Showing posts with label Testimoni. Show all posts
Showing posts with label Testimoni. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Testimoni ECE Seminar: 6 Feb 2012 @ GBOB HQ

 Alhamdulillah, kelmarin @ hari Isnin yang lepas, sempena cuti Maulidur Rasul, GBOB telah pun berjaya mengadakan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang pertama kalinya buat tahun 2012 ini. Insya Allah, satu entry khas mengenai Seminar ini akan Watie buat kemudian kerana semua gambar ada kat hp hubby .:) Kat hp Watie cuma sempat amik gambar borang Testimoni sahaja. So, sebelum Watie lupa, lebih baik Watie share kan dalam blog dulu. Hehehe..

Full board Alhamdulillah ..gambar yg hubby kongsi kat FB beliau, saya rembat lah kan .. hehehe.. banyak lagi kat hp dia tapi tak sempat transfer ...)


I'm happy to share with uols the Testimoni written by my participants. Sepatutnya ada 16 testimoni, tapi bila dah habis, saya cek, cuma ada 11 jer, maybe saya tak perasan kat mana diletakkkannya yg lagi 5 borang, atau borang Testimoni tuh takder dalam file peserta menyebabkan mereka juga tak dapat nak tulis dan beri feedback. Alhamdulillah, nampaknya semua berpuas hati dengan Seminar ECE ini dan sesungguhnya ia merupakan satu seminar yang berjaya membuka mata dan hati mereka betapa pentingnya ECE itu sendiri dalam kehidupan anak masing-masing. Jom kita tgk apa yang mereka tulis okeh :) Sorry Watie kena hitamkan hp mereka utk menjaga privacy my participants but no worries, kalau rasa nak hubungi mereka, bolehlah gunakan emel yang disertakan dalam borang tu. Takut nombor tuh disalah guna oleh mereka-mereka yang suka "menjual hp number" pelanggan pada syarikat2 tertentu yang buat Telemarketing..ekekekke:) Tu okeh lagi .. kalau dia jual nama GBOB @ nama Watie pada my clients, lagi haru oooo... So, jom tengok.. :)

FatihaSeminar ini beri kesedaran pada saya - masa prime time anak yang perlu dihargai sepenuhnya. Doakan saya dapat usahakannya dengan anak-anak. Amin.  (*Amin, saya doakan. Mari kita sama-sama doakan semua ibu bapa berjaya mendidik anak mereka dengan baik dan sempurna, Amin..)
Aida AtiqahSeminar yang sangat bagus! Sekarang saya menyedari betapa pentingnya kita kena menghabiskan masa bersama anak-anak. Teringat pulak ayat "Hargailah seseorang / sesuatu sebelum kita kehilangannya'. Berikan hak yang sepatutnya untuk mereka. (*yess..kerana masa itu tidak akan berulang lagi. Its only once in your life time. :)
AzzalinaKnow you, Playgroup & Seminar was the best moments in my life and that was good information that I get. Bout the Seminar, Teacher Watie need to control emotion, hehehe..kita pun sedih bila Teacher sedih.  (*tergelak saya baca testimoni ni, tu lah salah satu sebab saya elak2 nak buat selalu Seminar nih, susah betul nak kontrol kesedihan saya terutamanya bila kita tahu hakikat dan masa yg kita ada tidak lama, hubby kata nanti nampak tak "pro" bila nangis..but I just cant help it, but suprisingly, saya dapat kontrol juga hari Isnin tu, tak meleleh dah macam yg dulu-dulu. Hehehe.. bertakung jer sebab dah berhari-hari I talk to myself, to control my emotion sehabis baik, dah lah suara serak teruk, kalau meleleh, habislah semua hingus kuar dan suara lagilah teruk hilang..Allah memang bantu saya hari tu .. Amin...) 
Muhamad FauziIt teach me what is early Childhood all about. Very beneficial to us. Every parents should attend this Seminar. (* En Fauzi adalah salah satu dari 2 orang Daddy yang hadir pada hari tersebut. Respect him, she came with her sweet wife yang preggy 13 minggu, anak pertama! And I know they got the input that they can applied to the baby in the womb! Yeahhh!) 
Mahfuzah AbasVery good Seminar. Really membuka mata saya ECE ini sangat penting (*Fuza nih lagi best, kelakar dia cerita macam mana dia tahu pasal GBOB. Katanya, dia baru sangat tahu pasal kewujudan GBOB ni. Asalnya dia nak tahu pasal Little Reader. Google punya google, terjumpa blog yang ada cerita pasal LR dan juga GBOB dalam tu. Terus lah masuk blog GBOB dan kebetulan tahu yang Watie buat Seminar. Tak fikir panjang, terus mendaftar untuk hadir. Yer..semudah itu!)
Intan JulianaSeminar yang sangat bagus. Memberikan pendedahan tentang teknik-teknik yang dipakai dalam ECE memandangkan kesedaran tentang ECE itu sudah ada, cuma kekurangan ilmu, kesabaran, "courage", semangat untuk menjalankannya secara konsisten. (*Saya tumpang simpati dalam masa yang sama sangat berbangga dengan semangat Intan yang sanggup hadir walaupun suaminya di tahan di wad kerana disyaki demam denggi, pada awalnya beliau mengatakan tidak dapat hadir keraana tiada siapa yang boleh dipercayai untuk menjaga anaknya Rausyan Hadi, tetapi  saya memberi kebenaran beliau membawa anaknya bersama dan dapat juga kami berjumpa hari itu. Mari kita doakan suami Intan cepat sembuh dan Intan dapat berita gembira kerana menurut beliau, she's expecting!) 
JegieYou have done a great job in creating awareness on ECE. It's an eye opener and those method /stimulation that I've learn will be practice. Thank you for your effort.:) (*Jegie merupakan satu-satunya peserta Seminar ECE saya yang bukan berbangsa Melayu yang hadir pada hari itu, dan beliau juga adalah peserta saya yang pertama yang bukan berbangsa Melayu hadir sepanjang saya mengendalikan Seminar ECE selama ini. I feel so honoured as my main intention having this kind of Seminar ini adalah untuk membantu menyedarkan bangsa saya sendiri, ibu dan ayah terutamanya, tentang betapa pentingnya ECE dan apabila bangsa lain turut menghargai & mengiktiraf usaha yang saya lakukan, saya rasa sangat terharu. Thanks for the support Jegie. Ops..Lupa nak bgtahu, bukan tu saja, Jegie juga datang dari luar Kuala Lumpur! All the way from Perak!)  
Maisarah Mohammad YusapSangat membantu kami dalam merancang pendidikan anak-anak. Sangat teruja! Terima Kasih. :)  (*isteri Encik Fauzi. Wanita comel yang bertuah kerana suaminya menyokong penuh ECE ini. So romantic nama pun digabungkan bersama sampai saya plak yang keliru. Heheh..Tapi senang ingatlah - Sarah Fauzi.. :) 
Rosmah Mohd ZabidiVery very interesting. rasa nak jadi full housewife so that I can practice ECE to my children.  (*memang ramai yg rasa nak jadi housewife sepenuh masa so that they can have all the golden time with their children. But no worries, sekiranya ada kemahuan, wanita bekerjaya juga pasti mampu menjana minda anak dengan sempurna dan bagus!) 
RossafenazSangat menarik dan sangat penuh dengan  info yang berguna untuk dipraktikkan dengan anak/ semasa hamil. Mungkin boleh dipanjangkan lagi menjadi kursus 1 hari beserta dengan praktikal bagaimana untuk menjalani sendiri ECE dari rumah.  (* Hehehe, senyum jer saya baca testimoni Rossa.. Seminar yang sepatutnya habis pukul 2 hari tu pun habis pada pukul 4 petang, Lewat 2 jam dari jadual asal, kalau campur dengan kursus, memang sampai malam lah jawapnya. Hehehe.. Sebab tu saya adakan Bengkel Stimulasi untuk sehari tapi memandangkan masa saya sgt2 tight, jarang betul saya dapat melakukannya..hu hu ..last year sempat buat sekali jer Bengkel tu..hu hu) 
ShareenaSeminar ini bukan sahaja beri tips untuk stimulate anak-anak, malah memberi pendedahan how to react with your child positively..continously. Keep on sharing Watie! I'm glad dapat jumpa orang macam you, really believe in ECE! and orang yang I boleh banyak belajar tentang ECE. Thanks again. Good job and you are really awesome!! (*Tq so much Shareena, I really appreciate it ..:) terharu baca your testimoni..:)


Sesungguhnya saya berterima kasih di atas Testimoni ikhlas yang diberikan. Saya amat-amat menghargai apa yang anda coretkan dan ia menjadi pencetus semangat pada saya untuk memperbaiki kelemahan diri saya dari masa ke semasa. Semoga Allah SWT membantu saya, memberikan saya idea-idea yang bernas,  memebrikan kesihatan pada saya, dan memberikan saya ilham untuk menyampaikan ilmu-ilmuNya pada semua sehingga nafas yang terakhir. Amin. 

post signature

post signature

Monday, October 10, 2011

LR Testimony: Baby Armani Pun Dah Pandai Baca! Yeay!!!

Saya nak share FB msg yang dihantar oleh Ema kepada saya akhir bulan Sept yang lalu. Happy sgt baca emel dari beliau, yang berterima kasih pada saya for all the consultations and recommendations especially on Little Reader. Ema ni pernah datang my ECE Seminar masa tgh preggy dulu .. so memang banyak information yang beliau sudah dapat dan dah ready sebelum kelahiran Armani lagi. Persediaan yang cukup rapi saya rasa, untuk ibu yang pertama kali mengandung dan melahirkan. :) Tahniah saya ucapkan pada beliau dan suaminya yang cukup mementingkan ECE serta percaya yang bayi sememangnya genius!.Masih terbayang di tubir mata saya perbualan kami masa Seminar dulu, excited sungguh Ema lepas habis  Seminar .. cepat betul masa berlalu kan? Dah pandai pun Armani Boy tu ha.. hehehe..  Meh kita tgk apa yang Ema tulis dalam FB msg nih okay ..:) Terima kasih saya ucapkan pada Ema for the lovely msg...sesungguhnya saya tumpang happy mendengar berita hebat ini .. dan tak sabar nak tunggu videonya! We want video! We want video! Hehheheheh... :)

Keratan FB msg Ema:) 

Saya kopipes juga apa yang ditulis Ema dalam Fb tersebut untuk memudahkan pembacaan..:) 

"kak watie!!!! armani boy dah boleh baca!!! at least saya lah rasa dia boleh baca. td masa main2 ngn dia,guna falshcard ybcr tu saja je suruh dia pick words n to my surprise dia pick words yg betul!! saya cuba a few words ye lah incase tu kebetulan je betul kan.skali all the words dia pick tu betul.time nak record je dia dh mls.hahaha..mcm tau2 je.tq tq tq tq..i learn a lot from ur class ur blog n zayra mmg idol saya.hahaha.jeles zayra can read as early as 5mo.in a good way lah kan.pastu aesya pun dh pandai.hehe.wpun xdpt ajar dia full time mcm akak n kak zai,i guess betul lah yg kak watie cakap..5min everyday pun dh cukup.saya cuma ada time htr armani boy to babysitter je during weekdays nak ajar dia.Alhamdulillah!! suka xterhingga.tq for sharing all the infos n experience! tq kak!"

Sesiapa yang nak tahu, nak dapatkan info dan nak beli Little Reader, bolehlah berhubung dengan saya terus melalui nombor di bawah ok..:) Will be happy to help uols...:)

post signature

post signature

Monday, April 25, 2011

Transfer Factor: Testimoni Seorang Ibu


Saya telah di tag oleh sahabat saya, Eyna di notes FB beliau agak lama sebelum beliau mengetag saya berkenaan kecelakaan yang menimpa Hairuman. Kerana saya merasakan keperluan untuk berkongsi kisah Hairuman yang memerlukan  bantuan kewangan, maka saya poskan dahulu entry berkaitan di sini hingga terlupa yang saya ada lagi hutang entry dalam blog ini. :) 

Semasa kami berborak di FB berkenaan dengan TF, saya masih ingat lagi yang Eyna tanya saya samada saya ni member TF ker, saya bgtau dia, "Ha lah .. tapi aku tak sempat2 nak bgtau org pun beb, aku join dr akhir tahun lepas, tu pun share dengan akak aku sebab dia nak bg anak dia dan mak aku, aku nak bg anak aku, so both of us share lah ..". Kemain suka kawan saya sebab dia pun ada cerita tersendiri pasal TF ni. Semangat dia suruh saya kongsikan info TF di blog saya, tapi memanglah saya bz sangat dengan agenda harian sampai tak sempat2 nak buat entry TF sampailah hari yg saya ceritakan pasal saya "dinikahkan" dengan TF tuh dalam entry ini. Saya minta Eyna kongsikan di blog beliau macam mana dia berkenalan dengan TF, saya nak tahu juga cerita lengkap pasal Aqeel dan disebabkan sungguh happy & excited, Eyna janji nak kongsikan di blog beliau. Sayangnya, ini perempuan sungguh bz sampai dia lupa yang laman web dia dah expired sebab tak renew maka hilanglah segala maklumat blog @ webnya. Eekeke.. Sudahnya, dengan tak mandi, masih bau ashem, Eyna buat notes kat FB dan tag saya serta rakan-rakannya. :) Thank you so much lah beb! Aku sangat-sangat menghargai pengalaman yang ko kongsikan ni. Siap ada yg mintak entry ko kat emel aku sebab tak boleh tgk notes yang ko buat! Tak "friend" di FB kekdahnya! So, mana leh nampak. Hehehee.. jadi, aku pun dengan happynya nak kongsi apa yang Eyna tulis dalam Notes di FB beliau di laman web GBOB dan personal blog anak-anak aku ni. :)

In fact, aku suprise jugak bila Eyna tulis pasal Doktor dia bgtau, yang di kalangan doktor-doktor juga, apabila mereka melawat ceruk-ceruk desa, they take this TF sebab dorang jumpa macam-macam patient dan terdedah pada risiko yang agak tinggi. Terus lah aku teringat Dr Radha, pemilik OleWorld yg juga Doktor anak-anak aku (another Doktor, bukan yang rekomen aku TF tu), bila aku borak2 ngan dia pasal TF, dia bgtau aku yg dia dan isteri serta sahabat-sahabat beliau dikalangan Doktor juga memang amalkan amik TF, but they dont really promote it aggressively because of the profession & etika kedoktoran di M'sia yang tak membenarkan Doktor promote produk MLM walaupun produk tuh baik & bagus,  senang citer, sendiri tahu, sendiri makan, dan kalau ada patient yg memerlukan TF, dorang akan suggest to use the TF, sometimes tak bgtau pun patient yg TF is under MLM sebab MLM nih memang macam taboo kat M'sia. Sebut MLM semua takut, hehehe.. (aku pun nyampah gak kalau dengar ada MLM company yg suka sgt manipulate pelanggan dan leader2 yg suka "pijak" downline utk dia naik ke atas). Dan lagi, aku tanya Dr Radha kenapa takmo jual TF padahal Doktor and family pun guna, sebagai Doktor, lebih mudah lah Doktor nak promote dan jual TF kan? Kata-kata beliau membuatkan aku tersentak juga, beliau bgtau aku, "Yeah, you're right. Its too easy for me to sell TF to my patients, that is why I dont feel the heat, I'm working on my business right now..bla ..bla ..bla..." Lebih kurang gitulah kata Doktor Radha. Waaahhh.. kagum jugak aku dengar jawapan dia. Sebagai Doktor yang mengamalkan TF, keluarga pun makan TF, ada bg pada patient makan TF tapi tak buat business pun @ buat MLM pun dengan TF ni sebab beliau rasa pekerjaan itu terlalu mudah bgnya sampai tak rasa "spark" atau semangat yg menyala-nyala nak jual TF sebagai sumber pendapatan tambahan. Bagi beliau, ia tak mencabar diri dan minda kerana terlalu mudah, so he don't want to get involve in the TF business.  Hmmmm.. hebat  gak tuh! Membuktikan yang tak semua orang memandang MLM sebagai lubuk duit dan cara cepat untuk kaya. Memang aku setuju. mana-mana business pun, jangan harap lah nak dapat 4D yer! (Duduk diam dapat duit) Takder maknanya! 

Oklah, takmo bebel lagi.. Aku copy paste apa yang Eyna tulis pasal pengalaman beliau bersama TF untuk tatapan semua pembaca blog ini.:) Aku repair sedikit apa yang Eyna tulis, dari segi ejaan dan warna tetapi tidak langsung mengubah isi kandungannya. Almaklumlah, org tak mandi petang lagi, ejaan pun berterabur! Wakakakak.. Jgn marah dude! I Love You! Hahahahhaa

********************************************************************

Saya sanggup tak mandi untuk tulisss note ni!! hahaha

by Eyna Hafeey on Tuesday, January 18, 2011 at 4:09pm




Salam uols.. sebelum baca sukati korang laa nak tutup idung ker hapa haha.. yg nyata aku mmg belum sempat mandi.. bizi ngurus anak dsbgnya... (*alasan jer tuhhhh*).. sebenarnya tadi saya sambil2 nyusukan Aryn sy dok baca blog rakan2.. terbaca laa blog 'SexyWatie' (chewah haha) .. bukan per beb dia ni bff aku so aku dlm paler otak ni mmg nak baca blog dia coz aku tau dia skali wat entry nescaya 4 kurun baca pon tak abis dlm erti kata lain sempat laa Aryn tertido sambil nyusu.. :).. dia mmg menulis panjang sebab tu karangan slalu dpt A time skolah!!

Ok laa straight to the point.. sorry korang sy mmg takder masa nak menten blog so tulis kat sini jer k!... Sesapa yang pernah view gambar kat album I love BF mesti ada came across picture TF kan??? Yup Transfer Factor!! Ok b4 menulis panjang ni antara sebab aku wat note nih..sy tau mesti ada yg kata...

1) e eh minah ni.. aritu sibuk promote breastfeeding naper perlu nak amik TF??!!
2) dia ni mesti jual produk MLM!!
3) boleh caya ker??

Hhaha peringkat mana pon korang tu tp yg nyata tujuan saya hanya SATU nak BERKONGSI!! :).. Naper saya beriya2 nak share?? Sebab yg pon pernah menghadapai situasi apa yg sesetengah dr korang hadapi... contohnya anak demam panas and sy ni kuat selsema n resdung!!

Saya mula kenal TF ni sejak Jan 2010.. itu pon sebabkan anak sy Aqeel demam panas..Aqeel ni sejak kecil..dari tahun 2007 dia sentiasa ikut saya outstation ke hulu ke hilir sy usung..semuanya gara2 dia nyusu badan .. nak dijadikan cerita satu hari tahun 2009 semasa sy meeting di Putrajaya dan menginap di Hotel UNITEN tiba2 Aqeel demam panas.. panasnya lain macam...sepanjang 2 tahun BF tak pernah dia sakit mcm ni.. dalam hati saya mungkin demam biasa jer kot..mujur saya ada bawa bekalan ubat.. dlm hati tetap merungut mungkin pengudaraan dlm hotel ni tak bersih agaknya... slalu ok jer..sy tel hubby..nak tak nak habis jer meeting sy bergegas balik ke Ipoh.. lepas jumpa doc kami.. dlm seminggu demamnya hilang...

2 bulan kemudian demam panasnya datang lagi..kali ni agak panas... suhunya sgt tinggi..kebetulan hari minggu... jd kami terus ke GH.. ke emergency dan di tahan di ICU.. doc ambil darah.. tetapi resultnya ok..ingatkan denggi.. doc kata mungkin infection..segala ubat telah di telan.. Nurofen..ubat yg masuk dipunggung pon dah baper kali masuk.. sampai Aqeel jd fobia stp kali kami buka seluarnya..

Selang beberapa bulan kejadian yg sama juga... mcm biasa selalunya sy akan ke klinik swasta.. and kalau still gak suhu nya tinggi kami terus ke GH.. begitu laa rutin macam-macam cara sy ikhtiar.. orang kata mmg tak tido malam laa kalau anak sakit.. mana dia sentiasa merengek.. tak mahu makan ..dan sebagainya.. segala mcm saya cuba.. lap dengan air asam jawa.. mandi dengan lendir bunga raya.. air beras.. pergi ke Tambun untuk dapatkan air dari An-Nursyrah.. minum air badak.. mcm2 lagi laaa...tapi panasnya semakin tinggi dan setiap kali demam Aqeel akan cakap.. "Maaa mata Atel tak nampak maaa .. mata tak nampak.." :(.. Sedihnya seorang ibu hanya tuhan jer tahu.. dlm hati turut doa jangan laa anak aku buta....

Perkara tu berlanjutan sehingga awal tahun 2010!...Doktor pakar sudah kenal dengan kami..ambil darah sudah sebati dengan Aqeel...sampai laa satu hari dia demam lagi saya bawanya berjumpa Doctor R di klinik swasta.. Doc R ni dah mmg jadi famili doc utk keluarga kami.. dah biasa dgn dia... so visit kali tu saya mintak doc printkan segala history demam Aqeel..bila doc print out tengok2 tahun 2009-2010 rupanya setiap 2-3 bulan skali dia akan highfever.. so doc kata ada something wrong some where..kalau normal sepatutnya 4 bulan skali baru budak demam.. sy ceritakan pdnya.. yg Aqeel mmg sy beri susu badan..di mana silapnya???? So dia minta saya bersabar.. apa yg jadi ni dengan kehendak Allah..katanya "Antibodi anak tu dah ada... dr susu ibu tapi mungkin kita perlu boost upkan lagi"... sy kurang paham... sehingga laa dia terangkan pada saya fungsi TF (Transfer Factor) :).. so sy setuju untuk mencuba.."Jika berterusan mcm ni doc takot mata anak awak rosak.. and kemungkinan boleh tak nampak!!"..Masa tu hanya Allah jer tahu per yg kami rasa...demam panas ni kalau tak di jaga mmg effectnya terus ke otak...

Seperti yang disarankan oleh doctor.. untuk Aqeel saya hanya beri 7 biji sahaja.. Bermakna 1 biji sehari (tempoh seminggu).. doc kata lepas tu kita tgk dulu ok tak.. sesuai atau tak dengan dia.. kalau ok tak perlu continue...cukup setakat itu...doa-doalah... Alhamdulillah sejak ambil pada Jan 2010 sehingga kini mmg dia dah tak demam panas.. syukur sangat.. sy tau dia sukar sakit sejak kecik.. selsema pon tidak.. batuk pon tidak..sebab tu bila dia demam saya agak risau.... kiranya dah dan resultnya memuaskan... sebab itu jika ada rakan2 yg anaknya demam panas or mudah sakit.. cuber laa TF ni.. untuk kuatkan antibodi anak tu yer.. :)

Saya berjumpa semula dgn Doc R baru2 ini.. untuk amik supplement saya.. and Doc jugak suruh saya try TF Plus untuk resdung saya yg makinnnn teruk nih.. Alhamdulliah.. lepas makan 7 biji.. dah hilang dah idung yg gatal n bersin di waktu pagi!! :)...Suker!..Sebelum ni sy susah nak selsema n demam..lepas bersalin Aqeel yg sy rasa antibodi dah lemah slalu selsema!!! Sebab tu aku sangat rekemen untuk koranggggggggg!!.. Selain saya kakak sy pon beri anak dia mkn tau.. anak2 dia semua lelah.. lepas makan TF ni alhamdulillah tak perlu ker klinik utk nebulizer!!!..Bg sesiapa yg nak try ikhtiar utk sembuhkan pelbagai penyakit.. try laa TF nih...

Saya tak jual ekk.. sy pon beli dengan doctor.. :).. Saya juga masih teringat Doc R bgtau saya "TF ni bukan awak jer makan.. maksud saya bukan patient jer makan.. Doctor pon makan tau...dulu masa saya dengan hospital gomen.. sebelum pegi melawat klinik2 desa.. jumpa org ceruk sana sini.. kami pon di suruh makan TF ni.. tapi doc makan 4 biji sekali makan.. sebab kami berjumpa mcm2 patient n risiko lebih tinggi utk dapat penyakit!!..Pakar pon advice amik ni"...

So dr situ saya cuber... :).. And alhamdulillah doa sy nak mencari jalan untuk sembuhkan resdung n selsema saya ni akhirnya jumpa gak jalan penyelesaian.. kalau tak asyik ler telan Allerpid..yg hanya bertahan 1/2 hari jer kot... :D

Kalau korang nak try kan.. cuber tanya doc2 korang.. just sebut jer Transfor Factor hokeh!.. Takyah sebut nama sy haha x dpt diskaun pon :p.. Sy pon beli di sini RM3.5 sebijik..(dah naik harga.. last year RM3.30).. kalau kat KL dalam RM5 kot sebiji..

Ini TF yang Aqeel makan:)

Hari tu semasa sy seronok nak berkongsi info pasal TF ni skali terbaca status Watie bg anak dia makan TF!!..Terus sy online dan berchatting dgn dia.. rupanya Doc dia pon rekemen benda yg sama... ;).... Tapi korang kene baca info TF ni dari blog dia k...sangat-sangat infomatif!!!

http://geniusqarissa.blogspot.com/2011/01/aku-nikahkan-watie-dgn-tranfer-factor.html

Kenapa saya recommend kat korang??

1) sebab produk ni HALAL!! (yer beb korang bleh tgk laa kat botol tu sendiri)
2) sebab TF ni PDR- Physican Desk Reference para doktor
3) untuk share info.. sebab tgk ramai yg status 'running nose laa' , demam la.. x sihat laa.. ;)..(tapi saya tak jual yer ini product)

*yang penting sambil berusaha jangan lupa berdoa pd Allah.. ;)

sekian.. k nak mandi... *mandi petang laa bukan pagi!!*

********************************************************************
So, that is what yang Eyna tulis di FB Notes beliau. Lama giler baru nak masuk dalam blog saya kan? Dah bulan 3 pun, dia tulis bulan 1. Saya save dalam draft, terus terlupa nak publish .. ni kemas2 kan blog, baru sedar yg ada  hutang entry .. ekekkek.. takperlah, better late than never kan? 

Alhamdulillah, saya dapat banyak maklum balas positif dari parents yang membeli TF dari saya dan mengamalkannya, baik melalui SMS atau melalui emel. Insya Allah, nanti saya kongsikan Free Testimoni yang saya dapat tuh. Saya tak suruh Mommy ni tulis pun tau! Tapi Mommy2 nih yang update saya perkembangan anak kesayangan mereka lepas makan TF. I'm happy for them, and happy to be part of them too. Kita berusaha, Allah juga yang menentukan kan. This TF adalah salah satu usaha kita untuk meningkatkan immunisasi tubuh anak-anak dan kita juga. Macam saya, bila anak demam jer, memang letak terus 3 biji dalam susu. Bila tak demam, kengkadang terlupa plak! Hhahahah.. Tu lah ..selalu take things for granted kita nih!. OK geng, see you in the next entry kay! 

post signature
post signature

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading