyy.. penuh lagi schedule Q & Z.. hehehe..
Ada yg tanya harga kan?
Untuk Kanak-kanak RM 30 satu rawatan selama lebih kurang 20 minit, untuk orang dewasa RM 60 sekali rawatan lebih kurang 1 jam.
Alamat dan hp Kak Ija? Salin nih: 012-9137266 (Kak Ija @ Mak Ija). Alamat: No: 29, Jalan Tun Teja 35/25, Canting Alam Impian.
FB: https://www.facebook.com/pages/Pusat-Kesihatan-Stimulatherapy-Klang/147203522094860?hc_location=timeline
Aku sangat mengesyorkan semua kawan-kawan buat Stimulatheraphy nih. Jangan kata takder sakit naaaa… gi cek dulu kot-kot lagi teruk dari anaknya! Hhahahaa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Amin.
2 comments:
thanks for sharing. banyak input.
Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
Post a Comment